أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Selasa, 13 Julai 2010

130. KEMBALIKAN SEMUA SISTEM BERQIBLATKAN ISLAM

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 10 سورة العنكبوت :
ومن الناس من يقول ءامنا بالله فإذا أوذي فى الله جعل فتنة الناس كعذاب الله ولئن جآء نصر من ربك ليقولن إنا كنا معكم أوليس الله بأعلم بما فى صدور العــلمين
Maksudnya : Dan di antara manusia ada orang yang berkata : “ Kami beriman kepada Allah”. Maka apabila dia disakiti (kerana beriman) kepada Allah lalu dia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sesungguhnya jika datang pertolongan dari Tuhanmu maka mereka pasti akan berkata : “ Sesungguhnya kami adalah bersamamu”. Bukankah Allah lebih Mengetahui apa yang ada dalam dada sekalian manusia?.
Kita sekarang berada di pertengahan bulan Sya’aban yang mengingatkan kita kepada peristiwa pertukaran qiblat dari Baitul Maqdis, Palestin ke Ka’abah, Mekah. Pertukaran qiblat ini berlaku setelah ujian dari segi penghinaan oleh musuh Islam terhadap Islam dan umatnya yang didakwa mereka-reka agama baru sedangkan qiblat umat Islam sama dengan agama yahudi. Tekanan dan serangan dari segi pemikiran atau saraf ini begitu memberi kesan kepada Rasulullah s.a.w dan umat Islam sehingga nabi sentiasa berdoa kepada Allah agar ditukarkan arah qiblat kepada Ka’abah di Mekah. Kita dapat lihat di sini bagaimana musuh Islam sentiasa mencari jalan serta membuat perancangan yang menyeluruh untuk menghancurkan Islam walau dengan apa cara sekalipun termasuk melalui serangan pemikiran yang bertujuan untuk menimbulkan keraguan pada diri umat Islam terhadap Islam itu sendiri. Jika serangan saraf yang dibuat ini berjaya maka usaha kuffar untuk memerangi Islam menjadi lebih mudah. Serangan saraf ini tidak mampu dihadapi oleh senjata zahir tetapi ia hanya mampu dihadapi dengan ilmu yang kemas serta keimanan yang kukuh kepada Allah dan seluruh ajaran Islam. Melalui peristiwa pertukaran qiblat ini juga menunjukkan kepada kita bagaimana kesungguhan Rasulullah s.a.w dalam berdakwah serta memohon agar dibezakan antara qiblat untuk umat Islam dengan agama selainnya bagi mengelak umat Islam daripada mudah terpengaruh dengan dakyah dan dakwaan kuffar yang sesat. Jika nabi begitu bersungguh dalam memanjatkan doa kepada Allah bagi menukarkan arah qiblat maka kita umat Islam zaman kini mesti lebih bersungguh dalam bermunajat kepada Allah serta berjuang dengan segala kemampuan yang ada dalam mengubah sistem hidup yang berqiblatkan kuffar barat kepada berqiblatkan sistem Islam sebagaimana yang di perintah oleh Allah. Jika pada zaman nabi pihak kuffar boleh menyerang umat Islam semata-mata arah qiblat iaitu kepada Baitul Maqdis di Palestin maka pada hari ini kuffar mempunyai hujah yang lebih banyak dalam menyerang dan menekan umat Islam kerana kebanyakan negara umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin yang jahil dan bencikan Islam lebih suka bersama dengan kuffar dengan pelaksanaan sistem hidup berqiblatkan sistem yang ditaja oleh kuffar terutama yahudi.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kita dapat saksikan bagaimana penindasan dan pembunuhan terhadap umat Islam bagaikan tiada pembelaan sewajarnya. Kekayaan yang dianugerahkan kepada hampir seluruh negara umat Islam tidak dapat membantu umat Islam yang tertindas malah ramai umat Islam tertindas dalam negara mereka sendiri kerana kekayaan negara hanya berpusing dan berkisar kepada golongan tertentu sahaja. Rakyat tersiksa dengan harga barangan yang melambung tinggi sedangkan pemimpin terus berseronok meraih keuntungan yang diperolehi. Penghinaan dan penderaan ini berlaku disebabkan qiblat umat Islam banyak dialih kepada sistem kuffar sehingga pihak kuffar mudah memerangi umat Islam. Setelah menyedari kesilapan kita maka marilah kita sama-sama mengubahkan arah qiblat umat Islam daripada terus tunduk kepada system kuffar kepada tunduk patuh kepada seluruh ajaran Islam yang meliputi setiap aspek kehidupan. Jika kita mampu mengadap qiblat yang satu iaitu Ka’abah di Mekah ketika beribadat maka kita juga mesti bersatu untuk menggunakan system yang satu iaitu Islam dalam pemerintahan, ekonomi, social dan sebagainya. Kita mesti bersatu untuk lahir sebagai umat kuat dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup sehingga kuffar tidak berani lagi menindas dan melakukan kezaliman terhadap umat Islam. Ingatlah bahawa kita hanya mampu lahir sebagai umat yang cemerlang dan kuat apabila menjadikan Islam sebagai cara hidup. Jika kita mencari sistem selain Islam sebagai cara hidup maka kita akan terus dihina oleh Alla di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Dunia terus menyaksikan bagaimana serangan hampir sebulan terhadap umat Islam di Afghanistan terus meragut banyak nyawa yang tidak berdosa serta banyak meranapkan bangunan orang awam dan mencederakan rakyat yang tidak bersalah. Setelah kita kaji kepada serangan yang dilakukan oleh Amerika dan Bitain serta sekutu kuffarnya maka kita dapati bahawa serangan ini bukanlah untuk memerangi pengganas sebagaimana yang didakwa. Kita dapati kuffar mahu menguji kekuatan sebenar para mujahidin dan Islam itu sendiri yang merupakan musuh utama mereka setelah peperangan berdasarkan blok demokrasi dan komunis telah lama berakhir setelah Soviet Union yang menjadi kuasa besar komunis dunia berjaya dikuburkan oleh mujahidin di bumi Afghanistan. Kini peperangan yang diletus adalah antara Islam dan kuffar di mana melalui beberapa kajian didapati kuffar terutama pengganas Amerika dan Britain cuba mengajak dan menyatukan seluruh kekuatan kuffar untuk memerangi kekuatan Islam selain daripada tujuan mereka untuk membolot kekayaan melalui saluran minyak yang bakal dibina melalui Afghanistan dan juga sejenis bahan galian yang terdapat di bumi Afghanistan di mana hasil daripada sumber ini boleh membantu Amerika untuk menyara rakyatnya selama lapan generasi. Kita lihat betapa teraturnya perancangan kuffar di mana mereka tidak menghabiskan wang yang banyak untuk mengerah tentera dan seluruh peralatan, jet pejuang, bom dan senjata canggih yang lain secara percuma tetapi mereka memikirkan bagaimana hasil jika bumi Afghanistan berjaya dikuasai nanti.
Kuffar turut menyembunyikan punca yang sebenar tentang dalang yang bertanggungjawab dalam menyerang 2 bangunan utama di Amerika bulan September lalu malah apabila Amerika dan beberapa negara lagi diserang oleh serangan racun anstraks maka sekali lagi umat Islam dijadikan punca kepada perkara berikut. Di sini kita dapat lihat bagaimana kuffar tidak mempunyai musuh yang lain lagi sekarang melainkan Islam. Oleh itu sebarang keganasan yang berlaku akan dinisbahkan kepada Islam agar dakwah Islam dapat digugat dan kekuatan Islam dapat dimusnah. Walau bagaimana pun perancangan kuffar namun kuasa Allah lebih hebat daripada segala makhlukNya. Allah tetap memelihara agamaNya daripada dimusnahkan dan Allah akan meghancurkan setiap bangsa yang melakukan kerosakan di muka bumi ini.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Pada hari ini juga kita dapat saksikan bagaimana ligatnya pergerakan yahudi dalam usaha menguasai seluruh bumi Palestin yang akan dijadikan pusat pemerintahan Zionis Raya ke arah menguasai dunia. Yahudi yang menjadi dalang dalam menyerang Amerika kini terus menggunakan peluang yang terbuka dengan kesibukan Amerika menyerang Afghanistan dan juga kesibukan Amerika dalam menghadapi serangan anstrak dengan melakukan pembunuhan dan pencerobohan yang lebih banyak di bumi Palestin. Serangan yang menyeluruh kuffar terhadap kekuatan Islam ini yang bermula dari bumi Afghanistan samada akan menambahkan kekuatan kuffar atau pun mereka akan dihancurkan sebagaimana hancurnya kaum ‘Ad dan Thamud atau kuasa kuffar akan dikuburkan sebagaimana tersembamnya kuasa Parsi dan Rom. Kita tetap yakin kepada pertolongan dan kemenangan daripada Allah yang dianugerahkan kepada pejuang Islam yang benar-benar berjuang dijalanNya. Kemenangan yang bakal diraih oleh pejuang Islam bukannya datang dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan yang tinggi. Bila dianugerahkan kemenangan maka kita bersyukur, jika kita diuji dengan kekalahan maka kita terus bersabar, jika kita menjadi mangsa sehingga terbunuh insya Allah kita doakan semoga mendapat anugerah mati syahid tetapi untuk menyuruh kita daripada berhenti dalam memperjuangkan Islam yang suci ini tidak sama sekali. Perjuangan mesti diteruskan, keganasan mesti dihentikan, keadilan sejagat mesti ditegakkan. Islamlah necaya kita selamat dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 33 surah Ahzab :
من المؤمنين رجال صدقوا ماعــهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا
Maksudnya : Di antara orang mukmin itu ada mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: