السلام عليكم
الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah :
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء
فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ
الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ
وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa
mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang
engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di
mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang
yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan
mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.
Kini kita berada pada minggu ketiga bulan Sya’aban yang
pernah melakar beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya peristiwa
perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika
mula-mula sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas
16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini
telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para
muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap
pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi
iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat Islam
agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah musuh
Islam terutama yahudi dan Kristian dalam setiap aspek kehidupan samada dalam
sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Selagi sistem yang
digunakan oleh oleh umat Islam masih berqiblat kepada sistem kuffar maka selagi
itulah kita terus mundur dan terjajah dalam negara sendiri.
Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,
Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali ‘Imran :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا
الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ
Maksudnya : Wahai
orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya
mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang
yang rugi.
Kejahilan terhadap agama sendiri merupakan antara punca
terbesar kepada berlakunya kehilangan identiti umat Islam terutama aqidah dan
akhlak. Kita begitu bimbang bila masalah murtad terutama di Sabah kebanyakannya
akibat salah faham terhadap ajaran Islam di mana mereka hanya terikut-ikut
dengan Islam bawaan datuk nenek mereka yang sekadar mengucap 2 kalimah syahadah
sahaja tetapi bila diajar tentang solat, puasa dan cara hidup Islam yang lain
menyebabkan mereka menganggap Islam ini adalah ajaran baru dan susah lalu
mereka memohon untuk keluar daripada Islam beramai-ramai. Lebih menggerunkan
apabila adanya laporan bahawa pihak Kristian mempunyai maklumat yang begitu
lengkap berkenaan lokasi dan pecahan etnik di seluruh Sabah untuk mengembangkan
Kristian ketika umat Islam terkial-kial dengan masalah tersendiri. Kegagalan
dalam membina identiti muslim sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan
hadis nabi juga menyebabkan ramai umat Islam terperangkap pada sarang
labah-labah ciptaan Yahudi dan Kristian atau singkatannya SPIDER. Senjata musuh
Islam dalam menghancurkan umat Islam antaranya [1]
Sex dengan menggalakkan hubungan bebas sehingga meluasnya penzinaan. Yahudi
berkata dalam protokol mereka : “ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di
setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus
membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun
yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu
seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”. Begitu
juga kata pemimpin penjajah Kristian : “ Gelas arak dan pelacur amat berperanan
dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu
meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”. Pemimpin
lebih berminat untuk mengembang mata pelajaran seks ala barat iaitu zina tidak
salah asalkan jangan mengandung sedangkan pintu zina terus terbuka luas.
Pemimpin hanya berminat untuk berubat penyakit yang telah parah daripada
menyekat punca penyakit.
Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,
Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun :
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ
وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم
بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ
Maksudnya : Dan sekiranya kebenaran itu tunduk
menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala
yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami
memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan
kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak
juga mahu menerimanya;
Senjata musuh Islam seterusnya ialah [2] Politic
dengan menjadikan kuasa untuk mengaut
keuntungan bukan sebagai suatu amanah di mana akhirnya kekayaan negara
dibahagi sesama kroni sedangkan rakyat jelata dihimpit kenaikan harga barang
dan bebanan hidup yang menyusahkan. [3] Ideology yang bertentangan
dengan Islam disebarkan termasuk atas nama Islam seperti Islam Liberal sehingga
akal menjadi rujukan utama yang menyebabkan segala sistem Islam yang bercanggah
dengan hawa nafsu ditolak sebaliknya sistem barat walau pun jelas zalim dan
merbahaya diagung-agungkan . Musuh juga memastikan senjata berbentuk [4]
Drug dengan memastikan umat Islam dihancurkan dengan bahan memabukkan terutama
dadah dan arak. Apabila tengkorak hidup memenuhi negara maka penjajahan
kuffar terus berlangsung tanpa tentangan. Ibarat kata Syair : ‘Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila
akhlaknya telah lenyap maka lenyap pulalah bangsa itu’. Senjata ke-[5] Education dengan memastikan
penjajahan terhadap sistem pendidikan lebih berkiblatkan barat dan kurangkan
pengajian agama. Pemerkasaan ilmu agama samada di sekolah mahu pun
universiti masih lagi gagal dilaksanakan sehingga masalah buta al-Quran dan
buta agama terus meningkat. Apa yang lebih malang apabila adanya negara umat
Islam yang tunduk pada kehendak yahudi agar dibuang bab jihad dan kejahatan
yahudi dalam sukatan pengajian sedangkan di Israel sendiri bermula daripada pra
sekolah hinggalah peringkat tinggi ditanam sikap membenci umat Islam dan cara
memerangi Islam. Seterusnya senjata berbentuk [6] Rock dengan
menghanyutkan umat Islam dengan hiburan melalaikan sehingga jauh daripada
petunjuk Allah. Minggu ini kita disajikan dengan 2 keadaan berbeza iaitu jika
kerajaan Kedah melaksanakan undang-undang melarang umat Islam daripada memasuki
pusat hiburan sepanjang Ramadhan manakala kerajaan Melaka pula memanjang waktu
berhibur sehingga jam 3 pagi. Kita bimbang di Melaka bukan sahaja akan
bertambah sekolah mengandung malah terpaksa pula dibuka kolej dan universiti
mengandung akibat tindakan yang tidak bertamadun atas alasan untuk menarik
pelancong akhirnya menambah jumlah pelacur. Tidak terlepas pandang untuk kita
mengutuk tangan-tangan ghaib yang cuba mempertikaikan pengharaman judi di
Kelantan apabila ada kes yang dibawa di mahkamah dalam masalah ini.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Setelah faham dan sedar tentang
perancangan jahat musuh Islam yang tidak pernah serik daripada menghancurkan
Islam dan umatnya maka kita wajib berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam
melawannya. Jangan biarkan hati kita menjafi keras sehingga mudah dikuasai oleh
hawa nafsu dan syaitan. Antara tanda hati keras ialah [1] Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
terutama melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan kewajipan
ditetapkan itu seperti tidak serius menunaikan solat atau berasa berat melaksanakan
ibadah sunnah. [2] Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran. Ketika
disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh
sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dan lalai daripada membaca al-Quran
serta mendengarkannya. [3] Berlebihan mencintai dunia dan melupakan
akhirat. Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. [4]
Kurang mengagungkan Allah sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan
iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli
terhadap segala kemaksiatan dan dosa. [5] Tidak belajar dengan ayat
kauniah iaitu tidak terpengaruh dengan peristiwa yang dapat memberi pengajaran
seperti kematian, sakit atau bencana. Dia memandang kematian atau orang yang
sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu
sebagai peringatan berharga.
Firman Allah dalam ayat 2-3 surah al-Anfal :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ
اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ
إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah. (2)Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan