أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Isnin, 30 Jun 2008

14. TIGA TUGAS UTAMA UMAT MULIA

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :
الذين إن مكنـهم فى الأرض أقاموا الصلوة وءاتوا الزكوة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عـقبة الأمور
Maksudnya : Orang-orang yang sekiranya Kami teguhkan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka akan mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan bagi Allah jualah kesudahan semua perkara
Islam merupakan agama fitrah yang sesuai dengan kemampuan yang ada pada diri manusia itu sendiri. Islam bukanlah suatu agama yang payah difahami serta susah pula untuk diamalkan. Manakala umat Islam merupakan umat pilihan dan terbaik berbanding umat yang lain dengan syarat kita melaksanakan beberapa kewajipan yang terpikul atas bahu kita antaranya kita mestilah menjaga sembahyang, menunaikan zakat serta menjalankan tugas dalam menyuruh diri kita sendiri dan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Umat Islam hanya diberi kemuliaan dan kekuasaan di dunia apabila kita dapat menunaikan beberapa kewajipan tersebut secara bersungguh-sungguh. Kegagalan umat Islam dalam menjalankan tugas itu menyebabkan kita ditimpa dengan pelbagai masalah serta penghinaan oleh Allah.
Masalah sembahyang yang merupakan tiang agama serta ia merupakan amalan pertama yang bakal ditanya oleh Allah S.W.T di akhirat nanti di mana telah ramai umat Islam hari ini yang mengabaikan sembahyang malah bagi mereka yang mendirikan sembahyang pula masih ramai yang mengerjakannya tanpa mengambil berat tentang ilmu mereka berkenaan bacaan atau perbuatan dalam sembahyang samada betul atau tidak sebagaimana yang dituntut. Benarlah peringatan nabi bahawa pada akhir zaman ikatan Islam akan dirungkai satu demi satu bermula daripada sembahyang sehinggalah kepada system Islam yang lain akibat daripada kejahilan umat Islam sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Ketika kita menyebut tentang peristiwa hijrah maka antara perkara yang besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w setelah tiba di Madinah ialah mendirikan masjid bukannya membina kem tentera walau pun baginda mengetahui bahawa musuh sedang mengejarnya. Malah ketika mengingati beberapa peristiwa gempa bumi dan tsunami yang telah berlaku di negara umat Islam maka kita sentiasa diperingatkan tentang masjid yang tidak turut hancur bersama bangunan kukuh yang lain. Ini semua merupakan antara suatu isyarat yang jelas agar kita umat Islam kembali merapatkan diri kepada Allah S.W.T antaranya melalui solat dan juga menjinakkan diri dengan masjid. Ingatlah bahawa antara tujuh golongan yang bakal dibayangi oleh ‘Arasy Allah S.W.T pada hari akhirat nanti adalah seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Alangkah bahagia dan mudahnya kita jika umat Islam mampu memenuhi masjid sebagaimana kita semua dapat lakukannya pada hari Jumaat di mana hati umat Islam dapat disatukan dan setiap arahan serta maklumat terkini dapat disalurkan dengan senang dan cepat tanpa memerlukan kepada sesuatu perhimpunan tertentu di tempat yang lain pula. Kita dapat melihat bagaimana keadaan umat Islam apabila mereka liar dan jauh daripada masjid maka semakin banyak masalah buruk yang berlaku dalam masyarakat. Umat Islam yang disatukan atas asas keduniaan tidak mampu diajak untuk berjuang atas dasar Islam sebaliknya mereka hanya mampu menjadi penyokong apabila menang dan akan lari apabila merasakan sokongan mereka tidak memberi pulangan keduniaan. Sesungguhnya hati manusia tidak boleh menyatukan dua perasaan yang berbeza antara cintakan Islam dengan cintakan harta, antara cintakan akhirat dengan cintakan dunia. Umat Islam yang hatinya dekat dengan Allah sentiasa bertanya pada diri tentang sumbangannya terhadap Islam sedangkan umat Islam yang kurang ikatannya dengan Allah sentiasa berfikir apakah yang mampu diberikan oleh Islam kepadanya. Oleh itu muhasabahlah diri kita samada mahu menjadi hamba Allah atau hamba dunia. Penuhilah masjid setiap masa dan jangan jadikan diri kita sebagai umat yang hanya tahu bermegah dengan bangunan masjid bukannya berlumba-lumba untuk menghidupkannya. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bin Malik :
قال الرسول  : لاتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِى المَسَاجِدِ
Maksudnya: Tidak akan berlaku qiamat sehingga umatku hanya bermegah-megah dengan binaan masjid sahaja

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Kewajipan kedua yang mesti ditunaikan oleh umat Islam yang ingin lahir sebagai umat mulia di dunia dan akhirat ialah menunaikan zakat. Zakat merupakan antara cara pembersihan harta serta memastikan harta orang kaya diagih untuk turut sama dirasai oleh orang miskin sehingga wujudnya suasana kasih sayang yang mampu menghasilkan masyarakat yang aman. Malah nabi pernah memberi amaran bahawa antara punca datangnya bala angin merah, gempa bumi atau pun ditukar wajah sesuatu kaum ialah apabila mereka menganggap bahawa zakat itu sebagai hutang. Begitu juga dengan amaran nabi dalam sebuah hadis yang lain di mana mereka yang tidak mengeluarkan zakat akan ditahan air daripada langit sehingga jika tiada binatang yang hidup di atas muka bumi ini nescaya mereka tidak akan diberikan hujan oleh Allah. Sebab itulah Rasulullah s.a.w ketika menghantar Huzaifah bin Yaman ke suatu tempat maka baginda memperingatkan agar Huzaifah sentiasa berhukum dengan al-Quran dan hadis nabi serta mengambil harta orang kaya melalui zakat untuk diagihkan kepada fakir miskin. Begitu juga dengan tindakan tegas Sayyidina Abu Bakar yang sanggup memerangi puak yang dikira murtad akibat tidak mahu mengeluarkan zakat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kewajipan yang seterusnya ialah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran di mana ramai di kalangan umat Islam hari ini mengabaikan kewajipan ini sehingga semakin rosaknya masyarakat. Kita mesti ingat amaran nabi iaitu kita diibaratkan seperti penumpang sebuah kapal di mana ada yang berada ditingkat atas dan sebahagian yang lain berada ditingkat bawah. Sekiranya penumpang tingkat atas tidak mencegah tindakan penumpang sebelah bawah yang bertindak menebuk lantai kapal agar lebih senang mengambil air maka kesemua penumpang itu bakal tenggelam bukannya penumpang sebelah bawah sahaja yang akan kelemasan apabila kapal itu karam nanti. Begitulah juga dengan keadaan kita apabila tidak mengajak orang lain untuk turut berbuat baik serta mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran maka bukan orang yang berbuat kejahatan sahaja yang bakal ditimpa bala daripada Allah malah kita turut menerima padahnya. Malah keadaan sekitar yang rosak bakal merosakkan anak cucu kita dalam jangka masa panjang. Oleh itu marilah kita sama-sama menjalankan kerja-kerja amar makruf nahi munkar ini agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan baik dan sentiasa dilimpahkan dengan rahmat oleh Allah. Kita juga mesti sedar bahawa cabaran dan ujian dalam menjalankan tugasan ini amat berat sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad :
قال الرسول  : لايُدْرِكُنِيْ زَمَانٌ أَوْ لاتُدْرِكُوْا زَمَانًا لايُتَّبَعُ فِيْهِ العَلِيْمُ وَلايُسْتَحْيِي مِنَ الحَلِيْمُ قُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الأعَاجِمِ وَأَلْسِنَتُهُمْ أَلْسِنَةُ العَرَبِ
Maksudnya : Ya Allah! Jangan Engkau ketemukan aku dengan suatu masa atau mudah-mudahan kamu wahai para sahabat tidak akan bertemu dengan suatu masa di mana orang alim sudah tidak diikut lagi dan orang yang berbudi pekerti tidak disegani lagi. Hati mereka seperti orang ‘ajam(pada fasiknya) dan lidah mereka seperti orang arab (pada fasihnya).
Kita dapat lihat pada tahun ini sahaja banyak tugasan dalam mencegah daripada kemungkaran menghadapi pelbagai tentangan dan tekanan termasuk tindakan tegas terhadap pengarah dan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) sedangkan remaja Melayu yang jelas salah kerana mengunjungi dan berkelakuan kurang sopan di kelab malam dibebaskan. Begitu juga dengan pesta arak di Genting Highland pada 5 dan 6 Mac yang baru lalu yang turut dihadiri oleh 10 ribu orang termasuk remaja Islam di mana sekatan awal tidak dibuat sebagaimana sekatan jalanraya oleh polis bagi ceramah dan tidak digunakan anggota FRU sebagaimana ketika menyuraikan penunjuk perasaan sebelum ini. Ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa dasar negara yang banyak bercanggah dengan Islam menjadi punca terbesar kepada kegagalan pelaksanaan Islam Hadhari.
Firman Allah dalam ayat 63-64 surah al-Furqan :
وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجــهلون قالوا سلــما . والذين يبيتون لربهم سجدا وقيــما
Maksudnya : Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka lalu mereka ucapkan kata-kata yang baik. Dan mereka melalui malam hari dengan bersujud serta berdiri bagi menyembah Allah
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 25 Jun 2008

153. AQIDAH PENGUKUH TAMADUN

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut :
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لايفتنون . ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين .

Maksudnya : Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan : “ Kami telah beriman “, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.
Kita pada hari ini berada dipenghujung bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan maghfirah. Kita tidak mahu kedatangan Ramadhan saban tahun adalah sama sahaja di mana sikap dan sifat kita tetap ditakuk yang lama malah bertambah buruk. Kita juga tidak mahu berlakunya ibadat secara bermusim iaitu hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita memperbanyakkan ibadat kepada Allah sedangkan apabila berlalunya Ramadhan kita terus meninggal atau mengabaikan amalan dan ibadat soleh itu. Apa yang kita mahu ialah Ramadhan yang kini sudah berada pada hari terakhir pada hari ini mampu meniup azam dan semangat baru dalam berbuat amalan soleh dan juga mampu melahirkan keperibadian muslim yang sejati dengan sifat dan kelakuan yang bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam. Kita juga mahu al-Quran yang kita baca samada secara individu atau pun tadarrus secara ramai-ramai sepanjang Ramadhan lalu mampu meresap dihati sehingga memungkinkan kita untuk menghayatinya dalam perjalanan hidup kita seharian. Renungilah firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Anfal :

إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وإذا تليت آياته زادتهم إيمانا وعلى ربهم يتوكلون . الذين يقيمون الصلاة ومما رزقنهم ينفقون .

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka di mana apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah keimanan mereka dan kepada Tuhanlah mereka berserah diri. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tidak lupa juga pada hari ini telah seminggu kita berada di alaf baru. Jika pada tahun-tahun sebelum ini kita menyaksikan mereka yang menyambut kedatangan tahun baru dengan penuh kemeriahan yang diisi dengan program-program maksiat maka pada tahun ini telah berlangsungnya kemuncak perayaan yang penuh dengan program maksiat telah diadakan secara besar-besaran sempena ketibaan alaf baru. Kita dapat saksikan bagaimana bulan Ramadhan tidak lagi dihormati sehingga muda-mudi Islam sendiri turut hanyut dengan pakaian yang menjolok mata, hiburan yang melekakan daripada artis tempatan dan luar negara yang dijemput khas, minuman arak dan sebagainya. Pemimpin yang mengaku Islam memberikan jawapan yang begitu dangkal dan memualkan apabila ditanya tentang perkara ini yang boleh diadakan secara terbuka di sebuah negara yang tertera di dalam perlembagaannya Islam sebagai agama rasmi. Beliau mengatakan bahawa pihak pemerintah tidak boleh menyekat agensi atau syarikat yang menganjurkan program maksiat ini kerana permit telah diluluskan dan persiapan telah dilakukan. Inilah dia apabila keuntungan material menjadi tunjang pemerintahan menyebabkan aqidah dan perkara agama hanya dianggap perkara biasa sahaja. Sebuah agensi atau syarikat yang hanya dikuasai oleh beberapa individu sahaja tidak mampu disekat oleh sebuah kerajaan yang memerintah negara dalam menghina kehormatan Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan sebuah negeri yang didokong oleh sebahagian besar rakyatnya yang mahu menjalankan perundangan Islam boleh diambil tindakan jika menjalankannya. Di manakah letaknya takrif Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan negara. Inilah yang perlu difikirkan bersama kerana insya Allah alaf baru ini akan menyaksikan alaf kemenangan Islam dan juga menpertahankan kemenangan yang telah dicapai serta mengisi kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah.Pada penghujung abad lalu telah menyaksikan kebangkitan seluruh umat Islam setelah mereka berada dalam kegelapan jahiliah dan kezaliman sistem ciptaan manusia dengan jatuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924 yang lalu. Dunia telah menyaksikan penderitaan dan pencabulan hak asasi di negara-negara umat Islam yang hanya merupakan masyarakat minoriti secara silih berganti dan bagaikan tiada kesudahan. Insya Allah kedatangan alaf baru ini mampu memberi sinar kebahagiaan kepada seluruh umat Islam dengan kemenangan yang bakal dicapai dengan izin Allah.

Sidang Jumaat yang dihormati
Dalam mencapai kemenangan dan juga mempertahankan kemenangan maka perkara utama yang mesti ditekankan ialah masalah aqidah kerana tanpa aqidah atau keimanan yang kukuh kepada Allah dan janjiNya maka umat Islam akan terus dihina oleh Allah. Rasulullah s.a.w sendiri ketika memulakan dakwah di kota Mekah sebelum terbinanya daulah Islamiah di Madinah telah menerapkan masalah aqidah sehingga umat Islam pada masa itu mampu tunduk dan patuh kepada setiap arahan daripada Allah dan rasulNya tanpa banyak dalih.
Kita juga dapat melihat bagaimana di dalam al-Quran banyak menekankan masalah aqidah kerana tanpa aqidah yang kukuh maka umat Islam tidak mampu melawan arus jahiliah yang semakin kuat bergelora. Seperti nasihat Lokmanul Hakim kepada anaknya dalam ayat 13 surah Luqman :
وإذ قال لقمان لابنه وهو يعظه يبني لا تشرك بالله إن الشرك لظلم عظيم .
Maksudnya : Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pengajaran kepadanya : “ Wahai anakku! Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Perkara aqidah ini perlu ditekankan dalam setiap diri umat Islam agar mereka mampu menghadapi setiap ujian dan rintangan yang mendatang samada secara luaran mahu pun dalaman. Dengan aqidah yang kukuh akan memudahkan umat Islam untuk membezakan antara kebenaran dan keadilan Islam dengan kesesatan dan kezaliman sistem ciptaan manusia.Ramai umat Islam pada hari ini mampu menghadapi serangan melalui senjata tetapi ramai dikalangan mereka yang tewas dan terkeliru apabila berdepan dengan serangan ideologi dan ramai lagi yang gugur apabila diuji dengan kemewahan dunia terutama golongan pemimpin.
Ingatlah sabda Rasulullah sa.w :
والله للفقر أخشى عليكم ولكن أخشى عليكم أن تبسط عليكم الدنيا كما بسطت على من كان قبلكم فتنافسوها كما تنافسوها فتهلككم كما أهلكتهم .

Maksudnya : Demi Allah! Aku tidak bimbang kefakiran yang menimpa kamu tetapi apa yang aku bimbang ialah apabila dibentangkan kemewahan dunia sebagaimana yang telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu maka kamu akan berbalah sebagimana mereka telah berbalah maka kamu akan dihancurkan sebagaimana dihancurkan umat sebelum kamu.
Kita pernah menyaksikan di dalam sejarah Islam di mana Kota Baghdad yang merupakan kota yang penuh dengan pembangunan dunia pada masa itu sehingga umat Islam terus leka dan alpa dan semangat jihad mereka mula hilang sehingga Allah menurunkan bala dengan serangan tentera Tatar dari Monngol. Dalam masa sekejap sahaja kerajaan Baghdad dihancurkan sehingga kitab-kitab dimusnahkan dengan dihumban ke dalam sungai Furat dan warna air sungai itu bertukar menjadi hitam dengan dakwat daripada kitab-kitab itu.Tetapi tidak berapa lama selepas itu tentera Tatar telah memeluk Islam apabila tertarik melihat kepada keelokan akhlak umat Islam yang masih terpelihara aqidahnya. Inilah merupakan antara peristiwa yang pelik di mana pemerintah memeluk agama orang yang diperintah tidak sebagaimana kebiasaan di mana orang diperintah akan memeluk agama pemerintah.
Begitu juga yang berlaku kepada kerajaan Islam di Andalus Sepanyol apabila mereka hanyut dengan kemewahan dunia dan aqidah rakyat kian terhakis manakala kekuatan kerajaan Kristian yang berdekatan bertambah kuat dan memulakan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Islam itu. Melihat ancaman daripada Kristian maka para pimpinan negara itu bermesyuarat dan seorang daripadanya mengatakan bahawa mereka perlu meminta bantuan daripada Yusuf Tashikin pemimpin negara Islam Muarabitin Afrika dalam menahan kemaraan Kristian.Apabila anak pimpinan itu bertanya masalah yang akan berlaku jika bantuan diterima daripada negara Islam Murabitin Afrika itu akan menyebabkan kerajaan Islam andalus Sepanyol ini akan dijajah oleh kerajaan itu maka dengan tegas pemimpin itu menjawab : Wahai anakku! Demi Allah tidak kedengaran sama sekali daripadaku selama-lamanya bahawa aku akan mengembalikan Andalus Sepanyol ini menjadi negara kafir dan aku juga tidak akan meninggalkannya secara mudah kepada Kristian kerana jika aku berbuat demikian seperti aku relah laknat Allah yang akan disebut oleh seluruh umat Islam di atas minbar-minbar sebagaimana yang telah berlaku kepada mereka selainku. Demi Allah aku lebih rela menjadi pengembala unta kepada Yusuf Tashikin pemimpin Islam Murabitin Afrika daripada aku menjadi pengembala babi kepada pemimpin Kristian.
Daripada hadis nabi s.a.w dan juga 2 kisah di atas maka bertambah yakinlah kita bagaimana masalah aqidah ini merupakan perkara asas dalam kehidupan sehingga ia akan menjaga kita daripada tersungkur ke lembah kehinaan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 20 Jun 2008

9. AQIDAH TERJULANG UMMAH GEMILANG

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :
وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون
Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.
Manusia dengan agama tidak boleh berpisah kerana pertautan antara keduanya begitu kuat dalam merasai erti kehidupan yang sebenar. Jika manusia begitu memerlukan makanan agar tidak mati kelaparan maka mereka lebih memerlukan agama dalam membimbing ke arah hidup yang sejahtera. Jika manusia terlalu berhajat kepada air agar tidak mati kehausan maka mereka lebih memerlukan agama dalam memastikan jiwa dan hati disirami iman yang mampu memberi ketenangan. Jika manusia begitu memerlukan udara untuk bernafas maka mereka lebih memerlukan agama agar dapat memberi keselesaan hidup. Jika manusia terlalu berhajat kepada cahaya untuk membantu pergerakan terutama dalam kegelapan maka mereka lebih memerlukan cahaya agama dalam mengeluarkan mereka daripada kegelapan kufur. Jika manusia begitu memerlukan harta untuk hidup senang maka mereka lebih memerlukan agama agar dapat memberi kebahagiaan dan ketenangan hakiki. Tanpa agama manusia binasa dan menjadi lebih hina daripada binatang yang melata. Tanpa agama menyebabkan segala amalan dan perbuatan manusia sia-sia belaka. Tanpa agama menyebabkan diri manusia sudah tidak berguna dan tidak berharga. Oleh itu kita mesti bersyukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat iman dan Islam yang dianugerahkan kepada kita semua yang merupakan nikmat yang paling besar berbanding nikmat-nikmat yang lain. Iman dan Islam yang kita miliki ini wajib dijaga dan dipertahankan agar kita terus diredhai oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat nanti.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Aqidah Islam mempunyai keistimewaannya yang tersendiri bersesuaian dengan fitrah manusia dan akal yang sihat. Aqidah Islam menjadi garis pemisah antara pandangan golongan mereka yang mengingkari setiap perkara yang ghaib dan tidak mampu dicapai oleh pancaindera termasuk kewujudan Allah S.W.T dengan pandangan suatu golongan yang lain yang mengakui wujudnya tuhan yang banyak. Aqidah Islam turut memisahkan di antara sikap taqlid buta yang meletakkan agama seumpama sesuatu yang boleh diwarisi dan menjadi hak milik sesetengah golongan sebagaimana harta pusaka dengan satu lagi golongan yang mengamalkan pemikiran tanpa batasan terutama dalam bab ketuhanan. Aqidah Islam inilah yang wajib disemai dalam diri umat Islam serta diterangkan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira agama agar gambaran buruk terhadap Islam dapat ditangkis. Pelbagai usaha yang serius mesti dilaksanakan terutama melalui pendidikan ke arah menanam kukuh aqidah Islam yang betul ke dalam sanubari umat Islam dalam melahirkan umat Islam yang berkualiti di mana sejahtera aqidahnya, betul ibadatnya, teguh akhlaknya, terdidik pemikirannya, kuat tubuh badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
Kita mesti mengembalikan semula kemuliaan dan sikap jatidiri umat Islam dengan menyuburkan iman dalam diri. Kekuatan orang beriman berpaksi kepada keimanan kepada Allah dan sikap berserah diri kepadaNya dalam apa jua pekerjaan dan keadaan. Orang beriman sentiasa merasai dirinya dalam limpahan kurniaan Allah di mana mereka tidak takut dan tidak tunduk melainkan kepada Allah. Mereka menjadi kuat walau pun di tangan tiada senjata, merasa berpada dengan apa yang ada dan sudah kaya walau pun tidak mempunyai longgokan harta, merasa mulia walau tanpa keluarga dan pengikut yang ramai di belakangnya serta sentiasa merasai kuat dan kukuh pendirian walau pun kehidupannya sentiasa diuji dengan pelbagai cubaan dan cabaran. Iman yang menjadi kekuatan kepada individu seterusnya akan menjadi sumber kekuatan kepada masyarakat di mana sesebuah negara yang melahirkan umat yang benar-benar beriman akan beruntung kerana keamanan dan ketenteraman negara akan diraih hasil kawalan iman di hati dibantu oleh perundangan. Perundangan sahaja tidak mampu mencegah manusia daripada berbuat maksiat dan jenayah tanpa kekuatan iman yang tertanam kukuh dalam diri.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Kekuatan iman dapat melahirkan akhlak mulia dalam kehidupan seperti sikap jujur dan adil dalam setiap keadaan dan waktu serta sanggup menegakkan kebenaran walau pun terpaksa menghadapi kesusahan. Agama dan akhlak tidak boleh dipisahkan di mana agama menjadi jiwa kepada akhlak dan akhlak pula menjadi udara bagi jiwa. Agama memberikan makanan kepada akhlak kemudian menumbuh dan menyuburkannya sebagaimana air menyirami tumbuhan lalu menumbuh dan menyuburkannya. Kekuatan iman memberi kesan kepada sikap umat Islam sehingga mereka tidak gentar dan takut kepada musuh yang berganda kerana mereka hanya takut kepada dosa dan kemurkaan Allah sebagaimana pesanan Sayyidina Umar al-Khottab : “ Kita hanya mungkin menang dengan sebab kedurhakaan musuh terhadap Allah dan ketaatan kita kepadaNya. Jika kita sama-sama berbuat maksiat terhadap Allah maka musuh mengatasi kita dari segi kekuatan”. Kekuatan iman turut menjadikan umat Islam sentiasa benar serta ikhlas dalam setiap ucapan dan tindakan demi mendapat keredhaan Allah. Kekuatan iman juga dapat menanam kukuh sikap tidak takut dan tidak tamak kepada janji dan tawaran dunia sehingga perjuangan Islam dapat dijalankan dengan penuh amanah. Kekuatan iman menjadikan umat Islam berani menegur kesesatan dan kesalahan terutama pemimpin sehingga keadaan menjadi baik. Tanpa kekuatan iman menyebabkan umat Islam menjadi mangsa penghinaan dan penindasan kuffar durjana dan sebahagian lagi sanggup menjadi boneka dan hamba abdi kepada musuh. Keganasan yahudi di Palestin semakin memuncak apatah lagi mereka semakin bersungguh di dalam meruntuhkan masjid al-Aqsa yang dianggap suatu perbuatan mulia. Begitu juga keganasan yang berlaku di Iraq dan selainnya. Umat Islam mesti kembali membina kekuatan iman sebagaimana umat dahulu sehingga mereka tidak gentar lagi dengan musuh yang membolehkan datangnya kemenangan gemilang bersama keredhaan Allah.
Firman Allah S.W.T dalam ayat 173-174 surah Ali Imran :
الذين قال لهم الناس إن الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم إيمــنا وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل فانقلبوا بنعمة من الله وفضل لم يمسسهم سوء واتبعوا رضون الله والله ذو فضل عظيم
Maksudnya : Orang-orang yang mentaati Allah di mana telah berkata manusia kepada mereka : “ Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu. Oleh itu , takutlah kepada mereka”. Sebaliknya perkataan itu menambahkan lagi keimanan mereka dan mereka menjawab :” Cukuplah Allah menjadi pelindung kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung”. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurniaan daripada Allah lalu mereka tidak ditimpa sebarang bencana dan mereka mengikuti keredhaan Allah S.W.T. Dan Allah S.W.T mempunyai kurniaan yang besar

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Tanpa kekuatan iman menyebabkan umat Islam menggunakan harta untuk mencari hiburan bukannya ketenangan sehingga ramai di kalangan mereka terjebak dengan najis dadah dan arak. Tanpa kekuatan iman umat Islam mencari jalan mudah untuk mengumpul harta sehingga ada yang terlibat dengan judi yang bergantung kepada nasib terutama dengan cara tidak sedar seperti peraduan pesanan ringkas SMS yang baru difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Tanpa kekuatan iman, ramai umat Islam tanpa segan silu melakukan maksiat secara terbuka sehingga ada dalam setengah kes pesalah mengaku berzina tetapi tidak diambil tindakan kerana kes yang dibicarakan adalah kes bunuh bukannya zina. Tanpa kekuatan iman, ramai yang meninggalkan kewajipan agama di mana kita dikejutkan dengan dakwaan mengenai suatu kajian yang menunjukkan bagaimana 80 peratus pelajar sekolah menengah tidak sembahyang. Tanpa kekuatan iman, ramai umat Islam sendiri yang menghina hukum Islam sehingga melahirkan lebih ramai orang bukan Islam yang berani memburuk-burukkan Islam. Tanpa kekuatan iman, timbulnya pelbagai masalah sosial seperti kes ragut dan bunuh di mana ada mangsa yang disembelih dan ada pula yang ditikam tanpa perikemanusiaan. Tanpa kekuatan iman, lahirnya golongan yang menzalimi dan menindas rakyat tanpa bukti sebagaimana ISA dan pencabulan hak asasi manusia sebagaimana sekatan terhadap rawatan sepatutnya untuk Anwar Ibrahim. Semakin kuat usaha dalam menyekat kefahaman rakyat tentang Islam termasuk sekatan terhadap tempat dan sukatan pelajaran agama, pencabulan terhadap kebebasan surau dan masjid maka semakin tinggi kadar jenayah dan kerosakan akhlak. Laungan Islam Hadhari diisi dengan pelbagai program maksiat sehingga ia tinggal slogan tanpa penghayatan. Oleh itu bersungguhlah kita ke arah meningkatkan kembali kekuatan iman sehingga kemuliaan hidup mampu digapai dan keredhaan Allah S.W.T dapat dicapai.
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali Imran :
إن ينصركم الله فلا غالب لكم وان يخذلكم فمن ذا الذى ينصركم من بعده وعلى الله فليتوكل المؤمنون
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu maka tiada lagi orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu (dengan tidak memberi pertolongan) maka siapa lagi yang dapat menolong kamu selain daripada Allah sesudah itu. Oleh itu hanya kepada Allah sahajalah orang beriman berserah diri
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

152. MEMERANGI GEJALA MURTAD

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ …..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :
يسألونك عن الشهر الحرام قتال فيه قل قتال فيه كبير وصد عن سبيل الله وكفر به والمسجد الحرام وإخراج أهله منه عند الله والفتنة أكبر من القتل ولايزالون يقتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا ومن يرتدد عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعملهم فى الدنيا والآخرة وأولئك أصحب النار هم فيها خلدون
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah : “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kufur kepada Allah (menghalangi masuk) Masjidil haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan membuat finah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak berhenti dalam memerangi kamu sehingga mereka (dapat) mengembalikan kamu daripada agamamu (kepada kekufuran) sekiranya mereka sanggup. Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu dia mati dalam kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya selamanya.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kini kita berada di bulan Rejab yang diberitahu melalui lidah nabiNya Muhammad s.a.w sebagai bulan Allah yang mempunyai banyak kelebihannya jika kita penuhi dengan puasa sunat dan amalan soleh yang lain. Bulan Rejab juga mengingatkan kita tentang kewajipan Sembahyang lima waktu yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w ketika bertemu Allah dalam peristiwa Isra’ Mikraj yang bersejarah. Sebab itulah usaha kerajaan Kelantan dalam menganjurkan bulan Sembahyang setiap kali tibanya bulan Rejab mestilah diberi kerjasama yang sebaiknya dalam memastikan umat Islam dapat menghayati matlamat sebenar difardhukan solat lima waktu sehari semalam disamping memberi peringatan terutama kepada golongan muda supaya menjaga sembahyang dengan sebaiknya kerana ia merupakan tiang agama dan juga kayu pengukur samada seseorang itu Islam atau pun tidak.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Isu murtad mula bergema kembali setelah begitu lama disepikan walau pun usaha Kristian samada secara biasa mahu pun sihir bergerak cergas dan bebas tanpa ada di sana usaha untuk menyekat secara undang-undang. Isi ditimbul dan dibincang hangat kembali setelah adanya usaha daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menggubal undang-undang murtad bagi dibentang di dalam parlimen untuk dilaksanakan. Ramai dikalangan peguam Melayu yang mengaku beragama Islam bangun menentang usaha ini dengan memberi alasan berdasarkan akal yang lemah dan undang-undang sekuler yang rapuh.
Antara alasan yang diberikan ialah mereka menyatakan undang-undang yang bakal digubalkan nanti akan menyekat kebebasan agama yang tertera dalam undang-undang negara sedangkan Islam sebagai agama rasmi negara hanya berkisarkan dalam masalah ibadat dan adat sahaja bukannya membenarkan hukum Islam untuk dilaksana. Alasan ini menunjukkan kepada kejahilan mereka terhadap Islam di mana mereka meletakkan Islam setaraf dengan agama Kristian , Budha , Hindu dan lain-lain di mana sebagai agama untuk ibadat dan perayaan sahaja bukannya sebagai agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Mereka anggap Islam hanya agama yang boleh dijadikan mainan di mana seseorang boleh memeluk Islam secara sukarela dan boleh keluar Islam bila-bila masa tanpa sekatan. Sedangkan dari awal lagi Islam telah menggariskan bahawa ia tidak memaksa seseorang itu untuk memeluk Islam tetapi perlu dijelaskan bahawa setelah memeluk Islam maka seseorang itu mesti mengikuti segala peraturan dan kewajipan yang ada dalam Islam dan jika mereka murtad maka hukumannya adalah bunuh. Apa yang berlaku pada hari ini adalah jauh daripada Islam yang sebenar di mana seseorang itu tidak dijelaskan tentang perkara tadi terlebih dahulu sehingga mereka merasakan Islam ini hanya agama mainan yang boleh diperkotak-katikkan mengikut akal mereka. Jika seseorang itu telah masuk Islam dengan kefahaman yang jelas tentang kewajipan dan hukuman berat yang bakal dijatuhkan jika murtad maka sudah tidak timbul menyekat kebebasan agama kerana mereka masuk Islam dengan kerelaan hati untuk melaksanakan kewajipan agama dan rela juga menerima hukuman apabila telah murtad.

Siang Jumaat yang dikasihi,
Alasan mereka lagi bahawa undang-undang yang bakal dilaksanakan nanti akan menyebabkan dunia luar akan mengutuknya kerana bertentangan dengan peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ini menunjukkan bahawa mereka lebih takut kepada manusia daripada Allah Tuhan Pencipta mereka. Mengapakah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dunia luar akan mengutuk negara kita hanya setelah hukuman Islam dilaksana sedangkan ketika umat Islam ditekan dan dinafikan hak kebebasan untuk beragama maka mereka hanya diam seribu bahasa. Ketika ada saudara baru yang disimbah asid di muka mereka kerana memeluk Islam dimanakah laungan kebebasan beragama?. Ketika sepasang suami isteri yang telah memeluk Islam bersama anak kecil yang baru berusia beberapa bulan dibunuh dan dikelar tubuh mereka di manakah suara pembelaan terhadap penindasan agama lain terhadap umat Islam?. Ketika seorang ayah dimana anaknya telah murtad mahu bertemu dengan anaknya lalu diterajang tanpa belas kasihan dimanakah laungan keadilan?. Sepasang suami isteri di mana anak gadisnya telah murtad dan dilarikan sehingga hari ini tidak diketemui dimanakah pembelaan undang-undang yang mendakwa memberi kebebasan terhadap mereka? Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dunia luar hanya akan mengutuk kita apabila melaksanakan Islam bukannya atas kebebasan beragama tetapi sikap permusuhan dan kebencian mereka terhadap Islam. Mereka didalangi oleh Yahudi dan Kristian yang tidak pernah menghentikan permusuhan terhadap Islam sebagaimana kita fahami daripada Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم مالك من الله من ولي ولا نصير .
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “ Sesungguhnya petunjuk Allah itulah merupakan petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datangnya pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Alasannya lagi bahawa hukuman murtad yang dilaksana sebelum ini kerana mereka yang murtad secara terang-terangan dan juga mencabar pihak pemerintah negara. Alasan ini hanya suatu alasan yang kolot dan menjijikkan. Adakah dalam banyak peristiwa yang berlaku pada ini berkaitan dengan murtad secara senyap-senyap sedangkan mereka yang telah murtad tanpa segan silu datang ke pejabat pendaftaran negara untuk menukar nama dan agama mereka. Mereka berbuat demikian dengan penuh keberanian dan tanpa perasaan takut. Adakah perkara ini tidak boleh dikatakan sebagai murtad secara terangan-terangan dan berani?….
Tentang penentangan terhadap pemerintah buat masa ini memang tidak perlu dilakukan kerana undang-undang digunakan sekarang adalah bersesuaian dengan nafsu dan kehendak mereka yang telah murtad. Peraturan Lord Reid yang berasaskan sekulerisme yang bertunjang agama Kristian bermazhab Protestan tidak membahayakan mereka malah menyokong dan mendorong mereka untuk murtad sebebas-bebasnya. Buat apa mereka perlu melakukan pemberontakan dan sebagainya.
Bahayanya mereka yang telah murtad akan kelihatan apabila pemerintah melaksanakan Islam. Oleh itu sebelum lebih ramai yang murtad maka suatu undang-undang berlandaskan Islam perlu dilaksanakan dalam membasmi gejala murtad yang seang berleluasa. Usaha Kristian dalam memastikan separuh daripada penduduk Asia Tenggara bersatu dalam Kristian terus berjalan dengan lancar termasuk di negara kita.
Jika dikatakan bahawa jumlah yang murtad adalah lebih sedikit berbanding mereka yang memeluk Islam maka alasan ini juga tidak boleh digunakan kerana Islam tidak pernah menetapkan ramai atau sedikitnya mereka yang murtad dalam melaksanakan hukuman bunuh. Mereka yang murtad walau pun sedikit boleh memecah-belahkan masyarakat kerana mereka bebas berperanan untuk berdakwah kepada orang lain tanpa tindakan sewajarnya. Mereka juga menyebabkan masyarakat saling sangsi dan curiga antara satu sama lain.
Janganlah atas nama kebebasan beragama kita mempertahankan mereka yang murtad. Ingatlah mereka mempunyai rakan seagama untuk menekan umat Islam. Janganlah kerana toleransi dan kelembutan yang tidak sepatutnya diberikan akan menyebabkan kita akan huru hara sebagaimana berlaku kepada saudara Islam kita di Ambon, Indonesia. Dalam satu keluarga dibenarkan ada pelbagai agama dan Kristian yang dijadikan kawan diberikan kebebasan dalam berdakwah dan membina gereja termasuk dalam kawasan yang majoritinya umat Islam. Akhirnya atas nama agama, umat Islam dibunuh, dikelar, dibakar dan rumah mereka dimusnahkan oleh kawan-kawan dan keluarga mereka sendiri yang beragama Kristian. Jangan biarkan ia berulang di negara kita ini.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 15 Jun 2008

3. PEMIMPIN TAKABBUR NEGARA LEBUR

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 35 – 37 سورة إبراهيم :
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat). "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur
Alhamdulillah syukur kita kepada Allah atas nikmat hari raya Eidil Adha yang baru disambut semalam. Hari ini kita berada antara hari tasyriq di mana umat Islam terus digalakkan untuk melaungkan takbir dan juga ibadat korban bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya korban ini dengan amalan soleh dalam mendekatkan diri kepada Allah agar menjadi hamba yang bertaqwa yang hidup bahagia di dunia dan akhirat. Malangnya ada di kalangan umat Islam sendiri merosakkan kesucian hari raya itu dengan upacara dan program maksiat terutama pada tahun ini sambutan Krismas lebih meriah disambut berbanding penghayatan syiar Eidil Adha. Umat Islam terutama di negara ini terlalu banyak disogokkan dengan budaya hiburan melampau sehingga tertanam dalam kepala mereka bahawa hari raya ialah hari berhibur memuja syaitan dan hawa nafsu bukannya hari ibadat dalam menambah bekalan akhirat.
Sempena berada pada hari mulia ini marilah kita sama-sama menghayati perjalanan hidup nabi Ibrahim sekeluarga antaranya dengan menghayati kandungan doa nabi Ibrahim dalam ayat 35 hingga 37 surah Ibrahim yang telah dibaca pada awal khutbah tadi iaitu berkaitan dengan system hidup yang kita gunakan agar tidak bercanggah dengan system Islam. Begitu juga kemajuan negeri atau bandar mestilah selari dengan kehendak Islam termasuk memastikan rakyatnya sentiasa menjaga solat yang merupakan tiang agama. Bila ahli sesebuah negeri atau bandar menjaga solat yang cukup syarat serta rukun zahir dan batinnya maka ia boleh menjadi benteng dalam mencegah daripada berlakunya jenayah maksiat. Begitu juga daya penarik sesebuah negeri atau bandar bukan terletak kepada perkara yang meruntuhkan aqidah dan akhlak seperti kelab malam, budaya songsang yang merosakkan sebaliknya keindahan alam semulajadi yang terjaga dan keindahan akhlak penduduknya sehingga Allah menganugerahkan nikmat yang melimpah ruah di mana inilah yang sepatutnya menjadi tarikan utama. Jadikanlah pelaksanaan system Islam yang menyeluruh dan amalan soleh rakyat sebagai dakwah Islam yang bergerak dalam membuktikan keindahan dan kecantikan Islam. Sesungguhnya Islam yang dilaksanakan lebih mudah difahami dan dilihat oleh orang bukan Islam berbanding Islam yang hanya tertera dalam kitab dan risalah sahaja tanpa dapat dilihat di alam nyata.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 51 – 56 surah al-Anbiya’ :
وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِه عَالِمِينَ إِذْ قَالَ ِلأ َبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا هَذِهِ التَّمَاثِيلُ الَّتِي أَنتُمْ لَهَا عَاكِفُونَ قَالُوا وَجَدْنَا آبَاءنَا لَهَا عَابِدِينَ قَالَ لَقَدْ كُنتُمْ أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمْ فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ قَالُوا أَجِئْتَنَا بِالْحَقِّ أَمْ أَنتَ مِنَ اللاَّ عِبِينَ قَالَ بَل رَّبُّكُمْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَ رْضِ الَّذِي فَطَرَهُنَّ وَأَنَا عَلَى ذَلِكُم مِّنَ الشَّاهِدِين
Maksudnya : Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?" Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya". Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata". Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?" Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.
Islam menggalakkan umatnya untuk berhimpun dalam beribadat khusus dan majlis ilmu seperti anjuran solat berjemaah lima kali sehari, solat Jumaat berserta mendengar khutbahnya seminggu sekali, solat Terawih berjemaah sebulan Ramadhan, wukuf di padang Arafah berserta menghayati khutbahnya bagi jemaah haji dan solat 2 hari raya berserta memberi perhatian kepada khutbahnya. Ini antara tanda bahawa Islam mementingkan kesatuan pemikiran dan gerak kerja dalam mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi ini. Sebab itu tidak pelik bila ada sesetengah negara bukan Islam yang melarang rakyatnya yang beragama Islam daripada menunaikan fardhu haji bagi mengelakkan umat Islam daripada tahu tentang kezaliman kerajaan terhadap umat Islam di negaranya seperti yang terbaru di sebuah negeri di China. Begitu juga di negara kita bila mimbar Jumaat, kuliah agama, ceramah ada yang disekat bagi mengurangkan kesedaran rakyat tentang system Islam yang menyeluruh. Pemimpin lebih takut bila rakyat berkumpul untuk mendengar ceramah yang membongkar kepincangan dan kezaliman system yang dilaksanakan daripada perhimpunan bagi memastikan lebih ramai rakyat dirosakkan melalui hiburan melampau terutama bila menyambut tahun baru. Perhimpunan untuk menegur pemimpin disekat sehingga kadang-kadang dicemari dengan tumpahnya darah merah rakyat yang tidak berdosa sebaliknya perhimpunan maksiat yang merosakkan dihampar dengan permaidani merah walau pun jelas antara punca merebaknya perbuatan zina, jenayah, ketagihan dadah dan arak disamping perkara negatif yang lain. Inilah antara fitnah yang sedang kita hadapi bila amanah kepimpinan diserahkan bukan kepada ahlinya sehingga maksiat dimartabat manakala kebaikan disekat, program yang merosakkan aqidah dan akhlak diperluaskan manakala usaha membina insan disempitkan. Agenda biar rakyat rosak asal tidak menggugat kuasa pemimpin diteruskan manakala agenda menyedarkan rakyat tentang pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa disenyapkan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bila kita menyoroti sikap Raja Namrud bila gagal melawan hujah nabi Ibrahim maka kita dapati adanya sikap takabbur pada dirinya sehingga tidak mahu tunduk kepada kebenaran Islam. Takabbur menjadi punca utama Iblis kufur kepada Allah dan juga betapa ramai umat manusia yang dirosakkan oleh penyakit hati yang paling merbahaya ini. Manusia biasanya menjadi takabbur hasil daripada merasai ia lebih daripada orang lain dalam beberapa perkara antaranya ialah : [1] merasai ilmu lebih tinggi [2] amalan solehnya lebih banyak [3] rupa parasnya lebih cantik [4] tenaganya lebih kuat [5] keturunannya lebih baik [6] hartanya bertimbun [7] pangkatnya lebih besar. Keadaan lebih parah sekiranya penyakit takabbur ini dihidapi oleh golongan pemimpin sehingga dia sanggup menggunakan kuasa yang ada dalam menyekat kebenaran. Pemimpin jenis ini hanya tahu bercakap supaya rakyat berjimat cermat sedangkan dia hidup dalam mahligai indah, menaiki pesawat mewah, belayar dengan kapal yang meluncur gagah, makan angin ketika rakyat ditimpa musibah. Bagi mengelakkan perkara ini terus berlangsung maka kita sendiri mestilah menjadi rakyat yang sentiasa peka terhadap masalah negara termasuk dalam pemilihan pemimpin agar negara maju dan diberkati Allah serta kita menjadi rakyat yang berbahagia di dunia dan akhirat kerana menunaikan amanah agama yang menyuruh agar menghidupkan budaya amar makruf nahi mungkar dalam negara.
Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :
وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون
Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

18. PENGUSIRAN YAHUDI BANI NADHIR

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Hasyr
هو الذي أخرج الذين كفروا من أهل الكتاب من ديارهم لأول الحشر ما ظننتم أن يخرجوا وظنوا أنهم مانعتهم حصونهم من الله فأتئهم الله من حيث لم يحتسبوا وقذف فى قلوبهم الرعب يخرجون بيوتهم بأيديهم وأيدى المؤمنين فاعتبروا يأولى الأبصر .
Maksudnya : Dialah (Allah) yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli-ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali pertama, kamu tiada menyangka bahawa mereka akan keluar dan mereka pun yakin bahawa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka daripada siksaan Allah. Maka Allah mendatangkan kepada mereka hukuman dari arah yang tidak mereka sangka dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati-hati mereka, mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan-tangan orang-orang yang beriman.Maka ambillah kejadian itu untuk menjadi iktibar wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.
Pada hari ini jika renung kepada nasib umat Islam maka kita dapati ianya masih belum menemui sinar dan kebahagian yang hakiki setelah begitu lama dijajah dan terjajah oleh kesesatan ideologi ciptaan manusia di samping beberapa lagi negara umat Islam sedang menghadapi serangan fizikal yang telah mengorbankan banyak nyawa sebagaimana di Ambon, Selatan Filipina, Kashmir, Palestin dan sebagainya. Musuh Islam kuffar dan anak didikan mereka menyerang umat Islam dari pelbagai sudut dengan penuh kebencian dan tidak memberi langsung ruang untuk umat Islam bangkit. Suasana ini berlainan dengan zaman kehebatan dan keagungan Islam ketika ia berada ditampuk pemerintahan sebagaimana yang pernah kita saksikan pada zaman Rasulullah s.a.w. Sebagai contohnya ialah berlakunya peristiwa pengusiran yahudi Bani Nadhir dari kota Madinah setelah mereka cuba membunuh Rasulullah s.a.w. Yahudi yang terkenal dengan sikap penakut telah mengadakan hubungan sulit dengan orang munafiq dan musyrikin dalam merancang pakatan jahat untuk berhadapan dengan umat Islam. Mereka sebenarnya tidak berani berperang secara berdepan terutamanya selepas tindakan yang dikenakan oleh Rasulullah s.a.w ke atas yahudi Bani Qainuqa’ dan Ka’ab bin Asyraf.
Peristiwa pengusiran yahudi Bani Nadhir berlaku apabila Rasulullah s.a.w datang ke kampung mereka untuk meminta supaya membayar diat berhubung dengan ‘Ammar bin Umaiyah ad-Dhamri yang telah membunuh 2 orang dari kalangan bani Kilab di mana mereka sebagai rakyat dalam negara Islam yang telah berjanji untuk memberi sumbangan sekiranya berlaku perkara seperti itu. Rasulullah s.a.w pergi ke kampung tersebut bersama dengan beberapa orang sahabat. Setelah diberitahu tujuan kedatangannya maka bani Nadhir menyatakan kesanggupan mereka untuk menunaikan janji itu dan meminta agar Rasulullah s.a.w menunggu di tepi sebuah rumah dalam kampung itu bersama-sama dengan Sayyidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain. Tiba-tiba orang yahudi itu telah membuat pakatan jahat untuk menggugurkan batu dari atas rumah di mana Rasulullah s.a.w berada. Seorang yang bernama ‘Amru bin Jahsy sanggup melakukan kerja itu walau pun salah seorang daripada kalangan mereka telah menegahnya iaitu Salam bin Misykam di mana dia telah memberi amaran dengan katanya : “ Jangan lakukan perkara ini, dia (rasululllah s.a.w) akan diberitahu dan kerja ini adalah melanggar perjanjian di antara kita dan dia “. Tetapi nasihat itu tidak diendahkan oleh mereka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Malaikat Jibril telah diperintahkan oleh Allah supaya memberitahu kepada nabiNya tentang perancangan jahat itu. Setelah mendapat berita tersebut lalu Rasulullah s.a.w terus bangun lalu terus pulang dengan segera ke Kota Madinah. Para sahabat yang masih tidak tahu perkara sebenarnya turut mengikuti baginda pulang ke Madinah di mana setelah tiba di sana lalu mereka bertanya perkara yang sebenarnya yang menyebabkan baginda pulang secara tergesa-gesa ke Kota Madinah sedangkan urusan mereka belum selesai. Rasulullah s.aw terus menjelaskan kepada para sahabat tentang perancangan jahat yahudi bani Nadhir yang ingin membunuhnya dengan menggugurkan batu dari atas rumah ke atasnya.
Selepas itu nabi telah membuat tindakan segera dengan menghantar Muhammad bin Maslamah sebagai utusan untuk memberitahu Bani Nadhir bahawa mereka tidak dibenarkan lagi tinggal di Madinah. Mereka diberi tempoh selama 10 hari untuk meninggalkan Madinah di mana jika mereka gagal berbuat demikian maka hukumannya ialah pancung kepala. Tiada lagi jalan lain untuk mereka berdalih dan melepaskan diri lalu mereka pun membuat persediaan untuk meninggalkan Madinah. Tiba-tiba pemimpjn munafiq Abdullah bin Ubai menasihatkan mereka supaya jangan keluar dari Madinah dan mereka hendaklah bertahan dan menentang habis-habisan di mana kaum munafiq mempunyai 2 ribu orang yang akan bersama yahudi bani Nadhir dalam kota bagi menentang Rasuilullah s.a.w. Abdullah bin Ubai memberi jaminan bahawa kaum munafiq bersedia untuk mati bersama-sama yahudi bani Nadhir. Allah telah merakamkan pakatan ini dalam ayat 11 surah al-Hasyr :
ألم تر إلى الذين نافقوا يقولون لإخوانهم الذين كفروا من أهل الكتاب لئن أخرجتم لنخرجن معكم ولا نطيع فيكم أحدا أبدا وإن قوتلتم لننصرنكم والله يشهد إنهم لكذبون .
Maksudnya : Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang munafiq yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab :” Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama-sama kamu dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada sesiapa pun untuk menyusahkan kamu dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantu kamu. Sesungguhnya Allah menyaksikan bahawa mereka merupakan kaum yang berdusta.
Perangsang dan jaminan yang diberi oleh Abdullah bin Ubai menyebabkan orang-orang yahudi itu naik semangat terutamanya pemimpin mereka Huyai bin Akhtab. Mereka mengambil keputusan menghantar utusan kepada Rasulullah s.a.w dengan katanya : “ Kami tidak akan keluar dari rumah-rumah kami, lakukanlah apa yang kamu mahu”.
Keadaan semakin tegang, Rasulullah s.a.w bertakbir diikuti oleh para sahabat yang lain. Semangat untuk berperang sedang marak membara terutamanya mereka mengetahui tentang perancangan jahat yahudi yang ingin membunuh nabi yang disayangi dan dikasihi.

Sidang Jumaat yang berbahagia
Bala tentera Islam dikerah untuk bertindak ke atas bani Nadhi di mana kampung mereka mesti diserang. Rasulullah s.a.w menugaskan Ibn Maktum untuk menjadi imam di masjid Madinah. Sayyidina Ali pula ditugaskan sebagai pembawa bendera dalam bala tentera Islam. Memang menjadi kebiasaan yahudi yang pengecut dan tidak berani bertempur secara berdepan di medan di mana mereka berkubu dalam kota dengan melontar batu dan panah serta berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka. Rasulullah s.a.w telah memerintah supaya kebun dan pokok tamar yang menjadi penghalang serangan agar ditebang dan dibakar. Bersempena dengan arahan ini Allah berfirman dalam ayat 5 surah al-Hasyr :
ما قطعتم من لينة أو تركتموها قائمة على أصولها فبإذن الله وليخزى الفسقين
Maksudnya : Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon-pohon kurma milik orang-orang kafir itu atau yang kamu biarkan berdiri di atas pokoknya maka semuanya itu adalah dengan izin Allah dan kerana dia hendak membiarkan kehinaan kepada orang-orang yang fasiq
Ketika mereka diserang dan dikepung oleh tentera Islam, rakan-rakan mereka dari kalangan yahudi yang lain mengambil sikap tidak peduli begitu juga dengan Abdullah bin Ubai serta pengikutnya yang didakwa berjumlah 2 ribu orang di samping qabilah bani Ghatfan yang menjadi sekutu mereka tidak memberi apa-apa bentuk bantuan. Kepungan itu tidaklah lama iaitu 6 hari sahaja(setengah ulama’ mengatakan 15 hari). Sehinggalah Allah mencampakkan ke dalam hati mereka perasaan takut dan gentar, lalu mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Kemudian mereka menghantar utusan untuk menemui Rasulullah s.a.w bagi menyatakan bahawa mereka bersedia keluar dari Madinah.
Rasulullah s.a.w membenarkan mereka keluar dari Madinah bersama-sama hamba shaya mereka dengan membawa barangan sekadar muat di atas unta kecuali senjata mereka mesti ditinggalkan. Mereka pun keluar dari Madinah sebagaimana yang diarahkan di mana didapati mereka telah merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan membawa pintu-pintu, jendela-jendela serta alat-alat rumah yang mampu dibawa bersama. Hanya 2 orang sahaja yang menerima Islam iaitu Yamin bin ‘Amru dan Abu Sa’ad bin Wahab manakala yang lain meninggalkan kampung mereka menuju ke Khaibar dan bakinya menuju ke Syam.
Inilah dia kekuatan dan kehebatan Islam yang tidak mampu dicabar oleh pengkhianat dan musuh pada zaman kegemilangannya sedangkan pada hari ini betapa ramai umat Islam menjadi pelarian dan juga menjadi orang yang terjajah dinegara sendiri.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 14 Jun 2008

7. Undi Bijak Adil DiTegak

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut :
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لايفتنون . ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين

Maksudnya : Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan: “ Kami telah beriman “, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta
Islam adalah agama langit yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Keindahan dan kehebatan system Islam yang meliputi ibadat khusus, politik pemerintahan, perundangan, sosial, ekonomi dan sebagainya tidak mampu dilihat dan dirasai oleh kita melainkan dengan melaksanakannya di bumi nyata bukannya setakat tertera di dalam al-Quran dan hadis nabi serta tertulis dalam kitab-kitab karangan ulama’ sahaja. Betapa malangnya kita pada hari ini tidak mampu merasai keindahan Islam akibat Islam dipenjara dan system Islam disekat daripada dilaksanakan di negara ini akibat salah memilih pemimpin. Pemimpin yang naik adalah daripada golongan yang tidak faham atau tidak berminat untuk melaksanakan Islam malah apa yang lebih malang pemimpin ini menghina system Islam yang dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Antara yang terbaru ialah bila melihat kepada 2 daripada 8 prinsip Islam Hadhori peringkat negeri yang menyatakan bahawa Islam Hadhori adalah Islam moden yang jelas menghina Islam yang diturunkan oleh Allah melalui nabi Muhammad s.a.w yang dikira sebagai ketinggalan zaman dan mundur. Begitu juga prinsip Islam Hadhori adalah Syumul di mana ini juga menafikan kesyumulan Islam yang dibawa oleh nabi yang mengharamkan arak, judi, riba, buka aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Prinsip Islam Hadhori ini jika tidak disekat boleh merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam dalam jangka masa pendek dan panjang. Islam Hadhori adalah penerusan kepada dasar sekuler yang memisahkan antara agama dan politik yang merupakan jalan pintas kepada murtad

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 140 surah an-Nisaa’:
َقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Maksudnya : Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang bahayanya sekiranya kita duduk apatah lagi menyokong mereka yang menghina system al-Quran. Walau pun kita tidak turut sama mencaci system al-Quran tetapi akibat duduk bersama pemimpin yang menghina system al-Quran maka hukumnya adalah sama. Oleh itu kita mesti faham sekiranya mahu melantik imam solat 5 waktu pun kita berhati-hati agar solat kita sah dan diterima oleh Allah. Begitu juga sekiranya kita mahu membeli barangan maka sudah pasti kita memilih barang yang baik untuk kita. Sekiranya imam solat dan jual beli kita menjaganya agar baik untuk kita apatah lagi bila mahu memilih pemimpin yang akan memerintah kita maka lebih-lebih lagi mesti dipilih dengan baik agar boleh membahagiakan kita di dunia dan akhirat. Kita jangan tertipu dengan golongan yang suka mempermainkan agama. Golongan ini bila bercakap di Kelantan berkenaan Islam tetapi di luar sana pemimpin ini gembira kerana dapat membina pusat judi paling besar Asia Tenggara di Genting Highland, membina kilang arak terbesar Asia Tenggara di Selangor dan hampir-hampir memberi ruang kepada Kristian dalam membina Gereja Melayu Kristian paling besar Asia Tenggara akibat tiada perundangan berdasarkan Islam dalam menyekat ribuan umat Islam daripada murtad. Sebab itulah tidak pelik apabila pemimpin ini ditaja oleh tauke judi untuk bertanding dalam pilihanraya. Malah untuk sembelih korban perdana pun menggunakan duit tauke judi. Apakah kita bakal jawab di depan Allah nanti sekiranya kita mengundi pemimpin jenis ini. Adakah kita terpengaruh dengan ajaran sekuler yang mengatakan bahawa undi tidak bersangkut paut dengan pahala dosa, syurga neraka. Ingatlah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan Tabrani menyebutkan: Siapa yang berjalan bersama orang zalim untuk membantunya, sedangkan dia tahu orang berkenaan adalah orang yang zalim maka dia telah keluar daripada (agama) Islam. Begitu juga kita ingat kepada suatu kisah tentang suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al Thauri. Dia berkata: Saya ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah) yang zalim; adakah saya terjumlah dalam kalangan penyokong beliau. Sufyan al Thauri menjawab: Anda bukan golongan penyokong tapi anda adalah daripada golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 67 dan69 surah al-Ahzab :
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولاَْ وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلاَ ْ رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا
Maksudnya : Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
Ramai golongan yang menyokong pemimpin yang zalim termasuk menolak system Islam yang menyeluruh dalam kehidupan akan menyesal yang tidak berguna lagi bila berada di depan api neraka. Oleh itu sebelum terlambat maka janganlah kita tersilap memilih pemimpin agar tidak menderita di dunia dan akhirat, Kita jangan tertipu dengan janji kosong yang bakal menjerat kita. Bersama kita menjatuhkan pemimpin zalim yang menyiksa tahanan ISA sehingga setengah tahanan dipaksa makan dan minum najis pihak tertentu. Lihatlah contoh janji pembangunan di Terengganu di mana hanya seorang dua tauke yang kaya raya hasil pembinaan Tamadun Tamadun Islam yang meranapkan duit rakyat sebanyak 270 juta dan pertandingan Monsun Cup sebanyak 300 juta setahun tetapi rakyat Terengganu kembali menjadi negeri kedua paling miskin selepas Sabah. Janji hapuskan cukai di Kelantan sedangkan di Terengganu yang mempunyai hasil minyak terpaksa mengutip semula cukai pintu dan bandar yang telah pun dihapuskan oleh kerajaan gerakan Islam sebelum ini. Janji harga minyak tidak dinaikkan hanya khayalan seperti penipuan terhadap penghapusan yuran sekolah sebelum ini yang jelas menghina Parlimen. Golongan yang dulu begitu jahat menarik bantuan kepada sekolah agama rakyat dan kini terus berusaha menyerahkan sekolah agama Yayasan Islam Kelantan untuk diserahkan kepada kerajaan pusat disamping menghina sekolah agama sebagai sarang pengganas tetapi kini berpura-pura mahu membantu sekolah agama rakyat. Lihatlah betapa banyak sekolah agama rakyat dan guru di luar Kelantan yang terpaksa mengikat perut kerana elaun mereka tidak dibayar begitu lama. Malah dijangka di Johor sekolah agama sesi petang akan dihapuskan menjelang 2010. Adakah kita rela menyerahkan batang tengkok kita untuk disembelih oleh pemimpin zalim ini di dunia dan akan menderita pula apabila bertemu dengan Allah di akhirat nanti. Ingatlah bahawa undi kita adalah rahsia tetapi akan ditanya oleh Allah di akhirat sana.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ketika berdepan dengan demokrasi yang penuh penipuan ini maka kita sebagai pejuang Islam mesti lebih bersungguh dalam mempertahankan kerajaan yang melaksanakan banyak tuntutan Islam ini. Ingatlah peringatan Ibnu Mas’ud agar dijauhi 2 sikap yang merbahaya dalam berjuang iaitu Pertama Ujub atau perasan diri lebih di mana kita jangan terlalu yakin kita akan menang sehingga malas berusaha dan hilangnya pergantungan diri kepada Allah. Kedua jangan ada sikap mudah putus asa kerana terlalu kecewa dengan penipuan yang berlaku sehingga tidak lagi berharap kepada kemenangan sehingga tiada lagi usaha dalam melawan penipuan ini. Marilah kita sama-sama berjihad dalam mempertahankan kepimpinan ulama’. Jihad ini bukan sahaja berdepan dengan golongan sekuler tetapi adalah jihad dalam melawan tauke judi, arak arak, kelab malam, riba, maksiat daripada menjajah bumi Kelantan. Ya Allah! Kekalkan Kelantan sebagai Serambi Mekah. Kami berlindung denganMu Ya Allah! Agar jangan ditukarkan bumi bertuah ini menjadi serambi judi dan rasuah.
Firman Allah dalam ayat 87 surah al-Qasas :
وَلاَ يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللهِِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu dan (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 10 Jun 2008

4. Jahiliah DiPuja Rakyat Derita

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 83 surah al-Maidah :
وَإِذَا سَمِعُواْ مَا أُنزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Maksudnya : Dan apabila mereka (paderi Kristian) mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka bercucuran air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
Sudah lebih 2 minggu kita menyambut tahun baru 1429 Hijrah bersama dengan seribu pengharapan agar umat Islam dapat berhijrah daripada penindasan kepada keadilan, daripada kemunduran kepada kemajuan, daripada kegagalan kepada kejayaan, daripada penjajahan kepada kemerdekaan, daripada perpecahan kepada perpaduan. Hijrah dalam kehidupan tak mampu dilakukan melainkan dengan pengorbanan yang berterusan berserta dengan perancangan yang rapi diikuti dengan pelaksanaan yang tersusun dalam memastikan kelangsungannya. Kita dapat lihat dalam penghijrahan yang dirancang oleh nabi Muhammad s.a.w begitu teliti dengan matlamat bukan hanya menyelamatkan umat Islam yang tertindas tetapi turut membawa dakwah Islam bersama. Sebagai contohnya dalam arahan penghijrahan yang pertama ke bumi Habsyah di ketuai oleh sepupu nabi iaitu Jaafar bin Abi Tolib di mana nabi Muhammad s.a.w seperti begitu arif tentang sikap Raja Najjasyi pemerintah Habsyah adalah seorang raja yang baik dan berpegang kepada ajaran Injil yang asal termasuk mengakui bahawa nabi Isa adalah nabi bukannya Tuhan. Penghijrahan ini begitu berjaya apabila wakil kafir Quraisy Mekah bukan sahaja gagal memujuk Raja Najjasyi agar menyerah semula rombongan Islam malah bila Jaafar bin Abi Tolib membaca surah Maryam telah menyebabkan Raja Najjasyi dan paderi-paderi Kristian yang turut hadir dalam suatu majlis perbahasan antara wakil kafir Quraisy dengan rombongan Islam menangis kerana mendengar kebenaran al-Quran dalam menceritakan kehidupan nabi Isa dan ibunya Siti Maryam dan seterusnya mereka memeluk Islam. Itulah kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w dalam merancang strategi hijrah yang mana bukan sahaja selamat daripada penindasan malah dapat mengembangkan dakwah Islam ketika Islam masih belum mempunyai daulah. Sebaliknya kita pada hari ini dapat menyaksikan betapa banyak negara Islam di sekeliling Palestin tetapi penindasan yahudi termasuk yang terbaru mengebom Gazza serta memotong bekalan elektrik dan menyekat bahan api di mana tiada tindakan tegas yang diambil terhadap pengganas dunia itu. Umat Islam Palestin menjadi pelarian yang dipandang hina di negara saudara sebangsa dan seagama malah yang lebih malang apabila ada umat Islam sendiri menjadi boneka kepada yahudi.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :
والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia
Seterusnya kita dapat lihat bagaimana rapinya perancangan sebelum berlakunya hijrah yang lebih besar iaitu ke Madinah di mana Rasulullah s.a.w bukan sahaja mentarbiah umat Islam di Mekah agar sanggup berkorban apa saja untuk Islam malah rakyat Madinah yang bakal menjadi tempat hijrah juga dipastikan memeluk Islam dan juga sanggup berkorban untuk Islam. Rasulullah s.a.w bertindak melawat khemah-khemah pemimpin arab yang datang ke Mekah untuk menunaikan haji bagi menyebarkan dakwah Islam di mana didapati pemimpin Bani ‘Amir mahukan janji kesenangan dunia yang dapat dilihat dengan mata sekiranya Islam menang lalu nabi meninggalkannya. Pemimpin Bani Syaiban pula mengakui Islam adalah benar tetapi bila mendengar kalimah syahadah lalu dia menyatakan bahawa dia tidak mahu mengucapnya kerana yakin bahawa Islam boleh menyebabkan mereka diperangi bukan sahaja oleh puak arab malah oleh kuasa besar dunia. Akhirnya pemimpin Aus dan Khazraj dari Madinah yang bukan sahaja menerima Islam malah sanggup bersumpah taat setia dalam mempertahankan nabi bila berlakunya hijrah nanti disampin sanggup menjadikan Madinah sebagai Daulah Islamiah yang dipimpin oleh nabi Muhammad s.a.w sendiri di mana bai’ah Aqabah ini berlangsung sebanyak 2 kali. Bila telah ada golongan Muhajirin dan Ansor yang benar-benar berserah diri kepada Allah dalam meninggikan kalimah Allah serta telah siap sebuah tempat untuk didirikan Daulah Islamiah maka barulah arahan hijrah diterima oleh nabi Muhammad s.a.w. Hijrah yang berjaya ialah bila adanya keyakinan, kesanggupan serta pengorbanan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. Umat Islam pada hari ini mempunyai jumlah yang begitu ramai dengan negara sendiri yang agak banyak tetapi bila diseru untuk berhijrah daripada system jahiliah kepada Islam, daripada kesesatan kufur kepada kebenaran iman maka umat Islam terbahagi dua di mana ada yang yakin dan ramai pula yang was-was, ada yang sanggup dan tidak sedikit yang menolak, ada yang rela berkorban dan tidak kurang yang enggan. Selagi keadaan ini terus berlaku maka kegemilangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah masih lambat untuk dicapai.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 18 surah Taubah
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Maksudnya : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk
Ketika menghayati peristiwa Hijrah juga maka kita dapat mengambil iktibar yang sebaik mungkin daripada pembinaan Masjid Quba’ dan juga Masjid Nabawi dari sudut peranannya bukan pada pembinaannya sahaja. Kita juga ingat kepada suatu amaran nabi bagaimana pada akhir zaman ini banyak masjid dibina dengan bangunan yang besar bersama hiasan yang mahal-mahal tetapi ia dibiarkan kosong daripada hidayah Allah akibat tiada pengisian ke arah menghidupkannya dengan solat berjemaah, pengajian, pembinaan insan, medan dakwah dan sebagainya. Kita begitu bimbang apabila usaha dalam mendidik generasi yang jinak dengan masjid dihalang sejak dari sekolah lagi. Apa yang terbaru ialah berkaitan dengan suatu surat pekeliling daripada Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berbentuk umum menghadkan pembacaan doa di perhimpunan, bacaan Yaasin dan aktiviti keagamaan yang lain yang disifatkan sebagai pengasingan kaum. Arahan ini sepatutnya tidak dikeluarkan memandangkan keadaan sebelum inipun pelajar bukan Islam diasingkan daripada turut serta dalam program keagamaan. Akhirnya Islam sebagai agama rasmi negara hanya tertulis dalam perlembagaan negara sahaja sedangkan dari segi pelaksanaannya sedikit demi sedikit keistimewaan Islam ditolak oleh umat Islam sendiri. Bagaimana mahu wujudkan negeri Tamadun Islam sekiranya amalan Islam yang asas pun disekat sedangkan hiburan dan budaya merosakkan dikembangkan. Jika jahiliah yang disemai maka jahiliah jugalah yang bakal dituai.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Nabi Muhammad s.a.w telah bertindak menghapuskan amalan riba yang begitu subur di Madinah yang dipelopori oleh yahudi. Penghapusan riba antara cara dalam mengembalikan amalan cekik darah kepada kebajikan dalam sesebuah kerajaan. Malangnya negara kita masih belum berhijrah daripada amalan riba sehingga pegawai kerajaan terus tertekan dengan riba bila meminjam daripada kerajaannya sendiri diikuti para pelajar universiti. Pilihlah samada mahu hijrah dengan Islam atau mahu terus dikongkong dengan jahiliah yang terus menindas rakyat.
Firman Allah dalam ayat 87 surah al-Qasas :
وَلاَ يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللهِِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu dan (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

1. BAHAYA ENGKAR PERINTAH ALLAH

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 124 - 126 surah Toha :
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى قال رب لم حشرتني أعمى وقد كنت بصيرا قال كذلك أتتك ءايـتنا فنسيتها وكذلك اليوم تنسى
Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling engkar daripada ingatan dan petunjukKu maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit. Dan Kami akan himpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta. Dia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?" Allah berfirman : “ Demikianlah keadaannya di mana telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalkannya. Dan demikianlah engkau pada hari ini dilupa serta ditinggalkan”.
Umat Islam yang inginkan kejayaan dan ketenangan di dunia dan akhirat ialah umat yang sentiasa mengambil berat berkenaan peringatan dan petunjuk daripada Allah samada ketika senang atau susah, ketika kaya atau miskin, ketika sihat atau sakit. Manakala umat yang terus menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan sentiasa hidup dalam keadaan keluh kesah dan jauh daripada ketenangan yang diidamkan walau pun harta bertimbun, pengikut berduyun. Pada hari ini ramai umat manusia menjadi hamba kepada harta sehingga tidak lagi menghirau peringatan Allah tentang halal haram, dosa pahala, syurga neraka asalkan poket penuh. Sebagai umat Islam yang sedar bahawa harta adalah rezeki daripada Allah di mana ia ada kemampuan yang terbatas. Harta dunia jika diperolehi dengan cara yang halal dan dilaburkan kepada perkara yang halal maka ia boleh menjaminkan pahala tetapi jika sebaliknya maka harta boleh mendatangkan dosa. Kita mesti memperakui kelemahan harta di mana harta bukanlah segala-galanya walau pun banyak perkara memerlukan kepada harta untuk mendapatkannya. Ingatlah kita tentang kelemahan harta iaitu :
1. Dengan harta kita mampu membeli banyak kitab atau buku tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli akal yang mampu memahami isi kandungan kitab atau buku tersebut
2. Dengan harta kita mampu membeli makanan tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli selera makan untuk menghabiskan makanan itu
3. Dengan harta kita mampu membeli barang kemas dan perhiasan tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli kecantikan
4. Dengan harta kita mampu membeli ubat tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli kesihatan
5. Dengan harta kita mampu membeli keseronokan tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli ketenangan

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Antara maksud Zikr atau peringatan Allah ialah yang pertama iaitu al-Quran sebagaimana Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Hijr
إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحــفظون
Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kami benar-benar memeliharanya
Betapa ramai umat Islam kini yang buta al-Quran dan tidak berasa bersalah dengan kejahilan itu. Golongan yang pandai membaca pula tidak menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan pilihan harian atas alasan ketiadaan masa sedangkan waktu untuk membaca akhbar dan majalah sentiasa ada. Golongan yang membaca al-Quran pula ramai yang tidak faham maksud al-Quran sehingga segala perintah atau larangan Allah hanya dipandang sepi. Golongan yang faham maksud al-Quran pula ramai yang tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian kerana lebih seronok dengan hasutan nafsu dan system ciptaan manusia. Bilakah kemenangan dan kemuliaan umat Islam dapat dicapai sekiranya mereka sendiri bertindak menjauhi diri daripada al-Quran sedangkan al-Quranlah merupakan ubat penawar yang paling mujarrab dalam menangani pelbagai masalah manusia. Apa yang lebih malang apabila ada umat Islam sendiri bangun menentang pelaksanaan system al-Quran
Sidang Jumaat yang diberkati Allah
Maksud kedua bagi Zikr ialah ilmu agama sebagaimana Firman Allah dalam ayat 43 surah an-Nahlu :
.....فسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maksudnya : …. Oleh itu bertanyalah kepada mereka yang berpengetahuan agama sekiranya kamu tidak mengetahui
Umat Islam yang jahil berkenaan agama mereka sendiri akan terlibat dengan perkara mungkar dan jenayah. Begitu juga golongan yang anti ulama’ dan pusat pengajian Islam akan terlibat dengan aktiviti yang merbahaya dan merosakkan. Golongan yang melaungkan bahawa kita mesti mengutamakan fardhu kifayah akhirnya menemui kegagalan bila umat Islam semakin jahil tentang fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah yang dicanangkan tidak mencapai sasaran. Begitu juga mata pelajaran agama di sekolah kebangsaan dan universiti semakin sedikit dari segi sukatan dan jam pembelajarannya disamping pembelajaran ilmu agama hanya untuk lulus periksa sahaja telah menyebabkan tiada kesan yang terhasil sehingga budaya ganas di kalangan pelajar semakin teruk dan menakutkan. Ilmu agama dianaktirikan yang menyebabkan keruntuhan aqiqah dan kerosakan akhlak semakin menggerunkan. Aktiviti dalam menyuburkan masjid dan surau semakin disekat dan dikawal lebih daripada mengawal pusat hiburan dan kongsi gelap. Golongan ulama’ pula disempitkan peranannya sebagai tukang baca doa bukannya sebagai pemimpin atau penasihat yang dihormati oleh pemerintah telah menyebabkan kejahilan terus membarah, jenayah semakin bertambah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Maksud ketiga bagi Zikr ialah solat sebagaimana Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Jumaat :
يأيها الذين ءامنوا إذا نودى للصلوة من يوم الجمعة فاسعوا إلى ذكر الله وذروا البيع......
Maksudnya : Maka apabila telah diseru bagi mendirikan solat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkan olehmu akan jualbeli
Pada hari ini akibat kejahilan maka umat Islam semakin berani melawan Allah dengan meningalkan solat. Bermula dengan tindakan meruntuhkan tiang agama maka system-sistem Islam yang lain terus dirombak satu demi satu tanpa ada rasa bersalah. Sebab itu pada akhir zaman ini apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua dan orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya maka kita dapat lihat bagaimana kesungguhan dalam menghidupkan budaya maksiat mengatasi usaha dalam menyuburkan amal soleh. Pemimpin tidak runsing sekiranya rakyat tidak solat dan masjid semakin kurang ahli jemaahnya sebaliknya mereka lebih bimbang jika rakyat tidak boleh berhibur. Antara usaha terbaru dengan mewujudkan Laman Santai bagi membolehkan rakyat yang malu untuk ke kelab malam untuk menari pada setiap hari Sabtu dari jam 6 petang hingga 12 malam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Maksud keempat bagi Zikr ialah zikrullah dengan banyak menyebut nama Allah sebagaimana Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Ahzab
يأيها الذين ءامنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya
Akibat hati dipenuhi dengan lagu-lagu syaitan dan lidah basah memuja nafsu telah menyebabkan hati menjadi mati dan jauh daripada petunjuk Allah.
Maksud kelima bagi Zikr ialah peringatan atau nasihat sebagaimana Firman Allah dalam ayat 55 surah az-Zaariyat :
وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين
Maksudnya : Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatkan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman
Kegagalam memperkasakan budaya nasihat menyebabkan yang rosak terus rosak dan yang baik terus dirosakkan. Sekat sebelum melarat, berubat sebelum merebak………..Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :
وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون
Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 8 Jun 2008

126. JIHAD SENJATA AMPUH MELAWAN MUSUH

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 53 - 56 surah As-Syu’ara’ :
فأرسل فرعون في المدائن حــشرين إن هؤلاء لشرذمة قليلون وإنهم لنا لغائظون وإنا لجميع حــذرون
Maksudnya: Maka Firaun telah menghantar orang yang mengumpulkan tenteranya ke kota-kota. Firaun berkata : “ Sesungguhnya mereka bani Israel benar-benar golongan kecil dan sesungguhnya mereka membuat perkara yang menimbulkan kemarahan kita. Dan sesungguhnya kita benar-benar golongan yang sentiasa berjaga-jaga.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kini kita berada di awal bulan Rejab yang disifatkan sebagai bulan Allah di mana pada bulan ini telah tercatat satu peristiwa yang besar dan penting dalam kamus umat Islam iaitu berlangsungnya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kita telah mendengar bagaimana nabi Muhammad s.a.w telah tercium bau harum Masyitah penyisir puteri Firaun sebagai anugerah Allah terhadap jihadnya dalam mempertahankan keimanannya kepada Allah. Jihad yang dilancarkan oleh Masyitah terhadap Firaun bukan sahaja telah mengorbankan dirinya sahaja malah suami dan anak-anaknya turut menjadi mangsa kezaliman Firaun dengan terhumbannya mereka sekeluarga ke dalam periuk yang menggelegak. Jihad yang ditunjukkan oleh Masyitah terhadap Firaun yang mengaku sebagai tuhan mestilah diteruskan oleh kita pada hari ini dalam memastikan kezaliman dan penindasan yang semakin hebat dapat dihancurkan. Firaun dan sikap bongkaknya dalam melawan kehebatan Allah terus ada setiap zaman termasuk zaman ini seperti nabi menyifatkan bahawa Abu Jahal merupakan Firaun pada zamannya. Segala cara keganasan dan penindasan yang dilakukan oleh Firaun terus diwarisi oleh pemimpin dunia hari ini yang mengenepikan hari akhirat dalam melawan kekuatan jihad umat Islam yang tidak mampu dipadamkan lagi malah semakin hari semakin marak membara.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Firaun telah membina bangunan pencakar langit untuk menembak Tuhan nabi Musa tetapi bangunan tersebut bukan sahaja tidak mampu melaksanakan perancangannya yang bodoh itu malah tidak mampu membantunya ketika mati lemas dalam keadaaan penuh kehinaan di tengah laut Merah ketika mengejar nabi Musa dan pengikutnya. Begitu juga kita melihat bagaimana Amerika Syarikat yang megah mendabik dada kerana mempunyai bangunan pencakar langit yang dijadikan senjata utama dalam melawan agama Allah. Bangunan Pusat Dagangan Dunia yang merupakan pusat dalam menguasai ekonomi dunia termasuk ekonomi negara umat Islam yang tunduk kepada sistem yahudi dan juga bangunan pertahanan Pentagon yang menjadi pusat dalam merisik, merancang serta menghalalkan pembunuhan umat Islam terutama di Iraq, Bosnia, Kashmir, Kosovo, Palestin dan lainnya selama ini telah dihancurkan dalam masa yang sekejap menggunakan kapal terbang milik mereka sendiri bukannya bom atom, nuklear atau jet pejuang sebagaimana yang mereka lakukan terhadap musuh sebelum ini. Amerika Syarikat yang merupakan pengganas dunia masa kini mengambil tindakan sebagaimana Firaun iaitu dengan mengumpul segala tenteranya dan melobi sokongan daripada sekutunya disamping menagih simpati daripada negara lain termasuk negara umat Islam untuk melakukan keganasan yang boleh menggugat keamanan dunia. Amerika yang merupakan pengganas dunia tidak pernah menyalahkan diri mereka sendiri tentang sebab bangunan mereka diserang sebaliknya terus mengugut orang lain yang belum tentu terlibat dalam peristiwa ngeri ini sebagai pesalah dan penjenayah yang merbahaya.
Tindakan menuduh secara melulu tanpa bukti terhadap umat Islam yang didakwa menjadi perancang dan pelaksana kepada letupan yang berlaku itu telah menyebabkan keselamatan umat Islam terutama di Amerika, Britain, Jerman dan lainnya tergugat sehingga ada yang terbunuh, masjid di bakar dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Kita melihat dalam siasatan awal yang dilakukan hanya terhadap umat Islam tanpa menyeluruh terhadap orang lain dan tuduhan yang dibuat bukan dengan bukti yang kukuh tetapi sekadar memberi alasan bahawa mereka mempunyai lesen memandu kapal terbang sahaja disamping ada dikalangan mereka yang memiliki taraf warganegara di banyak negara. Jika hanya perkara itu sahaja yang menjadi bukti untuk mendakwa umat Islam yang terlibat dalam serangan nekad ini maka orang yahudi turut mempunyai bukti yang sama termasuk 5 orang pekerja yaudi yang ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat 4 jam selepas letupan. Malah bukti terhadap pengkhianatan yahudi lebih jelas dalam peristiwa ini seperti 4 ribu pekerja yahudi dan Israel tidak datang bekerja pada hari kejadian setelah mendapat makluman tentang serangan itu dari kerajaan Israel. Begitu juga pihak perisik Israel Mossad turut meminta agar Perdana Menteri Israel membatalkan lawatan ke Amerika dua hari sebelum letupan berlaku atas alasan akan berlakunya serangan pengganas. Jika perisik Israel Mossad boleh memberitahu kepada kerajaan mereka tentang serangan ini mengapakah mereka tidak memberitahu kerajaan Amerika yang selama ini menjaga kepentingan mereka dalam membunuh umat Islam di bumi Isra’ iaitu Palestin. Ini boleh menjadi bukti yahudi terlibat dan telah tahu tentang serangan ini tetapi malangnya umat Islam pula yang menjadi sasaran mereka. Kita sebagai umat Islam sentiasa diingatkan agar berhati-hati ketika menerima berita supaya kita tidak tersilap langkah dan cepat menuduh orang yang tidak bersalah. Kita mesti jelas bahawa semua media hari ini dikuasai oleh yahudi yang memutar belit segala berita. Jangan mudah terperangkap dengan taktik jahat yahudi dan kuffar.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ketika Amerika dan sekutunya bersedia untuk menyerang Afghanistan tanpa dalil yang kukuh maka para ulama’ terus bangun mengeluarkan kenyataan bahawa haram membantu Amerika dalam meneruskan keganasannya walau dengan apa bantuan sekali pun. Begitu juga ulama’ dengan tegas menyatakan wajib membantu Afghanistan jika negara itu diserang oleh kuffar. Kebangkitan ulama’ ini sebenarnya menggerunkan kuffar walau pun selama ini mereka mendabik dada bahawa mereka mempunyai senjata yang canggih. Senjata walau sebagaimana canggih pun tetapi jika penggunanya takut mati maka akan tewas dengan izin Allah di tangan pejuang Islam yang begitu menginginkan mati syahid. Inilah yang digeruni oleh kuffar apabila berhadapan dengan umat Islam. Jika Amerika mahu menyerang Afghanistan maka mereka terpaksa memecah belahkan kesatuan negara umat Islam. Bagi tujuan ini maka Amerika dengan perancangan yang licik cuba mempengaruhi pemimpin negara umat Islam untuk menyokong keganasan mereka nanti. Jika perkara ini berlaku maka sekali lagi umat Islam akan menanggung kerugian yang besar kerana berperang sesama sendiri sedangkan kuffar akan mengaut keuntungan daripada peristiwa yang cuba diletuskan ini sebagaimana yang kita alami dalam peperangan Teluk 10 tahun yang lalu.
Jika Amerika meneruskan juga perancangan jahat mereka ini tanpa mendapat sokongan daripada negara umat Islam maka peperangan yang bakal meletus nanti ialah antara kuasa Islam dengan kuasa Kuffar. Amerika tidak akan lupa bagaimana kejayaan umat Islam menghalau rejim komunis Russia malah berjaya menghancurkan kuasa komunis dunia itu bermula dari Afghanistan. Bukan suatu yang mustahil pengganas dunia Amerika dan sekutunya juga akan dihancurkan oleh pejuang Islam jika peperangan yang cuba meletus ini dilihat pertembungan antara Islam dan kuffar. Oleh itu kita menyeru pemimpin negara umat Islam dan seluruh umat Islam agar bersatu agar kita tidak lagi menjadi mangsa kerakusan kuffar yang ganas.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Kita turut menyokong keputusan ulama’ Afghanistan yang membuat keputusan dengan memujuk Osama bin Laden yang dikehendaki oleh kuffar agar mencari negara lain untuk berhijrah. Ulama’ tetap bertegas untuk tidak menyerahkannya kepada kuffar serta bertegas agar jika diadili pun mesti di mana-mana negara umat Islam bukannya di negara kuffar. Keputusan ini memberi tamparan yang hebat kepada kuffar agar mereka lebih adil dalam menangani isu letupan ini dengan membuat penyiasatan yang kemas bukannya berat sebelah dan menuduh secara melulu. Kita juga peringatkan kepada mereka agar mendakwa pengganas daripada pemimpin kuffar yang terlibat dengan pembunuhan terhadap umat Islam termasuk ayah presiden Amerika sendiri yang menjadi dalang utama terhadap pembunuhan dan penderaan terhadap umat Islam Iraq. Biarkan kami umat Islam menyelesaikan sendiri masalah kami jika adanya orang Islam yang bersalah. Jika kuffar boleh bersandiwara terhadap pembunuhan umat Islam mengapakah apabila mereka sendiri terkena serangan akibat kezaliman dan penindasan mereka selama ini maka mereka terus menyerang tanpa bukti. Jangan cuba bermain api dengan umat Islam yang yakin kepada adanya Allah dan hari qiamat. Umat Islam jarang kalah dan murtad kerana peperangan tetapi umat Islam banyak kalah dan murtad apabila menghadapi serangan ideologi dan sistem ciptaan kuffar seperti sekularisme dan kapitalisme.
Firman Allah dalam ayat 7 surah Muhammad :
يأيها الذين ءامنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia kan membantumu dan mengeuhkan kedudukanmu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن