أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Jumaat, 25 Mac 2016
Miliki Sifat Ahli Syurga Hindari Sifat Ahli Neraka
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 97-99 surah al-A’raf:
أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧﴾ أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٩٨﴾ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّـهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ ﴿٩٩﴾
Maksudnya: Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?. Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?. Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
Peringatan demi peringatan daripada Allah kepada umat manusia terutama melalui musibah keadaan cuaca di mana pada tahun 2014 kita diuji dengan banjir besar di Pantai Timur Negara, tahun 2015 diuji dengan jerebu sehinga banyak negeri terpaksa diistihar darurat disamping gempa bumi di Sabah. Kini kita berdepan dengan fenomena El Nino yang menyebabkan ancaman gelombang haba apabila beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dikenal pasti telah mencapai paras ambang gelombang haba melebihi 35 darjah Celsius. Cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan strok haba akibat gangguan saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kepada kematian. Kita diminta minum air secukupnya dengan mengamalkan minum air masak sebanyak 8 gelas sehari. Kurangkan aktiviti luar sama ada kerana tujuan kerja atau bersukan
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam Surah ar-Ruum ayat 41:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Ketika berbicara tentang cuaca panas yang melampau ini maka mimbar Jumaat pada hari ini menyeru agar semua pihak bermula daripada pemimpin hingga rakyat di bawah supaya bersungguh-sungguh menjauhi dosa maksiat. Jagalah keselamatan alam daripada dimusnahkan sesuka hati. Kita tidak mahu menjadi manusia yang hanya melihat apa yang berlaku sekadar fenomena alam sebaliknya kita sebagai orang beriman meyakini bahawa setiap apa yang berlaku merupakan antara tanda kekuasaan Allah. Jika Allah boleh datangkan kepanasan maka Allah juga boleh mendatangkan suasana sejuk dan hujan. Oleh itu perbanyakkan istighfar, bertaubat kepada Allah, bersungguh dalam menjauhi dosa maksiat serta berdoa kepada Allah agar diangkat musibah ini dengan segera oleh Allah. Ingatlah kepada suatu peringatan nabi s.a.w antara sebab berlakunya cuaca panas dan kemarau sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:
….وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا…….
Maksudnya : …..Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. ……..
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 13-14 surah as-Sajadah:
وَلَوْ شِئْنَا لَآتَيْنَا كُلَّ نَفْسٍ هُدَاهَا وَلَـٰكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِنِّي لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ ﴿١٣﴾ فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَـٰذَا إِنَّا نَسِينَاكُمْ ۖ وَذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٤﴾
Maksudnya: Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)". (Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
Ketika menghadapi cuaca terlalu panas ini maka marilah cuba bayangkan bagaimana dahsyatnya kepanasan padang Mahsyar nanti dan api Neraka yang jauh lebih panas dan azab lagi. Oleh itu insaflah kita dengan sama-sama mempertingkatkan lagi kauntiti dan kualiti amal soleh kita disamping menjauhi dosa maksiat kerana Syurga ada ahlinya dan Neraka ada penghuninya. Ingatlah suatu peringatan nabi s.a.w dalam suatu khutbahnya :
أَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلاثَةٌ: ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ, وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ, وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ, قَالَ: وَأَهْلُ النَّارِ خَمْسَةٌ: الضَّعِيفُ الَّذِي لا زَبْرَ لَهُ, الَّذِينَ هُمْ فِيكُمْ تَبَعًا لا يَبْتَغُونَ أَهْلاً وَلا مَالاً, وَالْخَائِنُ الَّذِي لا يَخْفَى لَهُ طَمَعٌ وَإِنْ دَقَّ إِلَّا خَانَهُ, وَرَجُلٌ لا يُصْبِحُ وَلا يُمْسِي إِلَّا وَهُوَ يُخَادِعُكَ عَنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ, وَذَكَرَ الْبُخْلَ أَوِ الْكَذِبَ, وَالشِّنْظِيرُ الْفَحَّاشُ). . أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ(
Maksudnya : Ahli Syurga ada 3 golongan iatu [1] Penguasa yang adil, bersedekah, dan berlaku jujur. [2] Orang muslim yang menaruh belas kasihan dan lemah lembut kepada setiap kerabat dekat. [3] Orang yang hidup dalam kekurangan harta benda dan banyak anaknya, akan tetapi ia selalu menjaga kesucian diri dari dosa.
Sementara penghuni neraka itu ada 5 golongan: [1] Orang lemah yang tidak mempunyai amal kebajikan. [2] Orang yang ikut-ikutan, tidak mahu mencari nafkah, dan tidak peduli kepada keluarganya. [3] Pengkhianat yang tidak ada hal-hal sekecil apapun melainkan ia akan berkhianat terhadapnya. [4] Orang yang sentiasa berbuat perancangan untuk mengganggu keluarga dan harta orang lain. (Selain itu baginda s.a.w juga menuturkan kekikiran dan kedustaan sebagai penyebab seseorang masuk neraka0. [5] Orang yang bermulut kotor dan selalu berbuat keji.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 72 surah al-Ahzab :
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
Melalui khutbah nabi s.a.w itu kita dapati bagaimana antara perkara besar ialah menunaikan amanah dalam kehidupan kita terhadap diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat dan Negara. Kejayaan menunaikan amanah akan membawa kita ke Syurga manakala pengkhianatan terhadap tanggungjawab akan membawa kepada kesengsaraan dalam Neraka yang dahsyat. Ingatlah kita ketika amanah yang merupakan pelaksanaan syariat dan hukum-hakam Allah di mana kejayaan melaksanakannya akan membawa kepada kebahagiaan sebaliknya sekiranya melanggar hukum Allah akan membawa kepada kemurkaan Allah dan NerakaNya telah menyebabkan langit, bumi dan gunung-ganang bergoncang ketakutan dan tidak sanggup memikul amanah ini
Oleh itu rakyat terus merasa bimbang dengan kadar rasuah dan pecah amanah yang terus meningkat. Ketika penyimpan Tabung Haji diugut akan kehilangan giliran menunaikan ibadat haji sehingga 70 tahun jika yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka sedangkan pemimpin perlu menumpukan untuk menangani masalah salahguna wang Tabung Haji dan juga keperitan hidup rakyat yang tersepit dengan kenaikan kos sara hidup ketika pemimpin terus hidup mewah. Begitu juga isi rasuah dan penyelewengan dalam Kementerian Belia dan Sukan melibatkan lebih RM100 juta menambahkan senarai penyelewengan wang rakyat yang sedia ada. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi s.a.w bagaimana antara tanda qiamat bila disia-siakan amanah akibat diserahkannya kepada bukan ahlinya. Malah pakar pentadbiran barat turut mengakui bahawa orang amanah lebih selamat diberi tanggungjawab berbanding orang yang hanya bijak mengurus dan orang yang hanya memiliki kekuatan melaksanakan tugas tanpa sifat amanah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mimbar Jumaat pada hari ini juga menyatakan kesedihan atas pengeboman yang berlaku di Turki dan terbaru di Belgium. Kita tidak mahu ia menambahkan lagi tuduhan bahawa ia dilakukan oleh umat Islam untuk memberi gambaran buruk kepada dunia bahawa Islam adalah agama pengganas.
Kita juga mengambil peduli terhadap saudara seagama kita terutama di Syria, Iraq dan selainnya yang menderita akibat pepereangan. Begitu juga umat di Palestin merayu untuk kita mendoakan kejayaan mereka dalam memerdekakan bumi Palestin disamping bantuan material dan yang penting untuk bersatu memboikot barangan dan syarikat yang banyak membantu kezaliman dan kejahatan zionis Yahudi. Sebagai contoh mudah adakah kita sanggup makan McDonald’s, KFC, Pizza Hut, Coca cola jika kita tahu duit belian kita akan digunakan untuk menembak mati anak, ibu, ayah, isteri, adik beradik kita. Sepastinya kita semua akan menjawab kita tidak sanggup menjadi pembunuh tetapi adakah kita mampu laksanakannya dalam kehidupan seharian. Tepuk dada tanyalah iman kita
Firman Allah dalam ayat 63 surah al-Ahzab:
يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ ۚ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا ﴿٦٣﴾
Maksudnya: Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Selasa, 15 Mac 2016
Khilafah Kembali DiJulang Ummah Gemilang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Beberapa hari yang lepas kita dapat menyaksikan kejadian Gerhana Matahari separa yang melanda Negara kita. Gerhananya matahari telah berlalu dengan meninggalkan pelbagai iktibar yang berguna terutama dalam menghayati kehebatan dan kekuasaan Allah. Pada hari ini marilah kita sama-sama merenung tentang gerhana yang begitu lama yang berlaku kepada dunia umat Islam iaitu pada tanggal 3 Mac 1924M bersamaan 27 Rejab 1342H diisytiharkan sebagai tamatnya Khilafah Uthmaniyyah, Turki yang menaungi umat Islam selama ini sebagai penerus kepada ketuanan Islam di atas muka bumi ini. Tarikh ini terus dilupai oleh masyarakat bahkan semakin hambar semangat umat Islam untuk mengembalikan sistem khilafah ini. Bukan itu sahaja, bahkan sekadar menamakan sesebuah itu sebagai Negara Islam pun umat Islam masih malu dan takut untuk menyebutnya. Apatah lagi dengan usaha musuh Islam yang menggambarkan sikap suatu gerakan atas nama Islamic State (IS) dengan keganasan dalam menakut-nakutkan masyarakat dunia dengan Islam. Sedangkan kita yakin hanya dengan penubuhan Negara dan seterusnya khilafah Islam sahaja , seluruh peraturan kehidupan Islam dapat disempurnakan.
Sedihnya umat Islam semakin lupa bahawa perjuangan hidupnya mestilah berakhir dengan cita-cita melihat sistem Islam dapat terlaksana di atas bumi Allah ini. Umat Islam semakin selesa dengan sistem yang ada . Jika kita meneliti sejarah kita dapati usaha menggagalkan pemerintahan Islam adalah usaha yang sangat konsisten sejak zaman Nabi dahulu lagi. Usaha menghalang Islam muncul sebagai sebuah Negara berlaku semenjak sebelum hijrah dan di awal penubuhan Daulah Islam Madinah lagi. Sebelum ini peneraju kepada khilafah Islamiah silih berganti dari suatu bangsa kepada bangsa yang lain dan berakhir dengan Khilafah Uthmaniah Turki .
Cuma persoalannya kenapa apabila khilafah jatuh di zaman Uthmaniah umat Islam tidak mampu bangun sampai sekarang iaitu setelah berlalunya 92 tahun tidak seperti sebelum ini? Umat Islam bagaikan sudah hilang kekuatan dan taring yang menggigit dan kuku yang mencengkam akibat penyakit al-Wahnu iaitu terlalu cintakan dunia dan takut kepada kematian. Oleh itu bangkitlah kita dengan mengubati penyakit berbahaya ini sebelum kita dapat mengembalikan semula system Islam yang menjamin kejayaan dunia akhirat
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfaal :
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ ﴿٣٦﴾
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.
Ketika menyoroti kejatuhan Khilafah Uthamiah, Turki maka dapat dilihat antara factor luarannya ialah sikap Yahudi zionis dari dulu sampai sekarang memainkan peranan sangat konsisten dalam melemahkan umat Islam. Sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniah, Yahudi dan sekutunya telah menjatuh dan menghancurkan satu persatu Negara –negara Islam sejak kurun ke 16 lagi dengan dasar pecah perintah dengan tiupan api assobiyyah perkauman sempit untuk memisahkan diri daripada berada bawah naungan Khilafah Uthmaniah termasuk Revolusi Negara Arab dengan laungan Khilafah Uthmaniah untuk Turki bukan untuk orang Arab. Negara umat Islam telah dirosakkan struktur bernegara mereka dan dirosakkan juga pemikiran umat Islam . Episod ini hampir ke kemuncak apabila berlaku persidangan Yahudi Antarabangsa pada 1897 untuk merampas Palestin namun batu penghalangnya ialah Kerajaan Uthmaniah terutamanya Sultan Abdul Hamid II. Pada mulanya yahudi meminta untuk diberikan secara percuma bumi Palestin untuk menjadi Negara yahudi namun ditolak. Akhirnya setelah ditubuh Kesatuan Zionis Sedunia maka sekali lagi yahudi menemui Sultan Abdul Hamid II dengan cara mahu membayar sebanyak 150 juta pound sterling emas disamping melangsai hutang Khilafah Uthamniah namun tetap ditolak dengan katanya: “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menyerah walau sejengkal bumi Palestin yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam”.
Akhirnya yahudi dengan bantuan Mustafa Kamal Atartuk telah berpakat menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II dan menaikkan boneka Sultan Abdul Majid untuk memudahkan laluan penjajahan Palestin. Mustafa Kamal Atartuk sendiri naik menjadi Presiden Turki dan telah melakukan banyak reformasi dan antara yang terbesar ialah mengisytihar Turki sebagai Negara sekuler. Bermula detik hitam ini, dunia Islam bagaikan anak ayam kehilangan ibu dalam mencari-cari suatu pemerintahan yang dapat menyatukan semula seluruh umat Islam di bawah satu payung Khilafah dengan system Islam agar penindasan demi penindasan daripada musuh Islam dapat disekat. Malah penjajahan bumi Palestin sehingga hari ini terus berlaku di mana kebangkitan demi kebangkitan saudara seagama di bumi Palestin berdepan dengan senjata zionis Yahudi di mana yang terkini Intifadhah 3 menyaksikan hampir 200 yang dibunuh kejam manakala ribuan yang lain cedera tanpa bantuan rawatan yang sepatutnya akibat kepungan zinois yahudi. Saudara seagama di Palestin merayu untuk kita mendoakan kejayaan mereka dalam memerdekakan bumi Palestin disamping bantuan material dan yang penting untuk bersatu memboikot barangan dan syarikat yang banyak membantu kezaliman dan kejahatan zionis Yahudi. Sebagai contoh mudah adakah kita sanggup makan McDonald’s, KFC, Pizza Hut, Coca cola jika kita tahu duit belian kita akan digunakan untuk menembak mati anak, ibu, ayah, isteri, adik beradik kita. Sepastinya kita semua akan menjawab kita tidak sanggup menjadi pembunuh tetapi adakah kita mampu laksanakannya dalam kehidupan seharian. Tepuk dada tanyalah iman kita
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu :
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
Maksudnya : Raja perempuan itu ( Ratu Balqis) berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan
Mengimbas kembali kejatuhan Khilafah Uthmaniah, Turki maka faktor hutang dengan bank Eropah terutama Perancis dan Britain telah meletakkan sebuah kerajaan yang dulunya hebat akhirnya jatuh sebagaimana istilah Ibnu Khaldun dengan ‘teori kitaran’ di mana sesebuah kerajaan ada jatuh bangunnya, naik dan turunnya, waktu di atas dan di bawah. Oleh itu kita terlalu bimbang dengan dasar hutang Negara kita yang begitu tinggi semakin meletakkan Negara kepada penjajahan baru disamping perjanjian TPPA yang dilihat akan semakin mencengkam kehidupan rakyat.
Apa yang paling penting juga ialah tentang usaha musuh melalui serangan pemikiran termasuk fahaman sekuler dan liberal yang menyebabkan umat Islam dijauhkan daripada kehidupan beragama. Masyarakat yang hanya merasakan agama hanya berada di masjid bukan di pejabat apatah lagi dalam mengurus Negara. Tiada dosa pahala syurga neraka dalam urusan harian, tiada halal haram dalam ekonomi dan politik dann sebagainya. Akhirnya rasuah jadi keperluan, pecah amanah jadi biasa, riba jadi amalan. Begitu juga lahirnya masyarakat hari ini yang memaksa agama mengikut pemikiran akal mereka yang lemah bukannya memastikan akal mereka tunduk kepada agama. Kita sendiri dapat melihat bagaimana pihak Kristian meletakkan syarat mahu menjadi paderi mesti ada kelulusan dalam bidang Sains kerana masyarakat hari ini lebih mudah menerima hujah apabila sesuai dengan logiK akal mereka terutama adanya sokongan kajian sains. Oleh itu Sains dan banyak ilmu yang lain perlu diIslamkan agar lahirnya manusia yang hebat mengkaji tentang ciptaan Allah akan semakin dekat kepada Allah bukan semakin jauh daripada meyakini bahawa Allah sebagai pengatur kepada sekalian alam. Perkara ini mesti dipandang serius agar anak cucu kita nanti tidak hanyut menjadi manusia yang memuja akal sehingga mengenepikan kewajipan agama sehingga mereka menolak perkara ghaib seperti adanya malaikat, alam kubur dan balasan akhirat. Kembalikan Khilafah untuk menjulang tinggi system Islam dan mempertahankan nyawa dan maruah umat Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan :
فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾
Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Ahad, 6 Mac 2016
Khutbah Gerhana Matahari
Khutbah Pertama
السلام عليكم ورحمة الله
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ ( 9 كالي )
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat.
Muslimin / muslimat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Maksudnya :Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Iaitu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat dari Allah Subhanahu Wata’ala yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada Allah
Umat Islam mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala yang menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah jua dan ia-Nya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri, Maha Suci Allah, Pentadbir seru sekalian alam.
Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:
وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
Maksudnya : Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
Kejadian gerhana bulan dan matahari menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat tetapi berada arahan dan perintah Allah. Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu kejadian Allah namun ia mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang tidak akan kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah. Begitu juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan bulan, matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa berlakunya perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun terlalu kagum dengan alam ciptaanNya.
Muslimin / muslimat yang dihormati sekalian,
Kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلا لِحَيَاتِهِ ، وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَقُومُوا فَصَلُّوا وَادْعُوا حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ (رواه البخاري)
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Tetapi gerhana keduanya adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah kepada Allah, sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu
Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا …… ( البخاري )
Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan bersedekahlah……
Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana matahari ini akan menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”
Muslimin / mat yang dikasihi sekalian,
Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam keadaan seolah-olah seperti akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa ingat kepada hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat dengan kehancuran langit dan bumi termasuk bulan dan matahari. Peringatan ini sewajarnya kita perbanyakkan terutama bila berlakunya gerhana matahari sebagaimana pagi ini.
فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة :
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ ( 7 كالي )
الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ
Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُبِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ
خطبة ݢرهان ماتهاري
Khutbah Pertama
السلام عليكم ورحمة الله
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ ( 9 كالي )
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
ماريله کيت سام٢ منيڠکتکن کإيمانن دان کتقوأن کيت کڤد الله سبحانه وتعالى دڠن سبنر-بنر تقوى، ياٴيت استقامة دالم مڠرجاکن سݢالا سوروهنڽ دان منيڠݢلکن سݢالا لارڠنڽ. دڠن يڠ دمکين، مودە-مودهن کيت اکن منجادي اومة يڠ ترباٴيك دان أوڠݢول سرتا منداڤت کريضأن الله سبحانه وتعالى د دنيا دان د اخيرة.
مسلمين / مسلمات يڠ درحمتي الله،
فرمان الله دالم اية 38 – 40 سورة يس:
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
مقصودڽ :دان لاݢي دليل يڠ ترڠ اونتوق مريك ﴿برفيکير﴾ اياله مالم; کامي هيلڠکن سياڠ درڤدڽ، مك دڠن سرتا-مرتا مريك براد دالم ݢلڤ-ݢليتا; دان ﴿سباهاݢين دري دليل يڠ ترسبوت اياله﴾ ماتهاري; إي کليهتن برإيدر کتمڤت يڠ دتتڤکن باݢيڽ; ايت اداله تقدير توهن يڠ مها کواس، لاݢي مها مڠتاهوي; دان بولن ڤولا کامي تقديرکن إي بر‘يدر ملالوي ببراڤ ڤريڠکت، سهيڠݢ داخير ڤرإيدرانڽ کليهاتن کمباليڽ ڤولا کڤريڠکت أولڽ – ﴿بربنتوق ملڠکوڠ﴾ سڤرتي تندان يڠ کريڠ.﴿دڠن کتنتوان يڠ دمکين﴾، ماتهاري تيدق مودە باݢيڽ مڠجر بولن، دان مالم ڤولا تيدق داڤت مندهولوي سياڠ; کران تياڤ٢ ساتوڽ برايدر تراڤوڠ-اڤوڠ دتمڤت ايدرانڽ ماسيڠ-ماسيڠ
الله سبحانه وتعالى مها برکواس دان مها مڠتاهوي اکن سݢالا کجادين . دياله جوݢ يڠ منجاديکن اڤ يڠ أدا دبومي سڤرتي مأنسي، جين، تومبوە-تومبوهن دان حيوان سرتا منجاديکن اڤ يڠ أدا د لاڠيت سڤرتي بولن، ماتهاري دان سباݢايڽ. ياٴيت سباݢاي بوقتي کتراڠن يڠ ڽات تنتڠ قدرة، إرادة، علمو، کبيجقساناٴن سرتا ڤڠورنياٴن نعمة دري الله سبحانه وتعالى يڠ باڽق دان لواس يڠ مندوروڠ سوڤاي مخلوقڽ مموجي دان برشکور سرتا مڠعبديکن ديري سباݢاي همبا دڠن خشوع دان تواضع کڤد الله . أومة إسلام مستيله ڤرچاي دڠن ڤنوە يقين بهاوا الله ڤنتدبير سلوروە عالم، سݢالا ڤرإيدران چکراوالا، بومي، بولن، ماتهاري دان سأومڤاماڽ اداله دباوە ککواساٴن الله سبحانه وتعالى يڠ مڠݢرقکنڽ. ڤرإيدران بولن دان ماتهاري يڠ تراتور ستياڤ هاري سچارا برݢنتي-ݢنتي، ماتهاري برإيدار د وقتو سياڠ، ماناکالا بولن برإيدار فد وقتو مالم اداله أتس قدرة دان ارادة الله جوا دان إياڽ ممڤوڽاٴي حکمة دان توجوان ترسنديري، مها سوچي الله، ڤنتدبير سرو سکالين عالم
مسلمين / مسلمات يڠ دبركاتي الله،
فرمان الله دالم اية 33 سورة إبراهيم:
وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
مقصودڽ : دان دي جوݢ يڠ منجاديکن ماتهاري دان بولن سنتياس برإيدار أونتوق کڤنتيڠن کموداهن کامو دان يڠ منجاديکن مالم دان سياڠ باݢي فائدة هيدوڤ کامو. کجادين ݢرهانا بولن دان ماتهاري سفرت فاݢي إين منونجوقکن کڤد کيت باݢايمان کدوا کجادين اين والاو ڤون هيبت تتاڤي براد مغيكوت ارهن دان ڤرينته الله. والاو باݢايمان ڤون هيبت دان قوة سسواتو کجادين الله نامون إي ممڤوڽاٴي کلمهن د مان کهيبتن دان کقواتن يڠ تيدق اکن کورڠ والاون سديکيت هاڽ ميليك الله. بتاڤ مالڠڽ سکيرا ادا أومة مأنسي يڠ منجاديکن بولن، ماتهاري دان سسواتو سلاٴين الله سباݢاي توهن يڠ دسمبه عقيبة ترڤسونا دڠن کهيبتنڽ يڠ تيدق سبراڤ سهيڠݢ مريك ݢاݢل ممهمي بهاوا أداڽ کواس يڠ لبيه هيبت يڠ منچيڤتاکن ستياڤ سسواتو يڠ مريك کاݢومي سلاما اين ياٴيت الله
بݢيتو جوݢ لاهيرڽ رامي مانسي يڠ هاڽ مراس باݢايمان هيبتڽ ڤرݢرقكن بولن، ماتهاري دان سݢالا چکراوالا يڠ لاٴين داتس لنداسن اوربيتڽ تنڤا برلاکوڽ ڤرلڠݢران أنتارا ساتو سام لاٴين تتاڤي ݢولوڠن اين ݢاݢل منججقكي تنتڠ اداڽ الله يڠ مڠاتور سݢالا ڤرݢرقكن ترسبوت. إينيله انتارا کلمهن عقل مأنسي يڠ ترباتس حد کممڤوانڽ دمان تنڤا ڤندوان اݢام مك مأنسي تيدق ممڤو مڠنالي الله توهن ڤنچيڤتا والاو ڤون ترلالو کاݢوم دڠن عالم چيڤتأنڽ.
مسلمين / مسلمات يڠ دحرمتي سکالين،
کجادين ݢرهانا ماتهاري اتاو بولن، إياڽ بوکنله مروڤاکن سواتو تندا اکن تيمبول سواتو کجادين يڠ أنيه دان مڠخواطيرکن سباليقڽ إي منونجوقکن انتارا کهيبتن دان ککواساٴن الله. کجادين ݢرهانا جوݢ بوکنلن دسببکن اوليه کماتين اتاو کلاهيرن سسأورڠ سباݢايمان تݢوران رسول اللە صلى الله عليه وسلم ترهادڤ ڤارا صحابة يڠ ممبوات ڤلباݢاي انداين تنتڠ کجادين ݢرهانا ماتهاري يڠ برلاکو برکبتولن دڠن هاري کوفاتن انقنداڽ ابراهيم لالو سبدا رسول اللە صلى الله عليه وسلم:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلا لِحَيَاتِهِ ، وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَقُومُوا فَصَلُّوا وَادْعُوا حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ (رواه البخاري)
مقصودڽ: سسوڠݢوهڽ ماتاهاري دان بولن تيدق اکن ݢرهانا کران کماتين اتاو هيدوڤڽ سساورڠ. تتاڤي ݢرهانا کدواڽ اداله 2 بوقتي درڤد تندا٢ کبسرن الله سبحانه وتعالى. مك اڤابيلا کامو مليهت ݢرهانا کدواڽ ايت مك ديريکنله سمبهيڠ دان بردعاءله کڤد الله، سهيڠݢ هيلڠڽ تندا ݢرهانا درڤد کامو
مسلمين / مسلمات يڠ دبرکتي الله،
اڤبيلا برلاکو ݢرهان، کيت سباݢاي اومة إسلام اداله دأنجورکن اوليه رسول اللە صلى الله عليه وسلم سوڤايا برسݢرا اونتوق ملاکوکن ڤرکارا٢ يڠ برکباجيقکن سڤرتي بردعاء، برذکر، برسمبهيڠ، برتکبير، برصدقة دان براستغفار. سباݢايمان حديث رسول اللە صلى الله عليه وسلم:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا …… ( البخاري )
مقصودڽ: سسوڠݢوهڽ ماتاهاري دان بولن اداله 2 بوقتي درڤد تندا٢ کبسرن الله تعالى د مان کدوا-دواڽ تيدق اکن ݢرهانا کران کماتين اتاو هيدوڤڽ سساورڠ. مك اڤابيلا کامو مليهت ݢرهانا ايت مك بردعاله کڤد الله، برتکبيرله، ديريکنله سمبهيڠ دان برصدقهله……
دسمڤيڠ ايت، ماريله کيت ملاکوکن ڤرکارا٢ يڠ برکباجيقکن دان مڠهينداري درڤد ملاکوکن ڤرکارا٢ موڠکر دان معصية سرتا ڤربواتن شرک يڠ برچڠݢه دڠن اجارن أݢام اسلام. مودە-مودهن کجادين ݢرهانا ماتهاري اين اکن منيمبولکن کإنصافن، منمبه سرتا مڠواتکن لاݢي کإيمانن دان کتقوأن کيت کڤد الله
فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة آل عمران اية 190 – 191:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
مقصودڽ : “سسوڠݢوهڽ ڤد کجادين لاڠيت دان بومي دان ڤد ڤرتوکورن مالم دان سياڠ، اد تندا٢ ککواسأن، کبيجقساناٴن دان کلواسن رحمة الله باݢي اورڠ٢ يڠ برعقل: ياٴيت اورڠ٢ يڠ مڽبوت دان مڠيڠاتي الله سماس مريك برديري دان دودوق دان سماس مريك برباريڠ مڠيريڠ دان مريك ڤولا مميکيرکن تنتڠ کجادين لاڠيت دان بومي سمبيل برکات: واهاي توهن کامي! تيدقله اڠکاو منجاديکن بندا-بندا اين دڠن سيا-سيا، مها سوچي اڠکاو مك ڤليهاراله کامي دري عذاب نراك.“
مسلمين / مت يڠ دکاسيهي سکالين،
ڤرنه سواتو ماس رسول اللە صلى الله عليه وسلم تروس ملاکوکن صلاة سنة اڤابيلا برلاکوڽ ݢرهانا دڠن باچأن يڠ ڤنجڠ دالم کأداٴن سأوله-اٴوله سڤرتي اکن برلاکو قيامة. اين سموا مڠاجر کيت سموا اݢر سنتياس ايڠت کڤد هاري کماتين کيت سرتا هاري قيامة يڠ بݢيتو دهشة دڠن کهنچورن لاڠيت دان بومي ترماسوق بولن دان ماتهاري. ڤرايڠتن اين سواجرڽ کيت ڤرباڽقکن تراوتام بيلا برلاکوڽ ݢرهانا ماتاهاري سباݢايمان ڤاݢي اين.
فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة :
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
مقصودڽ : دي برتاڽ ﴿سچارا مڠيجيق﴾: “بيلاکه داتڠڽ هاري قيامة ايت؟“ مك ﴿جوابڽ: هاري قيامة اکن داتڠ﴾ اڤابيلا ڤمنداڠن منجادي ترڤندار-ڤندار ﴿کران ݢرون تاکوت﴾، دان بولن هيلڠ چهايڽ، دان ماتهاري سرتا بولن دهيمڤونکن برسام، ﴿مک﴾ ڤد هاري ايت، برکاتله مأنسي ﴿يڠ ايڠکرکن هاري قيامة﴾: “کمانکه هندق ملاريکن ديري؟“ تيدق اوسهله برتاڽ دمکين! تيدق اد لاݢي تمڤت ڤرليندوڠن! ڤد هاري ايت، کڤد توهنمو له سهاج ترسرهڽ کتتاڤن سݢالا ڤرکارا
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Kedua
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ ( 7 كالي )
الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله دالم أية 6 – 5 سورة يونس :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ
مقصودڽ : دياله (الله) يڠ منجاديکن ماتهاري برسينر-سينر ﴿تراڠ-بندراڠ﴾ دان بولن برچهاي، دان دياله (الله) يڠ مننتوکن ڤرجالنن تياڤ٢ ساتو ايت ﴿برڤينده-رنده﴾ ڤد تمڤت٢ ڤرإيدرانڽ ماسيڠ-ماسيڠ﴾ سوڤاي کامو داڤت مڠتاهوي بيلاڠن تاهون دان کيراٴن ماس. الله تيدق منجاديکن سمواڽ ايت ملاٴينکن دڠن اداڽ فائدة دان ݢوناڽ يڠ سبنر. الله منجلسکن ايات-اياتڽ ﴿تندا-تندا کبسرانڽ﴾ ساتو ڤرساتو باݢي قوم يڠ ماهو مڠتاهوي ﴿حکمة سسواتو يڠ دجاديکنڽ﴾. سسوڠݢوهڽ ڤد ڤرتوکرن مالم دان سياڠ سيليه برݢنتي، دان ڤد سݢالا يڠ دجاديکن اوليه الله د لاڠيت دان د بومي، اد تندا٢ ﴿يڠ منونجوقکن اونداڠ٢ دان ڤراتوران الله﴾ کڤد قوم يڠ ماهو برتقوى.
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُبِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)