السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah S.W.T dalam ayat 20 surah al-Hadid :
اعلموا أنما الحيــوة الدنيا لعب ولهو وزينة وتفاخر بينكم وتكاثر فى الأموال والأولــد كمثل غيث أعجب الكفار نباته ثم يهيج فترئه مصفرا ثم يكون حطــما وفى الأخرة عذاب شديد ومغفرة من الله ورضون وما الحيــوة الدنيا إلا متــع الغرور
Maksudnya : Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan, hiburan serta perhiasan juga bawaan hidup yang bertujuan bermegah-megah di kalangan kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta-benda dan anak-pinak. Semuanya itu hanyalah sementara samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburan tanamannya. Kemudian tanaman itu semakin membesar, kemudiannya berubah menjadi kekuningan dan akhirnya hancur. Dan ingatlah bahawa diakhirat nanti ada azab yang berat dan ada pula keampunan besar serta keredhaan daripada Allah S.W.T. Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Umat Islam sentiasa diperingatkan oleh oleh Allah dan rasulNya bahawa dunia ini hanyalah kehidupan sementara dalam mencari bekalan hari akhirat yang kekal selamanya. Godaan dunia telah banyak menghanyutkan umat Islam sendiri daripada merapatkan diri kepada Allah malah apa yang lebih malang ada yang sanggup bangun menentang ketetapan yang telah digariskan oleh Islam. Ibnu Alawi Haddad Husaini telah membahagikan keadaan dunia ini kepada tiga iaitu [1] Dunia yang terpuji: apabila ia membawa kepada melakukan kebaikan atau pun menjauhkan kita daripada melakukan kejahatan. [2] Dunia yang diharuskan : apabila ia tidak menyebabkan kita meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah dan juga tidak melakukan perkara yang ditegah. [3] Dunia yang keji mengikut pandangan Kitab dan Sunnah : apabila ia menyebabkan kita meninggalkan segala ketaatan atau pun membawa kepada melakukan maksiat
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Dunia ini hanya tempat persinggahan sementara maka gunakanlah kesempatan ini dalam mencari sebanyak mungkin bekalan akhirat. Kesusahan dalam mencari bekalan hidup dunia seperti harta, makanan, minuman dan sebagainya tidak sesusah mencari bekalan akhirat apabila kita telah berada pada hari pembalasan nanti di mana hari akhirat adalah hari menerima balasan atas amalan di dunia tiada lagi peluang untuk kita beramal di sana. Rosaknya umat Islam sendiri apabila terlalu terpesona dan tertipu dengan tipudaya dunia yang pasti ditinggalkan. Oleh itu jauhkanlah hati kita daripada lalai dengan godaan dunia sehingga lupa kepada akhirat. Antara sebab manusia dilalaikan dengan dunia kerana terlalu mengejar kemewahan harta dunia serta merasakan bahawa umurnya panjang sehingga lupa pada hari mati yang semakin hari semakin dekat. Ingatlah kita kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas bin Malik :
قال الرسول : يَكْبُرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبُرُ مَعَهُ اثْنَتَانِ حُبُّ المَالِ وَطُوْلُ العُمُرِ
Maksudnya: Anak Adam itu membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara iaitu terlalu cinta kepada harta dan inginkan panjang umurnya
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Masyarakat umat Islam dan orang Melayu hari ini seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola. Kita tahu bagaimana hiburan yang melampau banyak merosakkan akhlak umat Islam tetapi malangnya program dalam melahirkan lebih ramai penghibur terus subur. Sekarang ini seluruh dunia termasuk umat Islam banyak menumpu perhatian kepada bolasepak Piala Dunia sehingga ramai di kalangan kita tidak lagi menghiraukan masalah semasa yang sedang berlaku. Mufti Perak ketika mengulas tentang perkara ini telah memberi peringatan bagaimana pada tahun 1967, Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola. Oleh itu tumpuan kepada sukan tersebut janganlah melalaikan kita daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah terutama dalam menjaga solat Subuh, kerja dan tugasan harian, amanah keluarga dan sebagainya.
Cuba perhatilah apa yang sedang dilakukan oleh musuh Islam terutama yahudi di Palestin di mana ketika dunia sedang berseronok dengan Piala Dunia, mereka terus menyerang umat Islam termasuk membunuh ketua keselamatan kerajaan Palestin. Begitu juga tindakan kejam Amerika yang terus memburu dan membunuh sesuka hati umat Islam di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Begitu juga dengan pergolakan di Selatan Thailand yang terus berlaku bagaikan tiada tanda untuk berhenti. Sesuai dengan Piala Dunia yang berlangsung di Jerman maka kita dapat lihat bagaimana zionis yahudi tidak pernah memadamkan api permusuhan terhadap Islam termasuk mendesak kerajaan Jerman agar tidak membenarkan Presiden Iran yang dituduh Hitler ke-2 daripada turut hadir di Jerman kerana beliau tidak mempercayai “holocaust” iaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Eropah terhadap orang Yahudi sekitar Perang Dunia II lalu. Sebelum ini berapa ramai tokoh penulis dan politik yang diambil tindakan atas hasutan zionis yahudi kerana menyatakan bahawa pembunuhan terhadap yahudi terutama oleh Hitler dan tentera Nazi Jerman itu hanya rekaan untuk menarik simpati dunia terhadap yahudi sedangkan kejahatan zionis yahudi terutama di bumi Palestin adalah lebih teruk dan ganas di mana ia terus berlaku hingga hari ini. Inilah yang berlaku apabila pengganas cuba berlagak baik maka pelbagai cara digunakan untuk menutup kejahatan dan keganasan yang dilakukan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal :
إن الذين كفروا ينفقون أموالهم ليصدوا عن سبيل الله , فسينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم يغلبون والذين كفروا إلى جهنم يحشرون
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.
Umat Islam juga perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Kita jangan dilalaikan dengan perkara yang tidak begitu penting sehingga lupa pada masalah yang sedang berlaku dalam negara. Kita mesti memberi perhatian yang serius terutama dalam isu mempertikaikan beberapa peruntukan undang-undang berkaitan Islam, usaha dalam memurtadkan umat Islam, perkembangan Islam Liberal yang meletakkan Islam sebagai agama yang mengikut hawa nafsu. Selain ditekan dengan kenaikan harga minyak dan elektrik maka kita bakal berdepan dengan pejajahan baru kapitalis terutama dalam bidang ekonomi negara apabila kerajaan ingin mengadakan perjanjian Perdagangan Bebas Dua Hala (FTA) Malaysia-Amerika Syarikat. Ia bakal merugikan pada semua bidang termasuk petani, pekerja kilang, nelayan, pekerja swasta, sektor kerajaan dan sebagainya disebabkan dasar Amerika jelas sekali mahu menjajah melalui sektor ekonomi sepertimana yang terjadi pada Afrika Selatan, Mexico, Paraguay, Ecuador, Pakistan, Indonesia dan berpuluh-puluh negara lagi. Inilah kerja musuh samada menjajah dengan senjata seperti di Iraq, Afghanistan, Palestin dan selainnya atau melalui perjanjian yang menguntungkan mereka. Pilihlah samada kita mahu dijajah atau kembali merdeka bersama Islam
Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah :
يــأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة وجــهدوا فى سبيله لعلكم تفلحون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan