أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Sabtu, 30 Disember 2017
Islam DiJulang Guru DiSayang Al-Quds DiPertahan
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 65-70 surah al-Kahfi :
فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا ﴿٦٥﴾ قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا ﴿٦٦﴾ قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا ﴿٦٧﴾ وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا﴿٦٨﴾ قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا ﴿٦٩﴾ قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَن شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا ﴿٧٠﴾
Maksudnya : Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami. Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” Dia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, In sya Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”. Dia menjawab: “Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”
Setiap kali berada berada pada hari Jumaat maka kita disunatkan untuk membaca surah al-Kahfi di mana antara tujuannya selain mendapat fadhilat atas pembacaannya maka yang paling penting untuk kita sama-sama memahami seterusnya menghayati begitu banyak pengajaran terutama melalui kisah-kisah teladan yang terkandung dalam surah al-Kahfi ini. Antaranya berkenaan kisah Nabi Musa a.s yang belajar dengan nabi Khidir a.s di mana kita di minta supaya menjaga tertib dan adab menuntut ilmu dengan sebaiknya yang membolehkan kita mendapat keberkatan. Akhlak seseorang murid yang barangkali dirinya itu lebih mulia dan lebih soleh daripada seorang guru, tetapi itu tidak melayakkan seseorang murid untuk membantah atau tidak menghormati gurunya. Dengan kata lain, seseorang yang bergelar guru bukan sahaja wajar mendapat penghormatan daripada anak muridnya, tetapi seseorang anak murid itu harus memuliakan gurunya. Seorang murid perlu bersabar dengan tindakan gurunya, tidak terlalu gopoh menghukum atau menilai perlakuan gurunya sedangkan dia tidak mempunyai pemahaman mendalam mengenai apa yang dilakukan. Walaupun anak murid mempunyai pandangan bercanggah atau tidak senang dengan guru, tetapi berasaskan rasa hormat, anak murid tidak wajar menegur guru secara melulu. Seseorang Muslim ditegah mencerca guru kerana keberkatan ilmu bergantung kepada sejauh mana guru redha terhadap ilmu dicurahkan kepada seseorang. Muslim yang baik juga tidak boleh sombong atau bangga diri dengan gurunya walaupun barangkali jawatan disandang lebih tinggi daripada gurunya kerana Islam sangat menitikberatkan untuk menghormati ilmu yang ada pada diri seseorang supaya ilmu itu tidak menjadi barang dagangan yang diperlekehkan. Begitu juga dalam kita mencari dan menuntut ilmu, setiap ilmu yang diperolehi hendaklah diamalkan kerana berapa banyak ilmu yang kita ada bukan ukuran mendekatkan diri dengan Allah, tetapi sejauh mana kita beramal dengan ilmu yang dipelajari. Keberkatan ilmu juga bergantung kepada amalan kerana jika hanya menuntut, tetapi tidak beramal boleh menghilangkan keberkatan ilmu.
Selain itu, perkara pokok yang menjadi tunjang utama dalam adab menuntut ilmu adalah adanya rasa keikhlasan hanya kepada Allah SWT, bukan bertujuan untuk mendapat gelaran dan pangkat. Sebaiknya ilmu dimanfaatkan untuk agama Allah, bukan sekadar perhiasan dunia. Justeru, tetapkan niat yang betul serta berdoa kepada Allah supaya diberi hidayah untuk bersama memanfaatkan ilmu dipelajari. Inilah juga cara kita mendekatkan diri di sisi Allah. Tanpa jasa guru yang sabar serta setia mencurah bakti mengajar dan mendidik, siapalah kita hari ini. Oleh itu, tinggalkan pangkat dan darjat yang membaluti, tinggalkan kemuliaan yang menyelimuti diri dan bersabarlah berhadapan guru kerana kesabaran dan rasa hormat itulah datangnya keberkatan ilmu.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 13-14 surah al-Kahfi :
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا ﴿١٤﴾
Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
Surah al-Kahfi turut menyentuh berkenaan kehebatan pemuda al-Kahfi dalam mempertahankan keimanan mereka ketika berada dalam suasana jahiliah. Inilah usaha dan peranan kita bersama untuk mencontohi sifat mereka dan memastikan golongan remaja yang merupakan pelapis kepimpinan pada masa akan datang. Antara sifat generasi kemenangan yang mesti dimiliki ialah :
[1] Generasi yang patuh dan taat kepada syiar agama Islam, generasi yang tidak asing kepada amalan membaca dan mempelajari Al Quran Al Karim serta Sunnah Nabawiyah dalam kehidupan seharian.
[2] Generasi yang berdasarkan kepada realiti dan keilmuan serta berlepas diri daripada golongan yang bersikap menjauhi suluhan agama.
[3] Generasi yang bekerja dalam satu jemaah dan tidak membiarkan ahlinya berada dalam keadaan selesa atau berseronok dengan keagungan perkara-perkara lalu. Sebaliknya begitu bersemangat dalam mengulangi kembali kemenangan yang pernah dicapai atas dasar Islam
[4] Generasi rabbani dan ikhlas yang hidup di dunia dengan jiwa ahli akhirat.
[5] Generasi yang bersandar kepada Islam dan beriman dengan pemahaman yang cukup jelas dan meninggalkan jahiliyah yang bercanggah dengan Islam.
[6] Generasi dakwah dan jihad yang mana agama Islam terlalu agung buat mereka lantas masalah dunia ini menjadi perkara remeh kepada mereka dalam mengharungi jalan agama.
[7] Generasi yang merasakan aqidah mereka terlalu mahal harganya untuk ditukar ganti dengam urusan dunia.
[8] Generasi yang hidup dalam zaman moden namun pemikiran dan perasaan mereka persis para sahabat di kurun pertama hijrah.
[9] Generasi yang kuat dan mulia yang menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya
[10] Generasi yang seimbang dan sederhana yang tidak tenggelam di dalam material dan tidak pula hanyut dalam spiritual, mereka mengetahui tanggungjawab mereka kepada Allah, diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu mereka menunaikan tanggungjawab kepada setiap yang berhak dengan penuh tanggungjawab
[11] Generasi yang selalu bertaubat dan menjaga diri daripada melakukan maksiat
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :
رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ﴿٣٧﴾
Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Yakinlah kita bahawa janji kemuliaan dan kemenangan daripada Allah pasti tiba bila kita mampu melaksana segala syarat kemenangan antaranya [1] kembali semula kepada asas pegangan umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ terdapat segala asas pembentukkan jati diri umat Islam dan juga terdapat asas pembentukkan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari anasir-anasir luar yang jelas merosakkan umat Islam [2] Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman hidup [3] Kembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan, bangsa dan warna kulit, selagimana ia berada di bawah aqidah yang sama, maka selagi itulah dia bersaudara dengan kita walaupun berbeza Negara, [4] Buang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri, orang yang mementingkan diri sendiri ini adalah orang yang rugi dan orang yang tidak bertamadun. Masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu akibat kepentingan perut lebih penting dari kepentingan pembangunan ummah. Sebenarnya inilah senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam, mereka yakin selagimana umat Islam bersikap individual, maka selagi itulah umat Islam menjadi lemah. Kuatnya Islam adalah berjemaah kerana bersatu dalam jemaah itulah senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak mudah untuk ditumpaskan oleh musuh-musuh Islam.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :
إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠﴾
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri
Sempena kita berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka marilah kita sama-sama tanam azam dan tekad dalam membela nasib saudara seagama yang sedang ditindas di Myanmar, Filiphina, Iraq, Syria, Yaman dan selainnya. Kita juga wajib mempertahankan bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang memasuki fasa yang lebih teruk apabila Presiden Amerika Syarikat dan sekutu zionis yahudi yang mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Yahudi pada 6 Disember lalu walau pun pada 21 Disember suatu perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengistiharkan tindakan bacul itu batal dan tidak sah. Bumi Palestin milik umat Islam, Al Quds milik kita. Allah dengan segala kekuatannya bersama kita. Buktikan kebersamaan kita dengan pejuang Palestin. Hulurkan bantuan kewangan dan yang paling penting ialah doakan keselamatan dan kejayaan pejuang Islam. Boikot barangan zionis yahudi dan sekutunya semampu yang mungkin terutama kaki rokok. Kalau tidak mampu membantu saudara seagama jangan pula membantu musuh dalam membunuh saudara seagama. Pemimpin Negara umat Islam mesti lebih berani bertindak bukan setakat bercakap kosong. Penuhi masjid dengan solat Jemaah dan majlis ilmu agar kekuatan Islam dapat dikobarkan. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walaupun selangkah. Biar nyawa melayang namun Al-Aqsa tetap dipertahankan. Berambus wahai Yahudi atau kamu bakal ditimbus. Berundur wahai Yahudi atau kamu bakal dikuburkan. Jatuhkan bendera kezaliman zinois Yahudi dan sekutu kuffar, Kibarkan bendera kemenangan Islam
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan