أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Ahad, 26 Januari 2020
Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 17 surah al-An’am :
وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٧﴾
Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Kedatangan Islam menerusi nabi Muhammad s.a.w. dengan system yang lengkap dan menyeluruh termasuk penekanan terhadap kesihatan dan penjagaan kesihatan yang sempurna. Ajaran Islam amat menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan yang sempurna supaya individu itu mempunyai kekuatan yang diperlukan bagi menjalankan ibadat kepada Allah. Begitu juga, bagi menjadikan amalan ibadat dan doanya itu diterima Allah, individu Muslim itu mestilah sentiasa memelihara kesihatan diri terutamanya dalam memastikan kebersihan dan halal haram makanan yang diambil di samping menggunakan hanya pakaian yang bersih, tidak dikotori najis dan sebagainya.
Oleh itu ketika berdepan dengan penyakit berjangkit seumpama Influenza pada waktu ini yang merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan antaranya sentiasa merujuk pihak kesihatan dan apa yang paling penting ialah menjauhi maksiat dan perkara yang menjadi punca kepada penyakit serta memperbanyakkan doa kepada Allah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 7-10 surah as-Syamsu :
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ﴿٧﴾ فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ﴿٨﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾
Maksudnya : Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Ketika berbicara tentang penyakit berjangkit di mana sebahagiannya boleh membawa maut maka datang rasa gerun di hati kita. Namun ada lagi penyakit lebih merbahaya daripada itu iaitu penyakit rohani yang bukan sahaja menyebabkan kerosakan akhlak yang membawa kepada jenayah malah membawa kesengsaraan sehingga akhirat. Kestabilan dan keteguhan sebuah negara bergantung kepada kekuatan jati diri rakyatnya. Apabila rakyat dijangkiti penyakit sosial, hidup semata-mata mengejar kemewahan dan keseronokan hawa nafsu, berpecah belah, negara akan menuju kehancuran. Nilai kerohanian membolehkan manusia mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik serta memelihara nilai-nilai itu walau apa juga perubahan yang berlaku di persekitarannya.
Islam masuk ke alam Melayu dalam keadaan masyarakat ketika itu hidup dengan pelbagai kepercayaan dan animisme. Namun, dengan kegiatan keilmuan dan kerohanian yang dicetuskan oleh ulama silam, umat Islam membina tamadun yang dibanggakan dan mematuhi nilai-nilai kehidupan yang baik serta mengukuhkan institusi kekeluargaan. Tamadun Melayu tidak meninggalkan binaan-binaan bangunan, sebaliknya mewariskan banyak hasil ilmu terutama dalam menterjemahkan tulisan Arab dalam pelbagai disiplin ilmu. Tamadun Melayu hanya hebat dan kuat setelah mereka menerima dan menemui makna diri dengan Islam, seterusnya muncul sebagai antara bangsa yang hebat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :
رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧﴾
Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan
Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din menukilkan bagaimana aspek ruh lebih tinggi nilai dan kedudukannya berbanding jasad kerana datang secara langsung serta dinisbahkan kepada Allah sedangkan jasad hanya dinisbahkan kepada tanah atau air mani hina. Komponen kedua-dua aspek material dan ruh inilah tabie yang mewujudkan makhluk dipanggil insan atau manusia. Kita begitu bimbang umat Islam turut terperangkap dengan krisis jiwa dengan mendewakan unsur kebendaan berdasarkan faham dan doktrin materialisme yang rata-rata menjadi pedoman, dorongan serta bernilai utama dan tinggi dalam kehidupan. Hasilnya mereka terperangkap dalam krisis kerohanian dan kejiwaan yang berat sehingga terbabit dalam pelbagai perlakuan negatif seperti ketagih arak, dadah, bunuh diri dan sebagainya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya mencatatkan kebelakangan ini lebih daripada sejuta manusia seluruh dunia membunuh diri setiap tahun, iaitu pada kadar seorang membunuh diri setiap 40 saat.
Memandangkan betapa pentingnya membina jatidiri berteraskan Islam bermula dari alam sekolah lagi kerana seseorang itu bergantung dengan apa yang dipelajari, apa yang dijadikan rutin dan apa yang sering berlaku dalam kehidupannya. Aktiviti solat berjemaah, qiamullail, berpuasa sunat, tadarrus al-Quran dan program keagamaan yang lain adalah penting dalam memupuk sikap kebersamaan dalam melakukan ketaatan, sekaligus membina satu sosok tubuh jatidiri seorang muslim yang ghairah terhadap agamanya. Aktiviti kerohanian ini mampu membina kecemerlangan dalam pengajian dan juga pembentukan peribadi yang hebat yang berjaya dunia dan akhirat. Kita bukan sahaja mahu membentuk anak muda yang cemerl;ang akademik tetapi juga teguh aspek kerohanian mereka
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :
…… وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢١٧﴾
Maksudnya : “…..Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”
Pembinaan rohani umat Islam berteraskan Islam begitu penting terutama dalam berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk serangan sekulerisme, liberalisme, atheis tolak agama. Antaranya Isu aqidah apabila Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 yang sebelum ini lantang mempertikaikan kewujudan JAKIM di mana yang terbaru mereka mengkritik Undang-undang Murtad dengan mengatakan keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya antara individu itu dengan Tuhan. Kumpulan itu mengatakan bahawa Undang-undang Negeri menghukum orang murtad, sama ada dengan denda, pemenjaraan atau pemulihan, tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama. Kumpulan ini jelas menafsirkan kebebasan beragama mengikut acuan Liberal Barat. Agama dianggap urusan peribadi yang tidak ada campur tangan dari pihak lain. Kebebasan beragama bagi mereka, manusia tidak boleh dipaksa hidup beragama. Pentafsiran ini adalah tidak betul kerana setiap individu yang telah menganut sebarang agama adalah terikat dengan peraturan agamanya.
Kebebasan beragama dalam Islam ialah Islam menjamin kebebasan agama dalam bentuk tidak boleh melakukan paksaan untuk menganut agama Islam bahkan Islam memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan. Murtad atau keluar dari agama Islam adalah satu jenayah, telah melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman hudud. Murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah. Hukuman membunuh orang murtad akan dilaksanakan sekiranya telah tamat tempoh untuk bertaubat dengan kembali kepada Islam
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ – رواه البخاري
Maksudnya : “Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”
Murtad atau keluar daripada agama Islam sebenarnya adalah berbeza dengan konteks hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 11 tersebut adalah lebih merujuk kepada kebebasan mempertahankan amalan dan cara hidup yang digariskan oleh agama masing- masing bukan menghalalkan murtad sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan pelampau ini.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Islam begitu menjaga akal daripada dirosakkan termasuk dengan arak dan dadah. Ketika kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk terus berlaku maka kewajipan kepada kerajaan untuk menanganinya segera. Kita yakin bahaya arak bukan sahaja merosakkan akal peminum malah membahayakan nyawa orang lain. Sebab itu di Negara maju seperti Australia dan United Kingdom (UK) tidak membenarkan penjualan dan minum arak secara terbuka. Taiwan pula merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius. Jika undang-undang merokok di tempat awam boleh dikuatkuasakan dalam Negara maka arak yang lebih bahaya mesti lebih dipandang serius. Dengan peningkatan kes kematian yang diakibatkan pemandu mabuk, kita menyarankan langkah-langkah segera dipertimbangkan:
i. Melalui peruntukan undang-undang yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat kepada seorang yang sabit kesalahan. Hukuman mandatori yang lebih keras wajar dikenakan.
ii. Daripada aspek kebajikan, tiba masanya negara memperkenalkan skim sosial bagi membantu keluarga si mati yang menjadi mangsa dalam setiap kes pemandu mabuk. Kelalaian pemandu sedemikian telah diperhatikan dalam hukum Islam bila mana adanya hukuman diat pada kes-kes kematian atau kemalangan.
iii. Antara solusi juga adalah mewajibkan kenderaan polis mempunyai ‘breathalyzer’ untuk segera ukur kandungan alkohol mereka yang terlibat dengan kemalangan tidak kira maut atau bukan. Difahamkan sekarang ini, jika berlaku kemalangan, pemandu yang terlibat boleh lepaskan diri dengan hadir lambat ke balai polis.
Kerajaaan wajib lebih serius dalam menangani masalah ini. Jangan hanya sibuk untuk kuatkuasa masalah penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sahaja sedangkan isu pemandu mabuk dipandang sambal lewa sahaja. Sayangi nyawa rakyat dengan menyekat aktiviti minum arak di tempat awam. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
Kepimpinan Islam,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Khamis, 23 Januari 2020
Islam DiMartabat Murtad DiSekat Umat Kuat
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 17 surah al-An’am :
وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٧﴾
Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Tamadun manusia telah menyaksikan bahawa sebelum kedatangan Islam ke Tanah Arab, keadaan kesihatan awam pada ketika itu amat daif. Penyakit berjangkit seperti cirit-birit, batuk kering, taun dan lain-lain amat mudah berlaku, bahkan secara berleluasa. Hanya dengan kedatangan Islam menerusi nabi Muhammad s.a.w. penekanan terhadap kesihatan dan penjagaan kesihatan yang sempurna mula mendapat perhatian masyarakat. Walaupun Rasulullah diutuskan bagi menyampaikan hukum-hukum Allah yang Maha Suci, tetapi ajaran dalam Islam amatlah menyeluruh sifatnya. Malah ajaran Islam juga amat menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan yang sempurna supaya individu itu mempunyai kekuatan yang diperlukan bagi menjalankan ibadat kepada Tuhan.
Begitu juga, bagi menjadikan amalan ibadat dan doanya itu diterima Allah, individu Muslim itu mestilah sentiasa memelihara kesihatan diri terutamanya dalam memastikan kebersihan dan halal haram makanan yang diambil di samping menggunakan hanya pakaian yang bersih, tidak dikotori najis dan sebagainya. Semua perkara ini terkandung dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sehingga muncul sebuah karya agung khusus berkaitan kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan cara Rasulullah s.a.w yang dikenali At Tibb an Nabawi.
Pencegahan menjadi asas utama penjagaan kesihatan yang baik di samping melakukan aktiviti kehidupan secara bersederhana dan tidak berlebih-lebihan yang sentiasa dianjurkan oleh Islam kepada umatnya. Manakala bidang perubatan dan kesihatan moden yang berasaskan kaedah saintifik kini turut memberi penekanan terhadap pencegahan dan rawatan dalam menghadapi sesuatu jangkitan dan penyakit yang menjadi asas disiplin kesihatan awam.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 51 surah at-Taubah :
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّـهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿٥١﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
Kini Negara kita diuji dengan penyakit berjangkit Influenza yang merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti. Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi Demam, Selesema, Sakit tekak, Batuk, Sakit kepala, Sakit badan, Sukar bernafas, Cirit birit dan sakit perut khususnya di kalangan kanak-kanak) . Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Pendekatan yang berasaskan perubatan `mencegah’ dalam menangani wabak dan jangkitan penyakit sebenarnya telah diajar oleh Nabi s.a.w dalam banyak situasi.
الطَّاعُونُ آيَةُ الرِّجْزِ ابْتَلَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ نَاسًا مِنْ عِبَادِهِ فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فَلاَ تَدْخُلُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَفِرُّوا مِنْهُ ) – رواه مسلم
Maksudnyu :Taun (penyakit merebak) adalah suatu peringatan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia. Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari keluar daripadanya."
Kekhuatiran ini berkisar apabila kita berkemungkinan sebagai kumpulan pembawa yang terlibat menjangkitkan pula penyakit berkenaan kepada orang lain. Ajaran dalam al-Quran, kita juga ditegah daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang menjerumus kepada kesengsaraan, kemudaratan dan kemusnahan.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Usaha dalam menangani masalah penyakit berjangkit ini juga ialah sentiasa merujuk pihak kesihatan dan apa yang paling penting ialah menjauhi maksiat dan perkara yang menjadi punca kepada penyakit serta memperbanyakkan doa kepada Allah
Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca: (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)]
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ – رواه مسلم
Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu: (Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”
Daripada Anas bin Malik RA berkata:
كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa: (Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Kafiruun :
لَكُمۡ دِینُكُمۡ وَلِیَ دِینِ
Maksudnya : “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku
Ketika melihat isu Tanglung di sebuah sekolah baru-baru ini betapa menteri terus turun padang untuk mempertahankannya atas alasan perpaduan. Alangkah bagusnya jika isu yang dianggap perpaduan itu juga diguna dalam isu tulisan jawi di sekolah yang dirempuh ganas oleh kumpulan rasis antara alasan dangkalnya bertujuan untuk menyebar Islam di kalangan pelajar bukan Islam ketika kaligrafi Cina dianggap lambang penyatuan. Isu terbaru ada pihak mengecam dan mempertikaikan arahan Kementerian Pendidikan untuk semua sekolah melarang pelajar Islam menyertai Pesta Ponggal yang diisytiharkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pongal merupakan perayaan masyarakat Hindu terutama di Tamil Nadu yang dirayakan pada bulan ‘Thai’ sekitar pertengahan Januari dalam kalendar India. Ia sempena berakhirnya musim menuai, di mana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. ‘Pongal’ dalam bahasa Tamil bermaksud ‘merebus’, dan perayaan ini dirayakan sebagai perayaan kesyukuran bagi musim menuai. Oleh itu apa relevan untuk pelajar-pelajar Islam di sekolah-sekolah dikerah untuk terlibat sama dalam Pesta Ponggal ini. Sedangkan dalam masa yang sama kita tidak melarang pelajar yang beragama Hindu untuk menyambut Pesta tersebut. Inilah toleransi kita dalam perbezaan agama dalam perayaan masing-masing yang perlu dihormati akan prinsip oleh penganut agama lain. Mengapa orang Islam yang tegas dalam mempertahankan prinsip dianggap rasis sedangkan orang lain yang tidak toleransi malah menyerang Islam secara membabi buta tidak dipanggil rasis.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :
…… وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢١٧﴾
Maksudnya : “…..Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”
Isu yang paling besar apabila Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 yang sebelum lantang mempertikaikan kewujudan JAKIM di mana yang terbaru mereka mengkritik Undang-undang Murtad dengan mengatakan keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya antara individu itu dengan Tuhan. Kumpulan itu mengatakan bahawa Undang-undang Negeri menghukum orang murtad, sama ada dengan denda, pemenjaraan atau pemulihan, tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama. Kumpulan ini jelas menafsirkan kebebasan beragama mengikut acuan Liberal Barat. Agama dianggap urusan peribadi yang tidak ada campur tangan dari pihak lain. Kebebasan beragama bagi mereka, manusia tidak boleh dipaksa hidup beragama. Pentafsiran ini adalah tidak betul kerana setiap individu yang telah menganut sebarang agama adalah terikat dan berkewajipan dengan peraturan agamanya. Hak beragama ini bukanlah bersifat mutlak bahkan ianya adalah berdasarkan prinsip agama masing-masing.
Kebebasan beragama dalam Islam ialah Islam menjamin kebebasan agama dalam bentuk tidak boleh melakukan paksaan untuk menganut agama Islam bahkan Islam memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan. Murtad atau keluar dari agama Islam adalah satu jenayah, telah melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman hudud. Murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah. Hukuman membunuh orang murtad akan dilaksanakan sekiranya telah tamat tempoh untuk bertaubat dengan kembali kepada Islam
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ – رواه البخاري
Maksudnya : “Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”
Murtad atau keluar daripada agama Islam sebenarnya adalah berbeza dengan konteks hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 11 tersebut adalah lebih merujuk kepada kebebasan mempertahankan amalan dan cara hidup yang digariskan oleh agama masing- masing bukan menghalalkan murtad sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan pelampau ini. Oleh itu bersungguhlah kita bukan sahaja dalam mempertahankan aqidah malah memperkasakan system Islam dalam Negara. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Sabtu, 4 Januari 2020
Jaga Masa Perkasa Pendidikan Julang Kegemilangan
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Asr :
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾
Maksudnya : Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Kini kita telah melangkah pada tahun baru 2020 Masihi dengan meninggal seribu kenangan pahit dan manis, suka dan duka, menangis dan ketawa sepanjang tahun 2019 yang baru lalu. Berlalunya masa bererti semakin pendek umur kita untuk mendekati saat kematian. Islam begitu menitikberatkan umatnya untuk menjaga dan menghargai masa kerana ia lebih mahal dan bernilai daripada harta benda sehingga Allah bersumpah dengan masa. Yakinlah kita bahawa kita diciptakan bagi menunaikan tugas penting dan nikmat waktu itu merupakan modal yang penting untuk dapat menunaikan tugas itu sebaiknya. Keberkatan waktu dan rezeki bergantung kepada kekuatan iman dalam tunduk dan patuh kepada setiap arahan dan larangan Allah dalam kehidupan. Imam Abu Bakar bin ‘Ayash pernah mengungkapkan : “ Betapa ramai manusia yang mengeluh, menyesal dan mengingati hartanya yang hilang tetapi jarang berlaku orang yang mengeluh kerana kehilangan masa yang tidak digunakan pada jalan kebaikan”.
Malah kita pada hari Jumaat yang mulia ini diminta supaya berlumba dalam mengejar fadhilat waktunya termasuk datang paling awal ke masjid.
قال الرسول : مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الخَامِسَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ حَضَرَتِ المَلاَئِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ– رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 102-104 surah Toha :
يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ ۚ وَنَحْشُرُ الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ زُرْقًا ﴿١٠٢﴾ يَتَخَافَتُونَ بَيْنَهُمْ إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا عَشْرًا ﴿١٠٣﴾ نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ إِذْ يَقُولُ أَمْثَلُهُمْ طَرِيقَةً إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا يَوْمًا ﴿١٠٤﴾
Maksudnya : (Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya. Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: "Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja". (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat".
Al-Quran menggambarkan bagaimana keadaan manusia yang gagal memanfaatkan nikmat waktu yang Allah anugerahkan di dunia ini dengan amalan soleh malah digunakan untuk melakukan kekufuran terhadap Allah dan pelbagai bentuk perderhakaan sehingga menyesal di akhirat dengan merasakan bagaimana kehidupan dunia yang diberikan begitu singkat sehingga gagal dimanfaatkan. Oleh itu kita wajib menghargai masa dengan mengisinya dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang memberi keuntungan untuk kehidupan dunia dan akhirat kita. Apa yang kerap berlaku ialah kita menyalahkan masa, tidak cukup masa sedangkan sebenarnya masa itu cukup dan banyak sekiranya kita atur dan susun mengikut keutamaan dan menyusunnya dan tidak membuang masa, nescaya dia akan memberi barakah kepada hidup kita. Ibarat kata pujangga : “masalahnya bukan kerana kita diberi masa yang pendek, tetapi kita membuang masa yang banyak. Hidup ini cukup panjang untuk kita mencapai kejayaan sekiranya setiap saat kita gunakan sepenuhnya”.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
قال الرسول : لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ ، وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، وحَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ– رواه البخاري
Maksudnya : “Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah”.”
Para ulama tidak mentafsirkan “singkatnya waktu” dengan bertambahnya kecepatan putaran bumi sehingga misalnya, jumlah masa dalam satu hari berkurang menjadi 23 jam. Qadi ‘Iyad, an-Nawawi dan Ibn Abi Jamrah mentafsirkan singkatnya waktu ini dengan hilangnya keberkatan. Mereka berkata, “Maksud singkat waktu ialah hilangnya keberkatan waktu tersebut sehingga pada satu hari misalnya, tidak dapat dimanfaatkan seluruhnya melainkan Cuma beberapa jam sahaja. Begitu juga ungkapan Ibn Hajar dalam Fath al Bari bahawa Allah mencabut semua keberkatan daripada segala sesuatu, termasuk keberkatan waktu dan ini merupakan salah satu tanda dekatnya Kiamat.
Antara punca kegagalan dalam memanfatkan nikmat masa akibat daripada kejahilan dan iman yang lemah. Sesuai dengan suasana sambutan tahun baru yang dibuka tirai dengan bermulanya alam persekolahan di mana kita sebagai ibubapa sepastinya mempunyai pilihan tersendiri dalam memastikan anak kita mendapat pendidikan yang terbaik untuk lahir sebagai anak soleh dan solehah. Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri untuk menjadi hamba Allah yang taqwa untuk berusaha mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan ke arah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut dibina dan dilaburkan dalam pendidikan. Justeru itu, untuk mencapai kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu pada peringkat kanak-kanak lagi. Islam begitu menitikberatkan pendidikan dari awal terutama dalam mengenal Allah, cinta nabi Muhammad s.a.w, pandai membaca al-Quran, mampu jaga solat, menutup aurat dan bersungguh serta istiqamah dengan amalan soleh yang lain.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 13-14 surah al-Kahfi :
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا ﴿١٤﴾
Ertinya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
Memahami betapa pentingnya pendidikan maka kita wajib memastikan hala tuju pendidikan Negara mesti berteraskan kepada Islam. Generasi akan datang bergantung kepada garapan kepada falsafah Negara pada hari ini samada ke arah Islam, Yahudi, Kristian, Liberal, Sekuler, Kapitalis, Sosialis, Komunis atau ideology yang lain. Oleh itu jagalah dasar pendidikan Negara agar selamat dari tangan jahat yang anti Islam. Jagalah golongan muda yang masih teguh fizikalnya, segar fikirannya, sihat tubuh badannya, kental jiwa dan semangatnya. Pemuda adalah tonggak negara kerana kekuatan fizikal mereka boleh menjadi benteng pertahanan teguh sesebuah Negara sebagaimana Imam Al-Ghazali pernah berkata: “Jika kita ingin tahu corak dan rupa bentuk masa hadapan, lihatlah kepada generasi muda hari ini”. Begitu juga ungkapan Imam Hassan al-Banna, "Asas keimanan adalah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada diri seorang pemuda."
Antara garis panduan bagi seseorang pemuda untuk menjadi golongan yang ideal dengan mengambil teladan daripada kisah ashabul kahfi. Iaitu bertaqwa kepada Allah, menjalankan peranan dakwah kepada sesiapa sahaja supaya ajaran agama Islam terus berkembang kepada seluruh umat manusia, malah Islam terus utuh serta kukuh diamalkan setiap penganutnya. Pemuda Muslim ideal haruslah mempunyai sifat akidah yang benar kerana ia inti pati tertinggi dalam memusatkan ketauhidan iaitu mengesakan Allah SWT. Pemuda ideal juga memiliki ilmu dan pengetahuan agama yang tinggi serta memahaminya secara mendalam, pemuda tidak tersasar daripada landasan ajaran agama yang berpandukan kepada al-Quran dan hadis. Pemuda ideal juga mesti mempunyai keterampilan dalam pelbagai sudut kehidupan untuk dimanfaatkan demi meningkatkan kemajuan diri serta mereka yang ada di sekelilingnya. Mereka juga bijak mengambil peluang mengembangkan potensi dan mempertajamkan kemahiran diri. Pemuda hendaklah menjauhkan diri daripada segala perkara yang membawa kemungkaran dan kejahatan. Kehadiran teknologi yang tiada sempadan maka pemuda hendaklah bijak memilih maklumat yang membawa kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Kita tidak boleh menjadi alat kepada kemajuan teknologi dengan menerima bulat-bulat apa juga berita atau maklumat diperoleh. Begitu juga kehadiran laman sosial dan permainan gajet yang mengasyikkan membuat kita selalu leka dengan matlamat asal kehidupan. Kelekaan terhadap perkara sia-sia inilah akan merugikan kita dunia akhirat. Berwaspada sebelum datangnya saat kematian, beringat sebelum hilangnya peluang
Pesanan Imam Hassan al-Banna, "Wahai manusia, selepas kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan menanti."
Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Ankabut :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٥٧﴾
Maksudnya : Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Khamis, 2 Januari 2020
Membina Jatidiri Cemerlang Menjulang Kehebatan Islam
الحَمْدُ للهِ !!!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 64 surah al-Ankabut :
وَمَا هَـٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ ﴿٦٤﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
Beberapa hari lagi kita bakal meninggalkan tahun 2019 dan menyambut tahun baru 2020. Waktu atau masa adalah suatu anugerah berharga daripada Allah. Manusia menerima kesempatan di dunia untuk mencapai tujuan akhirat. Islam mengajar kita betapa kehidupan dunia adalah ladang yang mesti disemai sebaik mungkin untuk dituai hasilnya di akhirat kelak. Sifat waktu dunia adalah sementara, sedangkan sifat waktu di akhirat adalah kekal abadi. Islam mengutamakan kehidupan akhirat di atas kehidupan dunia. 2 kehidupan tersebut dibahagikan sebagai 2 jenis waktu yang sejati dan tidak sejati. Al-Qur’an melukiskan kehidupan dunia dengan istilah “tempat permainan” belaka. Kalimat “kehidupan dunia ini merupakan senda gurau dan main-main” bukan bererti kita dianjurkan untuk berbuat seenaknya di dunia ini layaknya suatu permainan. Pengertian tersebut menggambarkan bahawa kehidupan dunia ini tidak sejati, tidak kekal, dan penuh dengan tipuan. Sehubungan dengan itu, seseorang mesti lebih banyak mencurahkan perhatian kepada kehidupan akhirat. Lantas apa yang mesti dilakukan agar kesempatan hidup di dunia berkualiti? Al-Qur’an telah memberikan garis bahwa tujuan diciptakannya manusia adalah untuk mengabdi secara total kepada Allah. Allah tidak menciptakan jin dan manusia untuk suatu manfaat yang kembali kepada Allah. Mereka diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. Dan ibadah itu sangat bermanfaat untuk diri mereka sendiri. Pengertian ibadah itu pun sangat luas, tak sekadar kerohanian semata-mata kepada Allah seperti solat, puasa, haji, atau sejenisnya malah meliputi pula kebaikan-kebaikan yang membawa kemaslahatan bagi orang lain termasuk dalam ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Firman Allah dalam ayat 56 surah Adz-Dzariyat :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 99-100 surah al-Mu’minun :
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ ﴿٩٩﴾ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ ﴿١٠٠﴾
Maksudnya : Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) – “Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Memanfaatkan umur di dunia ini menjadi sangat penting kerana waktu terus berjalan, dan tak akan boleh berulang kembali. Manusia dituntut untuk memaksimakan penggunaan waktu atau kesempatan yang diberikan untuk kerja dan amalan bermutu, sehingga tidak menyesal di akhirat kelak. Orang-orang yang menyesal di akhirat digambarkan oleh Al-Qur’an merayu-rayu kepada Allah agar dikembali semula ke dunia untuk melaksanakan amal ibadat dan menjauhi maksiat
Imam Al-Ghazali mengatakan, ketika seseorang disibukkan dengan hal-hal yang tidak bermanfaat dalam kehidupannya di dunia, maka sesungguhnya dia sedang menghampiri suatu kerugian yang besar. Sebagaimana yang beliua nyatakan dalam kitab Ayyuhal Walad:
عَلاَمَةُ اِعْرَاضِ اللهِ تَعَالَى عَنِ الْعَبْدِ، اشْتِغَالُهُ بِمَا لاَ يَعْنِيهِ، وَ اَنﱠ امْرَأً ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مَنْ عُمُرِهِ، في غَيرِ مَا خُلِقَ لَهُ مِنَ الْعِبَادَةِ، لَجَدِيرٌ اَنْ تَطُولَ عَلَيْهِ حَسْرَتُهُ
Maksudnya: “Petanda bahawa Allah sedang berpaling dari hamba adalah disibukkannya hamba tersebut dengan hal-hal yang tak berfaedah. Dan satu saat saja yang seseorang menghabiskannya tanpa ibadah, maka sudah pantas dia menerima kerugian berkepanjangan.”
Dari penjelasan ini, kita patut memikirkan secara berulang kali tentang hakikat kedatangan tahun baru buat sekian kalinya dalam hidup kita. Peringatan tahunan ini sepatutnya dihayati secara wajar dan tepat. Kebahagiaan terhadap tahun baru semestinya diarahkan kepada rasa syukur terhadap masih diberi pinjam nikmat umur dunia, bukan untuk berbangga atas tahun baru itu semata-mata. Sisa usia itu merupakan kesempatan untuk menampung kekurangan, memperbaiki yang belum sempurna, dari amalan hidup kita di dunia. Tahun baru lebih tepat menjadi suatu saat muhasabah dan ishlah atau perbaiki diri. Ingatlah kepada suatu nasihat berharga daripada Syeikh Ahmad ibn Atha’illah as-Sakandari dalam kitab al-Hikam:
رُبَّ عُمُرٍ اتَّسَعَتْ آمادُهُ وَقَلَّتْ أمْدادُهُ، وَرُبَّ عُمُرٍ قَليلَةٌ آمادُهُ كَثيرَةٌ أمْدادُهُ.
Maksudnya : “Kadang-kadang umur berlangsung panjang namun manfaat kurang. Kadang-kadang pula umur berlangsung pendek namun manfaat melimpah.”
Semoga kita menjadi peribadi yang mampu menggunakan sisa usia kita dengan sebijak-bijaknya, dan terhindar dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Dari Abu Sa’id Al Khudri, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ . قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ – رواه مسلم
Maksudnya : Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob, pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas siapa lagi?”
Umat Islam wajib sedar bahawa serangan terhadap Islam dan umatnya terus berlangsung tanpa henti. Serangan musuh bukan setakat dengan senjata fizikal malah melalui serangan pemikiran dalam menghilangkan jatidiri umat Islam. Yahudi dan barat cuba untuk merosakkan jatidiri umat Islam termasuk di Malaysia dengan menggunakan proksi-proksi liberal yang terdiri daripada ejen-ejen mereka yang berselindung di sebalik laungan, islam moderate, islam liberal, hak asasi manusia, hak samarata dan istilah-istilah lain yang bertopengkan Islam. Tidak cukup dengan itu golongan liberal ini mencipta tafsiran terhadap ayat-ayat al-quran dengan mentafsir secara selektif dan berdasarkan nafsu seperti penggunaan ayat rahmatan lil alamin. Penciptaan dan penggunaan istilah-istilah ini adalah bertujuan untuk mengelirukan dan memecahkan kesatuan umat Islam supaya akhirnya mereka menerima ideologi yang dibawa oleh musuh Islam yang telah ditempelkan dengan nama Islam. Antara isu terbaru apabila Sisters in Islam berkempen supaya golongan wanita tidak dikawal pakaian mereka sehingga menyifatkan kawalan pakaian ini menggambarkan bahawa wanita itu cacat dari segi fizikal dan mental mereka. Sedangkan etika pakaian wanita Muslimah adalah bertujuan menjaga dan memartabatkan kemuliaan wanita. Golongan liberal ini begitu lantang dalam menelanjangkan wanita tetapi diam seribu bahawa apabila wanita diperdagang dengan aktiviti ala pelacuran seperti sugarbook.
Begitulah dalam menyambut kedatangan tahun baru Masihi di mana umat Islam tidak sepatutnya tenggelam dengan senjata musuh hingga hilang nilai agama dan tergadai maruah. Rasukan budaya hedonisme yang merupakan suatu perlakuan manusia yang diperolehi melalui pembelajaran dari masyarakat sekitar berdasarkan penglihatan, pendengaran dan kajian yang mendatangkan keseronokan dan kenikmatan yang melampau. Ia diperolehi sesuai dengan kehendak hawa nafsu tanpa mempedulikan nilai-nilai murni dan hukum-hakam agama, asalkan ia tidak dianggap mengganggu kepentingan orang lain dan tidak mengganggu kepentingan peribadinya. Tenggelamnya umat Islam dengan penyakit ini akan mendatangkan keburukan kepada jatidiri dan kehidupan mereka dunia akhirat.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 134 surah Ali ‘Imran :
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ﴿١٣٤﴾
Maksudnya : Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Sempena hamper menyambut kedatangan tahun baru 2020 juga marilah kita sama-sama berdoa dan membantu saudara seagama yang sedang ditindas, dizalimi. Kita wajib mengambil berat dan membantu saudara seagama yang terus berdepan dengan penjajahan moden termasuk isu umat Islam di Selatan Thailand yang dibunuh secara melulu tanpa bukti, begitu penderitaan berterusan suadara segama di Palestin, Myanmar dan sebagainya.
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka sebagai umat beriman yang bermaruah marilah kita sama-sama mengutuk kerajaan China atas kekejaman terhadap saudara seagama kita. Tidak cukup dengan membunuh ulamak yang menterjemah al-Quran dan pengharaman ibadah umat Islam Uyghur, tidak cukup dengan menyuntik ubat pencegah kehamilan ke atas para wanita Islam Uyghur, tidak cukup dengan penjajahan ke atas demografi majoriti Islam di Xinjiang, tidak cukup dengan menahan berjuta umat Islam Uyghur untuk dihapuskan identiti Islam dan diserapkan idealogi Komunis. Perangai kerajaan China ini ibarat ‘Israel yang bersaiz besar’. Ada usaha untuk menulis semula al-Quran mengikut selera komunis. Malah adanya usaha dalam menghilangkan identity umat Islam Uyghur secara halus
Menjadi kewajipan kita untuk bangkit mempertahan saudara seakidah kita iaitu Muslim Uyghur dan jangan biarkan mereka sendirian sahaja. Pemimpin dunia Islam kena bangkit bertindak dan masyarakat Islam pula kena sentiasa berdoa, menyumbangkan sumbangan dan menyebarkan maklumat semasa Muslim Uyghur untuk membuka mata dunia sebagai desakan agar Kerajaan Komunis China diambil tindakan. Adakah kita mampu tidur lena ketika saudara kita dibunuh sewenangnya. Adakah kita mampu seronok melancong ke sini sana ketika saudara kita dipenjara dan dipaksa keluar agama. Adakah kita mampu berehat senang ketika saudara kita meraung kesakitan. Bangkitlah umat Islam bermaruah dalam menghentikan kezaliman
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
Kepimpinan Islam,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Langgan:
Catatan (Atom)