أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Jumaat, 16 Ogos 2019
Korban Julang Agama Merdekakan Negara
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 32 surah an-Nisaa’:
وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّـهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا ۖوَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ وَاسْأَلُوا اللَّـهَ مِن فَضْلِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا ﴿٣٢﴾
Maksudnya : Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (iri hati) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Hampir seminggu kita sama-sama menyambut hari raya korban di mana ibadat korban banyak menanam sifat mahmudah terpuji antaranya suka berkorban apa yang disayangi, tidak bakhil, suka membantu orang lain. Kita juga dapat ambil iktibar tentang bahayanya sifat hasad dengki yang menjadi antara punca pembunuhan pertama atas muka bumi ini dalam peristiwa 2 anak nabi Adam iaitu Qabil dan Habil. Imam Ghazali merumuskan 7 punca bersarangnya sifat hasad dengki iaitu : [1] Perseteruan Dan Kebencian di mana seseorang yang disakiti kerana suatu sebab tertentu, ataupun yang tidak dipersetujui oleh orang lain di dalam sesuatu hal yang bercanggah dengan kehendak peribadinya, maka perasaan marah akan mengatasi kesabaran di dalam dirinya sehingga boleh mencetuskan perseteruan dan kebencian [2] Bangga dengan Kedudukan dan Kemuliaan sehingga terasa begitu sakit dalam hatinya dengan sebab orang lain lebih atas darinya [3] Angkuh atau Takabbur dengan memperkecil-kecilkan apa yang dimiliki oleh orang lain dan mengharapkan agar orang lain yang diperlekehkannya itu terus mengikut serta menuruti kehendaknya [4] ‘Ujub atau perasan dirinya lebih dengan kenikmatan, dan kelebihan yang ada pada diri. Boleh juga disebut sebagai bangga diri di mana sentiasa menceritakan kebaikan dirinya di khalayak ramai dan suka orang lain membodek serta memuji dirinya. Akan lahir rasa sakit dalam hatinya jika ada orang memuji orang lain yang lebih baik darinya [5] Bimbang dan Takut Cita-Cita Tak Tercapai di mana perasaan ini khusus bagi mereka yang saling berlumba untuk merebut satu tujuan atau perkara yang sama [6] Gilakan nama dan Kemasyhuran dalam Bidang-Bidang tertentu [7] Busuk Hati yang menyebabkan dia menjadi seorang yang paling bakhil kerana beranggapan bahawa orang lain yang mendapat kelebihan darinya itu telah meragut sesuatu dari miliknya, sedangkan apa yang diperolehi oleh orang lain itu adalah datangnya dari milik Allah
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّـهُ قَالَ: لاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَقَاطَعُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَدَابَرُوا ، كُوْنُوا عِبَـادَ اللهِ إِخْوَانًـا. (رَوَاه الْبُخَـارِى وَمُسْلِمٌ)
Maksudnya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 3-4 surah Ibrahim :
الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ ﴿٣﴾ وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ ۖ فَيُضِلُّ اللَّـهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٤﴾
Maksudnya : Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
Kisah pengorbanan dan perjuangan nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam menunaikan kewajipan, menyebar luaskan Islam serta meruntuhkan jahiliah memberi kesedaran bahawa Islam bukan sekadar amalan ritual dan akiviti kerohanian semata-mata bahkan Islam perlu ditegakkan dan menjadi asas kenegaraan dan kemasyarakatan. Sesuai dengan keberadaan kita pada bulan Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara maka kita perlu hayati bagaimana cara para rasul memerdekakan umat manusia daripada aqidah sesat, cara hidup bertuhankan nafsu kepada cara hidup bersendikan agama.
Antaranya kita fahami erti sebenar sebuah kemerdekaan sebagaimana ungkapan Rub’ie bin ‘Amir ketika berdepan panglima tentera rom iaitu Rustum:
نَحْنُ قَوْمٌ انبْعَثَناَ اللهُ لِنُخْرِجَ الناَّسَ مِنْ عِبَادَةِ غَيْرِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللهِ، وَمِنْ جُوْرِ الأَدْياَنِ إِلَى عَدْلِ الإِسْلاَمِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْياَ إِلَى سَعَةِ الآخِرَةِ”
Maksudnya : “Kami kaum yang datang untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah, daripada kezaliman agama-agama sesat kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat”
Kebiasaannya setiap penjajahan kuffar terhadap negara umat Islam akan membawa 3G yang menjadi matlamat utama penjajahan iaitu [1] God iaitu Tuhan atau agama penjajah untuk disebarkan, [2] Glory iaitu kemasyhuran dengan kejayaan penjajah terhadap negara jajahannya diperbesarkan dan [3] Gold iaitu mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan.
Kita jangan terkeliru dengan momokan bahawa penjajah hanya datang untuk mengaut hasil mahsul tanpa melibatkan agama sedangkan di negara kita sendiri banyak perkara berkaitan agama termasuk perundangan Islam dihadkan
Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١﴾
Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Tugas rasul dan pembantu mereka dalam menyembang Islam dan mengisi agenda negara dengan Islam diteruskan oleh alim ulama termasuk dalam memperjuangkan kemerdekaan di negara kita. Ramai ulama gugur syahid, dipenjara, dibuang negara dalam menentang penjajah. Perjuangan dalam menuntut kemerdekaan berteraskan agama lebih digeruni oleh penjajah dan cara ini lebih kuat dalam menekan penjajah sehingga negara diberikan kemerdekaan. Oleh itu jasa perjuangan ulama silam dalam memerdekakan negara bukan sahaja wajib dikenang malah diteruskan oleh generasi yang mengisi dan meneruskan kemerdekaan negara. Ulama tidak boleh mengasing diri atau disisihkan daripada perjuangan mengisi kemerdekaan dengan Islam.
Hayati isi surat yang dikirimkan oleh Abdullah ibnu Mubarak yang merupakan seorang ulama’ zuhud yang sentiasa merindui Jihad dan syahid pada jalan Allah hingga menemui syahid pada tahun 181 Hijrah. Surat itu telah dikirim kepada Fudhail bin Iyad yang digelar sebagai Ahli Ibadah bagi 2 tanah Haram di mana isi surat tersebut sangat menyentuh jiwa Fudhail hingga beliau menangis, kembali sedar dan seterusnya mara bersama tentera Islam yang sedang berperang ketika itu. Antara isi suratnya :
“Wahai ahli ibadah di 2 Tanah Haram, Kalaulah kamu telah menyaksikan kami,
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya Seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah, Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras, ataupun kuda-kudanya kepenatan di dalam perkara batil, Maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan, Bau wangi-wangian menjadi milikmu, Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan, dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda nabi s.a.w., Sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala, Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami, Bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa, Dia tidak akan berbohong”.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 60 surah al-Anfal :
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّـهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّـهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾
Maksudnya : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya
Jasa pasukan keselamatan termasuk askar dalam menjaga keselamatan negara samada ketika perang atau aman wajib disanjungi. Kita dapat solat, bekerja, belajar, berniaga dan menjalani kehidupan dengan baik antaranya ialah hasil tugas yang dijalankan oleh anggota keselamatan. Pasukan keselamatan wajib bersiap siaga sepanjang masa sebagaimana tuntutan agama. Mereka tidak boleh diberikan suatu tugas yang boleh menghilangkan tumpuan dalam menjaga keselamatan negara. Sejarah moden pernah menyaksikan bagaimana Eli Cohen, seorang perisik musuh telah menyelinap masuk ke dalam tentera Syria sehingga menjadi pimpinan tertinggi di dalam tentera tersebut. Beliau bertindak melemahkan tentera Syria dengan cadangan bahawa tentera Syria perlu terlibat dengan perladangan atas alasan tentera waktu itu hanya makan minum sahaja. Lalu tentera Syria disibukkan dengan kerja menanam pokok sepanjang kawasan Bukit Golan terutama tempat penting yang akhirnya menjadi penanda mudah kepada serangan Israel. Apabila fokus tentera Syria hilang dari latihan kerana sibuk dengan perkara lain, tiba-tiba Israel datang menyerang dan sejarah menyaksikan Bukit Golan jatuh ke tangan tentera Israel pada tahun 1967 di dalam perang selama 6 hari sahaja.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena berada hari mulia, bulan mulia, rumah Allah yang mulia marilah kita sama-sama mengambil berat tentang penderitaan saudara segama kita termasuk Rohingya, Palestin, di India di mana ada yang dibunuh kerana menyembelih lembu korban dan umat Kashmir selepas Parlimen India telah membatalkan Article 370 : Hak Autonomi Rakyat Kashmir sehingga Kashmir diletak bawah India, Ketua Menteri tidak semestinya Islam walau pun majoriti penduduk Kashmir adalah Islam, Orang Hindu dan orang asing dari luar Kashmir boleh bermastautin dan membeli tanah di Kashmir. Tidak sempurna iman golongan yang tidak menghiraukan penderitaan saudara seagama
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Selasa, 13 Ogos 2019
Julang Islam Raih Kemuliaan
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 3 surah al-Maidah :
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣﴾
Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
Kini kita berada pada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah yang mempunyai fadhilat yang begitu istimewa di sisi Allah yang mesti kita sama-sama rebut. Dalam Sohih Bukhari dan Muslim, daripada Sayyidina Umar bin al-Khattab RA, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya, ''Wahai pemimpin orang yang beriman! Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi, sudahtentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami.” Sayyidina Umar RA bertanya, “Ayat yang mana satu?'' Dia menjawab : Ayat 3 surah al-Maidah
Lalu Sayyidina Umar RA berkata lagi, ''Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.'' Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas telah berkata ,''Ia telah diturunkan pada 2 hari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.''
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Daripada ‘Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ؟ - - رواه مسلم
Maksudnya: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR. Muslim no. 1348].
Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ . – رواه الترمذي
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”.
Makna Hadis di atas ialah Zikir yang paling banyak berkat, paling besar pahala dan paling hampir dengan diperkenan oleh Allah ialah doa pada hari Arafah
Kita juga jangan lepaskan peluang untuk merebut kelebihan puasa pada hari Arafah iaitu hari ke-9 daripada bulan Zulhijjah esok
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : …. صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ……… - رواه مسلم
Maksudnya : …… puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya…..
Seterusnya perbanyakkanlah bertaubat dan istighfar kepada Allah pada hari-hari yang mulia ini disamping memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid bermula pagi hari Arafah sehingga berakhirnya hari Tasyriq
عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ – رواه أحمد
Maksudnya : Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman Allah dalam ayat 103 surah Ali ‘Imran:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚوَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ﴿١٠٣﴾
Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya
Islam mewajibkan kita bersatu atas dasar Islam. Penerapan nilai perpaduan dalam kalangan umat Islam pula dilaksanakan secara mingguan menerusi fardu solat Jumaat. Begitu juga dengan anugerah 2 hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya korban maka kita dikumpulkan secara tahunan. Pelaksanaan rukun Islam yang lain seperti ibadah puasa, zakat dan haji juga penuh dengan penerapan nilai dan semangat perpaduan ummah. Menerusi ibadah puasa pada Ramadan, umat Islam dilatih menjiwai nilai kepekaan, kasih sayang dan kesusahan orang lain
Penghayatan kualiti kasih sayang sesama umat Islam akan menyempurnakan fardu zakat yang menjadi satu daripada rukun Islam yang utama. Pelaksanaan zakat menuntut persiapan jiwa dan pengorbanan harta untuk dikongsikan sesama umat. Begitu juga dengan anjuran ibadat korban dalam menyuburkan kasih sayang dengan membuang sifat kedekut dan terlalu cinta dengan nikmat duniawi.
Kemuncak penerapan konsep dan nilai perpaduan pada peringkat ummah seluruhnya pula dijayakan agama menerusi ibadah haji. Ibadah haji yang juga rukun Islam kelima mengandungi erti yang amat mendalam dalam konteks perpaduan ummah. Nilai utama yang dapat dihayati antaranya ialah semangat persaudaraan berteraskan akidah dalam kalangan umat tanpa mengira bangsa dan negara. Kejayaan dan kemuliaan umat Islam bergantung kepada sejauh mana kita mampu menjiwai kesatuan yang dikehendaki oleh Islam dalam kehidupan kita
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 46 :
وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Menyedari bahawa betapa pentingnya kesatuan ummah atas dasar Islam bagi mengembalikan izzah atau kemulian dan menghadapi serangan musuh yang tidak pernah berehat dan berhenti daripada menyerang Islam dan umatnya. Perpecahan kita akibat tidak berpegang kepada al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w, kejahilan tentang agama sendiri, mengkagum dan mengguna pakai budaya kuffar yang bercanggah dengan Islam termasuk dalam ekonomi, politik, sosial serta hubungan dengan Allah yang lemah akibat kurang membaca dan menghayati al-Quran, kurang zikrullah dan amalan soleh
Kita bimbang akibat perpecahan umat Islam menyebabkan penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w terus berlaku silih berganti. Begitu juga dengan isu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin melaksanakan Tulisan Khat Aksara Jawi pada tahun 2020 dimulakan ke atas murid Tahun 4 mendapat tentangan sehingga terpaksa mengurangkan lembaran pengajaran Tulisan Khat dari sekadar 6 muka surat kepada 4 muka surat malah menjadikan silibus ini hanya diteruskan sebagai modul pilihan, di mana para guru mempunyai opsyen samada untuk mengajar atau tidak. Jawi ini selaku warisan Bahasa Melayu langsung tidak bertentangan dengan Perlembagaan apabila ianya dipelihara melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Malah dalam Akta 32: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Fasal 9 secara jelas menyatakan Tulisan bagi Bahasa Kebangsaan adalah Tulisan Jawi
Begitu juga isu RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang bertujuan untuk meminda peruntukan berkaitan dengan pemelukan agama Islam oleh orang yang belum mencapai umur 18 tahun. Antara yang akan dipinda ialah perkataan “ibu dan bapa” kepada “ibu atau bapa” agar selaras dengan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya memberi makna RUU ini akan membolehkan orang yang di bawah 18 tahun memeluk Islam hanya memerlukan keizinan salah seorang daripada ibu atau bapa atau penjaga. Pindaan ini dihalang dari dibentangkan. Oleh itu kita wajib sedar bahawa memilih pemimpin bukan suatu perkara yang tiada kaitan dengan agama malah kepimpinan boleh mencorak keadaan negara atau negeri samada berteraskan Islam atau tidak
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 138-139 surah an-Nisa’ :
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٣٨﴾ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّـهِ جَمِيعًا ﴿١٣٩﴾
Maksudnya : Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
Sejarah banyak mengajar kita bagaimana akibat tidak bersungguh dalam menjulang Islam maka akan didatangkan kehinaan oleh Allah. Yahudi sebagai kaum pendatang akhirnya menjadi tuan di Palestin. Begitu yang berlaku kepada umat Islam Rohinya, Myanmar yang menjadi pelarian di tanahair sendiri. Isu terbaru Parlimen India telah membatalkan Article 370 : Hak Autonomi Rakyat Kashmir sehingga Kashmir diletak bawah India, Ketua Menteri tidak semestinya Islam walau pun majoriti penduduk Kashmir adalah Islam, Orang Hindu dan orang asing dari luar Kashmir boleh bermastautin dan membeli tanah di Kashmir.
Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Rabu, 7 Ogos 2019
Khutbah Aidil Adha 1440H
Khutbah Pertama
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 111 surah Yusuf :
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿١١١﴾
Maksudnya : Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Setiap kali tibanya hari raya korban kita bukan sahaja dibentangkan dengan kisah pengorbanan 2 orang anak nabi Adam a.s dan pengorbanan nabi Ibrahim a.s sekeluarga malah ibadat korban telah menjadi suatu syariat untuk sama-sama dihayati dalam kehidupan. Ketika menyusuri kisah-kisah dalam al-Quran maka di sana ada tujuan dan hikmat antaranya:
[1] Membuktikan kerasulan Muhammad saw di mana baginda meskipun tidak pernah belajar tentang sejarah umat-umat terdahulu namun dapat tahu tentang kisah tersebut. Semua itu tidak lain kerana ia adalah wahyu dari Allah.
[2] Menjadikan uswatun hasanah suri tauladan bagi kita semua, iaitu dengan mencontohi akhlak terpuji dari para Nabi dan orang-orang soleh
[3] Mengukuhkan hati Nabi Muhammad saw dan umatnya dengan cara hidup Islam dan menguatkan kepercayaan orang-orang mukmin tentang datangnya pertolongan Allah dan hancurnya kebatilan.
[4] Mengungkap pembohongan ahli kitab Yahudi dan Kristian yang telah menyembunyikan isi kitab mereka yang masih murni.
[5] Menarik perhatian kita seterusnya membangkit kesedaran diri mereka melalui penuturan kisah yang telah, sedang dan bakal berlaku
[6] Menjelaskan prinsip-prinsip dakwah Islam iaitu bahawa semua ajaran para Rasul intinya adalah sama iaitu mengEsakan Allah
Betapa pentingnya kisah al-Quran untuk diterapkan dalam masyarakat terutama pada zaman ledakan teknologi yang banyak mempengaruhi cara berfikir, bertindak. 4 aspek utama cara musuh Islam cuba mempengaruhi kita iaitu melalui 4F iaitu FOOD(makanan) , FUN (hiburan), FILM (filem), dan FASHION (cara pemakaian). Melalui 4 perkara ini mudah sahaja kita di pengaruhi kerana ianya terselit sebagai suatu hiburan dan juga sebagai cara hidup terkini. Lihat sahaja perubahan remaja sekarang yang jauh berbeza sebagai anak timur dari segi pemakaian, pertuturan, gaya hidup dan keperibadian. Sekiranya tidak dicegah lebih awal lagi, tidak mustahil hilanglah warisan adat ketimuran yang berteraskan Islam yang kita pelihara selama ini
Apa yang lebih membimbangkan apabaila penularan fahaman ateis menolak agama semakin membimbangkan apabila media massa digunakan sebagai medium mengagungkan gaya hidup dan membudayakan perkara tidak berfaedah yang bertentangan dengan Islam untuk memuaskan diri sendiri. Imej Islam dimomok dengan keganasan dan penyekat kebebasan. Menurut suatu kajian oleh BBC Arabic dan Arab Barometer tahun 2018 ke atas 25,000 responden daripada 11 buah negara Arab menunjukkan bahawa 18 peratus daripada golongan ateis tiada agama ini terdiri dari anak muda yang berusia bawah 30 tahun. Biarpun dapatan kajian ini mungkin boleh dipersoalkan namun persembahan data ini boleh menjadi aras petunjuk bahawa usaha untuk menjauhkan umat Islam dari agama dilakukan secara terancang.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan
Kisah nabi Ibrahim a.s mengajar kita bagaimana kewajipan membina rumahtangga yang tunduk kepada perintah Allah. Bila suami, isteri dan anak takut kepada Allah maka akan datangnya ketenangan dalam rumahtangga. Jadikanlah rumah sebagai kilang utama dalam melahirkan anak soleh antaranya : [1] Didiklah anak-anak kita mengenali Allah [2] Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain [3] Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita meliputi aqidah, ibadat, akhlak [4] Hidupkan dalam rumah kita suasana keislaman di mana anak-anak memerlukan qudwah iaitu tauladan. Qudwah ini seharusnya bermula dari ibu-bapa dan juga suasana di rumah. Oleh demikian, suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Pada masa yang sama, elakkanlah sebarang bentuk maksiat dan munkar dari rumah kita. Hidupkan amalan membaca al-Quran, solat sunat, budayakan beri salam, adab ketika makan, masuk dan keluar tandas, berpakaian, ketika hendak masuk ke bilik ibu-bapa, keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya. [5] Dekatkan anak-anak kita dengan masjid atau surau [6] Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam iaitu semangat cintakan agama dan kesedaran untuk berkorban demi agama ke dalam jiwa anak-anak kita [7] Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu [8] Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan. [9] Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh [10] Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita agar menjalani hidup bersendikan syariat
Kita begitu bimbang bila melihat statistik pihak polis pada 2015 sahaja menunjukkan sebanyak 2,540 remaja lari dari rumah bersama teman lelaki, 1,857 terpengaruh dengan rakan sebaya, 1,592 pula lari dari rumah kerana ada masalah keluarga manakala 1,371 pula lari kerana mahukan kebebasan. Cegah sebelum parah, sekat sebelum merebak kerana kesannya begitu besar termasuk terlibat dengan jenayah, zina, dadah dan perkara buruk yang lain
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah an-Nahlu ayat 63 :
تَاللَّـهِ لَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَهُوَ وَلِيُّهُمُ الْيَوْمَ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٦٣﴾
Maksudnya : Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
Ketika menyoroti kisah nabi Ibrahim a.s ketika menjalankan amanah dakwah maka berdepan pelbagai halangan dan cabaran termasuk keluarga terdekat, masyarakat setempat, pemimpin negara dan syaitan itu sendiri. Begitulah kita pada hari ini maka antara cabaran untuk merosakkan agama kita ialah melalui Normalisasi iaitu proses menjadikan sesuatu yang agak asing dan luar biasa kepada tidak asing lagi hingga diterima umum yang barangkali diungkap dalam pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa. Proses Normalisasi ini sangat baik dalam keadaan tertentu tetapi bahaya dalam situasi lain. Normalisasi tidak baik dalam masyarakat apabila suatu ketika dahulu, tidak normal melihat anak gadis atau suami dan isteri orang bergaul bebas tetapi kini dianggap biasa. Pergaulan antara ipar duai bagaikan adik beradik tanpa menjaga batas aurat. Normalisasi menjurus kepada mencairkan pegangan, penghayatan dan pengamalan agama di mana umat Islam wajar diingatkan selalu kerana Syaitan tak pernah rehat sebagaimana ungkapan imam Hasan Basri : “Jika syaitan berehat maka kita pun boleh berehat daripada kerosakan yang dirancangnya”. Umat Islam wajib sedar agar tidak terjerat dalam perangkap normalisasi ini yang ada kalanya melalui penggunaan nama dan bahasa. Contohnya isu Arak yang sudah jelas haram dan hukuman kepada peminum, tidak terlepas daripada proses normalisasi melalui penggunaan istilah untuk dimesrakan penggunaan dalam kalangan umat Islam seperti ditukar nama atau atas alasan sifar alkohol sedangkan cara prosesnya sama dengan proses arak yang jelas tetap haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah melaporkan puluhan syarikat bukan Islam dipercayai mengeksploitasi nama dan istilah agama Islam untuk tujuan pemasaran, sekali gus menjadi jalan pintas dalam melariskan produk jualan di negara ini. Begitu Istilah hak asasi digunakan secukupnya untuk mencairkan kefahaman Islam sebenar, bahkan berjaya melonggarkan pegangan kepada Islam sebenar. Hak dalam Islam mempunyai dua implikasi, iaitu apa yang kita dapat dan apa yang kita beri. Hak asasi manusia diperjuangkan selama ini lebih menjurus kepada apa yang kita dapat sahaja, sekali gus menunjukkan perbezaan pandangan Barat dengan Islam. Jika umat Islam tidak berhati-hati maka dibimbangi isu penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w dianggap biasa, isu LGBT bukan sahaja dipandang kecil yang tidak perlu dirawat sebaliknya diberi kebebasan, malah ramai menganggap biasa menggunakan khidmat pondan untuk mendandan pengantin perempuan, pejuang yang mempertahankan Islam digelar rasis dan pelampau, larangan solat Jumaat dan menyusahkan pekerja untuk solat fardhu terus berlaku, larangan menutup aurat terutama pekerja hotel dan penerbangan terus berlarutan. Menyedari perkara ini maka tugas dalam menegakkan negara yang bersyariat wajib diperjuangkan. Adalah suatu tidak adil terhadap Islam di mana pada saat diterapkan sistem hidup yang tidak Islamik tetapi bila ditimpa masalah maka Islam pula dipersalahkan.
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 37 :
لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚكَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾
Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. Kita diperingatkan bagaimana dalam mendapat dan membelanja harta di kalangan umat Islam sendiri terbahagi kepada 3 golongan iaitu : [1] Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri walau pun mengaku beriman dengan Allah namun begitu cenderong dengan hiasan dunia atau bunga-bungaan hidup. Mereka ambil dan mereka gunakan pula dengan cara yang tidak betul. Dunia menjadi sebesar-besarnya untuk matlamat yang dikejar. [2] Golongan yang mengambil dunia dengan cara yang betul, dengan cara yang dibenarkan oleh Allah. Apa yang halal mereka ambil dan yang haram mereka tinggalkan. Mereka mengambil dan menunaikan kewajipan, tetapi nikmat yang lebih, misalannya ada harta lebihan, mereka kumpulkan untuk diri sendiri. Jarang dikongsi dengan orang lain. Mereka ini tidaklah dikenakan azab tetapi kemungkinan darjat mereka kurang di sisi Allah. [3] Golongan yang berlumba-lumba untuk membuat kebajikan di mana golongan ini yang teratas sekali di kalangan orang yang beriman.
Mereka ini faham akan matlamat hidup mereka di dunia dan mereka beramal mengikut matlamat tersebut. Selain daripada melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah serta meninggalkan yang haram, mereka juga melaksanakan perkara yang sunat serta meninggalkan yang makruh.
Berusahalah kita untuk mencapai darjat golongan yang sentiasa berlumba dalam mengerjakan kebajikan termasuk ibadat korban. Jangan sia-siakan peluang yang ada dalam menambah bekalan akhirat. Buangkan sikap terlalu cinta kepada dunia yang menyebabkan kesedihan dan kegelisahan yang berterusan, keletihan yang berlanjutan dan penyesalan yang tidak pernah berhenti. Jadilah orang kaya jiwa walau pun miskin harta sehingga suka bersedekah. Jangan hanya kaya harta tetapi miskin jiwa sehingga menjadi orang kedekut bakhil dalam menyumbang.
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 197 سورة البقرة :
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّـهُ ۗوَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٧﴾
Maksudnya : (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Ibadat haji banyak mengajar erti kesatuan ummah di dalam mengembalikan kehebatan dan kegemilangan Islam. Antara usaha mengembalikan semula kehebatan ummah ialah kita laksanakan apa yang pernah diucap oleh nabi Muhammad s.a.w dalam Khutbah haji Wada’ antaranya : [1] pengharaman riba yang menindas manusia di mana Islam sentiasa menanamkan kasih sayang dalam setiap aspek kehidupan agar tidak wujudnya sikap suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Riba telah menghancurkan ekonomi dunia dan membawa kepada penderitaan seperti keganasan terhadap peminjam sehingga ada yang dibunuh dan membunuh diri
[2] Islam sentiasa menjamin perlindungan jiwa manusia daripada diceroboh samada dengan pembunuhan langsung atau tidak langsung. Kes bunuh yang terus meningkat tanpa mengira usia dan pangkat bagaikan tiada penyudahan. Begitu juga masalah kemalangan maut yang berlaku silih berganti di mana disarankan agar Kerajaan melaksanakan hukum Islam dalam menanganinya sebagai contoh kes jika seseorang melanggar orang hingga mati maka dia kena bayar diyat kepada keluarga si mati berbanding undang-undang hari ini di mana pesalah hanya dikenakan bayaran kompaun kepada kerajaan sedangkan keluarga mangsa hanya menerima kematian dan kesedihan tanpa pembelaan atau pun pampasan sewajarnya
[3] Hindari peperangan kerana Islam adalah agama yang sejahtera yang membenci perang kecuali setelah terpaksa bagi mempertahankan agama, negara dan diri. [4] Kewajipan menjaga hak wanita tetapi malangnya semakin ramai yang menzalimi wanita dan ramai pula wanita sendiri yang rela maruah mereka dilacurkan dengan mendedah aurat dan bergaul bebas sehingga keadaan akhlak semakin parah. [5] Islam menghalang penindasan melalui penyalah gunaan kuasa oleh pemimpin ke atas rakyat jelata
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 13 :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾
Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Mesej ke- [6] Khutbah wada’ turut menekankan persamaan nilai kemanusiaan tanpa mengira bangsa dengan membuang semangat perkauman sempit yang boleh menghancurkan perpaduan rakyat. [7] Islam membanteras sistem monopoli yang menghakis rasa kasih sayang dengan menggalakkan penindasan terutama menerusi sistem kapitalis yang digunapakai. Akhirnya syarikat tertentu menguasai harga barangan di pasaran yang membolehkan mereka sesuka hati menaikkan harga yang sepastinya menindas rakyat jelata [8] yang paling penting sekali iaitu wajib menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam kehidupan.
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :
ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : ……Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى الشام وفي مصر وفي أفْرِيْقِيا وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
خطبة عيد الأضحى 1440 هـ
Khutbah Pertama
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله دالم ايات 111 سورة يوسف :
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿١١١﴾
مقصودڽ : دمي سسوڠڬوهڽ، قصة نبي-نبي ايت مڠندوڠي ڤلاجرن يڠ منداتڠكن اعتبار باڬي اورڠ-اورڠ يڠ ممڤوڽأي عقل فيكيران. ﴿قصة نبي-نبي يڠ تركندوڠ دالم القرءان﴾ بوكنله اي چريتا-چريتا يڠ دادا-اداكن، تتاڤي اي مڠيسهكن اڤ يڠ ترسبوت ددالم كتاب-كتاب أڬام يڠ ترداهولو درڤدڽ، دان اي سباڬاي كتراڠن يڠ منجلسكن تياڤ سسواتو، سرتا منجادي هداية ڤتونجوق دان رحمة باڬي قوم يڠ ﴿ماهو﴾ برايمان
سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. ستياڤ كالي تيباڽ هاري راي كوربن كيت بوكن سهاج دبنتڠكن دڠن قصة ڤڠوربانن 2 اورڠ انق نبي آدم عليه السلام دان ڤڠوربانن نبي إبراهيم عليه السلام سكلوارڬ ماله عبادة قربان تله منجادي سواتو شريعة اونتوق سام-سام دحياتي دالم كهيدوڤن. كتيك مڽوسوري قصة - قصة دالم القرءان مك د سان اد توجوان دان حكمة انتاراڽ:
[1]ممبوقتيكن كراسولن نبي محمد د مان بڬيندا مسكيڤون تيدق ڤرنه بلاجر تنتڠ سجاره اومة ترداهولو نامون داڤت تاهو تنتڠ قصة ترسبوت. سموا ايت تيدق لأين كران اي اداله وحي دري الله.
[2] منجاديكن أسوة حسنة سوري تولادان باڬي كيت سموا، ايأيت دڠن منچونتوهي اخلاق ترڤوجي دري ڤارا نبي دان اورڠ-اورڠ صالح
[3] مڠوكوهكن هاتي نبي محمد دان اومتڽ دڠن چارا هيدوڤ اسلام دان مڠواتكن كڤرچايأن اورڠ-اورڠ مؤمن تنتڠ داتڠڽ ڤرتولوڠن الله دان هنچورڽ كباطيلن.
[4] مڠوڠكڤ ڤمبوهوڠن اهلي كتاب يهودي دان كريستيان يڠ تله مڽمبوڽيكن ايسي كتاب مريك يڠ ماسيه مورني.
[5] مناريق ڤرهاتين كيت ستروسڽ ممبڠكيت كسدارن ديري مريك ملالوي ڤنوتوران قصة يڠ تله، سداڠ دان باكل برلاكو
[6] منجلسكن ڤرينسيڤ-ڤرينسيڤ دعوة إسلام ايأيت بهاوا سموا اجارن ڤارا رسول اينتيڽ اداله سام ايأيت منتوحيدكن الله
بتاڤ ڤنتيڠڽ ق قصة القرءان اونتوق دتراڤكن دالم مشاركة تراوتام ڤد زمان لدقكن تيكنولوڬي يڠ باڽق ممڤڠاروهي چارا برفيكير، برتيندق. 4 اسڤيك أوتام چارا موسوه اسلام چوبا ممڤڠاروهي كيت ايأيت ملالوي 4F ايأيت FOOD ﴿ماكنن﴾ ، FUN ﴿هيبورن﴾، FILM ﴿فيليم﴾، دان FASHION ﴿چارا ڤماكاين﴾. ملالوءي 4 ڤركارا اين موده سهاج كيت د ڤڠاروهي كران اياڽ ترسليت سباڬاي سواتو هيبورن دان جوڬ سباڬاي چارا هيدوڤ تركيني. ليهت سهاج ڤروبهن رماج سكارڠ يڠ جأوه بربيذا سباڬاي انق تيمور دري سڬي ڤماكاين، ڤرتوتورن، ڬاي هيدوڤ دان كڤريبادين. سكيراڽ تيدق دچڬه لبيه أول لاڬي، تيدق مستحيل هيلڠله واريثن عادة كتيمورن يڠ برتراسكن اسلام يڠ كيت ڤليهارا سلام اين
اڤ يڠ لبيه ممبيمبڠكن اڤبايلا ڤنولاران فهمن ateis منولق اڬام سماكين ممبيمبڠكن اڤابيلا مديا مسا دڬوناكن سباڬاي medium مڠاڬوڠكن ڬاي هيدوڤ دان ممبوداياكن ڤركارا تيدق برفائدة يڠ برتنتاڠن دڠن اسلام اونتوق ممواسكن ديري سنديري. ايميج اسلام دموموق دڠن كڬانسان دان ڤڽكت كبيباسن. منوروت سواتو كاجين اوليه BBC Arabic دان Arab Barometer تاهون 2018 كأتس 25،000 responden درڤد 11 بواه نڬارا عرب منونجوقكن بهاوا 18 ڤراتوس درڤد ڬولوڠن ateis تياد اڬام اين ترديري دري انق مودا يڠ بروسيا باوه 30 تاهون. بيارڤون داڤتن كاجين اين موڠكين بوليه دڤرسؤالكن نامون ڤرسمباهن داتا اين بوليه منجادي أرس ڤتونجوق بهاوا اوسها اونتوق منجأوهكن اومة اسلام دري اڬام دلاكوكن سچارا ترنچڠ.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم سورة التحريم ايات 6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
مقصودڽ : واهاي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان! ڤليهاراله ديري كامو دان كلوارڬ كامو دري نراك يڠ باهن-باهن باكرانڽ: مأنسي دان باتو ﴿برهالا﴾; نراك ايت دجاڬ دان دكاول اوليه ملائكة-ملائكة يڠ كراس كاسر ﴿لايننڽ﴾; مريك تيدق مندرهكا كڤد الله دالم سڬالا يڠ دڤرينتهكنڽ كڤد مريك، دان مريك ڤولا تتڤ ملاكوكن سڬالا يڠ دڤرينتهكن
قصة نبي إبراهيم ا.س مڠاجر كيت باڬايمانا كواجيڤن ممبينا رومهتڠڬ يڠ توندوق كڤد ڤرينته الله. بيلا سوامي، استري دان انق تاكوت كڤد الله مك اكن داتڠڽ كتناڠن دالم رومهتڠڬ. جاديكنله رومه سباڬاي كيلڠ اوتام دالم ملاهيركن انق صالح انتاراڽ :
[1] ديديقله انق-انق كيت مڠنالي الله [2] ڤاستيكن انق-انق كيت سنتياس منديريكن صلاة دان منجاڬ عبادة-عبادة واجب يڠ لأين [3] بكلكن علمو اڬام يڠ سچوكوڤڽ كڤد انق-انق كيت مليڤوتي عقيدة، عبادة، اخلاق [4] هيدوڤكن دالم رومه كيت سواسان كإسلامن د مان انق-انق ممرلوكن قدوة ايأيت تولادان. قدوة اين سهاروسڽ برمولا دري ايبو-باڤ دان جوڬ سواسان د رومه. اوليه دمكين، سواسان كإسلامن د دالم رومه هندقله دهيدوڤكن. ڤد ماس يڠ سام، ايلقكنله سبارڠ بنتوق معصية دان منكر دري رومه كيت. هيدوڤكن عمالن ممباچ القرءان، صلاة سنة، بوداياكن بري سلام، ادب كتيك ماكن، ماسوق دان كلوار تنداس، برڤاكاين، كتيك هندق ماسوق كبيليق ايبو-باڤ، كلوار دان ماسوق رومه، ادب تيدور دان باڠون دري تيدور دان سباڬايڽ. [5] دكتكن انق-انق كيت دڠن مسجد اتاو سوراو [6] تانمكن سماڠت جهاد دان ڤرجواڠن اسلام ايأيت سماڠت چينتاكن اڬام دان كسدارن اونتوق برقربان دمي اڬام كدالم جيوا انق-انق كيت [7] تانمكن كڤد انق-انق كيت سيكڤ چينتاكن علمو دان مجليس علمو [8] ڤرهاتيكن دڠن سياڤا انق-انق كيت بركاون. [9] موهونله سنتياس دري الله اڬر دكورنياكن انق يڠ صالح [10] سنتياساله ممبري ڤسانن دان نصيحة كڤد انق-انق كيت اڬر منجالني هيدوڤ برسنديكن شريعة
كيت بڬيتو بيمبڠ بيلا مليهت statistik ڤيهق ڤوليس ڤد 2015 سهاج منونجوقكن سباڽق 2،540 رماج لاري دري رومه برسام تمن للاكي، 1،857 ترڤڠاروه دڠن راكن سبايا، 1،592 ڤولا لاري دري رومه كران اد مسئلة كلوارڬ مانكالا 1،371 ڤولا لاري كران ماهوكن كبيباسن. چڬه سبلوم ڤاره، سكت سبلوم مربق كران كسنڽ بڬيتو بسر ترماسوق ترليبت دڠن جناية، زنا، داده دان ڤركارا بوروق يڠ لأين
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله تعالى دالم أية 63 سورة النحل :
تَاللَّـهِ لَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَهُوَ وَلِيُّهُمُ الْيَوْمَ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٦٣﴾
مقصودڽ : دمي الله! سسوڠڬوهڽ كامي جوڬ تله مڠوتوس رسول-رسول كڤد اومة-اومة يڠ تردهولو درڤدمو ﴿واهاي محمد﴾، لالو شيطان ممڤرلوقكن ڤد ڤنداڠن مريك يڠ ايڠكر اكن عمل-عمل مريك يڠ جاهت ايت; مك دي له منجادي ڤميمڤين مريك ڤد هاري اين; دان مريك اكن بروليه عذاب سيقسا يڠ تيدق ترڤري ساكيتڽ
كتيك مڽوروتي قصة نبي إبراهيم عليه السلام كتيك منجالنكن أمانة دعوة مك بردڤن ڤلباڬاي هالڠن دان چابرن ترماسوق كلوارڬ تردكت، مشاركة ستمڤت، ڤميمڤين نڬارا دان شيطان ايت سنديري. بڬيتوله كيت ڤد هاري اين مك انتارا چابرن اونتوق مروسقكن اڬام كيت اياله ملالوي Normalisasi ايأيت ڤروسيس منجاديكن سسواتو يڠ اڬق اسيڠ دان لوار بياس كڤد تيدق اسيڠ لاڬي هيڠڬ دتريما عموم يڠ بارڠكالي داوڠكڤ دالم ڤڤته ملايو، أله بيسا تڬل بياس. ڤروسيس Normalisasi اين ساڠت بأيك دالم كادأن ترتنتو تتاڤي بهاي دالم سيتواسي لأين. Normalisasi تيدق بأيك دالم مشاركة اڤابيلا سواتو كتيك دهولو، تيدق نورمل مليهت انق ڬاديس اتاو سوامي دان استري اورڠ برڬاول بيبس تتاڤي كيني دأڠڬڤ بياس. ڤرڬاولن انتارا ايڤر دواي باڬايكن اديق براديق تنڤا منجاڬ باتس عورة . Normalisasi منجوروس كڤد منچأيركن ڤڬاڠن، ڤڠحياتن دان ڤڠعمالن اڬام د مان اومة اسلام واجر دايڠتكن سلالو كران شيطان تق ڤرنه ريحت سباڬايمان اوڠكاڤن إمام حسن بصري : “جك شيطان بريحت مك كيت ڤون بوليه بريحت درڤد كروسقكن يڠ درنچڠڽ“.
اومة اسلام واجب سدار اڬر تيدق ترجرات دالم ڤراڠكڤ Normalisasi اين يڠ اد كالنيا ملالوي ڤڠڬونأن نام دان بهاس. چونتوهڽ ايسو أرق يڠ سوده جلس حرام دان حكومن كڤد ڤمينوم، تيدق ترلڤس درڤد ڤروسيس Normalisasi دڠن ڤڠڬونأن اصطلاح اونتوق دمسراكن ڤڠڬونأن د كالڠن اومة اسلام سڤرتي دتوكر نام اتاو اتس ألسن صفر الكحل سداڠكن چارا ڤروسيسڽ سام دڠن ڤروسيس أرق يڠ جلس تتڤ حرام
ڤرساتوان ڤڠڬونا اسلام مليسيا ﴿ PPIM ﴾ ڤرنه ملاڤوركن ڤولوهن شريكة بوكن اسلام دڤرچايأي mengeksploitasi نام دان اصطلاح اڬام اسلام اونتوق توجوان ڤماسارن، سكاليڬوس منجادي جالن ڤينتس دالم ملاريسكن ڤرودوق جوالن د نڬارا اين. بڬيتو جوڬ اصطلاح حق اساسي دڬوناكن سچوكوڤڽ اونتوق منچأيركن كفهمن اسلام سبنر، بهكن برجاي ملوڠڬركن ڤڬاڠن كڤد اسلام سبنر. حق دالم اسلام ممڤوڽأي دوا implikasi ، ايأيت اڤ يڠ كيت داڤت دان اڤ يڠ كيت بري. حق اساسي مأنسي دڤرجواڠكن سلام اين لبيه منجوروس كڤد اڤ يڠ كيت داڤت سهاج، سكالي ڬوس منونجوقكن ڤربيذأن ڤنداڠن بارت دڠن اسلام. جك اومة اسلام تيدق برهاتي-هاتي مك دبيمباڠي ايسو ڤڠهينأن ترهادڤ اسلام دان نبي محمد صلى الله عليه وسلم دأڠڬڤ بياس، ايسو LGBT بوكن سهاج دڤنداڠ كچيل يڠ تيدق ڤرلو دراوت سباليقڽ دبري كبيباسن، ڤجواڠ يڠ ممڤرتاهنكن اسلام دڬلر RASIS دان ڤلمڤاو، لارڠن صلاة جمعة دان مڽوسهكن ڤكرجا اونتوق صلاة فرض تروس برلاكو، لارڠن منوتوڤ عورة تراوتما ڤكرجا هوتيل دان ڤنربڠن تروس برلاروتن. مڽداري ڤركارا اين مك توڬس دالم منڬقكن نڬارا يڠ برشريعة واجب دڤرجواڠكن. اداله سواتو تيدق عاديل ترهادڤ اسلام د مان ڤد ساعة دتراڤكن سيستم هيدوڤ يڠ تيدق اسلاميك تتاڤي بيلا دتيمڤا مسئلة مك اسلام ڤولا دڤرسالهكن.
مسلمين/مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم سورة الحج اية 37 :
لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚكَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾
مقصودڽ : داڬيڠ دان داره بيناتڠ قربان اتاو هدية ايت تيدق سكالي-كالي اكن سمڤأي كڤد الله، تتاڤي يڠ سمڤي كڤداڽ اياله عمل يڠ إخلاص يڠ برداسركن تقوى دري كامو. دمكينله اي ممودهكن بيناتڠ-بيناتڠ ايت باڬي كامو سوڤاي كامو ممبسركن الله كران منداڤت نعمة ڤتونجوقڽ. دان سمڤيكنله بريتا ڬمبيرا ﴿دڠن بالسن يڠ سبايك-بأيكڽ﴾ كڤد اورڠ-اورڠ يڠ بروسها سوڤاي بأيك عملڽ.
برمولا هاري اين هيڠڬ براخير هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة اين مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارنكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان. كيت دڤرايڠتكن باڬايمان دالم منداڤت دان ممبلنجا هرتا د كالڠن اومة اسلام سنديري تربهاڬي كڤد 3 ڬولوڠن ايأيت : [1] ڬولوڠن يڠ منظاليمي ديري سنديري والاو ڤون مڠاكو برايمان دڠن الله نامون بڬيتو چندروڠ دڠن هياسن دنيا اتاو بوڠا-بوڠأن هيدوڤ. مريك امبيل دان مريك ڬوناكن ڤولا دڠن چارا يڠ تيدق بتول. دنيا منجادي سبسر-بسر متلامت يڠ دكجر. [2] ڬولوڠن يڠ مڠمبيل دنيا دڠن چارا يڠ بتول، دڠن چارا يڠ دبنركن اوليه الله. اڤ يڠ حلال مريك امبيل دان يڠ حرام مريك تيڠڬلكن. مريك مڠمبيل دان منونايكن كواجيڤن، تتاڤي نعمة يڠ لبيه، ميثلنڽ اد هرتا لبيهن، مريك كومڤولكن اونتوق ديري سنديري. جارڠ دكوڠسي دڠن اورڠ لأين. مريك اين تيدقله دكناكن عذاب تتاڤي كموڠكينن درجة مريك كورڠ د سيسي الله. [3] ڬولوڠن يڠ برلومبا-لومبا اونتوق ممبوات كباجيقكن د مان ڬولوڠن اين يڠ ترأتس سكالي د كالڠن اورڠ يڠ برايمان.
مريك اين فهم اكن متلامت هيدوڤ مريك د دنيا دان مريك برعمال مڠيكوت متلامت ترسبوت. سلأين درڤد ملقساناكن اڤ يڠ دواجبكن اوليه الله سرتا منيڠڬلكن يڠ حرام، مريك جوڬ ملقساناكن ڤركارا يڠ سنة سرتا منيڠڬلكن يڠ مكروه.
بروسهاله كيت اونتوق منچاڤي درجة ڬولوڠن يڠ سنتياس برلومبا دالم مڠرجكن كباجيقكن ترماسوق عبادة قربان. جاڠن سيا-سياكن ڤلواڠ يڠ أدا دالم منمبه بكلن اخيرة. بواڠكن سيكڤ ترلالو چينتا كڤد دنيا يڠ مڽببكن كسديهن دان كڬليسهن يڠ برتروسن، كلتيهن يڠ برلنجوتن دان ڤڽسالن يڠ تيدق ڤرنه برهنتي. جاديله اورڠ كاي جيوا والاو ڤون مسكين هرتا سهيڠڬ سوك برصدقة. جاڠن هاڽ كاي هرتا تتاڤي ميسكين جيوا سهيڠڬ منجادي اورڠ كدكوت بخيل دالم مڽومبڠ.
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي كممڤوان سداڠكن دي تيدق ملاكوكن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندكتي تمڤت صلاة كامي
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ….
فرمان الله تعالى دالم أية 197 سورة البقرة :
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّـهُ ۗوَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ
مقصودڽ : ﴿ماس اونتوق مڠرجكن عبادت﴾ حاج ايت اياله ببراڤ بولن يڠ ترمعلوم. اوليه يڠ دمكين سسياڤا يڠ تله ميواجيبكن ديريڽ ﴿دڠن نية مڠرجكن﴾ عبادت حاج ايت، مك تيدق بوليه منچامڤوري استري، دان تيدق بوليه ممبوات معصية، دان تيدق بوليه برتيڠكر، دالم ماس مڠرجكن عبادت حاج. دان اڤ جوا كبايكن يڠ كامو كرجكن اداله دكتاهوي اوليه الله; دان هندقله كامو ممباوا بكل دڠن چوكوڤڽ كران سسوڠڬوهڽ سبايق-باءيق بكل ايت اياله ممليهارا ديري ﴿دري كعاءيبن ممينتا صدقه﴾; دان برتقوىله كڤداكو واهاي اورڠ-اورڠ يڠ برعقل ﴿يڠ داڤت مميكير دان ممهميڽ﴾
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجكن عبادة حاج د كوتا مكة دبريكن كصيحاتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ. عبادة حاج باڽق مڠاجر أرتي كساتوان اومة د دالم مڠمباليكن كهيباتن دان كڬميلڠن اسلام. انتارا اوسها مڠمباليكن سمولا كهيبتن امة اياله كيت لقسانكن اڤ يڠ ڤرنه داوچڤ اوليه نبي محمد صلى الله عليه وسلم دالم خطبة حاج وداع انتاراڽ : [1] ڤڠحرامن ربا يڠ منينداس مأنسي د مان اسلام سنتياس منانمكن كاسيه سايڠ دالم ستياڤ اسڤيك كهيدوڤن اڬر تيدق وجودڽ سيكڤ سوك مڠمبيل كسمڤتن د اتس كسوسهن اورڠ لأين. ريبا تله مڠهنچوركن ايكونومي دنيا دان ممباوا كڤد ڤندريتأن سڤرتي كڬانسان ترهادڤ ڤمينجم سهيڠڬ اد يڠ دبونوه دان ممبونوه ديري
[2]اسلام سنتياس منجامين ڤرليندوڠن جيوا مأنسي درڤد دچروبوه سامادا دڠن ڤمبونوهن لڠسوڠ اتاو تيدق لڠسوڠ. كيس بونوه يڠ تروس منيڠكت تنڤا مڠيرا اوسيا دان ڤڠكت باڬايكن تياد ڤڽودهن. بڬيتو جوڬ مسئله كمالڠن موت يڠ برلاكو سيليه برڬنتي د مان دسارنكن اڬر كراجأن ملقساناكن حكوم اسلام دالم مناڠنيڽ سباڬاي چونتوه كيس جك سساورڠ ملڠڬر اورڠ هيڠڬ ماتي مك دي كنا باير ديت كڤد كلوارڬ سي ماتي بربنديڠ اوندڠ-اوندڠ هاري اين د مان ڤساله هاڽ دكناكن بايرن كومڤاون كڤد كراجأن سداڠكن كلوارڬ مڠسا هاڽ منريما كماتين دان كسديهن تنڤا ڤمبلاان اتاو ڤون ڤمڤاسن سواجرڽ [3]هينداري ڤڤراڠن كران اسلام اداله اڬام يڠ سجهترا يڠ ممبنچي ڤراڠ كچوالي ستله ترڤقسا باڬي ممڤرتاهنكن اڬام، نڬارا دان ديري. [4] كواجيڤن منجاڬ حق وانيتا تتاڤي مالڠڽ سماكين راماي يڠ منظاليمي وانيتا دان راماي ڤولا وانيتا سنديري يڠ ريلا مروة مريك دلاچوركن دڠن مندده عورة دان برڬأول بيبس سهيڠڬ كادأن اخلاق سماكين ڤاره. [5] اسلام مڠهالڠ ڤنينداسن ملالوي ڤڽاله ڬونأن كواس اوليه ڤميمڤين كأتس رعية جلاتا
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم سوره الحجرات اية 13 :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾
مقصودڽ : واهاي اومت مأنسي! سسوڠڬوهڽ كامي تله منچيڤتاكن كامو دري للاكي دان ڤرمڤوان، دان كامي تله منجاديكن كامو برباڬاي بڠسا دان برسوكو ڤواق، سوڤاي كامو بركنل-كنلن ﴿دان برامه مسرا انتارا ساتو دڠن يڠ لاين﴾. سسوڠڬوهڽ سموليا-مليا كامو د سيسي الله اياله اورڠ يڠ لبيه تقوىڽ د انتارا كامو، ﴿بوكن يڠ لبيه كتورونن اتاو بڠساڽ﴾. سسوڠڬوهڽ الله مها مڠتاهوي، لاڬي مها مندالم ڤڠتاهوانڽ ﴿اكن كادأن دان عمالن كامو﴾.
ميسيج ك- [6] خطبة وداع توروت منكنكن ڤرسمأن نيلاي كمأنسيأن تنڤا مڠيرا بڠسا دڠن ممبواڠ سماڠت ڤرقومن سمڤيت يڠ بوليه مڠهنچوركن ڤرڤادوان رعية. [7] اسلام ممبنتراس سيستم MANOPOLI يڠ مڠهاكيس راس كاسيه سايڠ دڠن مڠڬالقكن ڤنينداسن تراوتما منروسي سيستم كاڤيتاليس يڠ دڬوناڤكاي. اخيرڽ شريكة ترتنتو مڠواسأي هرڬ باراڠن د ڤاسرن يڠ ممبوليهكن مريك سسوك هاتي منأيقكن هرڬ يڠ سڤاستيڽ منينداس رعية جلاتا [8] يڠ ڤاليڠ ڤنتيڠ سكالي ايأيت واجب منجاديكن القرءان دان سنة سباڬاي ڤندوان دالم كهيدوڤن.
فرمان الله دالم ايات 7 سورة الحشر :
ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
مقصودڽ : ……دان اڤ جوا ڤرينته يڠ دباوا اوليه رسول الله ﴿صلى الله عليه وسلم﴾ كڤد كامو مك تريماله سرتا عملكن، دان اڤ جوا يڠ دلارڠڽ كامو ملاكوكنڽ مك ڤاتوهيله لارڠنڽ. دان برتقوىله كامو كڤد الله; سسوڠڬوهڽ الله امتله برات عذاب سيقساڽ ﴿باڬي اورڠ-اورڠ يڠ ملڠڬر ڤرينتهڽ﴾.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى الشام وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Jumaat, 2 Ogos 2019
Pendidikan Hebat Membentuk Negara Berkat
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
Hari kita mula memasuki 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang dijanjikan dengan kelebihan yang begitu besar oleh Allah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري
Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”
Jelas menerusi hadis ini amalan pada 10 hari pertama Zulhijjah begitu besar. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani: “Jika seseorang melakukan hal seperti itu iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta, maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada 10 hari pertama pada Zulhijjah.”
Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan lain.
Kita juga jangan lepaskan peluang untuk merebut kelebihan puasa pada hari Arafah iaitu hari ke-9 daripada bulan Zulhijjah yang bakal tiba seminggu lagi
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : …. صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ……… – رواه مسلم
Maksudnya : …… puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya…..
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 100-101 surah as-Soffaat :
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ﴿١٠٠﴾ فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ﴿١٠١﴾
Maksudnya : ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
Keberadaan kita pada bulan Zulhijjah mengingatkan lagi tentang kehebatan pengorbanan yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam membentuk keluarga yang patuh taat kepada perintah Allah. Antara pengajaran yang boleh diambil daripada pendidikan dalam membentuk anak soleh di mana Allah menggambarkan ciri yang ada pada nabi Ismail a.s ialah sifat Halim iaitu dapat mengawal dirinya ketika marah, mempunyai kematangan dalam berpendapat, memiliki akhlak mulia dan bersikap rahmat dengan makhluk. Allah menggunakan perkataan ghulam iaitu peringkat umur sekitar sebelum mencapai had umur baligh, belum mencapai umur belia lagi ketika menggambarkan tentang ciri halim yang ada pada nabi Ismail a.s. Tidaklah mudah bagi seorang anak sebelum mencapai umur balighnya untuk memiliki sikap sedemikian. Cubalah kita lihat sendiri kebanyakan sikap anak-anak berumur antara 7-15 misalnya, berapa ramaikah yang dapat membuat keputusan dengan baik dan matang, berfikir dengan tenang, dan dapat bersabar serta mampu mengawal dari dikawal oleh sikap marah? Kebanyakannya kalau berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan antara dia dengan kawannya, maka mulalah marah, bergaduh dan boleh sampai ke tahap bertumbuk.
Tetapi tidak bagi nabi Ismail a.s. Sewaktu umur itu, baginda sudah pun mencapai kematangan berfikir dan pengawalan diri yang tinggi. Ia adalah hasil didikan ibunya juga. Lihatlah dalam peristiwa Ibrahim a.s. menerima wahyu untuk menyembelihnya maka nabi Ismail a.s patuh taat dengan jawapan yang matang
Firman Allah dalam ayat 102 surah as-Soffaat :
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ﴿١٠٢﴾
Maksudnya : Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan baginda) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim a.s berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In sya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman Allah dalam ayat 40-41 surah Ibrahim :
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ ﴿٤١﴾
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.
Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seluruh dunia , dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad Jepun mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Suatu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ – رواه أبو دأود
Maksudnya : Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu.”
Imam Al-Ghazali pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.
Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”
Malah ketika membicarakan hukum merotan anak atau pelajar maka di sana ada garis panduannya Antaranya ialah:
Niat sebelum merotan itu, untuk mendidik jiwa anak/pelajar tersebut dan bukannya untuk menghukum fizikal yang melakukan kesalahan.
Hukuman rotan merupakan tindakan terakhir, setelah cara lain digunakan.
Elakkan merotan ketika sedang marah.
Dilarang merotan di bahagian muka dan bahagian-bahagian yang merbahaya seperti dekat dengan kepala, perut, dada dan kemaluan.
Memukul juga tidak boleh menyebabkan kerosakan dan kemudaratan pada tubuh badan anak atau pelajar seperti luka atau patah tulang. Tujuan rotan adalah bersifat ‘ta’dibi’ iaitu memberi pendidikan dan bukannya menyeksa
Dalam merotan anak-anak, sebatan tidak boleh dilakukan dengan melebihi 10 kali. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Burdah al-Ansari R.anh bahawa Nabi S.A.W bersabda:
لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ إِلَّا فِي حَدِّ مِنْ حُدُودِ اَللَّهِ – رواه البخاري
Maksudnya : “Tidak disebat seseorang itu melebihi 10 kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hudud-hudud Allah S.W.T.”
Hendaklah ibu-bapa atau guru itu sendiri yang merotan dan tidak mewakilkan hukuman tersebut kepada anak atau murid yang lain.
Bersama kita menjaga adab Islam dalam membina generasi hebat yang bakal memimpin negara yang berkat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Islam DiJulang Nabi Muhammad s.a.w DiPertahan
لسلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 208 Surah Al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٢٠٨﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Islam adalah agama yang sempurna di mana kita hanya dapat merasakan keindahan dan keadilan Islam dalam kehidupan jika kita pun melaksanakannya secara sempurna. Jika kita hanya melaksanakan Islam secara setengah-setengah sahaja maka kita tidak akan mampu merasakan kesempurnaan Islam itu sendiri. Apa yang lebih penting, kita hanya akan mampu menjadi muslim yang seutuhnya jika kita masuk kedalam Islam secara keseluruhan. Ramai dari kita telah berlaku tidak adil terhadap Islam di mana pada saat kita menerapkan sistem hidup yang tidak Islamik lalu mendapatkan masalah maka kita berteriak-teriak menuntut agar Islam memberikan solusi. Sepatutnya Islam layak kita tuntut memberikan solusi jika Islam itu sendiri yang memunculkan masalah. Jika Islam diterapkan secara keseluruhan nescaya akan tercipta harmoni dalam kehidupan kerana Islam adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia, dan selaras dengan sunnatullah.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran :
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾
Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
Antara ciri kesempurnaan Islam ialah : [1] Islam Perpaduan antara Hukum dan Akhlaq. Islam memandang hukum dan akhlaq sebagai dua sisi yang tidak boleh dipisahkan. Buktinya, segala bentuk ibadah dalam Islam pasti memiliki orientasi akhlaq. Solat misalnya dilakukan untuk mencegah diri dari perbuatan keji dan munkar. Zakat ditunaikan untuk menyucikan harta dan jiwa. Puasa dilakukan untuk mengendalikan nafsu dalam jiwa. Haji dilakukan untuk melatih diri berkorban, menjauhi perkataan yang buruk dan menjauhi kebiasaan berbantah-bantahan.
[2] Islam Perpaduan antara Kemuliaan dan Kasih Sayang. Kemuliaan (‘izzah) pada dasarnya hanyalah milik Allah semata yang memberikan kemuliaan tersebut kepada para rasul-Nya dan orang-orang yang beriman kepada-Nya. Dan kita diperintahkan untuk menjaga kemuliaan kita di hadapan orang-orang yang engkar kepada-Nya, dengan cara bersikap tegas. Namun pada saat yang sama, Allah memerintahkan kita untuk saling merendah hati dan berkasih sayang sesama mukmin. Ini bukan bererti bahwa Islam mengajarkan kita untuk tidak mengasihi bukan muslim. Bahkan Islam adalah rahmat bagi semua manusia, baik muslim mahu pun bukan muslim, bahkan kepada binatang, tumbuhan, dan alam semesta seluruhnya.
[3] Islam Perpaduan antara Ilmu dan Amal di mana Islam memandang bahawa ilmu sangatlah penting kerana ia mengarahkan kita pada amal yang benar. Amal tanpa didasari dengan ilmu besar kemungkinan akan salah, menyimpang bahkan menimbulkan mudharat dan kerosakan. Allah mengangkat darjat orang-orang mukmin yang berilmu beberapa darjat. Dan Rasulullah juga mewajibkan umatnya untuk sentiasa menuntut ilmu sepanjang hayat, mulai dari buaian sampai masuk ke liang lahad. Namun ilmu saja tanpa amal sama dengan omong kosong. Islam memandang bahwa ilmu mesti membuahkan amal soleh. Kelak pada Hari Pengadilan, Allah akan meminta pertanggungjawabkan setiap orang yang memiliki ilmu.
قَالَ الرسول صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مُؤْمِنًا حَسَنَةً يُعْطَى بِهَا فِي الدُّنْيَا ، وَيُجْزَى بِهَا فِي الْآخِرَةِ ، وَأَمَّا الْكَافِرُ فَيُطْعَمُ بِحَسَنَاتِ مَا عَمِلَ بِهَا لِلَّهِ فِي الدُّنْيَا حَتَّى إِذَا أَفْضَى إِلَى الْآخِرَةِ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَةٌ يُجْزَى بِهَا ”
Maksudnya : Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak menzhalimi satu kebaikan pun dari seorang mukmin, diberi dengannya di dunia dan dibalas dengannya di akhirat. Adapun orang kafir diberi makan dengan kebaikan yang dilakukannya karena Allah di dunia sehingga jika tiba akhirat, kebaikannya tersebut tidak akan dibalas –HR Muslim
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 2-3 surah al-Anfal:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣﴾
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (2) Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
Ciri kesempurnaan Islam ke- [4] Islam Perpaduan antara Kerja dan Harapan di mana Islam menganjurkan umatnya untuk bekerja keras, dan mencela orang yang malas bekerja. Namun Islam juga memerintahkan agar kita selalu berdoa pada saat kita bekerja. Ketika kita berdoa, kita berharap kepada Allah. Kita pun diperintahkan untuk sentiasa optimis ketika berdoa. Inilah Islam yang memerintahkan keseimbangan antara berusaha dan berdoa, antara kerja dan harapan.
[5] Islam Perpaduan antara Zikir dan Fikir di mana Islam sentiasa memerintahkan keseimbangan antara zikir dan fikir, antara hati dan otak, antara keimanan dan ketaqwaan)dan ilmu pengetahuan dan teknologi.
[6] Islam adalah Negara Sekaligus Ibadah di mana Islam menyedari bahawa negara dengan berbagai aspeknya seperti politik, ekonomi, sosial dan budayanya sangat mempengaruhi kehidupan manusia. Oleh karena itu, Islam tidak mengenal pemisahan antara negara dan agama. Islam tidak menginginkan negara dipimpin oleh orang-orang yang tidak beragama dan dijalankan ke arah yang bertentangan dengan agama. Sebaliknya, Islam menginginkan agar negara mampu memandu warganegaranya untuk taat beragama. Islam bukanlah agama yang hanya dipraktikkan di masjid-masjid saja, namun juga menjadi panduan dalam mewujudkan segenap kemaslahatan umat. Islam bukan hanya melakukan solat dan zikir saja, malah juga kepemimpinan yang adil serta pemerintahan yang bersih dan cekap.
[7] Islam adalah Konsep Sekaligus Pergerakan di mana konsep Islam yang sempurna tidak akan mampu dilihat dan dirasa dalam kehidupan tanpa adanya pergerakan. Kita semua tahu bahwa konsep agama ini adalah haq (benar), namun tidak sedikit orang-orang yang sentiasa berusaha menghalangi tegaknya kebenaran tersebut. Oleh itu, diperlukan pergerakan dalam memperjuangkan dan membumikan konsep Islam di muka bumi ini. Diperlukan kekuatan agar kebenaran yang termaktub dalam kitab suci mampu benar-benar terwujud dalam kehidupan. Jika tidak, nescaya konsep yang ada dalam Al-Quran selamanya hanya akan dibaca sahaja tanpa pelaksanaan yang sepatutnya
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran:
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١﴾
Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
Menyedari tentang kesempurnaan Islam maka kita wajib melaksanakannya dalam kehidupan walau pun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Antaranya Normalisasi iaitu proses menjadikan sesuatu yang agak asing dan luar biasa kepada tidak asing lagi hingga diterima umum yang barangkali diungkap dalam pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa. Proses ini sangat baik dalam keadaan tertentu tetapi bahaya dalam situasi lain. Normalisasi tidak baik dalam masyarakat apabila suatu ketika dahulu, tidak normal melihat anak gadis bergaul bebas dengan lelaki tetapi kini dianggap biasa. Normalisasi menjurus kepada mencairkan pegangan, penghayatan dan pengamalan agama, umat Islam wajar diingatkan selalu. Umat Islam wajib sedar agar tidak terjerat dalam perangkap normalisasi ini yang ada kalanya melalui penggunaan nama dan bahasa. Begitu juga isu Arak yang sudah jelas haram dan hukuman kepada peminum, tidak terlepas daripada proses normalisasi melalui penggunaan istilah untuk dimesrakan penggunaan dalam kalangan umat Islam seperti ditukar nama atau atas alasan sifar alkohol.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah melaporkan puluhan syarikat bukan Islam dipercayai mengeksploitasi nama dan istilah agama Islam untuk tujuan pemasaran, sekali gus menjadi jalan pintas dalam melariskan produk jualan di negara ini. Begitu Istilah hak asasi digunakan secukupnya untuk mencairkan kefahaman Islam sebenar, bahkan berjaya melonggarkan pegangan kepada Islam sebenar. Hak dalam Islam mempunyai dua implikasi, iaitu apa yang kita dapat dan apa yang kita beri. Hak asasi manusia diperjuangkan selama ini lebih menjurus kepada apa yang kita dapat, sekali gus menunjukkan perbezaan pandangan alam Barat dengan Islam. Penafsiran yang tidak selari dengan kerangka itu akan mengelirukan fahaman kebebasan agama dalam Islam, lebih-lebih lagi apabila kefahaman ingin dipaksakan bertentangan kerangka pandangan Islam. Dalam Islam, manusia ialah hidupan yang berkata-kata, mempunyai roh dan jiwa (rohaniah) sedangkan istilah hak asasi manusia Barat tidak ada rohaniah. Oleh itu, kebebasan beragama dalam Islam tidak sama dengan Barat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Ahzab :
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, dalamm masjid yang mulia maka kita sebagai umat yang cinta kepada Allah dan rasulnya bangkit menentang tindakan bacul individu yang tidak bertanggungjawab yang bertindak menghina nabi Muhammad s.a.w melalui Facebook. Kita mendesak agar pihak berkuasa segera bertindak terhadap penjenayah ini agar isu penghinaan yang tidak putus-putus ini dapat dihentikan segera.
Penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w adalah suatu jenayah yang berat. Umat yang beriman pasti berasa sensitif bila ia berlaku dengan segera bangkit bertindak dengan sedaya upaya termasuk berkorban nyawa. Hanya umat yang lemah iman yang memandang isu ini adalah remeh temeh. Sayangi nabi Muhammad s.a.w, Hayati sunnahnya, kasihi pencinta nabi s.a.w dan perangi penghina nabi. Jangan cuba bermain api dengan umat Islam. Biar nyawa melayang asalkan kemuliaan nabi Muhammad s.aw. dipertahankan. Biar bermandi darah asalkan penghina nabi dapat disanggah.
قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه
Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)