أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Khamis, 24 Oktober 2019
Toleransi Islam DiJunjung Umat Bertamadun
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 8-9 surah al-Mumtahanah:
لاَ يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿٨﴾ إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ﴿٩﴾
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim
Islam adalah agama yang sangat menjunjung tinggi keadilan. Keadilan bagi siapa sahaja, iaitu menempatkan sesuatu sesuai tempatnya dan memberikan hak sesuai dengan haknya. Begitu juga dengan toleransi dalam beragama. Islam melarang keras berbuat zalim dengan agama selain Islam dengan merampas hak-hak mereka. As-Sa’diy RH menafsirkan, “Allah tidak melarang kalian untuk berbuat baik, menyambung silaturrahim, membalas kebaikan , berbuat adil kepada orang bukan Islam samada dari kalangan keluarga sendiri atau orang lain. Selama orang bukan Islam tidak memerangi kalian kerana agama dan selama mereka tidak mengusir kalian dari negeri kalian, maka tidak mengapa kalian menjalin hubungan dengan mereka kerana menjalin hubungan dengan mereka dalam keadaan seperti ini tidak ada larangan dan tidak ada kerosakan.”
Namun toleransi ada batasnya terutama dalam menjaga 2 perkara utama iaitu: [1] Tidak melampaui batas aqidah sehingga terjerumus dalam kekufuran, seperti ikut ritual agama lain dengan tujuan mensyi'arkan kekufuran. [2] Tidak melampaui batas syariat sehingga terjerumus dalam keharaman, seperti memakai simbol-simbol yang melambang identiti bagi agama lain dengan tujuan meraikan upacara keagamaan
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 15 surah Luqman:
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٥﴾
Maksudnya : Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
Islam menggariskan hak terhadap orang bukan Islam antaranya :
[1] Sentiasa berbuat baik terhadap jiran tetangga meskipun bukan Islam
[2] Bermuamalah yang baik dan tidak boleh zalim terhadap keluarga dan kerabat meskipun bukan Islam asalkan tidak melanggar batas iman dan halal haram
[3] Islam melarang keras membunuh bukan Islam kecuali jika mereka memerangi kaum muslimin. Orang kafir yang boleh dibunuh adalah orang kafir harbi iaitu kafir yang memerangi kaum muslimin. Selain itu seperti orang kafir yang mendapat suaka politik atau ada perjanjian dengan kaum muslimin seumpama kafir zimmi, kafir musta’man dan kafir mu’ahad, maka dilarang keras untuk dibunuh. Jika dilanggar larangan tersebut maka ancaman daripada Rasulullah s.a.w sangat keras.
وَعَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عمر رضي الله عنهما، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَد مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا- رواه الْبُخَارِيُّ.
Maksudnya : Barangsiapa membunuh seorang kafir yang ada perjanjian dengan umat Islam, maka dia tidak akan mencium bau Syurga sedangkan bau Syurga itu tercium dari perjalanan 40 tahun
Memahami perkara ini maka kita melihat konsep kafir harbi-zimmi sebagai suatu yang releven sepanjang zaman. Dalam konteks negara kita maka seluruh individu dalam masyarakat majmuk di negara ini perlu mengiktiraf kedaulatan Islam, sesiapa yang mempertikai atau menolak perkara ini perlulah ditegur dan diperbetulkan kerana telah hilangnya kesetiaan pada negara dalam jiwa mereka. Kita bimbang menukar kepada istilah kewarganegaraan sehingga bukan Islam tidak lagi perlu mengiktiraf Islam, boleh sesuka hati mempertikai Islam maka ia telah jauh tersasar daripada siyasah shar’iyyah. Konsep kafir harbi-zimmi mempunyai asas hak dan tanggungjawab, begitu jugalah sepatutnya dalam konsep kewarganegaraan. Tanggungjawab itu hendaklah selamanya berdiri atas asas mengiktiraf kedaulatan Islam. Jika menolak Islam maka ia dikira melanggar perlembagaan dan menderhaka yang boleh diambil tindakan tegas
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 29 surah at-Taubah:
قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ ﴿٢٩﴾
Maksudnya : Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
Hak terhadap orang bukan Islam yang ke-[4] berlaku adil dalam menjatuhkan hukum dan memberi keadilan terhadap orang bukan Islam. Contohnya ketika Sayyidina Umar bin Khottab RA membebaskan Baitul Maqdis Palestin telah menjamin warganya agar tetap bebas memeluk agama dan membawa salib mereka. Beliau tidak memaksa mereka memeluk Islam dan tidak menghalangi mereka untuk beribadah, asalkan mereka tetap membayar jizyah kepada pemerintah Muslim. Situasi ini agak berbeza ketika bangsa dan agama lain menguasai Palestin di mana mereka melakukan pembantaian, penindasan dan pelbagai bentuk kezaliman.
Namun toleransi melampaui batas iman dan syariat tetap dilarang oleh Islam sebagaimana beberapa orang kafir Quraisy iaitu Al Walid bin Mughirah dan Umayyah bin Khalaf menemui Nabi s.a.w lalu mereka menawarkan toleransi dalam beragama :
“Wahai Muhammad, bagaimana jika kami beribadah kepada Tuhanmu dan orang Islam juga beribadah kepada Tuhan kami. Kita bertoleransi dalam segala permasalahan agama kita. Apabila ada sebahagian dari ajaran agamamu yang lebih baik menurut kepercayaan kami dari tuntunan agama kami, maka kami akan amalkan hal itu. Sebaliknya, apabila ada dari ajaran kami yang lebih baik dari tuntunan agamamu, engkau juga harus mengamalkannya.”
Kemudian turunlah surah al-Kafirun yang menolak keras toleransi yang bercanggah dengan Islam
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ. لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ. وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ. وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ. وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir), “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku”.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 208 surah al-Baqarah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٢٠٨﴾
Maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Menyedari bahawa toleransi dalam Islam tidaklah membuka ruang untuk mempertikai syariat dan perkara yang jelas dalam Islam. Tidak ada atas alasan toleransi atau kebebasan bersuara membolehkan penghinaan terhadap Islam dihalalkan. Oleh itu kita menyeru kepada Kementerian Pendidikan dan kementerian yang berkaitan untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran kerana tidak menjaga sensitiviti beragama di Malaysia. Tindakan biadap penganjur menyediakan salah satu tajuk perdebatan yang menjadi isu hangat adalah pandangan yang menyatakan bahawa perlakuan homoseksual bukanlah satu dosa bahkan terdapat kenyataan yang menegaskan bahawa tiada larangan dari Allah berhubung perkara terkutuk ini. Malah apa yang lebih menyedihkan lagi, terdapat juga tajuk yang membuka persoalan atau cadangan menulis semula al-Quran yang dikatakan menyebabkan pemahaman yang radikal dalam kalangan muslim. Idea sebegini tidak lari dari corak pemikiran liberal yang berjuang ke arah membenarkan perlakuan terkutuk homoseksual. Malah pemikiran yang menyatakan al-Quran mengandungi elemen radikal adalah racun pemikiran barat yang cuba disuntik ke dalam pemikiran anak-anak pelajar kita. Ia mesti dibanteras sebelum merebak
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. - رواه البخاري
Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari qiamat
Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama. Oleh itu, Islam melarang keras perbuatan menzalimi atau menganiayai Muslim yang lain dan membiarkan Muslim yang lain dizalimi. Menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap Muslim membantu dan meringankan beban apabila ada di antara Muslim yang ditimpa musibah serta kesulitan. Orang yang berbuat demikian, Allah SWT akan memperkenankan hajatnya. Betapa besarnya nilai persaudaraan dalam Islam sehingga ia telah menjadi tanggungjawab setiap Muslim agar menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.
Oleh menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu saudara seagama yang berdepan dengan musibah peperangan termasuk di bumi Palestin, Kashmir, Syria, Yaman, Myanmar dan lain-lain. Memperjuangkan nasib saudara seagama bukannya rasis dan melanggar hak asasi manusia malah ia merupakan suatu kewajipan bersama yang akan disoal oleh Allah. Ini adalah isu agama yang melampaui isu kemanusiaan kerana yang sedang membunuh dan menzalimi umat Islam ialah pelampau agama masing-masing. Jangan biarkan umat Islam terus berada dikandang pesalah yang dituduh pengganas sedangkan kita adalah mangsa penindasan. Bangkitlah atas nama Islam untuk Berjaya dunia akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
Kepimpinan Islam,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Jumaat, 18 Oktober 2019
Siyasah Islam DiNobat Negara Berkat
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Ruum:
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٣٠﴾
Maksudnya : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Islam adalah agama kesejahteraan dan keamanan. Ini amat bertepatan dan bersesuaian dengan perkataan Islam itu sendiri, di mana ia berasal daripada perkataan Arab, salima atau salama yang bermaksud aman, selamat dan sejahtera. Jika ditinjau dari sudut logik pemikiran dan penggunaan bahasa, ia adalah satu amalan yang bertujuan untuk mewujudkan suasana dan keadaan selamat, sejahtera serta aman. Namun, bagi umat Islam, pemahaman umumnya ialah bahawa agama Islam merupakan satu ajaran yang bersistem dan berstruktur dengan membawa misi keamanan dan kesejahteraan serta keselamatan, dengan tujuan untuk menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bersistematik dan teratur dalam segenap aspek kehidupan, yang pada akhirnya akan mewujudkan suasana kesejahteraan, kestabilan, keamanan, kebenaran, kedamaian dan kebahagiaan kepada seluruh alam dan juga kehidupan di akhirat.
Pada hakikatnya, seluruh manusia itu diciptakan oleh Allah dengan sifat sukakan kepada keselamatan, kebenaran, keselesaan, kesejahteraan dan kebahagiaan serta menghindari kesempitan, kecelakaan, kepalsuan dan kegusaran. Sifat tersebut merupakan fitrah. Dalam ertikata yang lain, manusia diciptakan dengan fitrah yang tersendiri, iaitu sukakan kepada perkara yang molek, dan membenci perkara yang jelik, serta sentiasa mencari kebenaran bagi menghindari sebarang kepalsuan. Inilah fitrah kejadian manusia, selaras dengan naluri semula jadi yang telah dianugerahkan kepada mereka. Fitrah adalah sunnatullah, suatu ketetapan dari Allah, yang dicipta bagi mewujudkan kemaslahatan kepada umat manusia dan akan membawa kemajuan dalam kehidupan mereka kerana ia akan memandu mereka ke jalan yang benar menurut landasan syarak. Allah yang telah menjadikan manusia dan seluruh alam ini, dan amat wajar hanya Allah sahaja yang memahami naluri dan fitrah manusia. Selagi mana umat manusia itu menuruti amalan fitrah seperti yang dituntut Islam, selagi itulah mereka terpandu ke arah kebenaran dan kebaikan, kerana Islam adalah agama fitrah. Maka terhindarlah mereka dari kekejian zina dan penyelewengan rasuah, serta jauhlah budaya songsang dari pemikiran dan tingkahlaku mereka.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah:
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾
Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
Cabaran-cabaran ke atas agama Islam, ajaran dan Syariatnya semakin hari semakin hebat. Tetapi pada masa sama Islam juga berkembang di serata pelusuk dunia dengan begitu pesat. Atas janji Allah dalam Al-Quran bahawa Islam itu agama yang sempurna. Sifat Islam yang sempurna dan jaminan Allah tentang kelangsungan Islam di alam ini sehinggalah datangnya Hari Kiamat tidak bermakna kita umat Islam tidak perlu berusaha untuk menjelaskan tentang Islam dan merealisasikan kesempurnaannya. Keadaan ini juga tidak membenarkan kita umat Islam bertindak pasif dalam menegakkan hukum Syariah serta syiar Islam. Di sinilah munculnya kewajipan untuk setiap kita melakukan dakwah, mengajak ke arah kebaikan dan cara hidup Islam serta menegakkan hukum Allah yang jelas dan nyata.
Di negara kita, antara cabaran utama kepada Islam dan umatnya di negara ini ialah cabaran berkaitan akidah. Perkara yang menjadi fokus semasa ialah berkaitan kebebasan menganut dan mengamal doktrin yang diisytiharkan salah oleh pihak berautoriti agama. Timbulnya golongan liberal yang meminta supaya pegangan agama diserahkan kepada setiap individu untuk memilih dan mengamal doktrin serta menentukan akidah masing-masing tanpa sebarang peduli atau perhatian dan jagaan daripada pihak berautoriti agama. Perkara ini sudah tentu tidak selaras dengan kefahaman Islam sebenar kerana akidah Islam itu mempunyai paksi tertentu dan tidak boleh diubah
Begitu juga jeritan pihak-pihak tertentu untuk memansuhkan sekatan yang boleh dikenakan ke atas penyebaran doktrin bukan Islam di kalangan orang Islam. Alasannya ialah kebebasan beragama sedangkan sekatan penyebaran doktrin ini adalah suatu hak orang Islam yang dimaterai dan diiktiraf Perlembagaan Negara.
Apa yang lebih malang bila adanya cadangan agar Majlis Agama Islam Negeri tidak mengambil tindakan kepada orang Islam sekiranya maksiat dilakukan secara tertutup yang membuka kepada segala pintu kemaksiatan semakin berleluasa. Kita bimbang peranan Majlis Agama dalam membanteras gejala maksiat semakin dikecilkan malah mungkin tidak berperanan lagi.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 29 surah at-Taubah:
قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ ﴿٢٩﴾
Maksudnya : Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
Perbincangan berkenaan Siyasah shar’iyyah oleh ulama telah meletakkan 3 asas thawabit (kekal) yang menjadi tiang utama kepada konsep politik Islam iaitu kedaulatan Islam, syura dan keadilan. Berdasarkan asasnya ini sahaja pun sudah cukup untuk menolak pandangan-pandangan yang menyatakan bahawa siyasah itu adalah keadilan semata-mata atau siyasah itu adalah demokrasi berdasarkan syura. Hakikatnya siyasah shar’iyyah jauh lebih menyeluruh daripada nilaian tersebut. Pada siyasah itu ada aqidahnya (kedaulatan Islam), ada sistemnya (syura) serta ada nilai utamanya (keadilan) menjadikan konsep politik Islam jauh berbeza dengan konsep politik lainnya.
Konsep kedaulatan Islam dalam masyarakat meletakkan asasnya seluruh individu tanpa mengira agama mempunyai tanggungjawab untuk mengiktiraf kedaulatan Islam. Atas sebab inilah masyarakat ini dinamakan mujtama’ islami atau ummah (seperti dalam piagama Madinah), kesepakatan mereka bukan menganut agama yang sama tetapi mengiktiraf prinsip yang sama iaitu kedaulatan Islam. Dalam piagam Madinah jelas menunjukkan pengiktirafan itu diberikan atas beberapa asas iaitu mengiktiraf Islam rujukan utama (fasal 23, 42), mengiktiraf kepimpinan Muhammad bukan sebagai manusia biasa tetapi sebagai utusan Allah (fasal 47), berjanji mempertahankan Madinah daripada musuh Islam (fasal 46). Apabila semua ini dipenuhi barulah layak menyebut mereka ‘satu ummah’ bersama orang beriman.
Al-‘Asqalani meriwayatkan bahawa Imam al-Shafie menyebut yang dimaksudkan dengan ‘taat dan merendah diri’( وَهُمۡ صَـٰغِرُونَ) ialah dalam keadaan mereka rendah, tunduk serta mengiktiraf pemerintah, kepimpinan dan sistem perundangan Islam dalam negara tersebut. Oleh itu, tindakan bermudah menolak terus konsep kafir harbi-zimmi adalah satu tindakan yang tidak teliti dalam membahas siayasah shar’iyyah. Kafir harbi-zimmi bukanlah setakat berbicara soal jizyah atau ‘halal darah’ semata, tetapi ianya mempunyai maqasid lebih asas iaitu isu kesetiaan (wala’) setiap ahli yang berada dalam sebuah negara Islam. Jizyah adalah lambang kesetiaan begitu jugalah diperangi atas asas hilangnya kesetiaan.
Membayangkan konsep kafir harbi-zimmi sebagai satu yang kejam sehingga tidak releven untuk hari ini juga adalah tindakan yang tidak jujur dalam berbahas siyasah shar’iyyah. Mulianya konsep ini sehingga Baginda SAW sendiri sanggup menjadi perisai bagi kafir zimmi yang dizalimi oleh orang lain seperti dalam hadis. Tetapi kesemuanya berdiri atas asas tidak memerangi Islam
Dalam konteks negara kita maka seluruh individu dalam masyarakat majmuk di negara ini perlu mengiktiraf kedaulatan Islam, sesiapa yang mempertikai atau menolak perkara ini perlulah ditegur dan diperbetulkan kerana telah hilangnya kesetiaan pada negara dalam jiwa mereka. Kita bimbang menukar kepada istilah kewarganegaraan sehingga bukan Islam tidak lagi perlu mengiktiraf Islam, boleh sesuka hati mempertikai Islam maka ia telah jauh tersasar daripada siyasah shar’iyyah. Konsep kafir harbi-zimmi mempunyai asas hak dan tanggungjawab, begitu jugalah sepatutnya dalam konsep kewarganegaraan. Tanggungjawab itu hendaklah selamanya berdiri atas asas mengiktiraf kedaulatan Islam. Kalau bukan ini maka ia bukanlah siyasah shar’iyyah.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. - رواه البخاري
Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari qiamat
Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama. Oleh itu, Islam melarang keras perbuatan menzalimi atau menganiayai Muslim yang lain dan membiarkan Muslim yang lain dizalimi. Menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap Muslim membantu dan meringankan beban apabila ada di antara Muslim yang ditimpa musibah serta kesulitan. Orang yang berbuat demikian, Allah SWT akan memperkenankan hajatnya. Betapa besarnya nilai persaudaraan dalam Islam sehingga ia telah menjadi tanggungjawab setiap Muslim agar menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.
Oleh menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu saudara seagama yang berdepan dengan musibah peperangan termasuk di bumi Palestin, Kashmir, Syria, Yaman, Myanmar dan lain-lain. Memperjuangkan nasib saudara seagama bukannya rasis dan melanggar hak asasi manusia malah ia merupakan suatu kewajipan bersama yang akan disoal oleh Allah. Ini adalah isu agama yang melampaui isu kemanusiaan kerana yang sedang membunuh dan menzalimi umat Islam ialah pelampau agama masing-masing. Jangan biarkan umat Islam terus berada dikandang pesalah yang dituduh pengganas sedangkan kita adalah mangsa penindasan. Bangkitlah atas nama Islam untuk Berjaya dunia akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
Kepimpinan Islam,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Khamis, 3 Oktober 2019
Penyatuan Julang Ummah Menuju Jannah
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 45-47 surah al-Anfal:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥﴾ وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِن دِيَارِهِم بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ ﴿٤٧﴾
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.
Sejarah Islam telah memberikan bukti begitu banyak bahwa sedikitnya jumlah mereka bukanlah penyebab utama kekalahan mereka. Perang Badar, perang Tabuk, perang Khandak, perang Mu’tah, hingga peperangan setelah wafatnya Rasulullah s.a.w selalu dimenangkan oleh kaum muslimin, sekalipun jumlah mereka sangat sedikit dan senjata mereka sangat terbatas.
Perang Qadisiah, Yarmuk, Nahawand, hingga penaklukkan Konstantinopel yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih juga memberikan gambaran serupa; kaum muslimin dengan jumlah yang minima, bekal dan persenjataan terbatas, mampu mengalahkan musuh yang jumlah dan persenjataannya jauh berlipat. Kekuatan iman dan persaudaraan serta kecintaan mereka kepada kehidupan akhirat, telah mengantarkan mereka pada kesuksesan di setiap penaklukkan, di samping semangat berkorban dan cinta mati syahid juga menjadi pendorong yang paling kuat untuk tetap bertahan.
Inilah janji Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kaum muslimin, bahwa kemenangan bukan ditentukan oleh jumlah pasukan dan kecanggihan senjata, juga bukan karena banyaknya sarana dan lengkapnya fasilitas. Faktor keimanan dan kebersihan mental setiap pasukan, serta keyakinan yang kuat akan datangnya pertolongan Allah telah membuat mereka selalu pulang dengan kemenangan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah :
وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩﴾
Maksudnya : Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Mengapa hari ini kita saksikan banyak kaum muslimin yang lemah dan kalah di hadapan musuh-musuhnya? Atau, mengapa pada masa dahulu kita juga pernah ‘menyaksikan’ kekalahan yang menimpa kaum muslimin? Adakah faktor lain yang membuat mereka harus kalah dan berlutut di hadapan musuh-musuhnya?
Inilah jawaban yang Allah berikan; Rasulullah mengisyaratkan bahawa pengkhianatan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam atas sebahagian lainnya telah menyebabkan kekalahan mereka di hadapan musuh-musuhnya. Inilah yang saat ini sedang terjadi.
Kehancuran umat Islam bukan oleh kekuatan musuh, bukan kerana kehebatan mereka. Namun akibat adanya pengkhianatan sebahagian umat Islam. Para pengkhianat agama itu bekerjasama dengan thoghut dan orang-orang kafir untuk memerangi saudara segama. Orang-orang Islam yang munafik itu telah menjual darah daging saudaranya kepada musuh-musuh Islam dengan imbuhan yang sedikit.
Ya, di antara mereka saling menawan satu sama lain, saling menikam dari belakang. Sebahagian mereka ada yang menjadi perisik musuh, ada yang menjadi kakitangannya, dan ada pula yang benar-benar menjadi budaknya yang setia.
Sebahagian mereka bekerja kerana tekanan, sebahagian kerana janji kesenangan dunia, sebahagian ada yang kerana kebenciannya kepada umat Islam, namun ada pula yang sekadar untuk bertahan hidup
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 103 surah Ali Imran :
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٠٣﴾
Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya
Menyedari tentang betapa umat Islam wajib dalam mengembalikan semula izzah ummah dan mengulangi semula kegemilangan. Bersatu kerana aqidah dan bertujuan untuk menegakkan kehendak Allah di atas muka bumi ini adalah satu tuntutan Allah dan tidak boleh dipandang ringan dan remeh apatah lagi untuk dipersendaguraukan. Banyak ayat al Quran dan hadis Rasulullah SAW yang memerintahkan umat Islam bersatu padu kerana aqidah bahkan tidak sedikit ayat al Quran dan Hadis Nabi SAW yang mencela perpecahan bahkan memberi amaran keras kepada pemecah belah dan pemutus tali persaudaraan sesama Islam. Semua orang Islam patut tahu perkara asas ini.
Ikatan persaudaraan atas dasar iman akan memimpin Muslim ke syurga. Di hari akhirat kelak, Allah akan memanggil mereka yang membina kasih kerana Allah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :"إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بجَلَالِي؟ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي" - رواه مسلم
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan berkata pada hari kiamat: Siapa yang berkasih sayang keranaKu? Hari ini aku akan memberikan naunganKu, hari dimana tidak ada naungan melainkan naunganKu.”
Mereka yang menjalankan perjanjian untuk menegakkan kalimah Allah disifatkan oleh Rasulullah sebagai sekuat-kuat tali iman. Mereka mencintai dan membenci sesuatu hanyalah kerana Allah. Sabda Rasulullah:
أوْثَقُ عُرَى الإيمَانِ المُوَالاةُ في اللهِ، و المُعادَاةُ في اللهِ, والحُبُّ في اللهِ، والبُغْضُ في اللهِ - رواه الطبراني
Maksudnya : Sekuat-kuat ikatan tali iman adalah mereka yang melakukan persaudaraan dan perseteruan kerana Allah. Sifat cinta dan marah hanya kerana Allah (juga adalah sekuat-kuat tali iman).
Malah Rasulullah mengingatkan kita bahawa seseorang itu tidak akan masuk ke syurga melainkan setelah dia beriman. Dan tidak sempurna iman mereka melainkan setelah mereka menyayangi sesama mereka. Sabda Rasulullah:
لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا - رواه مسلم
Maksudnya :Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak (sempurna iman kamu) sehinggalah kamu berkasih sayang.”
Ikatan perpaduan sesama Muslim serta persaudaraan mereka adalah salah satu jalan yang membawa mereka ke syurga. Marilah kita bersama menyokong usaha perpaduan Muslim.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 61-63 surah al-Anfal:
وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦١﴾ وَإِن يُرِيدُوا أَن يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّـهُ ۚ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ ﴿٦٢﴾ وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٦٣﴾
Maksudnya : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Perpaduan yang diusahakan atas tujuan yang benar adalah penyebab kepada terselamatnya pihak yang bersengketa dari jurang api neraka. Umat Islam wajib menyokong apa jua usaha untuk menyatu padukan umat Islam atas dasar aqidah dan wajib mendahulukan sangkaan baik kepada perpaduan ini . Janganlah meletakkan andaian-andaian buruk, terlajak berani memberikan andaian-andaian buruk sedangkan hati-hati umat Islam hanya mampu dijinakkan oleh Allah SWT.
Kepada pihak-pihak yang sedang terlibat di dalam perpaduan ini, semesti beringat bahawa barangkali ini peluang terakhir yang Allah tawarkan kepada mereka. Jangan khianati Allah, jangan khianati Rasulullah SAW, jangan khianati umat Islam. Oleh itu, hanya menghadkan perpaduan kepada tujuan-tujuan dunia semata-mata, hanya terhad kepada pihak tertentu sahaja yang sangat mendedahkan diri kepada kegelinciran niat dan maksud. Jika ada pihak-pihak mahupun individu yang berniat khianat kepada Allah, Rasul dan umat Islam dan masih mengejar kepentingan peribadi, ingatlah kes mereka sebenarnya akan dikendalikan sendiri oleh ALLAH SWT ! . Bersatulah atas dasar iman untuk selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
Kepimpinan Islam,
khutbah terbaru
Langgan:
Catatan (Atom)