أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Jumaat, 16 April 2021
Khutbah Jumaat : Ramadhan DiRai Islam DiIkuti Umat DiBerkati
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Alhamdulillah rasa syukur kita sama-sama panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat Ramadhan di mana kini telah masuk hari ke-4 kita berpuasa Ramadhan bagi tahun 1442H. Ketibaan Ramadhan kali ini dalam suasana wabak covid-19 yang masih belum pulih malah berlakunya peningkatan kes harian merupakan suatu peringatan agar kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mematuhi SOP yang ditetapkan disamping menggunakan sebaik mungkin ketibaan Ramadhan sebagai bulan maqbulnya doa untuk sama-sama memohon kepada Allah agar musibah ini dihilangkan segera
Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Antaranya : [1] Saiyidus Syuhur iaitu Penghulu sekalian bulan yang terhimpun di dalamnya beberapa ibadah utama seperti ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih serta anugerah malam Lailatul Qadar. [2] Syahrul Syiam iaitu Bulan Puasa [3] Syahrul Quran iaitu Bulan diturunkan Quran yang merupakan mukjizat terbesar kepada nabi Muhammad s.a.w [4] Syahrul Sabr iaitu Bulan Kesabaran di mana Ibadah puasa dan sifat sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar [5] Syahrul Rahmah iaitu Bulan Kerahmatan [6] Syahrul Magfirah iaitu Bulan Keampunan [7] Syahrul Najah iaitu Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka [8]. Syahrul Jud iaitu Bulan Murah hati [9] Syahrul Barakah - Bulan Keberkatan
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 40-41 surah an-Nazi’at :
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾
Maksudnya : Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ ، وَمَرَدَةُ الْجِنِّ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ ، وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجِنَانِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ ، وَنَادَى مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ – رواه الترمذي
Maksudnya : Apabila tiba malam pertama di Bulan Ramadhan, maka akan diikatlah sekalian syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka tanpa dibukakan satupun, dan dibuka pintu-pintu syurga tanpa ditutup satupun, dan akan ada penyeru yang menyeru pada setiap malam: “Wahai orang yang inginkan kebaikan, marilah, dan wahai orang yang ingin melakukan keburukan, hentikanlah”, dan bagi Allah akan ada golongan yang dimerdekakan dari api neraka,
Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang mukmin dari kalangan umat ini berpuasa, iaitu menahan diri dari makan, minum dan sebarang perkara yang membatalkan puasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Kewajipan puasa bukan hanya diwajibkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w sahaja malah Umat-umat sebelum kita juga telah diwajibkan berpuasa. Puasa termasuk syari'at yang tidak dimansukh atau dibatalkan kerana maslahatnya yang begitu besar bagi manusia. Ia masih terus berlangsung sejak zaman Nabi Nuh a.s., sehinggalah ke zaman umat nabi Muhammad s.a.w
Dengan demikian, kita mempunyai teladan dalam melaksanakan kewajipan berpuasa. Hal ini memberikan semangat kepadakita dalam menunaikan kewajiban ini dengan lebih sempurna berbanding orang-orang sebelum kita. Puasa dapat membersihkan, menyucikan dan membebaskan jiwa dan tubuh dari unsur yang buruk dan akhlak-akhlak yang rendah. Puasa merupakan sebab terbesar untuk memperoleh ketakwaan. Di dalam puasa seseorang meninggalkan hal-hal yang disukainya seperti makan, minum dan sebagainya. Apabila dia dihadapkan perbuatan maksiat yang disukai hawa nafsunya, maka dia mampu menahan dirinya. Puasa merupakan perisai bagi seseorang dari perbuatan maksiat. Puasa dapat melemahkan syahwat yang menjadi sumber maksiat.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 9-10 surah as-Syamsu :
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Orang yang berpuasa biasanya banyak menjalankan ketaatan dan maksiatnya berkurang. Orang yang berpuasa melatih dirinya agar merasa diawasi Allah s.w.t. Ketika puasa, ia meninggalkan apa yang diinginkan oleh hawa nafsunya padahal dia mampu kerana mengetahui bahawa dirinya diawasi Allah s.w.t. Orang yang kaya ketika merasakan pedihnya rasa lapar, membuat dirinya merasakan derita orang-orang fakir dan miskin. Hal ini akan membuatnya ingin bersedekah kerana telah merasakan derita orang-orang fakir dan miskin. Ibadat puasa mampu melahirkan sifat kasih sayang dan perihatin
Kelebihan Puasa juga mempersempitkan jalan-jalan atau ruang gerak syaitan, iaitu tempat peredaran darah. Daripada Sofiyyah binti Huyay R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ - رواه البخاري
Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melaui saluran darah.”
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ- رواه البخاري
Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’ :
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا ﴿٨٢﴾
Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua
Ramadhan dan al-Quran tidak boleh dipisahkan. Begitulah tanggungjawab kita kepada al-Quran bukan sahaja untuk membaca malah memahami seterusnya melaksanakan segala kandungan isinya. Kita yakin hanya dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan utama termasuk dalam ibadat, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya sahaja yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat. Oleh itu kita memberi nasihat kepada kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 agar menelusuri sejarah kejayaan negara Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Islam. Kita minta supaya dia baca sejarah tamadun Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Banyak bukti di negara-negara dunia Islam bagaimana kehebatan tamadun Islam yang begitu hebat zaman dahulu. Kita kena tengok Islam bangkit pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri yang pada ketika itu zaman jahiliah. Pada masa itu, manusia sangat mengagumi dengan kerajaan Rom dan Parsi sehingga mengatakan tidak ada zaman yang boleh menandingi kehebatan kedua-dua negara tersebut. Tetapi ternyata tanggapan itu meleset apabila Islam berjaya membuktikan kejayaan negara Islam yang jauh lebih bertamadun melalui agenda dan pembangunan Islam yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat ketika zaman kerajaan jahiliah di Semenanjung Tanah Arab
Kenyataan kumpulan G25 sesuatu yang dangkal serta tidak berilmiah apabila mendakwa pemerkasaan undang-undang Islam akan memberi impak negatif terhadap kelangsungan ekonomi negara, khususnya sentimen pelabur. Kita yakin pemerkasaan undang-undang Islam mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih baik bahkan menjadi negara tumpuan para pelabur asing berikutan nama baik negara yang tiada rekod ‘jenayah’ apabila RUU ini dilaksanakan. Apabila dasar-dasar kebaikan yang ada di dalam Islam termasuk pengagihan ekonomi akan berlaku dengan baik. Tidak akan berlaku isu kebocoran, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa sekiranya ia dilakukan. Bila negara ini baik maka ia pasti menarik lebih ramai pelabur untuk masuk melabur.
Ismlah nescaya kita berjaya dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 49 surah al-Maidah’ :
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾
Maksudnya : Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Jumaat : Ibadat DiGandai Maksiat DiHindari Ramadhan DiRai
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Kini kita berada pada hari Jumaat terakhir bulan Sya’aban 1442H di mana kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan beberapa hari lGI. Terdapat 2 sikap orang dalam menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan ini iaitu [1] orang yang bergembira dan suka cita dalam menyambut bulan Ramadhan kerana ia bulan yang anugerahkan oleh Allah untuk menambah pahala dan bertaubat dari semua dosa. Ramadhan adalah bulan bonus dimana Allah melipatgandakan pahala amal kebaikan. Maka segala sesuatu persiapan terutama ilmu, fizikal, rohani, harta dipersiapkan untuk menyambut dan mengisi Ramadhan. Begitu juga dikatakan ramai dikalangan salaf al-soleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”
Diriwayatkan oleh al-Tabarani
Sedangkan golongan ke-[2] menyambut Ramadhan dengan sikap yang dingin. Baginya, Ramadhan tidak ada beza dengan bulan-bulan lain. Orang seperti ini tidak mampu memanfaatkan Ramadhan untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dosa dan kesalahan tidak membuatnya risau dan gelisah hingga tak ada upaya maksima untuk menghapusnya dan menjadikan Ramadhan sebagai momentum untuk kembali kepada Allah. Bahkan, dia menyambut Ramadhan dengan kebencian kerana pada perasaannya Ramadhan menyekatnya daripada melakukan dosa dan kemaksiatan, sebagaimana yang dilakukannya di bulan-bulan lain. Hatinya tertutup dan penuh benci kepada kebaikan.
Nabi s.a.w membayangkan bagaimana golongan munafiq merasa gelisah, buntu dengan Ramadhan. Maka benarlah sabda Nabi ﷺ :
أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ
Maksudnya: “Allah SWT naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah ﷺ bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah ﷻ menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan.”
Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya & Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 100 surah al-Maidah :
قُل لَّا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚفَاتَّقُوا اللَّـهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿١٠٠﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
Kita akan memasuki bulan Ramadan. Bulan yang penuh barakah, rahmat dan keampunan. Bagi memasuki bulan ini, terdapat tiga bekalan sebagai persiapan menyambut kedatangan bulan ini.
Pertama: Bekalan ilmu di mana dalam melaksanakan ibadat, setiap Muslim perlu memiliki ilmu agar ibadah yang dilaksanakan, betul, benar dan diterima. Dengan ilmu kita mengetahui syarat dan rukun, sah atau batal, sempurna juga makruh sesuatu amal perbuatan. Khalifah bin Abdul Aziz berkata,
مَنْ عَبَدَ اللهَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ مَا يُفْسِدُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُ
Barang siapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerusakan daripada mendatangkan kebaikan.
Dengan berilmu, ibadah kita menjadi lebih baik dan di terima oleh Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 31 surah al-Nuur :
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
“Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung
Bagian dari kesadaran bahwa kita semua adalah pendosa, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ
كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُون
“Setiap keturunan Adam itu banyak melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat.” (Hasan. HR. Tirmidzi: 2499)
Kedua: Memperbanyakkan Taubat di mana Sebelum memasuki bulan ramadan, perbanyakanlah taubat dan istighfar. Semoga di bulan ramadan kita boleh menjadi lebih baik. Keburukan dan perbuatan dosa terdahulu hendaklah kita tinggalkan dan diganti dengan amal kebaikan di bulan Ramadan. Untuk itu:
a. Hindari segala perbuatan dosa
b. Menyesali perbuatan dosa yang telah lalu.
c. Bertekad tidak melakukannya lagi pada masa akan datang.
Jika dosa tersebut berkaitan dengan hak sesama manusia, maka ia perlu menyelesaikannya. Jika berkaitan dengan harta, maka ia perlu mengembalikannya, jika berkaitan dengan maruah diri, ia perlu memohon maaf kepadanya.
Imam Hasan Basri menyatakan antara bala kepada pelaku maksiat ialah hilangnya semangat untuk beribadat, hilang gerun kepada Allah Ketika melakukan maksiat
Perbanyakkan doa untuk meminta segala ampunan dari Allah antaranya:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى خَطِيئَتِى وَجَهْلِى وَإِسْرَافِى فِى أَمْرِى وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّى اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى جِدِّى وَهَزْلِى وَخَطَئِى وَعَمْدِى وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِى
Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah, ampunilah aku, kesalahan yang ku perbuat sama ada yang bersungguh-sungguh mahupun tidak, dan ampunilah kesalahanku yang tidak sengaja mahu pun sengaja, dan ampunilah segala kesalahan yang aku lakukan. (HR. Bukhari no. 6398)
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 7 surah Ibrahim :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”
Ketiga: Perbanyak Memohon Kemudahan Dari Allah di mana Sebagai makhluk yang lemah, kita hendaklah membanyakkan munajat kepada Allah agar dipermudahkan untuk menjalani ibadah di bulan Ramadan. Sama ada ibadat berpuasa di siang hari, mahupun melipat gandakan segala amalan lain sepanjang bulan Ramadan seperti solat-solat sunat siang dan malam hari, tilawah al-Quran, bersedekah dan sebagainya.
Antara doa yang boleh kita panjatkan untuk memohon kemudahan dari Allah adalah sebagai berikut:
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan. (HR Ibn Hibban No: 974)
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ
Ya Allah, aku memohon pada-Mu agar mudah melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. (HR. Tirmidzi no. 3233).
Semoga Allah menjadikan Ramadan kita pada tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَف الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ – رواه مسلم
Maksudnya : “Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan, satu kebaikan dibalas sepuluh sampai 700 kali ganda. Allah berfirman, ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, sebab orang yang berpuasa itu telah meninggalkan syahwatnya dan makanannya karena Aku’. Dan bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan, yaitu kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu Rabb-Nya. Dan sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari aroma kasturi.”
Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk sama-sama dapat menemui Ramadhan dan diberikan oleh Allah kekuatan dan semangat dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan soleh kita sepanjang Ramadhan sehingga melahirkan kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Jadikan masjid tempat tumpuan, al-Quran sebagai bacaan, sedekah jadi amalan sepanjang Ramadhan sehingga kita lahir sebagai umat berjaya di dunia dan akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)