أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Rabu, 9 Disember 2020
Khutbah Jumaat : Halal DiCari, Haram DiHindari, Keberkatan DiMiliki
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun :
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾
Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa:
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم .
Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 88 surah al-Maidah:
وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ ﴿٨٨﴾
Maksudnya : Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Antara usaha kita dalam menghindari bala Allah ialah dengan memperbanyakkan jbadat, zikrullah, doa dan menjauhi maksiat. Punca doa ditolak antaranya akibat terlibat dengan perkara yang haram. Dalam kitab Minhajul Abidin, Imam al-Ghazali menjelaskan ada 3 alasan mengapa kita wajib menjauhkan diri dari memakan makanan yang haram dan syubhat:
[1] Takut pada neraka Jahannam antaranya Firman Allah dalam ayat 10 Surah an-Nisa’
إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا ﴿١٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya, orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepunuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala
[2] orang yang memakan makanan haram dan syubhat tidak pantas beribadah, sebab ibadah yang dikerjakannya ditolak Allah SWT. Hanya orang-orang yang bersih dan suci yang berhak beribadah kepada-Nya.
[3] orang yang makan barang haram dan syubhat, maka ia terhalang untuk melakukan kebaikan, meskipun ia melakukan kebaikan, namun perbuatannya ditolak Allah SWT. Semua yang dilakukannya hanyalah kepayahan, kesedihan, dan mengisi waktu luang belaka saja, tidak lebih daripada itu.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Hadis daripada Anas bin Malik sabda Nabi S.A.W:
قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْخَمْرِ عَشَرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِيَ لَهَا وَالْمُشْتَرَاةَ لَهُ – رواه الترمذي
Maksudnya: Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya.
Ketika kita berbicara tentang usaha kerajaan dalam menghadkan penjualan arak secara terbuka serta pembicaraan kepada mereka yang terlibat dengan rasuah maka Islam mengharamkan perbuatan rasuah dan mencuri dengan nas yang nyata dalam al-Quran dan Hadis. Akan tetapi Islam membenarkan arak bagi penganut agama lain yang membenarkannya, kerana kebebasan individu dan hak bagi diri serta kaumnya sahaja dengan syarat tidak mengganggu masyarakat sekeliling yang lain. Adapun rasuah diharamkan oleh semua agama tanpa sebarang pengecualian. Hukuman bagi perbuatan meminum arak dan rasuah dalam Islam adalah berbeza. Kesalahan meminum arak termasuk dalam jenayah hudud bagi penganut Islam sahaja, dan hukuman hudud tidak boleh dikenakan ke atas golongan bukan Islam. Hukuman bagi mereka yang meminum arak ialah 40 kali sebatan. Manakala hukuman rasuah termasuk dalam hukuman takzir, mengikut kebijaksanaan pemerintah sama ada dijatuhkan hukuman penjara, sebatan, buang daerah, dirampas harta, sehingga dijatuhkan hukuman bunuh, kerana berbeza keadaan pelaku dan tahapnya. Bukan seperti hukuman undang-undang manusia pada hari ini yang sekadar penjara, hukuman denda atau dirampas harta.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 188 surah al-Baqarah:
﴿وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ﴾
Maksudnya : “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.”
Rasulullah SAW juga bersabda berkait dengan bahaya rasuah:
الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِيْ النَّارِ- رواه الطبراني
Maksudnya : “Penerima rasuah dan pemberi rasuah kedua-duanya ke neraka.”
Hukuman meminum arak dan rasuah juga berbeza. Kedua-duanya tetap berbahaya dalam beberapa aspek dan dikenakan hukuman yang berbeza. Maka tidak boleh dinisbahkan mana yang lebih berat dengan timbangan kilogram atau ukuran meter. Apabila salah satunya diharamkan secara mutlak, maka tidak boleh kesalahan lain diberikan lesen untuk berjalan secara mutlak.
Apabila berlaku kebocoran tingkah laku dalam kawalan sehingga masalah itu berleluasa dan mengakibatkan kemudaratan kepada umum, maka boleh dibuat peraturan atau undang-undang tambahan yang melibatkan juga penganut bukan Islam. Contohnya apabila mereka yang mabuk telah menyebabkan berlakunya perlanggaran undang-undang jalan raya.
Pelanggaran undang-undang yang berlaku melibatkan kemalangan yang tidak mengira agama dan bangsa, menganggu masyarakat awam dan mempengaruhi pihak lain dalam masyarakat. Keadaan tersebut akhirnya menghilangkan keharmonian dan keluhuran moral bermasyarakat madani, maka hukum agama dan adat hendaklah dirungkai mengikut Siyasah Syar’iyyah atau Maqasid Syar’iyyah.
Contoh lain seperti undang-undang keselamatan jalan raya yang melibatkan keharmonian masyarakat majmuk secara menyeluruh, maka hendaklah disamakan dan tiada perbezaan antara agama dan adat resam sesuatu kaum.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قال النبي : لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ – رواه البخاري
Maksudnya : Sungguh akan datang kepada manusia suatu zaman, yang saat itu seseorang tidak peduli lagi dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari jalan halal ataukah yang haram.
Apabila disebutkan dalam al-Quran dan Hadis, bermakna kedua-duanya adalah dosa besar yang dihukum di dunia dan akhirat, bukan di dunia sahaja. Jelas wujud perbezaan antara hukum Islam dengan undang-undang ciptaan manusia, kerana hukum Islam mempunyai roh aqidah tersendiri.
Undang-undang ciptaan manusia tidak mempunyai roh aqidah. Berbeza dengan hukum Islam apabila telah mendapat hukuman di dunia mengikut hukum Islam, maka tidak akan dihukum sekali lagi di alam barzakh dan ketika dihidupkan semula di hari akhirat. Sebaliknya jika terlepas daripada hukuman dunia dengan pelbagai helah, maka tetap akan dihukum di akhirat sekiranya tidak bertaubat.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Firman Allah dalam ayat 114-115 surah an-Nahlu:
فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١١٤﴾ إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١١٥﴾
Maksudnya : Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Minggu ini kita dikejutkan dengan terbongkarnya taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia. Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku, dan menjadikan sebuah gudang di Senai, Johor Bahru sebagai lokasi membuat label dan cap palsu yang kemudiannya ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu. Kita bimbang perkara ini berlaku berpunca daripada sifat ketidakjujuran dalam mana-mana rantaian proses import dari negara asal hingga ke pasaran kepada orang awam.Sesiapa yang terbabit dalam kes memalsukan dokumen dan logo halal bagi produk makanan untuk pasaran di negara ini wajib dikenakan hukuman berat.
Umat wajib mengambil berat tentang hukum halal haram samada pada makan minum itu sendiri dan sumber dapatan untuk berkat dunia dan selamat di akhirat
أَرْبَعٌ إِذَا كُنَّ فِيكَ، فَلاَ عَلَيْكَ مَا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا: حِفْظُ أَمَانَةٍ، وَصِدْقُ حَدِيثٍ، وَحُسْنُ خَلِيقَةٍ، وَعِفَّةٌ فِى طُعْمة – رواه أحمد
Maksudnya : Ada 4 perkara apabila keempatnya ada pada dirimu, maka segala urusan dunia yang luput darimu tidak akan membahayakanmu : menjaga amanah, berkata benar, akhlak baik dan menjaga urusan makanan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
Khutbah Eidil Adha,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Khamis, 3 Disember 2020
Khutbah Jumaat : Islam DiJulang Tinggi Protokol Yahudi Di Awasi
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun :
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾
Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa:
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم .
Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”.
Nabi s.a.w juga mengajar kita untuk berdoa seperti :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ : وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ – رواه مسلم
Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan daku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.“
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura:
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾
Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Antara tindakan kita sebagai umat yang beriman apabila diuji dengan sesuatu musibah iaitu :
[1] Segera ambil tindakan disertai muhasabah seperti jika sakit segera berubat
[2] Tetap berfikiran positif dan jangan sama sekali berburuk sangka kepada Allah dengan musibah apapun yang dialami apatah lagi menyalahkan takdir
[3] Jangan mengeluh dan mencela Musibah sebab musibah dalam banyak keadaan menjadi pilihan Allah dalam menjadikan diri kita menjadi hamba yang lebih baik dan ia juga suatu cara pengampunan dosa dan membawa kebaikan-kebaikan lainnya.
قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم
Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Hasyru:
هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ ۚ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا ۖ وَظَنُّوا أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّـهِ فَأَتَاهُمُ اللَّـهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا ۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ ﴿٢﴾
Maksudnya : Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab – dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
Beradanya kita pada bulan Rabiul Akhir mengingatkan kepada suatu peristiwa besar yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Hasyru iaitu pengusiran yahudi Bani Nadhir. Ia berlaku apabila Rasulullah s.a.w datang ke kampung yahudi Bani Nadhir untuk meminta supaya membayar diyat berhubung dengan ‘Ammar bin Umaiyah ad-Dhamri yang telah membunuh 2 orang dari kalangan bani Kilab kerana salah faham. Setelah diberitahu tujuan kedatangan nabi s.a.w maka bani Nadhir menyatakan kesanggupan mereka untuk menunaikan janji itu dan meminta agar Rasulullah s.a.w menunggu di tepi sebuah rumah dalam kampung itu bersama-sama dengan Sayyidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain. Tiba-tiba orang yahudi itu telah membuat pakatan jahat untuk menggugurkan batu dari atas rumah di mana Rasulullah s.a.w berada. Seorang yang bernama ‘Amru bin Jahsy sanggup melakukan kerja itu walau pun salah seorang daripada kalangan mereka telah menegahnya iaitu Salam bin Misykam di mana dia telah memberi amaran dengan katanya : “ Jangan lakukan perkara ini, dia (Rasululllah s.a.w) akan diberitahu dan kerja ini adalah melanggar perjanjian di antara kita dan dia “. Tetapi nasihat itu tidak diendahkan oleh mereka.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Malaikat Jibril telah diperintahkan oleh Allah supaya memberitahu kepada nabiNya tentang perancangan jahat itu. Setelah mendapat berita tersebut lalu Rasulullah s.a.w terus bangun lalu terus pulang dengan segera ke Kota Madinah. Rasulullah s.aw terus menjelaskan kepada para sahabat tentang perancangan jahat yahudi bani Nadhir yang ingin membunuhnya dengan menggugurkan batu dari atas rumah ke atasnya. Selepas itu nabi telah membuat tindakan segera dengan menghantar Muhammad bin Maslamah sebagai utusan untuk memberitahu Bani Nadhir bahawa mereka tidak dibenarkan lagi tinggal di Madinah. Mereka diberi tempoh selama 10 hari untuk meninggalkan Madinah di mana jika mereka gagal berbuat demikian maka hukumannya ialah pancung kepala. Tiada lagi jalan lain untuk mereka berdalih dan melepaskan diri lalu mereka pun membuat persediaan untuk meninggalkan Madinah. Tiba-tiba pemimpin munafiq Abdullah bin Ubai menasihatkan mereka supaya jangan keluar dari Madinah dan mereka hendaklah bertahan dan menentang habis-habisan di mana kaum munafiq mempunyai 2 ribu orang yang akan bersama yahudi bani Nadhir dalam kota bagi menentang Rasulullah s.a.w. Abdullah bin Ubai memberi jaminan bahawa kaum munafiq bersedia untuk mati bersama-sama yahudi bani Nadhir. Allah telah merakamkan pakatan ini dalam ayat 11 surah al-Hasyr :
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِن قُوتِلْتُمْ لَنَنصُرَنَّكُمْ وَاللَّـهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿١١﴾
Maksudnya : Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang munafiq yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli kitab :” Sesungguhnya jika kamu diusir nescaya kami pun akan keluar bersama-sama kamu dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada sesiapa pun untuk menyusahkan kamu dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantu kamu. Sesungguhnya Allah menyaksikan bahawa mereka merupakan kaum yang berdusta.
Sidang Jumaat yang berbahagia
Bala tentera Islam dikerah untuk bertindak ke atas bani Nadhi di mana kampung mereka mesti diserang. Memang menjadi kebiasaan yahudi yang pengecut dan tidak berani bertempur secara berdepan di medan di mana mereka berkubu dalam kota dengan melontar batu dan panah serta berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka. Rasulullah s.a.w telah memerintah supaya kebun dan pokok tamar yang menjadi penghalang serangan agar ditebang dan dibakar. Bersempena dengan arahan ini Allah berfirman dalam ayat 5 surah al-Hasyr :
مَا قَطَعْتُم مِّن لِّينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَىٰ أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّـهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِينَ ﴿٥﴾
Maksudnya : Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon-pohon kurma milik orang-orang kafir itu atau yang kamu biarkan berdiri di atas pokoknya maka semuanya itu adalah dengan izin Allah dan kerana dia hendak membiarkan kehinaan kepada orang-orang yang fasiq
Ketika mereka diserang dan dikepung oleh tentera Islam, rakan-rakan mereka dari kalangan yahudi serta munafik tidak memberi apa-apa bentuk bantuan. Kepungan itu tidaklah lama iaitu 6 hari sahaja(setengah ulama’ mengatakan 15 hari). Sehinggalah Allah mencampakkan ke dalam hati mereka perasaan takut dan gentar, lalu mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Kemudian mereka menghantar utusan untuk menemui Rasulullah s.a.w bagi menyatakan bahawa mereka bersedia keluar dari Madinah.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 14 surah al-Hasyru:
لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ ﴿١٤﴾
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.
Peristiwa ini mengingatkan kita tentang pelbagai cara musuh Islam termasuk yahudi yang dibantu oleh golongan munafik dalam memerangi umat Islam samada secara keras atau lembut. Umat Islam juga perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi
Oleh itu bersungguhlah kita dalam mengetahui sebarang perancangan licik musuh Islam dan bertindak dalam menanganinya untuk Berjaya dunia dan akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khamis, 26 November 2020
Khutbah Jumaat : Perjuangan Nabi s.a.w DiIkuti Ketagihan Arak DiTangani
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 33 surah At Taubah :
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33(
Maksudnya : Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.”
Kita baru sahaja meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w. Dalam masa yang sama janganlah kita terlupa bahawa dalam bulan yang sama turut merakamkan peristiwa yang sedih dan memilukan seluruh umat Islam apabila pada bulan yang sama nabi Muhammad s.a.w diwafatkan. Selepas mengerjakan haji wida’ di Mekah pada tahun ke-10 hijrah lalu baginda s.a.w pulang ke Madinah. Setelah tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah memerintah tentera Islam untuk menyerang Rom yang berkubu di Balqa’, Jordan dan Palestin di mana baginda memilih Usamah bin Zaid sebagai panglima perang.
Setelah persiapan perang telah siap dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada Rasulullah s.a.w maka bermula dari sinilah baginda s.a.w mulai sakit tenat. Pada suatu larut malam, Rasulullah s.a.w telah pergi bersama dengan Muwaihibah ke kawasan perkuburan Baqi’ berhampiran Masjid Nabawi kerana diperintah supaya beristighfar di sana.Sekembalinya dari kawasan perkuburan Baqi’ , Rasulullah s.a.w telah mengadu bahawa kepalanya begitu sakit dan pening kepada ummul mukminin Sayyidatina ‘Aisyah. Peristiwa ini berlaku pada akhir bulan Sofar tahun 11 hijrah.
Pada hari-hari terakhir, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepada hamba antara dunia dengan apa yang ada disisiNya (Allah) maka memilih hamba itu apa yang ada disisi Allah. Mendengar ucapan itu lalu bercucuran air mata Sayyidina Abu Bakar kerana beliau faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan hamba itu ialah diri Rasulullah s.a.w di mana baginda merasai telah hampir saat kewafatannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Wahai Abu Bakar! Jangan engkau menangis, sesungguhnya daripada mereka yang beriman kepadaku pada menemaninya, hartanya ialah Abu Bakar. Jika aku mengambil seorang teman rapat nescaya aku akan menjadikan Abu Bakar tetapi persaudaraan Islam dan kemanisannya. Tidak akan kekal dalam masjid satu pintu melainkan ada penghadang melainkan pintu Abu Bakar. Hadis ini menunjukkan kelebihan Sayyidina Abu Bakar.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Saat kewafatan baginda s.a.w memberi kesan yang begitu besar kepada keimanan segelintir umat Islam pada masa itu sehingga ada yang telah murtad. Ketika keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati selama-lamanya
Kemudian beliau membaca Firman Allah dalam ayat 144 surah Ali ‘Imran :
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٤﴾
Maksudnya : Dan nabi Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah wafat atau terbunuh). Jika demikian, kalau baginda pula wafat atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١﴾
Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan
Ketika saat yang begitu runcing diluar kawalan maka penyelesaian awal telah diambil dengan perlantikan Sayydina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah bertempat di Saqifah Bani Saadah apabila golongan Muhajirin dan Ansor memberi bai’ah taat setia kepadanya. Perlantikan khalifah diselesaikan lebih awal walau pun jenazah nabi s.a.w belum lagi disemadikan pada masa itu kerana bagi menjaga aqidah dan pengurusan umat agar tidak terus berada dalam keadaan yang kucar kacir
Antara ucapan awal Sayyidina Abu Bakar selepas dilantik menjadi khalifah: “Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah di lantik memimpin kamu dan bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka taatilah aku. Sekiranya aku berbuat keburukan, betulkanlah aku. Kebenaran itu amanah dan dusta itu khianat. Orang yang lemah di sisi kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku kembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya jika Allah mengkehendaki. Tidak ada sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah akan menjatuhkan mereka dengan kehinaan. Tidak akan berlaku kemungkaran yang berleluasa di dalam sesuatu kaum melainkan Allah akan menurunkan bala’ kepada mereka seluruhnya. Taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Maka sekiranya aku memaksiati Allah dan Rasul-Nya, maka tidaklah perlu kamu mentaatiku. Bangunlah untuk menunaikan solat., semoga Allah mengasihi kamu
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 58 surah an-Nisaa’ :
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ﴿٥٨﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Ketika menyoroti tugas berat yang telah dilaksanakan oleh Sayyidina Abu Bakar dalam mengawal keadaan umat antaranya menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu sekaligus mendaulatkan kerajaan Islam Madinah, memerangi kaum yang enggan membayar zakat, membebaskan negeri-negeri di bawah naungan Rom dan Parsi di mana Tentera Islam yang diketuai panglima Khalid bin al-Walid turut berjaya mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar seperti Parsi di sebelah Timur dan serangan kerajaan Rom Timur di sebelah Barat. Beliau juga mengumpul semula semua naskah al-Quran di mana beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya mengumpulkan semua tulisan ayat al-Quran serta menyalinnya semula. Jasa yang begitu besar kepada dunia Islam ini telah menjulang nama Sayyidina Abu Bakar dengan gelaran Penyelamat Umat Islam.
Tugas berat ini menunjukkan bahawa kepimpinan Islam bukan sahaja mengurus tugas dakwah, ibadat khusus malah merangkumi politik, ekonomi, sosial dan cara hidup manusia berlandaskan Islam. Tiada system yang lebih baik dan menyeluruh selain daripada Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Kepimpinan adalah suatu tanggungjawab yang besar di mana ada yang menjurus kepada Syurga dengan tunduk patuh kepada Islam dan ada yang membawa kepada Neraka bila menurut hawa nafsu. Isu terbaru di mana kita mendukung tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengeluarkan garis panduan dan syarat permohonan lesen minuman keras yang baharu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pujian harus diberikan kepada DBKL atas usaha proaktif yang sebelum ini telah mengeluarkan syarat pembekuan lesen baharu penjualan arak. Ketegasan terhadap penjualan minuman keras ini secara tidak langsung dapat mengatasi sebahagian daripada masalah sosial masyarakat, seperti kemalangan jalan raya, kematian, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan jenayah keganasan. Di samping itu, ketegasan ini juga dapat membantu dari aspek kesihatan seperti mencegah penyakit kanser serta penyakit lain yang berbahaya. Sebagai contoh, satu penyelidikan oleh Peter Anderson terhadap kesan pengambilan alkohol menyumbang 40 peratus daripada sembilan juta kanak-kanak bagi kes keganasan dan penderaan di Eropah.
Kita yakin bahaya arak bukan sahaja merosakkan akal peminum malah membahayakan nyawa orang lain. Sebab itu di Negara maju seperti Australia dan United Kingdom (UK) tidak membenarkan penjualan dan minum arak secara terbuka. Taiwan pula merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius. Sebab itu terdapat akta mengenai kesalahan memandu dengan pengaruh alkohol di seluruh dunia.
Majoriti agama besar mengharamkan arak. Malah secara logiknya juga manusia menolak akan kemudharatan terhadap pengambilan arak. Jika dibandingkan antara kebaikan dan keburukkannya nescaya senarai keburukkannya terlalu banyak untuk disenaraikan.
Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩﴾
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Isnin, 9 November 2020
Syafaat Nabi s.a.w Jadi Idaman, Penghina Nabi DiTentang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Cinta adalah ungkapan yang sering diucapkan. Kalimah cinta menggambarkan perasaan sangat sayang terhadap sesuatu atau seseorang sama ada antara suami dan isteri; ibu dan anak; sesama kaum keluarga serta kaum kerabat. Cinta itu bukan sekadar tumbuh subur di dalam jiwa bahkan suatu tindak tanduk yang dapat diukur melalui tingkah laku seseorang. Sebagai Muslim, kita tidak dapat lari daripada membicarakan perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan juga rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. Baginda diutuskan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar melalui tunjuk ajar dan tindak tanduknya.
Mari kita renungkan sifat cinta Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda dikurniakan Allah SWT sebagai seorang insan yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Kasih sayang Rasulullah s.a.w kepada umatnya begitu tinggi sehingga baginda memperjuangkan Islam hingga sampai kepada kita walau pun banyak sekali ujian, ancaman, kesulitan hingga ancaman kematian terhadap baginda. Namun begitu baginda tetap memperjuangkan Islam hingga kita mampu merasai kemanisan Islam ini.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 23 surah Saba’ :
وَلَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
Maksudnya : Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan-mu?” Mereka menjawab: (Perkataan) yang benar”, dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar
قال الرسول: لِكُلِّ نَبِىٍّ دَعْـوَةٌ مُسْـتَجَابَةٌ فَتَعَجَّـلَ كُلُّ نَبِىٍّ دَعْوَتَـهُ وَإِنِّى اخْتَبَأْتُ دَعْـوَتِى شَــفَاعَةً لأُمَّـتِى يَوْمَ الْقِيَـامَـةِ فَهِىَ نَائـِلَةٌ إِنْ شَـاءَ اللَّهُ مَنْ مَـاتَ مِنْ أُمَّـتِى لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا – رواه مسلم والترمذي وابن ماجه وأحمد
Maksudnya : Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajabah, maka setiap Nabi doanya dikabulkan segera, sedangkan saya menyimpan doaku untuk memberikan syafaat kepada umatku di hari kiamat. Syafaat itu insya Allah diperoleh umatku yang meninggal tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun
Tanda cinta Nabi SAW turut dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak. Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka.
Qadhi Iyadh menukil dalam kitab “asy Syifa Fii Huquqi al Musthafa” bahwa syafaat itu terbagi menjadi 5 bahagian :
Syafaat Pertama: Khusus dengan perantaraan Nabi Muhammad SAW yang bersifat menenangkan situasi dan mempercepat hisab kerana lamanya berdiri di padang Mahsyar pada hari qiamat. Tidak ada yang boleh memberikan syafaat ini kecuali nabi Muhammad SAW, dan ini merupakan “syafaat uzhma (syafaat paling agung)”.
Syafaat Kedua: Untuk memasukkan kaum ke Syurga tanpa hisab yang juga khusus pada Nabi kita SAW
Syafaat Ketiga: Untuk kaum yang ditetapkan masuk neraka, lalu Nabi SAW memberikan syafaat kepada mereka dan siapa saja yang dikehendaki Allah, sehingga mereka selamat dari dimasukkan ke dalam neraka.
Syafaat Keempat: Bagi orang-orang yang penuh dosa yang telah masuk neraka. Telah datang hadis-hadis sohih dengan mengeluarkan mereka dari neraka lantaran syafaat Nabi kita SAW, seluruh para Nabi as., para malaikat, dan orang-orang shalih dari hamba-hamba Allah yang mukmin.
Syafaat Kelima: Tentang penambahan darjat kedudukan di dalam surga untuk ahli Syurga yang amal-amalnya tidak cukup untuk mencapainya. Nabi Muhammad SAW pemilik wasilah yang paling tinggi kedudukannya di dalam Syurga.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه
Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
Pada tahun ini ketika baru memasuki bulan Rabiul Awwal tiba-tiba dunia dikejutkan dengan tragedi berdarah apabila seorang guru subjek Sejarah sebuah sekolah di Perancis telah dibunuh dengan kepalanya dipenggal oleh seorang pemuda Islam sebagai respon balas terhadap gurunya yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan menayangkan beberapa lukisan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW kepada pelajar-pelajarnya di dalam bilik darjah atas dasar hak kebebasan bersuara. Kita tidak seharusnya menyalahkan pemuda itu sahaja yang bertindak melampau kerana tindakan Presiden Perancis dan pelukis kartun yang menghina Baginda SAW lebih melampau sehingga mencetuskan provokasi yang keterlaluan.
Rasulullah SAW melarang para sahabat menghina sahabat yang lain apabila ada kalangan ayah mereka yang bukan Islam dibunuh dalam Perang Badar kerana menyerang umat Islam. Ini semata-mata bagi menghormati perasaan dan fitrah yang ada dalam hati seseorang manusia yang normal fikirannya. Seandainya Presiden Perancis itu berfikiran normal, maka apakah perasaannya jika dilukis dan dilakarkan kartun yang menghina ayah, ibunya mahupun dirinya sendiri?. Sudah pasti dia sendiri pun mempunyai perasaan marah jika perkara itu dilakukan di hadapannya. Sekiranya dia tidak rasa marah apabila dilakukan sedemikian, itu menandakan dia seorang yang berada di luar tabii manusia biasa.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 112 surah Al-An’am :
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
Maksudnya : Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”
Jika kita meneliti sirah Nabi S.A.W, Baginda telah dihina dan dicerca dengan pelbagai bentuk dan cara, bukanlah kerana Baginda seorang yang jahat atau melakukan kezaliman dan provokasi kepada orang lain, bahkan hanyalah kerana Baginda menyampaikan kebenaran dan berdialog dengan cara terbaik dalam berdakwah. Baginda pernah dituduh dan diburukkan karakternya dengan pelbagai gelaran seperti gila, penipu, ahli sihir, dirasuk jin dan lain-lain lagi yang amat jauh dari keperibadian sebenar Baginda, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah manusia semakin ramai mengenali Islam dan memeluk Islam setelah mengenali Baginda dan ajaran Islam dalam wajahnya yang sebenar.
Selain itu, kita juga dapat saksikan dalam sejarah Islam akibat daripada penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W yang mana ia membawa kemusnahan terhadap diri atau kumpulan itu sendiri, antaranya kisah Raja Parsi. Raja Parsi pernah mengoyak surat Rasulullah S.A.W dan menghina Baginda dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W hanya setaraf hambanya sahaja. Lalu Baginda S.A.W mendoakan supaya Allah mengoyakkan kerajaannya dan akhirnya Allah S.W.T telah memakbulkan doa Baginda sehingga jatuhnya empayar Parsi dengan penuh kehinaan dan tidak pernah bangkit semula hingga ke hari ini.
Kita percaya para penghina Rasulullah S.A.W akan ditimpakan oleh Allah S.W.T dengan kehinaan sama ada di dunia atau akhirat. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah S.W.T meruntuhkan kerajaan Perancis kerana biadap menghina kekasihNya.
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Pada Disember 2019, Kerajaan Perancis telah meluluskan undang-undang anti semitik iaitu menjadi kesalahan jika melakukan perbuatan dalam bentuk apa sekalipun jika didapati ia adalah anti semitik mahupun anti Zionisme seperti menghina atau melakukan sesuatu yang memberikan imej buruk kepada Yahudi mahupun Israel. Ia jauh berbeza bila dilakukan terhadap Islam dan pemimpin agungnya Nabi Muhammad SAW, ianya tidak menjadi kesalahan malah sememangnya akan dikategorikan sebagai hak kebebasan bersuara . Inikah sikap Perancis dan pemimpinnya, sebuah negara yang penuh dengan ketamadunan, sejarah dan intelektual? Bersikap berat sebelah dan “double standard” terhadap agama dan pemimpin agung agama lain namun melindungi Yahudi dan Zionisme hingga digubal undang-undang? Dimanakah keadilan diletakkan jika hanya melindungi segolongan pihak tetapi membiarkan yang lain?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 33 surah At Taubah :
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33(
Maksudnya : Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.”
Umat Islam mestilah bangkit membantah penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W mengikut cara yang dianjurkan oleh syarak, akal yang waras dan akhlak dalam menangani perbezaan agama dan aliran. Tidak boleh menolak mudarat dengan mendatangkan mudarat yang lebih besar. Tidak boleh melampau dalam bertindak balas, serta tidak boleh juga berserah dan berdiam diri kerana itu adalah sikap orang yang dayus serta lemah iman. Hari ini hampir seluruh dunia Islam khususnya di Timur Tengah melancarkan boikot terhadap barangan keluaran Perancis. Banyak pasar raya di Timur Tengah mengeluarkan barangan Perancis dari kedai-kedai mereka. Apabila dilancarkan kempen boikot ini dianggarkan kerugian Perancis melebihi USD 1 bilion sehari. Ini menunjukkan betapa kuatnya kesan dan pengaruh Dunia Islam terhadap ekonomi dan perdagangan Barat.
Selain daripada usaha memboikot barangan buatan Perancis, umat Islam juga mestilah tidak putus menyampaikan dakwah dan menyebarluaskan gambaran sebenar berkenaan Islam dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.
Biar bermandi darah namun penghinaan terhadap nabi s.a.w wajib disanggah, biar bercerai nyawa dari badan namun kemuliaan nabi s.a.w kami tetap pertahankan, biar nyawa melayang asalkan maruah dan agama kami perjuangkan. Jangan bermain api dengan umat Islam buruk padahnya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 30 Oktober 2020
Cinta Nabi s.a.w DiJulang, Penghina Nabi DiTentang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
Keberadaan kita pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik kepada kembali MengEsakan Allah, daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk kepada suluhan wahyu, daripada sikap kebinatangan kepada akhlak yang mulia. Kita sebagai umat yang beriman begitu yakin bahawa pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai contoh teladan yang terbaik dari pelbagai aspek kehidupan samada cara berkeluarga, cara berekonomi, cara bersosial, cara berpolitik, cara bernegara dan sebagainya. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka setiap tindak tanduk kita akan membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah mampu menyebar luaskan kebaikan kepada sekitar. Hanya umat yang meyakini bahawa perlunya kita kepada pengutusan nabi untuk membimbing umat manusia dalam mengurus kehidupan dunia berteraskan agama bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti. Islam melarang kita mendewakan nabi sehingga dianggap sebagai Tuhan sebagaimana sesatnya Kristian yang mempertuhankan nabi Isa a.s .
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Individu manakah yang lebih kita kenal dan sanjung antara peribadi nabi s.a.w atau artis, pemain sukan dan selainnya yang kita lebih minati. Adakah kita sudah mempunyai seseorang yang kita sanjung dan junjung sepanjang hidup di dunia ini untuk kita bangkit bersama mereka bila keluar daripada lubang kubur menuju ke padang Mahsyar nanti. Nabi s.a.w mengingatkan kita bahawa seseorang itu akan bangkit daripada kuburnya bersama dengan orang yang paling dia kasih semasa hidup di dunia ini. Berapa banyak hadis nabi s.a.w yang telah kita hafaz dan amalkan dalam kehidupan seharian.
Seorang muslim yang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w semestinya dia selalu berusaha untuk meneladani sunnah nabi s.a.w dalam kehidupannya mengikuti petunjuk dan perbuatan baginda s.a.w. Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat 31 surah Ali ‘Imran berkata, “Ayat yang mulia ini merupakan hakim (pemutus perkara) bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah, akan tetapi dia tidak mengikuti jalan (sunnah) Rasulullah s.a.w, maka dia adalah orang yang berdusta dalam pengakuan tersebut dalam masalah ini, sampai dia mahu mengikuti syariat dan agama (yang dibawa oleh) Nabi Muhammad s.a.w dalam semua ucapan, perbuatan dan keadaannya”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه
Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
2 minggu lepas dunia dikejutkan dengan tragedi berdarah apabila Samuel Paty, seorang guru subjek Sejarah sebuah sekolah di Perancis telah dibunuh dengan kepalanya dipenggal oleh seorang pemuda Islam sebagai respon balas terhadap gurunya yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan menayangkan beberapa lukisan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW kepada pelajar-pelajarnya di dalam bilik darjah untuk berbincang di atas dasar hak kebebasan bersuara. Kita tidak seharusnya menyalahkan pemuda itu sahaja yang bertindak melampau kerana tindakan Presiden Perancis dan pelukis kartun yang menghina Baginda SAW lebih melampau sehingga mencetuskan provokasi yang keterlaluan.
Rasulullah SAW melarang para sahabat menghina sahabat yang lain apabila ada kalangan ayah mereka yang bukan Islam dibunuh dalam Perang Badar kerana menyerang umat Islam. Ini semata-mata bagi menghormati perasaan dan fitrah yang ada dalam hati seseorang manusia yang normal fikirannya. Seandainya Presiden Perancis itu berfikiran normal, maka apakah perasaannya jika dilukis dan dilakarkan kartun yang menghina ayah, ibunya mahupun dirinya sendiri?. Sudah pasti dia sendiri pun mempunyai perasaan marah jika perkara itu dilakukan di hadapannya. Sekiranya dia tidak rasa marah apabila dilakukan sedemikian, itu menandakan dia seorang yang berada di luar tabii manusia biasa.
Namun pada dasarnya, dia mestilah kembali kepada hak asasi manusia yang berbeza dengan hak makhluk yang lain. Termasuklah hak binatang sehingga ia menjadi agenda perjuangan kumpulan pencinta alam di negara Barat. Memberi hak kebebasan tidak bermakna diizinkan kebebasan mencuri, merompak sehingga membunuh secara bebas sepertimana binatang buas, juga tidak bermakna dibolehkan bertelanjang di tengah khalayak ramai kerana amalan itu ditolak oleh semua agama dan manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan yang sebenar.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 112 surah Al-An’am :
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
Maksudnya : Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”
Jika kita meneliti sirah Nabi S.A.W, Baginda telah dihina dan dicerca dengan pelbagai bentuk dan cara, bukanlah kerana Baginda seorang yang jahat atau melakukan kezaliman dan provokasi kepada orang lain, bahkan hanyalah kerana Baginda menyampaikan kebenaran dan berdialog dengan cara terbaik dalam berdakwah. Baginda pernah dituduh dan diburukkan karakternya dengan pelbagai gelaran seperti gila, penipu, ahli sihir, dirasuk jin dan lain-lain lagi yang amat jauh dari keperibadian sebenar Baginda, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah manusia semakin ramai mengenali Islam dan memeluk Islam setelah mengenali Baginda dan ajaran Islam dalam wajahnya yang sebenar.
Selain itu, kita juga dapat saksikan dalam sejarah Islam akibat daripada penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W yang mana ia membawa kemusnahan terhadap diri atau kumpulan itu sendiri, antaranya kisah Raja Parsi. Raja Parsi pernah mengoyak surat Rasulullah S.A.W dan menghina Baginda dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W hanya setaraf hambanya sahaja. Lalu Baginda S.A.W mendoakan supaya Allah mengoyakkan kerajaannya dan akhirnya Allah S.W.T telah memakbulkan doa Baginda sehingga jatuhnya empayar Parsi dengan penuh kehinaan dan tidak pernah bangkit semula hingga ke hari ini.
Kita percaya para penghina Rasulullah S.A.W akan ditimpakan oleh Allah S.W.T dengan kehinaan sama ada di dunia atau akhirat. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah S.W.T meruntuhkan kerajaan pimpinan Emmanuel Macron kerana menghina kekasihNya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 33 surah At Taubah :
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33(
Maksudnya : Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.”
Umat Islam mestilah bangkit membantah penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W mengikut cara yang dianjurkan oleh syarak, akal yang waras dan akhlak dalam menangani perbezaan agama dan aliran. Tidak boleh menolak mudarat dengan mendatangkan mudarat yang lebih besar. Tidak boleh melampau dalam bertindak balas, serta tidak boleh juga berserah dan berdiam diri kerana itu adalah sikap orang yang dayus serta lemah iman. Hari ini hampir seluruh dunia Islam khususnya di Timur Tengah melancarkan boikot terhadap barangan keluaran Perancis. Banyak pasar raya di Timur Tengah mengeluarkan barangan Perancis dari kedai-kedai mereka. Apabila dilancarkan kempen boikot ini dianggarkan kerugian Perancis melebihi USD 1 bilion sehari. Ini menunjukkan betapa kuatnya kesan dan pengaruh Dunia Islam terhadap ekonomi dan perdagangan Barat.
Jika Dunia Islam bersatu membantah dan memboikot ekonomi dan sebarang urusniaga dengan pihak yang menghina Islam, sudah pasti tiada pihak yang berani memperlekehkan Islam. Yang penting usaha dan pilihan itu berada di dalam tangan kita sendiri. Adakah kita rela membiarkan maruah kita dan Nabi kita dihina musuh atau bangkit mempertahankan hak dan maruah kita sebagai umat beriman?
Akibat daripada kempen boikot yang dilancarkan ini, Perancis mula terasa bahang akibat keceluparan mereka sendiri sehingga ada dari kalangan menterinya yang menyeru supaya dihentikan boikot kerana kononnya ia dianjurkan kumpulan radikal. Dalam masa yang sama Islam melarang umatnya menghina dan memperlekehkan agama lain.
Selain daripada usaha memboikot barangan buatan Perancis, umat Islam juga mestilah tidak putus menyampaikan dakwah dan menyebarluaskan gambaran sebenar berkenaan Islam dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.
Biar bermandi darah namun penghinaan terhadap nabi s.a.w wajib disanggah, biar bercerai nyawa dari badan namun kemuliaan nabi s.a.w kami tetap pertahankan, biar nyawa melayang asalkan maruah dan agama kami perjuangkan. Jangan bermain api dengan umat Islam buruk padahnya.
قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم : لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الْأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ ، وَلَا يَتْرُكُ اللَّهُ بَيْتَ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ إِلَّا أَدْخَلَهُ اللَّهُ هَذَا الدِّينَ ، بِعِزِّ عَزِيزٍ أَوْ بِذُلِّ ذَلِيلٍ ، عِزًّا يُعِزُّ اللَّهُ بِهِ الْإِسْلَامَ ، وَذُلًّا يُذِلُّ اللَّهُ بِهِ الْكُفْرَ – رواه أحمد والبيهقي
Maksudnya : Sungguhnya perkara ini akan sampai ke seluruh dunia sebagaimana malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik di kota mahu pun di desa kecuali Allah akan memasukkan agama ini dengan kemuliaan yang dimuliakan atau kehinaan yang dihinakan: kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan Islam dan kehinaan yang dengannya Allah menghina-dinakan kekufuran
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 9 Oktober 2020
Maksiat DiHindari Ibadat DiGandai Keberkatan DiMiliki
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Anbiya’ :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Telah menjadi sunnah ketetapan Allah di mana setiap diri manusia akan dicuba, akan diuji, akan diperiksa samada kenyataan kepada keimanan mereka kepada Allah dan seluruh ajaranNya melalui kata-kata mereka adalah betul dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan mereka atau pun hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Kita sebagai umat akhir zaman yang hidup dalam zaman yang penuh cabaran fitnah maka mesti mempunyai bekalan ilmu dan aqidah yang kukuh agar segala keyakinan kita di hati diikuti dengan pengucapan kita di mulut dan disertakan dengan pengamalan terhadap seluruh kewajipan agama sebagai tanda tunduk dan patuh kepada perintah Allah samada dalam keadaan senang atau susah, sihat atau sakit, muda atau tua, lapang atau suntuk. Betapa ramai umat manusia sebelum kita telah diuji oleh Allah sehingga jelaslah kedudukan iman dan penyerahan diri mereka samada mereka benar-benar beriman sehingga sanggup menyerahkan seluruh jiwa raga untuk Islam dan tidak kurang mereka yang tewas disebabkan keyakinan yang nipis terhadap Allah walau pun mulut mereka lantang menyatakan bahawa mereka merupakan umat yang beriman kepada Allah tetapi apabila datangnya ujian dan cabaran maka mereka tidak mampu menghadapinya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 11 surah al-Haj :
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
Maksudnya : Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
Seluruh dunia hari ini sedang berdepan dengan musibah covid 19 termasuk negara kita di mana kes jangkitan akhir-akhir ini semakin meningkat. Ini memerlukan kerjasama semua pihak dalam mematuhi garis panduan penjagaan diri masing-masing daripada sebarang perkara yang boleh mendedah kepada jangkitan. Sebagai seorang muslim maka ketika berdepan dengan musibah ini hendaklah kita meningkatkan amal ibadat kepada Allah, menjauhi dosa maksiat serta memperbanyakkan doa agar Allah mengangkat musibah yang melanda ini.
Tingkatan sikap manusia ketika menghadapi ujian atau dalam menerima takdir Allah iaitu : [1] Marah dengan takdir Allah yang berlaku. Boleh jadi dia marah dalam hatinya dengan bergumam, diucapkan dengan lisannya. Orang yang marah dengan takdir Allah, maka dia dibimbangi terjerumus dalam perbuatan kufur dengan sebab dia mencela takdir di mana marah kepada takdir pada hakikatnya marah kepada Allah. [2] Sabar sebagaimana ungkapan seorang penyair arab,
الصَّبْرُ مِثْلُ اسْمِهِ مُرٌّ مَذَاقَتُهُ ** لَكِنَّ عَوَاقِبَهُ أَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ
Sabar itu memang seperti namanya (sebuah nama tumbuhan), yang rasanya pahit
Namun hasil dari kesabaran akan lebih manis dari madu
Ketika seseorang merasakan beratnya ujian dan tidak suka dengan ujian yang menimpanya, namun ia lebih memilih bersabar sehingga ia merasa ada atau tidaknya ujian sama saja. Meskipun ia tidak menyukainya, namun keimanannya menghalanginya untuk marah. Bersabar ketika menghadapi ujian hukumnya wajib, dan seseorang yang tidak bersabar ketika itu akan terjerumus dalam dosa. Dan sabar adalah tingkatan yang paling minima yang dimiliki oleh seorang Muslim ketika menghadapi ujian.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
قال النبي : مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ – رواه البخاري مسلم
Maksudnya : “Tidaklah suatu kelelahan, sakit, kesedihan, kegundahan, bahkan tusukan duri sekali pun, kecuali akan menjadi penghapus dosa baginya.”
Tingkatan ke-[3] lebih tinggi dari tingkatan sebelumnya, iaitu redha atas setiap ujian yang datang. Dia menjadikan ujian dan nikmat yang menimpanya sama saja, iaitu sama-sama bahagian dari takdir dan ketetapan Allah
[4] Syukur di mana iaadalah tingkatan tertinggi dan yang paling utama dalam menghadapi ujian. Dia mampu bersyukur atas musibah yang menimpanya yang membolehkan dia menjadi hamba Allah yang penuh rasa syukur ketika dia melihat masih ramai orang lain yang lebih berat musibahnya dibandingkan dirinya. Musibah dalam hal dunia lebih ringan dibandingkan musibah dalam hal agama, kerana azab di dunia lebih ringan dibandingkan azab di akhirat nanti.Pada hakikatnya, musibah adalah penghapus dosa dan akan menjadi tambahan kebaikan di sisi Allah tatkala dia menjadi hamba yang bersyukur
قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم
Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 58 surah an-Nisa’ :
﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا٥٨﴾
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia (semuanya dalam masyarakat majmuk) supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Ingatlah al-Quran telah menegaskan bahawa Allah menciptakan manusia berbeza daripada makhluk yang lain. Tujuan hidup manusia adalah: [1]Beribadat dalam setiap aspek kehidupan [2] Berkhilafah iaitu mentadbir urusan dunia berdasarkan agama [3] Menunaikan amanah dengan menegakkan petunjuk Allah yang adil kepada semua manusia dan alam semesta.
Hidup manusia bukanlah untuk makan dan diperhambakan kepada makhluk selain menjadi hamba kepada Allah. Sesungguhnya manusia itu makan untuk hidup dan berhikmah, bukan seperti makhluk yang hidup semata-mata untuk makan dan dimakan. Sesuai dengan kejadian manusia itu dicipta sebagai khalifah di bumi, maka Allah yang Maha Pencipta bukan saja mencantikkan kejadian manusia itu, malah menganugerahkan nikmat akal untuk membezakannya daripada makhluk lain. Dengan akal dan berpandukan pula ajaran Islam yang syumul lagi lengkap, maka peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah tentunya besar dan berat. Ia bukan hanya sekadar menyempurnakan tanggungjawab terhadap Penciptanya saja, iaitu Allah, malah bertanggungjawab terhadap hubungannya sesama manusia dan alam sekitar. Pendeknya, Islam meletakkan keseluruhan tanggungjawab ini di bawah satu peranan umum iaitu pengabdian yang sepenuhnya, hanya kepada Allah.
Oleh itu, pemikiran yang dianut oleh mereka yang mengatakan kehidupan manusia tidak mempunyai matlamat dan tujuan tertentu, adalah salah. Tidak kira sama ada ia berpandukan ajaran Islam atau sains sekular, masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan tertentu. Tetapi matlamat dan tujuan itu tentunya tidak sama. Bagi seorang materialis, kehidupannya adalah berdasarkan kepada fahaman kebendaan manakala bagi seorang sosialis pula, dia akan cuba menekankan konsep kesamarataan dalam masyarakat. Bagi seorang kapitalis pula, dia akan berusaha memungut keuntungan semaksimum mungkin, hasil daripada sistem yang diciptanya sendiri. Pendek kata, setiap manusia atau masyarakat itu mempunyai matlamat dan tujuan tertentu.
Malangnya, matlamat dan tujuan itu diseleweng dan disalah tafsir mengikut hawa nafsu dan demi mementingkan kehidupan duniawi semata-mata. Mereka beranggapan ilmu yang dimiliki mampu untuk menguasai manusia dan dunia serta apa saja yang mereka hajati. Dari aspek lain pula, pendukung sekularisme berpandangan bahawa, agama dan kehidupan duniawi adalah sesuatu yang perlu dipisahkan. Bagi mereka, segala bentuk kepercayaan agama yang membawa kepada ketaatan kepada Allah serta memelihara batasan syariah adalah terhad kepada amalan peribadi saja manakala perkara umum yang membabitkan kehidupan manusia secara keseluruhannya, perlu diatasi dengan kekuatan kebendaan semata-mata.
Sebaliknya, Islam mengajar penganutnya yang juga khalifah di bumi ini, supaya dapat mengimbangi kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat sewajarnya. Di samping menganjurkan umatnya supaya beramal sebagai bekalan pada akhirat, Islam tidak pernah pula melarang umatnya daripada berusaha untuk kesejahteraan hidup di dunia. Yang berbeza adalah kaedah yang disarankan oleh Islam untuk berusaha bagi mencapai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١﴾
Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khamis, 3 September 2020
Hijrah Membina Negara Merdeka
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala su ruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 77-78 surah Thoha :
وَلَقَدْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي فَاضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِي الْبَحْرِ يَبَسًا لَّا تَخَافُ دَرَكًا وَلَا تَخْشَىٰ ﴿٧٧﴾ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ بِجُنُودِهِ فَغَشِيَهُم مِّنَ الْيَمِّ مَا غَشِيَهُمْ ﴿٧٨﴾
Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam". Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu dia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.
Kini lebih seminggu kita berada di bulan Muharram tahun baru 1442H di mana bulan Muharram merupakan salah satu dari 4 bulan haram yang dimuliakan oleh Allah. Salah suatu amal soleh yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w untuk dikerjakan pada bulan Muharram ini ialah memperbanyakkan puasa sunat.
قَالَ الرسول e: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ – رواه مسلم
Maksudnya : Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.”
Begitu juga galakan khusus untuk berpuasa sunat hari ke-10 Muharram
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ e: .. وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” – رواه مسلم
Maksudnya : … Adapun puasa hari Asyura (iaitu hari ke-10 Muharram), pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat 92 surah Yunus :
فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ ﴿٩٢﴾
Maksudnya : "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".
Bulan Muharram turut mencatatkan beberapa peristiwa besar termasuk pada 10 Muharram yang merupakan hari diselamatkan nabi Musa as dan pengikutnya daripada dikejar oleh Firaun. Pada hari tersebut juga Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan apabila Laut Merah kembali bercantum. Apa yang lebih hebat bila kita dapat melihat bagaimana mukjizat al-Quran yang menceritakan secara jelas tentang tubuh Firaun yang tidak lenyap hancur ditelan air laut sebaliknya diselamatkan mayatnya sehingga diawet menjadi mumia untuk simpanan di Muzium Mesir. Sejarah moden menyaksikan adanya pengkaji termasuk dari Perancis yang mengakui bahawa tubuh Firaun ini kekal hingga hari ini. Ini suatu pengajaran besar kepada kita semua
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Maidah :
يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّـهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ ﴿٢١﴾
Maksudnya: (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".
Perintah Nabi Musa a.s kepada pengikutnya untuk masuk ke Tanah Suci Palestin merupakan perintah Allah Taala. Justeru, Nabi Musa a.s tidak melakukan tindakan dengan semberono malah melakukan perancangan rapi bagi memastikan kaumnya tidak merasakan dukacita di atas setiap arahan Allah. Melihat kepada tindakan nabi Musa as adalah hampir sama dengan Hijrah Rasulullah s.a.w apabila Nabi Muhammad saw telah menyusun strategi dan perancangan yang rapi bagi memastikan perjalanan ke Madinah selamat dan mencapai matlamat. Hijrah nabi sa.w bukan pelarian kerana ia adalah Perintah Allah yang dijanjikan kemuliaan dunia akhirat. Jika hanya untuk lari daripada kejahatan kafir Quraisy sudah pasti nabi s.a.w terus berhijrah ke Habsyah bersama sebahagian umat Islam. Hijrah nabi merupakan Strategi dakwah dan politik Islam bukan melarikan diri apabila didahulukan dengan Baiah Aqabah Pertama dan Baiah Aqabah Kedua dengan wakil penduduk Madinah sebelum berlangsungnya peristiwa hijrah yang bersejarah. Baiah atau janji taat setia ini bukan sahaja terkandung akuan beriman semata-mata malah Baiah Aqabah kedua turut menekankan rasa tanggungjawab dan kesediaan untuk melantik nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin serta sanggup gugur syahid dalam menjaga nabi s.a.w. Perkara ini sudah pasti tidak didapati oleh seorang pelarian. Malah hijrah nabi s.a.w mendapat jemputan dan disambut oleh kaum Ansar secara rela dan penuh kegembiraan. Oleh itu sesuatu gelaran yang tidak layak kepada nabi s.a.w termasuk pelarian wajib dijauhi agar tidak merosakkan pahala amalan dan agama itu sendiri
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قال الرسول e : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ - رواه البخاري وأبو دأود والنسائي
Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya
Hijrah nabi Musa as dan nabi Muhammad s.a.w bukan hanya untuk merdekakan umatnya daripada penindasan kerajaan yang sesat dan zalim malah Berjaya membina Daulah yang merdeka daripada kesesatan dan kezaliman. Gerunnya Firaun kepada kelahiran nabi Musa as sehingga sanggup membunuh anak lelaki dari bani Israil kerana bimbang kerajaannya akan tumbang. Allah mengatur segala perancangan dengan begitu hebat apabila nabi Musa as bukan sahaja diselamatkan daripada dibunuh ketika kecil malah dibesarkan dalam istana Firaun. Akhirnya kerajaan Firaun jatuh menyembam tanah akibat kekufuran dan kezaliman.
Begitulah kejayaan nabi Muhammad s.a.w membina Daulah Islamiah di Madinah bukan setakat terhenti di situ malah akhirnya nabi s.a.w bersama umat Islam Berjaya kembali ke Mekah beberapa tahun selepas itu bukan setakat untuk menunai ibadat malah diberikan kemenangan yang gemilang dengan pembukaan kota Mekah sehingga mekah dimerdekakan daripada kesesatan dan kezaliman.
Oleh itu antara pengajaran besar daripada hijrah ialah melaksanakan hijrah dalam diri kita seterusnya ahli keluarga, masyarakat sekitar, negeri, negara dan alam sejagat kepada tunduk patuh kepada perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Malah dalam suasana kita masih belum bebas daripada musibah covid 19 maka antara perkara yang wajib kita buat ialah memperbanyakkan ibadat dan doa kepada Allah disamping berusaha bersungguh-sungguh menjauhi maksiat serta memperbanyakkan istighfar dan taubat
Firman Allah dalam ayat 115 surah Huud :
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ ﴿١١٤﴾ وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ ﴿١١٥﴾
Maksudnya : Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Isnin, 27 Julai 2020
خطبة عيد الأضحى 1441 هـ
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله دالم اية 27 سورة الحج :
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾
مقصودڽ : "دان سروكنله اومة مأنسي اونتوق مڠرجكن عبادة حاج، نسچاي مريك اكن داتڠ كرومه توهنمو دڠن برجالن كاكي، دان دڠن منوڠڬڠ برجنيس-جنيس اونتا يڠ كوروس يڠ داتڠڽ دري برباڬاي جالن ﴿دان چروق رنتاو﴾ يڠ جأوه
سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. والاو ڤون سمبوتن دالم سواسان ڤرينته كاولن ڤرڬرقكن ڤموليهن ﴿PKPP﴾ دڠن نورما بارو يڠ اڬق بربيذا دڠن كبياسأن. بڬيتوله جوڬ دڠن موسيم حاج كالي اين بربيذا دڠن تاهون-تاهون سبلومڽ د مان ڤيهق عرب سعودي هاڽ مڠحدكن جومله اونتوق مڠرجكن حاج اتس فكتور كسلامتن دان كصيحتن عقيبة ڤنولارن Covid-19.
كتيك مڽوروتي سجاره مك دچاتتكن باڬايمانا مكة ڤرنه دتوتوڤ لبيه كورڠ 40 كالي هيڠڬ ممباوا كڤد لارڠن ملاكوكن حاج دان عمرة برايكوتن ببراڤ ڤريستيوا سمأدا عقيبة ككاچاوان يڠ مڠنچم ڽاوا سڤرتي ڤد تاهون 865م، 930م دان 1258م دان جوڬ عقيبة وابق ڤڽاكيت انتاراڽ ڤد تاهون 1814م، 1831م، 1846م، 1858م، 1864م دان 1987م
مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم ايات 61-62 سورة المؤمنون :
أُولَـٰئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ ﴿٦١﴾ وَلَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۖ وَلَدَيْنَا كِتَابٌ يَنطِقُ بِالْحَقِّ ۚ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ﴿٦٢﴾
مقصودڽ : مريك ايتوله اورڠ-اورڠ يڠ سڬرا مڠرجاكن كبأيقكن، دان مريكاله اورڠ-اورڠ يڠ مندهولوي ڤد منچاڤأيڽ. دان كامي تيدق ممبراتي سسأورڠ ملأينكن اڤ يڠ تردايا اوليهڽ; دان د سيسي كامي أدا سبواه كتاب ﴿سورتن عمل﴾ يڠ مڽاتاكن سڬالا-ڬالاڽ دڠن بنر، سداڠ مريك تيدق دأنيأي.
ستياڤ اڤ يڠ برلاكو ڤستي أدا حكمة ڤڠاجرن يڠ ترسورت دان ترسيرت. بربأيك سڠكاله كڤد الله. ڤرڬرقكن دالم سواسان نورما بارو بوكن ألسن اونتوق كيت منجادي مالس بكرجا، بلاجر اڤاته لاڬي برعبادة. بڬيتوله راس ريندو دان كإيڠينن تيڠڬي اونتوق كتانه سوچي مكة والاو ڤون تربنتوت تتاڤي سبنرڽ اد باڽق عمالن يڠ ڬنجرانڽ أومڤام ڤاهلا حاج يڠ بوليه كيت لاكوكن انتاراڽ :
مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ» -رواه أبو داود
مقصودڽ : “سياڤا يڠ كلوار دري رومهڽ دالم كادأن سوچي اونتوق منونايكن صلاة فرض اكن دبريكن ڤاهلا عبادة حاج. سمنتارا اورڠ يڠ كلوار رومه اونتوق مڠرجكن صلاة ضحى دان تيدق اد توجوان لأين سلأين ايت، مك اكن دبريكن ڤاهلا عمرة،“
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ» -رواه الترمذي
مقصودڽ : "سياڤا يڠ مڠرجكن صلاة صبح برجماعة، كمودين دي تتڤ دودوق سمبيل ذكر سمڤي تربيت ماتهاري دان ستله ايت مڠرجكن صلاة دوا ركعة، مك اكن دبريكن ڤاهلا حاج دان عمرة،“
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ- رواه الطبراني
مقصودڽ : سياڤا يڠ بيرڠكت ك مسجد هاڽ اونتوق بلاجر كبأيقكن اتاو مڠاجركنڽ، دبريكن ڤاهلا سڤرتي ڤاهلا عبادة حاج يڠ سمڤورنا حاجيڽ
بڬيتوله جوڬ ببراڤ عمالن لأين سڤرتي بربقتي كڤد كدوا ايبوباڤ، صلاة عشاء برجماعة، مڠكالي تسبيح، تحميد دان تكبير سباڽق 33 كالي سلڤس صلاة دان حاضر صلاة برجماعة صلاة عيدالأضحى د مان دجنجي سأومڤام ڤاهلا حاج
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم سورة البقرة اية 124 :
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾
مقصودڽ : دان ﴿ايڠتله﴾، كتيك نبي إبراهيم دأوجي اوليه توهنڽ دڠن ببراڤ كلمة ﴿سوروهن دان لارڠن﴾، مك نبي إبراهيم ڤون مڽمڤورناكنڽ. ﴿ستله ايت﴾ الله برفرمان: "سسوڠڬوهڽ اكو ملنتيقمو منجادي امام ﴿ڤميمڤين ايكوتن﴾ باڬي اومة مأنسي". نبي إبراهيم ڤون مموهون دڠن بركات: "﴿يا توهنكو!﴾ جاديكنله جوڬ ﴿اڤله جوا كيراڽ﴾ دري كتوروننكو ﴿ڤميمڤين-ڤميمڤين ايكوتن﴾". الله برفرمان: "﴿ڤرموهوننمو دتريما، تتاڤي﴾ جنجيكو اين تيدق اكن دداڤتي اوليه اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم."
ڤڠوربانن اداله اوسها يڠ برسوڠڬوه-سوڠڬوه اونتوق مڽراهكن جيوا، هرتا، وقتو، كهيدوڤن دان سڬالا يڠ دميليكي اوليهڽ اونتوق منچاري كريضأن الله سبحانه وتعالى أونتوق منڬقكن إسلام دان كدولتن شريعتڽ، ممڤركاسكن كبنرن دان مڠهنچوركن كباطيلن، مڽمڤايكن دعوة اسلام اڬر هداية ايت سمڤي كڤد سموا مأنسي باڬي مڠڬاڤاي كبهاڬيأن دنيا دان اخيرة.
كتيك مڽوروتي ڤڠوربانن هيبت نبي إبراهيم عليه السلام سكلوارڬ كتيك بردڤن ڤلباڬاي أوجين دان چابرن د مان حاصيلڽ بوكن اونتوق دراسا اوليه اهلي كلوارڬ بڬيندا سهاج ماله اونتوق اومة يڠ لبيه بسر. بڬيتوله ڤڠحياتن قربان يڠ كيت لاكوكن ڤد هاري اين بوكن ستاكت اونتوق مڽمبليه لمبو اتاو كمبيڠ ماله اونتوق مڽوچيكن صفة طمع، كدكوت يڠ اد دالم ديري ستروسڽ لاهير راس برتڠڬوڠجواب دالم مڽلامتكن اومة سجاڬت بوكن سهاج درڤد كلاڤرن ماكنن جسماني ماله اڤ يڠ لبيه ڤنتيڠ دالم مناڠني مسئله كڬرساڠن ماكنن روحاني. مأنسي يڠ كوسوڠ جيواڽ درڤد هداية الله بوكن سهاج بوليه ممبهاياكن ديري سنديري ماله مروسق اورڠ لأين والاو مميليقكي تختا دان هرتا
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
لاهيرله ديري كيت سباڬاي ساله سواتو رنتاين كڤد كرجا دعوة يڠ دمولأي اوليه ڤارا نبي دان رسول عليهم الصلاة والسلام ستروسڽ ڤارا ڤجوڠ سبلوم كيت دان دتروسكن اوليه جنراسي سلڤس كيت هيڠڬ قيامة. جاڠن بياركن وقتو دان عمور كيت برلالو تنڤا مميكيركن تنتڠ إسلام تراوتما كتيك برادا د اخير زمان د مان كيت داڤت سقسيكن ڤد هاري اين اد اينديۏيدو اتاو مشاركة يڠ مڠعمالكن اجارن إسلام دڤولاو دان دڤندڠ سيروڠ. سداڠكن، فهمن Liberalisme دان كيس ڤرلاكوان سوڠسڠ برتنتاڠن دڠن فطرة سڤرتي LGBT دأڠكت سرتا دڤرتاهنكن. ڤد اخير زمان جوڬ مڽببكن راماي اورڠ مراساكن ديري مريك بيجق دري كالڠن يڠ جاهل مُرَكَّب سباڬايمان دتعريفكن اوليه إمام الغزالي ايأيت مريك يڠ تيدق تاهو اتاو تيدق سدر ديري سنديري جاهل دان جوڬ برصفة تكبور. ڬولوڠن علماء ڤولا دچرچا دان دڤرليكيه.
يقينله كيت باڬايمانا ڤرجواڠن إسلام اين لمبت اونتوق منچاڤي كمناڠن كران دنيا اداله تمڤت اوجين. الله مڠوجي اومة برايمان اڬر د تيڠڬيكن مرتبتڽ ڤد هاري قيامة كلق دڠن بالسن شرڬ . دڠن سبب ايتوله الله تيدق جاديكن كرجا منڬقكن إسلام إين ‘كُنْ فَيَكُوْن' ايأيت هاري اين بوات ايسوق تروس منڠ. سباليقڽ الله منجاديكنڽ مماكن ماس يڠ لاما، ممرلو تناڬ يڠ باڽق، مڠوربن جيوا يڠ باڽق سرتا مڠهابيسكن هرتا بندا يڠ باڽق. الله ماهو مناڤيس د انتارا اورڠ-اورڠ يڠ برايمان، اورڠ منافق دان اورڠ كافر. اكن تيبا ماسڽ ننتي الله بري كمناڠن يڠ ڤستي منداڤت ڤاهلا كڤد كيت. مك كيت تريما اڤ جوا كڤوتوسن يڠ دكورنيا اوليه الله كڤد كيت
فرمان الله دالم سورة التوبة اية 42 :
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّـهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿٤٢﴾
مقصودڽ : سكيراڽ اڤ يڠ اڠكاو سروكن كڤد مريك ﴿واهاي محمد﴾ سسواتو يڠ برفائدة يڠ موده دداڤتي، دان ساتو ڤرجالنن يڠ دكت، نسچاي مريك ﴿يڠ منافق ايت﴾ اكن مڠيكوتمو; تتاڤي تمڤت يڠ هندق دتوجو ايت جأوه باڬي مريك. دان مريك اكن برسومڤه دڠن نام الله دڠن بركات: "كالاو كامي سڠڬوڤ، تنتوله كامي اكن ڤرڬي برسام كامو". ﴿دڠن سومڤه دوستا ايت﴾ مريك ممبيناساكن ديري مريك سنديري، سداڠ الله مڠتاهوي بهاوا سسوڠڬوهڽ مريك ايت اورڠ-اورڠ يڠ بردوستا
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….
فرمان الله دالم سورة الحج اية 37 :
لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚكَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾
مقصودڽ : داڬيڠ دان داره بيناتڠ قربان اتاو هدية ايت تيدق سكالي-كالي اكن سمڤي كڤد الله، تتاڤي يڠ سمڤي كڤداڽ إياله عمل يڠ إخلاص يڠ برداسركن تقوى دري كامو. دمكينله دي ممودهكن بيناتڠ-بيناتڠ ايت باڬي كامو سوڤاي كامو ممبسركن الله كران منداڤت نعمة ڤتونجوقڽ. دان سمڤيكنله بريتا ڬمبيرا ﴿دڠن بالسن يڠ سبايك-بأيكڽ﴾ كڤد اورڠ-اورڠ يڠ بروسها سوڤاي بأيك عملڽ.
برمولا هاري اين هيڠڬ براخير هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة اين مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارنكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان. بروسهاله كيت اونتوق منچاڤي درجة ڬولوڠن يڠ سنتياس برلومبا دالم مڠرجاكن كباجيقكن ترماسوق عبادة قربان. جاڠن سيا-سياكن ڤلواڠ يڠ اد دالم منمبه بكلن اخيرة. بواڠكن سيكڤ ترلالو چينتا كڤد دنيا يڠ مڽببكن كسديهن دان كڬليسهن يڠ برتروسن، كلتيهن يڠ برلنجوتن دان ڤڽسالن يڠ تيدق ڤرنه برهنتي. كيت جاڠن ترلالو برڤڬڠ كڤد مڽيمڤن اونتوق هاري توا سمات-مات سداڠكن واواسن كيت بوكن ستاكت ترهنتي د دنيا ماله برسمبوڠ دڠن اخيرة. جاديكن هرتا كيت بوكن ستاكت اونتوق دڬونا د دنيا تتاڤي داڤت منفعة هيڠڬ اخيرة ترماسوق دڠن عبادة قربان ، برصدقة دان ڤلباڬاي عمالن صالح يڠ لأين
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه
مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي كممڤوان سداڠكن دي تيدق ملاكوكن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندكتي تمڤت صلاة كامي
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا، بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.
يا الله! جأوهيله كامي درڤد بلأبنچان، وابق ڤڽاكيت برجڠكيت covid-19، ڤلباڬاي ڤرلاكوان كجي دان موڠكر، سڬالا كڤايهن دان دوڬأن يڠ ظاهر دان يڠ ترسمبوڽي. يا الله يا رحمن يا رحيم، اڠكاو أمڤونيله دوسا-دعا كامي، كدوا ايبو باڤ كامي،أديق براديق كامي، أنق-أنق كامي دان سلوروه كلوارڬ كامي . اڠكاو رحمتيله ديري كامي، كلوارڬ كامي دان نڬارا كامي. اڠكاو ليندوڠيله همبا-همبا مو يڠ كرديل اين دري سڬالا مصيبة، اڠكاو جاوهيله ديري كامي دري ڤڽاكيت يڠ مربهاي دان وابق يڠ مڠنچم ڽاوا، اڠكاو هيندريله كامي دري بلأ يڠ برات دان تقدير يڠ بوروق، يا الله يا رحمن يا رحيم، اڠكاو بريله كقواتن، كچكالن دان كصبرن كڤد كامي اونتوق مڠهادڤي دوڬأن-مو يڠ برات اين، اڠكاو تيوڤكنله كتناڠن دالم جيوا كامي، سسوڠڬوهڽ ستياڤ دوڬان يڠ اڠكاو تورونكن كڤد كامي يا الله تيادله اي ملأينكن اونتوق منيڠكتكن كتقوأن دان كايمانن كامي كڤدامو. يا الله يا رحمن يا رحيم، اڠكتكن مصيبة اين دري كامي دان ڤوليهكن كمبالي كادأن ايكونومي، سوسيال، ڤڠاجين، كسلامتن دان ڤرمودهكن اونتوق كامي مڽوبوركن مسجد دان سوراو سباڬايمان بياس دڠن سڬرا. يا مُقَلِّبَ القُلُوْب، تڬوهكن هاتي كامي دالم اڬام إسلام دان جاڠنله اڠكاو تاريق نعمة إسلام د دالم هيدوڤ كامي. سباڬايمان اڠكاو كومڤولكن كامي ڤد هاري راي اين مك كومڤولكنله كامي اونتوق كبهاڬيأن يڠ برككالن دالم شرڬامو د أخرة ننتي
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Khutbah Aidil Adha 1441H
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ......
فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Hajj :
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾
Maksudnya : "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini walau pun sambutan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan norma baru yang agak berbeza dengan kebiasaan. Begitulah juga dengan musim haji kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana pihak Arab Saudi hanya menghadkan jumlah untuk mengerjakan haji atas faktor keselamatan dan kesihatan akibat penularan covid-19.
Ketika menyoroti sejarah maka dicatatkan bagaimana Mekah pernah ditutup lebih kurang 40 kali hingga membawa kepada larangan melakukan haji dan umrah berikutan beberapa peristiwa samada akibat kekacauan yang mengancam nyawa seperti pada tahun 865M, 930M dan 1258M dan juga akibat wabak penyakit antaranya pada tahun 1814M, 1831M, 1846M, 1858M, 1864M dan 1987M
Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 61-62 surah al-Mu’minun :
أُولَـٰئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ ﴿٦١﴾ وَلَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۖ وَلَدَيْنَا كِتَابٌ يَنطِقُ بِالْحَقِّ ۚ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ﴿٦٢﴾
Maksudnya : Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya. Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmat pengajaran yang tersurat dan tersirat. Berbaik sangkalah kepada Allah. Pergerakan dalam Suasana norma baru bukan alasan untuk kita menjadi malas bekerja, belajar apatah lagi beribadat. Begitulah rasa rindu dan keinginan tinggi untuk ke Tanah Suci Mekah walau pun terbantut tapi sebenarnya ada banyak amalan yang ganjarannya umpama pahala haji yang boleh kita lakukan antaranya :
مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ» -رواه أبو داود
Maksudnya : “Siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk menunaikan solat fardhu akan diberikan pahala ibadah haji. Sementara orang yang keluar rumah untuk mengerjakan solat Dhuha dan tidak ada tujuan lain selain itu, maka akan diberikan pahala umrah,”
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ» -رواه الترمذي
Maksudnya : "Siapa yang mengerjakan solat Subuh berjemaah, kemudian dia tetap duduk sambil dzikir sampai terbit matahari dan setelah itu mengerjakan shalat dua rakaat, maka akan diberikan pahala haji dan umrah,”
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ- رواه الطبراني
Maksudnya : Siapa yang berangkat ke masjid hanya untuk belajar kebaikan atau mengajarkannya, diberikan pahala seperti pahala ibadah haji yang sempurna hajinya
Begitulah juga beberapa amalan lain seperti berbakti kepada kedua ibubapa, solat Isya berjemaah, mengekali tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali selepas solat dan hadir solat berjemaah solat Aidil Adha di mana dijanji seumpama pahala haji
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 :
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
Pengorbanan adalah usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyerahkan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala yang dimiliki olehnya untuk mencari keredhaan Allah SWT untuk menegakkan Islam dan kedaulatan syariatnya, memperkasakan kebenaran dan menghancurkan kebatilan, menyampaikan dakwah Islam agar hidayah itu sampai kepada semua manusia bagi menggapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ketika menyoroti pengorbanan hebat nabi Ibrahim a.s sekeluarga ketika berdepan pelbagai ujian dan cabaran di mana hasilnya bukan untuk dirasai oleh ahli keluarga baginda sahaja malah untuk umat yang lebih besar. Begitulah penghayatan korban yang kita lakukan pada hari ini bukan setakat untuk menyembelih lembu atau kambing malah untuk menyucikan sifat tamak, kedekut yang ada dalam diri seterusnya lahir rasa bertanggungjawab dalam menyelamatkan umat sejagat bukan sahaja daripada kelaparan makanan jasmani malah apa yang lebih penting dalam menangani masalah kegersangan makanan rohani. Manusia yang kosong jiwanya daripada hidayah Allah bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri malah merosak orang lain walau memiliki takhta dan harta
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Lahirlah diri kita sebagai salah suatu rantaian kepada kerja dakwah yang dimulai oleh para nabi dan rasul seterusnya para pejuang sebelum kita dan diteruskan oleh generasi selepas kita hingga qiamat. Jangan biarkan waktu dan umur kita berlalu tanpa memikirkan tentang Islam terutama ketika berada di akhir zaman di mana kita dapat saksikan pada hari ini ada individu atau masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam dipulau dan dipandang serong. Sedangkan, fahaman liberalisme dan kes perlakuan songsang bertentangan dengan fitrah seperti LGBT diangkat serta dipertahankan. Pada akhir zaman juga menyebabkan ramai orang merasakan diri mereka bijak dari kalangan yang jahil murakkab sebagaimana ditakrifkan oleh Imam al-Ghazali iaitu mereka yang tidak tahu atau tidak sedar diri jahil masing-masing dan juga bersifat takabbur. Golongan ulama pula dicerca dan diperlekeh.
Yakinlah kita bagaimana perjuangan Islam ini lambat untuk mencapai kemenangan kerana dunia adalah tempat ujian. Allah menguji umat beriman agar di tinggikan martabatnya pada hari kiamat kelak dengan balasan syurga . Dengan sebab itulah Allah tidak jadikan kerja menegakkan Islam ini ‘kun faya kun’ iaitu hari ini buat esok terus menang. Sebaliknya Allah menjadikannya memakan masa yang lama, tenaga yang banyak, jiwa yang banyak serta harta benda yang banyak. Allah mahu menapis di antara orang-orang yang beriman, orang munafik dan orang kafir. Akan tiba masanya nanti Allah beri kemenangan yang pasti mendapat pahala kepada kita. Maka kita terima apa jua keputusan yang dikurnia oleh Allah kepada kita
Firman Allah dalam Surah at-Taubah ayat 42 :
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّـهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿٤٢﴾
Maksudnya : Sekiranya apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang dekat, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 197 سورة البقرة :
Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 37 :
لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚكَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾
Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. Berusahalah kita untuk mencapai darjat golongan yang sentiasa berlumba dalam mengerjakan kebajikan termasuk ibadat korban. Jangan sia-siakan peluang yang ada dalam menambah bekalan akhirat. Buangkan sikap terlalu cinta kepada dunia yang menyebabkan kesedihan dan kegelisahan yang berterusan, keletihan yang berlanjutan dan penyesalan yang tidak pernah berhenti. Kita jangan terlalu berpegang kepada menyimpan untuk hari tua semata-mata sedangkan wawasan kita bukan setakat terhenti di dunia malah bersambung dengan akhirat. Jadikan harta kita bukan setakat untuk diguna di dunia tetapi dapat manfaat hingga akhirat termasuk dengan ibadat korban, bersedekah dan pelbagai amalan soleh yang lain
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.
Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit berjangkit covid 19, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami, kedua ibu bapa kami,adik beradik kami, anak-anak kami dan seluruh keluarga kami . Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa, Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini, Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami, Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Angkatkan musibah ini dari kami dan pulihkan kembali keadaan ekonomi, sosial, pengajian, keselamatan dan permudahkan untuk kami menyuburkan masjid dan surau sebagaimana biasa. Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)