أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 23 April 2010

Musuh DiTatang Islam DiTentang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tidak lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara sanggup menggunakan khidmat nasihat syarikat yang mempunyai kaitan dengan zionis yahudi pembunuh kejam dunia sehingga musuh dijadikan kawan manakala saudara seagama dijadikan sasaran serangan serta keadaan keselamatan negara terdedah kepada musuh Islam

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 51 surah al-Maidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim
Peperangan Mu’tah turut mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Pada hari ini kita begitu marah dan kecewa apabila pemimpin negara begitu bangga dapat berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama seterusnya sanggup bersekongkol degan negara anti Islam dalam menyokong Israel dan dalam masa yang sama menekan negara umat Islam seperti menghentikan eksport petroleum bertapis kepada Iran selaras dengan seruan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mendesak dunia agar menghentikan eksport bahan tersebut ke Iran bagi menghentikan negara itu daripada meneruskan projek nukleurnya. Ini mungkin antara kesan mendengar nasihat APCO pro zionis Yahudi. Kita perlu sedar bahawa setelah setahun Obama bekerja, akhirnya satu pasukan pemikir yang ditubuhkan, pada Mei tahun lalu menghasilkan satu dasar baru untuk AS berdepan dengan negara Islam khasnya dan umat Islam amnya. Pasukan yang diberi nama Global Engagement Directorate (GED) itu ditugaskan melakukan diplomasi bagi tujuan keamanan nasional. Sejak dibentuk, pasukan itu tidak hanya mengubah makna memerangi keganasan, tetapi juga mengatur bagaimana cara AS melakukan perniagaan dan pelaburan di negara Islam. Apa yang penting ialah Islam dan umatnya mesti diperangi habis-habisan tetapi caranya sahaja berbeza agar umat Islam tidak bangkit menentang terhadap penjajahan cara lembut
Jika Rasulullah s.a.w dan banyak pemimpin Islam zaman silam sanggup hantar tentera walau pun seorang umat Islam yang dibunuh atau dihina oleh musuh sebaliknya pada hari ini pemimpin sanggup mengkhianati umat Islam sedunia dengan menjemput pembunuh dan pengganas dunia Tony Blair untuk memijak bumi Malaysia esok 24 April. Ini mungkin kesan nasihat APCO-zionis yahudi yang dibayar RM 77 juta yang menyebabkan pemimpin seperti melupakan jenayah Tony Blair yang bersekongkol dengan Bush dalam pencerobohan terhadap Iraq pada tahun 2003 yang menyaksikan lebih daripada 1 juta orang mati, hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal iaitu 2.7 juta melarat dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah. Sanggupkah kita membiarkan pemimpin bersekongkol dengan pembunuh, penjajah, pengganas atau kita bangkit menentang tindakan bacul ini dengan memastikan mereka kembali bertaubat atau tidak lagi dipilih daripada menjadi pemimpin pada waktu terdekat

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 168 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu
Pemimpin Negara bagaikan baru sedar bahawa arak dan judi itu haram sehingga mula melaungkan perkara ini. Apa yang paling besar dosa ialah golongan yang melulus dan member lesen kepada benda haram ini di mana pemimpin sentiasa berbangga dengan kadar cukai yang dikutip daripada arak dan judi semakin meningkat. Apa yang lebih malang hasil cukai judi terutamanya turut digunakan untuk pendidikan. Jika zaman Khalifah Islam dahulu kita dapat membaca banyak tulisan ulama’ yang menyatakan gaji dari Kerajaan adalah syubhat kerana dicampur dengan cukai yang tidak munasabah maka pada hari ini kita bimbang jika hasil haram digunakan untuk untuk membayar gaji kakitangan awam menyebabkan bukan lagi syubhat malah haram bekerja dengan kerajaan yang tidak sensitif masalah halal haram. Ini juga mungkin mempengaruhi akhlak rakyat yang semakin jauh daripada agama sehingga berlaku banyak jenayah termasuk buang bayi. Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini bukan hanya berlaku di bandar besar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Sebanyak 304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007, membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput. Menurut statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36 peratus. Ingatlah makanan haram merosakkan akhlak manusia dan diakhirat pula bakal dibakar dalam api neraka yang dahsyat

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Bila benci maka setiap perkara yang membabitkan musuh akan diperangi habis-habisan. Sejak kebelakangan ini, projek-projek pembinaan menara azan dan masjid di kebanyakan negara Eropah, termasuk Switzerland, Perancis, Itali, Austria, Greek, Jerman dan Slovenia mengundang bantahan daripada penduduk tempatan. Begitu juga pengharaman Burqa dan purdah termasuk yang terbaru di Perancis atas alasan merendahkan martabat perempuan dan mengancam keselamatan. Sebenarnya musuh Islam begitu risau dan bimbang dengan kebangkitan Islam terutama peningkatan yang begitu ketara dari kalangan rakyat Eropah yang memeluk Islam setiap hari terutama selepas serangan 11 September. Dunia perlu sedar bahawa tanpa Islam dan pengutusan nabi Muhammad s.aw nescaya masyarakat dunia tidak merasai kecantikan berpakaian sebagaimana hari ini. Islam yang mementingkan kecantikan termasuk pakaian terutama pada ketika mendirikan solat, hari Jumaat, hari raya dan sebagainya telah menjadikan manusia berlumba-lumba memakai pakaian cantik. Pernah berlaku dalam sejarah Afrika, kapitalis Kristian begitu marah kepada pendakwah Kristian yang hanya berjaya mengkristiankan rakyat Afrika sedangkan jualan pakaian tidak laku kerana mengekalkan pemakaian cara lama sedangkan kawasan Afrika yang dikuasai Islam melahirkan rakyat yang berpakaian cantik yang memajukan perniagaan pakaian. Pakaian yang cantik semestinya yang menutup aurat dan mengikut sunnah nabi. Kita berasa gembira apabila Mahkamah Tumpat semalam membebaskan 5 pelajar Pondok Gelang Mas daripada kesalahan memakai serban ketika menunggang motosikal di mana keputusan ini mengiktiraf kebebasan beragama dan peruntukan yang sedia ada dalam undang-undang jalanraya. Keputusan ini juga menyuntik kembali semangat untuk memakai serban di dalam menghidupkkan sunnah nabi disamping secara tidak langsung ia juga boleh membantu dalam mengurangkan gejala Mat Rempit dan pemanduan laju yang membahayakan kerana dengan memakai serban pemandunya akan memandu cara berakhlak dan perlahan. Islamlah nescaya selamat dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 20 April 2010

Jahiliah DiPilih Rakyat Merintih

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 33 surah Luqman :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا ۚ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Maksudnya : Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah
Kita telah melalui alam ruh dan alam rahim ibu di mana tiada gangguan syaitan dan hawa nafsu di situ sebaliknya telah berlangsungnya perjanjian untuk taat beribadat kepada Allah dengan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan Pencipta manakala kita hanya hambaNya yang serba kekurangan. Kini kita berada pada alam dunia yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan ujian terhadap keimanan serta ketaatan kita kepada Allah sepanjang masa dan tempat. Syaitan mengotakan janjinya kepada Allah untuk memastikan umat manusia dapat dipesongkan aqidahnya, dirosakkan akhlaknya, dilalaikan kehidupannya. Oleh itu sebelum dijemput untuk pergi ke alam barzakh dan alam akhirat akhirat untuk ditimbang dan dibalas segala amalan kita di dunia maka persiapkanlah diri kita sentiasa dengan bekalan akhirat. Jadikanlah kita anak akhirat yang dipermudahkan oleh Allah untuk mengerjakan amalan ahli Syurga bagi mendapat kehidupan senang di akhirat. Jangan terpedaya dengan hasutan hawa nafsu dan syaitan yang menyebabkan kita tergolongan dalam golongan anak dunia yang dipermudahkan oleh Allah untuk beramal dengan amalan ahli neraka sehingga bakal menderita di akhirat sana. Hayatilah pesanan Salafussoleh bahawa biarlah kita berpenat dengan amal ibadat di dunia asalkan kita mampu berehat dalam Syurga Allah di akhirat berbanding lebih banyak berehat di dunia sehingga penat diseksa di akhirat nanti. Letihnya beramal ibadat akan segera hilang sedangkan balasan pahalanya terus kekal bagi meraih Syurga Allah berbeza dengan seronok melakukan maksiat hanya sekejap sedangkan dosanya terus kekal untuk dibalas dengan panasnya api neraka Allah. Tepuklah dada tanyalah iman kita samada jalan Syurga yang kita lalui atau sebaliknya

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 51 surah al-Maidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim
Syurga dikelilingi dengan perkara yang dibenci oleh hawa nafsu sedangkan neraka dikelilingi dengan perkara yang diingini oleh hawa nafsu. Keimanan kita sentiasa dicuba dan diuji bagi memastikan siapa yang benar-benar beriman dan siapa pula yang berdusta. Umat Islam diuji dengan pelbagai serangan daripada musuh Islam samada secara keras melalui peperangan atau cara lembut melalui tawaran harta dan takhta serta serangan pemikiran yang membahayakan. Contohnya peperangan yang diuji terhadap saudara seagama di bumi Iraq, Kashmir, Afghanistan, Selatan Filiphina, selatan Thailand, Palestin dan sebagainya. Ketika kita menghulurkan bantuan yang termampu kepada saudara seagama terutama di Palestin dalam berdepan dengan perancangan jahat zionis yahudi untuk meruntuhkan Masjiq Aqsa bagi dibina kuil Haikal Sulaiman disamping perluasaan tanah jajahan di bumi Palestin sedangkan pemimpin Negara boleh duduk semeja mendapatkan nasihat daripada syarikat pro zionis yahudi sehingga nasib Negara berada dalam tangan musuh yang dibenci. Tindakan menjadikan musuh sebagai kawan mengundang bahaya semata-mata mahu menjaga harta dan takhta sehingga kepentingan agama dan Negara diketepikan. Kita turut menyokong bantahan terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola yang bakal mendirikan kilangnya atas tanah yang dibeli daripada Tabung Haji di Nilai, Negeri Sembilan yang bukan sahaja mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia yang merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia malah syarikat Cola-Cola sememangnya jelas penyumbang utama kepada keganasan zionis yahudi di Palestin disamping mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara sebelum ini. Kita turut menuntut agar Kementerian Kesihatan mengambil langkah segera dalam menangani kes adanya ubat vaksin untuk kanak-kanak bawah 12 bulan yang dicemari vaksin babi sebagaimana yang dilaporkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Peringatan kepada kaki rokok pula bahawa satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. Oleh itu jagalah makan minum kita supaya halal dan baik untuk kesihatan...... Firman Allah dalam ayat 168 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Apabila nafsu serakah didahulukan manakala petunjuk al-Quran dilletak di belakang maka rosak binasa negara. Bermula dengan nilai aqidah yang dipandang lebih murah daripada besi buruk, akhlak dilihat tidak penting untuk dijaga. Kita mesti membangkitkan rasa bertanggungjawab dalam kes penjagaan 3 anak muallaf bernama Muhammad Riduan bin Abdullah yang terpaksa diserahkan kepada isterinya yang bukan Islam di mana rayuannya ditolak semalam. Bagi peguam dan hakim Islam yang pakar dalam bidang ini wajib berusaha dalam menangani masalah ini manakala doa kita mesti sentiasa dirafakkan ke hadrat Allah agar menetapkan iman Muhammad Riduan dan anak-anaknya. Ketika kita masih terkejut dengan laporan jumlah anak luar nikah berbangsa Melayu yang melebihi 17 ribu untuk tahun lepas sahaja dengan anggaran daripada tahun 2000 lagi setiap 17 minit seorang bayi luar nikah dilahirkan iaitu 83 sehari. Itu jumllah yang didaftarkan bagaimana pula dengan jumlah yang tidak didaftar, dibuang, dibunuh dengan kejam. Masalah sosial semakin teruk dengan bertambahnya lesen judi bagi menampung ekonomi Negara yang semakin tenat termasuk judi sukan yang dihentikan sekejap dan sedang dipertimbangkan untuk dilulus semula. Lebih dahsyat lagi dengan laporan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia sebanyak lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras setahun. Pemimpin patut malu dengan kenyataan tegas Menteri di Brunei bila dicadangkan agar Brunei menyediakan zon khas jual beli arak bagi pelancong bukan Islam lalu dijawab bahawa Brunei tidak sanggup menerima laknat Allah yang bukan sahaja mengena peminum arak malah seluruh rakyatnya. Pelancong yang ingin minum arak minumlah di negara mereka malah boleh mandi arak tanpa dilarang asalkan bukan di Brunei. Sekiranya diluluskan zon bebas arak maka lepas ini diminta pula zon bebas judi, zon bebas zina dan bermacam penyakit sosial yang lain. Pemimpin diberi pilihan samada mahu mengikut Islam untuk menangani masalah yang ada atau pun terus menggunakan sistem jahiliah yang bakal merosakkan negara. Rakyat pula diberi peluang samada terus memilih pemimpin yang menolak Islam atau bersama memperjuangkan sistem Islam dalam kehidupan. Islamlah nesacaya kita maju di dunia dan bahagia di akhirat
Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 19 April 2010

Jihad Kendur Umat Mundur

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ...فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Kini kita berada pada pertengahan bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tidak lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Kita boleh faham daripada tindakan Rasulullah s.a.w ini bahawa tidak salah orang bukan Islam diberi peluang untuk membaca ayat al-Quran bukan untuk tujuan menghina tetapi untuk mengkaji keindahan al-Quran dan penyebaran dakwah Islam. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara umat Islam bukan sahaja merasa malu dan takut untuk menyebarkan Islam malah bertindak biadap menghina sistem Islam disamping menampilkan imej yang buruk akibat pecah amanah dan rasuah dan skandal moral yang lain

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 87 surah al-Qasas :
ولا يصدنك عن ءايت الله بعد إذ أنزلت إليك وادع إلى ربك ولاتكونن من المشركين
Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu daripada (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.
Rasulullah s.a.w yang menerima berita tentang pengkhianatan terhadap utusannya itu lalu mengumpul 3000 orang tentera Islam dalam waktu yang singkat untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendam sebaliknya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Tindakan tegas ini mengajar kita tentang betapa pentingnya umat Islam memilih pemimpin yang takutkan Allah bukannya pengecut dengan musuh barulah maruah dan nyawa umat Islam dapat dibela. Kita berasa sedih apabila pada hari ini bukan seorang umat Islam yang dibunuh terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Filiphina dan selainnya namun tiada pemimpin negara umat Islam yang bangun membela sehingga musuh Islam lebih bermaharajalela dalam membaham dan meratah tubuh saudara seagama. Kebanyakan pemimpin negara umat Islam lebih memikirkan bagaimana mahu menambahkan kekayaan peribadi dan bagaimana mahu mengekalkan kuasa yang sedia ada bukannya untuk memperpejuang agama
Peperangan Mu’tah juga memberi pengajaran penting apabila Rasulullah s.a.w turut memberi arahan kepada tentera Islam agar tidak membunuh golongan kanak-kanak, wanita, orang tua serta tidak mengerat pohon-pohon dan tidak pula memusnahkan rumah kediaman penduduk. Inilah ia keadilan dan kemuliaan Islam yang menghormati hak kemanusiaan musuh terlebih dahulu bersama dengan usaha dakwah di mana peperangan hanya dijadikan tindakan terakhir apabila musuh terus berkeras untuk melawan walau pun telah diberi peluang untuk berdamai dan tunduk kepada keadilan Islam. Ini berbeza dengan tindakan kejam musuh Islam pada hari ini terutama pengganas dunia Amerika Syarikat dan zionis yahudi yang tidak pernah menghormati perjanjian Ganeva yang dipersetujui oleh mereka sendiri apabila bertindak kejam membunuh orang awam dan mengebom bangunan Hospital, sekolah, masjid dan sebagainya tanpa rasa salah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Peperangan Mu’tah juga menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Ujian pertama yang terpaksa mereka lalui apabila mendapat berita bahawa musuh telah pun bersiap sedia dengan angkatan tentera seramai 200 ribu orang sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdullah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.
Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana hanya 12 tentera Islam gugur syahid termasuk tiga panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w di mana kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid. Semangat jihad inilah yang digeruni oleh musuh Islam sehingga telah banyak usaha termasuk dalam merombak sukatan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir dan lain-lain supaya umat Islam mandul jihad dan tidak lagi bangkit menentang keganasan kuffar. Sekiranya terus ada pejuang Islam yang cintakan mati syahid bagi berdepan dengan tentera kuffar yang takut mati maka selagi itulah kuffar akan berdepan dengan tentangan sengit yang menakutkan. Umat Islam dimandulkan jihad mereka dengan kejahilan terhadap agama meraka sendiri, tenggelam dalam hiburan yang melalaikan, lemas dalam cinta dunia dan takutkan mati. Pemikiran umat Islam dipenuhi dengan cara hidup kuffar di mana ikutan mereka adalah artis, bintang sukan dan sebagainya. Bahan bacaan mereka adalah bahan hiburan yang merosakkan. Malah cara berpakaian bukan sahaja jauh daripada sunnah nabi malah bertentangan dengan syariat Islam seperti pemakaian gelang getah di kalangan remaja lelaki dengan pelbagai warna sedangkan ia adalah racun musuh di mana setiap warna melambangkan kumpulan anti Islam yang tertentu seperti gelang warna Putih untuk penyokong zina dan pengguguran anak, Merah untuk penganut Kristian yang menyokong McDonalds menyumbang kepada Amerika Syarikat bagi membantu zionis Yahudi, Oren untuk mendoakan usaha pendakyah Kristian, Kuning untuk memperingati Pope John Paul II, Hijau untuk menyokong ketenteraan Amerika, Warna Pelangi lambang merasa bangga menjadi ’say’ dan ’lesbian’ dan menyokong perkahwinan sejenis, Merah Putih lambang kebebasan bersuara termasuk menyokong penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan warna Biru Putih lambang menyokong zionis Yahudi menceroboh bumi Palestin. Pastikan masyarakat kita menjauhi cara pemakaian yang merosakkan ini
Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:
ياأيها الذين ءامنوا إن تطيعوا الذين كفروا يردوكم على أعقــبكم فتنقلبوا خــسرين
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 18 April 2010

109. IKTIBAR PEPERANGAN MU’TAH

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ...فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 45-46 سورة الأنفال :
يأيهاالذين ءامنوا إذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون وأطيعوا الله ورسوله ولاتنــزعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم واصبروا إن الله مع الصــبرين
Maksudnya : Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkanlah hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh keuntungan. Dan taatlah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang akan menyebabkan kamu menjadi gentar serta hilang kekuatanmu dan bersabarlah sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar
Kita masih berada dalam bulan Jamadil Awwal yang mengingatkan kita kepada suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu berlangsungnya peperangan Mu’tah yang banyak meninggalkan kesan bagi mereka yang mengambil iktibar dengan sewajarnya terhadap peristiwa itu. Peperangan yang berlaku di Mu’tah, Jordan disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peristiwa ini telah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun ke 8 Hijrah di mana Rasulullah s.a.w dalam masa yang pantas dapat mengumpul 3000 orang tentera Islam untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendam sebalinya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Disamping itu Rasulullah s.a.w turut memberi arahan kepada tentera Islam agar tidak membunuh golongan kanak-kanak, wanita, orang tua serta tidak mengerat pohon-pohon dan tidak pula memusnahkan rumah kediaman penduduk. Inilah ia keadilan dan kemuliaan Islam yang menghormati hak kemanusiaan musuh terlebih dahulu bersama dengan usaha dakwah di mana peperangan hanya dijadikan tindakan terakhir apabila musuh terus berkeras untuk melawan walau pun telah diberi peluang untuk berdamai dan tunduk kepada keadilan Islam.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kita juga dapat lihat bagaimana dalam peristiwa peperangan Mu’tah ini di mana setiap perancangan Rasulullah s.a.w walau pun baginda sendiri tidak turut serta dalam peperangan ini merupakan suatu tindakan yang berdasarkan wahyu. Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Ujian pertama yang terpaksa mereka lalui apabila mendapat berita bahawa musuh telah pun bersiap sedia dengan angkatan tentera seramai 100 ribu orang sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdulah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana 12 tentera Islam gugur syahid termasuk tiga panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w di mana kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid. Walau pun kehilangan tiga orang panglima perang dalam satu peperangan namun tentera Islam terus berjuang sehingga dianugerahkan kemenangan yang besar kerana perjuangan bukan berdasarkan bilangan dan pemimpin sebaliknya perjuangan mestilah ikhlas kerana Allah dalam meninggikan kegemilangan Islam.
Semangat jihad yang telah ditunjukkan oleh tentera Islam yang terpaksa menghadapi musuh yang berganda jumlahnya mestilah diambil iktibar yang sewajarnya oleh umat Islam pada hari ini samada kita yang terpaksa menghadapi mereka yang memusuhi sistem Islam melalui sistem demokrasi pilihanraya atau pun saudara Islam yang lain yang terpaksa menghadapi senjata musuh setiap masa. Kita yang berada di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pimpinan melalui pilihanraya sepatutnya menggunakan peluang yang terbuka ini untuk terus menyebarkan dakwah kepada umat Islam sendiri yang masih jahil tentang sistem Islam yang menyeluruh disamping mengembangkan dakwah kepada orang bukan Islam. Walau pun banyak sekatan dari segi kuliah di masjid-masjid, ceramah penerangan, maklumat melalui media serta ada pusat pengajian ditutup namun kita mesti terus berusaha agar sistem Islam dapat difahami dan diterima dengan baik oleh semua pihak. Penglibatan gerakan Islam dalam proses pilihanraya bukanlah untuk merebut jawatan tetapi tujuan yang paling besar ialah untuk memastikan pemimpin yang ada kembali kepada ajaran Islam yang sebenar bukannya setakat bangga kerana boleh mengistiharkan bahawa negara ini adalah negara Islam sedangkan sistem dalam negara terus berqiblatkan sistem kuffar. Kita mesti terus menegur pemimpin yang mengaku Islam tetapi terus berbangga dengan eksport arak dengan terbinanya 27 kilang arak seluruh negara yang berlesen kecuali di Kelantan dan Terengganu. Kita turut tidak berputus asa untuk memberi nasihat kepada pemimpin yang mendakwa bahawa hukuman Islam begitu menindas golongan wanita sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata apabila melihat sistem yang ada telah menyebabkan bilangan pelacur dalam negara kita berjumlah antara 50 ribu sehingga 100 ribu orang. Kita turut memberi peringatan kepada pemimpin yang mendakwa bahawa hukuman bunuh terhadap mereka yang murtad adalah zalim sedangkan sistem yang ada telah membolehkan umat Islam murtad dengan mudah sehingga 270 ribu orang di dapati telah murtad di Sabah dan Sarawak belum lagi dicampur dengan mereka yang telah murtad di Semenanjung akibat kelalaian kerajaan yang ada dari segi menjalankan kerja dakwah, penerangan dan pengawalan daripada berlakunya murtad.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Semangat jihad yang lebih besar mestilah disemat dalam sanubari seluruh umat Islam dalam membantu saudara seagama yang sedang ditindas dan dizalimi oleh penggans kuffar seperti di Afghanistan, Kashmir, India, Selatan Filiphina, Iraq, Palestin dan sebagainya. Antara kekejaman terbaru di Palestin ialah serangan kejam tentera Israel terhadap sebuah pangsapuri yang menyebabkan 15 orang terbunuh termasuk 9 orang kanak-kanak di mana yang termuda baru berumur 2 bulan. Kerajaan pengganas Amerika turut meluluskan bantuan terbaru sebanyak US 200 juta kepada yahudi Israel untuk terus membunuh umat Islam di Palestin. Malah kuffar terus tidak berpuas hati dengan Iraq walau pun negara itu telah diserang bertalu-talu bersama dengan sekatan ekonomi yang terus berjalan. Inilah antara contoh penganiayaan dan penindasan terhadap umat Islam oleh pengganas kuffar. Mereka tidak berhenti daripada membunuh umat Islam sehingga hari qiamat. Cuma apa yang malang ialah umat Islam itu sendiri yang tidak mampu bangkit untuk bersatu ke arah menghentikan segala bentuk kekejaman yang dilakukan oleh pengganas kuffar. Ramai pemimpin negara umat Islam sendiri lebih seronok menghimpun kekayaan peribadi dan menindas rakyat sendiri daripada bangun membangkitkan semangat jihad dalam sanubari rakyat jelata untuk Islam. Rakyat yang benar-benar bangkit untuk membantu menegakkan Islam pula terpaksa berhadapan dengan penindasan pemimpin dalam negara dan musuh kuffrar dari luar. Oleh itu gandakan lagi semangat jihad dan usaha kita dalam memartabatkan kembali sistem Islam. Kemenangan Islam semakin hampir dan nyata. Jika kita sendiri tidak mampu mengecapi pelaksaaan menyeluruh terhadap sistem Islam maka janganlah berasa hampa dengan perjuangan yang telah dicurahkan selama ini kerana kita berharap agar anak cucu dan generasi akan datang mampu mengecapinya hasil perjuangan ayah dan datuk mereka demi Islam. Pejuang Islam tidak pernah kecewa apabila mereka sentiasa bersyukur dengan kemenangan serta sentiasa sabar atas ujian kekalahan. Kekalahan di dunia bukan bererti turut kalah dalam meraih keredhaan Allah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Yakinlah kita bahawa perjuangan Islam tidak pernah ditimpa kerugian sebaliknya kemenangan yang lebih manis bakal menunggu kita di akhirat sana.
Firman Allah dalam ayat 42 surah Saba’ :
فاليوم لايملك بعضكم لبعض نفعا ولاضرا ونقول للذين ظلموا ذوقوا عذاب النار التي كنتم بها تكذبون
Maksudnya : Maka pada hari ini sebahagian kamu tidak berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudharat kepada sebahagian yang lain. Dan Kami katakan kepada mereka yang zalim : “ Rasakan olehmu azab neraka yang dahulunya kamu dustakannya”.

Sabtu, 17 April 2010

161. PEPERANGAN MU’TAH

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 111 surah at-Taubah :
إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقتلون فى سبيل الله فيقتلون ويقتلون وعدا عليه حقا فى التورئة والإنجيل والقرءان ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذى بايعتم به وذلك هو الفوز العظيم .
Maksudnya : Sesungguhnya Allah membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman bahawa untuk mereka ganjaran Syurga. Mereka berperang di jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar bagi Allah (yang termaktub) dalam taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah. Oleh itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar.
Jamadil Awwal sebagaimana bulan-bulan Islam yang lain pernah memahatkan peristiwa bersejarah di mana pada bulan ini telah berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H disebabkan pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra. Tentera muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu'tah di mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini. Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan.
Sebelum para tentera muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja'afar bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja'afar telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah atau dipercayai di kalangan mereka untuk memimpin. Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya meminta agar pembunuh utusan dakwah itu ditangkap dan di bawa ke Madinah disamping menyeru kepada penduduk Mu'tah agar beriman terlebih dahulu. Jika seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan. Baginda turut berpesan agar tidak membunuh kanak-kanak, kaum wanita, orang tua, tidak mengerat pohon kurma dan pokok serta tidak memusnahkan kediaman mereka.Inilah ia keadilan Islam di mana tidak ada erti balas dendam sebaliknya walau pun telah jelas berlakunya kezaliman terhadap utusan dakwah yang dihantar namun usaha untuk menyeru kepada Islam mestilah didahulukan sebelum sesuatu peperangan dilancarkan setelah musuh berdegil dan melawan seruan dakwah itu. Begitu juga kepentingan kepada pemilihan dan perlantikan kepimpinan mestilah dititik beratkan di mana ia mesti disertai dengan amanah oleh pemimpin dan taat serta kepercayaan oleh orang di bawahnya.
Ketika tentera Islam mahu bertolak ke medan perang, mereka kehairanan melihat Abdullah bin Rawahah menangis. Ketika ditanya tentang sebab beliau menangis lalu di menyatakan bahawa masih tersemat cinta pada dunia dihatinya sedangkan Rasulullah s.a.w telah membaca ayat 71 surah Maryam :
وإن منكم إلا واردها كان على ربك حتما مقضيا
Maksudnya : Dan tiada seorang pun daripadamu melainkan mendatangi neraka itu. Keadaan itu bagi Tuhanmu merupakan suatu kemestian yang telah ditetapkan.

Abdullah bin Rawahah menyatakan ketakutan apabila merenungi ayat tadi. Lalu para sahabat yang lain menenangkannya serta mendoakan agar dijauhkan daripada perkara itu.Setelah itu mereka bertolak menuju ke Mu’tah yang terletak beribu kilometer dari Kota Madinah. Sebaik sahaja mereka tiba di Ma’an iaitu sebuah pekan yang terletak lebih kurang 100 kilometer dari Mu’tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam di mana dengan segera panglima perang musuh, Harcules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurahbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, Juzam, Balqin dan Bahara'. Apabila mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma'an selama dua malam. Ramai di kalangan mereka telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan : Demi Allah! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid.Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan kekuatan dan bukan kerana kuantiti tetapi kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan Allah. Kata-kata semangat ini berjaya meniupkan kembali roh jihad dalam diri tentera Islam.
Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu'tah lagi di antara tentera Islam berjumlah 3 ribu orang dengan tenterra Rom seramai 200 ribu orang. Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid di mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Thalib. Beliau turut gugur syahid di mana pada permulaannya tangan kanan beliau ditetak putus oleh musuh. Kemudiaannya beliau terus mengawal bendera panji Islam agar tidak jatuh dan ketika ini tangan kirinya pula dipotong oleh musuh. Namun begitu beliau terus menggigit bendera panji dengan giginya tetapi kali ini kepalanya telah dipenggal yang menyebabkan beliau gugur syahid. Selain kedua tangannya yang putus ditetak oleh musuh, terdapat 50 kesan panahan pada badan beliau. Rasulullah s.a.w menyatakn bagaimana Allah menjadikan kedua tangannya itu sebagai sayap yang membolehkan beliau berterbang bebas di Syurga. Sebab itulah beliau digelar dengan Ja’afar at-Toyyar dan Ja’afar yang mempunyai 2 sayap. Kemudian panji bendera Islam itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain. Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai bayaran. Arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ia tidak bersalahan dengan syarak.
Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja.Seramai 12 orang tentera Islam yang gugur syahid termasuk 3 panglima yang dilantik. Manakala bilangan tentera Rom pula tiada jumlah secara tepat tetapi agak ramai yang mati.
Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika berjalannyakerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada' dan darah segar masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka meninggal dunia. Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang tanda yang digunakan. Peristiwa ini meyakinkan lagi kepada kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah. Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan.Benarlah firman Allah dalam ayat 169 :
ولا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله أمواتا بل أحياء عند ربهم يرزقون .
Maksudnya : Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sedangkan mereka itu tetap hidup di sisi Tuham mereka dengan diberi rezeki.