أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Jumaat, 30 Oktober 2020
Cinta Nabi s.a.w DiJulang, Penghina Nabi DiTentang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
Keberadaan kita pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik kepada kembali MengEsakan Allah, daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk kepada suluhan wahyu, daripada sikap kebinatangan kepada akhlak yang mulia. Kita sebagai umat yang beriman begitu yakin bahawa pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai contoh teladan yang terbaik dari pelbagai aspek kehidupan samada cara berkeluarga, cara berekonomi, cara bersosial, cara berpolitik, cara bernegara dan sebagainya. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka setiap tindak tanduk kita akan membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah mampu menyebar luaskan kebaikan kepada sekitar. Hanya umat yang meyakini bahawa perlunya kita kepada pengutusan nabi untuk membimbing umat manusia dalam mengurus kehidupan dunia berteraskan agama bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti. Islam melarang kita mendewakan nabi sehingga dianggap sebagai Tuhan sebagaimana sesatnya Kristian yang mempertuhankan nabi Isa a.s .
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Individu manakah yang lebih kita kenal dan sanjung antara peribadi nabi s.a.w atau artis, pemain sukan dan selainnya yang kita lebih minati. Adakah kita sudah mempunyai seseorang yang kita sanjung dan junjung sepanjang hidup di dunia ini untuk kita bangkit bersama mereka bila keluar daripada lubang kubur menuju ke padang Mahsyar nanti. Nabi s.a.w mengingatkan kita bahawa seseorang itu akan bangkit daripada kuburnya bersama dengan orang yang paling dia kasih semasa hidup di dunia ini. Berapa banyak hadis nabi s.a.w yang telah kita hafaz dan amalkan dalam kehidupan seharian.
Seorang muslim yang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w semestinya dia selalu berusaha untuk meneladani sunnah nabi s.a.w dalam kehidupannya mengikuti petunjuk dan perbuatan baginda s.a.w. Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat 31 surah Ali ‘Imran berkata, “Ayat yang mulia ini merupakan hakim (pemutus perkara) bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah, akan tetapi dia tidak mengikuti jalan (sunnah) Rasulullah s.a.w, maka dia adalah orang yang berdusta dalam pengakuan tersebut dalam masalah ini, sampai dia mahu mengikuti syariat dan agama (yang dibawa oleh) Nabi Muhammad s.a.w dalam semua ucapan, perbuatan dan keadaannya”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه
Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
2 minggu lepas dunia dikejutkan dengan tragedi berdarah apabila Samuel Paty, seorang guru subjek Sejarah sebuah sekolah di Perancis telah dibunuh dengan kepalanya dipenggal oleh seorang pemuda Islam sebagai respon balas terhadap gurunya yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan menayangkan beberapa lukisan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW kepada pelajar-pelajarnya di dalam bilik darjah untuk berbincang di atas dasar hak kebebasan bersuara. Kita tidak seharusnya menyalahkan pemuda itu sahaja yang bertindak melampau kerana tindakan Presiden Perancis dan pelukis kartun yang menghina Baginda SAW lebih melampau sehingga mencetuskan provokasi yang keterlaluan.
Rasulullah SAW melarang para sahabat menghina sahabat yang lain apabila ada kalangan ayah mereka yang bukan Islam dibunuh dalam Perang Badar kerana menyerang umat Islam. Ini semata-mata bagi menghormati perasaan dan fitrah yang ada dalam hati seseorang manusia yang normal fikirannya. Seandainya Presiden Perancis itu berfikiran normal, maka apakah perasaannya jika dilukis dan dilakarkan kartun yang menghina ayah, ibunya mahupun dirinya sendiri?. Sudah pasti dia sendiri pun mempunyai perasaan marah jika perkara itu dilakukan di hadapannya. Sekiranya dia tidak rasa marah apabila dilakukan sedemikian, itu menandakan dia seorang yang berada di luar tabii manusia biasa.
Namun pada dasarnya, dia mestilah kembali kepada hak asasi manusia yang berbeza dengan hak makhluk yang lain. Termasuklah hak binatang sehingga ia menjadi agenda perjuangan kumpulan pencinta alam di negara Barat. Memberi hak kebebasan tidak bermakna diizinkan kebebasan mencuri, merompak sehingga membunuh secara bebas sepertimana binatang buas, juga tidak bermakna dibolehkan bertelanjang di tengah khalayak ramai kerana amalan itu ditolak oleh semua agama dan manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan yang sebenar.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 112 surah Al-An’am :
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
Maksudnya : Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”
Jika kita meneliti sirah Nabi S.A.W, Baginda telah dihina dan dicerca dengan pelbagai bentuk dan cara, bukanlah kerana Baginda seorang yang jahat atau melakukan kezaliman dan provokasi kepada orang lain, bahkan hanyalah kerana Baginda menyampaikan kebenaran dan berdialog dengan cara terbaik dalam berdakwah. Baginda pernah dituduh dan diburukkan karakternya dengan pelbagai gelaran seperti gila, penipu, ahli sihir, dirasuk jin dan lain-lain lagi yang amat jauh dari keperibadian sebenar Baginda, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah manusia semakin ramai mengenali Islam dan memeluk Islam setelah mengenali Baginda dan ajaran Islam dalam wajahnya yang sebenar.
Selain itu, kita juga dapat saksikan dalam sejarah Islam akibat daripada penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W yang mana ia membawa kemusnahan terhadap diri atau kumpulan itu sendiri, antaranya kisah Raja Parsi. Raja Parsi pernah mengoyak surat Rasulullah S.A.W dan menghina Baginda dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W hanya setaraf hambanya sahaja. Lalu Baginda S.A.W mendoakan supaya Allah mengoyakkan kerajaannya dan akhirnya Allah S.W.T telah memakbulkan doa Baginda sehingga jatuhnya empayar Parsi dengan penuh kehinaan dan tidak pernah bangkit semula hingga ke hari ini.
Kita percaya para penghina Rasulullah S.A.W akan ditimpakan oleh Allah S.W.T dengan kehinaan sama ada di dunia atau akhirat. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah S.W.T meruntuhkan kerajaan pimpinan Emmanuel Macron kerana menghina kekasihNya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 33 surah At Taubah :
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33(
Maksudnya : Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.”
Umat Islam mestilah bangkit membantah penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W mengikut cara yang dianjurkan oleh syarak, akal yang waras dan akhlak dalam menangani perbezaan agama dan aliran. Tidak boleh menolak mudarat dengan mendatangkan mudarat yang lebih besar. Tidak boleh melampau dalam bertindak balas, serta tidak boleh juga berserah dan berdiam diri kerana itu adalah sikap orang yang dayus serta lemah iman. Hari ini hampir seluruh dunia Islam khususnya di Timur Tengah melancarkan boikot terhadap barangan keluaran Perancis. Banyak pasar raya di Timur Tengah mengeluarkan barangan Perancis dari kedai-kedai mereka. Apabila dilancarkan kempen boikot ini dianggarkan kerugian Perancis melebihi USD 1 bilion sehari. Ini menunjukkan betapa kuatnya kesan dan pengaruh Dunia Islam terhadap ekonomi dan perdagangan Barat.
Jika Dunia Islam bersatu membantah dan memboikot ekonomi dan sebarang urusniaga dengan pihak yang menghina Islam, sudah pasti tiada pihak yang berani memperlekehkan Islam. Yang penting usaha dan pilihan itu berada di dalam tangan kita sendiri. Adakah kita rela membiarkan maruah kita dan Nabi kita dihina musuh atau bangkit mempertahankan hak dan maruah kita sebagai umat beriman?
Akibat daripada kempen boikot yang dilancarkan ini, Perancis mula terasa bahang akibat keceluparan mereka sendiri sehingga ada dari kalangan menterinya yang menyeru supaya dihentikan boikot kerana kononnya ia dianjurkan kumpulan radikal. Dalam masa yang sama Islam melarang umatnya menghina dan memperlekehkan agama lain.
Selain daripada usaha memboikot barangan buatan Perancis, umat Islam juga mestilah tidak putus menyampaikan dakwah dan menyebarluaskan gambaran sebenar berkenaan Islam dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.
Biar bermandi darah namun penghinaan terhadap nabi s.a.w wajib disanggah, biar bercerai nyawa dari badan namun kemuliaan nabi s.a.w kami tetap pertahankan, biar nyawa melayang asalkan maruah dan agama kami perjuangkan. Jangan bermain api dengan umat Islam buruk padahnya.
قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم : لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الْأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ ، وَلَا يَتْرُكُ اللَّهُ بَيْتَ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ إِلَّا أَدْخَلَهُ اللَّهُ هَذَا الدِّينَ ، بِعِزِّ عَزِيزٍ أَوْ بِذُلِّ ذَلِيلٍ ، عِزًّا يُعِزُّ اللَّهُ بِهِ الْإِسْلَامَ ، وَذُلًّا يُذِلُّ اللَّهُ بِهِ الْكُفْرَ – رواه أحمد والبيهقي
Maksudnya : Sungguhnya perkara ini akan sampai ke seluruh dunia sebagaimana malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik di kota mahu pun di desa kecuali Allah akan memasukkan agama ini dengan kemuliaan yang dimuliakan atau kehinaan yang dihinakan: kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan Islam dan kehinaan yang dengannya Allah menghina-dinakan kekufuran
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 9 Oktober 2020
Maksiat DiHindari Ibadat DiGandai Keberkatan DiMiliki
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Anbiya’ :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Telah menjadi sunnah ketetapan Allah di mana setiap diri manusia akan dicuba, akan diuji, akan diperiksa samada kenyataan kepada keimanan mereka kepada Allah dan seluruh ajaranNya melalui kata-kata mereka adalah betul dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan mereka atau pun hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Kita sebagai umat akhir zaman yang hidup dalam zaman yang penuh cabaran fitnah maka mesti mempunyai bekalan ilmu dan aqidah yang kukuh agar segala keyakinan kita di hati diikuti dengan pengucapan kita di mulut dan disertakan dengan pengamalan terhadap seluruh kewajipan agama sebagai tanda tunduk dan patuh kepada perintah Allah samada dalam keadaan senang atau susah, sihat atau sakit, muda atau tua, lapang atau suntuk. Betapa ramai umat manusia sebelum kita telah diuji oleh Allah sehingga jelaslah kedudukan iman dan penyerahan diri mereka samada mereka benar-benar beriman sehingga sanggup menyerahkan seluruh jiwa raga untuk Islam dan tidak kurang mereka yang tewas disebabkan keyakinan yang nipis terhadap Allah walau pun mulut mereka lantang menyatakan bahawa mereka merupakan umat yang beriman kepada Allah tetapi apabila datangnya ujian dan cabaran maka mereka tidak mampu menghadapinya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 11 surah al-Haj :
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
Maksudnya : Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
Seluruh dunia hari ini sedang berdepan dengan musibah covid 19 termasuk negara kita di mana kes jangkitan akhir-akhir ini semakin meningkat. Ini memerlukan kerjasama semua pihak dalam mematuhi garis panduan penjagaan diri masing-masing daripada sebarang perkara yang boleh mendedah kepada jangkitan. Sebagai seorang muslim maka ketika berdepan dengan musibah ini hendaklah kita meningkatkan amal ibadat kepada Allah, menjauhi dosa maksiat serta memperbanyakkan doa agar Allah mengangkat musibah yang melanda ini.
Tingkatan sikap manusia ketika menghadapi ujian atau dalam menerima takdir Allah iaitu : [1] Marah dengan takdir Allah yang berlaku. Boleh jadi dia marah dalam hatinya dengan bergumam, diucapkan dengan lisannya. Orang yang marah dengan takdir Allah, maka dia dibimbangi terjerumus dalam perbuatan kufur dengan sebab dia mencela takdir di mana marah kepada takdir pada hakikatnya marah kepada Allah. [2] Sabar sebagaimana ungkapan seorang penyair arab,
الصَّبْرُ مِثْلُ اسْمِهِ مُرٌّ مَذَاقَتُهُ ** لَكِنَّ عَوَاقِبَهُ أَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ
Sabar itu memang seperti namanya (sebuah nama tumbuhan), yang rasanya pahit
Namun hasil dari kesabaran akan lebih manis dari madu
Ketika seseorang merasakan beratnya ujian dan tidak suka dengan ujian yang menimpanya, namun ia lebih memilih bersabar sehingga ia merasa ada atau tidaknya ujian sama saja. Meskipun ia tidak menyukainya, namun keimanannya menghalanginya untuk marah. Bersabar ketika menghadapi ujian hukumnya wajib, dan seseorang yang tidak bersabar ketika itu akan terjerumus dalam dosa. Dan sabar adalah tingkatan yang paling minima yang dimiliki oleh seorang Muslim ketika menghadapi ujian.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
قال النبي : مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ – رواه البخاري مسلم
Maksudnya : “Tidaklah suatu kelelahan, sakit, kesedihan, kegundahan, bahkan tusukan duri sekali pun, kecuali akan menjadi penghapus dosa baginya.”
Tingkatan ke-[3] lebih tinggi dari tingkatan sebelumnya, iaitu redha atas setiap ujian yang datang. Dia menjadikan ujian dan nikmat yang menimpanya sama saja, iaitu sama-sama bahagian dari takdir dan ketetapan Allah
[4] Syukur di mana iaadalah tingkatan tertinggi dan yang paling utama dalam menghadapi ujian. Dia mampu bersyukur atas musibah yang menimpanya yang membolehkan dia menjadi hamba Allah yang penuh rasa syukur ketika dia melihat masih ramai orang lain yang lebih berat musibahnya dibandingkan dirinya. Musibah dalam hal dunia lebih ringan dibandingkan musibah dalam hal agama, kerana azab di dunia lebih ringan dibandingkan azab di akhirat nanti.Pada hakikatnya, musibah adalah penghapus dosa dan akan menjadi tambahan kebaikan di sisi Allah tatkala dia menjadi hamba yang bersyukur
قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم
Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 58 surah an-Nisa’ :
﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا٥٨﴾
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia (semuanya dalam masyarakat majmuk) supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Ingatlah al-Quran telah menegaskan bahawa Allah menciptakan manusia berbeza daripada makhluk yang lain. Tujuan hidup manusia adalah: [1]Beribadat dalam setiap aspek kehidupan [2] Berkhilafah iaitu mentadbir urusan dunia berdasarkan agama [3] Menunaikan amanah dengan menegakkan petunjuk Allah yang adil kepada semua manusia dan alam semesta.
Hidup manusia bukanlah untuk makan dan diperhambakan kepada makhluk selain menjadi hamba kepada Allah. Sesungguhnya manusia itu makan untuk hidup dan berhikmah, bukan seperti makhluk yang hidup semata-mata untuk makan dan dimakan. Sesuai dengan kejadian manusia itu dicipta sebagai khalifah di bumi, maka Allah yang Maha Pencipta bukan saja mencantikkan kejadian manusia itu, malah menganugerahkan nikmat akal untuk membezakannya daripada makhluk lain. Dengan akal dan berpandukan pula ajaran Islam yang syumul lagi lengkap, maka peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah tentunya besar dan berat. Ia bukan hanya sekadar menyempurnakan tanggungjawab terhadap Penciptanya saja, iaitu Allah, malah bertanggungjawab terhadap hubungannya sesama manusia dan alam sekitar. Pendeknya, Islam meletakkan keseluruhan tanggungjawab ini di bawah satu peranan umum iaitu pengabdian yang sepenuhnya, hanya kepada Allah.
Oleh itu, pemikiran yang dianut oleh mereka yang mengatakan kehidupan manusia tidak mempunyai matlamat dan tujuan tertentu, adalah salah. Tidak kira sama ada ia berpandukan ajaran Islam atau sains sekular, masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan tertentu. Tetapi matlamat dan tujuan itu tentunya tidak sama. Bagi seorang materialis, kehidupannya adalah berdasarkan kepada fahaman kebendaan manakala bagi seorang sosialis pula, dia akan cuba menekankan konsep kesamarataan dalam masyarakat. Bagi seorang kapitalis pula, dia akan berusaha memungut keuntungan semaksimum mungkin, hasil daripada sistem yang diciptanya sendiri. Pendek kata, setiap manusia atau masyarakat itu mempunyai matlamat dan tujuan tertentu.
Malangnya, matlamat dan tujuan itu diseleweng dan disalah tafsir mengikut hawa nafsu dan demi mementingkan kehidupan duniawi semata-mata. Mereka beranggapan ilmu yang dimiliki mampu untuk menguasai manusia dan dunia serta apa saja yang mereka hajati. Dari aspek lain pula, pendukung sekularisme berpandangan bahawa, agama dan kehidupan duniawi adalah sesuatu yang perlu dipisahkan. Bagi mereka, segala bentuk kepercayaan agama yang membawa kepada ketaatan kepada Allah serta memelihara batasan syariah adalah terhad kepada amalan peribadi saja manakala perkara umum yang membabitkan kehidupan manusia secara keseluruhannya, perlu diatasi dengan kekuatan kebendaan semata-mata.
Sebaliknya, Islam mengajar penganutnya yang juga khalifah di bumi ini, supaya dapat mengimbangi kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat sewajarnya. Di samping menganjurkan umatnya supaya beramal sebagai bekalan pada akhirat, Islam tidak pernah pula melarang umatnya daripada berusaha untuk kesejahteraan hidup di dunia. Yang berbeza adalah kaedah yang disarankan oleh Islam untuk berusaha bagi mencapai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١﴾
Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)