أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Jumaat, 19 November 2021
Khutbah Jumaat : Kepimpinan Nabi s.a.w DiContohi Judi DiPerangi Negara DiBerkati
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 116-117 surah Huud:
فَلَوْلَا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِن قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الْأَرْضِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّنْ أَنجَيْنَا مِنْهُمْ ۗ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ ﴿١١٦﴾ وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ ﴿١١٧﴾
Maksudnya : Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
Al-Quran banyak menceritakan kisah bagaimana umat dahulu dihancurkan sebagaimana pengajaran dan iktibar yang berguna kepada kita semua agar tidak mengulanhi jenayah dan sikap yang sama. Antara sikap umat dahulu yang telah dihancurkan oleh Allah iailah : [1] Menentang ayat-ayat Allah dan Rasul-rasulNya. [2] Mengikut perintah pemerintah yang zalim, hidup berfoya-foya, melakukan kerosakan di muka bumi tanpa melakukan pembaikan seperti kaum ‘Aad dan Thamud. [3] Berbangga dengan pengetahuan kebendaan, berpaling dari ilmu wahyu [4] Kagum dengan kekuatan kebendaan dan kekayaan harta benda dengan melupakan kemurkaan Allah seperti Firaun dan Qarun). [5] Zalim dan bongkak yang melampaui batas kebenaran khususnya terhadap orang-orang miskin dan lemah seperti bangsa Madyan kaum Nabi Syu’aib. [6] Melakukan perbuatan kotor dan mengikut hawa nafsu seperti kaum Nabi Luth). [7] Tersebarnya kerosakan dan kemungkaran di mukabumi secara terang-terangan tanpa usaha menghentikannya seperti sebahagian kaum Bani Israeil. [8] Kufur pada ni’mat Allah dan tidak mensyukurinya, bahkan digunakan pemberian Allah itu untuk melakukan maksiat. [9] Boros dan melampau-lampau dalam kesenangan
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
Menyedari tentang betapa bahayanya apabila umat hanyut dalam gelombang hawa nafsu maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi termasuk nabi Muhammad s.a.w untuk menunjuk jalan menuju Syurga dan menjauhi seksaan api Neraka. Pengutusan nabi Muhammad s.a.w bukan setakat sebagai pendakwah malah bertindak sebagai pemimpin Daulah yang telah memberi tunjuk ajar dalam segenap aspek kehidupan manusia termasuk ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w yang mesti di contohi antaranya ialah : [1] Berilmu Pengetahuan terutama aspek-aspek teknikal dan juga pengurusan yang lebih terutamanya aspek-aspek teknikal dan juga pengurusan dalam organisasi. [2] Teras Aqidah yang kukuh bagi memastikan setiap tindakannya adalah bersandarkan kepada ajaran Islam. [3] Amanah agar menjauhi daripada perbuatan pecah amanah, pemalsuan dan juga rasuah, yang boleh meruntuhkan organisasi yang dipimpin. [4] Benar dalam perkataan dan tindakan agar tidak menimbulkan kecelaruan dalam organisasi yang dipimpin atau dipertikaikan kredibilitinya. [5] Bijak dalam menangani masalah di samping mempunyai ketokohan yang boleh menyakinkan anak buahnya dalam melaksanakan sesuatu tindakan dengan berkesan dan sempurna. [6] Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin agar setiap mereka itu terhindar dari sifat tidak puas hati atau memberontak disebabkan perkara tersebut. [7] Bersifat Rahim iaitu belas kasihan dan bertimbang rasa kepada orang bawahan [8] Sentiasa menyampaikan perkara-perkara yang baik dan pesan dengan perkara-perkara yang benar selaras dengan kehendak Allah
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Ketahuilah sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah ialah perbuatan yang keji daripada amalan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Pemimpin yang bijak dan bertaqwa ialah pemimpin yang sentiasa berusaha mencontohi cara kepimpinan nabi Muhammad s.a.w termasuk menyekat judi dan had penjualan arak kerana kedua ini adalah virus merbahaya bukan sahaja kepada umat Islam malah orang bukan Islam. Antara kesan negatif dan akibat daripada judi [1] Lalai daripada tanggungjawab yang dipikul. [2] Mengalami kehabisan wang dan sumber. [3] Selalu dibebani dengan hutang. [4] Mudah terjebak dengan perlakuan jenayah. [5] Meruntuhkan institusi kekeluargaan. [6] Punca perpecahan dalam masyarakat. [7] Meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyarakat.
Manakala antara hikmah pengharaman judi pula dapat mengelakkan seseorang itu daripada terjebak dalam pelbagai jenayah seperti: [1] Mencuri. [2]Mencederakan jiwa. [3] Menimbulkan permusuhan dan pertelingkahan. [4] Mengambil harta orang lain secara batil. [5] Menjadi asbab kepada seseorang dalam menipu dan menzalimi orang lain. [6] Menghabiskan harta sehingga sanggup menggadai isteri dan anak-anak.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩﴾
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Ketika ada pihak yang memberi hujah yang dangkal atas alasan hak kebebasan dan agama selain Islam membenarkan judi maka kita datangkan kajian di mana didapati bukan Islam sahaja mengharamkan judi malah agama lain turut meletakkan judi sebagai perbuatan buruk.
Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.
Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur ‘Ratapan si Penjudi’ (Gambler’s Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.
Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya ‘seorang dalam sejuta sahaja’ yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.
Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.
Di Amerika Syarikat sendiri, walaupun di peringat Pusat membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya di mana kebanyakan negeri masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Adakah Amerika Syarikat dituduh diskriminasi agama kerana melarang judi di kebanyakan negerinya. Oleh itu kita sebagai negara yang Islam adalah tunggak agama rasmi sewajibnya membanteras amalan judi bukan menyuburkannya agar dijauhi daripada laknat dan kemurkaan Allah
Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾
Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 5 November 2021
Khutbah Jumaat : Tarbiah Nabi s.a.w DiTeladani, Pemuda DiSantuni, Negara DiBerkati
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Kahfi :
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾
Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka (Ashabul Kahfi) dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
Pengutusan nabi Muhammad s.a.w penghulu para nabi dan rasul merupakan suatu nikmat yang besar daripada Allah dalam menunjuk jalan kebenaran bukan sahaja untuk bahagia di dunia malah kebahagiaan yang abadi di akhirat nanti. Antara tugas nabi s.a.w ialah membina jatidiri dalam diri para pemuda kerana Generasi muda berperanan memacu negara ke arah yang lebih maju dan lebih baik. Generasi muda adalah masa depan agama dan negara. Sekiranya generasi muda hari ini rosak, maka akan rosaklah agama dan negara pada masa akan datang.
Al-Quran telah membawakan contoh kisah ashab al-Kahfi iaitu penghuni gua yang teguh akidah mereka, kukuh iman mereka, indah budi pekerti mereka. Mereka hidup di bawah pemerintahan raja yang zalim dan masyarakat yang rosak agama dan akhlaknya. Sejarah Islam membuktikan bahawa Islam telah diperjuangkan, dipertahankan dan disebarkan oleh generasi-generasi muda di sisi Rasulullah s.a.w.
Masa depan negara sama ada dari segi syakhsiah, ekonomi, sosial mahupun agama terletak di tangan generasi muda. Inilah cabaran kepada generasi muda pada hari ini. Ketahuilah, sesungguhnya serangan musuh terhadap Islam atau penganutnya datang dalam pelbagai seperti serangan ideologi , budaya, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Generasi muda yang tidak mempunyai kesedaran terus hanyut mengikut arus dengan mencontohi gaya kehidupan yang melalaikan serta jauh dari panduan syariat Islam. Generasi sebegini hidup seakan-akan tidak memikirkan masa hadapan. Apa yang penting adalah keseronokan, glamor dan hiburan. Atas slogan “Hak asasi manusia” dan “Kebebasan”, identiti bangsa dan agama sedikit demi sedikit cuba dikikis dan dihapuskan.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ …وَعَدَّدَ مِنْهَا : شّابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ الله – رواه البحاري ومسلم
Maksudnya : “Tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.. (salah satunya) pemuda yang tumbuh di dalam ketaatan kepada Allah”
Formula atau cara terbaik dalam membina jatidiri pemuda ialah dengan meneladani apa yang telah ditunjuk ajar oleh Nabi s.a.w. Sarjana Islam iaitu Abdullah Nashih ‘Ulwan telah menukilkan 6 kaedah yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dalam mentarbiah para pemuda iaitu :
[1] Mempersiapkan pemuda untuk iltizam atau konsisten dalam ketaatan kepada Allah beribadah kepada-Nya dan menjauhi segala hal yang dilarang-Nya.
[2] Menyeru pemuda supaya mengambil dan memanfaatkan setiap peluang dan kesempatan yang ada guna membentuk peribadi pemuda menjadi baik dan kukuh dari aspek rohani, jasmani, mental, akal dan akhlak.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ وَشَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ.- رواه الحاكم
Maksudnya : “Pergunakanlah (dengan baik) lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Cara ke[3] yang ditunjuk oleh Nabi s.a.w dalam membina jatidiri pemuda ialah Memelihara jiwa pemuda dari penyelewengan dan penyimpangan, serta menjaga kesuciannya dengan menganjurkan para pemuda untuk segera berkahwin jika sudah memiliki kemampuan, sebagaimana telah disyariatkan Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
يَا مَعْشَرَ الشَبَابِ مَنْ استَطَاعَ مِنْكُمْ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. – رواه الجماعة
Maksudnya : “Wahai para pemuda, siapa saja dari kamu yang mampu untuk menikah, hendaklah ia segera menikah. Karena hal tersebut lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”
[4] Membina para pemuda untuk senantiasa menghitung diri atau muhasabah dan memperbaiki amalnya, kerana amal-amalnya akan diminta untuk dipertanggung jawabkannya di hadapan Allah Allah Ta’ala di akhirat kelak.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
لاَتَزُوْلُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ القِيَامَةِ حَتىَّ يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَهُ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ عِلْمِهِ مَا عَمِلَ فِيْهِ.- رواه الترمذي
Maksudnya : “Tidaklah berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari Kiamat, sehingga ditanyakan kepadanya mengenai empat perkara. Umurnya dihabiskan untuk apa, masa mudanya dipergunakan untuk apa, hartanya diperoleh dari mana dan kemana ia membelanjakannya, dan apa yang diperbuat dengan ilmunya”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Cara ke[5] yang ditunjuk oleh Nabi s.a.w dalam mempersiapkan dan membina generasi muda ialah Membina para pemuda untuk sentiasa istiqomah di atas manhaj Islam, menjauhkan mereka dari hal-hal yang sia-sia dan mendorong pemuda untuk terus berusaha agar selalu berada dalam ketakwaan kepada Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
إِنَّ اللهَ لَيَعْجَبُ مِنْ الشَبَابِ الَّذِيْ لَيْسَ لَهُ صَبْوَةٌ. -رواه أحمد وأبو يعلى
Maksudnya :”Sesungguhnya Allah ta’jub pada pemuda yang tidak ada padanya kesia-siaan”
[6] Rasulullah s.a.w berwasiat kepada umat Islam agar sentiasa menjaga para pemuda dan menjelaskan kelebihan mereka atas orang-orang tua.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
أُوْصِيْكُمْ باِلشَّبَابِ خَيْرًا فَإِنـَّهُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ اللهُ باِلْحَنَفِيَّةِ السَّمْحَةِ فَحَالَفَنِيْ الشَبَابُ وَخَالَفَنِيْ الشُّيُوْخُ.
Maksudnya :”Aku berwasiat kepada kalian supaya berbuat baik kepada para pemuda. Sesungguhnya hati mereka adalah hati yang paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku dengan Hanafiyyatu As-Samhah (agama Islam), lalu para pemuda bergabung denganku dan para orang tua menentangku.”
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :
رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧﴾
Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan
Inilah asas-asas terpenting dalam pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak diragukan lagi bahawa tujuan dari pembinaan dan persiapan ini adalah agar pemuda terbentuk sebagai pribadi yang sempurna, baik dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa. Serta seluruh aspek yang menyempurnakan kepribadian mereka.
Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih mampu untuk menghadapi pelbagai tentangan, lebih kuat untuk melaksanakan tanggung jawab dan lebih kukuh dalam berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam. Sehingga mereka tidak akan menyeleweng, merasa lemah, terhembus angin fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kerosakan, berputus asa dan lemah semangat, begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.
Demikianlah, pemuda muslim akan kekal sebagai peribadi yang sihat, teguh, beriman, berjihad menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam. Sehingga dia diwafatkan Allah Ta’ala dalam keadaan yang mulia atau dia menghadap Tuhannya sebagai seorang dikalangan para syuhada’.
Kejayaan kita adalah bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melaksana dan meniru nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Kegagalan kita akibat menjauhi dan membenci cara hidup Nabi s.a.w. Tepuklah dada dan tanya iman kita. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya dunia dan akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Jumaat : Syariat Nabi s.a.w DiNobat Maruah Wanita DiMartabat Arak DiSekat
لسلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu :
وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِالْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ ﴿٥٨﴾ يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ ﴿٥٩﴾
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
Pengutusan nabi Muhammad s.a.w penghulu para nabi dan rasul sebagai rahmat bagi sekalian alam telah mengubah cara hidup umat manusia daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada kegelapan kufur kepada terangnya iman, daripada kerakusan hawa nafsu kepada pedoman wahyu. Antara kesan besar ialah kedatangan Islam telah mengembalikan semula wanita kepada kedudukan mereka yang baik dan dihormati setelah agama dan kefahaman yang lain telah meletakkan kaum wanita ditempat yang hina. Contohnya Bangsa arab jahiliah membunuh atau menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana bimbangkan keaiban dan kepapaan. Jika tidak menanam bayi dalam keadaan hidup, mereka tetap akan letak bayi itu di tempat yang hina sehingga dia besar dengan dipakaikan pakaian jijik sebelum dihantar ke kawasan pedalaman sebagai pengembala unta. Bagi isteri kematian suami pula, seluruh harta peninggalan suami akan diambil termasuk pakaian yang dipakainya. Tiada siapa lagi akan mengahwininya melainkan dia akan beranak-pinak tanpa bersuamikan yang halal. Jika wanita itu kaya, mereka akan membunuh suaminya dan memaksa berkahwin dengan salah seorang daripada mereka.
Wanita dan para isteri masyarakat India tidak diberi hak untuk hidup di mana isteri akan turut dibakar hidup-hidup apabila suaminya meninggal dunia. Seorang isteri yang dibakar hidup bersama mayat suaminya ini dianggap sebagai perempuan yang setia. Menurut kaum Tionghoa pula perbuatan menanamkan orang perempuan hidup-hidup bersama mayat suaminya telah menjadi adat kebiasaan . Turut diriwayatkan bagaimana para isteri orang-orang besar bangsa Tionghoa zaman silam akan dipakaikan celana dari besi antara kedua pehanya hingga bawah pusat dan dikunci kukuh oleh suaminya sepanjang peninggalannya. Ini menyebabkan mereka merasa kesusahan dan kerumitan dalam pergerakan sepanjang peninggalan suami mereka.
Mengikut agama Yahudi dan Kristian pula mereka menganggap bahawa wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau penipuan dan tidak boleh dipercayai. Wanita dianggap beracun dan berbahaya di mana mesti dimusnahkan daripada alam ini.Kaum wanita dilarang belajar ilmu pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki. Begitu juga mengikut Yahudi bahawa kaum perempuan tidak boleh mewarisi pusaka.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu :
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٩٧﴾
Maksudnya : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
Islam meletakkan kedudukan wanita di tempat yang mulia dan berperanan sebagai pembantu kepada kaum lelaki. Antaranya Islam memberi hak yang sepatutnya dikecapi oleh kaum wanita iaitu : [1] Hak perempuan untuk beribadah atau beragama bukan hanya dimonopoli kaum laki-laki sahaja. [2] Hak dalam pentadbiran untuk berganding bahu dengan kaum lelaki. [3] Hak-hak kebendaan, mewarisi harta pusaka, memiliki hasil usahanya sendiri dan hak untuk bekerja. [4] Hak memilih dan menentukan pasangan hidup [5] Hak menuntut ilmu
Malangnya akibat kejahilan tentang Islam menyebabkan wanita Islam menganggap Islam sebagai penyekat hak dan kebebasan wanita sehingga termakan umpan musuh Islam. Antara umpan musuh yang sedang ditelan oleh umat Islam ialah pergaulan bebas dan cara berpakaian yang menjolok mata di mana kesemua ini merupakan pintu ke arah penzinaan. Atas nama hak asasi manusia serta kebebasan maka umat Islam tanpa segan silu berpakaian mendedahkan bentuk tubuh badan ditambah dengan pergaulan yang melampaui batas yang dibenarkan oleh syarak. Kita masih ingat suatu cadangan yang pernah disyorkan oleh bekas Perdana Menteri Britain Gladstone pada awal penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan katanya : “ Untuk menghancurkan kekuatan Islam, mestilah dibuang dahulu hijab daripada muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah membawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan mungkar”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahanah :
﴿لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ﴾
Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Rahmatnya kedatangan nabi Muhammad s.a.w ke muka bumi ini bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah turut dirasai oleh orang bukan Islam. Malah Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan negara yang bertulis pertama di dunia dapat kita saksikan bagaimana digariskan tentang hak orang bukan Islam yang wajib dijaga dan dihormati.
Pergaulan orang Islam bersama orang bukan Islam bukanlah perkara yang baharu, malah ia telah berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W dalam pelbagai urusan seperti muamalat, perjanjian, perdamaian, dan sebagainya. Maka, perlunya kepada kita untuk melihat kepada konsep fiqh kewujudan bersama bagi melihat lebih lanjut hukum hakam syarak berkaitan tatacara kehidupan bersama antara golongan Islam dan golongan bukan Islam. Secara asasnya bahawa hukum bagi orang Islam menerima pandangan, idea, buah fikiran ataupun pendapat daripada orang bukan Islam adalah harus dan dibolehkan namun mestilah berdasarkan kepada syarat iaitu:
[1] Menerima pandangan, idea, buah fikiran atau pendapat dalam hal-hal yang tidak berkait dengan agama dan tidak pula bercanggah dengan syariat juga ajaran Islam.
[2] Menerima pandangan bukan bagi tujuan yang tidak baik seperti idea untuk menjatuhkan atau meruntuhkan agama Islam.
[3] Menerima pandangan dalam hal-hal keduniaan bukan dalam hal Akhirat.
Maka kesemua syarat ini perlulah dipatuhi sebelum menerima sebarang idea dan juga pandangan orang bukan Islam. Malah jika didapati ada Muslim yang lebih mahir dalam sesuatu hal atau perkara, maka sebaiknya diutamakan pendapat Muslim.
Oleh itu kita menyanggah pendapat orang bukan Islam yang mahu halalkan orang Islam bekerja dengan syarikat arak dengan kenyataannya : “Arak adalah haram untuk orang-orang Islam. Tiada persoalan mengenainya. Tetapi ia tidak bermakna orang-orang Islam tidak boleh melihat, mendengar, menyentuh atau menghantar arak. Ia juga tidak bermakna orang-orang Islam tidak boleh bekerja di syarikat atau kilang yang menjual atau menghasilkan arak. Tiap orang ada hak masing-masing.”
Sebaliknya kita mendesak kerajaan agar mewujudkan dasar arak iaitu:
[1] Melarang umat Islam daripada terlibat dalam semua aktiviti pemprosesan, jual beli, pengangkutan, hidangan dan yang berkaitan,
[2] Melarang sama sekali sebarang promosi arak dan kaitannya bagi menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan, dan
[3] Memelihara sensitiviti umat Islam dalam semua aktiviti arak di kalangan bukan-Islam termasuk penganjuran majlis, pemilihan jenama dan simbol yang boleh menimbulkan kemarahan kepada umat Islam
Nabi S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak seperti hadis daripada Anas bin Malik sabda Nabi S.A.W:
قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْخَمْرِ عَشَرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِيَ لَهَا وَالْمُشْتَرَاةَ لَهُ
Maksudnya: Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Jumaat : Syariat Nabi s.a.w DiMartabat, Arak Judi DiSekat
السلام عليكمالحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalianFirman Allah dalam ayat 107 surah al-Anbiya’ :وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ﴿١٠٧﴾Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.Sesugguhnya kehidupan masyarakat jahiliyyah di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. berada dalam keadaan huru hara dan penuh dengan keserabutan, kerana masyarakat Makkah khususnya boleh disifatkan sebagai masyarakat yang tidak bertamadun kerana melakukan jenayah-jenayah yang dianggap kecil bagi mereka. Jenayah seperti pembunuhan anak-anak perempuan dengan pelbagai alasan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, berjudi, berfoya-foya, berzina, meminum arak sudah menjadi budaya biasa bagi masyarakat jahiliyyah tersebut, dan mereka mempertahankan perbuatan jenayah itu dan menganggapnya sebagai perkara yang membawa kepada tamadun mereka. Mana-mana pihak yang cuba menghalang apa yang telah menjadi darah daging mereka termasuk penyembahan berhala, pasti akan ditentang habis-habisan walau dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa menggadai nyawa semata-mata untuk berkorban kepada Tuhan-tuhan mereka.Oleh itu, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang diiringi rahmat daripada Allah amat diperlukan oleh segenap makhluk yang ada di muka bumi ini, sama ada makhluk bernama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain Ini kerana rahmat itu seperti dalam Tafsir Imam Al-Baidhawi menyebutkan bahawa secara bahasa rahmat berarti : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim wanita kerana dia melindungi apa yang ada di dalamnya.Dengan pengertian kata rahmat seperti ini, maka tujuan Rasulullah s.a.w. diutus beserta seluruh isi serta cara penyampaian risalahnya adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada seluruh semesta alam. Misi baginda bukanlah untuk membawa bencana dan keresahan di muka bumi.Dari sini terlihat bahawa misi Nabi Muhammad s.a.w. adalah menjaga dan mengembangkan sifat rahmat yang telah dipersiapkan dalam jiwa kita sejak kita masih dalam kandungan. Dan sampai saat kita meninggalpun kita mengharap untuk masuk dalam lingkaran rahmat itu dengan ungkapan “almarhum” yang bererti memperolehi rahmat, kelembutan dan perlindungan.Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَMaksudnya: “Wahai orang yang beriman! Ketahuilah sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah ialah perbuatan yang keji daripada amalan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.Antara rahmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w yang dapat dirasai ialah dengan pengharaman judi di mana kita semua maklum tentang akibat buruk tabiat berjudi yang bukan sahaja mendatangkan kerosakan kepada kaki judi malah memporak peranda rumahtangga dan memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Malah bila kita membuat kajian di mana didapati bukan Islam sahaja mengharamkan judi malah agama lain turut meletakkan judi sebagai perbuatan buruk. Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur ‘Ratapan si Penjudi’ (Gambler’s Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya ‘seorang dalam sejuta sahaja’ yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.Di Amerika Syarikat sendiri, walaupun di peringat Pusat membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya di mana kebanyakan negeri masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Oleh itu kita sebagai negara yang Islam adalah tunggak agama rasmi sewajibnya membanteras amalan judi bukan menyuburkannya agar dijauhi daripada laknat dan kemurkaan AllahSidang Jumaat yang dirahmati Allah,Sabda Baginda SAW:لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ، يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا. – رواه أبو دأود وابن ماجهMaksudnya : “Demi sesungguhnya ada dalam kalangan umatku yang meminum arak, sehingga menamakannya dengan bukan nama asalnya (menukar namanya bagi mengelirukan).” Rahmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w juga dapat dirasai apabila syariat Islam mengharamkan arak dan bahan sepertinya kerana memabukkan, sehingga menghilangkan dan merosakkan akal manusia. Selain itu, ia menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit lain yang membahayakan jasad, meruntuhkan akhlak, sehingga merosakkan keluarga dan masyarakat, serta memesongkan hikmah manusia itu diciptakan.Bahkan, semua agama pada asalnya juga mengharamkan arak kerana masing-masing berasaskan panduan Islam yang menjadi agama fitrah manusia. Namun, para agamawannya yang terdiri daripada kalangan paderi, pendeta dan sami telah meminda agama asalnya. Sehingga kemudiannya menghalalkan arak, bahkan ada yang memasukkan arak dalam upacara keagamaannya.Mudarat arak sangat besar lebih daripada faedahnya yang sedikit, dan ia sekali-kali tidak mampu menimbus kerugian akibat mudaratnya kepada diri manusia. Maka, menolak perkara yang memudaratkan diri sendiri itu adalah lebih baik. Dalam pada itu, perbelanjaan bagi menghadapi penyakit dan akibat keburukannya juga lebih mahal daripada harga faedahnya termasuklah cukai itu sendiri. Arak sebenarnya merugikan kehidupan manusia sehinggalah keluarga, masyarakat dan negaraSempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia, di bulan kelahiran nabi Muhammad s.a.w yang mulia maka kita mendesak agar kerajaan lebih tegas dalam menangani masalah Penggunaan jenama arak dengan perkataan bahasa Melayu seperti ‘Timah’. Ia mesti ditarik dan diubah serta-merta, di samping gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti, demi keharmonian negara.Adalah dinasihatkan pihak-pihak berkaitan agar lebih sensitif dan peka terhadap isu-isu sebegini yang berpotensi mengancam perpaduan dan keamanan masyarakat berbilang kaum. Memelihara kerukunan masyarakat dan tidak melanggar batas-batas yang boleh mengancam kestabilan hidup dan menggugat keharmonian umat Islam adalah menjadi teras kestabilan negara ini. Ketika kita masih berada suasana musibah wabak covid-19 sepatutnya kita mencari sebanyak mungkin jalan agar Allah mengangkat musibah yang merbahaya ini bukannya mencari nahas dengan menjemput bala Allah yang merugikan kita dunia akhirat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Jumaat : Sunnah Nabi s.a.w DiHayati Syafaat DiMiliki
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Rabiul Awwal datang lagi bersama ingatan yang kuat kepada diri nabi Muhammad s.a.w yang bukan sahaja pembawa rahmat kepada sekalian alam untuk kita rasai di dunia yang sementara malah apa yang paling besar untuk kita meraih syafaat nabi di akhirat nanti. Syafaat bererti memohon atau mengharapkan bantuan di saat memasuki syurga Allah dan umat Nabi Muhammad SAW perlu kepada syafaat itu. Baginda yang turut dikategorikan kepada beberapa jenis agar setiap manusia tidak terlepas daripada mendapat keistimewaan syafaat daripada Rasulullah.
Rasulullah SAW juga berpesan, bahawa Baginda adalah syafaat pertama untuk memasuki syurga. Manusia begitu memerlukan syafaat memandangkan perjalanan hidup yang dilalui tidak sempurna, banyak kelompangan dan sia-sia serta menghabiskan masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Apabila berada di Padang Mahsyar kelak, sudah tentu manusia akan membawa bersama banyak dosa dan pada ketika inilah syafaat diperlukan daripada Rasulullah SAW untuk membawa mereka ke dalam syurga.
Rasulullah SAW sendiri mendapat syafaat Allah untuk ke syurga dan ini membuktikan perlunya umat Baginda mendekatkan diri kepadanya untuk beroleh syafaat itu
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 23 surah Saba’ :
وَلَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
Maksudnya : Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan-mu?” Mereka menjawab: (Perkataan) yang benar”, dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar
قال الرسول: لِكُلِّ نَبِىٍّ دَعْـوَةٌ مُسْـتَجَابَةٌ فَتَعَجَّـلَ كُلُّ نَبِىٍّ دَعْوَتَـهُ وَإِنِّى اخْتَبَأْتُ دَعْـوَتِى شَــفَاعَةً لأُمَّـتِى يَوْمَ الْقِيَـامَـةِ فَهِىَ نَائـِلَةٌ إِنْ شَـاءَ اللَّهُ مَنْ مَـاتَ مِنْ أُمَّـتِى لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا – رواه مسلم والترمذي وابن ماجه وأحمد
Maksudnya : Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajabah, maka setiap Nabi doanya dikabulkan segera, sedangkan saya menyimpan doaku untuk memberikan syafaat kepada umatku di hari kiamat. Syafaat itu insya Allah diperoleh umatku yang meninggal tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun
Tanda cinta Nabi SAW turut dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak. Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka.
Qadhi Iyadh menukil dalam kitab “asy Syifa Fii Huquqi al Musthafa” bahwa syafaat itu terbagi menjadi 5 bahagian :
Syafaat Pertama: Khusus dengan perantaraan Nabi Muhammad SAW yang bersifat menenangkan situasi dan mempercepat hisab kerana lamanya berdiri di padang Mahsyar pada hari qiamat. Tidak ada yang boleh memberikan syafaat ini kecuali nabi Muhammad SAW, dan ini merupakan “syafaat uzhma (syafaat paling agung)”.
Syafaat Kedua: Untuk memasukkan kaum ke Syurga tanpa hisab yang juga khusus pada Nabi kita SAW
Syafaat Ketiga: Untuk kaum yang ditetapkan masuk neraka, lalu Nabi SAW memberikan syafaat kepada mereka dan siapa saja yang dikehendaki Allah, sehingga mereka selamat dari dimasukkan ke dalam neraka.
Syafaat Keempat: Bagi orang-orang yang penuh dosa yang telah masuk neraka. Telah datang hadis-hadis sohih dengan mengeluarkan mereka dari neraka lantaran syafaat Nabi kita SAW, seluruh para Nabi as., para malaikat, dan orang-orang shalih dari hamba-hamba Allah yang mukmin.
Syafaat Kelima: Tentang penambahan darjat kedudukan di dalam surga untuk ahli Syurga yang amal-amalnya tidak cukup untuk mencapainya. Nabi Muhammad SAW pemilik wasilah yang paling tinggi kedudukannya di dalam Syurga.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قال الرسول: ((أحق الناس بشفاعتي يوم القيامة من قال: لا إله إلا الله خالصة من قلبه) – رواه البخاري
Maksudnya:Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.”
Jika semasa hidup di dunia ini kita perlu kepada pertolongan ibubapa untuk menjalani kehidupan, orang yang berjawatan untuk memberi peluang kepada kita untuk mendapat sesuatu pekerjaan, orang kaya untuk untuk kita menumpang bantuan, pemimpin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maka begitulah pada hari akhirat maka bantuan yang dinamakan syafaat ini begitu diperlukan
Antara cara untuk kita meraih syafaat nabi pada hari akhirat nanti ialah dengan ikhlas mengucap 2 kalimah syahadah serta melaksanakan segala tuntutannya dengan menjauhi syirik menyutukan Allah dengan sesuatu yang lain serta melaksana segala suruhan dan meninggal segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan
Terutama ketika diuji dengan musibah covid-19 maka perbanyakkan amal ibadat disamping menjauhi maksiat. Ketika pintu masjid mula dibuka semula maka datanglah beramai-ramai dengan penuh rasa syukur kepada Allah. Jangan kembali kotori buku catatan amalan kita dengan dosa maksiat.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Amalan yang membolehkan kita mendapat Syafaat nabi s.a.w pada hari akhirat lagi ialah dengan memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah s.a.w terutama pada hari Jumaat kerana Rasulullah pernah menyebutkan,
عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة
ً
Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (HR al-Baihaqi)
Jangan jadi manusia yang kedekut iaitu yang begitu berat lidahnya untuk berselawat kepada nabi s.a.w. Biasanya bila kita terlalu kasih dan sayang kepada seseorang maka kita banyak menyebut nama dan kelebihannya. Begiulah apa yang sepatutnya kita lakukan dalam kehidupan seharian dengan memperbanyak selawat kepada nabi, membaca seterusnya mencontohi cara hidup nabi s.a.w untuk berjaya dunia dan akhirat
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Daripada Abdillah bin ‘Amr bin ‘Asr RA, sesungguhnya dia mendengar Nabi SAW bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ
Maksudnya: “Apabila kamu mendengar muazdin, maka ucapkanlah sepertimana yang sedang diucapkan oleh muadzin. Kemudian berselawatlah kamu ke atasku kerana barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh (10 kali selawat). Setelah itu, mohonlah (doalah) kepada Allah terhadapku sebagai wasilah kerana ia merupakan salah satu tempat (kedudukan di dalam Syurga) di mana dia tidak layak untuk sesiapapun melainkan buat hamba-hamba Allah. Aku mengharapkan agar aku adalah orang tersebut (yang layak di kedudukan tersebut di dalam Syurga kelak). Maka barangsiapa yang memohon kepadaku wasilah maka layaklah baginya untuk mendapatkan syafaat (syafaat Nabi SAW).” [Riwayat Muslim (384)]
Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj Syarah Sahih Muslim menukilkan bahawa hadith ini menunjukkan sunat berselawat ke atas Nabi SAW selepas daripada selesai menjawab azan. Di samping itu juga, sunat seseorang itu berdoa atau memohon wasilah kepada Nabi SAW. Tambahan pula, sunat juga bagi orang yang mendengar azan untuk menjawab setiap daripada perkataan-perkataan muadzin itu selepas daripada muadzin selesai menyebutnya dan dengan tidak menunggu lama untuk menjawabnya.
Marilah kita sama-sama subukan rasa kasih dan sayang kepada nabi s.a.w dengan meneladani segala tunjuk ajar baginda dalam setiap aspek kehidupan bukan setakat dalam ibadat khusus seperti solat, puasa sahaja malah dalam berpolitik, berekonomi, bersosial dan sebagainya. Dengan mencotohi cara hidup nabi s.a.w maka kita bukan sahaja diberkati dan berjaya di dunia malah akan beroleh syafaat nabi di akhirat seterusnya meraih Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Jumaat : Rasulullah s.a.w DiTeladani Penyakit DiUbati
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
Hari ini kita mula memasuki bulan Rabiul Awwal 1443H yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu yang pertama memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik menyembah berhala kepada kembali MengEsakan Allah, membersihkan kepercayaan khurafat dan tahyul kepada memandu akal berlandaskan wahyu . Misi kedua membentuk akhlak mulia daripada mengikut hawa nafsu, bersikap kebinatangan seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup dan berbunuhan kepada akhlak yang mulia. Misi dakwah Rasulullah Saw. yang ketiga adalah membawa rahmat kepada sekalian alam. Turunnya wahyu al-Quran. menegakkan hujjah untuk umat manusia dalam menjelaskan kepada kita mana jalan ke Syurga Allah dan mana jalan yang mengheret manusia ke Neraka Allah. Jalannya sudah terang benderang di mana Allah menciptakan kita dan memberikan panduan yang jelas. Sesungguhnya pengutusan Nabi s.a.w merupakan kasih sayang Allah
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Berapa kitab yang berkaitan Sirah nabi yang kita telah khatam berbanding komik dan novel. Berapa banyak masa kita habiskan untuk membaca atau mendengar kisah nabi s.a.w berbanding membaca dan melayan whatsap dan media sosial berkaitan kisah dunia yang lain. Bagaimana dengan cara pemakaian, pemakanan, sosial, politik dan pelbagai cara hidup nabi s.a.w yang telah kita berjaya tiru dalam kehidupan seharian kita. Orang yang benar-benar cinta nabi s.a.w tidak hanya didengar melalui lidahnya sahaja tetapi mesti melalui pengamalan dan pematuhan dalam kehidupan seharian
Hitunglah diri kita banyak mana kita berselawat kepada nabi s.a.w setiap hari berbanding berbual kosong dan mengalun nyanyian. Ini semua sebagai tanda awal untuk mengetahui tahap kasih dan cinta kepada nabi s.a.w
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قَالَ سَمِعْتُ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ يُحَدِّثُ سَعْدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا – رواه البخاري
Maksudnya: Saidina Usamah bin Zaid RA pernah menceritakan kepada Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu mendengar tentang (penyebaran) wabak di sesuatu tempat, maka janganlah kamu masuk. Dan sekiranya kamu sudah berada dalam kawasan (penularan wabak) tersebut, maka janganlah kamu keluar darinya.”
قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : لا يُورَدُ مُمْرِضٌ على مُصِحٍّ – رواه البخاري
Maksudnya: Janganlah didatangkan yang sakit kepada yang sihat
Rahmat pengutusan nabi s.a.w bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah seluruh makhluk yang lain terutama bila kita berada dalam keadaan diuji dengan wabak covid-19 di mana Islam telah menggariskan beberapa cara pencegahan termasuk pengasingan atau kuarantin orang yang sakit daripada orang yang sihat. Antara hikmah mengapa Rasulullah SAW
menyarankan agar kawalan pergerakan ini dilaksanakan iaitu: [1] Menjauhi sebab-sebab yang boleh membinasakan manusia. [2] Mengutamakan kesihatan (kesejahteraan) yang mana ia adalah asas dalam kehidupan manusia. [3] Larangan menjauhi udara yang telah dicemari kerana dibimbangi
akan menyebabkan lebih ramai yang sakit. [4] Menjarakkan diri dari orang yang telah terkena penyakit sekaligus menjadi langkah pencegahan dari penyebaran wabak. [6] Menyelamatkan diri dari kebergantungan kepada kepercayaan yang salah
Malah Islam menyuruh kita untuk berubat apabila ditimpa penyakit
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً -رواه البخاري
Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.”
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا -رواه أحمد
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)