أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 25 Julai 2014

Khutbah Aidil Fitri 1435H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 57 - 61 surah al-Mu’minun : إِنَّ الَّذِينَ هُم مِّنْ خَشْيَةِ رَ‌بِّهِم مُّشْفِقُونَ ﴿٥٧﴾ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِ رَ‌بِّهِمْ يُؤْمِنُونَ ﴿٥٨﴾ وَالَّذِينَ هُم بِرَ‌بِّهِمْ لَا يُشْرِ‌كُونَ ﴿٥٩﴾وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَ‌بِّهِمْ رَ‌اجِعُونَ ﴿٦٠﴾ أُولَـٰئِكَ يُسَارِ‌عُونَ فِي الْخَيْرَ‌اتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ ﴿٦١﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka; Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Kita menyambut hari raya antara perasaan Khauf iaitu takut sekiranya amalan soleh kita tidak diterima dan dosa kita belum diampuni sehingga kita sentiasa cermat dengan amal ibadat dan lebih bersungguh dalam memohon keampunan daripada Allah agar kualiti amalan kita bertambah baik bukan dibuat sambil lewa akibat terlalu mudah perasan bahawa ia memang telah diterima oleh Allah. Begitu juga mesti timbul dalam hati kita perasaan Raja’ iaitu begitu berharap agar Allah menerima segala amalan soleh dan mengampuni dosa kita agar kita lebih bersemangat dalam ibadat dan tidak mudah putus asa mengejar keampunan Allah Tuhan Maha Pemurah Lagi Pengampun. Bila kita memiliki 2 sifat terpuji ini sepastinya kita menyambut hari raya dengan ibadat bukan mencemarkannya dengan program maksiat. Al-Hasan berkata, "Orang Mu’min telah beramal demi Allah dengan semua ketaatan dan mereka telah bersunggah-sungguh padanya, serta mereka takut seandainya amalan mereka ditolak. Sesungguhnya seorang mukmin itu menggabungkan antara berbuat baik dengan perasaan takut sekiranya Allah tidak menerima amalannya, sedangkan orang munafik menggabungkan antara berbuat buruk dengan merasa aman dari seksaan Allah." عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : " لَوْ يَعْلَمُ الْمُؤْمِنُ مَا عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الْعُقُوبَةِ مَا طَمِعَ بِجَنَّتِهِ أَحَدٌ ، وَلَوْ يَعْلَمُ الْكَافِرُ مَا عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الرَّحْمَةِ مَا قَنَطَ مِنْ جَنَّتِهِ أَحَدٌ - رَوَاهُ مُسلِمٌ. Maksudnya : Seandainya seorang mukmin mengetahui siksa yang ada di sisi Allah, maka dia tidak akan berharap sedikitpun untuk masuk syurga. Dan seandainya orang kafir mengetahui rahmat yang ada di sisi Allah, maka dia tidak akan berputus asa sedikitpun untuk memasuki Syurga-Nya اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 1 - 11 surah al-Mu’minun : قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِ‌ضُونَ ﴿٣﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ ﴿٤﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُ‌وجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ‌ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَ‌اءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَ‌اعُونَ ﴿٨﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٩﴾ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِ‌ثُونَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ يَرِ‌ثُونَ الْفِرْ‌دَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿١١﴾ Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya Aidilfitri dipanggil hari kemenangan dan kejayaan bagi umat Islam yang berjaya menunaikan segala kewajipan termasuk puasa Ramadan. Bila disebut kejayaan atau kemenangan maka pasti semua mahu meraihnya. Al-Quran sendiri begitu banyak menyebut tentang kemenangan seperti kalimah al-Falah yang bermaksud kejayaan serta pecahannya disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali. Kalimah al-Fauz yang juga bermaksud kejayaan atau kemenangan serta pecahannya disebut sebanyak 29 kali. Malah umat Islam diseru dan diperingatkan agar melangkah ke mercu kejayaan sekurang-kurangnya 10 kali sehari melalui laungan azan (حى على الفلاح).Begitu juga bila menyambut hari raya kita sama-sama melaungkan kalimah kemenangan di mana semua ini bukan sebagai penyedap halwa telinga sahaja tetapi mesti dihayati dalam kehidupan untuk lebih bersungguh dalam memiliki sifat orang berjaya berdasarkan neraca Allah yang dinyatakan dengan jelas dan terperinci dalam al-Quran terutama melalui awal surah al-Mu’minun yang mengemukakan 6 ciri mu’min yang berjaya iaitu: Ciri - [1] Khusyuk dalam solat di mana kurangnya hubungan manusia dengan Allah menyebabkan pelbagai jenayah dan kerosakan berlaku. Ciri ke- [2] Menjauhi perkara yang tidak berfaedah yang merugikan masa dan umur kita. Kita begitu bimbang bila nafsu dipuja sehingga walau pun TV swasta banyak dikuasai oleh orang Islam tetapi program maksiat lebih subur berbanding program berguna seperti program melahirkan penyanyi kecil hingga penyanyi tua begitu mendapat sambutan. Tindakan kerajaan yang ingin meluluskan lesen judi yang kedua terbesar selepas Genting dan lebih parah bersetuju menjadi tuan rumah kepada pertandingan ratu cantik dunia Miss Universe pada akhir Ogos nanti bakal mengundang lebih banyak bala daripada Allah. Sepatutnya kerajaan memperkasa dalam membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan yang lain. Seorang orientalis berkata : Jika mahu runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka guna 3 cara iaitu : [1] Runtuhkan ikatan kekeluargaan di mana bila hilangnya kasih sayang dan saling hormat-menghormati antara ahli keluarga maka timbulnya pelbagai masalah akhlak dan jenayah [2] Runtuhkan sistem pendidikan di mana akan lahirnya manusia yang lebih mengutamakan kebendaan tanpa menghiraukan agama. Akhirnya kejahilan melarat sehingga kes ajaran sesat dan murtad semakin mudah merebak. Ibarat kata hukama’ : Jika mahu membunuh tanaman maka racunlah akarnya. Jika mahu membunuh bangsa maka racunlah sejarah mereka [3]. Jatuhkan contoh teladan masyarakat yang berwibawa di mana bila hilangnya rasa semangat untuk mencontohi nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan para Ulama’ maka manusia rosak akhlak dan tidak memberi faedah dunia akhirat menjadi pujaan mereka. Akhirnya mereka tenggelam dalam khayalan yang merugikan Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, Ciri mu’min berjaya yang ke-[3] Mengeluarkan zakat di mana ibadat harta ini antara matlamatnya untuk melahirkan rasa bertanggungjawab dan kasih sayang kepada saudara seagama yang lain disamping membuang sikap bakhil. Ramadhan lalu heboh berkenaan cadangan untuk mendenda penderma dan peminta sedekah dan masalah gelandangan yang merosakkan imej Bandaraya. Semua pihak terutama badan yang mengurus zakat mesti mengambil berat mengenai agihan zakat kepada asnaf kerana laman web kerajaan sendiri menyatakan golongan miskin tegar dalam masyarakat Melayu paling tinggi iaitu 1.1 peratus berbanding masyarakat Cina 0.1 peratus dan India 0.3 peratus. Pada tahun 2012 sahaja, orang Melayu telah mendominasi tahap kemiskinan negara sebanyak 64.8 peratus Ciri yang ke-[4] Memelihara kemaluan dan kehormatan diri di mana masalah zina dan anak luar nikah makin parah sehingga Timbalan Menteri Dalam Negeri melaporkan di Parlimen bagaimana hampir 90 peratus kes jenayah rogol membabitkan remaja bawah umur 16 tahun dengan majoriti membabitkan orang Melayu untuk tahun 2012 dan 2013. Itu belum lagi dikira kes jenayah di mana sehingga April 2014 indeks jenayah dalam Negara ialah 14 kes bagi setiap jam, 368 kes jenayah setiap hari, 2594 kes setiap minggu dan 11 023 kes jenayah setiap bulan. Malangnya walau pun kegagalan demi kegagalan hukuman penjajah namun hukum al-Quran terus ditentang dan dihalang. Ibarat kata Ibnu Masu’d :“Diturunkan al-Quran kepada mereka untuk diamalkan, maka jadilah pengajiannya untuk beramal. Sesungguhnya seseorang kamu membaca al-Quran dari permulaan al-Quran sehingga akhirnya, tidak ada satu huruf pun yang tertinggal, apa yang tertinggal hanyalah amalannya.” Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan : وَقَالَ الرَّ‌سُولُ يَا رَ‌بِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْ‌آنَ مَهْجُورً‌ا ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai" Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Ciri mu’min berjaya yang ke-[5] Menunaikan amanah dan janji di mana ia semakin luntur pada akhir zaman sebagaimana peringatan nabi s.a.w إِنَّهَا سَتَأْتِي عَلَى النَّاسِ سِنُونَ خَدَّاعَةٌ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا اْلأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ، قِيلَ: وَمَـا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: السَّفِيهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ - مسند أحمد Maksudnya : Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat, dan pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada baginda, “Siapakah Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang yang lekeh (tidak ada ilmu) berbicara tentang urusan manusia (umat). Manakala ciri yang ke- [6] dan terakhir Sentiasa memelihara solat. Ciri pertama berkaitan dengan solat dan ciri terakhir mu’min berjaya juga berkaitan dengan solat. Ini merupakan isyarat yang cukup jelas menunjukkan betapa pentingnya solat dalam Islam. Solat adalah amanah Allah, kemuncak pengabdian insan terhadap Penciptanya. Islam tidak mengiktiraf kejayaan yang dicapai oleh seseorang sekiranya dia meremehkan solat. Oleh itu kita sepatutnya bimbang jika benarnya tinjauan seorang tokoh motivasi bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari di mana golongan yang kerap meninggalkan solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga. 3 halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu: [1] Malas walaupun setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah. [2] Lemah fikiran atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia. [3] Cepat berasa bosan melakukan ibadah kerana merasa tujuannya belum tercapai. Ingatlah bagaimana umat yang mengabaikan solat akan menjadi hamba nafsu Firman Allah dalam ayat 59 surah Maryam : فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ﴿٥٩﴾ Maksudnya : Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 19 surah al-Mulk : أَوَلَمْ يَرَ‌وْا إِلَى الطَّيْرِ‌ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّ‌حْمَـٰنُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ‌ Maksudnya : Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat lagi mengetahui akan setiap sesuatu Setiap kali tibanya raya pihak berwajib sibuk membuat kempen memandu berhemah agar kita selamat pulang berhari raya kerana jumlah kemalangan sentiasa bertambah tiap kali musim raya. Pada tahun ini pula Negara dikejutkan dengan nahas udara dengan kejadian kehilangan misteri kapal terbang MH370 dan terbaru jatuhnya MH17 akibat ditembak di sempadan Rusia-Ukraine. Sempena hari mulia ini marilah kita sama-sama mengucapkan tahziah kepada semua ahli keluarga mangsa dan berharap segala pengurusan jenazah dapat diuruskan dengan baik dan segera. Kita juga berharap pihak kerajaan dapat menggunakan segala saluran yang terbaik dalam menyelesaikan isu ini. Peristiwa yang menyayat hati ini sepatutnya mengetuk hati kita tentang kuasa Allah yang mentadbir langit dan bumi serta berkuasa melakukan sesuatu mengikut qudrat dan iradatNya. Begitu juga kematian pasti akan menemui kita walau di mana kita berada dan atas kenderaan mana kita menaikinya. Jadilah kita sebagai sebaik-baik manusia ialah orang yang sentiasa ingat mati dan sentiasa bersiap dengan bekalan akhirat tanpa mengira musim dan tempat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab : وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾ Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan dan juga sebagai motivasi untuk mengulangi kemenangan tentera Islam dalam mengalahkan tentera bersekutu kuffar. Semoga tarbiah Ramadhan menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria, bangsa Ronghiya yang dilanda peperangan. Umat Islam Di Gaza, Palestin dikepung bagaikan penjara besar daripada mendapat sebarang bantuan luar. Jika di Kelantan yang dinafi pelbagai hak dan dirompak royalti pun sudah terseksa untuk melaksanakan pelbagai pembangunan dan program apatah lagi Gaza yang dikepung dari pelbagai sudut terutama ekonomi dan hubungan luar sehingga payah mendapat rawatan, makanan, elektrik dan sebagainya. Kini hampir 3 minggu Zionis Yahudi menyerang umat Islam di Gaza dari pelbagai sudut terutama udara yang menghancurkan masjid, sekolah, hospital dan rumah serta mengorbankan hampir ribuan umat Islam terutama pelajar sekolah, kanak-kanak. Zionis Yahudi meneruskan sikap pengecut sebagaimana pada zaman nabi s.a.w dan para sahabat iaitu hanya berani menyerang dari jarak jauh dan membunuh orang awam bukannya pejuang. Mereka tidak berani bertempur secara berdepan kerana zinois yahudi laknatullah berperang untuk menang sedangkan pejuang Islam berperang untuk merebut mati syahid. Malah kejayaan pejuang Islam melancar roket dan pesawat kecil yang tidak mampu dikesan oleh radar dengan kekuatan sendiri tanpa bantuan luar sehingga mengucar-kacirkan Bandar Tel Aviv memberi mimpi buruk yang tidak dijangka oleh sekutu kuffar. Musuh bakal dikuburkan atas sikap takabbur mereka. Semoga semangat Aidilfitri akan membangkitkan semangat jihad kita semua untuk membantu memerdekakan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman musuh. Hulurkan bantuan kewangan dan juga senjata paling ampuh iaitu doa untuk perjuangan saudara seagama. Gunakan kuasa membeli kita untuk memboikot syarikat dan barangan yang memberi bantuan langsung kepada zionis yahudi yang membunuh saudara seagama. Kita minta agar pemimpin menjelaskan mengapa Malaysia menjadi Negara dagang Israel yang ke-15 terbesar di dunia pada 2010. Kita tidak mahu sebelah tangan membantu sebelah lagi membunuh اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Rabu, 9 Julai 2014

Ramadhan DiRai Keistimewaanya DiNikmati

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 14-17 surah al- A’la : قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾ وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧﴾ Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), (Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal Kini kita berada di penghujung bulan Sya’aban di mana kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan 2 hari lagi. Kita mesti menyatakan rasa seronok dan syukur kepada Allah dengan nikmat Ramadhan yang dijanjikan dengan rahmat pada awal kedatangannya diikuti dengan pengampunan dosa pada pertengahannya serta dibebaskan daripada api neraka pada penghujungnya bagi hamba-hamba Allah yang benar-benar menghidupkan Ramadhan. Kedatangan bulan yang dijanjikan dengan penggandaan pahala dan penghapusan dosa wajib disambut sebaik mungkin agar segala janji kebaikan daripada Allah dapat kita capai. Keistimewaan Ramadhan yang terbuka luas pintu-pintu Syurga dan tertutup rapat pintu-pintu Neraka serta dirantai Syaitan penggoda mesti diambil peluang peluang dalam menambah bekalan akhirat. Peluang dengan adanya suatu malam istimewa antara malam-malam Ramadhan yang dinamakan lailatul Qadar jangan dilepaskan agar kita dapat menjadi umat yang beruntung yang berlumba merebut janji Allah yang benar. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa Sesuai dengan matlamat kepada ibadat puasa itu sendiri untuk melahirkan umat yang bertaqwa yang sepastinya menjadi umat pilihan untuk berjaya dunia dan akhirat maka kita mesti menggunakan peluang kehadiran Ramadhan dengan bersungguh-sungguh agar kita menjadi hamba Allah yang berjaya mencapai tingkatan umat bertaqwa dalam segenap aspek kehidupan. Kesungguhan ini bermula daripada diri kita sendiri dengan mendalami ilmu agama terutama yang berkaitan dengan ibadat puasa itu sendiri agar ia menjadi ibadat bukan setakat adat sahaja. Ilmu bukan sahaja dapat menunjuk kepada kita bagaimana mahu menjalani ibadat puasa yang sempurna malah memberi jalan untuk kita memperelokkan lagi ibadat wajib dengan amalan sunat yang menambahkan pahala. Suasana seronok dalam menyambut Ramadhan mesti disuburkan dalam diri kita sendiri seterusnya ahli keluarga dan masyarakat dengan setiap lapisan bermula daripada pemimpin sehingga rakyat jelata mengambil berat berkenaan Ramadhan bukan setakat melepas batuk di tangga sahaja. Banyakkan kempen dalam memperkasakan amalan soleh melalui tv, akhbar, radio, media massa dalam menghidupkan suasana menyambut Ramadhan. Jangan hanya sibuk kempen nak sambut hari raya sahaja nampak hebat tapi bila nak sambut puasa Ramadhan dibuat sambil lewa. Akhirnya umat berpuasa mengurangkan pahala puasanya dengan cara melihat tv, mendengar radio, membaca perkara melalaikan di akhbar atau internet. Masa yang sepatutnya dihabiskan dengan amalan yang membuahkan pahala dihabiskan dengan perbuatan yang bukan sahaja sia-sia malah maksiat yang menambahkan dosa. Jika umat Islam sendiri boleh ditarik untuk membicarakan tentang Piala Dunia berbulan-bulan sebelum pertandingan bermula sehingga kemeriahannya dirasa di mana-mana maka mengapa kempen untuk sambut Ramadhan kita tidak mampu lakukannya sebagaimana para salafussoleh yang mengingati Ramadhan setiap masa sehingga begitu semangat dengan kedatangannya dan begitu bersedih dengan pemergiannya. Kita tidak mahu demam Piala Dunia menghilangkan tumpuan kepada sambutan Ramadhan sebagaimana asyiknya kebanyakan manusia dengan godaan dunia menyebabkan tumpuan kepada bekalan akhirat dilupa. Imam Abu Sulaiman Ad-Darani pernah berwasiat : Telah datang dunia dalam hati nescaya akan hilang akhirat daripadanya. Apabila telah ada dunia dalam hati maka tidak akan datang akhirat untuk menyelamatkan hati kerana dunia itu keji sedangkan akhirat itu murni Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun : وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١﴾ Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; Antara keistimewaan ibadat puasa ialah [1] Menguatkan Jiwa di mana Islam memerintah supaya memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam memerangi hawa nafsu, manusia mengalami kekalahan maka malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabdiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan dan kerosakan. Bukan sahaja umat Islam diajar bagaimana pentingnya agama dalam mengawal kehidupan malah kita melihat di China sejak pemerintahan Jiang Je Ming telah memulihkan pengajaran agama dengan harapan negaranya bukan sahaja dapat menjadi Naga Besar Ekonomi dunia tetapi turut unggul dari segi adat dan budaya setelah kesan menjauhi agama menyebabkan banyak jenayah dan kerosakan berlaku yang turut menggugat ekonomi Negara China itu sendiri. Kita bimbang akibat menjauhi agama daripada kehidupan di Negara kita sendiri menyebabkan keruntuhan aqidah dan akhlak serta kes jenayah terus meningkat. Tindakan kerajaan yang ingin meluluskan lesen judi yang kedua terbesar selepas Genting dan lebih parah bersetuju menjadi tuan rumah kepada pertandingan ratu cantik dunia Miss Universe pada akhir Ogos nanti bakal mengundang lebih banyak bala daripada Allah. Keistimewaan [2] ialah Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik. Puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh yang membuatkan seseorang itu tidak akan melupakan diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit. Kita begitu bimbang bila nafsu dipuja sehingga walau pun TV swasta banyak dikuasai oleh orang Islam tetapi program maksiat lebih subur berbanding program berguna seperti program melahirkan penyanyi kecil hingga penyanyi tua begitu mendapat sambutan daripada orang Melayu sendiri sehingga ada yang bergaduh berebut borang yang terhad. Sedangkan dalam masa yang sama program ilmiah seperti Akademi al-Quran walau pun berjaya melahirkan Qari dan qariah yang berjaya bukan setakat peringkat kebangsaan malah antarabangsa hanya bertahan 3 musim sahaja. Firman Allah dalam ayat 9-10 surah as-Shamsu : قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا﴿١٠﴾ Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Keistimewaan [3] ialah Puasa Menyihatkan Badan di mana selain kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani tubuh dan anggota badan. Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan. Malah FIFA menjawab bahawa Piala Dunia dianjurkan juga walau pun pada bulan Ramadhan kerana mendapat penjelasan bahawa jika puasa di bulan Ramadhan dijalani dengan betul, tidak akan ada penurunan pada prestasi fizikal para pemain. Oleh itu umat Islam yang meninggalkan solat kerana seronok tengok Piala Dunia sepatutnya malu kepada pemain beragama Islam yang bertaraf dunia yang menjaga solat. Umat Islam yang meninggal puasa kerana demam Piala Dunia sepatutnya malu kepada pemain antarabangsa yang tetap berpuasa walau pun penat bermain dalam Piala Dunia. Keistimewaan [4] ialah Puasa ialah Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur. Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperolehi, malah diminta merenungi nikmat Allah kepada kita. Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya. Sebaliknya manusia yang tidak bersyukur suka melakukan kerosakan Firman Allah dalam ayat 7 surah Ibrahim : وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧﴾ Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Keistimewaan [5] ialah Puasa Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain. Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaiman beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam lebih kurang 12 atau 13 jam, sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahirkan dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita. Tarbiah Ramadhan menyemarakkan rasa kasih sayang kepada saudara seagama yang lain yang sedang menderita bukan sahaja di Negara kita tetapi seluruh dunia termasuk di Palestin, Mesir, Syria, Iraq, Selatan Thailand, Myanmar, Sri Langka dan lain-lain Sebagai simbol daripada rasa simpati itu juga, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat fitrah. Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya untuki kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir daripada diri kita. Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk sama-sama dapat menemui Ramadhan dan diberikan oleh Allah kekuatan dan semangat dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan soleh kita sepanjang Ramadhan sehingga melahirkan kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Jadikan masjid tempat tumpuan, al-Quran sebagai bacaan, sedekah jadi amalan sepanjang Ramadhan sehingga kita lahir sebagai umat berjaya di dunia dan akhirat Firman Allah dalam ayat 103 surah at-Taubah: خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴿١٠٣﴾ Maksudnya : Ambillah zakat daripada sebahagian harta merekan dengan zakat itu, kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ