أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Rabu, 1 April 2009

117. KUFFAR TAKUT KEPADA ISLAM

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 214 surah al-Baqarah :
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألآ إن نصر الله قريب
Maksudnya: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang pernah berlaku kepada mereka yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kesakitan dan keperitan serta digoncangkan dengan pelbagai cubaan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman : “ Bilakah akan datang pertolongan Allah?”. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kedatangan Islam telah memberi sinar cahaya kepada dunia yang dahulunya kelam dalam kegelapan jahiliah. Islam telah menyuburi sifat kemanusian setelah dunia dipenuhi dengan penindasan yang tidak berperi kemanusiaan. Islam telah menaburkan benih keadilan sehingga kebahagiaan dan keamanan dapat dikecapi setelah dunia dicengkam dengan kezaliman. Islam datang dengan ajaran yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia bertujuan mengatur urusan hidup di dunia yang lebih tersusun bagi mencapai keredhaan Allah sehingga mampu mendapat kebahagiaan bukan sahaja di dunia yang fana tetapi turut bahagia di negeri akhirat sana. Namun begitu Islam tetap diperangi oleh mereka yang tidak senang dengan kehebatan Islam dalam memerintah dunia yang terdiri daripada golongan kuffar dan munafiq serta umat Islam yang jahil tentang Islam yang sebenar. Di sini kita dapat lihat bagaimana permusuhan terhadap Islam sehingga hari bukanlah disebabkan Islam itu ganas dan zalim sebaliknya kebaikan dan keadilan Islam telah menyebabkan pengaruh kuffar untuk mengaut hasil untuk kepentingan mereka semakin tergugat malah rakyat di bawah kuasa mereka sendiri bangun menentang kezaliman dan penindasan kuffar yang semenangnya ganas.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Antara sebab golongan pengganas Kuffar dan anak didiknya menentang Islam ialah Pertamanya : Pengganas Kuffar takutkan Islam kerana Islam membentuk kesatuan ummah sebagaimana firman Allah dalam ayat 92 surah al-Anbiya’ :
إن هذه أمتكم أمة وحدة وأنا ربكم فاعبدون
Maksudnya : Sesungguhnya ini, umat kamu wahai mukminin umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu maka sembahlah Aku.
Umat Islam melalui sistem khilafah dididik agar berada di bawah satu kepimpinan sehingga menjadi umat yang kuat. Oleh itu kuffar melalui perancangannya yang rapi telah berjaya menghancurkan system khilafah dengan runtuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924. Selepas itu umat Islam dibahagikan dalam negara-negara kecil berdasarkan bangsa sehingga umat Islam menjadi lemah dan terjajah dalam negara sendiri. Kuffar bebas menembak dan mengebom umat Islam sesuka hati kerana tiada lagi pembelaan yang sewajarnya daripada negara umat Islam yang lain disebabkan masing-masing hanya tahu menjaga kepentingan diri sendiri bukan lagi kepentingan Islam. Malah yang lebih malang pemimpin dan umat Islam sendiri yang jahil turut bersama kuffar dalam memerangi perjuangan Islam.
Kita lihat apa yang berlaku di Palestin di mana pada zaman Khilafah Uthmaniah Turki walau pun ketika itu agak lemah tetapi tetap berkeras mempertahankan bumi Palestin dan masjid al-Aqsa daripada dikuasai oleh kuffar terutama pengganas yahudi tetapi setelah berpecahnya negara umat Islam maka yahudi dapat membina negara malah cuba meruntuhkan masjid al-Aqsa di mana kini lebih setahun bahan binaan untuk membaiki masjid al-Aqsa tidak dibenarkan di bawa masuk oleh rejim yahudi dan dalam masa yang sama yahudi merancang untuk menunaikan ibadat dalam masjid al-Aqsa milik umat Islam. Yahudi juga semakin berani mengebom balai polis Palestin dan hospital tetapi kuffar yang diketuai olerh Amerika Syarikat membiarkan sahaja kerana itu memang hasrat mereka. Bilakah penindasan dan kezaliman yahudi akan berakhir maka jawapannya terletak pada tangan umat Islam sendiri tentang bilakah kita akan kembali bersatu di bawah panji Islam dan seterusnya menjadi umat yang kuat sehingga kuffar tidak lagi berani meratah dan membaham tubuh umat Islam.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Sebab Kedua kuffar takutkan Islam kerana pemerintahan Rabbani di mana semua system hidup berasaskan apa yang telah diturunkan oleh Allah melalui rasulNya bukannya berdasarkan system ciptaan manusia. Tujuan pemerintahan adalah untuk mencari keredhaan Allah yang menyebabkan pemimpin dan rakyat sentiasa membuat segala suruhan Allah dalam setiap aspek kehidupan disamping menjauhi segala laranganNya walau pun nafsu sentiasa menggodanya sepanjang masa. Pemerintahan Islam juga berjaya menghindari pemimpin dan rakyat daripada melakukan penindasan dan kezaliman bertujuan mencari keuntungan diri disebabkan timbulnya rasa gerun dan takut kepada Allah yang bakal membalas segala amalan dunia di akhirat nanti. Oleh sebab itu kuffar sentiasa berusaha sepanjang masa agar pemerintahan Islam tidak akan berjaya ditegakkan di atas muka bumi ini. Kita lihat bagaimana kuffar yang diketuai yahudi telah mengkhianati keputusan rakyat yang mahukan pemerintahan Islam ditegakkan seperti apa yang berlaku di Algeria dan Turki kemudiannya baru-baru ini di Afghanistan apabila kerajaan Taliban digulingkan dengan penuh keganasan lalu dibentuk kerajaan boneka yang dianggap adil tetapi hari ini kita dapat lihat mereka saling berbalah dan berbunuhan antara satu sama lain kerana merebutkan takhta dan harta. Masalah di Afghanistan bukan semakin selesai tetapi semakin teruk dan merugikan umat Islam.
Sebab ketiga kuffar takutkan Islam kerana pemimpin yang dilahirkan oleh Islam merupakan pemimpin yang benar-benar layak memerintah dengan sifat dan akhlaknya yang baik serta kepatuhan nya dalam melaksanakan segala hukum Islam tanpa takut kepada ugutan serta tidak terpengaruh dengan godaan dunia yang cuba merosakkannya. Kejayaan Islam melahirkan pemimpin yang adil membolehkan rakyat hidup aman dan bersatu menentang serangan musuh demi mencari keredhaan Allah. Apabila adanya pemimpin Islam yang benar-benar layak memerintah maka ini menyebabkan kuffar menjadi takut dan resah kerana tidak dapat lagi menguasai negara umat Islam sesuka hati. Oleh itu kuffar telah merancang dengan teliti apabila melantik pemimpin di negara umat Islam di mana mereka melantik pemimpin dari kalangan anak didik dan tali barut kuffar agar kuffar terus menjajah negara umat Islam sesuka hati mengikut acuan dan kehendak nafsu serakah mereka
.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sebab keempat Kuffar takutkan Islam kerana seseorang islam hanya memberi wala’ atau tunduk patuh hanya kepada Allah. Mereka sanggup menghadapi godaan dunia yang berbentuk kemegahan takhta, kemewahan harta dan kecantikan wanita demi mencari keredhaan Allah. Mereka rela mempertahankan Islam di zaman orang memeranginya kerana Allah. Umat Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang menyeluruh sentiasa ingat kepada pahala dan dosa, syurga dan neraka dalam apa jua pekerjaan mereka termasuk pemerintahan dan politik. Umat Islam yang berilmu dan beramal dengan ilmu mereka akan sentiasa berjuang mengharamkan judi, riba, arak kerana mereka yakin bahawa perjuangan mereka ini adalah benar dan dijanjikan pahala. Mereka juga akan sentiasa berani menegur pemimpin yang menghalalkan riba, judi dan arak demi menyelamatkan diri mereka dan pemimpin yang jahil itu daripada dosa yang boleh membawa kepada turunnya bala Allah di dunia dan balasan neraka di akhirat. Perjuangan menegakkan Islam adalah susah terutama golongan yang benar-benar mempertahankan Islam dianggap pengganas dan kolot serta dipandang seperti orang asing. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang tercatat dalam sohih Muslim.
بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula maka beruntunglah orang-orang yang asing
Ini berbeza dengan kuffar dan anak didik mereka terutama yang menjadikan system sekularisme yang memisahkan antara politik dan agama sebagai cara hidup sehingga menganggap bahawa dosa dan pahala tidak terlibat dengan sebarang urusan dunia terutama pemerintahan. Apabila anggapan salah ini terus bersemadi dalam diri menyebabkan pemimpin tanpa segan silu melakukan jenayah rasuah, merompak wang rakyat serta memerangi pejuang Islam tanpa perasaan berdosa kepada Allah. Malah mereka dengan berani menghina Islam sebagai agama pengganas dan pembawa kemunduran kepada tamadun manusia. Oleh itu berhati-hatilah kita dengan segala perancangan dan serangan musuh agar kita tidak terpedaya dan terus dijajah oleh kuffar durjana.
Firman Allah dalam ayat 7 surah Muhammad :
يأيها الذين ءامنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia kan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: