أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Rabu, 16 April 2008

23. BANTERAS SIKAP ANTI KETUHANAN

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 151-152 surah al-Syu’ara’ :
ولاتطيعوا امر المسرفين الذين يفسدون فى الأرض ولايصلحون .
Maksudnya Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampaui batas, yang membuat kerosakan di muka bumi dan tidak melakukan kebaikan..
Kristian terus memainkan peranan yang lebih giat dalam mengkristiankan penduduk di Asia Tenggara ini terutama dalam memastikan matlamat untuk melihat sekurang-kurangnya satu pertiga penduduk di sini memeluk Kristian. Usaha mereka ini adalah bagi menutup kelemahan mereka di barat sendiri di mana Kristian mula ditinggalkan sehingga banyak gereja terpaksa ditutup dan ada yang dibeli oleh umat Islam untuk dijadikan masjid. Malah di Amerika Syarikat sendiri setiap hari ada sahaja orang yang memeluk Islam kerana tertarik dengan Islam yang mampu memberi kepada mereka ketenangan yang sejati.
Kita dapat lihat bagaimana kejayaan Kristian dalam menguasai Filiphina dan seterusnya menguasai Indonesia yang mempunyai jumlah umat Islam yang paling ramai di dunia. Indonesia telah menyaksikan bagaimana tiada perbezaan dari segi agama sehingga dalam sebuah keluarga boleh memeluk agama yang berbeza. Dari sini lahirlah generasi yang tidak lagi memandang kepada pentingnya agama dan menjaga garisan yang jelas antara iman dan kufur. Malah isu-isu kezaliman yang melibatkan Kristian begitu cepat diselesaikan seperti tuntutan untuk mendapatkan kemerdekaan oleh Kristian di Timur Timor telah pun selesai sedangkan tuntutan yang sama oleh umat Islam Acheh tidak diperolehi malah rakyat di sana dibunuh sesuka hati. Begitu juga dengan masalah yang berlaku di Ambon di mana Kristian mampu mendapatkan bekalan senjata dari luar sedangkan umat Isklam disekat daripada mendapat bantuan sewajarnya ketika menghadapi hujung senapang pihak musuh. Mungkin setelah melihat usaha dan perancangan jahat mereka telah berjaya terutama di Indonesia maka sasaran Kristian sekarang ialah negara kita Malaysia.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Isu murtad di negara kita bukanlah perkara yang baru tetapi berterusan kerana pemimpin negara yang mengaku Islam sendiri sanggup menghina hukum Allah, mencaci sunnah nabi dan memaki para ulama’ yang bangun menerangkan Islam yang sebenar. Ini semua adalah bala daripada Allah dan murtad merupakan bala yang terbesar yang ditanggung oleh kita semua pada hari ini. Pemimpin terus berdegil daripada melaksanakan hukum Islam walau pun kes murtad terus bermaharajalela sedangkan musuh Islam terutama Kristian menggunakan kesempatan daripada peruntukan dalam perlembagaan negara bagi memastikan usaha memurtadkan umat Islam dapat berjalan dengan teratur.
Jika sebelum ini mereka menggunakan cari dakyah biasa disamping sihir seperti menggunakan air suci mereka dalam memastikan usaha untuk mengkristiankan umat Islam berjaya. Kini mereka bertindak lebih ganas lagi iaitu melalui hiburan dengan bergerak cergasnya black metal. Isu black metal bukanlah perkara yang baru kerana mereka telah bergerak lebih awal dan yang jelas pada tahun lepas. Ia mula menjadi masalah besar apabila kumpulan ini mula menjalankan usaha dalam menarik lebih ramai muda mudi melayu di tempat-tempat awam serta berani memijak dan menghina al-Quran di depan orang ramai. Anak muda yang mula masuk black metal disyaratkan membawa al-Quran yang dicuri dan kemudiannya mereka akan memijak al-Quran dengan bersumpah di hadapan ketua mereka bahawa mereka kini menjadi hamba Syaitan dan menolak ketuhanan Allah. Kemudiannya mereka membuktikan perhambaan kepada Syaitan dengan mengoyak dan membakar al-Quran seterusnya mereka akan minum darah yang dicucuk dari hujung jari mereka dan kemudiannya dititis ke dalam bekas kecil serta dicampur dengan darah kambing hitam. Kebanyakan ahli kumpulan black metal yang telah melalui upacara ini tidak mampu lagi mengucap 2 kalimah syahadah.
Kerajaan yang ada bagaikan tidak serius dalam menangani masalah ini kerana dalam masa yang sama kerajaan masih menjemput sebuah kumpulan muzik heavy metal dari barat untuk membuat persembahan dalam menghancurkan lagi muda mudi di negara ini. Kita dapat lihat usaha mereka adalah bersikap keduniaan semata-mata bukannya atas kesedaran agama iaitu apabila kumpulan ini boleh menggugat kedudukan mereka sebagai pemimpin lalu dibanteraskan tetapi jika tidak terlalu parah malah menguntungkan kewangan mereka maka ia terus dibiarkan.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Pemimpin juga begitu lantang dalam mengatakan betapa bahayanya rasuah Syurga di samping mempertikaikan tentang siapakah yang telah melihat syurga. Ini bukanlah suatu kenyataan yang baru pertama kali disebut kerana sebelum ini banyak kenyataannya telah menampakkan kepada kita bagaimana pemimpin ini hanya nampak kehidupan dunia semata-mata sehingga tidak mampu berfikir untuk hari akhiratnya. Kenyataan ini begitu merbahaya sehingga rakyat tidak lagi terliur kepada Syurga dan tidak gerun kepada azab neraka yang menyebabkan rakyat hanya berfikir tentang kehidupan dunia sahaja dengan menolak akhirat dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Ini memberi saham lagi kepada pihak Kristian dalam mengkristiankan umat Islam yang kini hanya mahu kesenangan dunia sahaja. Ini menyebabkan ramai umat Islam di negara ini yang murtad kerana diberi wang yang banyak dan yang terbaru di negeri kita ini iaitu seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah telah murtad apabila diberi sejumlah wang disamping ditawarkan sebuah kereta jika berjaya memurtadkan 5 orang lagi kawannya yang lain.
Kristian terus menjalankan usaha mereka dan menggunakan dana harta mereka sebaik mungkin sedangkan kita yang mempunyai banyak persatuan dan pertubuhan Islam disamping dana harta seperti zakat,baitul dan sebagainya tidak menjalankan usaha dakwah dengan baik serta tidak mendapat kerjasama yang sebaiknya daripada kerajaan. Kerajaan hanya berani menyekat kuliah dan ceramah agama sedangkan pendakwah kristian dibiarkan bergerak bebas tanpa sekatan. Pastikan keluarga kita diberi pemahaman tentang Islam sebaiknya dan pastikan gerak geri anak-anak kita sentiasa selari dengan Islam. Jangankan biarkan kehidupan mereka tidak berpedoman yang boleh menyebabkan mereka terjebak dengan masalah sosial dan paling bahaya ialah yang boleh membawa kepada murtad.
Renungilah firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof:
يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكــفرون
Maksudnya : Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: