أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Khamis, 26 September 2019

Hijrah Hilangkan Jerebu Jahiliah Julang Rahmah

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 10-11 surah ad-Dukhan: فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ Maksudnya: Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabus atau asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih Kita sebagaimana hamba Allah yang beriman kepada Allah dan hari qiamat sentiasa diingatkan hawa kehidupan dunia ini hanya sementara di mana bumi yang kita pijak, langit yang kita junjung ini sendiri bakal dihancurkan apabila tibanya saat berlakunya Qiamat. Sekiranya makhluk Allah yang besar seumpama langit dan bumi ada tempoh yang tertentu untuk dihancurkan begitulah juga kita sebagai makhluk yang kerdil hanya menunggu masa untuk menunggu saat kematian kita. Kita bukan disuruh untuk menjadi penunggu setia kepada hari mati dan tarikh berlakunya Qiamat sebaliknya kita disuruh untuk sentiasa bersiap sedia dalam menambah bekalan akhirat dengan amalan soleh disamping perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa kesalahan yang kita lakukan. Bila berlakunya kejadian jerebu yang terus melanda negara maka marilah kita sama-sama merenung tentang suatu peringatan Allah melalui surah ad-Dukhan bagaimana akibat kedegilan kaum Quraisy yang tidak mahu menerima Islam, maka Rasulullah s.a.w mendoakan atas mereka: أَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَيْهِمْ بِسِنِيْنَ كَسِنِيْ يُوْسُفَ - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Ya Allah! Tolonglah aku untuk mengalahkan mereka dengan kelaparan seperti yang terjadi pada zaman nabi Yusuf a.s Maka terjadilah kemarau panjang dan kelaparan, hingga sebahagian mereka binasa dan sebahagian lainnya memakan bangkai-bangkai dan tulang-tulang. Ketika itu setiap orang melihat seakan-akan di antara langit dan bumi ada asap. Ada yang berpendapat, bahwa dukhan tersebut adalah asap yang meliputi manusia ketika neraka mendekat kepada orang-orang yang berdosa pada hari Qiamat, dan bahawa Allah mengancam mereka dengan azab pada hari Qiamat serta menyuruh Nabi-Nya menunggu hari itu. Ia merupakan suatu ancaman kepada orang-orang kafir dan menakut-nakuti mereka dengan hari itu dan azabNya, dan dalam masa yang sama menghibur rasul dan kaum mukmin agar menunggu azab yang bakal menimpa orang yang mengganggu mereka pada hari Qiamat nanti Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam Surah ar-Ruum ayat 41: ظَهَرَ‌ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ‌ وَالْبَحْرِ‌ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْ‌جِعُونَ Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ketika berbicara tentang jerebu juga maka mimbar Jumaat pada hari ini menyeru agar semua pihak bermula daripada pemimpin hingga rakyat di bawah supaya bersungguh-sungguh menjauhi dosa maksiat agar diangkat musibah ini dengan segera oleh Allah. Begitu juga perlu diambil tindakan yang tegas dari Kerajaan Indonesia dan Negara kita sendiri memandangkan banyak syarikat besar daripada 2 negara ini dan beberapa Negara lain yang terlibat secara langsung dalam pembakaran hutan bagi tujuan perniagaan terutama penanaman sawit dan sebagainya. Jangan disebabkan untuk kepentingan perniagaan maka keselamatan kesihatan dan nyawa rakyat menjadi taruhan. Akibat beberapa kerat syarikat berkepentingan maka maslahat umum diketepikan sehingga banyak aktiviti terutama sekolah, sektor pelancongan dan sebagainya terjejas akibat kerakusan untuk mencari keuntungan. Adalah tidak berbaloi syarikat mengaut keuntungan ketika rakyat kehilangan nyawa, terjejas kesihatan malah Negara sendiri menanggung kos rawatan dan pemulihan yang jauh lebih tinggi daripada keuntungan yang diraih. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Ketika berbicara tentang dukhan atau asap juga maka ia turut mengetuk hati kita untuk merenung tentang tanda-tanda Qiamat. Telah banyak perkara besar yang disebutkan oleh nabi s.a.w termasuk tentang alamat atau tanda Qiamat yang berlaku depan mata kita sendiri yang mengingatkan kita tentang betapa hampirnya dunia ini kepada saat kehancuran. Antaranya melalui suatu hadis عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ - رواه مسلم Maksudya: Rasulullah s.a.w menghampiri kami saat kami sedang membicarakan sesuatu, baginda s.a.w bertanya: “Apa yang kalian bicarakan?” Kami menjawab: Kami membicarakan berkenaan Qiamat. Baginda s.a.w bersabda: “Qiamat tidaklah terjadi hingga kalian melihat 10 tanda-tanda sebelumnya.” Baginda s.a.w menyebut iaitu [1] Asap, [2] Dajjal, [3] binatang yang akan bercakap kepada manusia, [4] terbitnya matahari dari barat, [5] turunnya nabi Isa bin Maryam a.s, [6] ya’juj dan ma’juj, [7] 3 gempa bumi; gempa bumi di timur, [8] gempa bumi di barat dan [9] gempa bumi di jazirah arab dan [10] yang terakhir adalah api muncul dari Yaman menghalau manusia menuju tempat perkumpulan mereka Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf : وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Sempena dengan semangat Hijrah yang baru disambut maka marilah kita mengajak bermula dari Kerajaan hingga rakyat bawahan untuk mengubah keadaan diri, keluarga, masyarakat, negeri seterusnya negara kea rah tunduk patuh kepada ajaran Islam. Hijrah yang akan membawa keberkatan dan keselamatan kepada negara sehingga kesan Rahmatan lil Alamani dapat dirasai bukan sahaja oleh umat manusia malah alam sekitar, binatang, tumbuhan dan selainnya. Sebarang bentuk kerosakan kepada alam sekitar wajib dibanteras habis-habisan Begitu juga dosa maksiat berbentuk program, lesen, tempat dan sebagainya mesti disekat. Contohnya Kementerian Kesihatan Malaysia tidak sewajarnya menangguhkan peraturan penjualan arak murah hanya kerana desakan beberapa pengilang dan pengeluar serta penjual arak murah. Kita menyokong penuh apa yang dinyatakan oleh Pergerakan Anti-Arak Murah Malaysia atas keadaan ataupun kesan negatif yang semakin merebak akibat penjualan arak ini khususnya kepada golongan B40. Kita tidak mahu kes sebagaimana tahun lepas, ramai yang telah mati akibat minum arak ini terus berulang. Arak adalah suatu punca kejahatan yang menyebabkan masyarakat menghadapi pelbagai masalah termasuklah konflik rumah tangga, masalah kesihatan, berlaku ketagihan, masalah sosial di kalangan remaja dan sebagainya Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar) Semangat Hijrah turut memberi semangat kepada kita untuk memastikan seluruh system Islam dapat dilaksana dalam negara. Kita bimbang dengan perkembangan semasa termasuk isu wujud pihak yang mengulangi secara tegas perihal The Kingdom of God dalam Naratif Malaysia Baharu. Ia dibimbangi bercanggah dengan asas-asas Rukun Negara dan peruntukan utama dalam Perlembagaan seperti Islam Agama Persekutuan dan kedudukan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Kita memohon kepada pihak yang berwajib untuk menyiasat ucapan dalam forum Naratif Malaysia Baru pada 14 September 2019 di Kota Damansara selain penganjuran dan kandungan lain forum itu. Antara maksud kepada sebahagian ucapan itu ialah : "Kerajaan Tuhan adalah misi yang tidak dapat dihalang, dan sebabnya ini, Tuhan sendiri akan bertindak atasnya, dan itulah keyakinan kita yang tidak dapat dilepaskan". Begitu juga makna ucapan, "Kerajaan Tuhan tidak dapat dihalang dan ini adalah jawapan kita kepada semua ideologi kapitalisme, komunisme, sosialisme, liberalisme, nasionalisme. Tuhan sendiri berkomitmen untuk bertindak dan memastikan kejayaan kerajaannya sendiri ". Isu ini merupakan isu besar yang tidak dipandang remeh oleh semua pihak. Ketika agama lain bersungguh dalam membina negara ikut acuan agama mereka maka takkan masih ada dikalangan kita terus rasa sangsi dan was-was dengan kemampuan system Islam dalam merubah negara kepada lebih selamat dan cemerlang. Hijrahlah kita daripada jahiliah kepada Islam agar kita bahagia dan Berjaya dunia dan akhirat قال الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: