أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Selasa, 28 Ogos 2018
Korbankan Dunia Julang Agama Hidup Mulia
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Mumtahinah :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّـهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
Maksudnya : Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim a.s dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Alhamdulillah kita baru sahaja menyambut hari raya korban 2 hari lepas dan kini masih berada pada hari-hari Tasyriq yang akan berakhir esok di mana peluang untuk menunaikan ibadat korban masih terbuka bagi yang berkemampuan. Tidak lupa juga untuk sama-sama kita doakan agar para jemaah haji yang sedang berada di Mekah dikurniakan dengan haji yang mabrur yang dijanjikan Syurga oleh Allah. Tanpa sifat berkorban untuk Allah dalam diri menyebabkan umat Islam sendiri gagal menunaikan kewajipan agama di mana ramai yang meninggalkan solat kerana sibuk mengejar dunia, malas. Gagal korban masa maka umat Islam liat untuk hadir dalam majlis ilmu, solat berjemaah sedangkan ramai yang mampu berkumpul di tempat hiburan melalaikan walau pun dengan membayar tiket yang mahal. Ramai tidak mengerjakan haji walau pun berkemampuan atas alasan tiada duit sedangkan sanggup berbelanja habisan-habisan untuk keseronokan yang lain. Begitu juga sayang duit untuk melakukan ibadat korban kerana merasakan ia perkara bukan wajib dan merugikan. Ramai yang sanggup berbelanja untuk membeli pakaian yang mendedah aurat yang mahal sedangkan banyak alasan untuk menutup aurat. Apa yang lebih malang akibat terjerat dengan senjata musuh Islam melalui aplikasi telefon pintar seperti Bigo dan Tik Tok di mana tanpa rasa malu membuat pelbagai aksi seperti menari, melompat, berzumba dan sebagainya mengikut lagu yang disediakan untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Apabila agama diketepikan maka maruah diri dikorbankan menurut hawa nafsu tanpa mengendah lagi halal haram. Jangan biarkan kita sudahlah kekurangan sedekah jariah ditambah pula dengan maksiat jariah atau dosa yang sentiasa berjalan catatan dosanya walau pun sedang tidur, sedang solat apatah lagi sudah ditanam dalam kubur akibat berkongsi gambar mendedah aurat, mengumpat, fitnah melalui whatsap, Facebook
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 120-122 surah al-Nahlu :
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّـهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿١٢٠﴾ شَاكِرًا لِّأَنْعُمِهِ ۚ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٢١﴾ وَآتَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun baginda seorang diri); Dia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan dia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. Dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus. Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.
Ibadat korban dan ibadat haji yang berkait rapat dengan nabi Ibrahim a.s begitu banyak mendidik kita di mana nabi yang mulia ini bukan sahaja tidak terpengaruh dengan suasana jahiliah pada zaman remajanya malah bangkit mempertahankan iman disamping begitu bersungguh menjalankan kerja-kerja dakwah dalam menghancurkan jahiliah. Ciri-ciri kepemimpinan nabi Ibrahim as sebagaimana yang tertera dalam ayat 120-122 surah al-Nahlu , ditafsirkan oleh Ibnu Mas’ud dan Ibnu Umar yang menyebutkan bahawa lafaz ummah mengandungi makna bahwa pemimpin yang dijadikan teladan dan mengajarkan kebaikan kepada manusia. Kepemimpinan nabi Ibrahim a.s berlandas pada 3 kriteria, iaitu: [1] Qanit bererti patuh tunduk kepada Allah [2] Hanif, bermakna lurus dalam jalan kebenaran, Dan [3] Syukur, yang dijelaskan ertinya oleh ar-Raghib sebagai bentuk mengakui nikmat dengan hati dan memperlihatkannya dengan amal perbuatan.
Pemimpin hebat hanya akan lahir dari proses tarbiah dan pegangan yang kuat dengan agama. Sebagai contoh kepada kisah nabi Ibrahim a.s, jelas tergambar bahwa Allah telah menguji baginda dengan pelbagai ujian yang begitu hebat. [1] mengorbankan perasaannya sendiri ketika harus berhadapan dengan ahli keluarga terdekat dan kaumnya yang musyrik, bahkan sampai menghadapi hukuman dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud sebagai kesan menentang perkara syirik. [2] mengorbankan kecintaannya pada anak ketika diwahyukan menyembelih nabi Ismail putera kesayangannya [3] mengorbankan harta dan tenaga ketika membangunkan Ka’abah yang menjadi pusat ibadat dan tumpuan dunia hingga ke hari ini
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 55 surah an-Nuur :
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”
3 bentuk kemenangan di dunia yang dijanjikan itu oleh Allah kepada pejuang Islam yang sanggup berkorban apa sahaja demi mencari redha Allah iaitu :
[1] Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendokong-pendokong ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk kepimpinan.
[2] Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya kewibawaan untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.
[3] Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.
Dalam mencapai kemenangan banyak perkara yang perlu diharungi termasuk dalam membuang sifat Futur iaitu lambat, malas dan tidak serius setelah bersungguh-sungguh, rajin dan semangat. Futur adalah penyakit yang menyerang para ahli ibadah, pendakwah, pejuang dan para penuntut ilmu. Jika seseorang telah terkena penyakit ini maka menjadi lemah, lambat dan malas. Bahkan boleh jadi akan putus tugas dan amalannya setelah sebelumnya begitu bersungguh-sungguh, punya semangat dan kerajinan. Antara kesan bahaya penyakit malas ini adalah ialah [1] berjangkit sifat munafik yang malas dalam ibadat, benci untuk berjihad dengan harta benda apatah lagi jiwa raga untuk Islam. Sentiasa mencari pelbagai alasan untuk tidak terlibat dengan perjuangan Islam [2] Merasa lali dari membaca Al-Quran dan zikir. Terasa berat untuk melaksanakannya lantas ditinggalkan. Hati terasa gersang dan keras sehingga bacaan Al-Quran dan nasihat yang diberikan tidak berkesan lagi bagi hati. Dosa-dosa dan kemaksiatan telah menutupinya dari mendapatkan faedahnya. Keras hatinya itu sampai keperingkat tidak dapat mengambil pelajaran dari kematian atau adanya orang yang mati. Dia melewati perkuburan, namun dia merasa tidak terjadi apa-apa. Padahal sebenarnya kematian itu sudah cukup menjadi peringatan. [3] Merasa tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang ada di bahunya sehingga mengambil mudah terhadap kewajipan agama yang disuruh. Dia menurut agama pada perkara yang dipersetujui dengan nafsu dan menolak arahan agama yang bercanggah dengan nafsu [4] Manakala malas dan futur yang disebabkan oleh faktor fizikal bukan semata-mata hati maka orang ini sebenarnya senang beribadah dan suka melaksanakannya. Bahkan dia bersedih jika melewatkannya. Namun, dia tetap dalam keadaan malas. Contohnya sepanjang malam berlalu, dia begitu ingin mengisinya dengan qiamulail, tetapi dia tidak juga mengerjakannya, padahal dia berjaga tidak tidur dan sedar. Ada yang berniat akan mengkhatamkan Al-Qur’an sekali setiap bulan. Namun, sekian bulan berlalu, tidak sekalipun dia menghatamkannya. Ada juga senang puasa sunat, namun jarang sekali dia melakukannya. Jadi hatinya sahaja bersemangat sedangkan anggotanya lesu tak bermaya untuk melakukannya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 142 surah Ali ‘Imran :
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّـهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ ﴿١٤٢﴾
Maksudnya : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha dalam menjadikan diri kita dalam golongan yang sanggup berkorban apa saja untuk Islam dalam meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Antaranya dengan menjauhi sifat malas dalam beribadat dan berjuang di mana antara punca atau timbulnya sifat malas itu ialah : [1] berlebihan dalam beragama seperti benci untuk berkahwin atas alasan mengganggu ibadat sedangkan Allah memudahkan Islam kepada kita bukan menyusahkan [2] Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus seperti membazir dalam makan minum . [3] Memisahkan diri dari Jemaah Islam [4] Sedikit mengingat akhirat sedangkan banyak mengingati kehidupan akhirat membuat seseorang rajin beramal [5] masuknya perkara haram ke dalam perut [6] tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi tentangan dan ujian sekeliling termasuk fitnah anak, isteri, harta, pangkat [7] bersahabat dengan orang-orang yang lemah dan malas beribadat juga [8] Jatuh dan lemas dalam kemaksiatan
Oleh itu bersungguhlah kita menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan Allah. Rajinlah solat Jemaah di belakang imam sebelum jenazah kita disolatkan di hadapan imam, tutuplah aurat kita sebelum jenazah kita dibalut dengan kain kapan putih, banyakkan bersedekah sebelum harta itu hanya menjadi pesaka bagi waris yang hidup. Hiasi hidup kita dengan agama. Jangan kotori hidup kita dengan maksiat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
Kepimpinan Islam,
khutbah terbaru
Ahad, 19 Ogos 2018
خطبة عيد الأضحى 1439 هـ
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله دالم أية 36 سورة الحج :
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّـهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٣٦﴾
مقصودڽ : دان كامي جاديكن اونتا ﴿يڠ دهديهكن كڤد فقير مسكين مكة ايت﴾ سباهاڬين دري شِعار أڬام الله اونتوق كامو; ڤد مڽمبليه اونتا يڠ ترسبوت اد كبأيقكن باڬي كامو; اوليه ايت سبوتله نام الله ﴿سماس مڽمبليهڽ﴾ كتيك اي برديري د اتس تيڬ كاكيڽ مك اڤابيلا اي تومبڠ ﴿سرتا ڤوتوس ڽاواڽ﴾، ماكنله سباهاڬين درڤدڽ، دان بريله ﴿بهاڬين يڠ لاين﴾ كڤد اورڠ-اورڠ يڠ تيدق ممينتا دان يڠ ممينتا. دمكينله كامي مودهكنڽ اونتوق كامو ﴿مڽمبليهڽ﴾ سوڤاي كامو برشكور.
سلامت مڽمبوت عيدالاضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجكن عبادة حاج د مكة دبريكن كصيحاتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ. سمڤنا براداڽ كيت ڤد هاري راي قربان اين سهيڠڬ بيراخيرڽ هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة ننتي مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارنكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان. انتارا توجوان بسر عبادة قربان اياله مندكتكن ديري كيت كڤد الله دڠن منظاهيركن راس شكور اتس نعمة يڠ دتريما. شكور اداله صفة اورڠ برايمان، سبب داتڠڽ رضا الله، مڽلامت سسأورڠ دري عذاب الله، برتمبهڽ نعمة يڠ لأين دان دجنجيكن الله اونتوق منداڤت ڬنجارن د دنيا دان اخيرة
انتارا تندا همبا الله يڠ برشكور اياله : [1] هاتيڽ يقين سمواڽ ميلك الله د مان كتيك دبري رزقي يڠ لبيه تيدق اكن ممبواتڽ سومبوڠ. بڬيتو جوڬ كتيك رزقي يڠ سديكيت، دي تيدق مروڠوت. كتيك مليهت كلبيهن اورڠ لأين، تيدق ايري هاتي. [2] ليدهڽ سلالو باسه دڠن لفظ شكور دان ذكرالله. [3] برتريما كاسيه كڤد مأنسي يڠ منجادي ڤرانتارا سمڤايڽ نعمة الله كڤد كيت سباڬايمان يڠ دأجر اوليه نبي صلى الله عليه وسلم دالم باڽق حديث انتاراڽ:
مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ- رواه أبو دأود
مقصودڽ : سسياڤا يڠ تله بربوات سواتو كبأيقكن ڤدمو، مك بالسله دڠن يڠ سروڤا. جيك اڠكاو تيدق بيسا ممبالسڽ دڠن يڠ سروڤا مك دعاءكنڽ هيڠڬ اڠكاو مڠيرا دعاءمو ترسبوت ممڤو ممبالس دڠن سروڤا اتس كبأيقكنڽ
[4] ڬوناكن نعمة أونتوق دكت كڤد الله سڤرتي مات دڤاكاي اونتوق مليهت القرءان، ليده دڤاكاي اونتوق برذكر، بڬيتو جوڬ دڠن واڠ يڠ أدا دڬونا اونتوق برصدقة ترماسوق منونايكن عبادة قربان
[5]مڽمڤايكن نعمة كڤد اورڠ لأين اڬر اورڠ ايت جادي دكت كڤد الله. سالوركن نعمة يڠ تله الله كورنياكن كڤد اورڠ لأين سوڤاي اورڠ تسبوت منيرو كبأيقكن يڠ تله كيت لاكوكن سهيڠڬ نعمة الله داڤت دراسأي سموا.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم سوره البقرة ايات 124 :
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾
مقصودڽ : دان ﴿ايڠتله﴾، كتيك نبي إبراهيم داوجي اوليه توهنڽ دڠن ببراڤ كلمة ﴿سوروهن دان لارڠن﴾، مك نبي إبراهيم ڤون مڽمڤورناكنڽ. ﴿ستله ايت﴾ الله برفرمان: "سسوڠڬوهڽ اكو ملنتيقمو منجادي امام ﴿ڤميمڤين ايكوتن﴾ باڬي اومة مأنسي". نبي إبراهيم ڤون مموهون دڠن بركات: "﴿يا توهنكو!﴾ جاديكنله جوڬ ﴿اڤله جوا كيراڽ﴾ دري كتوروننكو ﴿ڤميمڤين-ڤميمڤين ايكوتن﴾". الله برفرمان: "﴿ڤرموهوننمو دتريما، تتاڤي﴾ جنجيكو اين تيدق اكن دداڤتي اوليه اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم.
دعوة نبي إبراهيم بوكن ستاكت اونتوق مڠوبه اينديۏيدو درڤد مڽمبه برهالا كڤد الله سباليقڽ دعوة يڠ لواس هيڠڬ مليبتكن ڤروبهن ڤوليتيق نڬارا درڤد شِرِك كڤد الله كڤد منتوحيدكن الله. جك كڤيمڤينن دالم سبواه كلوارڬ ماهو ڤون مشاركة بوليه منچورق چارا براڬام اڤاته لاڬي مليبتكن كڤيمڤينن نڬارا. كجايأن كڤيمڤينن اسلام اڤابيلا منڤتي چيري-چيري ترسبوت إيأيت : [1] القرءان سباڬاي ڤميمڤين [2] مميليقكي صفة يڠ اوڠڬول دان تربأيك سباڬاي خليفة د اتس موك بومي اين ايأيت ايمان دان تقوى [3] منونايكن أمانة دان توڬس دڠن سمڤورنا ايأيت ملقساناكن كعاديلن، ممباڠونكن عالم، منونايكن شرعية اسلامية، منجالنكن أمر معروف دان نهي موڠكر دان سباڬايڽ. [4] برڤندوكن ڤرينسيڤ كڤيمڤينن دان ڤڠوروسن يڠ هيبت ملالوءي اورڬانيساسي يڠ منتڤ. انتاراڽ اياله ڤرينسيڤ كدولتن شرعية اسلامية ايأيت اوندڠ-اوندڠ ترتيڠڬي دالم نڬارا اياله اوندڠ اسلام يڠ برسومبر كڤد 2 رجوعكن اوتام ايأيت القرءان دان السنة. ڤرينسيڤ كعاديلن سسام رعية دڠن منجامين حق-حق رعية دالم سموا بيدڠ كهيدوڤن، تيدق مڽكت كبيباسن، تيدق مليندوڠي kroni يڠ ملڠڬر ڤراتورن. ڤرينسيڤ ڤرسامأن دڠن منجامين حق يڠ سام د انتارا ورڬنڬارا يڠ براڬام اسلام دالم سموا اسڤيق كهيدوڤن تنڤا مڠيرا كتورونن، بڠسا دان بهاس. بڬيتو جوڬ دڠن بوكن مسلم كچوالي دالم جاوتن كڤيمڤينن ترتيڠڬي نڬارا. اين برارتي ڤنتدبيران اسلام منولق عمالن ڤيليه كاسيه دالم ڤرجاوتن، ڤيليه بولو دالم ڤرلنتيقكن kroni. ڤرينسيڤ شُوْرَى برمقصود كواجيڤن ملاكوكن مشوارت دان ڤربينچاڠن باڬي منداڤتكن كڤوتوسن دان ڤنداڠن يڠ تربأيك سچارا برسام د كالڠن ڤارا ڤميمڤين اتاو اڠڬوتا مشوارت دان ڤاكر-ڤاكر يڠ دلنتيق. اوليه ايت سسواتو كڤوتوسن دالم ڤنتدبيران تيدق هاروس دبوات اوليه سسأورڠ اينديۏيدو سهاج، سباڬايمان تيدق بوليه ڤنداڠن ساتو اينديۏيدو دڤقسا اونتوق دتريما اتاو دلقسانكن اوليه اورڠ لأين تنڤا كڤوتوسن برسام [5] مڠڬوناكن سيستم دان اوندڠ-اوندڠ يڠ برصفة كتوهانن د مان سيستم ڤوليتيق اسلام دان ڤرونداڠن اسلام بيلا دڬوناكن، اي ممبريكن كقواتن كڤد نڬارا دان رعية كران عنصور-عنصور ڤڽليويڠن سڤرتي رشوة، ڤچه أمانة، ڤنيڤوان، ڤڠخيانتن، كظاليمن لبيه تركاول. [6] كڤاتوهن رعية يڠ تيڠڬي كڤد سيستم ڤوليتيق اسلام دان كڤيمڤيننڽ د مان كرجاسام دان دوكوڠن درڤد رعية اكن منجاديكن نڬارا كوكوه دان ستابيل. [7] منمڤوه اوجين دان چابرن دڠن چكال دان صبر د مان القرءان مماڤركن باڬايمانا كجايأن يڠ دڤراوليهي اوليه ڤارا نبي دان رسول يڠ مروڤاكن كڤيمڤينن اومة اداله ملالوءي ڤروسيس چابرن دان اوجين يڠ ساڠت برت. حاصيل درڤد كصبران يڠ امت تيڠڬي، مك الله مڠانوڬرهكن كمناڠن دان كجايأن [8] ممڤوڽأي ڤڽوكوڠ اتاو ڤندوكوڠ يڠ ستيا يڠ منجادي ساتو شرط ڤنتيڠ كڤد كجايأن كڤيمڤينن كران ڬولوڠن اينيله منجادي تراس اوتام كڤد ڤروڬريم يڠ دأتور دان منجاياكنڽ دڠن بأيك د مان مريك اكن برسديا مڠهاروڠي سڬالا چابرن يڠ برلاكو [9] منولق كڤيمڤينن يڠ ظاليم، ممڤرسنداكن اسلام كران اي مڠونداڠ كموركأن الله
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله تعالى دالم أية 71 سورة التوبة :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
مقصودڽ : دان اورڠ-اورڠ يڠ برايمان، للاكي دان ڤرمڤوان، سباهاڬينڽ منجادي ڤنولوڠ باڬي سباهاڬين يڠ لاين; مريك برجواڠ منڬقكن يڠ معروف ﴿شريعة﴾ دان منچڬه كموڠكرن; دان مريك منديريكن سمبهيڠ دان ممبري زكاة، سرتا طاعة كڤد الله دان رسول-ڽ. مريك ايت اكن دبري رحمة اوليه الله; سسوڠڬوهڽ الله مها كواس، لاڬي مها بيجقسان
د سباليق كجايأن نبي إبراهيم دالم مڠوبه مأنسي يڠ مڽمبه برهالا دان مرونتوه كراجأن ظاليم مك د بلاكڠڽ اد ڤڠوربانن استري دان انقڽ. اين مڠاجر كيت سموا اڬر برسوڠڬوه ملاهيركن كلوارڬ يڠ منجادي ڤندوكوڠ ڤرجواڠن اسلام انتاراڽ منجاديكن رومهتڠڬ كيت سباڬاي “رومهكو شرڬكو“ دڠن ممنوهي چيري-چيريڽ ايايت :
[1] منديريكن رومهتڠڬ اتس داسر تقوى دان كسينمبوڠن ڤرجواڠن سرتا دعوة اسلامية. جاڠن بينا اتس كڤنتيڠن لأين سڤرتي هرتا، ڤڠاروه، روڤا ڤارس، نفسو شهوات دان كدودوقكن دنيوي.
[2] مڠهياسي رومهتڠڬ دڠن بيئة اتاو ڤرسكيتارن اسلامية. جاڠن إذنكن معصية دان موڠكر برسارڠ دالم رومهتڠڬ يڠ دبينا.
[3] مڠيسي رومهتڠڬ دڠن ڤڠيسين روحاني، ڤميكيرن دان شَخْصِيَّة اتاو اخلاق برتراسكن اسلام يڠ شُمُوْل. جاڠن جاديكن رومهتڠڬ سڤرتي قبور يڠ سوڽي تنڤا اكتيۏيتي عمل اسلامي.
[4] رومهتڠڬ سباڬاي مركز دعوة يڠ مرنچانا oreantasi دان ڬرق كرجا ملالوءي ڤربينچاڠن دان ڤڠليبتن برسام سإيسي كلوارڬ د ارينا دعوة سكاليڬوس مڠكاديركن انق-انق سوڤاي منجادي ڤجوڠ. جاڠن بنركن سأورڠ ڤون اڠڬوتا كلوارڬ مميسه ديري دري سواسان ڤرجواڠن.
[5] موجودكن بوديا نصيحة مناصيحة دان ساليڠ ممهمي دالم مندڤني اڤ جوا situasi رومهتڠڬ. جاڠن ترلالو emosi هيڠڬ مڠڬوناكن ككراسن سڤرتي مموكول استري دان مڠهرديق مڠڬوناكن بهاس يڠ كاسر دان كست.
[6] ملقساناكن تڠڬوڠجواب دان منونايكن حق ايسي كلوارڬ سمأدا سوامي، استري دان أنق. جاڠن ابايكن تڠڬوڠجواب سڤرتي نفقة ظاهر دان باطين، حق منداڤت ڤرهاتين، كاسيه سايڠ دان ڤرليندوڠن.
[7] مناڠني ڤرمسئلهن رومهتڠڬ يڠ ملندا سچارا ماتڠ دان حرموني. جاڠن بوات كڤوتوسن تربورو-بورو دان emosiسڤرتي چڤت منجاتوهكن طلاق اتاو سوك ممينتا چراي.
[8] مڠهيندري 1001 عناصير negatif سڤرتي بوروق سڠك، فتنة دان سباڬايڽ.
[9] جاڠن إذنكن عناصير يڠ مروسقكن كداماين رومهتڠڬ سڤرتي هيلڠ كڤرچايأن كڤد ڤاسڠن اڤاته لاڬي مڽيبركن مسئلة رومهتڠڬ دالم whatsap، facebook يڠ ممبوروقكن لاڬي مسئلة
[10] ڤڠوروسن ايكونومي يڠ ستابيل دان kreatif منمبه سومبر كواڠن اونتوق كلوارڬ دان دعوة اسلام. جاڠن مالس برديكاري اونتوق منچاري رزقي، مالس برفيكير اونتوق مرنچڠ كبهاڬيأن ماس دڤن كلوارڬ.
[11] مليبتكن ديري دڠن اكتيۏيتي برجماعة دان اكتيۏيتي برمشاركة. جاڠن جادي كرا سومبڠ تنڤا ڤڠليبتن aktif دالم مجليس علمو دان ڤروڬريم مشاركة
مسلمين/مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم سورة هود اية 76-77 :
يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَـٰذَا ۖ إِنَّهُ قَدْ جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ ﴿٧٦﴾ وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَـٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ ﴿٧٧﴾
مقصودڽ : ﴿ملائكة-ملائكة ايت بركات﴾: "واهاي إبراهيم! جاڠنله دهيراوكن حال اين. سسوڠڬوهڽ تله داتڠ ڤرينته توهنمو ﴿مڠحكوم مريك﴾، دان سسوڠڬوهڽ مريك اكن دداتڠي عذاب يڠ تيدق اكن داڤت دتولق ﴿اوليه بنتاهن اتاو دعاء ڤرموهونن﴾". دان اڤابيلا داتڠ اوتوسن-اوتوسن كامي كڤد نبي لوط، دي مراسا دوكچيتا دڠن كداتاڠن مريك، دان مراسا تيدق تردايا اونتوق مڠاول مريك ﴿دري ڬڠڬوان قومڽ﴾، سمبيل بركات: "اين اداله هاري يڠ امت منچمسكن".
كتيك مڽوروتي قصة نبي إبراهيم جوڬ مك كيت داڤتي بڬيندا ڤرنه بروسها اڬر اومة نبي لوط يڠ ترليبت دڠن عمالن سوڠسڠ دسلامتكن اوليه الله تتاڤي عقيبة ڤڽاكيت اين سوده ممباره دان سوكر داوباتي لاڬي سهيڠڬ ڬولوڠن ايت دهنچوركن دڠن دهشت سكالي. بڬيتوله بيلا كيت مليهت ڬولوڠن يڠ ممڤرجواڠكن حق اونتوق مڠحلالكن LGBT دالم نڬارا مك سڤاستيڽ كيت يڠ برايمان اكن مننتڠڽ. كيت بڬيتو بيمبڠ بيلا كاجين كمنترين كصيحاتن منونجوقكن 50 ڤراتوس درڤد كيس بارو Hiv يڠ دريكودكن ڤد 2017 اداله برڤونچا دري اكتيۏيتي LGBT دان زنا إيأيت 14 كالي ڬندا لبيه تيڠڬي بربنديڠ اينديۏيدو امبيل داده ملالوءي سونتيقكن. منيڠكت دڠن مندادق ستياڤ تاهون درڤد هاڽ 63 كيس ڤد تاهون 2000 كڤد 1،697 كيس ڤد تاهون 2017 تراوتما منتري اڬام مڽبوت بهاوا 80 ڤراتوس درڤد ڬولوڠن LGBT ترليبت دالم industri seks. حق LGBT اياله منداڤت راوتن بوكن مڽيبار لواس ڤڽاكيت مربهاي ايت. ڤرلو ڬنديڠن برمولاڽ كراجأن، اڬينسي كصيحhتن، اينستيتوسي اڬام، ڤاكر psiokologi دالم مڠوباتي ڤڽاكيت LGBT يڠ بهاي اين. جيك مسئلة داده اداڽ ڤوست راوتن خصوص مك ڤڽاكيت LGBT جوڬ ڤرلو اد ڤوست راوتن دالم مراواتڽ. ڤرلو جوڬ سكت ڤڽاكيت LGBT اين ملالوءي تيندقن اوندڠ-اوندڠ د مان سيكڤ ترلالو برلمبوت مڽببكن اي سماكين مريبق
بيلا السن حق اساسي مأنسي مك ڤڽاكيت LGBT مينتا داعتراف. ڤڽاكيت يڠ برچڠڬه دڠن اڬام دان اخلاق نورمل تيدق لايق اونتوق منداڤت ڤڠإعترافن. سباليقڽ كيت مندسق اڬر كراجأن لبيه برسوڠڬوه دالم ممبنركن ڤكرجا وانيتا تراوتما دالم شريكة ڤنربڠن، ڤرهوتيلن دان لأينڽ اونتوق منداڤت حق اونتوق منوتوڤ عورة. لارڠن توتوڤ عورة بوكن سهاج مڽكت حق اڬام ماله حق اساسي مأنسي يڠ دلأوڠكن. مڠاڤ بيلا مليبتكن ڤركار يڠ برجڠڬه دڠن اڬام سڤرت LGBT مك إي دتوده مڽكت حق أساسي مأنسي سداڠكن بيلا أورڠ إسلام إيڠين ملقسانا توتنتوتن أڬام سڤرت توتوڤ عورة كتيك بكرج مك إيت تيدق دكاتاكن مڽكت حق أساسي مأنسي ؟. اسلامله نسچاي كيت مليا دنيا اخيرة.
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ – رواه البخاري
مقصودڽ : رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ملعنة للاكي يڠ مڽروڤأي وانيتا دان وانيتا يڠ مڽروڤأي للاكي.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….
فرمان الله تعالى دالم أية 34 سورة النمل :
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
مقصودڽ : راتو بلقيس بركات: “سسوڠڬوهڽ راج-راج، اڤابيلا ماسوق كسبواه نڬري، مريك مروسقكنڽ، دان مريك منجاديكن ڤندودوقڽ يڠ مليا كڤد هينا-دينا; دان دمكين ايتوله مريك اكن لاكوكن
مسلمين/مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى،
تاهون اين كيت مڽمبوت هاري راي قربان كتيك كهاڠتن نڬارا مڽمبوت كمرديكأن كالي ك-61. سسبواه نڬارا بوليه دكاتاكن مرديك سچارا حقيقي اڤابيلا كمرديكأن ترسبوت ترجادي سچارا مڽلوروه دالم ستياڤ سڬي. كمرديكأن ترسبوت بوكن هاڽ دالم konteks نڬارا سمات-مات تتاڤي جوڬ individu دان مشاركة يڠ منجادي ڤڠيسي سبواه نڬارا. اومة إسلام مستي ميقيني كبڠكيتن سمولا اسلام، تتاڤي بوكن دڠن منوڠڬو كمناڠن ڤرچوما، سباليقڽ برجواڠ برسام جماعة مڠڬوناكن سڬالا كبيجقسنأن دان كلبيهن ڤد ديري. جاڠن ڤوتوس اسا دان لمه سماڠت سأوله-اوله تياد هارڤن لاڬي اونتوق اورڠ اسلام، سداڠكن اڬام اين دجاڬ دان دڤليهارا الله . ستياڤ ڤجوڠ واجب منجادي همبا الله دان بوكنڽ ممڤرهمباكن الله دڠن دودوق سهاج مراتيب د رومه، منوڠڬو الله منڠكن اسلام تنڤا سبارڠ اوسها. اسلام تيدق بوليه دجوال بلي اتاو دسمبوڽيكن د مان اومة تتڤ برتڠڬوڠجواب منڬقكنڽ، مڽمبوڠ ڤرجواڠن ڤارا نبي دان رسول سچارا برجماعة والاوڤون تيدق دڤرستوجوي قوم مشركين. والاو ڤون اخلاق اومة كيني تيدق سام دڠن ڤارا نبي دان رسول اتاو خلفاء الراشدين دان ڤارا امام مذهب يڠ هيبت، تتاڤي اسلام دڤليهارا سچارا جماعة. كلبيهن يڠ اد ڤد ديري ماسيڠ-ماسيڠ، دچمڤوركن منجادي ساتو كقواتن مڠڬنتي كقواتن نبي دان رسول، كقواتن امام يڠ هيبت د زمان دهولو. اين چارا ممليهارا اسلام. سلاڬي كيت تق ماتي، تونايكن كواجيڤن اين. عبادة حاج د مكة سباڬاي بوقتي كهيبتن اسلام د مان اي دلقسانكن مسلم دري سلوروه دنيا، ترماسوق دري نڬارا يڠ كراجأن اسلام ڤرنه دجاتوهكن سڤرتي Sepanyol، Soviet دان چينا. كتيك مڽوروتي اڬيندا مڠهاڤوسكن اسلام د آسيا تڠه د مان اومة اسلام دبلاسه هابيس-هابيسن، مسجد دتوكر منجادي ڤڠڬوڠ وايڠ دان كندڠ بابي، مانكالا اورڠ مودا تيدق دبنركن صلاة د مسجد كران دتعلوق komunis. تيبا-تيبا komunis يڠ هنچور ليبور، اسلام بڠكيت سمولا. والاوڤون كواس بسر دنيا، الله بوليه جاتوهكن بيلا-بيلا ماس سهاج. فرسي، روم، كراجأن nazi Jerman، جڤون، British ڤرنه جادي كواس بسر دنيا. Soviet Union هنچور ليبور. ترماسوق اميريكا، سداڠ مرودوم. هاري اين كيت مڽقسيكن اومة اسلام يڠ برجملة سوده سمڤأي 1.5 bilion اتاوڤون لبيه لاڬي. ڤلباڬاي بڠسا دري سلوروه ڤلوسوق دنيا. مريك مڠهنتر واكيل د مكة المكرة. كيت مڽقسيكن باڬايمانا چهاي اڬام اسلام تق بوليه دڤادمكن سكالي-كالي. والاوڤون نڬارا اومة اسلام دهنچور لبوركن، دجاتوهكن خلافة، كجاتوهن عُثمانِيَّة 1924. تق اد يڠ ڬنتي. اورڠ اسلام هيدوڤ برسليراق د زمان ڤنجاجاهن، نڬري اومة اسلام دڤچه دان دڤرينته، اورڠ اسلام دلاڬ-لاڬاكن. تتاڤي كڤساتن دالم دعوة اسلام تروس برلاكو، اين كهيبتن اسلام. رنتاو نوسنتارا يڠ دداتڠي Portugis، Belanda، British دان جڤون، سرتا دبهاڬي دان دڤچه-ڤچهكن، جوڬ دڬاڽڠ دڠن كتنترأن، ايكونومي دان ڤوليتيق، تتاڤي چهاي اسلام تيدق بوليه دڤادمكن، سباليقڽ تتڤ بركمبڠ د زمان ڤنجاجه دان سلڤسڽ.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
چمڤورتاڠن كواس بسر تراوتما اميريكا شريكة دان سكوتوڽ دالم مڠهنچوركن نڬارا اومة اسلام تروس برجالن سمأدا دڠن ملاڬاكن اومة اسلام سهيڠڬ برلاكو ڤراڠ سودارا، ڬرقكن اسلام د ببراڤ نڬارا دنافيكن كمناڠن والاو ڤون تله برجاي دالم ڤيليهنراي. تيندقكن باچول تربارو مڽقسيكن مات واڠ ليرا توركي جاتوه دسببكن اوليه كڤوتوسن اميريكا شريكة اونتوق منيڠكت دان مڠڬنداكن تاريف كلولي دان aluminium دري تركي منجاديكن مات واڠ ليرا كهيلڠن لبيه سوكو درڤد نيلايڽ. اين سچارا لڠسوڠ مڽببكن كتيدق ستابيلن ايكونومي domestik تركي يڠ ممبري كسن كڤد رعيm. اين جوڬ مڠڬڠڬو كستابيلن ڤوليتيr تركي يڠ دليهت بڬيتو لنتڠ مننتڠ إسرائيل دان منجادي سواتو كواس بارو يڠ منجادي تومڤوان كباڽقكن نڬارا اسلام. برساماله كيت سباڬاي اومة اسلام برمروة اونتوق بڠكيت برساتو اتس نام ڤرسودارأن اسلام دالم ممبنتو ترماسوق ملالوءي دعاء اڬر ڤرانچڠن موسوه اسلام داڤت دهنتيكن سڬرا. ..........فرمان الله دالم سورة الصفات أية 8 :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾
مقصودڽ : مريك سنتياس بروسها هندق ممادمكن چهاي الله ﴿اسلام﴾ دڠن مولوت مريك، سداڠ الله تتڤ مڽمڤورناكن چهايڽ، سكاليڤون اورڠ-اورڠ كافير تيدق سوك ﴿اكن يڠ دمكين﴾.
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
سلامت مڽمبوت عيدالأضحى دان سلامت مڠرجكن عبادة قربان برمولا ڤاڬي اين هيڠڬله براخير هاري تشريق 13 ذوالحجه ننتي. بهاڬيكن داڬيڠ قربان كڤد سودارا يڠ ممرلوكن اڬر مريك توروت مراسأي نعمة الله دان بتاڤ مانيسڽ نعمة ڤرسودارأن اسلام.
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي كممڤوان سداڠكن دي تيدق ملاكوكن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندكتي تمڤت صلاة كامي
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى الشام وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Khutbah Aidil Adha 1439H
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Hajj :
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّـهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٣٦﴾
Maksudnya : Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkannya untuk kamu (menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Sempena beradanya kita pada hari raya korban ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. Antara tujuan besar ibadat korban ialah mendekatkan diri kita kepada Allah dengan menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang diterima. Syukur adalah sifat orang beriman, sebab datangnya redha Allah, menyelamat seseorang dari azab Allah, bertambahnya Nikmat yang lain dan dijanjikan Allah untuk mendapat ganjaran di dunia dan akhirat
Antara tanda hamba Allah yang bersyukur ialah [1] hatinya yakin semuanya milik Allah di mana ketika diberi rezeki yang lebih tidak akan membuatnya sombong. Begitu pun ketika rezeki yang sedikit, ia tidak merungut. Ketika melihat kelebihan orang lain, tidak iri hati. [2] lisannya selalu basah dengan lafaz syukur dan zikrullah. [3] berterima kasih kepada kepada manusia yang menjadi perantara sampainya nikmat Allah kepada kita sebagaimana yang diajar oleh nabi s.a.w dalam banyak hadis antaranya:
مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ- رواه أبو دأود
Maksudnya : Sesiapa yang telah berbuat suatu kebaikan padamu, maka balaslah dengan yang serupa. Jika engkau tidak bisa membalasnya dengan yang serupa maka doakannya hingga engkau mengira doamu tersebut mampu membalas dengan serupa atas kebaikannya
[4] gunakan nikmat untuk dekat kepada Allah seperti mata dipakai untuk melihat al-Quran, lisan dipakai untuk berzikir, begitu juga dengan wang yang ada diguna untuk bersedekah termasuk menunaikan ibadat korban
[5] menyampaikan nikmat kepada orang lain agar orang itu jadi dekat kepada Allah. Salurkan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada orang lain supaya orang tesebut meniru kebaikan yang telah kita lakukan sehingga nikmat Allah dapat dirasai semua.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 :
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.
Dakwah nabi Ibrahim a.s bukan setakat untuk mengubah individu daripada menyembah berhala kepada Allah sebaliknya dakwah yang luas hingga melibatkan perubahan politik negara daripada syirik kepada Allah kepada mengEsakan Allah. Jika kepimpinan dalam sebuah keluarga mahu pun masyarakat boleh mencorak cara beragama apatah lagi melibatkan kepimpinan negara. Kejayaan kepimpinan Islam apabila menepati ciri-ciri tersebut iaitu : [1] al-Quran Sebagai Pemimpin [2] Memiliki Sifat yang Unggul dan Terbaik sebagai Khalifah di atas muka bumi ini iaitu iman dan taqwa [3] Menunaikan Amanah dan Tugas dengan Sempurna iaitu melaksanakan keadilan, membangunkan alam, menunaikan syariah Islamiyyah, menjalankan amar makruf dan nahi mungkar dan sebagainya. [4] Berpandukan Prinsip Kepimpinan dan Pengurusan Yang Hebat melalui organisasi yang mantap. Antaranya ialah prinsip kedaulatan syariah Islamiyyah iaitu undang-undang tertinggi dalam negara ialah undang Islam yang bersumber kepada 2 rujukan utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Prinsip keadilan sesama rakyat dengan menjamin hak-hak rakyat dalam semua bidang kehidupan, tidak menyekat kebebasan, tidak melindungi kroni yang melanggar peraturan. Prinsip persamaan dengan menjamin hak yang sama di antara warganegara yang beragama Islam dalam semua aspek kehidupan tanpa mengira keturunan, bangsa dan bahasa. Begitu juga dengan non muslim kecuali dalam jawatan kepimpinan tertinggi negara. Ini bererti pentadbiran Islam menolak amalan pilih kasih dalam perjawatan, pilih bulu dalam perlantikan kroni. Prinsip Syura bermaksud kewajipan melakukan mesyuarat dan perbincangan bagi mendapatkan keputusan dan pandangan yang terbaik secara bersama di kalangan para pemimpin atau anggota mesyuarat dan pakar-pakar yang dilantik. Oleh itu sesuatu keputusan dalam pentadbiran tidak harus dibuat oleh seseorang individu sahaja, sebagaimana tidak boleh pandangan satu individu dipaksa untuk diterima atau dilaksanakan oleh orang lain tanpa keputusan bersama [5] Menggunakan Sistem dan Undang-undang yang Bersifat Ketuhanan di mana sistem politik Islam dan perundangan Islam bila digunakan, ia memberikan kekuatan kepada negara dan rakyat kerana unsur-unsur penyelewengan seperti rasuah, pecah amanah, penipuan, pengkhianatan, kezaliman lebih terkawal. [6] Kepatuhan Rakyat Yang Tinggi kepada Sistem politik Islam dan kepimpinannya di mana kerjasama dan dokongan daripada rakyat akan menjadikan negara kukuh dan stabil. [7] Menempuh Ujian dan Cabaran dengan Cekal dan Sabar di mana Al-Quran memaparkan bagaimana kejayaan yang diperolehi oleh para Nabi dan Rasul yang merupakan kepimpinan Ummah adalah melalui proses cabaran dan ujian yang sangat berat. Hasil daripada kesabaran yang amat tinggi, maka Allah menganugerahkan kemenangan dan kejayaan [8] Mempunyai Penyokong atau Pendokong yang Setia yang menjadi satu syarat penting kepada kejayaan kepimpinan kerana golongan inilah menjadi teras utama kepada program yang diatur dan menjayakannya dengan baik di mana mereka akan bersedia mengharungi segala cabaran yang berlaku [9] Menolak Kepimpinan Yang zalim, Mempersendakan Islam kerana ia mengundang kemurkaan Allah
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 71 :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka berjuang menegakkan yang makruf (syariat) dan mencegah kemungkaran; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
Di sebalik kejayaan nabi Ibrahim a.s dalam mengubah manusia yang menyembah berhala dan meruntuh kerajaan zalim maka di belakangnya ada pengorbanan isteri dan anaknya. Ini mengajar kita semua agar bersungguh melahirkan keluarga yang menjadi pendokong perjuangan Islam antaranya menjadikan rumahtangga kita sebagai “Rumahku Syurgaku” dengan memenuhi ciri-cirinya iaitu :
[1] Mendirikan rumahtangga atas dasar taqwa dan kesinambungan perjuangan serta dakwah Islamiyah. Jangan bina atas kepentingan lain seperti harta, pengaruh, rupa paras, nafsu syahwat dan kedudukan duniawi.
[2] Menghiasi rumahtangga dengan bi’ah atau persekitaran Islamiyah. Jangan izinkan maksiat dan mungkar bersarang dalam rumahtangga yang dibina.
[3] Mengisi rumahtangga dengan pengisian rohani, pemikiran dan syakhsiyah atau akhlak berteraskan Islam yang syumul. Jangan jadikan rumahtangga seperti kubur yang sunyi tanpa aktiviti amal Islami.
[4] Rumahtangga sebagai Markaz Dakwah yang merencana orientasi dan gerakkerja melalui perbincangan dan penglibatan bersama seisi keluarga di arena dakwah sekaligus mengkaderkan anak-anak supaya menjadi pejuang. Jangan benarkan seorang pun anggota keluarga memisah diri dari suasana perjuangan.
[5] Mewujudkan budaya nasihat menasihat dan saling memahami dalam mendepani apa jua situasi rumahtangga. Jangan terlalu emosi hingga menggunakan kekerasan seperti memukul isteri dan mengherdik menggunakan bahasa yang kasar dan kesat.
[6] Melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak isi keluarga samada suami, isteri dan anak. Jangan abaikan tanggungjawab seperti nafkah zahir dan batin, hak mendapat perhatian, kasih sayang dan perlindungan.
[7] Menangani permasalahan rumahtangga yang melanda secara matang dan harmoni. Jangan buat keputusan terburu-buru dan emosi seperti cepat menjatuhkan talak atau suka meminta cerai.
[8] Menghindari 1001 anasir negatif seperti buruk sangka, fitnah dan sebagainya.
[9] Jangan izinkan anasir yang merosakkan kedamaian rumahtangga seperti hilang kepercayaankepada pasangan tumbuh apatah lagi menyebarkan masalah rumahtangga dalam whatsap, facebook yang memburukkan lagi masalah
[10] Pengurusan ekonomi yang stabil dan kreatif menambah sumber kewangan untuk keluarga dan dakwah Islam. Jangan malas berdikari untuk mencari rezeki, malas berfikir untuk merancang kebahagiaan masa depan keluarga.
[11] Melibatkan diri dengan aktiviti berjamaah dan aktiviti bermasyarakat. Jangan jadi kera sumbang tanpa penglibatan aktif dalam majlis ilmu dan program masyarakat
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah Hud ayat 76-77 :
يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَـٰذَا ۖ إِنَّهُ قَدْ جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ ﴿٧٦﴾ وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَـٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ ﴿٧٧﴾
Maksudnya : (Malaikat-malaikat itu berkata): "Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)". Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Luth, dia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".
Ketika menyoroti kisah nabi Ibrahim a.s juga maka kita dapati baginda pernah berusaha agar umat nabi Luth yang terlibat dengan amalan songsang diselamatkan oleh Allah tetapi akibat penyakit ini sudah membarah dan sukar diubati lagi sehingga golongan itu dihancurkan dengan dahsyat sekali. Begitulah bila kita melihat golongan yang memperjuangkan hak untuk menghalakan LGBT dalam negara maka sepastinya kita yang beriman akan menentangnya. Kita begitu bimbang bila kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan 50 peratus daripada kes baru HIV yang direkodkan pada 2017 adalah berpunca dari aktiviti homoseksual dan biseksual iaitu 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu ambil dadah melalui suntikan. Meningkat dengan mendadak setiap tahun daripada hanya 63 kes pada tahun 2000 kepada 1,697 kes pada tahun 2017 terutama menteri agama menyebut bahawa 80 peratus daripada golongan LGBT terlibat dalam industri seks. Hak LGBT ialah mendapat rawatan bukan menyebar luas penyakit merbahaya itu. Perlu gandingan bermulanya kerajaan, agensi kesihatan, institusi agama, pakar psiokologi dalam mengubati penyakit LGBT yang bahaya ini. Jika masalah dadah adanya pusat rawatan khusus maka penyakit LGBT juga perlu ada pusat rawatan dalam merawatnya. Perlu juga sekat penyakit LGBT ini melalui tindakan undang-undang di mana sikap terlalu berlembut menyebabkan ia semakin merebak
Bila alasan hak asasi manusia maka penyakit LGBT minta diiktiraf. Penyakit yang bercanggah dengan agama dan akhlak normal tidak layak untuk mendapat pengiktirafan. Sebaliknya kita mendesak agar kerajaan lebih bersungguh dalam membenarkan pekerja wanita terutama dalam syarikat penerbangan, perhotelan dan lainnya untuk mendapat hak untuk menutup aurat. Larangan tutup aurat bukan sahaja menyekat hak agama malah hak asasi manusia yang dilaungkan. Islamlah nescaya kita mulia dunia akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 34 سورة النمل :
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
Maksudnya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Tahun ini kita menyambut hari raya korban ketika kehangatan negara menyambut kemerdekaan kali ke-61. Sesebuah Negara boleh dikatakan merdeka secara hakiki apabila kemerdekaan tersebut terjadi secara menyeluruh dalam setiap segi. Kemerdekaan tersebut bukan hanya dalam konteks Negara semata tetapi juga individu dan masyarakat yang menjadi pengisi sebuah Negara. Umat mesti meyakini kebangkitan semula Islam, tetapi bukan dengan menunggu kemenangan percuma, sebaliknya berjuang bersama jemaah menggunakan segala kebijaksanaan dan kelebihan pada diri. Jangan putus asa dan lemah semangat seolah-olah tiada harapan lagi untuk orang Islam, sedangkan agama ini dijaga dan dipelihara Allah . Setiap pejuang wajib menjadi hamba Allah dan bukannya memperhambakan Allah dengan duduk sahaja meratib di rumah, menunggu Allah menangkan Islam tanpa sebarang usaha. Islam tidak boleh dijual beli atau disembunyikan di mana umat tetap bertanggungjawab menegakkannya, menyambung perjuangan para Nabi dan Rasul secara berjamaah walaupun tidak dipersetujui kaum Musyrikin. Walau pun akhlak umat kini tidak sama dengan para Nabi dan Rasul atau Khulafa’ ar-Rasyidin dan para Imam Mazhab yang hebat, tetapi Islam dipelihara secara jemaah. Kelebihan yang ada pada diri masing-masing, dicampurkan menjadi satu kekuatan mengganti kekuatan Nabi dan Rasul, kekuatan Imam yang hebat di zaman dahulu. Ini cara memelihara Islam. Selagi kita tak mati, tunaikan kewajipan ini. Ibadah Haji di Makkah sebagai bukti kehebatan Islam di mana ia dilaksanakan Muslim dari seluruh dunia, termasuk dari negara yang Kerajaan Islam pernah dijatuhkan seperti Sepanyol, Soviet dan China. Ketika menyoroti agenda menghapuskan Islam di Asia Tengah di mana umat Islam dibelasah habis-habisan, masjid ditukar menjadi panggung wayang dan kandang babi, manakala orang muda tidak dibenarkan solat di masjid kerana ditakluk Komunis. Tiba-tiba Komunis yang hancur lebur, Islam bangkit semula. Walaupun kuasa besar dunia, Allah boleh jatuhkan bila-bila masa sahaja. Parsi, Rom, Kerajaan Nazi Jerman, Jepun, British pernah jadi kuasa besar dunia. Soviet Union hancur lebur. Termasuk Amerika, sedang merudum. Hari ini kita menyaksikan umat Islam yang berjumlah sudah sampai 1.5 bilion ataupun lebih lagi. Pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia. Mereka menghantar wakil di Makkah al-Mukarramah. Kita menyaksikan bagaimana cahaya agama Islam tak boleh dipadamkan sekali-kali. Walaupun negara umat Islam dihancur leburkan, dijatuhkan khilafah, kejatuhan Uthmaniyah 1924. Tak ada yang ganti. Orang Islam hidup berselerak di zaman penjajahan, negeri umat Islam dipecah dan diperintah, orang Islam dilaga-lagakan. Tetapi kepesatan dalam dakwah Islam terus berlaku, ini kehebatan Islam. Rantau Nusantara yang didatangi Portugis, Belanda, British dan Jepun, serta dibahagi dan dipecah-pecahkan, juga diganyang dengan ketenteraan, ekonomi dan politik, tetapi cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, sebaliknya tetap berkembang di zaman penjajah.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Campurtangan kuasa besar terutama Amerika Syarikat dan sekutunya dalam menghancurkan negara umat Islam terus berjalan samada dengan melagakan umat Islam sehingga berlaku perang saudara, gerakan Islam di beberapa negara dinafikan kemenangan walau pun telah berjaya dalam pilihanraya. Tindakan bacul terbaru menyaksikan Matawang Lira Turki jatuh disebabkan oleh keputusan Amerika Syarikat untuk meningkat dan menggandakan tarif keluli dan aluminium dari Turki menjadikan matawang Lira kehilangan lebih suku daripada nilainya. Ini secara langsung menyebabkan ketidakstabilan ekonomi domestik Turki yang memberi kesan kepada rakyat. Ini juga mengganggu kestabilan politik Turki yang dilihat begitu lantang menentang Israel dan menjadi suatu kuasa baru yang menjadi tumpuan kebanyakan negara Islam. Bersamalah kita sebagai umat Islam bermaruah untuk bangkit bersatu atas nama persaudaraan Islam dalam membantu termasuk melalui doa agar perancangan musuh Islam dapat dihentikan segera.
Firman Allah dalam Surah as-Soof ayat 8 :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Selamat menyambut Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadat korban bermula pagi ini hinggalah berakhir hari tasyriq 13 Zulhijjah nanti. Bahagikan daging korban kepada saudara yang memerlukan agar mereka turut merasai nikmat Allah dan betapa manisnya nikmat persaudaraan Islam.
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى الشام وفي مصر وفي أفْرِيْقِيا وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Hak Allah DiJulang Umat Gemilang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
Alhamdulilah kini kita berada pada 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang dijanjikan dengan kelebihan yang begitu besar oleh Allah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري
Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari (ayyam) ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”
Menyedari tentang kelebihan 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang sedang kita berada sekarang maka marilah kita sama-sama mengisinya dengan amalan soleh yang dianjurkan oleh nabi Muhammad s.a.w antaranya berpuasa sunat terutama pada hari Arafah iaitu hari yang ke-9 daripada bulan Zulhijjah
عن أبي قتادة رضي الله عنه قال سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ – رواه مسلم واللفظ له وأبو داود والنسائي وابن ماجه والترمذي
Maksudnya : Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab baginda : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang
Seterusnya perbanyakkanlah bertaubat dan istighfar kepada Allah pada hari-hari yang mulia ini disamping memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid
عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ – رواه أحمد
Maksudnya : Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Maidah :
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖقَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ﴿٢٧﴾
Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
Antara amalan yang begitu dituntut bagi golongan yang berkemampuan bila datangnya hari raya korban hingga berakhirnya hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ialah menunaikan ibadat korban
قَالَ الرَّسُوْلُ: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
Kisah pengorbanan 2 anak nabi Adam a.s mengajar kita bagaimana matlamat utama ibadat korban ialah melahirkan umat bertaqwa di mana antara ciri golongan taqwa ialah sanggup berkorban segalanya kerana Allah, mengutamakan akhirat daripada dunia, ikhlas dalam ibadat dan sentiasa membersih hati daripada sifat mazmumah terutama hasad dengki dan kedekut. Oleh itu kita wajib mendalami ilmu agama dan mengamalkannya supaya tidak hanyut dengan cinta dunia yang merbahaya antaranya :
[1] Mencintai dunia bererti mengagungkan dunia, padahal ia sangat hina di sisi Allâh. Suatu dosa yang paling besar adalah mengagungkan sesuatu yang direndahkan oleh Allâh. Dunia ini lebih hina daripada bangkai kambing atau sayap nyamuk tetapi ramai yang sanggup mati untuk mendapatkannya sehingga meminggirkan akhirat
[2] Allâh mengutuk, memurkai dan membenci dunia kecuali yang digunakan untuk mendekati diri kepada Allah. Sesiapa mencintai apa yang dikutuk, dimurkai, dan dibenci oleh Allâh maka dia akan berhadapan dengan kutukan, kemurkaan dan kebencian Allah
[3] Mencintai dunia bererti menjadikan dunia sebagai tujuan dan matlamat hidup sehingga amal ibadat pun dilakukan untuk tujuan dunia seperti riya’ dalam bersedekah
[4] Mencintai dunia membuat manusia tidak sempat melakukan sesuatu yang bermanfaat baginya di akhirat akibat kesibukannya mengejar dunia.
[5] Pecinta dunia menjadikan dunia sebagai cita-cita terbesar manusia sehingga tiada dalam kamus kehidupannya berkenaan halal haram, dosa pahala, syurga neraka
قَالَ الرَّسُوْلُ: مَاذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِيْ غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِيْنِهِ – رواه الترمذي
Maksudnya : 2 serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosak dibandingkan dengan sifat rakus manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosak agamanya.
Sifat tamak terhadap harta dan kuasa pasti akan merosak agama seseorang kerana sikap ini membawanya kepada kezaliman, pembohongan dan perbuatan keji. Bahkan menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuannya dalam mengejar harta dan kuasa.
[6] Pecinta dunia adalah orang yang paling banyak disiksa di mana dia disiksa pada 3 keadaan. Dia disiksa di dunia dalam bentuk usaha, kerja keras untuk mendapatkannya, dan perebutan dengan sesama pecinta dunia. Dia disiksa di alam barzakh (kubur) dan seterusnya bakal disiksa pada hari akhirat nanti.
[7] Pencinta dunia yang lebih mengutamakan dunia daripada akhirat adalah orang yang paling bodoh sebab mengutamakan dunia yang sementara daripada akhirat yang kekal selamanya. Pencinta dunia tidak akan terlepas dari 3 keadaan iaitu : kesedihan yang berterusan, kepenatan (keletihan) yang berlanjutan; dan penyesalan yang tidak pernah berhenti.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 103-107 surah as-Soffat :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ ﴿١٠٦﴾ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim) “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. ) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
Beradanya kita pada bulan Zulhijjah tidak lengkap tanpa membicarakan tentang pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s termasuk arahan Allah supaya menyembelih anaknya nabi Ismail a.s, arahan meninggal isteri dan anak yang masih kecil di bumi kering kontang. Ini semua mengajar kita tentang cinta Allah melebihi cinta kepada anak isteri dan nikmat duniawi yang lain. Tanpa perasaan cinta kepada Allah menyebabkan manusia mencari pelbagai alasan untuk lari daripada menunaikan kewajipan agama dan melanggar larangan Allah. Kita yang beriman kepada Allah pasti akan menolak dakwaan sesat golongan liberal yang menuduh bahawa nabi Ibrahim a.s seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan isterinya Sarah sebagai perempuan jalang. Begitu juga tuduhan bahawa mimpi nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya sebagai mimpi dari Syaitan atas alasan Allah tidak menyuruh umatnya untuk melakukan perkara yang zalim termasuk sembelih anak
Kita yakin bahawa Islam adalah agama yang mula-mula memperakui dan mendaulatkan hak asasi manusia. Buktinya, di zaman jahiliah wanita dan kanak-kanak perempuan dizalimi serta dibunuh, namun Islam datang membawa perubahan dengan mengangkat kedudukan martabat wanita. Islam meletakkan penghormatan yang mulia dan tinggi kepada manusia tanpa mengira warna kulit, jantina, keturunan atau bangsa. Apa yang utama ialah komitmen seseorang memperkuatkan akidah dan taqwa. Jika apa yang diperjuangkan oleh mana-mana pihak dilihat sebagai usaha menjatuhkan kemuliaan manusia dan menjauhkan diri daripada Allah, maka tidak rasional usaha itu dilihat untuk menegakkan hak asasi manusia. Islam tidak menolak sepenuhnya hak asasi manusia sejagat. Sebaliknya, Islam mempunyai panduan tersendiri dalam menilai isu berkaitan kebebasan manusia. Setiap muslim dibatasi hukum hakam, halal haram dan dipimpin oleh al-Quran serta sunah sebagai sumber rujukan. Setiap individu mempunyai hak untuk hidup, makan, minum, miliki harta, belajar, bersuara, bekerja, warganegara dan sebagainya. Tetapi apabila bertembung antara hak individu dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak melanggar hak individu yang lebih utama. Namun, di negara Eropah dan Barat, mereka lebih mengutamakan hak individu di mana setiap individu berhak melakukan perkara yang diinginkan selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain. Lantaran, atas ‘tiket’ hak individu itu, maka muncullah pelbagai masalah yang mencabar nilai sosial masyarakat seperti membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay, lesbian dan pertukaran jantina. Atas nama kebebasan bersuara, pejuang hak asasi manusia berani mempertikaikan kredibiliti institusi agama serta undang-undang jenayah syariah. Banyak kes yang berlaku bila melibatkan hak orang Islam seperti larangan memakai purdah di banyak Negara Eropah dan isu larangan memakai pakaian patuh syariah di Negara kita sendiri untuk muslimat dalam syarikat penerbangan, hotel tidak dianggap melanggar hak asasi manusia sedangkan larangan dan hukuman kepada pejuang LGBT dianggap menyekat kebebasan. Menyusahkan urusan perkahwinan dianggap pejuang kebebasan sedangkan pejuang yang menyeru supaya ditutup pintu zina dianggap melanggar hak asasi manusia. Undang-undang murtad dipandang menyekat kebebasan beragama sedangkan usaha menyekat dalam memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah dianggap suatu usaha murni
Oleh itu semangat berkorban untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah mesti dihidupkan dalam diri, ahli keluarga, masyarakat seterusnya Negara. Mulianya kita apabila sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa raga untuk melaksanakan system Islam. Hinanya kita bila mengorbankan Islam untuk memenuhi hawa nafsu kita apatah lagi untuk menjaga hati golongan yang anti Islam. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
Kepimpinan Islam,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Ahad, 5 Ogos 2018
Ujian Dunia DiHadapi Jatidiri DiMiliki
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Mulk :
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ﴿٢﴾
Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Kehidupan kita di alam dunia ini yang merupakan negeri untuk kita beramal dengan mengumpul sebanyak mungkin bekalan akhirat dengan amalan soleh. Kehidupan dunia ini penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran terhadap iman kita terutama sebagai umat akhir zaman yang dekat dengan berlakunya qiamat. Telah banyak tanda-tanda qiamat kecil mahu pun yang besar telah berlaku. Cuma menunggu saat timbulnya tanda yang paling besar antaranya keluar Dajjal
قال النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ – رواه مسلم
Maksudnya : Tidak ada satu pun makhluk pun sejak nabi Adam a.s diciptakan hingga berlakunya qiamat di mana fitnahnya (cubaannya) lebih besar dari Dajjal.
Imam Nawawi RH menerangkan bahawa yang dimaksud di sini adalah tidak ada fitnah dan masalah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal
Dari Ibnu ‘Umar RA, berkata bahawa Rasulullah s.a.w berdiri di hadapan manusia lalu memuji Allah kerana memang Dialah (Allah) satu-satunya yang berhak atas pujian kemudian baginda menceritakan berkenaan Dajjal.
إِنِّى لأُنْذِرُكُمُوهُ ، وَمَا مِنْ نَبِىٍّ إِلاَّ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ ، لَقَدْ أَنْذَرَ نُوحٌ قَوْمَهُ ، وَلَكِنِّى أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلاً لَمْ يَقُلْهُ نَبِىٌّ لِقَوْمِهِ ، تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ ، وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ - رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Aku akan menceritakannya kepada kalian dan tidak ada seorang Nabi pun melainkan telah menceritakan tentang Dajjal kepada kaumnya. Sungguh Nabi Nuh a.s telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentang Dajjal yang tidak pernah diberitahu oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, iaitu Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Allah sama sekali tidaklah buta.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
قال النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ، فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ، مِمَّا يُبْعَثُ بِهِ مِنَ الشُّبُهَاتِ – رواه مسلم وأحمد والحاكم
Maksudnya : Sesiapa mendengar ada Dajjal, hendaklah ia bersembunyi darinya. Karena, Demi Allah, ada seseorang mendatanginya dan ia mengita bahwa ia benar-benar beriman, lalu ia mengikutinya, karena banyaknya syubhat (kesamaran) yang menyertainya.”
Dajjaal dari sudut bahasa bererti berdusta dan menutup. Menutupi atau mencampuradukkan yang hak dengan yang batil. Disebut dajjaal karena menutupi kebenaran dengan kata-kata dustanya. Dajjal berarti seorang yang sangat pendusta dan menutupi kebenaran. Sedangkan Dajjal yang disebutkan dalam hadis adalah satu mahluk khusus sebangsa manusia yang akan muncul di hari-hari menjelang kiamat, memfitnah manusia, dan mempunyai sifat khusus. Dajjaal hadir untuk membuat fitnah yang menyebabkan orang beriman menjadi sesat dan kafir. Di samping ada Dajjaal yang sebenarnya, ada juga manusia-manusia yang mempunyai sifat seperti Dajjaal. Oleh karena itu umat Islam juga harus mewaspadainya. Mereka adalah para pemimpin yang sesat dan nabi-nabi palsu. Mereka sangat berbahaya kerana datang pada setiap tempat dan waktu. Sedangkan Dajjaal sebenar akan datang hanya menjelang hari qiamat. Dajjal dari kalangan pemimpin dunia yang membantai dan menghancurkan negara muslim dan menimbulkan fitnah, menyebar kesesatan dan membuat kerosakan di dunia. Fitnah Dajjaal yang sebenarnya maupun para pemimpin yang memiliki sifat Dajjaal, adalah bahaya yang harus dihadapi oleh umat Islam. Fitnah Dajjaal membuat umat Islam menjadi sesat dan kafir, saling membunuh sesama sendiri. Dajjaal memutarbalikan fakta, sehingga yang benar menjadi salah dan yang salah menjadi benar, yang haram menjadi halal dan yang halal menjadi haram. Fitnah tersebut didokong dengan dana, media masa apatah lagi sokongan daripada kuasa besar. Dajjaal sentiasa memproduk ungkapan sesat, batil sehingga kebenaran menjadi kabur dan tidak jelas, sedangkan kebatilan seolah-olah indah dan menarik. Kebenaran selalu ditutupi dan dibungkus dengan dusta. Syariat Islam dianggap kejam dan melanggar hak asasi manusia, sedangkan nilai-nilai sekular dianggap baik, adil, dan paling sesuai untuk kehidupan di era moden. Nilai-nilai agama dijauhkan dari kehidupan sosial dan kenegaraan. Umat Islam di cop sebagai pelampau, ekstrem dan pengganas sedangkan non-muslim dianggap insan mulia, baik, dan adil.
Menyedari tentang betapa dahsyatnya fitnah Dajjal ini maka kita diminta supaya memperbanyakkan doa antaranya
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya : “Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari seksa kubur, seksa neraka, fitnah kehidupan dan Selepas mati, serta dari kejahatan fitnah Dajjal.”
Begitu juga dengan membaca dan menghafal sebahagian surah al-Kahfi
عنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ - رواه مسلم
Maksudnya : Sesiapa menghafal sepuluh ayat pertama surat al-Kahfi maka dia akan dijaga dari Dajjal
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 10 surah al-Kahfi :
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا ﴿١٠﴾
Maksudnya : (Ingatlah) ketika sekumpulan anak muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”
Ketika kita membaca surah al-Kahfi yang disarankan oleh nabi s.a.w untuk membacanya bagi menjauhi fitnah Dajjal maka kita dapati di dalam surah ini ada 4 kisah besar yang berkaitan dengan fitnah yang kita telah, sedang dan akan hadapi iaitu pertama fitnah terhadap iman sebagaimana sekumpulan pemuda yang terpaksa bersembunyi dalam gua bagi mempertahankan iman ketika suasana negara yang diperintah oleh pemimpin kufur. Ujian terhadap iman adalah kemuncak dalam kehidupan. Oleh itu menjadi kewajipan kepada ibubapa untuk memberi kefahaman agama kepada anak-anak. Apa yang penting ialah tanggungjawab pemimpin untuk melaksanakan system pendidikan yang menjurus kepada rakyat ke arah memahami dan seterusnya menghayati Islam dalam setiap aspek termasuk politik, ekonomi, sosial dan sebagainya
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 40-41 surah al-Kahfi :
فَعَسَىٰ رَبِّي أَن يُؤْتِيَنِ خَيْرًا مِّن جَنَّتِكَ وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِّنَ السَّمَاءِ فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقًا ﴿٤٠﴾ أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا غَوْرًا فَلَن تَسْتَطِيعَ لَهُ طَلَبًا ﴿٤١﴾
Maksudnya : Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi"
Kedua ialah fitnah harta kekayaan sehingga ramai yang kufur kepada Allah. Antara fitnah harta ialah [1] Riya atau timbul perasaan menunjuk-nunjuk atas kebaikannya ketika berinfak sehingga pahala sedekahnya menjadi sia-sia. Ada juga yang mengungkit semula pemberian yang dihulur sehingga menyakiti hati penerima [2] Lalai daripada mengingati Allah kerana sibuk dengan harta. Pengejar harta sibuk untuk mengumpuln dan memperbanyak hartanya sampai seluruh waktu dan perhatiannya dipergunakan untuk itu. Maka orang yang rugi adalah orang yang diperhamba oleh hartanya dimana harta itu menguasai perilaku, pergerakan dan perasaannya. [3] Penghasilan dan pengeluaran harta yang haram seperti riba, sogok, mencuri, rasuah, jual beli haram, menipu dan mengurangi timbangan. [4] Bakhil sehingga bukan sahaja kedekut untuk sedekah bahkan ada yang mengabaikan nafkah wajib kepada anak isteri, tidak mengeluarkan zakat [5] boros dan membazir harta
Fitnah ketiga ialah ilmu di mana kisah pembelajaran ilmu antara nabi Khaidir dan nabi Musa a.s mengajar tentang adab belajar termasuk mesti berguru, menghormati guru. Kita bimbang jika ilmu agama dipelajari hanya melalui google, facebook semata-mata maka akan menyebabkan ramai yang terbabas kepada kesesatan. Kita bimbang akibat belajar tanpa guru menyebabkan banyak fahaman sesat akan semakin subur dalam masyarakat terutama ketika kita sekarang ini hampir kepada hari raya korban di mana adanya golongan liberal yang menuduh bahawa nabi Ibrahim a.s seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan isterinya Sarah sebagai perempuang jalang. Begitu juga tuduhan bahawa mimpi nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya sebagai mimpi dari Syaitan atas alasan Allah tidak menyuruh umatnya untuk melakukan perkara yang zalim termasuk sembelih anak
Firman Allah dalam ayat 103-107 surah as-Soffat :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ ﴿١٠٦﴾ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim) "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. ) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 84 surah al-Kahfi :
إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا ﴿٨٤﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
Keempat ialah Fitnah kepimpinan atau kuasa di mana berjayanya pemimpin apabila dia mampu menguruskan dunia berteraskan agama sehingga rakyat bukan sahaja mampu hidup selesa malah Nampak jalan ke Syurga. Perlu diketahui juga bahawa cinta kemuliaan dengan cara tamak terhadap kekuasaan agar dapat memerintah serta mengatur urusan manusia sesuka hatinya akan menyebabkan negara musnah. Untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan pangkat manusia sanggup berbuat apa sahaja. Bukan setakat pijak kepala kawan bahkan sanggup jual agama dan bangsa. Oleh itu kita doakan agar kita dipimpin oleh orang soleh yang mampu memikul agama dalam mengurus negara berdasarkan agama untuk Berjaya dunia akhirat. Kita juga minta dijauhkan daripada golongan yang mengumpul kekayaan dengan pangkat yang ada sehingga menzalimi rakyat jelata. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
Label:
Aqidah,
Kepimpinan Islam,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Langgan:
Catatan (Atom)