أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Khamis, 27 Disember 2018

Bala Allah DiIngat Hukum Allah DiMartabat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 40 surah al-Ankabut : فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ ۖفَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ﴿٤٠﴾ Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Kini kita berada dipenghujung tahun 2018 di mana beberapa hari lagi bakal menyambut tahun baru 2019 Masihi. Perubahan hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan dan bulan bertukar tahun mengingatkan kita bahawa semakin hampirnya kita kepada saat kematian dan semakin dekatnya dunia dengan qiamat. Beradanya kita pada bulan terakhir iaitu Disember turut mengetuk hati kita tentang banyak peristiwa besar berkaitan musibah yang menguji umat manusia seperti Tsunami Acheh 2004, banjir besar pantai Timur 2014 dan terbaru beberapa hari lepas berlaku tsunami gunung berapi yang sudah meragut lebih 400 nyawa di Anak Krakatau yang berada di tengah Selat Sunda antara kepulauan Jawa dan Sumatera, Indonesia Alam berbicara dengan berlakunya bencana atas arahan Allah bukan perkara baru kerana umat manusia sebelum ini pernah menghadapinya terutama umat yang kufur dan melawan Allah dan rasulNya termasuk Raja Namrud, Firaun, Qarun, kaum Ad, kaum Thamud, kaum Saba’ dan lain-lain. Jadilah ia sebagai pengajaran menginsafkan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 19 surah Yaasin : قَالُوا طَائِرُكُم مَّعَكُمْ ۚ أَئِن ذُكِّرْتُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ ﴿١٩﴾ Maksudnya : Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau" Al-Quran dan hadis nabi banyak membicarakan tentang punca atau sebab datangnya bala bencana daripada Allah ke atas umat manusia antaranya : [1] akibat kekufuran dan keengkaran mereka kepada Allah dan rasulNya. Kita dapat saksikan banyak berlaku bencana alam termasuk tsunami akibat adanya perbuatan syirik termasuk melakukan amalan memuja pantai dan sebagainya Begitu juga merebaknya penyakit merbahaya seperti hiv Aids akibat LGBT, zina. Oleh itu kita menentang sekerasnya cadangan untuk mengedar kondom percuma atas alasan golongan remaja hari ini susah untuk disekat daripada berzina. Kerajaan sepatutnya lebih bersungguh menutup pintu zina dari segi pergaulan bebas dan memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk menghukum penzina dengan hukum Islam. Kita juga menyokong hasrat kerajaan Kelantan untuk mengawal remaja perempuan agar tidak berpeleseran pada waktu malam bagi menjaga maruah dan keselamatan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Qosas : وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ حَتَّىٰ يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۚ وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَىٰ إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ﴿٥٩﴾ Maksudnya : Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim. [2] Turunnya bala Allah akibat manusia melakukan kezaliman dengan melakukan maksiat termasuk hanyut dengan hiburan yang melampau, pesta arak, pendedahan aurat, meninggal solat, suburnya amalan riba, rompakan, pembunuhan. Kejahatan akan bertambah akibat kejahilan apatah lagi dirasuk dengan fahaman liberal yang menganggap bahawa agama untuk amalan peribadi semata-mata bukannya tugas kerajaan sehingga timbul golongan yang mengeluarkan suara sumbang membantah usaha kerajaan Terengganu yang mahu mengambil tindakan kepada rakyat yang meninggalkan solat. Sebagaimana suara sumbang yang menentang tindakan kerajaan Kelantan yang mengambil tindakan kepada terutama peniaga beragama Islam yang mendedah aurat قال: فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي Maksudnya: Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Seorang laki-laki dari kaum muslimin bertanya :” Wahai Rasulullah ! bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 16 surah al-Isra’ : وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾ Maksudnya : Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. [3] Turunnya bala Allah akibat kezaliman yang dilakukan oleh golongan yang berkuasa terutama pemimpin yang menipu rakyat, rasuah, pecah amanah. Golongan kaya yang menipu dalam perniagaan demi mengejar keuntungan tanpa mengira halal haram. Golongan kaya yang tidak mahu mengeluarkan zakat yang dianggap membebankan. Tidak terlepas golongan Ulama yang bisu dalam menegur perkara yang hak akibat mengejar habuan dunia. Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal : وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾ Maksudnya : Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [4] Turunnya bala Allah akibat orang soleh hanya berdiam diri melihat kemungkaran yang berlaku. Kerja amar makruf nahi mungkar diabaikan sehingga masalah aqidah termasuk isu pendakyah Kristian yang menjalankan dakyah terus berjalan tanpa tindakan tegas. Masalah sosial dipandang sepi. Oleh itu kerja penting ini mesti diperkasakan di semua peringkat termasuk dengan memperkasakan pendidikan Islam di sekolah dan university agar masyarakat Islam yang buta agama dapat diubati. Suara yang ingin mengurangkan pengajian Islam di sekolah wajib ditentang habis-habisan. Kita tidak mahu lagi mendengar ramai pelajar sekolah walau pun sudah baligh tetapi tidak pandai solat, tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah dan bacaan wajib dalam solat. Jangan tiru perangai penjajah yang sengaja menghalang lepasan pengajian agama daripada memegang jawatan penting قال الرسول : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ - رواه البخاري Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Ruum : ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١﴾ Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). 4] Turunnya bala Allah akibat kerosakan akibat maksiat dan juga pengkhianatan terhadap alam termasuk memusnahkan hutan simpan, tempat tadahan hujan, pembangunan di lereng bukit yang membahayakan, pencemaran sungai dan laut serta banyak lagi kerosakan terhadap alam yang dilakukan oleh umat manusia yang menyebabkan berlakunya bencana alam Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 155-157 surah al-Baqarah : وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦﴾أُولَـٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ﴿١٥٧﴾ Maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. Namun begitu ada juga bala yang diturunkan oleh Allah bukan disebabkan kekufuran, maksiat atau perbuatan khianat sebaliknya ia bagi meningkatkan keimanan orang beriman serta sebagai menambah pahala atas kesabaran Begitulah juga bila kita perhatikan betapa ramai manusia yang kufur dan bergelumang dengan maksiat tetapi Allah tidak turunkan bala bencana kepada mereka bukan disebabkan Allah sayang kepada mereka sebaliknya ia adalah ‘istidraj’ iaitu pemberian untuk melalaikan diri mereka sehingga mereka dimatikan dalam keadaan kufur dan tidak bertaubat kepada Allah. Mereka diberikan kesenangan dunia sebelum diazab oleh Allah di alam kubur dan seterusnya akhirat nanti Firman Allah dalam ayat 15-16 surah Hud : مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ ﴿١٥﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٦﴾ Maksudnya : Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (15)Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sifat Munafiq DiJauhi Islam DiJulang Tinggi Kemuliaan DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Munafiqun : إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّـهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ ﴿١﴾ اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ﴿٢﴾ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ ﴿٣﴾ ‌ Maksudnya : Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah) Antara surah yang nabi Muhammad s.a.w gemar membacanya dalam solat Jumaat ialah surah al-Munafiqun. Surah ini banyak membongkarkan tentang sifat dan perancangan jahat golongan munafiq dalam mengkhianati Islam dan umatnya. Oleh itu kita semua wajib menjauhkan diri kita daripada memiliki sifat golongan munafiq agar kita berjaya dunia dan akhirat. Kita wajib yakin dengan Islam serta sanggup mempertahankan Islam dan umatnya daripada dinodai, dihina apatah lagi dikhianati. Kita juga diminta supaya berdoa agar dijauhkan daripada sifat munafiknya قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو : " اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ النِّفَاقِ ، وَسُوءِ الأَخْلاقِ Maksudnya : Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada sifat munafik dan akhlak buruk ( HR Abu Nu’aim) Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Ketika kita membaca surah al-Baqarah lagi maka didapati pada awal surah al-Baqarah di mana Allah menyebutkan 3 golongan manusia iaitu: [1] Golongan Mukmin [2] Golongan Kafir dan [3] Golongan Munafik Allah menjelaskan pada ayat-ayat dalam permulaan surah al-Baqarah tentang busuknya hati orang-orang munafik dan permusuhan mereka kepada golongan Mukmin. Berikut adalah antara sifat-sifat golongan munafik: [1] Suka berbuat kerosakkan tetapi mendakwa sebagai orang yang melakukan perkara baik sebagaimana Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah: وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (١١) أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ Maksudnya : Apabila dikatakan kepada mereka : “Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi.” Maka mereka berkata : “Kami hanyalah orang-orang yang melakukan kebaikan.” Ketahuilah, mereka adalah golongan yang melakukan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya." [2] Orang-orang yang sangat bodoh tetapi mengaku pandai sebaliknya menuduh orang yang mahu menegakkan Islam sebagai bodoh sebagaimana ayat Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Baqarah: وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا كَمَا ءَامَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya : Apabila dikatakan kepada mereka : “Berimanlah kamu (yakni percayalah kamu kepada janji Allah dan agama Islam) sebagaimana orang-orang lain telah beriman.” Mereka menjawab : “Adakah kami perlu percaya sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah percaya?” Jawab Allah : Ingatlah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu.” [3] Orang-orang yang menipu Allah sebagaimana ayat Firman Allah dalam ayat 15 surah al-Baqarah: اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ Maksudnya : Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka itu.” [4] Orang yang Islam hanya pada zahirnya tetapi tidak pada hatinya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 64 – 66 Surah at-Taubah: يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَن تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ تُنَبِّئُهُم بِمَا فِي قُلُوبِهِمْ ۚ قُلِ اسْتَهْزِئُوا إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَّا تَحْذَرُونَ • وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ Maksudnya : Golongan munafiqin itu takut akan diturunkan ke atas mereka suatu surah yang mendedahkan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. Katakanlah "Teruskan ejekan-ejekanmu. Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu" • Dan jika kamu nyatakan kepada mereka (berkenaan ejekan mereka), tentulah mereka akan menjawab "Sesungguhnya kami hanyalah bergurau dan main-main sahaja" Katakanlah apakah dengan Allah dan RasulNya pun kamu buat gurauan? • Tidak perlu kamu meminta maaf kerana kamu telah pun kafir setelah beriman Surah lain yang menyebut sifat munafik ialah Surah at-Taubah terutama melalui ayat 64 hingga ayat 66 di mana Allah menjelaskan berkaitan dengan perilaku golongan munafiq yang menghina Nabi SAW. Golongan munafiq sewenang-wenangnya memperlekeh Nabi SAW. Allah melancarkan cabaran supaya mereka meneruskan tabiat jelek mereka hingga isi hati mereka yang bencikan Islam itu terdedah. Golongan munafiq suka bermain-main dengan agama. Apabila ditanya mengapa mulut mereka lancang memperlekeh urusan agama? Lantas dengan selamba mereka menjawab kononnya perlekehan tersebut hanyalah senda gurau. Allah mengancam bahawa gurauan seumpama itu menyebabkan iman mereka terbatal. Malah golongan munafiq menuduh Nabi menabur Janji Palsu. Antaranya Allah merakamkan dialog golongan munafiq melalui ayat 12 surah al-Ahzab: وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا Maksudnya : Dan ketika golongan munafiqin & orang yang hatinya berpenyakit berkata "Apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya kepada kami, hanyalah tipu daya belaka" Nabi SAW yang bersifat benar dan amanah, tiba-tiba didakwa kononnya sebagai orang yang memungkiri janjinya. Ternyata, ia merupakan tabiat golongan munafiqin seperti yang telah didedahkan oleh al-Quran. Kita sebagai umat beriman wajib berpegang bahawa Sifat Wajib Bagi Nabi iaitu [1] Sidiq iaitu Benar maka Mustahil Nabi menipu apatah lagi memungkiri janji. [2]Amanah iaitu Jujur maka Mustahil Nabi mengkhianati hak Allah dan hak manusia. [3] Fathonah iaitu Cerdik maka Mustahil Nabi berperilaku bodoh kerana panduan wahyu mencerdikkan sesiapa yang mengikutinya. [4] Tabligh iaitu Menyampaikan maka Mustahil Nabi menyembunyikan ajaran Islam atau mewariskan ajaran Islam secara tidak sempurna. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 93 surah an-Nisa’ : وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّـهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا ﴿٩٣﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. Ketika berbicara dengan isu kajian terhadap hukum bunuh maka Islam telah menjelaskan bagaimana tujuan hukum qisas maka keluarga mangsa boleh mendapat ganti rugi untuk meneruskan kehidupan kerana yang telah mati itu tidak akan hidup kembali tetapi kehidupan keluarga mangsa tetap perlu diteruskan. Qisas adalah satu-satunya bentuk hukuman yang boleh menyelamatkan manusia seluruhnya daripada bahaya pembunuhan yang bertambah-tambah dari semasa ke semasa. Suatu pembunuhan tidak diikuti oleh pembunuhan lain atau ganti rugi akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam. Pembunuhan terbaru dengan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam tragedi rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang yang soleh. Kita menjadi saksi pengakhiran hidupnya yang baik sehingga terkorban nyawa demi menyelamatkan dan menjaga keharmonian negara. Namun Allah lebih menyayangi dirinya dan lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Kepada kaum keluarga dan sahabat sepasukan, banyakkan bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang perit ini. Ingatlah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga penjenayah yang melakukan perbuatan kejam ini diadili dengan segera Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 109 surah an-Nisa’ : وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩﴾ Maksudnya : Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Pada hari Jumaat yang mulia ini, di atas mimbar yang mulia ini maka marilah kita sama-sama mengutuk kekejaman terhadap umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang. Pemimpin negara China melancarkan dakyah propaganda ‘membanteras keganasan’ untuk menghukum umat Islam Uighur. Laporan PBB mendedahkan kira-kira sejuta umat Islam Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia dan masjid-masjid di Xinjiang telah dimusnahkan. Umat Islam ditahan dikem dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis. Inilah baru betul diskriminasi yang berlaku. Angkatlah tangan-tangan kita untuk berdoa kepada Allah agar kekejaman terhadap saudara seagama kita yang sedang ditindas dapat dihentikan segera dan keadilan dapat dikembalikan. Hidupkah hati kita yang masih boleh bergelak ketawa ketika saudara kita dibunuh sesuka hati. Boleh tidur nyenyakkah kita ketika rumah saudara kita dibakar dan dimusnah. Selesakah untuk menjamu selera ketika tubuh saudara kita dimamah peluru musuh Islam. Sempurnakah iman kita tidak merasa apa-apa dengan penderitaan saudara yang sedang menjerit derita. Tepuklah dada tanyalah iman kita بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 19 Disember 2018

Hak Allah DiNobat Negara Berkat Umat Selamat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun : مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌ Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa: اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم . Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura: وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Antara tindakan kita sebagai umat yang beriman apabila diuji dengan sesuatu musibah iaitu : [1] Segera ambil tindakan disertai muhasabah seperti jika sakit segera berubat [2] Tetap berfikiran positif dan jangan sama sekali berburuk sangka kepada Allah dengan musibah apapun yang dialami apatah lagi menyalahkan takdir [3] Jangan mengeluh dan mencela Musibah sebab musibah dalam banyak keadaan menjadi pilihan Allah dalam menjadikan diri kita menjadi hamba yang lebih baik dan ia juga suatu cara pengampunan dosa dan membawa kebaikan-kebaikan lainnya. قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 12-13 surah ar-Ra’du : هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ ﴿١٢﴾ وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّـهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ ﴿١٣﴾ Maksudnya : Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Dia Amat keras azab seksanya. Umat yang beriman kepada Allah pasti yakin bagaimana setiap apa yang berlaku telah diatur oleh Allah dengan kuasa dan kehendakNya. Allah telah melantik malaikat untuk menjalankan tugas dengan teratur samada berbentuk membawa nikmat atau azab. Ini dijelas lagi oleh nabi s.a.w dalam banyak hadis antaranya قال النبي : ِإذَا قَضَى اللَّهُ الأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ، كَأَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ-رواه البخاري Maksudnya: “Apabila Allah menetapkan suatu arahan di langit, para malaikat mengibas-ngibaskan sayapnya, kerana patuh akan arahan tersebut, firman yang didengarnya itu bagaikan gemerincing rantai besi (yang ditarik) di atas batu rata. Perkara ini memekakkan mereka (sehingga jatuh pengsan kerana ketakutan). Mereka patuh pada arahan Allah, melakukan apa yang diarahkan kepada mereka. Dalam akidah Islam, jumhur ulama menegaskan bahawa malaikat tidak melakukan kesilapan. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Qadi Iyyad dan al-Imam al-Suyuti. Mereka berhujah dengan 2 ayat daripada al-Quran iaitu ayat 6 Surah al-Tahrim dan ayat 27 Surah al-Anbiya’ yang menggambarkan sifat malaikat itu menerima arahan dan tidak melakukan kesilapan. Malaikat itu disifatkan sebagai makhluk yang sangat taat pada Allah serta tidak melakukan kesilapan dan dosa. Sekiranya malaikat melakukan kesilapan, barangkali berlaku kesilapan mengambil nyawa orang yang belum tiba ajalnya, wahyu barangkali diutus pada orang yang salah, bahkan catatan amalan kita juga mungkin boleh tersilap. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 178-179 surah al-Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَىٰ بِالْأُنثَىٰ ۚ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١٧٨﴾ وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٧٩﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. Umat Islam yang tidak terpengaruh dengan fahaman sekuler atau liberal pasti akan mengakui bahawa tiada system politik, ekonomi, social yang lebih baik dan adil daripada Islam. Agama dalam Islam ialah panduan hidup berdasarkan wahyu Allah. Kebenaran membabitkan kewujudan rohani dan ukhrawi yang disampaikan oleh Rasul. Islam juga menawarkan sistem kehidupan dan hukum-hakam yang sesuai untuk individu serta awam. Dengan kata lain, agama dalam Islam bukan sekadar masalah peribadi seperti dipegang sebahagian tradisi agama lain, tetapi merangkumi soal kemasyarakatan. Kesan negatif akibat keutamaan diberikan terhadap kebebasan individu berbanding komuniti hanya melahirkan masyarakat yang mementingkan diri dan mengabaikan perasaan orang lain. Terlalu menjaga hak kebebasan seperti kebebasan bersuara menyebabkan timbul pelbagai masalah yang menjurus kepada sikap tidak bertoleransi terhadap bangsa dan agama hingga berlaku fitnah agama. Ketika berbicara dengan isu kajian terhadap hukum bunuh dan sebat maka Islam telah menjelaskan bagaimana tujuan hukum qisas maka keluarga mangsa boleh mendapat ganti rugi untuk meneruskan kehidupan kerana yang telah mati itu tidak akan hidup kembali tetapi kehidupan keluarga mangsa tetap perlu diteruskan. Qisas adalah satu-satunya bentuk hukuman yang boleh menyelamatkan manusia seluruhnya daripada bahaya pembunuhan yang bertambah-tambah dari semasa ke semasa. Suatu pembunuhan tidak diikuti oleh pembunuhan lain atau ganti rugi akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam. Pembunuhan terbaru dengan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam tragedi rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang yang soleh. Kita menjadi saksi pengakhiran hidupnya yang baik sehingga terkorban nyawa demi menyelamatkan dan menjaga keharmonian negara. Namun Allah lebih menyayangi dirinya dan lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Kepada kaum keluarga dan sahabat sepasukan, banyakkan bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang perit ini. Ingatlah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga penjenayah yang melakukan perbuatan kejam ini diadili dengan segera Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 109 surah an-Nisa’ : وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩﴾ Maksudnya : Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sikap musuh Islam tidak akan berpuas hati dengan umat Islam sehingga kita sanggup menjadi kuda tunggangan kepada mereka. Renungi kenyataan Sultan Brunei ketika ditekan oleh barat kerana melaksanakan hukum Islam : "Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah, kadar bunuh diri dan pengguguran bayi yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan di sana. Banyak agama yang menentang LGBT sedangkan kamu membiakkannya. Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?. Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di Brunei sedangkan kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkannya, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman”. Pada hari Jumaat yang mulia ini, di atas mimbar yang mulia ini maka marilah kita sama-sama mengutuk kekejaman terhadap umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang. Pemimpin negara China melancarkan dakyah propaganda ‘membanteras keganasan’ untuk menghukum umat Islam Uighur. Laporan PBB mendedahkan kira-kira sejuta umat Islam Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia dan masjid-masjid di Xinjiang telah dimusnahkan. Umat Islam ditahan dikem dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis. Inilah baru betul diskriminasi yang berlaku. Angkatlah tangan-tangan kita untuk berdoa agar kekejaman terhadap saudara seagama kita yang sedang ditindas dapat dihentikan segera dan keadilan dapat dikembalikan. Hidupkah hati kita yang masih boleh bergelak ketawa ketika saudara kita dibunuh sesuka hati. Boleh tidur nyenyakkah kita ketika rumah saudara kita dibakar dan dimusnah. Selesakah untuk menjamu selera ketika tubuh saudara kita dimamah peluru musuh Islam. Sempurnakah iman kita tidak merasa apa-apa dengan penderitaan saudara yang sedang menjerit derita. Tepuklah dada tanyalah iman kita بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 12 Disember 2018

ICERD DiTentang Islam DiJulang Ummah Gemilang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 103-106 Surah Al-Kahfi : قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا (103) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا (104) أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا (105) ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا (106) Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?”; “(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".; “Merekalah orang-orang yang kufur (ingkar) akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya (adanya Hari Akhirat). Oleh itu gugurlah amal-amal mereka, maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada Hari Kiamat kelak”.); “(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam disebabkan mereka kufur (ingkar), dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan”. Al-Quran, Sunnah dan sepakat para ulama bahawa Islam menjadi syarat sah kepada semua amalan agama dan juga amalan kehidupan dunia yang tidak terpisah daripadanya. Ketegasan diterima amalan di sisi Allah bersyaratkan Islam ketika berlakunya hisab di Hari Akhirat nanti, yang menjadi kemuncak wawasan kepada setiap orang yang beriman. Bermakna menolak dengan tegas ungkapan secara mudah: “Asalkan dia baik, walaupun tanpa Islamnya”. Tidak dinafikan betapa Islam menilai juga kebaikan seseorang walaupun dia bukan Islam kerana Rasulullah S.A.W menghargai tokoh jahiliah yang berakhlak dan memberi penghormatan kepada keluarganya. Tetapi dalam hubungan sekadar urusan dunia sahaja. Adapun perhitungan Allah berlangsung sehingga Hari Akhirat yang tidak ada lagi perhitungan manusia, mewajibkan Islam menjadi syarat diterima di sisi Allah. Islam itu wajib menjadi dasar dan matlamat serta caranya juga menepati ajaran Islam. Islam menegaskan bahawa perjalanan seseorang manusia itu tidak tamat di Alam Dunia dan tidak berakhir dengan kematian. Selepas ini adanya Alam Barzakh yang lebih panjang daripada kehidupan dunia dan selepas alam kubur pula passti kita bakal menempuh Alam Akhirat yang kekal abadi. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran : وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Atas keyakinan inilah maka kita umat Islam wajib menjaga kesucian agama Islam daripada dilanggar dan hak umat Islam dicabul. Islam sentiasa membuka pintu perbincangan antara agama dan perdamaian tetapi bukanlah sehingga dasar Islam digadai. Kenyataan terbaru UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama paling aman di dunia. Oleh itu bila umat Islam terus dituding sebagai penceroboh kepada sebuah kuil di Selangor minggu lepas ditambah dengan tuduhan melampau oleh pihak tidak bertanggungjawab di India bahawa orang Islam telah membunuh penganut Hindu dalam isu ini mesti ditentang dan dibersihkan segera. Semoga kes yang melibatkan pihak yang tertentu maka selesailah dengan cara yang baik bukannya dengan mengapikan api perkauman dan kebencian agama. Islam mengharamkan pencerobohan kuil atau gereja samada ketika aman atau perang Kita juga mahu isu pengedaran risalah Kristian kepada umat Islam dibanteras dengan tegas bukan kes didakwa separuh jalan apabila Pejabat Peguam Negara mengarah kes ini ditarik balik dan pendakyah Kristian dari luar negara dihantar pulang tanpa sebarang tindakan yang sepatutnya. Kebebasan beragama ada batas bukan boleh diceroboh sesuka hati sehingga membelakangkan perundangan negara Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu : وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِالْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ﴿٥٨﴾ يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ ﴿٥٩﴾ Maksudnya : Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil dia berfikir): adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu. Kehadiran nabi Muhammad s.a.w bersama mukjizat terbesar al-Quran telah mengubah cara hidup mengikut hawa nafsu kepada berpandu wahyu termasuk dalam mengembalikan kemulian wanita yang dizalimi dan ditindas oleh masyarakat jahiliah. Orang Yunani menganggap wanita sebagai bahan seronok sahaja. Orang Romawi memberikan hak atas seorang ayah atau suami menjual anak perempuan atau isterinya. Orang Arab memberikan hak atas seorang anak untuk mewarisi isteri ayahnya. Wanita tidak mendapat hak waris dan tidak berhak memiliki harta benda dan ramai anak perempuan dibunuh hidup-hidup. Pada hari ini kita melihat kesan daripada tandatangan pengesahan kepada beberapa undang-undang antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berkait dengan wanita dan kanak-kanak sebelum ini menyebabkan negara kita sedang ditekan oleh masyarakat antarabangsa berdasarkan laporan pihak anti Islam dalam negara sehingga isu perkahwinan bawah umur cuba disekat sedangkan di Amerika Syarikat sendiri tiada had umur untuk perkahwinan dikekalkan. Begitu juga mahu mengkaji masalah khitan anak perempuan sedangkan sebagaimana maklum balas dari Menteri Kesihatan sendiri bahawa khitan yang dilaksana di Malaysia berbeza jauh dengan khitan masyarakat wanita di Afrika yang melampau daripada suruhan agama. Kita yakin bahawa khitan bukan adat tradisi tetapi ia adalah suruhan agama. Menurut Mazhab Syafei dan Hambali hukum khitan wajib bagi lelaki dan perempuan. Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula berpendapat adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah RA: اخْفِضِي وَلَا تَنْهَكي فإِنَّهُ أنْضَرُ لِلوَجْهِ وأحْظى عنْدَ الزَّوْجِ - رواه الحاكم Maksudnya : Apabila engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit kelentit) semuanya, kerana ia boleh meceriakan wajah dan lebih disenangi oleh suami. Apa yang lebih membimbangkan selepas tandangan Konvensyen Antarabangsa akan menyebabkan hak samarata yang dilaungkan termasuk dalam pembahagian pusaka yang bukan sahaja tidak mahu ikut al-Quran iaitu 2 bahagian anak lelaki untuk 1 bahagian anak perempuan malah waris bukan Islam boleh menerima harta pusaka dari keluarganya yang Islam. Kedudukan Amanah Raya turut terancam apabila harta pusaka yang bernilai ratusan juta yang tidak dituntut sebelum ini akan turut boleh dituntut oleh orang bukan Islam. Begitu juga masalah isteri akan diberikan hak untuk mencerai suami akibat pengesahan konvensyen sebelum ini. Islam hanya membenarkan suami sahaja melafazkan talak namun isteri yang menghadapi pelbagai masalah dalam rumahtangga berhak berpisah dengan cara tertentu seperti tebus talak dan sebagainya. Akibat kejahilan dan menjadi ‘pak turut’ golongan anti Islam maka kemuliaan Islam dinodai dan hak umat Islam bakal diceroboh sesuka hati Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun: وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١﴾ Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; Sabtu 8 Disember lalu telah mencatat sejarah negara apabila setengah juta majoritinya umat Islam sama-sama berhimpun di Dataran Merdeka bagi menunjukkan kejayaan menekan Kerajaan agar tidak mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) . Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain. Adakah kita, dengan rela, akan menyerahkan hak kita? Kita bukan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? Rasiskah kita? Kita turut bimbang dengan cadangan supaya dibuang agama dan bangsa pada kad pengenalan kononnya bagi memelihara perpaduan mengandungi maksud jahat tersirat iaitu secara halus dan perlahan menghakis keistimewaan Islam dan Melayu yang menjadi identiti negara bernama Malaysia. Agama dan bangsa adalah identiti diri yang menjadi punca perpaduan sebuah masyarakat seperti Malaysia bukannya punca pertembungan dan perpecahan. Sejarah negara membuktikan bagaimana usaha pejuang kemerdekaan membolehkan kontrak sosial antara kaum berjalan baik mengikut lunas perlembagaan. Kita pada hari ini merasai bagaimana hasil yang telah diperjuangkan oleh datuk moyang kita. Oleh itu jangan sama sekali kita menjadi pengkhianat sehingga anak cucu kita bakal melarat dan merempat dalam negara sendiri. Bak pesanan Pak Hamka : “Sekiranya engkau tidak berbuat apa-apa ketika Islam dipijak dan dihina maka lebih baik tukarkan bajumu dengan kain kafan”. Islamlah necaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ