أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Ahad, 20 September 2015

Khutbah Aidil Adha 1436H

Khutbah Pertama اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 1-2 سورة الحج : يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ ﴿٢﴾ Maksudnya : Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Tidak begitu lewat pada hari ini untuk kita sama-sama mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga lebih 100 Jemaah haji yang meninggal dunia termasuk dari Malaysia dan lebih 200 yang lain cedera akibat berlakunya runtuhan kren yang menimpa Jemaah yang sedang beribadat di Masjidil Haram pada petang Jumaat 11 September yang baru lalu sejurus berlakunya ribut pasir dan hujan lebat. Semoga Allah ganjarkan dengan pahala dan kedudukan yang begitu istimewa disisiNya bagi golongan yang meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia, di tempat yang mulia iaitu Masjidil Haram, Mekah ketika menjalani ibadat kepada Allah. عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ – رواه الترمذي وأحمدوالبيهقي Maksudnya : Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur Malah nabi s.aw memberitahu bahawa orang mati tertimpa akibat runtuhan dianugerah sebagai mati Syahid الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Syuhada (orang mati Syahid) itu ada 5 iaitu [1] orang yang meninggal karena penyakit Ta’un, [2] orang yang meninggal kerana penyakit perut, [3] orang yang mati tenggelam(lemas), [4] orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan [5] orang yang gugur di jalan Allah. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura : وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Peristiwa sedih yang berlaku di Mekah ini turut mengetuk hati kita supaya merenung bagaimana kehebatan Allah yang berkuasa atas segala-galanya di mana setiap berlaku di bawah kuasa dan kehendakNya. Oleh itu apabila berlakunya perkara yang besar termasuk Tsunami, gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, ribut taufan, jerebu dan pelbagai penyakit seperti Aids, denggi, kencing tikus dan lain-lain maka kembalilah kepada Allah untuk kita menjauhi maksiat, menambah amal ibadat serta jauhi sikap suka merosakkan alam sekitar. Sebagaimana umur kita bukan semakin muda dan semakin hampir kepada saat kematian, begitulah juga dunia ini semakin tua dan menunggu saat tibanya Qiamat. Kita juga diminta supaya memperbanyakkan berdoa agar dihindari daripada bala Allah antaranya doa ini: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ ، وَالتَّرَدِّي ، وَالْهَرَمِ ، وَالْغَمِّ وَالْغَرَقِ ، وَالْحَرْقِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ لَدِيغًا – رواه أحمد وأبو دأود Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa runtuhan, jatuh dari tempat tinggi, penyakit nyanyuk , kesusahan dukacita, tenggelam dan terbakar. Aku berlindung denganMu dari tipuan Syaitan ketika meninggal dunia, dan aku berlindung denganMu dari melarikan diri dari medan jihad. Aku berlindung denganMu dari meninggal dalam keadaan disengat binatang berbisa اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 46 : أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Sebagaimana Jemaah haji yang datang dari seluruh dunia dapat menyaksikan beberapa tempat penting dan bersejarah sepanjang menunaikan ibadat haji seperti padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Sofa dan Marwah, Ka’abah, Hajarul Aswad, Makam Ibrahim dan lain-lain sehingga lahir rasa keinsafan dan semangat dengan mengambil pengajaran yang berguna daripada penghayatan kepada sejarah yang pernah berlaku. Sesuai dengan anjuran al-Quran agar kita dapat mengambil iktibar daripada tempat yang dilawati dalam mempertingkatkan keimanan dan amalan soleh serta bersungguh menjauhi perangai buruk kaum yang dihancurkan oleh Allah. Iktibar ini tidak mampu dihayati melainkan bagi orang yang hatinya hidup atau sihat. Tanda hati sihat sebagaimana disebut oleh Ulama’ antaranya : [1] Hati yang sihat selalu mengutamakan hal yang bermanfaat dan menjauhi perkara bahaya. [2] Mengutamakan akhirat daripada dunia. [3] Bertaubat kepada Allah dan menggantungkan hidupnya kepada-Nya. [4] Selalu ingat kepada Allah dan tidak bosan dalam beribadah kepada-Nya. [5] Bersedih apabila terluput dari wirid sehingga lebih sedih daripada kehilangan harta Manakala tanda hati sakit pula antaranya : [1] Tidak mengenal Allah, tidak mencintai-Nya, tidak merindukan perjumpaan dengan-Nya, dan tidak mau kembali ke jalan-Nya, serta lebih suka mengikuti hawa nafsu. [2] Tidak merasakan sakitnya hati dengan sebab luka-luka maksiat. Seperti ungkapan pepatah, ”Luka tidak terasa sakit bagi orang mati.” [3] Selalu mengikuti keburukan dengan keburukan juga. Hasan Al-Basri mengatakan, ”Itu adalah dosa di atas dosa sehingga membuat hati menjadi buta, lalu mati.” Sementara hati yang sihat selalu mengikuti keburukan dengan kebaikan dan mengikuti dosa dengan taubat. [4] Tidak merasa tersiksa dengan kebodohannya tentang kebenaran. Berbeza dengan hati yang sihat, yang akan merasa sakit dengan datang syubhat atau ketidak-jelasan pada dirinya. Ibarat kata seorang ulama : “Tidak ada dosa yang lebih buruk selain kebodohan.” [5] Hati yang sakit meninggalkan makanan yang bermanfaat dan memilih racun yang berbahaya seperti enggan mendengar Al-Quran sebaliknya lebih suka mendengar nyanyian yang melalaikan. [6] Terlalu cinta pada dunia, senang tinggal di dunia, dan tidak merasa rindu kepada akhirat. Tidak pernah mengharapkan akhirat dan tidak berusaha untuk menyiapkan bekalan akhirat. Dia sibuk dengan dunia dan waktunya dihabiskan untuk hal-hal yang tidak bermanfaat bahkan untuk perkara haram Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah as-Soffaat ayat 107 : وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾ Ertinya : Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Sambutan Aidil Adha tidak lengkap tanpa menyebut tentang pengorbanan agong nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam mentaati perintah Allah. Imam Ghazali menegaskan bahawa penyembelihan binatang korban adalah sebagai simbol dari penyembelihan atau menghilangkan sifat-sifat kebinatangan yang ada pada manusia seperti sifat tamak, kedekut, sombong, dengki dan sifat mazmumah atau tercela yang lain. Dengan berkorban diharapkan semua manusia dapat membuang sifat-sifat kebinatangan yang dapat mendatangkan musibah dan bencana itu. Dalam hubungannya dengan kehidupan kita sekarang, ibadah korban mesti dilakukan oleh 7 golongan utama dalam masyarakat iaitu : [1] Korban di kalangan Pemimpin dengan menyembelih sifat-sifat kebinatangan yang ada pada mereka seperti tamak, gila kuasa, zalim sehingga mereka akan bermartabat di hadapan Allah dan terhormat di mata manusia. Kegagalan pemimpin dalam menyembelih sifat tamak sebagi contoh akan melahirkan pemimpin yang sentiasa memikirkan cara memaksimakan kemasukan negara dan meminimakan kebajikan kepada rakyat sehingga rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup untuk memenuhi pembaziran pemimpin. Skandal 1MDB dengan hutang mencecah 42 billion dan isu derma misteri sebanyak 2.6 billion terus meletakkan Negara dalam bahaya. Akhirnya Negara menjadi "negara perniagaan" sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimahnya: إِنَّ التِّجَارَةَ مِنَ الْحُكُوْمَةِ مَفْسَدَةٌ Maksudnya : Sesungguhnya, perniagaan dari pihak kerajaan kepada rakyat merupakan kemusnahan dan kehancuran sesebuah negara. [2] Korban di kalangan Pengusaha dan ahli perniagaan dengan menyembelih sifat-sifat tidak jujur, menipu, manopoli dan memperdaya pembeli. Apabila kekayaan Negara hanya berlegar di kalangan kaya sahaja maka jarak pemisah yang jauh antara kaya dan miskin bakal menggugat keamanan dan keselamatan Negara. Itu belum lagi dikira dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) yang bakal menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Ini bakal menambah lagi keperitan rakyat yang sedang memikul keperitan hidup dengan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan kejatuhan nilai ringgit yang paling buruk dalam sejarah negara [3] Korban di kalangan Hakim, pengamal undang-undang serta pelaksana polisi agar menjauhi rasuah, pecah amanah dalam menjamin kelangsungan keadilan. Kita begitu bimbang apabila tekanan kepada system kehakiman, pasukan keselamatan seperti PDRM, SPRM terutama dalam menyiasat kes profil tinggi akan menggugat kestabilan Negara. Oleh itu pembunuhan terhadap orang penting di Jabatan Peguam Negara pada bulan ini dengan cara menyembunyikan mayat dengan menyumbatnya dalam tong dram dan kemudian disimen yang merupakan kes ke-10 seumpama ini sejak 1988. Kita mendesak pembunuhan kejam ini disiasat dengan penuh dedikasi dan bersungguh [4] Korban di kalangan Guru dan Para Pendidik dalam mendidik anak bangsa terutama ketika cabaran alam pendidikan yang semakin mencabar di tengah-tengah bebanan tugasan guru yang semakin banyak. Tanpa pengorbanan warga pendidik dengan sokongan pemimpin, ibubapa dan masyarakat maka masalah jenayah juvana yang semakin meningkat gagal ditangani. Menurut statistik, pada tahun 2013 terdapat 1,632 kes yang membabitkan pelajar sekolah berbanding dengan 1,042 kes tahun sebelumnya dengan peningkatan lebih 57 peratus. Kes jenayah berat atau ganas di kalangan pelajar sekolah juga meningkat dengan terdapat mereka yang baru berusia semuda 12 tahun yang terbabit dalam kegiatan jenayah termasuk dadah, judi dan pelbagai pesakit sosial. Ubati dan cegah segera sebelum ia semakin membarah [5] Korban di kalangan ibubapa dan Anak-anak dengan menjadikan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sebagai suri tauladan dalam pengorbanan terhadap apa yang paling dicintainya kerana kecintaan dan keta’atan kepada Allah mengatasi segala-galanya. Berikanlah anak-anak pendidikan agama dan pergaulan yang terbaik, ajarkan kepada mereka mengenal Allah dan mencintai Allah. Didik anak-anak dengan perhatian penuh, jangan mendidik anak-anak dari sisa waktu kita. [6] Korban di kalangan Anak-anak dengan menjadikan Nabi Ismail AS sebagai teladan dalam keta’atan kepada perintah Allah serta penghormatan kepada kedua orang tua. Korbankan waktu berseronok untuk tumpu pada pengajian dan kerjaya yang halal [7] Korban kita semua dengan mengeluarkan zakat, sedekah dan menunaikan ibadat korban bagi yang mampu. Jadikan semua yang kita miliki sebagai alat mendekat kepada Allah SWT. Firman Allah dalam Surah Luqman ayat 17 : يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧﴾ Maksudnya : "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 46 سورة الأنفال : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar) Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Ketika menghayati hikmat daripada ibadat haji dan ibadat korban maka di sana kita dapati ada titik persamaan dari sudut membina kekuatan umat yang bersatu atas dasar Islam dengan berkasih sayang atas dasar iman. Penjajahan yang berjalan sekarang bukan lagi untuk menjajah tanah tetapi agenda utama musuh adalah memecahkan umat Islam yang dulunya bersatu di bawah khalifah Islamiyah menjadikannya serpihan yang semakin kecil. Musuh melenyapkan undang-undang Islam di tanahair kita sendiri. Ekonomi dunia dikuasai bukan Islam serta tiada negara Islam tersenarai sebagai negara maju. Walaupun kita kaya, kita menjadi negara pengguna, bukan pengeluar apatah lagi pencipta untuk kebaikan manusia sejagat. Negara kita sendiri menyaksikan bagaimana beras, bahan makanan dan keperluan harian bukan orang Islam yang keluarkan. Harta dalam bandar besar tidak sampai 5% milik orang Islam. Ini semua sangat jauh dari apa yang kita harapkan sebagai bangsa yang mampu mendokong amanah memerintah. Apa yang tercerna dalam masyarakat kini perlu diproses semula dengan proses lama iaitu pendidikan. Sayangnya yang cerdik pandai di kalangan kita pantas dihantar ke luar negara dan kembali sebagai cendekiawan dan teknokrat yang sudah diacuankan dengan ideologi pemikiran ala barat serta nilai yang jauh daripada tuntutan syarak. Maka tidak hairanlah umat Islam hari ini menjadi kucar-kacir dengan kecelaruan pemikiran dan bertindak. Umat Islam kini sudah lupa diri mereka, terhakis nilai dan keIslaman yang tulen daripada keturunan mereka. Kekuatan akal mereka disia-siakan. Musuh merasa senang untuk mengganyang Islam kerana umat Islam sudah tiada perancangan. Mereka menjadi satu umat yang sudah tidak suka membaca apatah lagi mencipta. Kekuatan amalan disia-siakan dengan penafsiran sempit, lebih banyak bercakap dan berdebat tapi tidak melaksanakan. Menjadi umat yang berteori yang hanya duduk di atas kertas sahaja sehingga menjadi umat yang lesu dan sempit segala buah fikiran. Oleh itu inilah masanya kita kena kuatkan institusi kekeluargaan, perlu fokus kepada keluarga sendiri agar menjadi unit yang jati bukan di sudut ekonomi semata-mata. Ibu bapa kena tahu apa yang anak-anak layari dan langgani. Kembalikan keluarga kita kepada neraca Islam dalam bentuk keluarga dan jamaah. Tegakkan Khilafah Islamiah bermula daripada diri sendiri seterusnya ahli keluarga, masyarakat setempat sebelum memacu kepada negeri kemudian Negara sehingga alam sejagat. Gerakan atas dasar iman ini pasti mampu meruntuhkan jahiliyyah seterusnya menghalau sebarang bentuk penjajahan oleh musuh Islam. Mampu memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa daripada kerakusan zionis Yahudi, menghentikan perang saudara di bumi Iraq, Syria, Yaman, Libya, menyekat penindasan terrhadap umat Islam Rohingya di Myanmar, Thailand dan seluruh dunia. Korbankan sifat penting diri untuk menyelamat dan membantu saudara seagama yang lain. Korbankan semangat kebangsaan sempit untuk memastikan Islam menjadi agama sejagat. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia akhirat. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam bermula hari ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim ) اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan: