الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 145 surah al-Baqarah :
ولئن أتيت الذين أوتوا الكتب بكل ءاية ماتبعوا قبلتك وماأنت بتابع قبلتهم ومابعضهم بتابع قبلة بعض ولئن اتبعت أهواءهم من بعد ما جاءك من العلم إنك إذا لمن الظــلمين
Maksudnya : Dan sesungguhnya jika kamu datang kepada orang-orang yahudi dan kristian yang diberikan kitab Taurat dan Injil dengan segala keteranga maka mereka tetap tidak akan mengikut kiblatmu dan engkau pun tidak akan mengikut kiblat mereka. Malah sebahagian mereka pun tidak mengikut kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka (yahudi dan kristian) setelah datangnya ilmu kepadamu maka engkau termasuk golongan orang-orang yang zalim
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kini kita berada dipenghujung bulan Sya’aban di mana tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan bulan rahmat dan bulan maghfirah. Sebelum menyambut kedatangan Ramadhan yang dinanti-nantikan maka kita sepatutnya sentiasa menghitung diri sendiri tentang segala amalan soleh kita adakah semakin bertambah atau sebaliknya, adakah telah dilakukan dengan penuh cermat dan ikhlas kepada Allah atau dilakukan sambil lewa sahaja. Bulan Sya’aban inilah sepatutnya kita gunakan dengan sebaik mungkin sebagai bulan persediaan ke arah menyiapkan diri dalam menyambut kedatangan Ramadhan agar amalan soleh yang bakal kita kerjakan lebih baik daripada sebelumnya.
Bulan Sya’aban ini turut memahat peristiwa penting untuk sama-sama kita renungi di mana pada waktu mula-mula tiba di Madinah maka nabi dan umat Islam diperintah oleh Allah agar mengadap ke arah Baitul Maqdis ketika solat sehingga ia menjadi bahan cercaan dan ejekan yahudi dan kuffar yang lain. Nabi sentiasa berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah. Daripada peristiwa ini kita dapat lihat bagaimana serangan kuffar terutama yahudi sentiasa berjalan samada secara fizikal atau serangan saraf dalam memastikan dakwah Islam dapat dihentikan. Nabi Muhammad s.a.w begitu bersungguh berdoa kepada Allah agar ditukarkan arah qiblat bagi menguatkan keimanan dan keyakinan umat Islam serta menperjelaskan lagi perbezaan antara qiblat umat Islam dengan yahudi. Rasulullah s.a.w melihat bahawa masalah qiblat ini adalah begitu penting dalam mematahkan serangan saraf musuh Islam sehingga membolehkan umat Islam beribadat kepada Allah dengan penuh tenang dan dapat membezakan antara ajaran Islam dengan agama lain secara lebih jelas lagi
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Jika Rasulullah s.a.w begitu bersungguh berdoa kepada Allah agar mengubah arah qiblat daripada Baitul Maqdis yang merupakan qiblat yang digunakan oleh orang yahudi kepada menghadap ke Masjidil Haram maka kita umat Islam hari ini mesti lebih bersungguh dalam memanjatkan doa kepada Allah serta meningkatkan usaha dalam mengembalikan semula kemuliaan umat Islam dengan kita sama-sama kembali semula kepada seluruh ajaran Islam yang meliputi setiap aspek kehidupan bukannya terus terpenjara di bawah sistem jahiliah yang kebanyakannya dicipta oleh kuffar terutama yahudi samada dalam aspek pemerintahan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Jika Rasulullah s.a.w dapat melihat secara jelas bagaimana bahayanya jika umat Islam terus menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi maka kita umat Islam yang berpegang kepada seluruh ajaran Islam mestilah sedar bagaimana bahayanya jika umat Islam hanya beribadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji mengikut ajaran Islam sedangkan amalan kehidupan mereka yang lain terutama cara memerintah mengikut sistem sekularisme dan dari sudut ekonomi pula menggunakan sistem kapitalisme yang ditaja oleh yahudi dan kristian maka kemuliaan umat Islam terus tenggelam malah umat Islam akan terus menjadi mangsa kezaliman dan penindasan kuffar durjana.
Kita sepatutnya lebih menggandakan usaha dalam melaksanakan semula seluruh ajaran Islam agar keadilan dan kehebatan sistem Islam dapat dilihat dan dirasai bukan sahaja oleh umat Islam tetapi turut sama dinikmati oleh orang bukan Islam. Apabila seluruh sistem Islam dapat dilaksanakan di bumi yang nyata bukan lagi setakat tercatat dalam al-Quran dan hadis nabi serta kitab-kitab karangan ulama’ muktabar maka umat Islam dapat melihat perbezaan yang jelas antara ajaran Islam yang lengkap dengan ajaran agama dan ideologi lain yang sesat. Ini akan membantu usaha dalam meningkatkan dakwah dan mengurangkan musuh apabila Islam mula dilihat oleh dunia sebagai agama yang bergerak dan kemampuannya tidak lagi dapat dipertikaikan apabila setiap orang dapat melihat sendiri kesesuaian pelaksanaannya.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Pertembungan antara Islam dengan yahudi serta agama lain terus berjalan sehingga hari qiamat. Rasulullah s.a.w sendiri semasa baru tiba di Madinah dan seterusnya mendirikan Daulah Islamiah telah berhadapan dengan yahudi. Begitu juga semasa pemerintahan berjalan sehinggalah seluruh yahudi dihalau keluar dari Madinah akibat kedegilan dan kejahatan mereka yang cuba melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Islam. Para sahabat nabi meneruskan dasar yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w dalam memerangi golongan pengganas dan pelampau terutama yahudi sehingga dunia dapat diselamatkan daripada tangan yang ganas itu. Firman Allah dalam ayat 4 surah al-Isra’ :
وقضينا إلى بني إسرائيل فى الكتب لتفسدن فى الأرض مرتين ولتعلن علوا كبيرا
Maksudnya : Dan telah Kami tetapkan kepada bani Israel dalam kitab itu : “Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini 2 kali dan kamu pasti menyombong diri dengan kesombongan yang melampau
Ada di kalangan ulama’ tafsir dalam menafsirkan ayat ini sehingga ayat 7 surah al-Isra’ mengatakan bagaimana yahudi akan dihancurkan oleh Allah sebanyak 2 kali iaitu kali pertama apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan kali kedua ialah pada zaman ini di mana jika kita perhatikan disebalik setiap keganasan yang berlaku maka akan didapati adanya yahudi dibelakangnya sebagai perancang. Yahudi kini begitu mendesak agar Amerika menyerang Iraq kerana minyak dan juga memang perancangan yahudi dalam membina negara Israel Raya bermula dari Syria ke Mesir dan Iraq. Musuh Islam turut menjatuhkan kerajaan taliban Afghanistan setahun yang lalu kerana minyak memandangkan Amerika dan kuasa besar yang lain kini hampir kehabisan sumber minyak.
Sidang Jumaaat yang diberkati Allah,
Setelah hampir berjaya menghancurkan negara umat Islam seperti Palestin, Iraq, Afghanistan kini yahudi dan kuffar mula mengganas di Asia Tenggara dengan berlakunya letupan di Bali, Indonesia diikuti Zamboanga, Filiphina dan beberapa hari lepas di Fatani, Thailand. Kuffar telah merancang dengan begitu rapi keganasan ini yang dikaitkan dengan umat Islam. Kuffar terutama yahudi sebenarnya adalah dalang dalam menghalalkan kemasukan tentera asing ke Asia Tenggara seterusnya kuffar akan menyedut sebanyak mungkin hasil minyak yang memang begitu banyak di sebelah sini.
Malah pemilihan Malaysia sebagai pusat latihan anti-pengganas adalah antara senjata utama dalam menjajah negara ini secara mudah. Mengapakah kuffar tidak memilih sahaja Singapura iaitu pusat yahudi Asia Tenggara untuk tujuan berikut. Malaysia dipilih antara yang kita nampak ialah kerana negara ini aman dan rakyatnya kurang terdedah kepada peperangan besar yang membolehkan kuffar bergerak dengan senang. Keduanya disebabkan hasil minyak negara ini begitu banyak samada yang telah digali atau bakal mendarat. Ketiganya kerana kemenangan gerakan Islam semakin dekat maka ia mesti disekat awal-awal lagi demi kepentingan kuffar durjana.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ketika umat Islam berhadapan dengan serangan pengganas kuffar, kerosakan akhlak, buta agama, budaya malas belajar tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan khianat dan tidak bertanggungjawab pimpinan negara yang menghentikan bantuan perkapita kepada semua sekolah agama rakyat. Kita mengecam tindakan yang tidak bertamadun dan melemahkan lagi umat Islam yang kini sedang dihimpit dari pelbagai sudut. Kita tidak dapat nafikan bagaimana setiap mereka yang ingin melawan Islam maka antara senjatanya iaitu wang tetapi mereka lupa bahawa umat Islam yang benar-benar yakin dengan Islam sentiasa menjaga aqidahnya dan tidak boleh dijual beli dengan kesenangan dunia. Kita pernah menyaksikan bagaimana golongan kuffar dan munafik cuba menghasut golongan Ansar Madinah agar tidak membantu golongan Muhajirin dari Mekah supaya mereka lari daripada Rasululllah s.a.w kerana susah sehingga nabi sendiri tidak lagi mempunyai pengikut setia serta tidak mampu mendirikan Daulah Islamiah dalam melaksanakan Islam yang menyeluruh. Tetapi usaha musuh ini tidak berjaya kerana keimanan dan keyakinan golongan Ansar terlalu tinggi terhadap Allah dan rasulNya sehingga Daulah Islamiah berjaya dibina hasil daripada pengorbanan seluruh umat Islam pada masa itu. Tindakan seperti ini sentiasa dilakukan oleh musuh Islam selagi Islam bertapak di muka bumi ini kerana perjuangan Islam bukannya merempuh jalan yang mudah sebaliknya memerlukan pengobanan yang tinggi daripada umatnya sehingga datangnya janji kemenangan daripada Allah.
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Munafiqun :
هم الذين يقولون لاتنفقوا على من عندرسول الله حتى ينفضوا ولله خزائن السموت والأرض ولكن المنفقين لايفقهون
Maksudnya : Mereka(golongan munafik) menghasut golongan Ansar dengan katanya: “ Janganlah kamu memberi bantuan kebendaan kepada golongan Muhajirin yang ada di samping Rasulullah supaya mereka berpecah meninggalkan nabi”. Sedangkan segala perbendaharaan langit dan bumi adalah milik Allah tetapi golongan munafik tidak memahami
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
Tiada ulasan:
Catat Ulasan