أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Jumaat, 21 April 2023
Istiqamah Tarbiah Ramadhan Musibah Kematian Ulama
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Anbiya’ :
اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ ﴿١﴾
Maksudnya : Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
Hari ini kita berada pada hari terakhir bagi Ramadhan 1444H. Sebulan Ramadan yang dilalui ibarat suatu perjalanan tarbiah dan rohaniah yang sewajarnya memberi kesan terhadap diri. Berpuasa secara zahir dan dihubungkan dengan batin bakal membawa keinsafan kepada diri bahawa kelahiran kita asalnya fitrah ibarat kain putih yang tercerna dengan pengalaman hidup yang pelbagai lalu wujud keinginan kembali semula ke fitrah. Manusia pada asasnya memiliki dua sifat iaitu nasiyya atau lupa dan ghaflah atau lalai seperti yang disebutkan oleh al-Quran. Kelupaan dan kelalaian perlukan peringatan. Melakukan puasa yang dibuat berulang-ulang ibarat peringatan Allah kepada kita supaya kita menjadi lebih manusiawi dalam niat dan amalan
Oleh itu antara doa yang diajarkan oleh nabi s.a.w agar kita dihindari daripada perkara yang buruk selepas memiliki suatu kebaikan
اللّهُمّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الحَوْرِ بَعْدَ الكَوْرِ – رواه ابن ماجه
Maksudnya : Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu dari kembali (kepada keburukan termasuk kekufuran) setelah (mendapatkan) tambahan (kebaikan terutama keimanan).
Ulama’ menyatakan maksud hadis ini seperti kembali kepada kekufuran selepas keimanan, maksiat selepas tunduk ibadat, kurang amalan selepas berjaya menambahnya, keburukan selepas mendapat kebaikan. Oleh itu kita doakan semoga kita berjaya menjadi hamba Allah yang kekal beribadat serta menjauhi maksiat bukan sahaja pada bulan Ramadhan malah pada 11 bulan selepasnya. Kita mohon perlindungan daripada Allah daripada menjadi hamba Ramadhan iaitu kuat beribadat dan menjauhi dosa maksiat, memusuhi syaitan, mengawal hawa nafsu hanya pada bulan Ramadhan sahaja sedangkan pada bulan yang lain kita tidak menghirau suruhan dan larangan Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 9-10 surah As-Syamsu :
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9)Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata: “Aduhai seandainya aku tahu siapakah yang diterima amalannya pastilah kami akan mengucapkan selamat kepadanya, dan siapa yang ditolak amalannya, kami akan bersedih kepadanya”. Para generasi salaf, 6 bulan pasca Ramadhan mereka gunakan untuk memohon kepada Allah agar seluruh amalan di bulan Ramadhan diterimanya. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, di saat berkhutbah di hadapan rakyatnya pada hari raya : “Wahai rakyat sekalian! Kalian telah berpuasa selama 30 hari, dan telah solat malam selama 30 hari. Sekarang tiba saatnya kalian keluar dari bulan Ramadhan untuk memohon pada Allah agar semuanya diterima”.
Antara usaha kita dalam memastikan tarbiah Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan ialah dengan kita terus bersemangat untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Kita terus jinak dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Tidak lupa untuk kita hidupkan bulan lain dengan puasa sunat termasuk merebut kelebihan puasa sunat enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Abu Said Al-Khudri RA berkata: Rasulullah saw bersabda
مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا - رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 4-6 surah at-Tiin :
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ﴿٤﴾ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ ﴿٥﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ ﴿٦﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus
Setiap diri insan yang beriman sentiasa mengambil berat tentang kuantiti dan kualiti amalan soleh mereka di mana timbul perasaan sentiasa berharap agar Allah maqbulkan disamping berasa takut jika amalan ditolak sehingga dia begitu bersungguh dan cermat dalam ibadat dan memohon keampunan. Ibnu Rajab Al-Hanbali RH menukil dalam kitabnya “Lathaa`ifu al-Ma’aarif” berkaitan 5 tanda yang menunjukkan bahawa amal atau ibadah mu’min diterima di bulan Ramadhan:
[1] Memiliki persepsi atau pandangan yang benar berkaitan amalan yang dilakukan. Amal yang dilakukan di bulan Ramadhan tidak sampai membuatnya membezakannya dengan bulan yang lain. Ungkapan ulama’ : “Sehina-hina kaum adalah yang mengenal hak-hak Allah hanya di bulan Ramadhan saja. Sesungguhnya orang soleh adalah yang beribadah dan bersungguh-sungguh sepanjang tahun.”
[2] Lahir sebagai hamba Allah bukan hamba Ramadhan iaitu beramal tidak bergantung pada bulan sebaliknya bergantung kepada Allah sepanjang masa
[3] Melakukan ibadat secara istiqamah atau berkesinambungan. Kalau di bulan Ramadhan dia berpuasa, bersedekah, membaca Al-Qur`an dan qiamullail maka di bulan-bulan lain juga mengamalkannya secara berterusan.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ - رواه مسلم
Maksudnya : Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
[4] Diberi taufiq atau pertolongan oleh Allah untuk mengamalkan kebaikan setelah berlalu Ramadhan. Sebagian ulama berkata: “Pahala kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan setelahnya. Sesiapa melakukan amal kebaikan kemudian diikuti dengan kebaikan berikutnya, maka itu sebagai tanda diterima amal kebaikan yang pertama. Sementara orang yang melakukan amal keburukan setelah kebaikan, itu sebagai tanda amalnya tidak diterima oleh Allah.”
Ibnu Rajab RH berkata: “Sesiapa yang mengamalkan beberapa ketaatan dan menyelesaikannya, maka tanda amal itu diterima adalah ketika berlanjutan atau bersambung dengan ketaatan yang lain. Sedangkan tanda amal ditolak ketika diiringi maksiat setelah selesai melakukan sesuatu amal kebaikan”.
[5] Tidak lupa bersyukur kepada Allah yang memudahkan dan memberinya taufiq untuk beramal soleh. Ketika Wahab bin Warad ditanya mengenai pahala amalan tertentu seperti towaf dan semacamnya, beliau menjawab: “Jangan bertanya tentang pahalanya, tapi bertanyalah: apa kamu sudah bersyukur kepada Allah yang telah memberi taufiq dan pertolongan untuk melakukan amal kebaikan tersebut.”
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا - رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.”
Ramadhan tahun ini menyaksikan kita kehilangan beberapa orang Ulama yang boleh dianggap satu musibah terutama apabila kematian mereka berturut-turut pada waktu hampir sama dan ia digambarkan seolah-olah rantaian biji tasbih yang jatuh serta terungkai sekali gus. Peringatan daripada Nabi s.a.w bagaimana cara ilmu dicabut ialah dengan kematian ulama. Justeru, hendaklah kita pelajari ilmu dari para ulama dengan cara bertalaqqi sebelum mereka meninggalkan kita. Ini kerana, ilmu tidak boleh diwarisi seperti mana harta, sebaliknya perlu dipelajari dan ditekuni dengan bersungguh-sungguh.
Kelebihan ulama dalam memberi petunjuk keimanan kepada masyarakat supaya masyarakat menjadi celik daripada sebarang kejahilan kerana kejahilan akan membawa bala kepada mereka yang jahil tanpa pegangan agama yang kukuh. Kematian ulama dianggap sebagai musibah yang besar kerana ulama adalah pewaris nabi dan pelita bagi umat ini. Untuk melahirkan ulama yang berwibawa dan mursyid ummah, memerlukan tempoh yang panjang dan tapisan yang tebal. Justeru, sedikit sahaja yang tergolong dalam golongan ulama rabbani yang berani menyatakan kebenaran dan berdakwah dengan penuh hikmah.
Daripada Sayyidina Ali RA, berkata:
إِذَا مَاتَ العَالِمُ ثُلِّمَ فِي اَلإِسْلَامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang alim nescaya dipatahkan mercu tanda Islam yang tidak mungkin dapat ditampungnya oleh sesuatu hingga hari kiamat.”
Daripada Sayyidina Umar RA, katanya:
لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ
Maksudnya: “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim.”
Sulaiman Rahimahullah pula berkata:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا بَقِيَ الأَوَّلُ حَتَّى يَتَعَلَّمَ الآخِرُ، فَإِذَا هَلَكَ الأَوَّلُ قَبْلَ أَنْ يَتَعَلَّمَ الآخِرُ هَلَكَ النَّاسُ
Maksudnya: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana masih kekal generasi pertama sehingga yang kemudian dapat mempelajarinya. Jika binasa generasi yang pertama sebelum dipelajari oleh generasi seterusnya, maka binasalah manusia.”
Ketika ditanya kepada Sa’id Bin Jubair Rahimahullah: “Apakah alamat binasanya manusia? Jawabnya: “Apabila para ulama mereka meninggal dunia.”
Daripada nas dan kenyataan di atas, jelas menunjukkan kepada kita betapa ilmu, hikmah dan juga para ulama mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru apabila berlaku kematian ulama, maka sebenarnya cacatlah dunia ini dan umat manusia dengan terpadamnya pelita atau obor yang menyuluh kehidupan mereka. Semoga para ulama diberkati Allah dan ilmu mereka terlebih dahulu dapat diambil dan dikutip dari mulut mereka oleh generasi selepasnya agar kesinambungan ilmu bersilsilah tidak terputus
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Rabu, 19 April 2023
خطبة عيدالفطري 1444 هـ
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
فرمان الله دالم اية 61 سورة الزمر :
وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا بِمَفَازَتِهِمْ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٦١﴾
مقصودڽ : دان ﴿سباليقڽ﴾ الله اكن مڽلامتكن اورڠ-اورڠ يڠ برتقوى ﴿يڠ منجاوهكن ديري دري ڤربواتن شرك دان معصية﴾ دڠن مريك منداڤت كمناڠن بسر ﴿كريدأن الله﴾ مريك تيدق اكن دسنتوه سسواتو يڠ بوروق، دان تيدق اكن بردوكچيتا.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. شكور كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي برسمڤنا مراعيكن كمناڠن برڤواسا د بولن رمضان يڠ ڤنوه دڠن كبركتن دان كرحمتن. سلاما سبولن دتربية روح، جسد دان عقل سوڤاي توندوق دان ڤاتوه كڤد سڬالا ڤرينته الله دان منيڠڬلكن لارڠنڽ. عبادة ڤواسا يڠ منديديق اومة اسلام اونتوق منيڠكتكن كتقوأن كڤد الله بوكن سقدر مڠجر ڤاهلا برڬندا سهاج، منانم صفة integriti دڠن مراسأي ديري دڤانتاو اوليه الله يڠ مها مليهت دان مها مندڠر سرتا ممبينا شخصية ديري ملالوءي عمل عبادة دان هوبوڠن سسام مأنسي بركونسيڤكن بركباجيقكن دان ڤرساودارأن سسام اسلام دان مأنسي.
نعمةبرهاري راي دأنوڬرهكن ستله كيت ملالوءي عبادة ڤواسا. إي مڠاجر كيت بهاوا اونتوق منداڤت سواتو كجايأن ڤرلو بردڤن دڠن اوجين، چابرن تراوتما دالم مڠڬاڤاي كمناڠن حقيقي بوكن سهاج د دنيا ماله هيڠڬ اخيرة سڤاستيڽ بردڤن دڠن ڤلباڬاي اوجين سمأدا موسوه يڠ ڽات سڤرتي اورڠ كافر يڠ ممراڠي اسلام ماهو ڤون موسوه يڠ تيدق نمڤق ايأيت شيطان. اڤ يڠ لبيه مربهاي اياله هاسوتن نفسو دالم ديري يڠ سنتياس مڠاجق كأره كمعصياتن ترهادڤ الله
مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله،
فرمان الله دالم ايات 53 سورة يوسف:
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥٣﴾
مقصودڽ : "دان تيادله اكو براني ممبرسيهكن ديريكو; سسوڠڬوهڽ نفسو مأنسي ايت ساڠت مڽوروه ملاكوكن كجاهتن، كچوالي اورڠ-اورڠ يڠ تله دبري رحمة اوليه توهنكو ﴿مك ترسلامتله اي دري هاسوتن نفسو ايت﴾. سسوڠڬوهڽ توهنكو مها ڤڠامڤون، لاڬي مها مڠاسيهاني."
لأوڠن كمناڠن كيت مستي برايسي بوكنڽ كوسوڠ ايأيت برجاي بروبه كأره يڠ لبيه بأيك سلڤس تربية رمضان تراوتما ممڤو استقامة صلاة برجماعة، ممباچ القرءان، ڤواسا سنة، برصدقة، برذيكير دسمڤيڠ برجاي منوندوق هوى نفسو درڤد ملاكوكن معصية مات، تليڠا، تاڠن، كاكي، مولوت حتَّى هاتي. تكبير راي كيت بوكن ستاكت د مولوت ماله دسرتاكن دڠن تيندقكن يڠ برسوڠڬوه دالم مماستيكن الله مها بسر بوكنڽ هوى نفسو، بوكنڽ نعمة دُنيَاوي يڠ سمنتارا يڠ منجادي متلامت تربسر هيدوڤ كيت
امام القُشَيرِي مڽبوت بهاوا برجواڠ ملاوان هوى نفسو دان مڠنداليكنڽ اداله دڠن مڽكت اڤ يڠ منجادي كبياسأنڽ، سرتا مڠارهكن جيوا اونتوق سلالو مننتڠ هوى نفسوڽ ڤد ستياڤ وقتو.
منوروت الجُنَيد البَغدَادِي : “نفسو اڤابيلا ممينتا سسواتو كڤد كامو، اي اكن ممبوات هاسوتن برتروسن دان سنتياس ممڤڠاروهي كامو سهيڠڬ ترچاڤاي كهندقڽ دان برحاصيل توجوانڽ. ملأينكن اڤابيلا اي دڬاڬلكن دڠن مجاهدة سبنر يڠ برتروسن. كمودين نفسو اكن تروس بروسها اونتوق ممڤڠاروهي لاڬي.“مانكالا شيطان مڠاجق كامو ملاكوكن سسواتو ڤڽليويڠن ترتنتو، تتاڤي بيلا كامو ملاوانڽ، دي اكن ممڤڠاروهي كامو سوڤاي ملاكوكن ڤڽليويڠن يڠ لأين ڤولا. اين كران سموا ڤلڠڬارن اجارن الله ايت سام سهاج باڬي شيطان. دي هاڽ ماهو سلاما-لاماڽ مڠاجق كڤد ڤڽليويڠن اڤ سهاج. دان دي تيدق مڠخصوصكن ڤڽليويڠن دالم ساتو ڤركارا سهاج.“
فرمان الله دالم ايات 39-40 سورة الحجر :
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩﴾ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ ﴿٤٠﴾
مقصودڽ : ابليس بركات: " واهاي توهنكو! كران اڠكاو تله منجاديكن داكو سست، ﴿مك﴾ دمي سسوڠڬوهڽ اكو اكن ممڤرلوقكن سڬالا جنيس معصية كڤد آدم دان ذوريتڽ د دنيا اين، دان اكو اكن مڽستكن مريك سمواڽ،. "كچوالي د انتارا ذورية-ذورية آدم ايت همبا-همبامو يڠ دبرسيهكن دري سبارڠ شرك"
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
كتيك مڠهادڤي چواچ ترلالو ڤانس يڠ سداڠ ملندا سكارڠ مك ماريله چوبا بايڠكن باڬايمانا دهشتڽ كڤانسان ڤادڠ محشر ننتي دان باهڠ اڤي نراك يڠ جأوه لبيه ڤانس دان عذاب لاڬي. اوليه ايت انصافله كيت دڠن سام-سام ممڤرتيڠكتكن لاڬيkuantiti دان kualiti عمل صالح كيت دسمڤيڠ منجأوهي دوسا معصية كران شرڬ ادا اهليڽ دان نراك اد ڤڠهونيڽ. ايڠتله سواتو ڤريڠاتن نبي صلى الله عليه وسلم دالم سواتو خطبهڽ :
أَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلاثَةٌ: ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ، وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ، وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ، قَالَ: وَأَهْلُ النَّارِ خَمْسَةٌ: الضَّعِيفُ الَّذِي لا زَبْرَ لَهُ، الَّذِينَ هُمْ فِيكُمْ تَبَعًا لا يَبْتَغُونَ أَهْلاً وَلا مَالاً، وَالْخَائِنُ الَّذِي لا يَخْفَى لَهُ طَمَعٌ وَإِنْ دَقَّ إِلَّا خَانَهُ، وَرَجُلٌ لا يُصْبِحُ وَلا يُمْسِي إِلَّا وَهُوَ يُخَادِعُكَ عَنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ، وَذَكَرَ الْبُخْلَ أَوِ الْكَذِبَ، وَالشِّنْظِيرُ الْفَحَّاشُ- رواه مُسْلِمٌ
مقصودڽ : اهلي شرڬ اد 3 ڬولوڠن ايتو [1] ڤڠواسا يڠ عاديل، برصدقةه، دان برلاكو جوجور. [2] اورڠ مسلم يڠ مناروه بلس كاسيهن دان لمه لمبوت كڤد ستياڤ قرابة دكت. [3] اورڠ يڠ هيدوڤ دالم ككوراڠن هرتا بندا دان باڽق انقڽ، اكن تتاڤي دي سلالو منجاڬ كسوچين ديري دري دوسا.
سمنتارا ڤڠهوني نراك ايت اد 5 ڬولوڠن: [1] اورڠ لمه يڠ تيدق ممڤوڽأي عمل كباجيقكن. [2] اورڠ يڠ ايكوت-ايكوتن، تيدق ماهو منچاري نفقة، دان تيدق ڤدولي كڤد كلوارڬڽ. [3] ڤڠخيانة يڠ تيدق اد حال-حال سكچيل اڤ ڤون ملأينكن دي اكن برخيانة ترهادڤڽ. [4] اورڠ يڠ سنتياس بربوات ڤرنچاڠن اونتوق مڠڬڠڬو كلوارڬ دان هرتا اورڠ لأين. ﴿سلأين ايت بڬيندا صلى الله عليه وسلم جوڬ منوتوركن ككيكيرن دان كدوستأن سباڬاي ڤڽبب سسأورڠ ماسوق نراك﴾. [5] اورڠ يڠ برمولوت كوتور دان سلالو بربوات كجي.
اوليه ايت برسوڠڬوه ڤنوه استقامه دالم ممنوهي چيري اهلي شرڬ دسمڤيڠ منجاوهي چيري اهلي نراك
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم ايات 9 سورة الإسراء :
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ﴿٩﴾
مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ القرءان اين ممبري ڤتونجوق كجالن يڠ امت بتول ﴿أڬام اسلام﴾، دان ممبريكن بريتا يڠ مڠمبيراكن اورڠ-اورڠ يڠ برايمان يڠ مڠرجاكن عمل-عمل صالح، بهاوا مريك بروليه ڤاهلا يڠ بسر
الله تله مڠانوڬرهكن كڤد كيت معجزة تربسر ايأيت القرءان بوكن سهاج اونتوق دباچ تتاڤي مستي دفهمي ستروسڽ د عملكن دالم كهيدوڤن سهارين. بتاڤ مالڠ جك راماي د كالڠن كيت ممبري السن تياد ماس اونتوق ممباچ القرءان سداڠكن ماس اونتوق منونتون TV، بربوال كوسوڠ اڤاته لاڬي ملاين تيليفون ڤينتر بڬيتو باڽق ماس دبذيركن. مالڠڽ بيلا كيت منسيا-سياكن اوبت مجراب انوڬره الله ايأيت القرءان دڠن مڠمبيل راچون درڤد ميديا سوسيال يڠ مروسقكن كيت. انتارا كسن بهاي عقيبة كتاڬيه ڬاجيت اياله : [1] مسئلة ككوراڠن تيدور د مان برداسركن كاجين، همڤير 80 ڤراتوس رماج تيدور دڠن تيليفون ڤينتر مريك د سيسي. 45 ڤراتوس رماج كورڠ ماس تيدور يڠ مريك ڤرلوكن يڠ ممبري كسن psikologi كڤد رماج ترماسوقله موده ماره، كماهيرن سوسيال ترججس دان ميموري لمه يڠ بوليه ممبري كسن كڤد ڤنچڤاين أكادميك مريك. ريسيكو diabetes ، تكنن داره تيڠڬي، ڤنمباهن برت بادن دان كموروڠن جوڬ دلاڤوركن منيڠكت دڠن ككوراڠن تيدور.[2] كموروڠن د Facebook, Instagram, tiktok دان لأين-لأين عقيبة مڠهابيسكن ماس سچارا برلبيهن ڤد لامن ميديا سوسيال. [3] Sindrom Swafoto gadget د مان كاجين يڠ دلاكوكن د اميريكا شريكة، همڤير 91 ڤراتوس رماج ممڤاميركن ڬمبر مريك د سوسيال ميديا يڠ بوليه ترجبق دالم مڠهنتر اتاو منريما Swafoto تيدق سنونوه. اين منددهكن مريك منجادي مڠسا بولي siber
[3] كومونيكاسي دان تومڤوان د مان ڤڽليديق مڽاتاكن بهاوا رماج يڠ ممنفعتكن تيكنولوڬي موڠكين داڤت ملاكوكن ڤلباڬاي توڬس ڤد ماس يڠ سام، تتاڤي كماسوقكن معلومة بارو يڠ برتروسن سبنرڽ بوليه مڠعقيبتكن كتيدق أوڤايأن منومڤوكن دان مناڤيس معلومة، سرتا منيڠكتكن تكانن ڤراسأن. ساتو كاجين ملاڤوركن بهاوا ڤلاجر تيدق داڤت منومڤوكن ڤرهاتين كڤد كرجا رومه مريك اونتوق لبيه درڤد دوا مينيت تنڤا ڤرهاتين مريك دأليهكن اوليه ڬاجيت مريك. اڤ يڠ ڤرلو دريساوكن اداله كموڠكينن ڬينراسي رماج ماس كيني اكن بلاجر بوكن سچارا مندالم سڤرتي ڬينراسي سبلومڽ كران كتيدق ممڤوان مريك ممڤروسيس معلومة سچارا مندالم دسببكن ڬڠڬوان-ڬڠڬوان سوقتو بلاجر.
اوليه ايت ڤاكر مڠاكوي ڤڠڬونأن تيكنولوڬي سچارا برسدرهان اداله ڤنتيڠ اونتوق سموا ڤريڠكت عمور دان ايبو باڤ مستي مڠاوسي طبيعة ڤڠڬونأن ڬاجيت ايبوباڤ إيت سنديري سباڬاي چونتوه ايكوتن يڠ صيحة كڤد انق - انق.
مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله،
امام ابن رجب الحنبلي مڽبوت: سسياڤا يڠ ملاكوكن كطاعتن كڤد الله، دان سلساي ملقساناكنڽ، انتارا تندا دتريما عمالن ترسبوت اداله دي اكن برتروسن ملاكوكن كطاعتن يڠ لأين سلڤس ايت. مانكالا انتارا تندا ترتولقڽ سسواتو عمالن اياله اڤابيلا عمالن ايت دايكوتي دڠن سسواتو معصية“. نوكيلڽ لاڬي: “ممبياساكن برڤواسا ستله ڤواسا رمضان مروڤاكن ساله ساتو تندا دتريما عمالن ڤواسا د بولن رمضان. سسوڠڬوهڽ الله سبحانه وتعالى جك منريما سواتو عمالن دري سأورڠ همبا، مك الله سبحانه وتعالى اكن ممبريڽ توفيق اونتوق ملاكوكن عمل صالح ستلهڽ.“ اوليه ايت جاڠن لڤس ڤلواڠ اونتوق برڤواسا 6 هاري دبولن شوال
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ﴿ رواه مسلم ﴾
مقصودڽ : سسياڤا يڠ تله برڤواسا فرض رمضان كمودين دايكوتي ڤولا دڠن برڤواسا انم هاري د بولن شوال مك اداله ڤاهلاڽ سڤرتي دي برڤواسا سڤنجڠ تاهون.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ..فرمان الله دالم اية 8 سورة المُمتَحَنَة :
لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿٨﴾
مقصودڽ : الله تيدق ملارڠ كامو درڤد بربوات باءيق دان برلاكو عاديل كڤد اورڠ-اورڠ يڠ تيدق ممرڠي كامو كران أڬام ﴿كامو﴾، دان تيدق مڠلواركن كامو دري كامڤوڠ هلامن كامو; سسوڠڬوهڽ الله مڠاسيحي اورڠ-اورڠ يڠ برلاكو عاديل
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله
اسلام اڬام يڠ منجاڬ ڤرداماين دان كحرمونيان د مان رسول الله صلى الله عليه وسلم دالم مڠمالكن صفة toleransi كڤد سموا اورڠ، ترماسوق مشاركة بوكن اسلام، تله مڠيكت ڤرجنجين داماي يڠ مڠاندوڠي چيري-چيري هيدوڤ برسام سچارا ركن دان داماي، ترماسوق حق ڤرليندوڠن د سيسي اوندڠ-اوندڠ دان كواجيڤن برسام اونتوق ممڤرتاهنكن نڬارا. تتاڤي اڤابيلا قوم يهودي برتيندق مڠخيانتي ڤرجنجين اين، يڠ مروڤاكن kontrak سوسيال د انتارا بڬيندا دڠن قوم ترسبوت، مك بڬيندا تله مڠمبيل كڤوتوسن يڠ تڬس دڠن مڠلواركن مريك دري بومي مدينة. تيندقكن بڬيندا تله دلاكوكن سبڬيتو تڬس كران كوجودن مريك د دالم نڬارا بوليه مڠنچم كسلامتن دان كسجهترأن عموم. جادي، د سمڤيڠ صفة برتولق انسور دان toleransi د دالم باڽق ڤركارا، مك ترداڤت كيس-كيس يڠ ترتنتو يڠ منونتوت تيندقكن تڬس دان drastik دلاكوكن دمي كڤنتيڠن عموم دان كسجهترأن نڬارا. اسلام جوڬ سنتياس بروسڤادا دان سريڠ مڠيڠتكن ڤڠانوتڽ تنتڠ تكتيك موسوه يڠ موڠكين مڠمبيل كسمڤتن درڤد كلمبوتن كيت.
دمكينله سبنرڽ كونسيڤ toleransi اسلام يڠ ممبريكن كسمڤتن دان ڤلواڠ يڠ باڽق كڤد ستياڤ اينديۏيدو دان مشاركة منعمتي حق ماسيڠ-ماسيڠ. تتاڤي toleransi اين جوڬ ممڤوڽأي سمڤادن دان حد يڠ ترتنتو يڠ سهاروسڽ دحرمتي اوليه سموا ڤيهق. القرءان جلس ممبري امران كڤد اورڠ اسلام بهاوا ڤرموسوهن ترهادڤ اورڠ اسلام اكن سنتياس لاهير كران كيت براڬام اسلام، دان اومة اسلام اكن سنتياس تردده كڤد كومڤولن موسوه يڠ اكن چوبا مرمڤس حق كيت، ترماسوق رومه تڠڬ دان نڬارا كيت جوڬ سباڬايمان يڠ سداڠ برلاكو د ڤلسطين. مك دالم كادأن اين اسلام تيدق داڤت لاڬي toleransi ، ماله سهاروسڽ برتيندق تڬس دان كراس.
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
فرمان الله دالم اية 8 سورة الصف :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾
مقصودڽ : مريك سنتياس بروسها هندق ممادمكن چهاي الله ﴿أڬام اسلام﴾ دڠن مولوت مريك، سداڠكن الله تتڤ مڽمڤورناكن چهاڽ، سكاليڤون اورڠ-اورڠ كافر تيدق سوك ﴿اكن يڠ دمكين﴾
اسلام برجاس بسر اڤابيلا برجاي مڠإصلاحكن تمدون دنيا دڠن مڠومڤولكن سموا تمدون علمو يڠ برمنفعة درڤد سموا بڠسا دان نڬارا، سام اد تيمور ماهوڤون بارت سبلومڽ تنڤا مڠيرا اڬام دان بڠسا. ڤرينسيڤ اڬام دان اخلاق اسلام يڠ دلتقكن دالم تمدون علمو ايت كمودينڽ دتريما اوليه ڤارا علموان بوكن اسلام يڠ دتينداس سبلومڽ.
مك، لاهيرله تمدون اسلام يڠ منجادي ڤنچتوس كتامادونن بارت ڤد هاري اين، تتاڤي مالڠڽ اي دڤيسهكن درڤد ڤتونجوق اڬام دان اخلاق يڠ مليا سهيڠڬ ممباكر ديري مريك سنديري. والاو باڬايماناڤون، اسلام تتڤ منجادي ساسرن اونتوق دڤرسالهكن.
كتيك برلاكو ڤراڠ كوريا سكيتر تاهون 50-ان يڠ مڠڬانس دان منيڠكتڽ تكنن بلوك تيمور ترهادڤ ايروڤه سهيڠڬ دبريكن امران دڠن تيوري domino ، سأورڠ diplomat ڤرانچيس ممبوات كڽاتأن سوڤاي بلوك بارت مڽداري بهاوا اسلام ايت اداله لبيه بهاي درڤد كومونيس.
“بهاوا اد لاڬي بهاي يڠ لبيه بسر درڤد ideologi كومونيس، ايأيت اسلام يڠ ماسيه برڽاوا. ڤڠاروهڽ بوكن سهاج بوليه منعلوق تانه اير، بهكن ماسوق كدالم هاتي مأنسي.“
سلڤس ايت كلوارله كڽاتأن برتالي اروس سهيڠڬ دمشهوركن ڤد هاري اين دڠن اڬيندا Islamofobia يڠ مموموق-موموقكن ستياڤ ڤركارا يڠ بركأيتن دڠن اسلام اتاو يڠ چوبا دكايتكن دڠنڽ. اسلام دتودوه اڬام كڬانسان سداڠكن اومة اسلام له يڠ منجادي مڠسا ڤنچابولن دان ڤمبونوهن د نڬارا ماجوريتي بوكن اسلام. مانكالا اورڠ بوكن اسلام بوليه هيدوڤ امان د نڬارا ماجوريتي اومة اسلام.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤكن كڤد مسلمين دان مسلمات. باڽقكن برصدقة اڬر مريك يڠ ممرلوكن بنتوان توروت برڬمبيرا تراوتما يڠ تركسن تروق كتيك وابق مربهاي ملندا.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
يا الله! جاوهيله كامي درڤد بلأ بنچان، وابق ڤڽاكيت برجڠكيت ، ڤلباڬاي ڤرلاكوان كجي دان موڠكر، سڬالا كڤايهن دان دوڬأن يڠ ظاهير دان يڠ ترسمبوڽي. يا الله يا رحمن يا رحيم، اڠكاو امڤونيله دوسا-دسا كامي، كدوا ايبو باڤ كامي،أديق براديق كامي، أنق-أنق كامي دان سلوروه كلوارڬ كامي . اڠكاو رحمتيله ديري كامي، كلوارڬ كامي دان نڬارا كامي. اڠكاو ليندوڠيله همبا-همبا مو يڠ كرديل اين دري سڬالا مصيبة، تڬوهكن هاتي كامي دالم اڬام اسلام دان جاڠنله إڠكاو تاريق نعمة اسلام د دالم هيدوڤ كامي. سباڬايمان اڠكاو كومڤولكن كامي ڤد هاري راي يڠ مليا اين مك كومڤولكنله كامي اونتوق كبهاڬيأن يڠ برككالن دالم شورڬامو د اخرة ننتي
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Selasa, 18 April 2023
Khutbah Aidil Fitri 1444H/ 2023M
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 61 surah az-Zumar :
وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا بِمَفَازَتِهِمْ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٦١﴾
Maksudnya : Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya bersempena meraikan kemenangan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan. Selama sebulan ditarbiah roh, jasad dan akal supaya tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Ibadat puasa yang mendidik umat Islam untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah bukan sekadar mengejar pahala berganda sahaja, menanam sifat integriti dengan merasai diri dipantau oleh Allah Yang Maha Melihat dan Maha Mendengar serta membina sakhsiah diri melalui amal ibadat dan hubungan sesama manusia berkonsepkan berkebajikan dan persaudaraan sesama Islam dan manusia.
Nikmat berhari raya dianugerahkan setelah kita melalui ibadah puasa. Ia mengajar kita bahawa untuk mendapat suatu kejayaan perlu berdepan dengan ujian, cabaran terutama dalam menggapai kemenangan hakiki bukan sahaja di dunia malah hingga akhirat sepastinya berdepan dengan pelbagai ujian samada musuh yang nyata seperti orang kafir yang memerangi Islam mahu pun musuh yang tidak nampak iaitu syaitan. Apa yang lebih merbahaya ialah hasutan nafsu dalam diri yang sentiasa mengajak ke arah kemaksiatan terhadap Allah
Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 53 surah Yusuf:
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥٣﴾
Maksudnya : "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Laungan kemenangan kita mesti berisi bukannya kosong iaitu berjaya berubah ke arah yang lebih baik selepas tarbiah Ramadhan terutama mampu istiqamah solat berjemaah, membaca al-Quran, puasa sunat, bersedekah, berzikir disamping berjaya menunduk hawa nasfu daripada melakukan maksiat mata, telinga, tangan, kaki, mulut hatta hati. Takbir raya kita bukan setakat berakhir di mulut malah disertakan dengan tindakan yang bersungguh dalam memastikan Allah Maha Besar bukannya hawa nafsu, bukannya nikmat duniawi yang sementara yang menjadi matlamat terbesar hidup kita
Imam al-Qusyairi menyebut bahawa berjuang melawan hawa nafsu dan mengendalikannya adalah dengan menyekat apa yang menjadi kebiasaannya, serta mengarahkan jiwa untuk selalu menentang hawa nafsunya pada setiap waktu.
Menurut al-Junaid al-Baghdadi : “Nafsu apabila meminta sesuatu kepada kamu, ia akan membuat hasutan berterusan dan sentiasa mempengaruhi kamu sehingga tercapai kehendaknya dan berhasil tujuannya. Melainkan apabila ia digagalkan dengan mujahadah sebenar yang berterusan. Kemudian nafsu akan terus berusaha untuk mempengaruhi lagi.”
“Manakala syaitan mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu, tetapi bila kamu melawannya, dia akan mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula. Ini kerana semua pelanggaran ajaran Allah itu sama sahaja bagi Syaitan. Dia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja. Dan dia tidak mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara sahaja.”
Firman Allah dalam ayat 39-40 surah al-Hijr :
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩﴾ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ ﴿٤٠﴾
Maksudnya : Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik"
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Ketika menghadapi cuaca terlalu panas yang sedang melanda sekarang maka marilah cuba bayangkan bagaimana dahsyatnya kepanasan padang Mahsyar nanti dan bahang api Neraka yang jauh lebih panas dan azab lagi. Oleh itu insaflah kita dengan sama-sama mempertingkatkan lagi kauntiti dan kualiti amal soleh kita disamping menjauhi dosa maksiat kerana Syurga ada ahlinya dan Neraka ada penghuninya. Ingatlah suatu peringatan nabi s.a.w dalam suatu khutbahnya :
أَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلاثَةٌ: ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ, وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ, وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ, قَالَ: وَأَهْلُ النَّارِ خَمْسَةٌ: الضَّعِيفُ الَّذِي لا زَبْرَ لَهُ, الَّذِينَ هُمْ فِيكُمْ تَبَعًا لا يَبْتَغُونَ أَهْلاً وَلا مَالاً, وَالْخَائِنُ الَّذِي لا يَخْفَى لَهُ طَمَعٌ وَإِنْ دَقَّ إِلَّا خَانَهُ, وَرَجُلٌ لا يُصْبِحُ وَلا يُمْسِي إِلَّا وَهُوَ يُخَادِعُكَ عَنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ, وَذَكَرَ الْبُخْلَ أَوِ الْكَذِبَ, وَالشِّنْظِيرُ الْفَحَّاشُ- رواه مُسْلِمٌ
Maksudnya : Ahli Syurga ada 3 golongan iatu [1] Penguasa yang adil, bersedekah, dan berlaku jujur. [2] Orang muslim yang menaruh belas kasihan dan lemah lembut kepada setiap kerabat dekat. [3] Orang yang hidup dalam kekurangan harta benda dan banyak anaknya, akan tetapi ia selalu menjaga kesucian diri dari dosa.
Sementara penghuni neraka itu ada 5 golongan: [1] Orang lemah yang tidak mempunyai amal kebajikan. [2] Orang yang ikut-ikutan, tidak mahu mencari nafkah, dan tidak peduli kepada keluarganya. [3] Pengkhianat yang tidak ada hal-hal sekecil apapun melainkan ia akan berkhianat terhadapnya. [4] Orang yang sentiasa berbuat perancangan untuk mengganggu keluarga dan harta orang lain. (Selain itu baginda s.a.w juga menuturkan kekikiran dan kedustaan sebagai penyebab seseorang masuk neraka). [5] Orang yang bermulut kotor dan selalu berbuat keji.
Oleh itu bersungguh penuh istiqamah dalam memenuhi ciri ahli Syurga disamping menjauhi ciri ahli Neraka
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 9 surah al- Isra’ :
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ﴿٩﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar
Allah telah menganugerahkan kepada kita mukijzat terbesar iaitu al-Quran bukan sahaja untuk dibaca tetapi mesti difahami seterusnya di amalkan dalam kehidupan seharian. Betapa malang jika ramai di kalangan kita memberi alasan tiada masa untuk membaca al-Quran sedangkan masa untuk menonton TV, berbual kosong apatah lagi melayan telefon pintar begitu banyak masa dibazirkan. Malangnya bila kita mensia-siakan ubat mujarrab anugerah Allah iaitu al-Quran dengan mengambil racun daripada media sosial yang merosakkan kita. Antara kesan bahaya akibat ketagih gajet ialah : [1] Masalah kekurangan tidur di mana berdasarkan kajian, hampir 80 peratus remaja tidur dengan telefon pintar mereka di sisi. 45 peratus remaja kurang masa tidur yang mereka perlukan yang memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah, kemahiran sosial terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka. Risiko diabetes, tekanan darah tinggi, penambahan berat badan dan kemurungan juga dilaporkan meningkat dengan kekurangan tidur.
[2]Kemurungan di Facebook, Instagram, tiktok dan lain-lain akibat menghabiskan masa secara berlebihan pada laman media sosial. [3] Sindrom Swafoto gadget di mana kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 91 peratus remaja mempamerkan gambar mereka di sosial media yang boleh terjebak dalam menghantar atau menerima swafoto tidak senonoh. Ini mendedahkan mereka menjadi mangsa buli siber
[3]Komunikasi dan Tumpuan di mana Penyelidik menyatakan bahawa remaja yang memanfaatkan teknologi mungkin dapat melakukan pelbagai tugas pada masa yang sama, tetapi kemasukan maklumat baru yang berterusan sebenarnya boleh mengakibatkan ketidakupayaan menumpukan dan menapis maklumat, serta meningkatkan tekanan perasaan. Satu kajian melaporkan bahawa pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja rumah mereka untuk lebih daripada dua minit tanpa perhatian mereka dialihkan oleh gajet mereka. Apa yang perlu dirisaukan adalah kemungkinan generasi remaja masa kini akan belajar bukan secara mendalam seperti generasi sebelumnya kerana ketidakmampuan mereka memproses maklumat secara mendalam disebabkan gangguan-gangguan sewaktu belajar.
Oleh itu pakar mengakui penggunaan teknologi secara bersederhana adalah penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa mesti mengawasi tabiat penggunaan gajet ibubapa sendiri sebagai contoh ikutan yang sihat kepada anak.
Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,
Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyebut: Sesiapa yang melakukan ketaatan kepada Allah, dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tanda tertolaknya sesuatu amalan ialah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat”. Nukilnya lagi: “Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan merupakan salah satu tanda diterimanya amalan puasa di bulan Ramadan. Sesungguhnya Allah SWT jika menerima suatu amalan dari seorang hamba, maka Allah SWT akan memberinya taufik untuk melakukan amal soleh setelahnya.” Oleh itu jangan lepas peluang untuk berpuasa 6 hari dibulan Syawal
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahinah:
لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿٨﴾
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah
Suasana sambutan Ramadhan tahun ini dicemari dengan tindakan melampau seorang pemimpin parti politik berhaluan kanan anti-Islam di Sweden yang membakar senaskhah al-Quran, Khamis lalu. Pemimpin kelahiran Denmark yang berusia 40 tahun itu pernah mencetuskan kemarahan umat Islam sebelum ini apabila membakar al-Quran di Malmo, sebuah kota di selatan Sweden pada 2020. Tindakan biadab tersebut tentunya akan membangkitkan kemarahan umat Islam. Sewajarnya ada sikap toleransi dan saling menghormati terutamanya berkaitan agama di mana isu-isu sensitif berkaitan agama seperti menghina pemimpin agama mahupun kitab suci perlu dielakkan dalam memelihara keharmonian dan perpaduan dalam sesebuah negara.
Kebebasan bersuara yang diamalkan ketika ini terutamanya di Barat, dipandang umat Islam sebagai alat diskriminasi dan provokasi terhadap mereka di mana saat ini Islamofobia dilihat amat berleluasa hingga menyebabkan umat Islam di Eropah dan Barat dihina, ditindas dan dizalimi. Terdapat banyak insiden masjid dan sekolah umat Islam diceroboh dan dirosakkan serta berlakunya jenayah akibat kebencian hingga menyebabkan kecederaan mahupun kematian ke atas umat Islam. Sudah sampai masanya penghinaan terhadap Islam, pemimpinnya mahupun al-Quran perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan terus meningkatkan ketegangan yang berpanjangan. Hentikan sikap double standard terhadap Islam dan umatnya kerana ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Ramadhan tahun ini juga dicemarkan dengan keganasan gerakan Yahudi Ortodoks yang melakukan keganasan di Palestin. Matlamat mereka membina Kuil Haikal Sulaiman pada tempat Masjid al-Aqsa dan mengembalikan pusat upacara pelaksanaan korban. Mereka terang-terang mengisytiharkan mahu meruntuhkan Masjid al-Aqsa, menghalau semua orang Islam dan Kristian dari ‘bumi Israel’.
Justeru, sudah sampai masanya Dunia Islam perlu bertindak dengan lebih tegas dan berani bagi menyekat kezaliman zionis Israel. Dalam masa yang sama bersatu padu dan berkerjasama bagi membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman penjajahan rejim zionis Israel demi untuk kelangsungan rakyat Palestin di samping untuk menguatkan lagi penyatuan seluruh Dunia Islam.
Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan tsabat kepada saudara-saudara kita yang mempertahankan Masjidil Aqsa dan mengurniakan kepada Dunia Islam kepimpinan yang beriman bagi membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa. Saat ini tersangat hampir dengan izin Allah!
لا تَقُومُ السَّاعَةُ حتَّى تُقاتِلُوا اليَهُودَ، حتَّى يَقُولَ الحَجَرُ وَرَاءَهُ اليَهُودِيُّ: يا مُسْلِمُ، هَذَا يَهُودِيٌّ وَرَائِي فاقْتُلْهُ. – رواه البخاري و مسلم
Maksudnya : Kiamat tidak terjadi hingga kaum muslimin memerangiYahudi hingga batu berkata, ‘Hai Muslim, ini orang Yahudi dibelakangku, kemarilah, bunuhlah dia,
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit berjangkit, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami, kedua ibu bapa kami,adik beradik kami, anak-anak kami dan seluruh keluarga kami . Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa, Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti
.اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)