أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Ahad, 5 Februari 2012

Nabi Muhammad s.a.w DiCintai Ajarannya DiRealisasi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya Kini kita sedang menyambut kehadiran bulan Rabiul Awwal iaitu bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang merupakan nabi akhir zaman yang diutuskan untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Sempena berada pada bulan Maulidurrasul maka usaha dalam menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan dan contoh teladan dalam setiap aspek kehidupan perlu digandakan terutama ketika umat Islam sendiri khususnya golongan remaja yang lebih seronok dan bangga menjadikan artis, pemain sukan sebagai contoh ikutan yang digilai. Kita mahu lahirkan umat Islam yang sentiasa bangga dan berebut-rebut untuk mencontohi nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan dari sekecil-kecil perkara seperti cara makan minum, masuk keluar tandas sehinggalah kepada perkara yang besar seperti ekonomi dan cara pemerintahan. Kita mestilah meniru tindakan para sahabat nabi dalam membuktikan kecintaan kepada junjungan nabi yang mulia seperti ada sahabat yang pada asalnya tidak suka makan buah labu tetapi apabila dia tahu bahawa nabi begitu menyukai buah labu maka dia pun turut sama menyukai dan memakan buah labu. Buktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w seperti makan apa yang dimakan oleh nabi, pakai apa yang dipakai oleh nabi, bercakap dengan apa yang dicakap oleh nabi. Bila rasa cinta dan kasih yang begitu tinggi kepada nabi telah subur dalam diri maka segala halangan akan kita tempuh. Sebaliknya bila rasa cinta pada nabi tidak subur dalam diri menyebabkan tiada ada usaha dan semangat dalam mencontohi cara hidup nabi dalam kehidupan seharian. قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran : قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Kita wajib menjadi umat yang bersyukur atas kelahiran dan pengutusan nabi Muhammad s.a.w kerana Baginda mengenalkan kita kepada Allah, mengeluarkan manusia dari lembah kejahilan dan kesesatan kepada keadilan Islam dan cahaya iman, membezakan antara hak dan batil, mengajar halal haram, dosa pahala, Syurga Neraka. Nabi tidak pernah rasa jemu dan putus asa walau dicaci, dihina malah diseksa dan berdepan dengan pelbagai usaha musuh untuk membunuhnya ketika menyebar dan mempertahankan Islam. Segala usaha murni yang dilakukan oleh nabi bukan untuk kepentingan peribadi dan keluarga sebaliknya untuk membawa kita umatnya kepada keredhaan Allah dan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Antara tanda cinta yang dapat dilihat pada diri umat yang mencintai nabi Muhammad s.a.w ialah sentiasa merindui nabi sebagaimana rindunya kaum Ansor ketika menunggu-nunggu ketibaan nabi dalam peristiwa hijrah. Seperti cintanya para sahabat seumpama Talhah dan Abu Dajanah yang sanggup menjadikan tubuh mereka sebagai perisai untuk melindungi nabi daripada terkena pedang dan anak panah musuh dalam peperangan Uhud. Umat cinta pada nabi juga sanggup mengorbankan harta dan jiwa dalam meneruskan perjuangan nabi dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Umat yang kasih pada nabi akan sentiasa taat kepada arahan Allah dan rasulNya serta sentiasa menjauhi larangan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Umat yang cinta kepada nabi Muhammad s.a.w juga sentiasa berusaha dalam menjejaki dan mengikuti sunnah nabi. Sekiranya terdetik perasaan benci kepada sunnah nabi walaupun sedikit menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada kalangan yang diakui sebagai umat nabi. Kita berasa hairan mengapa ada umat Islam sendiri yang tidak suka kepada nabi dengan mempertikai sunnah dan sistem Islam yang dibawa oleh nabi. Kita wajib faham bagaimana tingginya rasa kasih nabi kepada umatnya sehingga pernah baginda bersabda dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim : قال الرسول: لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ وَإِنِّي اخْتَبَأْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ Maksudnya : Bagi setiap nabi terdapat doa yang terus dimaqbulkan di dunia. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari qiamat nanti Dalam kitab Fathu al-Bari dijelaskan maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya yang menderhaka dibinasakan segera melainkan nabi Muhammad s.a.w yang tidak mendoakan demikian. Ini kerana nabi akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan dunia. Begitu juga imam Nawawi menerangkan hadis ini membuktikan kesempurnaan syafaat nabi dan belas kasihan baginda kepada umatnya dengan menjadikan kebaikan umatnya yang terpenting sehingga baginda menangguhkan doa balasan azab segera terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat di akhirat nanti. Oleh itu buktikan kecintaan kita kepada nabi termasuk melalui ucapan selawat sepanjang masa dan tempat sebagaimana yang dianjurkan antaranya عن أبي هريرة أن رسول الله قال: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً، صَلىَّ اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْر ًا ( رواه مسلم) Maksudnya : Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali maka Allah berselawat (iaitu memberi rahmat dan gandaan ganjaran) ke atasnya sepuluh kali وَقَالَ الرسول: إِنَّ للهِ مَلاَئِكَةً سَيَّاحِينَ فِي الأَرْضِ يُبَلِّغُونِي مِنْ أُمَّتِي السَّلاَمَ – رواه النسائي وابن حبان Maksudnya : Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang berlegar-legar di muka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku. Bagi selawat ada 3 pengertian yang berbeza iaitu Pertama selawat daripada Allah bererti rahmat, keredaan, kemuliaan, kepujian serta ketinggian kepadanya. Kedua selawat daripada Malaikat bermakna istighfar memohon keampunan Allah buat baginda. Manakala yang ketiga selawat daripada manusia bermaksud berdoa agar kita mendapat rahmat yang penuh mahabbah dan kasih sayang Allah. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Setiap kali menyambut Maulidurrasul s.a.w maka ada-ada sahaja perkara yang cuba dimomokkan sama ada oleh musuh atau umat Islam sendiri terutama dalam perkara berkaitan dengan diri dan ajaran nabi Muhammad s.a.w. Antara yang terbaru tindakan Kelab Taat Suami menganjurkan forum Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan bukan Islam dan penganut Islam sendiri yang tidak betul-betul mendalami sirah nabi sedangkan risalah yang dibawa Nabi Muhammad membawa pakej sempurna kepada kehidupan manusia malah perkahwinan nabi bukan untuk seks semata-mata sebaliknya meliputi banyak aspek murni yang lain terutama dari sudut dakwah dan tarbiah dalam melahirkan generasi bertaqwa. Baginda menunjukkan cara hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Kegagalan dalam mengambil seluruh ajaran nabi menyebabkan ketokohan nabi dilihat agak terbatas dan ia merupakan antara usaha musuh Islam dalam meletakkan nabi sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang keistimewaan berbanding tokoh dunia yang lain. Begitu juga gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku di kalangan umat Islam perlu segera dibendung terutama ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan telah menjadi punca utama gejala ini semakin parah sebagaimana ajaran nabi dipisahkan dan diguna apa yang setuju oleh nafsu dan dibuang bila ia bercanggah dengan nafsu seperti solat, puasa boleh diterima tetapi ekonomi, perundangan dan politik Islam ditolak. Kita juga bimbang dengan isu pembuangan babi di masjid yang kembali hangat dalam sehari dua ini yang dilihat cuba mengeruhkan hubungan antara agama dan kaum yang dibimbangi diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi. Oleh itu tirulah cara pemerintahan nabi yang berjaya melahirkan umat Islam yang taat pada kerajaan dan umat bukan Islam yang berasa dijamin keselamatan dan kebahagiaan hidup di bawah sistem Islam. Nabi diikuti negara diberkati, cara hidup nabi dilaksana umat bahagia Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru : وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya) بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 4 Februari 2012

Sistem nabi DiJulang Racun Musuh DiBuang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’ :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"
Hari ini kita berada pada tanggal 12 Rabiul Awwal yang mengingatkan kita tentang kelahiran manusia agung yang diberi nama Muhammad s.a.w. Lahirnya sebagai penutup segala nabi dan rasul kepada kita umat akhir zaman di mana pada diri baginda segala contoh dan ikutan terbaik bagi umat yang inginkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda kasih dan cinta kepadanya
قال الرسول  : أَوْلَى النَّاسِ بِيْ يَوْم َ القِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَة ً – رواه الترمذي
Maksudnya: Sebaik-baik manusia disisiku pada hari Qiamat ialah mereka yang paling banyak mengucapkan selawat ke atasku
قال الرسول  : مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحَطَّ عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ وَرَفَعَهُ ِبهَا عَشْرَ دَرَجَاتٍ – رواه المنذري
Maksudnya: Sesiapa yang berselawat atasku sekali maka Allah akan membalasnya dengan sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan dan diangkat dengannya sepuluh pangkat
Manusia yang paling bakhil di dunia dan dijauhkan daripada rahmat Allah ialah orang yang tidak berselawat ke atas nabi ketika disebut nama baginda yang mulia
قال الرسول  : البَخِيْلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ – رواه أحمد
Maksudnya: Orang yang paling bakhil ialah sesiapa yang disebut namaku disisinya kemudian dia tidak pernah mengucap selawat atasku
قال الرسول  : ....قال : بُعْدًا لِمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، قُلْتُ : آمين..– رواه الحاكم
Maksudnya: ….Malaikat Jibril berdoa : Jauhlah daripada rahmat Allah bagi sesiapa yang disebut namamu (wahai nabi Muhammad) disisinya namun dia tidak berselawat ke atas engkau. Lalu jawabku : Amin

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
قال الرسول  : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ - متفق عليه
Maksudnya: Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
Sambutan Maulidurrasul s.a.w yang disambut saban tahun bagi mempertingkatkan lagi rasa kasih dan cinta kepada nabi mulia disamping kesungguhan dalam melaksanakan segala system yang ditunjukkan oleh baginda demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jarak kita dengan kewafatan nabi Muhammad s.a.w menjangkau 1400 tahun yang merupakan suatu masa yang lama dan semestinya memberi kesan yang besar sekiranya tidak diambil suatu tindakan yang penuh hikmat dalam menghayati cara hidup dan perjuangan rasul mulia terutama kepada generasi muda. Sekiranya umat Islam mahu berjaya dan menjadi ikutan dunia maka kita wajib mengembalikan system yang telah dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan bukan ianya hanya tertulis di dalam kitab sahaja. Perkasakan kembali peranan ulama’ pewaris nabi yang bukan menjadi pak turut kepada pemimpin sebaliknya dijadikan pembimbing yang menegakkan kerja amar makruf nahi munkar dalam Negara. Titikberatkan pengajian agama di semua peringkat dengan menekankan semua ajaran yang di bawa nabi Muhammad s.a.w yang meliputi setiap aspek kehidupan agar berkuburnya fahaman sekulerisme yang memisahkan agama daripada urusan dunia. Perangi segala bentuk maksiat agar suasana negara yang penuh dengan jenayah dan kerosakan akhlak dapat dibendung. Jadikanlah sambutan Maulidurrasul tahun ini sebagai langkah ke arah kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan dengan memastikan segala ajaran nabi menjadi agenda penting untuk dilaksanakan satu demi satu bukan ianya hanya dijadikan acara tahunan sekadar melepas batuk ditangga sahaja.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 2 surah an-Nuur :
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman
Kesan negatif akibat tidak menghayati sistem Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w menyebabkan rasa kasih kepada nabi semakin kurang, pelaksanaan terhadap sistem Islam semakin ditentang malah keyakinan umat Islam terhadap ajaran nabi semakin hilang. Jika nabi Muhammad s.a.w lahir dalam suasana jahiliah akibat terlalu lama manusia pada zaman itu terpisah daripada nabi dan wahyu maka pada hari ini suasana yang dinamakan jahiliah moden kembali berlaku akibat umat tidak menghiraukan lagi wahyu al-Quran yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. Manusia menjadikan akal dan nafsu serakah sebagai panduan hidup yang menyebabkan mereka menuju kepada kehancuran. Ketika dunia memandang hina kepada Malaysia dalam menyelesaikan isu liwat ditambah dengan gejala buang dan bunuh bayi yang tidak berdosa yang kebanyakannya akibat perzinaan yang berleluasa. Kini timbul pula isu sebat apabila 3 wanita disebat oleh Mahkamah Syariah akibat zina. Ada umat Islam yang begitu celupar dalam mempertikaikan sebat cara Syariah yang jauh berbeza daripada kekejaman sebat sivil dengan alasan akal semata-mata sehingga melihat seolah-olah tiada hukum sebat dalam Islam termasuk kes zina. Semua masalah ini sebenarnya telah mempunyai jalan penyelesaian sekiranya kita mengambil sistem Islam sebagai ubat mujarrab dalam menyembuh penyakit masyarakat. Ingatlah kita bahawa hukuman terhadap kesalahan di dunia wajib dikenakan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah supaya pesalah diampunkan dosanya serta tidak lagi diseksa diakhirat nanti. Sudah tiba masanya perundangan syariah diperkasakan bukan hanya bergerak di bawah tempurung sekulerisme yang sempit dan sesat.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tunjukkanlah kepada dunia bagaimana hebatnya cara hidup dan sistem yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dengan kita melaksanakannya dalam kehidupan seharian. Jangan biarkan dunia bertanya di manakah hebatnya nabi Muhammad dan Islam yang dibawanya akibat umat Islam sendiri menunjukkan cara hidup yang bertentangan daripada apa yang diajar oleh nabi. Kita wajib menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai idola dan ikutan terbaik. Begitu juga dalam diri anak cucu kita supaya mereka tidak lagi mendewa artis, ahli sukan dan sebagainya barulah kita dapat hidup dalam suasana aman dan tenteram. Media massa terutama tv,radio, akhbar mestilah berubah ke arah membentuk masyarakat bukan terus berperanan dalam merosakkan mereka. Jangan berperanan sebagaimana yahudi dan Kristian yang sentiasa memerangi Islam dengan beberapa cara antaranya singkatan SPIDER iaitu Sex dengan menggalakkan hubungan bebas sehingga meluasnya penzinaan. Politic dengan menjadikan kuasa untuk mengaut keuntungan bukan sebagai suatu amanah. Ideology yang bertentangan dengan Islam disebarkan termasuk atas nama Islam seperti Islam Liberal. Drug dengan memastikan umat Islam dihancurkan dengan bahan memabukkan terutama dadah dan arak. Education dengan memastikan penjajahan terhadap sistem pendidikan lebih berkiblatkan barat dan kurangkan pengajian agama. Seterusnya Rock dengan menghanyutkan umat Islam dengan hiburan melalaikan sehingga jauh daripada petunjuk Allah. Oleh itu sempena sambutan Maulidurrasul maka ubahlah cara hidup ke arah mengikut jejak langkah nabi barulah kita berjaya di dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 3 Februari 2012

Rasulullah s.a.w DiTeladani Rahmat Allah DiRasai

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’ :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"
Kelahiran nabi Muhammad s.a.w telah merubah keadaan dunia yang selama ini berada dalam kelam kufur kepada terangnya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada akal dan nafsu serakah menjadi asas pertimbangan kepada tunduk patuh pada wahyu al-Quran. Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam di mana cara penyampain risalah Islam adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada alam sejagat bukannya membawa keresahan dan bencana. Makna rahmat sebagaimana yang diungkap dalam tafsir al-Baidhowi dari sudut bahasanya iaitu : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim ibu kerana ia melindungi apa yang ada dalam kandungannya.
Antara rahmat kedatangan nabi Muhammad s.a.w kepada manusia ialah menukar cara hidup jahiliah seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup kepada meletakkan kaum wanita ditempat yang mulia, mengharamkan perempuan daripada berkahwin lebih daripada seorang suami bagi memastikan zuriat terjaga tidak seperti amalan jahiliah yang menisbahkan anak hasil perkahwinan dengan ramai lelaki mengikut rupa lelaki mana yang serupa dengan anak yang baru dilahirkan. Rahmat kepada haiwan contohnya wajib kita menggunakan alat yang tajam ketika menyembelih dan diharamkan membunuh binatang sesuka hati. Begitu juga rahmat kepada tumbuh-tumbuhan yang dilarang daripada dicabut, ditebang sesuka hati walau pun dalam peperangan. Akibat manusia rakus merosakkan hutan dengan menebang tumbuh-tumbuhan secara melampau antara penyebab yang membawa kepada kepanasan global yang semakin tinggi dan membahayakan kesihatan

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Kegagalan dalam menjadikan diri nabi Muhammad s.a.w sebagai idola contoh ikutan terbaik dalam setiap aspek kehidupan menyebabkan banyak masalah jenayah dan kerosakan berlaku disekeliling kita. Penderaan yang membawa kematian terhadap anak-anak kecil sebagai contoh kepada hilangnya rasa kasih sayang dalam diri pelakunya. Masalah rasuah, pecah amanah yang terus meningkat telah merosakkan sistem politik, sosial,kehakiman,keselamatan negara dan sebagainya. Betapa malangnya umat Islam yang tidak mahu menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan terbaik seperti dalam masalah kepimpinan dimana cara hidup penuh sederhana sehingga menyaksikan baju besi baginda tergadai di kedai yahudi pada pada waktu kewafatan baginda. Nabi Muhammad s.a.w lebih menekankan kebajikan rakyat jelata yang membawa kepada kehebatan Daulah Islamiah di Madinah yang bukan sahaja pesat membangun dari segi pembangunan kebendaan malah apa yang lebih penting pembangunan rohani. Akhirnya dari sebuah kerajaan yang kecil dan hanya dipandang rendah oleh kuasa besar pada masa itu kepada berjaya menguasai dunia dengan menawan kerajaan Parsi, menjatuhkan kerajaan Rom, menjalar menguasai empayar Hindu, India seterusnya menguasai empayar Budha, China sehingga kekuasaan Islam datang ke negara kita sebelah Asia Tenggara serta memasuki bumi Eropah melalui Sepanyol. Apakah sumber kekuatan pejuang Islam pada masa itu?. Jawapannya ialah nabi Muhammad s.a.w dijadikan idola ikutan dalam perjuangan dan kehidupan mereka. Pada hari ini menyaksikan negara yang paling tinggi kadar rasuah adalah negara umat Islam di mana pemimpinnya kaya raya sedangkan rakyat papa kedana. Kemewahan pemimpin diutamakan penindasan terhadap rakyat didahulukan sehingga rakyat jelata bakal tertekan dengan kenaikan harga ikan akibat penggunaan tong baru yang terlalu mahal bukan kerana keperluan sebaliknya untuk menambahkan kekayaan syarikat yang menjualnya. Ketika masalah gula masih bercelaru sudah kedengaran bahawa harga minyak dan tarif elektrik bakal menyusul kemudian untuk dinaikkan lagi

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya
Rahmat kedatangan nabi Muhammad s.a.w juga dengan pengharaman arak, judi, zina dan amalan jahiliah lain yang merosakkan. Kita ingat bagaimana bila turunnya ayat tentang haramnya arak maka sahabat yang menjadikan nabi sebagai contoh ikutan yang selama ini sudah begitu lama ketagih arak sanggup memecahkan tempayan arak, yang sedang membawa arak untuk dihidangkan kepada tetamu terus mencurahnya, yang sedang meletakkan gelas arak dibibir terus membuangnya. Generasi inilah merupakan generasi yang benar-benar berjaya di dunia dan akhirat. Kita lihat pula dengan suasana jahiliah moden yang berlaku di depan kita terutama ketika isu hangat tentang hukuman sebat terhadap model Kartika akibat minum arak belum selesai ditambah dengan isu sebat akibat zina kepada 3 pesalah perempuan. Semuanya ini mengajak untuk kita kembali menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan terbaik. Islam bukan agama yang menjatuhkan hukuman semata-mata sebaliknya Islam menekankan aspek pendidikan agar masyarakat sedar tentang bahaya sesuatu benda yang haram seperti arak, judi, zina dan sebagainya. Islam juga mewajibkan pemimpin terutamanya menutup sebarang pintu yang membawa kepada gejala tidak sihat seperti pub, kelab malam, hiburan yang melalaikan, rancangan tv yang merosakkan, kilang arak, pusat judi dan sebagainya. Betapa malang lesen arak dan judi terus bertambah apatah lagi adanya ahli lembaga pengarah kepada industri haram arak dan judi terdiri daripada kalangan umat Islam sendiri serta akhbar Melayu banyak memungut hasil dengan menyiarkan keputusan judi haram yang menunjukkan ramai orang Melayu yang turut berjudi. Tidak cukup mengubat penyakit yang telah parah sedangkan racun pembunuh terus disebarkan

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏قَالَ ‏ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏ ‏ ‏لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْبَعِثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبٌ مِنْ ثَلَاثِينَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ) هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ) ‏ وَأَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَالْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ وَأَبُو دَاوُدَ
Maksudnya : Tidak berlakunya qiamat sehingga timbulnya dajjal-dajjal pendusta lebih kurang 30 orang kesemuanya mengaku bahawa dia adalah utusan Allah
Amaran nabi Muhammad s.a.w tentang akan timbulnya nabi-nabi palsu ini ternyata berlaku sejak nabi masih hidup lagi dengan munculnya nabi palsu bernama Musailamah al-Kazzab disamping nabi palsu perempuan di mana-mana keduanya dibunuh pada zaman Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah. Oleh itu tidak pelik sekiranya terus timbul golongan yang mengaku menjadi nabi yang semakin ramai termasuk di negara kita yang mengaku menjadi rasul Melayu, nabi perempuan disamping ajaran sesat yang lain. Apa yang penting ialah ilmu pemahaman kepada masyarakat mesti dipertingkatkan agar tidak mudah terpesong dan tertipu dengan ajaran sesat dan nabi palsu ini. Kita juga merasa sedih apabila seorang ibu tunggal di Johor terpaksa meminta bantuan kewangan daripada sebuah gereja untuk belanja anak ke universiti di mana perkara ini sebagai tamparan yang cukup besar kepada umat Islam. Begitu juga laporan akhbar Sabah Daily Ekspress yang menyatakan ramai belia dari Sabah yang datang mencari kerja di Kuala Lumpur yang tidak mempunyai tempat tinggal diberi makanan percuma oleh NGO dan pedakwah selain Islam yang kesemuanya ini bakal menggugat akidah jika tidak ditangani dengan baik. Kita juga wajar merenungi keadaan cuaca semakin panas disamping kejadian gempa bumi terus meletus satu demi satu yang terbaru di Chile yang mengorbankan ratusan nyawa disamping amaran Tsunami di perairan pantai Sabah. Kembalilah kepada Allah dalam semua perkara sebelum datangnya saat kehancuran dunia. Tidak rugi bertaubat sentiasa daripada terus bergembira dengan maksiat yang ada. Usah terlalu asyik membilang kemewahan dunia sedangkan bekalan akhirat entah ke mana.
Firman Allah dalam ayat 40 surah al-Ahzab :
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَٰكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Maksudnya : Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi baginda adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ajaran Nabi DiMartabat Negara Selamat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.
Setiap kali kedatangan bulan Rabiul Awwal maka umat Islam seluruh dunia tanpa mengira muda atau tua, bangsa dan bahasa, budaya dan warna kulit, tempat dan pangkat sama mengingati kelahiran manusia agung yang membawa rahmat kepada sekalian alam yang diberi nama nabi Muhammad s.a.w. Bangsa baginda adalah arab tetapi Islam yang dibawa dianuti oleh semua bangsa bukannya terbatas kepada bangsa arab sahaja. Tempat kelahiran baginda pula di Mekah namun dakwah Islam dirasai oleh umat seluruh pelusuk dunia tanpa terhad di sekitar bumi arab sahaja. Pada diri nabi Muhammad s.a.w adalah contoh yang terbaik dari segenap segi di mana baginda adalah bapa mithali, pendakwah contoh, anggota masyarakat yang amanah dan juga pemimpin yang terbaik. Sebagai umat yang mencintai nabi Muhammad s.a.w maka tiada manusia lain yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan kita melainkan nabi yang tercinta. Tiada cara berkeluarga yang lebih bahagia melainkan apa yang diajar oleh nabi. Tiada cara berdakwah yang lebih berkesan melainkan apa yang ditonjol oleh nabi. Tiada cara bersosial yang lebih baik melainkan apa yang dilakukan oleh nabi. Tiada cara berpolitik, berekonomi dan memimpin negara yang lebih hebat melainkan apa yang ditunjukkan oleh nabi.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
قال الرسول  : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ - متفق عليه
Maksudnya: Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
Antara adab yang perlu dilakukan oleh kita sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada nabi ialah : [1] mentaati nabi dengan mengikut segala jejak langkah perjalanan hidupnya dalam urusan agama dan dunia [2] Cinta kepada nabi dan menghormatinya lebih daripada segala yang lain [3] Cinta kepada orang yang dicintai oleh nabi dan benci kepada orang yang dibenci oleh nabi, redha dengan apa yang diredhai oleh nabi dan marah kepada apa yang dimarahi oleh nabi [4] Menjunjung tinggi nabi dengan berselawat kepadanya apabila disebut namanya serta mengagungkan segala sifat dan akhlak nabi [5] Membenarkan segala apa yang diberitakan oleh nabi samada daripada urusan agama atau dunia [6] Menghidupkan sunnah nabi, menzahirkan syariatnya serta menyampaikan dakwah Islam dan melaksanakan segala pesanan nabi [7] Merendahkan suara ketika berada di sisi maqam nabi dan dalam masjid nabawi bagi yang berkesempatan ke sana [8] Cinta kepada ulama’ dan orang soleh serta setia kepada mereka semata-mata kerana nabi cinta kepada golongan tersebut. Kita juga mesti benci kepada orang fasik serta memusuhi mereka dengan sebab nabi benci dan memusuhi golongan ini

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Tanda kasih dan sayang kita kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w tidak cukup sekadar memuji sifat dan perjalanan hidupnya sahaja tetapi kita mesti melaksanakan segala ajarannya yang meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Kegagalan dalam menghayati cara hidup yang pernah ditunjukkan oleh nabi berasaskan al-Quran menyaksikan pelbagai kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di sekeliling kita. Jika pada masa kelahiran nabi Muhammad s.a.w, manusia berada dalam jahiliah akibat jauh daripada petunjuk wahyu Allah sehingga terkenal dengan amalan yang jahat seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup atas alasan membawa sial maka pada hari ini akibat meninggalkan sistem al-Quran maka manusia tanpa perikemanusiaan sanggup membuang dan membunuh anak kecil yang tidak berdosa tanpa mengira jantina yang kebanyakannya lahir daripada hasil zina kesan daripada kejahilan, cara hidup bebas daripada agama. Kecurian, samun, ragut, pecah rumah semakin meningkat dan membimbangkan tanpa mengira tempat dan masa bagaikan tidak gerun terhadap hukuman yang kebanyakannya jauh daripada sistem perundangan Islam ditambah lagi dengan sikap umat Islam sendiri yang lebih yakin kepada undang-undang ciptaan manusia daripada undang-undang Allah. Adakah manusia takabbur ini yakin bahawa dia lebih hebat daripada Allah dan dia mampu melawan kuasa Allah. Tidak cukup sekadar berarak membawa sepanduk sebagai tanda cinta kepada nabi sedangkan sifat amanah yang ditunjukkan oleh baginda tidak mahu diikut yang menyebabkan masalah rasuah dan pecah amanah terus membarah sehingga menggugat keselamatan negara seperti yang terbaru laporan bahawa adanya penjualan rahsia keselamatan negara kepada negara lain selepas isu penjualan enjin jet dan kapal selam yang baru tidak mampu menyelam dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Kita sentiasa diperingatkan tentang peristiwa besar terhadap diri nabi Muhammad s.a.w ketika berada dalam asuhan Halimah di mana dada Rasulullah s.a.w telah dibelah oleh dua malaikat bagi membersihkan hatinya daripada penyakit dunia dan syaitan bagi persediaan awal kepada kenabian. Hati merupakan raja segala anggota di mana jika hati baik maka manusia akan baik tetapi jika hati jahat maka manusia turut bersikap jahat. Dalam menjaga hati maka umat Islam mestilah sentiasa mengingati Allah sepanjang masa. Umat Islam yang mempunyai hati yang sentiasa ingat dan dekat kepada Allah sahaja lah yang akan diberikan pertolongan dan kemenangan oleh Allah di dunia dan akhirat manakala umat Islam yang hatinya sentiasa lalai daripada mengingati Allah maka ia mudah dikalahkan oleh musuh terutama syaitan.
عن ابن عباس رضى الله عنهما قال : قال الرسول  : الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا )
Maksudnya : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.
Imam al-Ghazali menukilkan bagaimana berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh empat faktor iaitu: [1]Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan) iaitu apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan. Pada hal sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah SWT. [2] Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan)Apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan seumpamanya. [3]Sifat Bahimiyyah (sifat kehaiwanan) Seperti tamak haloba, memperturutkan hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata dan sebagainya. [4] Sifat-sifat Subu’iyyah (sifat kebuasan) Seperti marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya. Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera.
Firman Allah dalam ayat 27-28 surah al-Anfal :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 2 Februari 2012

28. NABI DISANJUNG TUGASNYA DIJUNJUNG

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فليقـتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيـوة الدنيا بالآخرة ومن يقـتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا عظيما
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Perjuangan Islam bukannya dilalui dengan cara senang sebaliknya memerlukan kepada pengorbanan, ia tidak menjanjikan kemewahan sebaliknya menuntut kepada mengenepikan kepentingan diri sendiri, ia bukannya dihampar dengan permaidani merah sebaliknya menagih kepada tumpahnya darah. Ketika merenung kembali kepada perjuangan dan kejayaan serta kegemilangan yang pernah dicapai oleh nabi Muhammad s.a.w dan para pejuang Islam sebelum ini adalah disebabkan mereka yakin dengan Islam sebagai system pemerintahan dan manhaj kehidupan. Generasi kemenangan begitu yakin bahawa mereka adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan kepada manusia dengan tunduk patuh kepada Allah. Generasi kemenangan telah memainkan peranan dalam membebaskan manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah dalam setiap aspek kehidupan. Generasi kemenangan telah memberikan tamadun berasaskan Islam kepada dunia di mana tanpa tamadun Islam maka dunia akan kekal dalam keadaan terumbang-ambing di dalam kegelapan tanpa system hidup yang teratur, kemunduran, kejahilan dan keruntuhan. Generasi kemenangan bila menempuh sebarang pertempuran, pembebasan dan penawanan maka mereka meletakkan di hadapan mata mereka samada menang untuk mereka hidup dalam kemuliaan atau pun gugur syahid menemui Allah sebagai pejuang Islam. Jasa generasi kemenangan ini telah memberi faedah yang begitu berharga kepada seluruh umat manusia tanpa mengira agama sehingga pernah penulis barat menukilkan: “ Eropah pada masa dahulu adalah buta huruf dan terkenal dengan kejahilan sedangkan Andalusia atau Sepanyol yang diperintah oleh kerajaan Islam telah mempunyai perkembangan ilmu dan membawa bendera pengetahuan di dunia”.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Antara tugas nabi Muhammad s.a.w yang mesti dicontohi dan diikuti oleh umat Islam ialah tiga tugas utama sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam ayat 2 surah al-Jumaat iaitu yang pertama membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Tugas kedua pula membersihkan manusia daripada aqidah yang sesat dan kemudiaannya diikuti dengan tugas yang ketiga iaitu mengajarkan umat dengan kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat agama. Setelah ketiga-tiga tugas yang besar ini dillaksanakan dengan penuh amanah dan istiqamah, insya Allah kemuliaan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah dapat dicapai sehingga kita menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat.
Apabila kita merenung kembali kepada tugas pertama iaitu membacakan ayat-ayat Allah disamping memastikan sesuatu ilmu yang diajar tidak boleh bebas daripada berpegang kepada aqidah Islam antaranya mestilah disertakan dengan ayat al-Quran dan hadis nabi. Matlamat dalam melahirkan masyarakat yang boleh membaca al-Quran tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh dan berterusan daripada setiap lapisan masyarakat bermula daripada ibubapa sehinggalah pemimpin negara. Kita merasa bimbang kerana masalah buta huruf dalam negara umat Islam masih tinggi termasuk tidak tahu membaca al-Quran. Oleh itu setiap ibubapa mestilah memastikan paling kurang seorang daripada anaknya dihantar ke pusat pengajian agama bagi mendalami ilmu agama disamping memastikan dirinya sendiri dan anak-anak mestilah tahu dan pandai membaca al-Quran. Bila setiap rumah mempunyai ahli agama dan al-Quran pula sentiasa dibaca di dalamnya maka banyak masalah sosial yang menimpa umat Islam pada hari ini dapat ditangani. Tidakkah terdetik rasa gerun dalam diri kita sebagai ibubapa sekiranya bila telah meninggal dunia nanti maka berlaku di kalangan anak-anak kita yang bukan sahaja tidak tahu untuk solat jenazah kepada ibubapanya malah tidak pandai membaca al-Quran dan berdoa untuk kita akibat daripada pengabaian terhadap pengajian agama. Lupakah kita kita suatu pesan nabi bahawa apabila seseorang manusia itu telah meninggal dunia maka terputuslah amalnya melainkan daripada 3 sumber antaranya…. أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ :…. Atau anak yang soleh yang mendoakan untuknya.
Tugas pemimpin pula mestilah memberi sokongan dan bantuan semaksima mungkin dalam melahirkan lebih ramai rakyat yang faham serta mengamalkan agama sehingga pelaksanaan seluruh system Islam dalam kehidupan dapat dijayakan. Kita begitu malu sekiranya alasan untuk terus menekan pusat pengajian agama hanya disebabkan pelajarnya didakwa tiada semangat cintakan negara kerana tidak menyanyi lagu Negaraku dalam perhimpunan pagi.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Tugas kedua yang ditekankan oleh Allah ialah pembersihan umat manusia daripada aqidah sesat melalui ilmu yang dipelajari. Tugas ini adalah penting dalam melahirkan umat Islam yang benar-benar berpegang kepada seluruh ajaran Islam yang sempurna. Sekira berlakunya pemisahan antara ilmu moden dengan aqidah Islam telah menyebabkan umat Islam terlalu berpegang kepada falsafah sesat barat sehingga menolak kaitan agama dengan ilmu tersebut. Sebagai contohnya dalam masalah ilmu sains yang terlalu berpegang kepada falsafah yang menolak ketuhanan yang menyebabkan sebarang kajian hanya berbentuk keduniaan semata-mata bukannya ke arah mengkaji kejadian yang diciptakan oleh Allah serta mengakui kekuasaanNya dalam mencipta dan mengatur segala sesuatu. Kita dapat dengar dan baca ulasan golongan yang hanya berpegang kepada teori sains sahaja dalam masalah tsunami dan banjir besar misalnya di mana golongan ini hanya menganggap bahawa apa yang berlaku adalah suatu perubahan alam akibat cuaca dan pergerakan alam semata-mata. Sedangkan kita umat Islam mestilah yakin bahawa setiap berlaku adalah mengikut kehendak Allah disamping setiap musibah yang menimpa adanya di sana kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh umat manusia samada dari segi pelanggaran terhadap suruhan dan larangan Allah dalam kehidupan seharian atau pun manusia merosakkan nikmat alam yang diciptakan Allah seperti merosakkan kawasan tadahan air dan sebagainya. Umat Islam mestilah merenung setiap apa yang berlaku untuk menambahkan lagi keimanan kepada Allah serta menyedarkan diri kita agar sentiasa berusaha dalam merapatkan diri kepada Allah sepanjang masa.
Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :
وما أصــبكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير
Maksudnya : Dan apa sahaja musibah yang menimpa maka ia disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan kamu
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Tugas yang ketiga bagi memastikan seluruh Islam dapat dilaksanakan dengan baik iaitu mengajarkan umat dengan kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat agama. Ketika ramai rakyat di negara barat sendiri mula memilih Islam sebagai agama walau pun pelbagai tuduhan liar oleh pemimpin mereka terhadap Islam yang dituduh sebagai pengganas namun betapa malangnya di negara kita ramai pula umat Islam sendiri akibat jahil tentang agama ditambah pula dengan pandangan sempit bahawa agama bukanlah suatu yang penting dan berharga telah menyebabkan ramai yang murtad. Begitu juga dengan jumlah umat Islam yang terlibat dengan perkara yang merosakkan tubuh badan seperti dadah, arak sentiasa meningkat. Apatah lagi dalam masalah pecah amanah dan rasuah yang telah menjadi suatu kebiasaan akibat kefahaman terhadap hukum Islam yang cetek ditambah dengan pegangan terhadap agama yang semakin rapuh. Malah dalam memilih pemimpin lebih banyak salah laku berbentuk rasuah yang berlaku sedangkan suatu amaran keras tentang bahayanya rasuah dalam memilih pemimpin melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:
.... وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ
Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya
فرمان الله تعالى دالم أية 51 سورة النور :
إنما كان قول المؤمنين إذا دعوا إلى الله ورسوله ليحكم بينهم أن يقولوا سمعنا وأطعنا وأولئك هم المفلحون
Maksudnya : Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah agar mereka berhukum dengannya di kalangan mereka lalu mereka berkata : “ Kami dengar dan kami patuh”. Dan mereka itulah golongan yang beroleh kejayaan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 1 Februari 2012

Nabi Muhammad s.a.w DiContoh Jahiliah DiRoboh

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’ :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”
Setiap kali tibanya bulan Rabiul Awwal maka umat Islam seluruh dunia menyebut-nyebut tentang kelahiran bayi bertuah di Kota Mekah pada Tahun Gajah oleh ibunya Aminah yang diberi nama Muhammad bin Abdullah. Kelahirannya adalah pilihan Allah sebagai nabi akhir zaman untuk membawa cahaya iman ketika kegelapan jahiliah, menggantikan penindasan nafsu serakah kepada keadilan Islam. Kehebatan nabi Muhamamd s.a.w bukan sahaja diiktiraf oleh para sahabat malah turut diakui oleh musuh Islam sebagaimana ungkapan kata-kata daripada ‘Urwah bin Ath-Thaqafi yang ditugaskan untuk berunding dengan nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiah : “Demi Allah! Aku pernah menemui raja-raja Rom, Farsi dan Habsyah. Demi Allah! Aku tidak pernah melihat raja itu disanjung dengan membesarkannya seperti para sahabat nabi Muhammad melakukannya kepada nabi Muhammad. Demi Allah! Jika baginda mengeluarkan kahak nescaya ia akan jatuh ke atas tangan salah seorang daripada mereka lalu disapukan dikulit dan mukanya. Apabila baginda menyuruh sesuatu maka mereka akan berlumba-lumba untuk menunaikan suruhannya. Apabila baginda berwudhu’, mereka seperti mahu berperang kerana berebut-rebut untuk mengambil air wudhu’nya. Kalau baginda bercakap maka semuanya diam dan jika mereka bercakap akan direndahkan suara kerana menghormatinya. Mereka tidak merenung tajam kepadanya kerana menghormatinya. Baginda telah mengemukakan suatu rancangan yang baik untuk kamu wahai pemimpin Quraisy maka terimalah”. Begitu juga kehebatan para sahabat nabi yang bermati-matian mempertahankan nabi dan Islam sebagaimana diungkapkan oleh panglima Maharaja Rom bahawa kerajaan Rom pasti jatuh ditangan tentera Islam di mana mereka bukan manusia sebarangan iaitu ahli ibadat beribadat pada malam hari, tangkas seperti singa di medan perang di siang hari, sentiasa bersembahyang, berpuasa, tidak pernah meminum arak, tidak berzina malah andaikata anak pemimpin mereka sendiri yang mencuri nesaya dikerat tangannya. Setiap tentera Islam berlumba-lumba mati syahid sebelum saudaranya yang lain.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
Sempena kedatangan bulan Maulidurrasul maka kita sepatutnya menggandakan lagi usaha dalam menonjolkan kehebatan nabi dan sistem Islam yang telah disampaikannya kepada kita. Tanamkan dalam diri umat Islam bahawa inilah contoh teladan yang sebenar untuk diikut terutama ketika semakin ramai umat Islam sendiri tidak lagi mengenal nabi Muhammad s.a.w sebagai manusia hebat dan contoh terbaik dalam setiap aspek kehidupan sesuai dengan pengutusannya untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Setiap kali kita menyebut bagaimana dahsyatnya zaman jahiliah di mana nafsu serakah menjadi ikutan sehingga anak perempuan ditanam hidup-hidup di samping seribu macam penindasan dan kesesatan yang lain. Namun begitu bila berdepan pula dengan jahiliah moden di mana ubat mujarrab iaitu al-Quran ada di depan mata tetapi racun diguna pakai sehingga bukan setakat anak perempuan yang dibunuh malah anak lelaki turut menjadi mangsa di samping pelbagai penyakit sosial yang lain terus merebak dan membarah.
Malah pada tahun ini bagaikan berlakunya pertembungan antara sambutan memuja Paderi Valentine yang berjaya menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi dengan sambutan memperingati kelahiran nabi Muhammad s.a.w pada keesokan harinya. Ramai di kalangan umat Islam terutama golongan remaja lebih teruja untuk menyambut Hari Kekasih berbanding mencontohi nabi Muhammad s.a.w manusia Agong yang begitu kasih pada umatnya. Ingatlah bahawa kasih sayang wajib ada sepanjang masa bukan pada hari tertentu sahaja serta saluran untuk menyatakan kasih sayang mestilah bertepatan dengan syarak bukannya mengikut hawa nafsu apatah lagi meniru budaya agama lain. Manusia yang paling wajib kita kasih ialah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan dengan ini kita menyeru agar umat Islam supaya mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:
قال الرسول : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟
Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pengutusan nabi Muhammad s.a.w berjaya mengubah dunia kepada keadaan yang lebih baik yang bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah seluruh umat manusia serta makhluk Allah yang lain. Namun pada hari ini suasana gelap jahiliah kembali mencemari dunia termasuk di negara umat Islam sendiri akibat sistem Islam digantikan dengan sistem jahiliah. Contohnya cara pemakaian yang mendedah aurat lebih suka dipakai sama ada lelaki atau perempuan. Malah kaum perempuan lebih suka bertelanjang dengan memakai pakaian nipis dan singkat, ramai juga bertudung tetapi tubuhnya pula terdedah sana-sini, malah ada yang bertudung seperti paderi Perempuan dan juga fesyen bertudung tetapi menampak jelas bentuk rambut yang disanggul seperti bonggok unta yang dimurkai oleh nabi semakin digemari. Itu belum dikira orang lelaki yang memakai gelang, rantai leher, subang telinga dan pelbagai macam cara jahiliah yang dianggap kacak sedangkan hakikatnya lebih hodoh daripada binatang. Begitu hebatnya godaan syaitan dan jarum Yahudi yang menyerang cara pemakaian umat Islam. Inilah antara kesan dahsyat bila umat Islam tidak menjadikan nabi sebagai contoh teladan sebaliknya para artis, pemain sukan dan lain-lain sebagai ikutan. Malah ketika negara sedang menghadapi masalah penyakit tekanan jiwa yang begitu kronik maka sepatutnya cara Islam diguna pakai seperti nasihat Ibnu Mas’ud bila jiwa bercelaru maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah. Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Malangnya bila cara jahiliah seperti hiburan melampau, arak, dadah dijadikan ubat akhirnya bukan setakat tubuh yang binasa malah akal yang rosak musnah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Ketika dunia menghadapi masalah kejatuhan ekonomi yang teruk akibat penindasan dan kezaliman sistem riba maka sistem ekonomi Islam terus diperangi daripada dilaksanakan kerana bakal melingkupkan penghisap darah kapitalis. Apa yang lebih memalukan apabila lebih 70 peratus orang bukan Islam lebih percaya dan menggunakan sistem perbankan Islam berbanding umat Islam sendiri. Begitu juga usaha untuk kembali menggunakan wang dinar dan perak terus dipandang serong oleh umat Islam sendiri patah lagi Yahudi sedangkan inilah antara jalan terbaik dalam mengembalikan keadilan ekonomi dunia.
Begitu juga bila dunia hari ini melihat satu demi satu pemimpin kuku besi dan zalim jatuh tersungkur seperti yang terbaru di Tunisia diikuti kebangkitan rakyat di Mesir, Yaman, Algeria dan banyak negara yang lain akibat pemimpin sedia ada gagal mencontohi keadilan yang ditunjukkan oleh nabi akibat menyisihkan Islam dalam sistem pemerintahan. Akhirnya rakyat yang ditindas begitu lama sanggup turun di jalanraya sehingga jatuhnya pemimpin dalam keadaan hina. Perubahan yang berlaku sentiasa diambil kesempatan terutama oleh pengganas utama dunia Amerika Syarikat dan Israel agar pemimpin yang baru terus menjadi kuda tunggangan mereka. Malah keadaan yang masih kabur di Mesir terutama selepas tentera mengambil alih kuasa dibimbangi diguna oleh musuh Islam untuk terus menjajah terutama Mesir yang begitu penting untuk kepentingan Israel. Oleh itu kita mestilah sentiasa merafakkan doa kepada Allah agar setiap perubahan dan pertukaran pemimpin akan menguntungkan Islam dan umatnya bukan meneruskan sistem jahiliah serta permusuhan terhadap Islam dan umatnya. Semoga pemerintahan yang adil sebagaimana yang telah ditunjuk oleh nabi, para sahabat dan khalifah Islam sebelum ini kembali mewarnai dunia. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 26 surah Ali ‘Imran :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w DiPilih Kebahagiaan DiRaih

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 2 surah Muhammad :
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ
Maksudnya : Dan orang-orang beriman dan mengerjakan amalan soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada nabi Muhammad dan itulah kebenaran daripada Tuhan mereka,Allah akan menghapuskan segala kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka
Manusia akan sentiasa bercakap tentang insan yang paling istimewa dalam kehidupannya sehingga tidak jemu-jemu memujinya. Bila sahaja disebut nama orang yang disayangi maka dia merasa begitu semangat untuk membicara tentangnya. Begitulah keadaan kita sebagai umat Islam yang cintakan nabi Muhammad s.a.w sentiasa berasa seronok dan gembira untuk menyebut nabi baginda dan mengetahui sirah perjalanannya. Umat yang benar-benar cinta kepada Allah dan rasulNya akan berasa bangga untuk memberitahu kepada dunia tentang kehebatan nabi Muhammad s.a.w yang berjaya mengubah keadaan dunia daripada kelam kufur kepada cahaya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam. Kita akan bangkit menentang sesiapa sahaja yang merendah-rendahkan nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi kepada rasul mulia ini. Nabi Muhammad s.a.w menjadi ikutan utama kita dalam setiap aspek kehidupan dari sekecil-kecil urusan sehinggalah kepada sebesar-besar perkara kerana baginda bukan sekadar memberitahu sebaliknya baginda melaksanakannya untuk mudah ditiru oleh kita semua. Kita wajib bersyukur kepada Allah yang mengutuskan nabi Muhammad sa.w yang begitu banyak berjasa kepada kita, jasa nabi bukan sebarangan, bukan kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar. Nabi sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 6-11 surah ad-Duha:
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya : Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang peminta bantuan maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya
Nabi Muhammad s.a.w telah ditarbiah sejak dari kecil dengan kesusahan demi kesusahan disamping menjauhi amalan syirik dan merosakkan akhlak walau pun berada disekeliling masyarakat jahiliah. Sesuai dengan keadaan nabi Muhammad s.a.w yang pernah merasai keperitan hidup sebagai anak yatim piatu maka baginda begitu mengambil berat tentang anak yatim serta sentiasa menggalakkan umat Islam supaya mengasihi anak yati disamping begitu murka terhadap sesiapa yang menzalimi anak yatim. Begitu juga dengan kehidupan nabi Muhammad s.a.w yang menjauhi kehidupan mewah bertujuan mendidik umatnya agar tidak menjadikan dunia sebagai matlamat utama. Kemiskinan yang dilalui oleh nabi bukannya disebabkan baginda pemalas kerana betapa banyak harta baginda yang dikorbankan dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Nabi Muhammad s.a.w banyak kali menolak tawaran kemewahan samada daripada musuh Islam mahu pun permintaan daripada malaikat bertujuan menjaga keikhlasan umat Islam supaya memeluk Islam kerana Allah bukannya untuk mengejar kemewahan. Banyak kisah yang dibentangkan kepada kita tentang kehidupan nabi Muhammad s.a.w yang susah namun kemiskinan nabi bukan membawa kepada kehinaan sebaliknya dilihat oleh pemimpin dunia sebagai suatu kehebatan dan pengorbanan yang begitu mulia dalam membela nasib manusia

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Antara kisah tentang nabi Muhammad s.a.w yang hidup jauh daripada kemewahan bertujuan mendidik umatnya agar tidak hanyut dengan nikmat dunia yang sementara serta banyak berkorban untuk Islam disamping menyuburkan sifat mengambil berat tentang penderitaan orang lain. Imam Bukhari meriwayat daripada saudara Ummul Mukminin Juwairiyah bt Harith semasa baginda wafat tidak meninggalkan walau pun satu dirham. Baginda juga tidak meninggalkan seorang hamba lelaki atau perempuan. Baginda sekadar meninggalkan seekor keldai, sehelai pakaian perang dan sebidang tanah kecil yang kemudiaannya disedekahkan.
Imam Ahmad riwayat daripada Abdullah bin Abbas tentang kisah Sayyidina Umar al-Khottab semasa beliau menziarahi nabi di mana kata Umar : Aku pun duduk dan aku lihat bekas tikar pada tubuh nabi Muhammad s.a.w. Aku ternampak segenggam gandum dan sekeping kulit tergantung..lalu aku pun terus menangis. Nabi Muhammad s.a.w terus bertanya : Wahai Ibnu Khottab. Mengapa engkau menangis? Aku menjawab : mengapa tidak ya Rasulullah! Aku ternampak bekas tikar kasar ditubuhmu dan aku melihat hartamu hanyalah sekadar apa yang aku lihat sekarang. Bayangkan Maharaja Rom dan Parsi yang hidup dalam kelazatan sedangkan engkau adalah nabi hidup seperti ini. Lalu nabi terus bersabda : Wahai Ibnu Khottab, apakah engkau tidak redha bahawa bagi kita adalah akhirat dan bagi mereka hanya dunia?
Imam Thobrani pula meriwayatkan daripada Sahl b Saad : Pada suatu hari nabi sakit dan pada masa itu baginda mempunyai wang emas sebanyak tujuh dinar lalu diberikannya kepada Siti Aisyah supaya diberikan kpd Sayyidina Ali untuk disedekahkan. Baginda kemudiannya pengsan beberapa kali dan setiap kali sedar baginda menyoal Siti Aisyah mengenai wangh emas itu sehingga akhirnya wang emas itu diserahkan kepada Sayyidina Ali lalu disedekahkan
Begitu juga Imam Tirmizi meriwayat daripada Siti Aisyah bahawa keluarga nabi Muhammad s.a.w tidak pernah kenyang memakan roti gandum dua hari berturut-turut sehingga baginda wafat
Imam Tirmizi meriwayat daripada Anas b Malik bahawa tidak pernah nabi Muhammad s.a.w makan di atas meja dan tidak pernah baginda makan roti halus iaitu daripada jenis tepung yang baik sehinggalah baginda wafat
Imam Tirmizi meriwayat daripada Siti Aisyah : Nabi menjahit sendiri kasut dan baju baginda yang koyak
Cara hidup dan pemerintahan nabi diteruskan oleh para sahabat dan pejuang Islam selepas mereka sehingga mereka bukan menjadi hamba yang hina sebaliknya berjaya menjatuhkan Empayar Rom dan Parsi yang tenggelam dalam kemewahan dunia dan jauh daripada cahaya agama

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Ahzab :
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
Maksudnya : Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata
Bila kita melihat peristiwa kejatuhan seorang demi seorang pemimpin dalam jarak masa yang begitu dekat bermula di Tunisia diikuti Mesir kini melarat ke Libya yang menyaksikan ribuan rakyat dibunuh kejam dan ada masjid yang ditembak disamping kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan pemimpin melalui jalanraya di Algeria, Bahrain, Yaman dan beberapa buah negara lagi akibat kegagalan pemimpin menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh dalam kepimpinan. Kebanyakan mereka jatuh akibat membina kekayaan atas penderitaan rakyat. Kita dapat perhati 3 jenis pemimpin biasanya memegang tampuk pemerintahan iaitu jenis pertama daripada kalangan orang kaya sebelum menjadi pemimpin dan terus kaya selepas dilantik menjadi pemimpin. Pemimpin jenis ini ada yang amanah dan ramai juga yang tidak jujur ketika melaksanakan amanah kepimpinan. Jenis kedua ialah pemimpin yang miskin sebelum menjadi pemimpin sebaliknya menjadi orang kaya baru selepas berada di atas takhta kepimpinan sesebuah negara. Pemimpin jenis inilah yang ramai menjadi pemimpin pada hari ini yang sedang dijatuhkan dengan cara yang hina oleh rakyat yang sudah tahan dengan kezalimannya. Manakala jenis ketiga pula ialah pemimpin yang kaya sebelum memimpin dan menjadi miskin selepas dilantik kerana begitu mengambil berat terhadap kebajikan dan amanah rakyat sehingga kekayaannya turut disumbangkan kepada rakyat. Pemimpin jenis ini semakin jarang dan payah untuk ditemui.
Manakala dari segi corak pemerintahan pula Ibnu Khaldun membahagikan kepimpinan kepada 3 jenis iaitu yang pertama pemimpin yang menggunakan hukum rimba iaitu yang kuat menguasai yang lemah. Yang kedua ialah pemimpin yang menggunakan sistem perundangan dan perlembagaan yang dicipta sendiri oleh manusia dengan mengenepikan hukuman Allah di mana kepimpinan jenis ini pada permulaannya memang baik dan mampu mentadbir dengan teratur. Tetapi lama kelamaan sistem yang diguna pakai mula dirobek satu persatu tanpa menghirau lagi erti kemanusiaan dan ketaatan kepada sistem yang dicipta itu. Akhirnya mereka mula menggunakan semula hukum rimba yang bertopengkan sistem perundangan yang dilaksana selama ini. Kepimpinan jenis ketiga ialah yang menggunakan sistem Islam berdasarkan wahyu Allah dalam mentadbir dunia demi mencapai kebahagian dunia akhirat. Inilah kepimpinan yang dirindui dan ditunggu-tunggu kedatangannya. Oleh itu, ikutlah panduan yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.a.w dalam memilih pemimpin agar kita bahagia dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِك الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ
Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Nabi Muhammad s.a.w DiIkuti Sistem Islam DiJulang Tinggi

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 6 surah as-Soff:
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُبِينٌ
Maksudnya: Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
Kita masih berada dalam bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang juga pernah menyifatkan bahawa baginda adalah Ibnu az-Zabihain iaitu anak kepada dua bapa yang disembelih memandangkan nabi yang berketurunan Arab dari salsilah nabi Ismail di mana kita semua telah maklum bagaimana nabi Ismail a.s telah disembelih oleh ayahandanya nabi Ibrahim a.s kerana arahan wahyu melalui mimpi benar. Akhirnya Allah menggantikan nabi Ismail a.s dengan kibas dan terselamatlah baginda daripada mati disembelih. Kemudian bapa kedua yang hampir disembelih ialah bapa kandung nabi sendiri iaitu Abdullah bin Abdul Muttolib akibat Abdul Muttolib mahu menunaikan nazarnya sehingga akhirnya Abdullah ditukar dengan 100 ekor unta sebagai gantian. Berita kelahiran nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman turut disebut dalam kitab Taurat dan Injil sehingga betapa ramai yahudi berpindah ke Madinah semata-mata mahu menunggu saat kelahiran nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai bintang tersendiri yang terpancar terang pada hari kelahiran baginda. Begitulah dalam kitab Bible walau pun telah banyak diubah namun tidak mampu menyembunyikan kelahiran nabi Muhammad s.a.w dengan beberapa ciri antaranya kejayaan baginda membuka kota Mekah bersama 10 ribu umat Islam. Perkara yang sama tercatat dalam kita agama Hindu dan Budha. Itulah antara kehebatan nabi Muhammad s.a.w yang tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak termasuk mereka yang memusuhi nabi sedangkan bukti dan dalil begitu jelas terbentang

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ketika menyambut Maulidurrasul dengan pelbagai cara dan program maka tanyalah diri kita samada kita benar-benar kenal dan cinta pada nabi Muhammad s.a.w atau hanya sebagai adat dan perayaan tahunan sahaja. Berapa banyak sunnah nabi yang telah kita berjaya laksanakan dalam kehidupan seharian atau hanya pandai menyebut dan mendengar sahaja walau pun puluhan tahun kita menyambut Maulidurrasul. Ingatlah kita tentang beberapa kisah yang menceritakan bagaimana hebatnya rasa kasih dan cinta para sahabat kepada nabi seperti diriwayatkan bagaimana beberapa hari Nabi SAW tidak terlihat oleh pembantunya, Tsauban. Ketika dia nampak Nabi SAW datang, maka Tsauban pun berkata: “Saya rindu kepadamu, wahai Rasulullah.” Kemudian Tsauban menangis, lalu Nabi SAW berkata kepadanya: “Apakah hanya ini engkau menangis?” Tsauban mengatakan: “Tidak, wahai Rasulullah, akan tetapi saya teringat tempat engkau di syurga sedangkan saya membayangkan tempat saya amatlah mengerikan.” Maka Nabi SAW berkata: “Wahai Tsauban, orang itu akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya.” Begitulah hebatnya sahabat Nabi SAW yang menyatakan rasa cinta mereka terhadap Nabi SAW sangat tinggi.
Begitu juga jawapan Anas bin Malik terhadap pertanyaan Siti Fatimah anak perempuan nabi setelah beliau selesai mengebumikan jasad nabi yang mulia bahawa beliau seolah-olah hilang ingatan ketika menguruskan jenazah nabi di mana jika beliau berada dalam keadaan sedar nescaya beliau tidak akan sanggup menanam jasad nabi dengan tangannya. Begitu juga ada sahabat yang meminta agar matanya dibutakan supaya pandangannya yang terakhir di dunia ini ialah wajah nabi kerana itulah pandangan yang begitu besar nikmatnya berbanding nikmat Allah yang lain. Semoga sambutan Maulidurrasul yang kita buat tidak berlalu begitu sahaja dengan berlalunya sesuatu program sebaliknya semakin menyemarakkan lagi rasa kasih dan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w seterusnya membangkitkan semangat untuk melaksanakan sunnah nabi ketika ramai yang membencinya kerana dijanjikan dengan pahala seratus orang mati syahid. Marilah kita doakan semoga nama kita ditulis sebagai umat yang cintakan nabi dan dibangkitkan bersama rasul agong di akhirat nanti. Kenalilah nabi Muhammad s.a.w secara lebih dekat untuk mencintainya, kajilah sirah kehidupan nabi untuk mencontohinya, nyatakan kepada dunia bahawa kita berasa bangga kerana cinta kepada nabi dan menjadikan baginda sebagai contoh teladan terbaik dalam kehidupan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 92 surah Yunus :
فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ
Maksudnya: "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".
Nabi Muhammad s.a.w tidak sekali-kali bercakap mengikut hawa nafsu sebaliknya berdasarkan wahyu daripada Allah. Ketika menyoroti banyak hadis termasuk hadis tentang lalat yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Abu Hurairah di mana maksud sabda nabi : Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang daripada kamu maka celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit. Kebenaran hadis ini dibuktikan oleh sains yang ratusan tahun membuat kajian sehingga mengakui bahawa lalat merupakan serangga yang mempunyai kuman yang begitu banyak namun larva lalat mampu menghasilkan ubat penawar untuk membunuh kuman-kuman.
Begitulah Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat terbesar dan kekal di mana banyak menceritakan peristiwa dahulu dan akan datang sepastinya bukan rekaan nabi Muhammad s.a.w sebaliknya merupakan wahyu daripada Allah. Antaranya kisah badan Fir’aun yang diselamatkan daripada tenggelam dalam Laut Merah di mana setelah dibuat beberapa kajian termasuk oleh saintis Perancis atas arahan kerajaannya terbukti salah satu mumia di Mesir merupakan Fir’aun zaman nabi Musa a.s. Begitu juga denga hentakan tongkat nabi Musa diakui oleh ahli kaji bumi menyebabkan dunia senget sedikit dan bumi merekah sehingga air boleh mengalir ke tempat yang begitu jauh.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Kelahiran nabi Muhammad s.a.w sebagai rahmat kepada sekalian alam dengan membawa seribu macam perubahan ke arah kebaikan seluruh makhluk yang melata antaranya mengubah cara pemerintahan yang zalim kepada keadilan Islam. Semasa kelahiran nabi Muhammad s.a.w lagi dunia mengalami beberapa peristiwa gempar antaranya runtuhnya beberapa tiang istana kerajaan Rom dan padamnya api penyembahan Majusi kerajaan Parsi seolah-olah petanda awal kedatangan nabi Muhammad s.a.w bakal menjatuhkan 2 empayar besar pada itu iaitu Rom dan Parsi. Ini diikuti dengan sabda nabi dalam hadis riwayat imam Muslim daripada Jabir bin Samurah yang bermaksud : Segolongan orang Islam bakal menguasai harta kekayaan kaum kerabat maharaja Parsi di Abyad. Ia terbukti pada zaman Khalifah Sayyidina Umar melalui panglima tenteranya Saad bin Abi Waqqas pada tahunn 637 Masihi. Begitu juga sabda nabi dalam hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Kaisar Parsi bakal hancur dan tidak ada kisra selepas itu. Kaisar Rom juga bakal hancur dan tidak ada kaisar selepas itu. Harta-harta rampasan diagihkan pada jalan Allah. Ia terbukti dengan kejatuhan Rom pada zaman Empayar Uthmaniah pada tahun 1453 dengan kejatuhan kota Istanbul.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh para sahabat dan pejuang Islam sebelum kita dalam merealisaikan janji kemenangan yang dijanjikan oleh nabi kerana mereka begitu cinta dan yakin kepada nabi. Sebaliknya pada hari ini betapa ramai umat Islam sendiri yang sudah tidak kenal siapakah nabi apatah lagi melaksanakan system Islam yang dibawa oleh nabi. Pejuang dulu berjuang dengan penuh yakin terhadap janji kemenangan daripada Allah dan rasulNya sedangkan kebanyakan umat Islam pada hari ini lebih ramai yang tertipu dengan janji manis sesama manusia sehingga sanggup mengenepikan janji benar dan amaran daripada Allah dan rasulNya. Akhirnya mereka hanyut dalam hiburan melampau dan janji manis yang jarang ditepati sehingga sanggup memilih pemimpin kaki rasuah, pecah amanah, kaki maksiat dan pelbagai kerosakan akhlak yang lain. Kemarahan rakyat tidak ke mana kerana hanyut dalam bunyian muzik yang mengasyikkan walau pun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak dan barangan ditambah saman ekor yang zalim. Ketika pemimpin melaungkan supaya rakyat berjimat cermat sedangkan pemimpin banyak mana harta rakyat dibazirkan tetapi semua itu tidak dipeduli ibarat kata pepatah arab jahatnya pemimpin kerana majority rakyat jahat yang menyokongnya. Oleh itu kembalilah mencontohi nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan termasuk memilih pemimpin. Islamlah nescara kita selamat dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 26 surah Ali ‘Imran :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ