أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Isnin, 18 Ogos 2014
Syarat Kemenangan DiIkut Zionis Yahudi DiTunduk
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :
إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ ﴿١٤٠﴾
Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu juga telah (tercedera dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
Kini kita masih berada di bulan Syawal yang pernah mencatat banyak peristiwa bersejarah untuk renungan bersama terutama melalui sirah Nabawiyyah yang mencatatkan 3 peperangan besar yang turut dirakamkan dalam al-Quran untuk dijadikan pedoman berharga dalam meraih kemenangan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Peristiwa itu ialah peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah di mana tentera Islam terpaksa berdepan dengan bala tentera musuh seramai 3000 orang. Pada peringkat pertama, tentera Islam telah mencapai kemenangan tetapi pada peringkat kedua tentera Islam menerima ujian kekalahan di mana 70 orang telah gugur Syahid termasuk Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Namun pada peringkat ketiga tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir Quraisy yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh Rasulullah s.a.w telah mengatur langkah untuk menyerang Madinah tetapi tidak meneruskan perancangan mereka itu apabila mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah bersiap untuk menyerang balas.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 25 surah at-Taubah :
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّـهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ ﴿٢٥﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
Kedua Peperangan Ahzab bererti tentera bersekutu kuffar juga dikenali dengan nama peperangan Khandak yang bererti parit yang dibina oleh para tentera Islam sebagai kubu dalam menahan kemaraan musuh di mana ia berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah. Peperangan ini berlaku selepas penghalauan Yahudi Bani Nadhir oleh Rasulullah s.a.w dari Madinah setelah mereka cuba membunuh nabi. Tentera Islam seramai 3 ribu orang sahaja terpaksa berdepan dengan tentera bersekutu kuffar seramai 10 ribu orang di mana tiada pertempuran sengit yang berlaku sehinggalah Allah mendatangkan kemenangan kepada tentera Islam yang begitu patuh pada arahan Rasulullah s.a.w disamping kuat ikatan diri mereka dengan Allah melalui ribut pasir dan juga kacau bilau di kalangan musuh. Ketiga pula Peperangan Hunain yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Bilangan tentera musuh antara 20 hingga 30 ribu orang manakala tentera Islam pimpinan Rasulullah s.a.w berjumlah 12 ribu orang. Pada peringkat pertama tentera Islam hampir kalah akibat diserang dari pelbagai penjuru oleh musuh ditambah dengan serangan saraf bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Ketika suasana yang kacau bilau ini lalu Rasulullah s.a.w melaung suara bagi membangkitkan kembali semangat jihad tentera Islam sehingga baginda bersama 200 tentera yang terus berjuang bukan sahaja berjaya mengalahkan tentera musuh yang ramai malah berjaya mengepung musuh di Taif. Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Isra’ :
ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا ﴿٦﴾
Maksudnya : Kemudian Kami berikan kepadamu giliran sekali lagi (buat kali kedua) untuk mengalahkan mereka kembali (umat Islam) dan Kami limpahkan kamu dengan harta kekayaan dan anak pinak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.
Ketika merenung kepada giliran kalah dan menang, memimpin dan terjajahnya umat Islam dari dulu hingga kini maka ia bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melaksanakan kewajipan agama dalam kehidupan dan juga pergantungan kita dengan Allah. Malah ketika melihat kejayaan zionis Yahudi dalam menguasai dunia pada hari ini maka kita renungi suatu tafsiran Ulama’ berkaitan ayat 6 surah al-Isra’ di mana ia merupakan ayat yang sangat jelas menunjukkan kerosakan dan kebinasaan yang akan dilakukan oleh orang-orang Yahudi buat kali kedua malahan ianya disokong dengan 4 perkara sebagaimana yang disebut di dalam ayat ini.
[1] Perkataan (الْكَرَّةَ) di dalam ayat ini membawa makna Negara. Iaitu di akhir zaman nanti orang-orang Yahudi akan mendapat sebuah negara untuk tempat tinggal mereka, walaupun sepanjang sejarah Yahudi, tidak pernah mempunyai sebuah negara, negara di sini sudah tentulah bermaksud Baitulmaqdis sendiri.
[2] Yahudi akan mempunyai ekonomi yang kukuh. Sebagaimana dijelaskan di dalam ayat (وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ) yg bermaksud kami limpahkan kamu dengan harta benda. Jelas kepada kita bahawa pada hari ini ekonomi dunia dikuasai oleh oleh Yahudi.
[3] Yahudi akan mempunyai keturunan yang ramai. Sebagaimana di dalam ayat ini yang menyebut kalimah (وَبَنِينَ) bermaksud anak pinak. Lihatlah pada hari ini orang-orang Yahudi telah lama mengembangkan keturunannya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan berbagai bangsa dan keturunan yang ada di dunia. Bahkan bangsa mereka telah berjaya menguasai banyak orang-orang besar politik dunia hanya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan cantik mereka.
[4] Yahudi akan mempunyai pasukan tentera yang ramai. Ini jelas di dalam tafsiran ayat (أَكْثَرَ نَفِيرًا) yang ditafsirkan oleh setengah Ulama’ dengan makna pasukan tentera. Pada hari ini kita telah melihat bagaimana kelengkapan persenjataan ketenteraan yang terdapat pada askar-askar Yahudi, ditambah pula dengan sokongan oleh Barat terutamanya Amerika dan selainnya. Semuanya ini menunjukkan bahawa mereka sudah mula mempunyai kekuatan ketenteraan berbeza dengan sejarah kaum Yahudi sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki yang tidak pernah mempunyai sebarang kekuatan dari sudut ketenteraan. Kejayaan yahudi dalam menguasai ekonomi, ketenteraan dan system maklumat kerana bergerak atas dasar organisasi tersusun sedangkan umat Islam dipecahkan sehingga diambil peluang oleh musuh untuk terus menjajah kita
Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 154 surah al-Maidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
Mimbar Jumaat hari ini menyeru untuk kita sama-sama bangkit memenuhi syarat kemenangan untuk berjaya dan bahagia dunia dan akhirat sebagaimana menyahut seruan Allah iaitu [1] kita mestilah mencintai Allah lebih daripada segalanya sehinga Allah juga mencintai kita. Ingatlah kita bahawa cinta kepada Allah tidak akan bersatu dalam hati yang cintakan maksiat, cinta kepada jihad tidak akan bersatu dalam hati yang cintakan kehidupan sehingga takut pada kematian, cinta kepada pengorbanan tidak akan bersatu dalam hati yang cintakan harta dan pangkat dunia. Syarat ke-[2] yang mesti ada ialah bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin di mana kita mesti tolong-menolong sesama kita atas dasar iman dan kebaikan. Kita mampu menghentikan kekejaman musuh Islam terutama di Palestin dengan dasar persaudaraan Islam kerana tanpa sifat ini kekejaman terus berlaku tanpa pembelaan
مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ وَمَنْ أَصْبَحَ وَهَمُّهُ غَيْرَ اللهِ فَلَيْسَ مِنَ اللهِ - رواه الطبراني
Maksudnya : Siapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam maka ia bukanlah daripada golongan umat Islam, dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah, maka bukanlah dia daripada golongan yang diredhai Allah.
Syarat ke-[3] kita mesti bersikap tegas terhadap orang kafir sehingga mereka tidak berani menghina Islam dan menindas umatnya sesuka hati. Penghinaan terhadap Islam termasuk melalui internet semakin menjadi-jadi di Negara kita. Begitu juga penganjuran program tidak bermoral seperti larian berbogel baru-baru ini ketika pemimpin juga lebih berminat untuk meneruskan pertandingan Ratu Cantik Dunia Miss Universe akhir bulan ini.
Syarat ke- [4] kita mesti berjihad di jalan Allah tanpa merasa takut dan gentar kepada musuh Islam kerana hanya kepada Allah kita semua menyerah diri.
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أَنَّ رَسُولَ اللهِ- صلى الله عليه وسلم- سُئِلَ: أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ؟ فَقَالَ: إِيمَانٌ بِاللهِ وَرَسُولِهِ قِيلَ: ثُمَّ مَاذَا؟ قَالَ: الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ قِيلَ: ثُمَّ مَاذَا؟ قَالَ: حَجٌّ مَبْرُورٌ- متفق عليه.
Maksudnya : Apakah amalan yang paling lebih? Sabdanya : Beriman kepada Allah dan rasulNya. Ditanya lagi : Kemudian amalan apa pula? Sabdanya : Berjihad pada jalan Allah. Ditanya lagi : Kemudian amalan apa pula? Sabdanya : Haji yang mabrur
Seterusnya Syarat ke-[5] ialah kita tidak takut kepada celaan orang mencela kerana dalam memperjuangkan Islam maka kita terpaksa berhadapan dengan musuh dan umat Islam sendiri yang tidak yakin dengan Islam yang sentiasa melakukan serangan pemikiran bagi melemah dan melunturkan semangat juang umat Islam bukan sahaja dalam berjihad mengangkat senjata malah untuk melaksanakan system ekonomi, politik, sosial, perundangan Islam yang dimomokkan dengan kemunduran, kezaliman dan sebagainya sehingga ramai umat Islam sendiri terpengaruh
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan