أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Selasa, 28 Oktober 2008

142. SUBURKAN BUMI DENGAN ISLAM

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas :
وابتغ فيما ءاتئك الله الدار الآخرة ولاتنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك ولا تبغ الفساد فى الأرض إن الله لايحب المفسدين
Maksudnya : Dan carilah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu daripada kebahagian negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada kenikmatan dunia. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Islam merupakan agama yang diredhai Allah yang telah diturunkan melalui nabi kita Muhammad s.a.w sebagai rahmat kepada seluruh alam melalui ajarannya yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah kejadian mausia itu sendiri di mana ia begitu mudah untuk diamalkan bagi mereka yang benar-benar tunduk dan patuh kepada Allah dan rasulNya tetapi ia dirasakan terlalu berat bagi mereka yang sentiasa membenci dan memusuhi Islam. Kedatangan Islam telah mengeluarkan manusia daripada kesesatan, kejahilan dan kezaliman kepada kebenaran, keilmuan dan keadilan dalam setiap aspek kehidupan. Umat Islam sebelum ini bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w memerintah Kota Madinah diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan khalifah-khalifah selepas mereka telah pun mencapai kejayaan yang gemilang dengan menjadikan Islam sebagai landasan hidup. Allah telah membantu mereka sehingga Islam berjaya menguasai dua pertiga dunia hasil daripada tarbiah dan ajaran suci yang meresap ke dalam sanubari manusia tanpa mengira batas usia dan takhta, negara dan budaya disamping dunia dapat melihat sendiri bagaimana adilnya perundangan Islam dan betapa untungnya menggunakan sistem ekonomi Islam. Islam bukan tersebar di atas mata pedang sebagaimana dakwaan jahat musuh Islam tetapi ia tersebar disebabkan ia merupakan agama yang berjaya menawan hati manusia di mana peperangan yang berlaku merupakan jalan terakhir setelah pihak kuffar tidak mahu tunduk kepada keadilan dan keindahan Islam yang ditawarkan.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Dunia eropah dan kuncunya turut mengkaji malah menggunakan sistem Islam tetapi mereka membuangkan ruh agama daripadanya. Ini dapat kita lihat bagaimana selepas peperangan dunia maka semua pemimpin tentera bersekutu yang di dalangi oleh Amerika Syarikat dan Britain telah menjadikan al-Quran dan sistem yang telah digunakan oleh khalifah Islam sebagai rujukan utama dalam mencari jalan penyelesaian untuk memerintah negara dan tanah jajahan mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka memberi peringatan agar dijauhkan seluruh ajaran al-Quran daripada dilaksanakan oleh umat Islam. Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh pihak penjajah terutama ke atas negara umat Islam disamping memastikan agar segala sistem mereka terus diamalkan di negara jajahan mereka menyebabkan kekuatan umat Islam mula luntur dan lemah. Islam hanya dilihat dari sudut urusan ibadat khusus dan undang-undang keluarga sahaja sedangkan perlembagaan,perundangan, ekonomi, politik, sosial dan seluruh aspek kehidupan yang lain terus berkiblatkan sistem ciptaan kuffar. Kejayaaan dan kegemilangan umat Islam silam hanya mampu disebut sahaja setakat ini apabila Islam terus disekat dan dihalang daripada dilaksanakan walau pun di negara yang majoritinya adalah umat Islam kerana pemimpinnya yang merupakan tali barut penjajah lebih suka tunduk kepada penjajah daripada mengikut perintah Allah. Walau pun sistem kuffar telah terbukti gagal dalam memulihkan ekonomi negara malah menambahkan masalah sosial dengan pembunuhan, rompakan, penindasan dan sebagainya namun pemimpin negara terus berkeras untuk mengharamkan pelaksaan Islam dengan pelbagai alasan. Kita berharap dan berdoa kepada Allah semoga pemimpin ini segera insaf dan bertaubat kepada Allah sebelum malaikat Izrail datang mencabut nyawa dan kain kapan menjadi pembalut badannya.


Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Keseluruhan negara umat Islam dianugerahkan dengan tanah yang subur samada dengan bahan galian seperti minyak, gas, emas atau pun subur dengan tanaman. Tetapi disebabkan kejahilan dan kedegilan kita daripada mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh Islam maka umat Islam terus melarat dan bergantung kepada orang lain terutama musuh Islam yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam. Dasar yang diminta oleh barat diturut seratus peratus oleh pemimpin negara umat Islam yang jahil seperti membuat dasar menjadikan negara pertanian kepada negara perindustrian atau perkilangan. Ini menyebabkan bahan dan tanah pertanian dalam negara semakin sedikit dan sempit yang menyebabkan kita terpaksa mengimport hasil tanaman ini daripada negara lain. Dasar negara berasaskan perindustrian atau perkilangan juga menyebabkan banyak tanah yang subur menjadi kawasan perumahan dan perkilangan. Dasar ini merupakan antara cara yang halus yang digunakan oleh kuffar yang didalangi oleh yahudi untuk menghancurkan umat Islam. Apabila hasil tanaman semakin berkurang menyebabkan kita bergantung kepada hasil luar yang menyebabkan negara terpaksa membelanjakan wang yang banyak. Cara ini juga menyebabkan kita sentiasa bergantung kepada negara luar sehingga kita akan tunduk kepada kemahuan mereka kerana bekalan tanaman dalam negara tidak mencukupi bukan disebabkan bumi kita tidak subur tetapi kita sendiri yang mematikannya. Perkara ini berlaku dinegara kita sendiri terutama selepas kerajaan lebih berminat menjadikan negara ini sebagai negara industri kerana mahu keuntungan yang cepat tetapi hasilnya ekonomi negara semakin melarat dan kekayaan negara tidak mampu dinikmati oleh rakyat. Kita terpaksa bergantung kepada Thailand dari sudut pertanian dan Singapura dari sudut proses minyak mentah dan getah. Yahudi dengan mudah menjatuhkan ekonomi negara kita kerana kita terlalu bergantung kepada bursa saham dan industri dengan mengenepikan hasil pertanian dalam negara. Kita tidak pernah membela dengan sewajarnya golongan petani, penoreh getah, nelayan, peneroka sedangkan merekalah antara golongan banyak berjasa di dalam menambahkan hasil negara.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Barat begitu takut jika negara Islam membangunkan sendiri urusan ekonomi mereka kerana jika perkara ini berlaku maka negara umat Islam tidak lagi akan tunduk kepada mereka. Ini pernah berlaku apabila Sudan sebelum ini terpaksa mengimport kambing biri-biri daripada negara lain kerana tunduk kepada tekanan barat agar tidak memelihara kambing biri-biri lebih daripada yang telah ditetapkan oleh barat. Tetapi apabila gerakan Islam menang di sana mereka bukan sahaja tidak perlu bergantung kepada negara lain malah mereka mampu untuk menjual hasil mereka mereka ke luar negara. Islam begitu memberi galakan agar umatnya menghidupkan tanah yang mati yang mana dalam kitab feqah disebut ‘Ihya ul mawaat’. Sayyidina Ali sendiri pernah memarahi seorang sahabat yang tidak menghidupkan tanah yang diberi hasil rampasan perang di mana Sayyidina Ali meminta agar dia bercucuk tanam bukannya mendirikan rumah kediaman.
Kita dapat lihat lagi bagaimana barat begitu kecewa apabila pemimpin Libya dengan dasar penghijauan bumi telah berjaya membina terusan di bawah tanah sehingga tanaman hidup subur di atas padang pasir yang sebelumnya kering kontang. Barat terus memusuhi Libya yang berusaha untuk membangunkan hasil negara tanpa bantuan barat malah Libya turut membantu umat Islam seluruh dunia dengan hasil negaranya di mana antara isu terbaru ialah penglibatan Libya dalam menyelesaikan kes penculikan yang turut melibatkan rakyat Amerika Syarikat oleh kumpulan Abu Sayyaf di Filiphina.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Barat juga akan sentiasa melagakan negara umat Islam bagi memberi ruang kepada mereka untuk menguasai ekonomi di negara itu. Ini dapat kita lihat melalui serangan Iraq ke atas Kuwait yang telah diambil kesempatan oleh Amerika Syarikat untuk menjual senjata kepada Kuwait dan Arab Saudi. Walau pun peperangan Teluk telah pun berlalu hampir 10 tahun tetapi sehingga hari ini Kuwait dan Arab Saudi terpaksa membayar hutang kepada Amerika Syarikat manakala Iraq sendiri terpaksa menyerahkan minyaknya kepada Amerika. Negara umat Islam yang kaya akhirnya terpaksa berhutang dengan negara barat barat yang kurang hasilnya dari segi bahan galian atau pun tanaman. Inilah antara contoh yang dapat kita lihat bagaimana begitu licinnya perancangan musuh dalam menghancurkan umat Islam.Jika kita jahil dan lalai dengan perancangan yang telah mereka aturkan ini maka kita akan terus menjadi hamba abdi mereka walau pun berada dalam negara sendiri.
Firman Allah dalam ayat 45 surah al-Haj:
فكأين من قرية أهلكنــها وهي ظالمةفهي خاوية على عروشها وبئر معطلة وقصر مشيد
Maksudnya : Maka bukan sedikit negeri yang Kami telah binasakan disebabkan kezaliman penduduknya lalu runtuh ranaplah bangunannya, telaga terbiar dan istana mewah ditinggalkan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

104. PERANAN AGAMA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 133 surah al-Baqarah :
أم كنتم شهداء إذ حضر يعقوب الموت إذ قال لبنيه ما تعبدون من بعدي قالوا نعبد إلهك وإله ءابائك إبرهــم وإسمـــعيل وإسحــق إلها وحدا ونحن له مسلمون
Maksudnya : Adakah kamu hadir ketika nabi Yaakub didatangi tanda-tanda maut di mana baginda bertanya kepada anak-anaknya : “ Apakah yang kamu akan sembah selepas kewafatanku ini?”. Lalu mereka menjawab : “ Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk moyang kami iaitu Allah Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya”.
Manusia dan agama tidak dapat dipisahkan dalam menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Allah telah mengutuskan kepada setiap bangsa seorang nabi atau rasul bagi memberi tunjuk ajar kepada umat manusia tentang kewajipan yang perlu dipatuhi dan larangan yang mesti dihindari agar kehidupan mereka diredhai oleh Allah. Para nabi dan rasul tidak meninggalkan harta benda yang banyak untuk diwarisi oleh umat manusia sebaliknya mereka meninggalkan ilmu agama yang mengukuhkan aqidah Islam dalam memastikan keluarga terdekat dan kaum mereka terus menyembah Allah selepas kewafatan mereka. Jika para nabi dan rasul meninggalkan harta maka ia pasti akan kehabisan dan umatnya akan menjadi lebih kufur kepada Allah serta saling berperang kerana berebutkan harta kekayaan dunia. Sebaliknya dengan meninggalkan ilmu agama maka ilmu dan agama terus berkembang sehingga umatnya terus berada di bawah suluhan wahyu Allah dan sentiasa berhati-hati dalam mencari harta kekayaan dunia agar tidak terlibat dengan sebarang penindasan terhadap orang lain dan juga tidak terlibat dengan sumber haram seperti riba, judi, rasuah dan sebagainya.
Barat walau pun dipenuhi dengan pelbagai kejayaan dalam mencapai kegemilangan tamadun kebendaan namu mereka tidak dapat menafikan peranan agama dalam mengisi jiwa manusia. Jiwa manusia yang dijauhkan daripada pengaruh agama kebanyakannya tidak lebih daripada bangkai bernyawa yang saling menguasai antara satu sama lain. Si kuat dan kaya sentiasa menggunakan pengaruh yang ada dalam memaksa si lemah untuk terus menjadi hamba abdi dalam menambahkan kekayaan yang ada tanpa memikirkan perasaan kemanusiaan yang ada dalam setiap jiwa manusia. Manakala si lemah dan miskin terus tunduk walau pun hatinya terus merintih sayu mengharap belas kasihan tuan mereka sehingga mereka tanpa kerelaan berperanan seumpama robot yang berkerja siang malam dalam memberikan kekayaan kepada tuan mereka. Hasil yang diperolehi oleh si kaya tidak tersebar kepada orang yang susah sebaliknya digunakan untuk memuaskan nafsu serakah sehingga kekayaan yang dicapai tidak pernah mencukupi. Akhirnya si kaya sentiasa berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak termasuk mengorbankan orang lain. Inilah yang menyebabkan negara barat yang dianggap maju tetapi mereka tidak mampu menangani masalah jenayah dan kemanusiaan terhadap rakyat mereka sendiri. Contohnya Amerika Syarikat sendiri tidak mampu menangani masalah jenayah yang semakin bertambah dalam negara serta masalah rakyatnya yang tiada rumah yang semakin tinggi disamping masalah yang lain tetapi Amerika cuba menutup kegagalan mereka itu dengan menumpukan kepada dasar luar seperti serangan terhadap negara lain dengan matlamat menjajah dan mengaut keuntungan hasil serangan dan pembunuhan termasuk di Iraq pada hari ini. Inilah bahayanya apabila kemajuan kebendaan dipisahkan daripada pengaruh agama yang menyebabkan manusia rosak dan merosakkan pula orang lain.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Tumpuan umat Islam untuk mencapai kemajuan kebendaan tidak pernah ditegah oleh agama asalkan peranan agama mesti diutamakan. Negara umat Islam jangan hanya melihat kejayaan tamadun kebendaan barat sahaja tetapi kita juga mesti melihat kepada kegagalan tamadun barat dalam mendidik jiwa manusia sehingga runtuhnya tamadun rohani yang lebih penting dalam menjamin keamanan sejagat. Umat Islam mesti meletakkan aqidah dahulu sebelum ekonomi jangan berbuat sebaliknya kerana kita bakal hancur sebagaimana hancurnya barat daripada segi kemajuan rohani. Kita jangan nilaikan sesuatu ilmu itu mengikut hasil gaji yang diperolehi oleh pemiliknya seperti seorang pakar perubatan dianggap lebih berjasa dan berharga berbanding ulama’ yang menjaga kesucian agama atau seorang pakar membina bangunan tinggi dipandang lebih mulia berbanding golongan agama yang berjaya membina kemanusia dalam diri manusia. Apa yang kita perlu nilaikan ialah setiap diri umat Islam mesti berperanan dalam membina tamadun rohani dan kebendaan secara serentak sehingga bebanan doktor di hospital dalam mengubati penyakit ketagih arak dan dadah semakin kurang kerana ulama’ telah diberi kebebasan yang sewajarnya dalam memberi ubat pencegah berbentuk ilmu agama dan pelaksanaan perundangan Islam agar umat manusia dijauhkan lebih awal daripada 2 penyakit yang merbahaya tadi. Bangunan tinggi yang dibina oleh pakarnya dapat diselamatkan daripada dirompak dan diruntuhkan oleh pengganas kerana golongan agama berperanan membina sifat kemanusian dalam jiwa setiap warganegara sehingga lahirnya suatu generasi yang menjaga keamanan menurut ilmu agama bukannya mengikut hawa nafsu. Jika kita menolak peranan agama dalam membina kemajuan negara atau pun ilmu agama hanya dipandang sebagai sesuatu yang kecil dan kurang berharga berbanding ilmu moden yang lain maka kita akan melihat bagaimana akan runtuhnya tamadun rohani di negara umat Islam disamping tidak tercapainya kemajuan kebendaan yang dikejar sehingga umat Islam terus mundur dan ketinggalan dalam negara mereka sendiri. Ingatlah maksud sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari : Sesungguhnya dari tanda-tanda qiamat ialah diangkatkan ilmu, merebaknya kejahilan, arak diminum dan zina berleluasa.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Dalam mengejar kemajuan kebendaan maka kita dilarang sama sekali mengorbankan peranan besar yang sepatutnya dimainkan oleh agama. Tindakan mengorbankan pusat pengajian agama termasuk sekolah agama rakyat seterusnya sekolah agama swasta di negara ini mesti diambil perhatian yang sewajarnya oleh umat Islam. Kita mesti bersungguh-sungguh dalam memberi peringatan kepada pemimpin yang telah mengkhianati agama secara jelas dan terang tetapi dengan menggunakan seluruh media yang dikuasai maka pemimpin mengatakan bahawa tujuan menghancurkan sekolah agama adalah bagi memastikan kemajuan negara dapat dicapai dengan jaya sedangkan jika sekolah agama terus hidup maka ia akan membantut kemajuan. Mereka lupa bagaimana hasil kekayaan negara ini telah banyak disalah gunakan sehingga menimbulkan hutang negara yang begitu banyak. Ini membawa kepada tunduknya kita kepada kehendak negara barat kuffar untuk terus menjajah negara ini. Perkara ini semua bukan disebabkan terlalu ramai pelajar yang belajar agama sebaliknya kerana pemimpin bertindak membuang peranan agama dalam pemerintahan. Kemajuan negara boleh dicapai dengan syarat pemimpin dan negara ini kembali kepada seluruh sistem Islam bukannya menghancurkan pengajian agama. Ingatlah betapa bahayanya jika pemimpin dan rakyat hanya tahu mengejar dunia dengan mengenepikan agama kerana jahilnya mereka terhadap Islam berbanding dengan golongan yang belajar agama tetapi tidak mahu mengejar kemewahan dunia yang ada. Pemimpin yang jahil hanya nampak bahawa agama akan menyekat kepada kemajuan kerana setiap tindakan mereka yang bercanggah dengan agama akan ditentang oleh mereka yang faham agama. Mereka tidak sedar bahawa orang jahil yang mengejar dunia tidak pernah puas hati dengan kekayaan yang ada sebaliknya terus melakukan apa sahaja dalam mengaut keuntungan tanpa mengira dosa pahala, syurga neraka. Mereka sentiasa merasa miskin walau pun telah mempunyai mahligai mewah, harta bertimbun serta sanggup menggunakan cara yang haram dalam mencari kekayaan.
Firman Allah dalam ayat 268 surah al-Baqarah :
الشيطــن يعدكم الفقر ويأمركم بالفحشاء والله يعدكم مغفرة منه وفضلا والله وسع عليم
Maksudnya : Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menggalakkan kamu berbuat kejahatan sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas kurniaan lagi Maha Mengetahui

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Kedatangan Islam ke negara ini mengikut catatan sejarahnya agak mudah tanpa berlakunya pertumpahan darah iaitu apabila pedagang Islam berjaya mengIslamkan raja Melaka maka seluruh rakyat jelata turut memeluk Islam. Oleh itu nikmat Islam yang masuk secara mudah ke negara ini mesti dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun. Jangan pula kita mudah alpa dan lupa sehingga negara ini menjadi kufur semula dengan dijadikan negara sekularisme penuh sebagaimana yang telah berlaku di Turki melalui tindakan pemimpin yang mengaku Islam tetapi lebih banyak mengorbankan kepentingan Islam demi mencapai kemewahan dan kekuasaan dunia daripada bertindak menjaga kesucian agama dan melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara.
Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah:
ولا يزالزن يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم فى الدنيا والآخرة وأولئك أصحــب النار هم فيها خــلدون
Maksudnya : Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka mahu memalingkan kamu daripada agama kamu kalau mereka sanggup melakukan demikian itu. Dan sesiapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya Islam lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka mereka merupakan orang yang rosak binasa amalannya yang baik di dunia dan akhirat dan mereka itulah ahli neraka di mana mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 23 Oktober 2008

141. PEMBANGUNAN TANPA IMAN PUNCA KEMUSNAHAN

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :
ما أفاء الله على رسوله من أهل القرى فلله وللرسول ولذى القربى واليتمى والمســكين وابن السبيل كي لايكون دولة بين الأغنياء منكم وما ءاتئكم الرسول فخذوه وما نهئكم عنه فانتهوا واتقوا الله إن الله شديد العقاب
Maksudnya : Apa yang Allah kurniakan kepada rasulNya dari harta penduduk negeri maka ia adalah tertentu bagi Allah , bagi Rasulullah, bagi kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin serta ibnu sabil. Ketetapan tersebut supaya harta itu tidak hanya berlegar di kalangan orang kaya daripada kamu. Dan setiap apa yang di bawa oleh rasul kepadamu maka terimalah dan setiap apa yang dilarangnya terhadapmu maka jauhilah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Hubungan rapat antara kehidupan dunia yang fana ini dengan hari akhirat yang kekal selamanya mestilah di semat sebaik mungkin dari segi keyakinan dan pengamalannya dalam kehidupan seharian agar kita tidak terjerumus ke lembah kesesatan dan kehinaan. Pemisahan antara kehidupan dunia dengan pembalasan hari akhirat menyebabkan manusia rosak dan melakukan penindasan di muka bumi ini. Pemisahan antara dunia dengan panduan agama menyebabkan kezaliman berleluasa dan keadilan tergugat oleh tangan-tangan ganas yang sentiasa dahagakan huru-hara.
Kesakitan Rasulullah s.a.w pada penghujung bulan Sofar yang membawa kepada kewafatan baginda pada bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah bersama dengan peninggalan dua panduan yang berharga iaitu al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin keamanan sejagat agar terus terjaga. Islam sebagaimana yang diberitahu oleh al-Quran dan diterangkan oleh hadis tidak pernah melarang umatnya untuk maju dan membina tamadun yang tinggi tetapi dengan syarat mesti selari antara kemajuan kebendaan dengan rohani. Pembinaan tamadun berdasarkan Islam bukan bertujuan untuk menunjuk kemegahan dengan sesuatu binaan yang paling tinggi dan paling besar sahaja tetapi ia mesti disertai dengan manfaat pembangunan tersebut kepada rakyat disamping pembangunan kebendaan itu naik bersama suburnya pembangunan insan. Pembinaan tamadun Islam tidak dibina bersama dengan penindasan terhadap rakyat di mana ia dibina setelah kebajikan semua rakyat telah mencukupi bukannya dibina ketika rakyat memerlukan wang untuk menyara kehidupan dan bukan juga dibina atas hutang yang menyebabkan rakyat terus merana. Tamadun Islam mempunyai nilai kebendaan yang tinggi disamping penerapan kepada nilai kemanusiaan berasaskan agama yang unggul. Ini diakui oleh Kerajaan Sepanyol melalui kenyataan mereka beberapa bulan yang lepas di mana mereka mengatakan pembinaan tamadun oleh kerajaan Islam yang pernah bertapak di Cardova begitu hebat tetapi Kerajaan Sepanyol hari ini hanya mampu menjadikannya sebagai peninggalan sejarah yang agung tanpa dapat menghidupkan ruh kepada tamadun tersebut kerana hanya Islam sahaja yang mampu menghidupkan tamadun yang dibina oleh mereka di Sepanyol itu dengan meniupkan kembali ruh Islam ke dalamnya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ibnu Khaldun di dalam al-Muqaddimah telah menggariskan beberapa sebab atau punca yang menyebabkan keruntuhan sesebuah kerajaan antaranya ialah masalah wang atau aktiviti mega yang berbentuk mewah. Sesuatu yang harus diketahui ialah pada awalnya kerajaan itu mengekalkan cara hidup badawiyah atau sederhana. Kerajaan itu memiliki kualiti kasih sayang terhadap rakyatnya. Segala pembelanjaan adalah sederhana dan terancang serta menghormati harta orang lain. Ia menghindarkan cukai yang berat sebelah, mengawasi ketelusan, bijaksana sewaktu mengutip wang dan para pegawai mengamalkan sikap bertanggungjawab. Pada waktu itu tiada perbelanjaan yang boros yang membolehkan kerajaan tidak memerlukan wang yang banyak. Lama kelamaan timbul penguasaan dan perluasan kuasa di mana kedaulatan semakin menyerlah. Keadaan ini menyebabkan wajarnya kemewahan yang menyebabkan perlunya pertambahan dari segi perbelanjaan negara. Perbelanjaan pemimpin dan keluarganya secara umumnya meningkat sehingga kecenderongan ini meluas kepada penduduk bandar.
Peningkatan taraf hidup itu menyebabkan bertambahnya kadar gaji bagi tentera dan gaji pegawai. Perbelanjaan yang berlebihan semakin meningkat sehingga rakyat turut boros dalam berbelanja mengikuti tabiat para pemimpinnya. Ini menyebabkan pemimpin berasa harus mengenakan cukai ke atas barang dagangan di pasaran demi memperbaiki kewangannya. Pemimpin melihat kemewahan hidup masyarakat bandar sebagai mewajarkannya berbuat demikian sehingga melupakan keadaan penduduk kampung yang susah. Pentadbiran negara dan para tentera semakin bertambah dan cukai kastam pula tidak lagi mampu menampung perbelanjaannya. Ia menyebabkan kerajaan yang telah mencapai mercu kekuasaannya mula memaksa rakyat di bawah pengawasannya. Kekuasaannya telah memungkinnya untuk merampas harta rakyat melalui cukai kastam, urus niaga perdagangan dan kadangkala melalui paksaan terhadap rakyat dengan pelbagai dalih dan sebab tidak munasabah.
Pada peringkat ini, para pemungut cukai di dalam kerajaan itu telah menjadi kaya raya kerana banyak hasil cukai yang berada ditangannya dan kedudukan mereka menjadi begitu penting. Ini menimbulkan perasaan curiga kerana memiliki wang yang banyak di mana masing-masing saling mencela sesama sendiri kerana dengki dan seorang demi seorang mengalami tekanan dan seksaan. Akhirnya kekayaan lenyap dan mereka mengalami kehancuran. Kerajaan telah kehilangan kemegahan dan kecemerlangan yang telah diperolehi melalui usaha-usaha mereka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Setelah kekayaan mereka dilenyapkan maka kerajaan maju setapak lebih jauh dengan mengambil harta benda rakyatnya yang kaya. Pada peringkat ini, tanda-tanda kelemahan telah kelihatan pada kekuatan (syawkah) yang ada. Ternyata kerajaan itu sudah lemah untuk mengekalkan kuasa. Dasar pemimpin pada ketika ini ialah secara bijaksananya berusaha mengurus segala persoalan dengan menggunakan wang. Baginda berpendapat bahawa dengan cara ini lebih baik daripada pedang. Akhirnya keperluannya terhadap wang melampaui keperluannya untuk perbelanjaan dan gaji anggotanya di mana usaha ini tidak mencukupi. Kelemahan yang dialami semakin hari semakin parah yang menyebabkan kuasa luar semakin berani menentang kedaulatannya. Keadaan ini membuka ruang kepada kuasa luar untuk merampas kuasa daripada kerajaan sedia ada yang menyebabkan segala kebanggaan yang ada terlepas kepada kuasa luar.
Perkara ini dapat dilihat dalam masa kelemahan yang berlaku pada pemerintahan khalifah Islam di Sepanyol di antaranya disebabkan faktor mereka mengutamakan projek mewah. Kesan pencapaian ekonomi mendorong Khalifah menumpukan kepada projek mega yang berunsurkan kemewahan yang tidak menghasilkan pulangan ekonomi yang menguntungkan negara. Apabila kemewahan mula hilang dan kekayaan negara sudah susut menyebabkan negara menerima tentangan daripada kuasa luar dan rakyat sendiri. Pemimpin mula lupa kepada amanah agama yang menyebabkan mereka meminta bantuan kuasa Kristian Rom. Apabila mengetahui perkara ini maka kerajaan Islam Murabitun yang kecil yang berpusat di Afrika menyelamatkan keadaan dengan memberi bantuan sehingga khalifah Islam mampu berfungsi kembali. Tetapi selepas itu perkara yang sama berulang apabila pemimpin negara terus terpesona dengan dunia. Ini menyebabkan kerajaan Islam Murabitun Afrika menghantar wakil untuk bertemu dengan imam al-Ghazali bagi meminta fatwanya mengenai keharusan kerajaan Islam menyerang kerajaan Islam besar yang lain demi menjaga daripada ia jatuh ke tangan Kristian lalu imam al-Ghazali menyatakan harus berbuat demikian kerana kesan buruk yang lebih besar jika kerajaan Islam jatuh kepada Kristian berbanding dengan serangan kerajaan Islam terhadap kerajaan Islam yang lain. Serangan yang dilakukan bukan untuk menghancurkan kerajaan Islam tetapi untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan Kristian akibat pemimpin yang leka dengan kemewahan dunia.
Ini antara kesan buruk apabila pembangunan yang dibina tidak berasaskan kehendak Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :
وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون
Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 21 Oktober 2008

106. ISLAM BERKUASA MELAYU PERKASA

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 176 surah Ali ‘Imran :
ولا يحزنك الذين يســرعون فى الكفر إنهم لن يضروا الله شيئا يريد الله ألا يجعل لهم حظا فى الآخرة ولهم عذاب عظيم
Maksudnya : Janganlah kamu disedihkan oleh orang-orang yang segera menjadi kafir. Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali dapat memberi mudharat terhadap Allah sedikit pun. Allah berkehendak tidak akan memberi sesuatu bahagian daripada pahala kepada mereka di akhirat dan bagi mereka azab yang besar
Kini kita berada pada awal bulan Zulhijjah yang mengingatkan kita kisah pengorbanan besar nabi Ibrahim sekeluarga dalam mencari keredhaan Allah. Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan sama-sama menyambut ketibaan Eidil Adha di mana dalam masa yang sama para jemaah haji di Mekah sedang sibuk menyempurnakan ibadat haji. Sebelum tibanya hari raya korban maka kita yang tidak menunaikan ibadat haji telah disunatkan untuk berpuasa sunat hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah di mana fadhilatnya begitu besar sebagaimana kita fahami daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi daripada Abi Qatadah al-Ansori bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah lalu jawab baginda yang bermaksud : Dikaffarahkan (diampunkan) dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bahasa jiwa bangsa dan tiada bangsa tanpa bahasa di mana kekuatan sesuatu bangsa banyak terletak pada perkasa dan meluasnya kegunaan bahasa milik bangsanya. Sebagai contohnya bahasa Arab pada permulaannya hanya berlegar dalam tanah arab sahaja tetapi kedatangan Islam telah merubah segala-galanya apabila ia dijadikan bahasa wahyu al-Quran sehingga memungkinkannya tersebar ke serata dunia. Bahasa arab yang asalnya digunakan dalam kelompok masyarakat arab sahaja seterusnya berkembang sebagai bahasa komunikasi dan bahasa pembina tamadun terutama selepas runtuhnya kuasa besar Rom dan Parsi. Malah bahasa arab telah dijadikan bahasa rasmi oleh khalifah Islam termasuk Khilafah Uthmaniah Turki walau pun Turki tidak termasuk negara arab di mana ia berterusan begitu lama sehinggalah Mustafa Kamal at-Tartuk bertindak menghapuskan penggunaan bahasa arab dalam pemerintahan Turki dengan digantikan bahasa arab kepada bahasa Turki rentetan daripada penghapusan kepada semua perkara yang bersangkutan dengan Islam bersesuaian dengan Turki sekuler. Bahasa arab menjadi bahasa yang terlalu penting kerana ia dijadikan bahasa rasmi kerajaan-kerajaan Islam yang bukan sahaja dikhususkan penggunaannya dalam kitab agama malah meliputi urusan pentadbiran, ekonomi, teknologi pembinaan tamadun dan sebagainya yang menyebabkan setiap bangsa terpaksa mempelajari bahasa arab dengan begitu bersungguh-sungguh.
Malangnya selepas berlakunya pengkhianatan oleh Mustafa Kamal at-Tartuk lakanatullah yang menyebabkan hancurnya Khilafah Uthmaniah Turki 1924 telah menyebabkan bahasa arab mula dipinggirkan. Malah penjajah kuffar terus menjalankan segala perancangan jahat mereka dalam merosakkan bahasa arab seperti menggalakkan bangsa arab menggunakan bahasa arab pasar daripada bahasa arab al-Quran. Ini bertujuan untuk melahirkan suatu generasi daripada kalangan bangsa arab yang tidak memahami bahasa arab al-Quran malah mereka akan merasakan bahawa al-Quran merupakan Kitab Allah yang sukar difahami walau pun mereka merupakan bangsa arab. Kejayaan kuffar barat menghancurkan bahasa arab al-Quran telah memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada umat arab bahkan secara menyeluruh kepada umat Islam sedunia dalam memahami al-Quran. Seterusnya barat mencari jalan dengan perancangan yang penuh rapi dalam memastikan seluruh umat Islam mengalihkan arah qiblat daripada Islam kepada mereka dan seterusnya berusaha agar umat Islam lebih mendewakan bahasa Inggeris daripada bahasa arab. Ini semua bagi memudahkan lagi kuffar barat dalam merosakkan Islam dengan tafsiran yang menyeleweng terhadap kesucian Islam di mana penyelewengan ini tidak disedari oleh umat Islam yang buta bahasa arab serta lebih banyak mengenali Islam melalui tulisan-tulisan orientalis upahan kuffar dalam bahasa Inggeris. Inilah antara bahaya apabila umat Islam dijauhkan daripada bahasa al-Quran akibat kelalaian sendiri.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Melihat kepada betapa pentingnya bahasa kepada sesuatu bangsa telah menyebabkan para ulama’ Melayu silam menghasilkan tulisan jawi yang ada sedikit penambahan huruf daripada huruf arab bersesuaian dengan sebutan Melayu. Jika bahasa Melayu dianggap tidak penting dalam memperkasakan bangsa Melayu maka sudah tentu para ulama’ Melayu lah yang menjadi golongan pertama yang menghancurkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan tamadun. Ulama’ silam yang ramai di kalangan mereka menjadi penasihat kepada Sultan Melayu yang memerintah sudah pasti menggunakan kedudukan mereka dalam mewajibkan rakyat jelata belajar dan menggunakan bahasa arab sebagai bahasa rasmi. Apa yang terjadi adalah sebaliknya di mana ulama’ Melayu lebih bijak dan berpandangan jauh apabila mereka lebih berusaha dalam menghasilkan tulisan jawi bagi mendekatkan masyarakat Melayu dengan tulisan arab serta me’Melayu’kan banyak perkataan arab ditambah lagi dengan penggunaan Nahu atau tatabahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh Nahu atau tatabahasa arab dari dulu sehingga zaman Za’ba yang memudahkan masyarakat Melayu membaca al-Quran dan memamahaminya. Malah usaha gigih ulama’ Melayu telah menghasilkan banyak kitab karangan mereka terutama berkaitan dengan agama dalam tulisan jawi yang terus digunakan sehingga hari ini di Nusantara terutama di pusat pengajian pondok. Penghasilan tulisan jawi turut berjaya menyatukan umat Melayu Islam Nusantara yang disatukan dengan satu bahasa dan satu tulisan. Oleh itu kita sewajarnya meneruskan usaha yang telah dimainkan oleh ulama’ silam dalam memperkasakan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa pembina kemajuan.
Kegemilangan bahasa Melayu telah dicemari dengan kemasukan penjajah ke negara ini. Walau pun penjajah tidak mengharamkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu namun tulisan rumi mula diperkenalkan di mana ia digunakan secara meluas sehingga menenggelamkan penggunaan tulisan jawi yang mula terhad. Bahasa Melayu turut menerima pakai perkataan Inggeris yang di melayukan serta penggunaan tatabahasa Inggeris mula mempengaruhi bahasa Melayu sehingga bahasa Inggeris mula mengambil tempat bahasa arab yang menjadi rujukan utama sebelum ini. Akhirnya kebanyakan orang Melayu lebih rapat kepada bahasa Inggeris terutama tawaran pekerjaan lebih tertumpu kepada mereka yang mampu menguasai bahasa Inggeris. Ia turut memberi kesan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa ilmu yang terpenting termasuk dalam memahami agama yang menyebabkan Islam ciptaan barat hasil tulisan orientalis dalam bahasa Inggeris mudah tersebar dalam menjajah pemikiran umat Melayu Islam. Ini menyebabkan lahirnya masyarakat Islam yang kurang meyakini kemampuan sistem Islam malah berani bangun menentang pelaksanaannya dalam negara.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Menyedari betapa pentingnya bahasa maka kita terutama pemimpin wajib memperkasakan semula bahasa Melayu agar ia bukan sahaja berperanan sebagai bahasa perhubungan harian dan agama sebaliknya lebih meluas sebagai bahasa ilmu kepada semua bidang kehidupan termasuk ekonomi, sains dan teknologi. Jika penghapusan tulisan jawi sebelum ini telah menyebabkan ribuan rakyat buta al-Quran dan agama maka penukaran bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik boleh memberi kesan akan terhakisnya kepentingan penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Kita mesti ingat bagaimana tulisan jawi terselamat daripada terkubur dengan adanya pusat pengajian pondok dan sekolah agama malah kedua-dua pusat pengajian ini juga berjaya menyelamatkan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan daripada disisihkan apabila ia dijadikan mata pelajaran pilihan dengan Pendidikan Seni.
Kita terlalu bimbang dengan keadaan dan tindakan yang diambil oleh pemimpin yang sanggup mengkhianati bahasa dan bangsanya sendiri dengan menghapuskan penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu moden. Ini boleh membawa kepada hilang minat dan kesungguhan bangsa Melayu sendiri apatah lagi bangsa lain untuk mempelajari bahasa Melayu malah mereka hanya mempelajarinya untuk lulus peperiksaan sahaja bukannya untuk kegunaan dalam mentadbir dan memajukan negara. Akhirnya bahasa Melayu dikubur dan ditalqinkan oleh bangsa dalam negaranya sendiri. Bahasa Melayu selepas ini hanya dipelajari di pusat pengajian pondok sahaja yang semenangnya terus menggunakan kitab jawi karangan ulama’ silam serta penggunaannya hanya terhad untuk komunikasi sesama sendiri sahaja bukan lagi berperanan sebagai bahasa ilmu dan tamadun sebagaimana sebelum ini. Bahasa Melayu bakal menjadi bahasa yang dikenang sebagai bahan sejarah sebagaimana bahasa Sanskrit tua dan tidak lebih nasibnya seperti bahasa Jawa dan orang Asli yang hanya digunakan untuk berhubung sesama sendiri bukannya dijadikan bahasa ilmu. Jika kerajaan Thailand berusaha secara halus menghancurkan bahasa Melayu ditambah pula dengan pengkhianatan kerajaan negara ini terhadap bahasa Melayu maka bahasa Melayu bakal diletakkan di muzium sebagai bahan sejarah bukannya sebagai bahasa yang perkasa sebagaimana yang dilakukan oleh ulama’ Melayu silam.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita perlu fahami bahawa bahasa Inggeris dipelajari oleh bangsa lain kerana ia digunakan begitu meluas bukan semata-mata sebagai bahasa perhubungan sahaja sebaliknya bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa ilmu dalam menguasai pelbagai bidang ilmu moden. Jika bahasa Inggeris hanya digunakan untuk bahasa komunikasi semata-mata maka bangsa lain tidak akan berminat dan bersungguh-sungguh mempelajarinya. Oleh itu kedudukan orang yang terlalu mendewa-dewakan bahasa Inggeris sehingga sanggup menghancurkan bahasa kepada bangsanya sendiri adalah orang yang masih terjajah pemikirannya serta tidak yakin tentang kemenangan Islam atau pun mereka memang anti Islam. Jika selepas kejatuhan Khilafah Islamiah telah menyaksikan bahasa arab diketepikan maka apabila tibanya zaman kemenangan Islam bakal menyaksikan bahasa Inggeris akan dipandang sepi apabila bahasa arab akan berperanan kembali. Ini menyebabkan pakar bahasa arab begitu diperlukan sedangkan pemimpin yang berpandangan sempit dan kolot telah bertindak kejam menghancurkan sekolah agama rakyat yang sememangnya diperlukan oleh generasi selepas kemenangan Islam. Yakinlah kita bahawa Islam dijulang bangsa Melayu gemilang, Islam Berkuasa bahasa Melayu perkasa.
Firman Allah dalam ayat 177 surah Ali ‘Imran:
إن الذين اشتروا الكفر بالإيمان لن يضروا الله شيئا ولهم عذاب أليم
Maksudnya : Sesungguhnya mereka yang menukar iman dengan kufur sekali-kali mereka tidak akan dapat memberi mudharat terhadap Allah sedikit pun dan bagi mereka azab yang pedih.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 18 Oktober 2008

2. BAHAYA SILAP PILIH 3 PANGKAT

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :
إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين ءامنوا ويتخذ منكم شهداء والله لايحب الظــلمين
Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim
Kita buat sekian kalinya bakal meninggal bulan Syawal yang telah banyak meninggalkan kesan manis dan pahit dalam diari hidup kita. Setiap kali tibanya bulan Syawal maka ia mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah diikuti dengan Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah. Bulan Syawal juga menyaksikan bagaimana berlakunya Peperangan Hunain pada tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Peperangan besar ini menyedarkan kita bagaimana api permusuhan kuffar terhadap Islam tidak mengenal tempat dan masa. Jika Rasulullah s.a.w bersama para pejuang Islam terpaksa berdepan dengan musuh yang nyata pada bulan Syawal sedangkan kita pada hari ini ramai yang kecundang dengan nafsu syahwat dan syaitan pada bulan Syawal setelah berpenat lelah mengawal nafsu sepanjang Ramadhan lalu. Kata pepatah arab berkenaan hakikat hari raya yang sepatutnya kita sambut iaitu :
لَيْسَ العِيْد لِمَنْ لَبِسَ الجَدِيْدَوَلَكِنَّ العِيْد ِلمَنْ تَقْوَاهُ يَزِيْدُ
Maksudnya : Bukanlah hari raya itu bagi mereka yang sekadar memakai pakaian baru sebaliknya hari raya yang sebenarnya ialah bagi mereka yang taqwanya bertambah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam surah al-Ghafir ayat 23 - 24
ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب
Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”.
Umat yang terbaik di sisi Allah ialah umat yang menjalankan amanah Allah dalam kehidupan seharian ketika senang dan susah, kaya dan papa, tua dan muda. Perjuangan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Segala rintangan dan cabaran ini tidak boleh dianggap sebagai batu penghalang yang membantutkan perjuangan sebaliknya ia mestilah dianggap sebagai penambah kepada semangat juang yang sedia ada. Semakin kuat cabaran maka semakin tinggi semangat juang sehingga akhirnya kebenaran pasti mendapat kemenangan manakala kebatilan pasti dapat dikalahkan. Tidak mudah untuk menang tetapi bukan susah untuk kalah. Contohnya ketika kita merenung perjuangan nabi Musa a.s yang terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Manusia pertama bernama Firaun yang berjawatan sebagai raja pemerintah yang menjadikan kuasa sebagai hak milik mutlak bukannya menjadikan kuasa itu sebagai suatu amanah daripada Allah sehingga dia sanggup melawan Allah tanpa rasa takut dan bersalah. Firaun telah lama mati lemas dengan penuh kehinaan tetapi pemimpin-pemimpin yang bersikap sepertinya terus ada setiap zaman dan tempat. Pemimpin jenis ini tidak pernah takut untuk mempersendakan Islam dan mengenepikan agama dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Akhirnya pemimpin jenis ini menjadikan dirinya sebagai penguasa yang tidak boleh disanggah sehingga yang kuat dan kaya sentiasa menang manakala yang lemah dan miskin menjadi mangsa kezaliman yang sentiasa kalah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Manusia jenis kedua bernama Haman yang berperanan sebagai menteri atau pegawai yang berusaha siang dan malam dalam memastikan rakyat jelata sentiasa tunduk kepada pemimpin yang sesat dan zalim secara membabi buta. Haman juga telah mati tetapi menteri dan pegawai yang bersikap sebagaimana Haman terus muncul sehingga rakyat terus keliru hasil kepetahan bicara manusia jenis ini yang bijak menutup kesesatan dan kezaliman pemimpin. Apa yang lebih malang apabila ada yang faham agama tetapi sanggup menjual agama demi dunia sehingga timbulnya pendapat bahawa dalam mendidik manusia hanya perlu kepada amar makruf sahaja tanpa perlu kepada nahi mungkar kerana bila telah banyak program kebaikan maka manusia akan jadi baik dengan sendiri tanpa perlu kepada pencegahan sedangkan bila kita lihat dalam negara lebih banyak program yang merosakkan berbanding program mendidik sehingga meningkatnya jenayah, pecah amanah dan sebagainya. Jika rakyat terus terpesona dengan tipuan ini maka rosaklah kita. Bila rakyat hanyut dengan hiburan maka negara dijajah dengan kejahatan, bila rakyat boleh dijual beli maka system negara terus rosak binasa. Ingatlah suatu pesanan Rasulullah s.a.w
قال الرسول  : مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللهُ فِى أُمَّةٍ قَبْلِي إِلا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّوْنَ وَأَصْحَاب يَأْخُذُوْنَ بِسُنَّتِهِ ويََقْتَدُوْنَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بِعْدِهِمْ خُلُوْفُ يَقُوْلُوْنَ مَالا يَفْعَلُوْنَ وَيفْعَلُوْنَ مَالا يُؤْمَرُوْنَ فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ لَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإيمْاَنِ حَبَّةَ خَرْدَلٍ –- رواه مسلم
Maksudnya : Tiada seorang nabi pun yang Allah utus kepada umat sebelum aku melainkan terdapat pada umatnya itu penolong dan para sahabat yang melaksanakan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Setelah generasi mereka, datanglah generasi yang hanya pandai bercakap apa yang tidak dibuat. Mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak pernah diperintahkan kepada mereka. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangannya maka dia seorang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan lidahnya maka dia seorang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hatinya maka dia juga seorang yang beriman. Tiada lagi keimanan selepas itu walaupun sebesar sawi

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Manusia jenis ketiga pula bernama Qarun yang merupakan hartawan yang sanggup membantu pemimpin dan menteri melalui harta kekayaannya dengan syarat dia mendapat balasan yang berganda hasil pelaburannya dalam menyesatkan rakyat dan menutup kesalahan pemimpin. Qarun juga telah lama mati ditelan bumi bersama harta kekayaannya tetapi hartawan yang bersikap sebagaimana Qarun terus wujud di mana-mana. Bahayanya hartawan jenis ini ialah dia mampu mengawal system pemerintahan, perundangan, ekonomi, sosial dalam sesebuah negara kerana berjaya membeli negara dengan harta kekayaannya. Jadi tidak pelik apabila wujudnya negara yang dikawal oleh tauke dadah, tauke judi, tauke arak, kongsi gelap dan sebagainya. Jangan terkejut bila penjenayah yang paling merbahaya dalam negara boleh lepas bebas bila perundangan boleh dipermainkan oleh kongsi gelap. Benar kata cerdik pandai : Bila wang bercakap maka perundangan akan senyap. Menyedari perkara ini maka kita sebagai rakyat yang bermaruah mestilah memastikan bahawa pemimpin, menteri, pegawai dan hartawan yang berada di atas kita daripada golongan yang bertaqwa dan bertanggungjawab bukannya yang hanya pandai menyeru rakyat supaya berjimat cermat tetapi dia hidup dalam mahligai indah, melancong dengan kapal terbang mewah. Jangan gadaikan maruah diri dan negara kerana sedikit habuan wang, baja, saham sedangkan kita semakin dibebankan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Jangan jadi manusia setaraf binatang yang boleh di jual beli dengan wang. Untungnya sedikit ruginya banyak, senangnya sebentar deritanya lama. Lahirlah kita sebagai rakyat yang sentiasa peka dengan keadaan semasa antaranya jika kita tidak dapat turut serta dalam perhimpunan 100 ribu rakyat di Kuala Lumpur esok maka sama-samalah kita solat hajat dan berdoa agar perhimpunan ini berlangsung dengan baik tanpa gangguan mana-mana pihak disamping ia mencapai matlamatnya yang suci dalam memastikan system dalam negara kembali bersih daripada rasuah, pecah amanah dan unsur-unsur khianat yang lain. Bukan daripada golongan yang beriman golongan yang tidak menghiraukan keadaan umat Islam lain yang menderita dan ditindas
فرمان الله تعالى دالم أية 51 سورة النور :
إنما كان قول المؤمنين إذا دعوا إلى الله ورسوله ليحكم بينهم أن يقولوا سمعنا وأطعنا وأولئك هم المفلحون
Maksudnya : Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah agar mereka berhukum dengannya di kalangan mereka lalu mereka berkata : “ Kami dengar dan kami patuh”. Dan mereka itulah golongan yang beroleh kejayaan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 15 Oktober 2008

122. ANTARA KEIMANAN DAN AMALAN

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
فرمان الله تعالى دالم أية 19 سورة التوبة :
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن ءامن بالله واليوم الآخر وجــهد فى سبيل الله لايستون عند الله والله لايهدى القوم الظــلمين
Maksudnya : Adakah mereka yang memberi minuman kepada jemaah haji dan menguruskan Masjidil Haram kamu samakan kedudukan mereka dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah?. Mereka tidak sama kedudukannya di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim
Manusia yang berfikiran waras dan mulia akhlaknya sentiasa cintakan kedamaian serta suka menghubungkan kasih sayang berasaskan Islam demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Manusia yang cintakan kebenaran sentiasa memusuhi sebarang cubaan dan perancangan daripada tangan-tangan makhluk perosak untuk melakukan kezaliman yang semestinya akan mencabul kehormatan dan kedamaian yang dijaga selama ini. Allah Tuhan Pencipta alam telah mengutuskan para nabi dan rasul termasuk nabi Muhammad s.a.w bagi memberi tunjuk ajar kepada umat manusia jalan yang lurus berdasarkan wahyu Allah agar manusia dapat hidup aman tenteram di bawah sistem Islam yang sepastinya adil.
Sudah menjadi tabiat manusia di mana ada di kalangan mereka golongan yang benar-benar beriman kepada Allah dengan bersungguh-sungguh menunaikan segala kewajipan agama yang bukan sahaja terbatas dalam ruang lingkup ibadat khusus sahaja tetapi turut merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti pemerintahan, ekonomi, kemasyarakatan dan selainnya. Ada pula golongan manusia yang terus engkar dengan kebenaran wahyu Allah sehingga mereka sanggup bertuhankan nafsu dengan menggunakan akal yang lemah ditambah dengan hasutan syaitan penggoda yang tidak pernah berhenti daripada menyesatkan manusia. Di celah-celah antara golongan yang beriman dan kufur maka lahir pula golongan yang merbahaya yang dikenali sebagai golongan munafik di mana mulut mereka hebat menerangkan tentang keimanan mereka kepada semua apa yang dibawa oleh nabi sedangkan pada perbuatan dan tindakan mereka samada dalam keadaan sedar atau pun tidak di mana golongan ini telah memusuhi Allah dan rasulNya dan sanggup bersekongkol dengan kuffar durjana dalam melawan Islam.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Manusia kuffar atau munafik walau pun sudah jelas berada dalam keadaan sesat tetapi disebabkan hidayah Allah tidak menerangani hati mereka maka mereka tetap menyatakan bahawa mereka adalah benar. Sebagaimana ayat 19 surah Taubah yang saya bacakan pada awal tadi menunjukkan bagaimana musyrikin Mekah yang terang-terang memusuhi Islam dan cuba membunuh nabi dan umat Islam tetapi mereka tetap menyatakan bahawa mereka adalah golongan yang benar ditambah dengan alasan bahawa mereka semenjak dahulu melakukan amalan yang mulia dengan memberi minum kepada jemaah haji dan juga mentadbir Masjidil Haram. Allah menempelak golongan musyrikin ini dengan menyatakan bahawa amalan mulia itu tidak dapat membersihkan diri mereka daripada kesesatan kufur malah umat Islam yang lemah adalah benar dan lebih mulia kedudukan mereka di sisi Allah kerana keimanan mereka kepada Allah dan rasulNya serta mereka berjuang dalam meninggikan kalimah Allah walau pun diperangi.
Ayat ini juga memberi amaran kepada umat Islam hari ini yang mengaku beriman dan yakin terhadap sistem Islam tetapi tidak mahu melaksanakannya atas alasan yang tidak munasabah. Jika musyrikin dengan amalan mulia itu pun tetap dihina oleh Allah kerana menentang kebenaran Islam maka begitulah juga golongan hanya tahu mendabik dada bahawa mereka telah melaksanakan Islam kerana banyak masjid di bina sedangkan dalam masa yang sama masjid itu hanya menjadi seperti gereja yang hanya dikunjungi untuk beribadat khusus sahaja sedangkan penyebaran Islam secara menyeluruh melalui majlis ilmu banyak disekat malah ada masjid yang lebih terkenal sebagai tempat pelancongan daripada ibadat. Ayat ini juga mengingatkan kepada golongan yang hanya tahu melaungkan bahawa mereka juga cintakan ulama’ dan pengajian agama sedangkan mereka boleh menghina nabi secara terang-terangan dan mencaci ulama’ yang tidak sehaluan dengan kehendak nafsu mereka serta banyak pusat pengajian agama ditutup malah banyak sukatan pelajaran agama Islam di sekolah dan universti dikurangkan sehingga lahirnya ramai golongan yang tahu bahawa Islam ini hanya agama peribatan khusus sahaja yang tidak terlibat dengan sistem kehidupan yang lain. Ingatlah kita bagaimana yang berlaku di kebanyakan negara arab yang telah membuat perjanjian damai dengan yahudi di mana mereka telah membuang daripada sukatan pelajaran tentang masalah jihad dan yahudi itu merupakan musuh yang paling merbahaya di mana tindakan ini menyebabkan umat Islam terus ditindas sesuka hati oleh yahudi yang telah menambahkan api permusuhan terhadap umat Islam dalam sukatan pelajaran di sekolah dan universiti negara yahudi tentang Islam yang didakwa sebagai agama sesat dan merbahaya serta semua umat Islam adalah pengganas. Mengapa yahudi bersungguh-sungguh menanam sifat benci terhadap umat Islam sedangkan kita terus bersimpati dengan pengganas yang merbahaya ini. Sepatutnya melalui pengajian agama kita mampu melahirkan para pejuang Islam dalam pelbagai bidang yang mengenali antara kawan dan lawan, antara teman rapat dengan musuh ketat.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sepatutnya sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan seluruh ajaran Islam mestilah kembali bersatu untuk sama-sama memartabatkan kembali seluruh sistem Islam demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Kita begitu cintakan negara Islam yang merupakan negara kebajikan bukannya negara yang membenarkan pemerintah dan kroninya mengaut segala hasil mahsul negara untuk mereka sahaja dengan membiarkan rakyat menderita. Kita tidak mahu menjadi penonton dan pemerhati setia kepada pemimpin yang hanya tahu melaungkan tabung kebajikan untuk jemaah haji, tabung kebajikan untuk fakir miskin, tabung kebajikan untuk pekerja sedangkan itu semua adalah penipuan demi memenuhi poket golongan tertentu sahaja dengan mengabaikan kebajikan pemimpin terhadap rakyat. Sedangkan khalifah Islam sebelum ini hanya banyak menggunakan wang zakat dan baitulmal sahaja dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan dan kita dapati bagaimana mereka berjaya melaksanakannya dengan baik kerana di kawal dengan sistem Islam dan sifat amanah dalam diri pelaksananya.
Bila merenung pula kepada bantuan dan pertolongan umat Islam kepada saudara agama yang berlainan bangsa dan negara maka kita sekali lagi melihat bagaimana penderitaan umat Islam terutama di Palestin bagaikan tiada pembelaan. Negara Islam saling bermusuh dalam membantu umat Islam sedangkan mereka saling membantu apabila yahudi meminta agar diperangi pejuang Islam. Kita mula melihat bagaimana seorang demi seorang pemimpin negara umat Islam dijemput untuk menerima nasihat daripada pengganas Amerika bagi menambahkan penderitaan umat Islam Palestin. Bilakah lagi umat Islam akan dapat melihat pemimpin mereka mampu membebaskan Masjidil Aqsa sebagaimana yang dilakukan oleh tentera Islam pada masa Khalifah Sayyidina Umar al-Khottab ketika mengalahkan tentera Rom. Bilakah masanya umat Islam kembali dapat menawan Baitul Maqdis sebagaimana yang pernah dicapai oleh tentera Islam di bawah kepimpinan Solehudin al-Ayyubi ketika mengalahkan tentera salib.
Sesungguhnya kemenangan dan janji gembira daripada Allah dan rasulNya sudah dekat iaitu akan datangnya suatu hari di mana golongan yahudi akan dibunuh dan dibersihkan daripada bumi palestin oleh pejuang Islam yang benar-benar berjuang di jalan Allah. Sudah cukup tanahair dan tubuh umat Islam dibakar, digilis dan diratakan oleh jentolak milik yahudi. Sudah cukup golongan wanita, orang tua dan anak-anak kecil daripada umat Islam dibom dan ditembak sesuka hati tanpa belas kasihan oleh pengganas yahudi laknatullah. Kita umat Islam akan bangkit bukan atas dasar membalas dendam tetapi atas dasar tanggungjawab dalam mempertahankan tahanair milik umat Islam dan kebenaran Islam. Oleh itu korbankanlah seluruh kemampuan kita yang ada demi Islam dalam mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :
وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين
Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyuka mereka yang sabar.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن