أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Sabtu, 30 Disember 2017

Islam DiJulang Guru DiSayang Al-Quds DiPertahan

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 65-70 surah al-Kahfi : فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا ﴿٦٥﴾ قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا ﴿٦٦﴾ قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا ﴿٦٧﴾ وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا﴿٦٨﴾ قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا ﴿٦٩﴾ قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَن شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا ﴿٧٠﴾ Maksudnya : Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami. Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” Dia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, In sya Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”. Dia menjawab: “Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu” Setiap kali berada berada pada hari Jumaat maka kita disunatkan untuk membaca surah al-Kahfi di mana antara tujuannya selain mendapat fadhilat atas pembacaannya maka yang paling penting untuk kita sama-sama memahami seterusnya menghayati begitu banyak pengajaran terutama melalui kisah-kisah teladan yang terkandung dalam surah al-Kahfi ini. Antaranya berkenaan kisah Nabi Musa a.s yang belajar dengan nabi Khidir a.s di mana kita di minta supaya menjaga tertib dan adab menuntut ilmu dengan sebaiknya yang membolehkan kita mendapat keberkatan. Akhlak seseorang murid yang barangkali dirinya itu lebih mulia dan lebih soleh daripada seorang guru, tetapi itu tidak melayakkan seseorang murid untuk membantah atau tidak menghormati gurunya. Dengan kata lain, seseorang yang bergelar guru bukan sahaja wajar mendapat penghormatan daripada anak muridnya, tetapi seseorang anak murid itu harus memuliakan gurunya. Seorang murid perlu bersabar dengan tindakan gurunya, tidak terlalu gopoh menghukum atau menilai perlakuan gurunya sedangkan dia tidak mempunyai pemahaman mendalam mengenai apa yang dilakukan. Walaupun anak murid mempunyai pandangan bercanggah atau tidak senang dengan guru, tetapi berasaskan rasa hormat, anak murid tidak wajar menegur guru secara melulu. Seseorang Muslim ditegah mencerca guru kerana keberkatan ilmu bergantung kepada sejauh mana guru redha terhadap ilmu dicurahkan kepada seseorang. Muslim yang baik juga tidak boleh sombong atau bangga diri dengan gurunya walaupun barangkali jawatan disandang lebih tinggi daripada gurunya kerana Islam sangat menitikberatkan untuk menghormati ilmu yang ada pada diri seseorang supaya ilmu itu tidak menjadi barang dagangan yang diperlekehkan. Begitu juga dalam kita mencari dan menuntut ilmu, setiap ilmu yang diperolehi hendaklah diamalkan kerana berapa banyak ilmu yang kita ada bukan ukuran mendekatkan diri dengan Allah, tetapi sejauh mana kita beramal dengan ilmu yang dipelajari. Keberkatan ilmu juga bergantung kepada amalan kerana jika hanya menuntut, tetapi tidak beramal boleh menghilangkan keberkatan ilmu. Selain itu, perkara pokok yang menjadi tunjang utama dalam adab menuntut ilmu adalah adanya rasa keikhlasan hanya kepada Allah SWT, bukan bertujuan untuk mendapat gelaran dan pangkat. Sebaiknya ilmu dimanfaatkan untuk agama Allah, bukan sekadar perhiasan dunia. Justeru, tetapkan niat yang betul serta berdoa kepada Allah supaya diberi hidayah untuk bersama memanfaatkan ilmu dipelajari. Inilah juga cara kita mendekatkan diri di sisi Allah. Tanpa jasa guru yang sabar serta setia mencurah bakti mengajar dan mendidik, siapalah kita hari ini. Oleh itu, tinggalkan pangkat dan darjat yang membaluti, tinggalkan kemuliaan yang menyelimuti diri dan bersabarlah berhadapan guru kerana kesabaran dan rasa hormat itulah datangnya keberkatan ilmu. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 13-14 surah al-Kahfi : نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا ﴿١٤﴾ Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” Surah al-Kahfi turut menyentuh berkenaan kehebatan pemuda al-Kahfi dalam mempertahankan keimanan mereka ketika berada dalam suasana jahiliah. Inilah usaha dan peranan kita bersama untuk mencontohi sifat mereka dan memastikan golongan remaja yang merupakan pelapis kepimpinan pada masa akan datang. Antara sifat generasi kemenangan yang mesti dimiliki ialah : [1] Generasi yang patuh dan taat kepada syiar agama Islam, generasi yang tidak asing kepada amalan membaca dan mempelajari Al Quran Al Karim serta Sunnah Nabawiyah dalam kehidupan seharian. [2] Generasi yang berdasarkan kepada realiti dan keilmuan serta berlepas diri daripada golongan yang bersikap menjauhi suluhan agama. [3] Generasi yang bekerja dalam satu jemaah dan tidak membiarkan ahlinya berada dalam keadaan selesa atau berseronok dengan keagungan perkara-perkara lalu. Sebaliknya begitu bersemangat dalam mengulangi kembali kemenangan yang pernah dicapai atas dasar Islam [4] Generasi rabbani dan ikhlas yang hidup di dunia dengan jiwa ahli akhirat. [5] Generasi yang bersandar kepada Islam dan beriman dengan pemahaman yang cukup jelas dan meninggalkan jahiliyah yang bercanggah dengan Islam. [6] Generasi dakwah dan jihad yang mana agama Islam terlalu agung buat mereka lantas masalah dunia ini menjadi perkara remeh kepada mereka dalam mengharungi jalan agama. [7] Generasi yang merasakan aqidah mereka terlalu mahal harganya untuk ditukar ganti dengam urusan dunia. [8] Generasi yang hidup dalam zaman moden namun pemikiran dan perasaan mereka persis para sahabat di kurun pertama hijrah. [9] Generasi yang kuat dan mulia yang menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya [10] Generasi yang seimbang dan sederhana yang tidak tenggelam di dalam material dan tidak pula hanyut dalam spiritual, mereka mengetahui tanggungjawab mereka kepada Allah, diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu mereka menunaikan tanggungjawab kepada setiap yang berhak dengan penuh tanggungjawab [11] Generasi yang selalu bertaubat dan menjaga diri daripada melakukan maksiat Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur : رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ﴿٣٧﴾ Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. Yakinlah kita bahawa janji kemuliaan dan kemenangan daripada Allah pasti tiba bila kita mampu melaksana segala syarat kemenangan antaranya [1] kembali semula kepada asas pegangan umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ terdapat segala asas pembentukkan jati diri umat Islam dan juga terdapat asas pembentukkan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari anasir-anasir luar yang jelas merosakkan umat Islam [2] Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman hidup [3] Kembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan, bangsa dan warna kulit, selagimana ia berada di bawah aqidah yang sama, maka selagi itulah dia bersaudara dengan kita walaupun berbeza Negara, [4] Buang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri, orang yang mementingkan diri sendiri ini adalah orang yang rugi dan orang yang tidak bertamadun. Masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu akibat kepentingan perut lebih penting dari kepentingan pembangunan ummah. Sebenarnya inilah senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam, mereka yakin selagimana umat Islam bersikap individual, maka selagi itulah umat Islam menjadi lemah. Kuatnya Islam adalah berjemaah kerana bersatu dalam jemaah itulah senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak mudah untuk ditumpaskan oleh musuh-musuh Islam. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran : إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠﴾ Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri Sempena kita berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka marilah kita sama-sama tanam azam dan tekad dalam membela nasib saudara seagama yang sedang ditindas di Myanmar, Filiphina, Iraq, Syria, Yaman dan selainnya. Kita juga wajib mempertahankan bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang memasuki fasa yang lebih teruk apabila Presiden Amerika Syarikat dan sekutu zionis yahudi yang mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Yahudi pada 6 Disember lalu walau pun pada 21 Disember suatu perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengistiharkan tindakan bacul itu batal dan tidak sah. Bumi Palestin milik umat Islam, Al Quds milik kita. Allah dengan segala kekuatannya bersama kita. Buktikan kebersamaan kita dengan pejuang Palestin. Hulurkan bantuan kewangan dan yang paling penting ialah doakan keselamatan dan kejayaan pejuang Islam. Boikot barangan zionis yahudi dan sekutunya semampu yang mungkin terutama kaki rokok. Kalau tidak mampu membantu saudara seagama jangan pula membantu musuh dalam membunuh saudara seagama. Pemimpin Negara umat Islam mesti lebih berani bertindak bukan setakat bercakap kosong. Penuhi masjid dengan solat Jemaah dan majlis ilmu agar kekuatan Islam dapat dikobarkan. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walaupun selangkah. Biar nyawa melayang namun Al-Aqsa tetap dipertahankan. Berambus wahai Yahudi atau kamu bakal ditimbus. Berundur wahai Yahudi atau kamu bakal dikuburkan. Jatuhkan bendera kezaliman zinois Yahudi dan sekutu kuffar, Kibarkan bendera kemenangan Islam بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 19 Disember 2017

Zikrullah DiTingkat Kejahatan Zionis Yahudi DiSekat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 28 surah al-Kahfi : وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨﴾ Maksudnya : Dan bersabarlah kamu bersama dengan golongan yang menyeru Tuhannya pagi dan senja dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas Pengutusan nabi Muhammad s.a.w adalah suatu rahmat Allah yang begitu berharga yang membolehkan kita merasai bagaimana pentingnya peranan agama dalam memacu kebahagiaan hidup di dunia dan yang lebih penting kebahagiaan di akhirat nanti. Hidup beragama adalah fitrah yang melekat pada diri manusia dan terbawa sejak kelahirannya. Agama adalah fitrah atau sesuai dengan jati diri, maka ia pasti dianuti oleh manusia, kalaupun bukan sejak muda, namun menjelang akhir usianya. Firaun yang derhaka dan merasakan dirinya sebagai Tuhan pun pada akhirnya ingin bertaubat dan beragama tetapi sayang kerana sudah terlambat. Oleh itu manusia tidak dapat melepaskan diri daripada agama. Tuhan menciptakan demikian kerana agama merupakan keperluan hidup. Memang manusia dapat menangguhkannya sedemikian lama, barangkali hingga menjelang kematiannya. Tetapi pada akhirnya, sebelum ruh meninggalkan jasad, dia akan berasa betapa pentingnya keperluan itu. Keperluan manusia terhadap air dapat ditangguhkan lebih lama jika dibandingkan dengan keperluan udara. Begitu juga keperluan manusia terhadap makanan jauh lebih singkat dibandingkan dengan keperluan manusia untuk menyalurkan naluri seksual. Demikian juga keperluan manusia terhadap agama dapat ditangguhkan tetapi tidak untuk selama-lamanya. Selama manusia masih memiliki naluri cemas, bimbang mengharap, selama itu pula dia beragama. Itulah sebabnya mengapa perasaan takut merupakan salah satu dorongan yang terbesar untuk beragama. Banyak fungsi dan peranan agama dalam kehidupan ini tidak mampu dimainkan oleh ilmu dan teknologi. Ilmu mempercepatkan kita kepada tujuan. Agama menentukan arah yang dituju. Ilmu menyesuaikan manusia dengan lingkungannya dan agama menyesuaikan dengan jati dirinya. Ilmu adalah hiasan lahir dan agama hiasan batinnya. Ilmu memberikan kekuatan dan menerangi jalan, manakala agama memberi harapan dan dorongan bagi jiwa. Ilmu selalu mengeruhkan fikiran pemiliknya sedangkan agama selalu menenangkan jiwa pemeluknya yang tulus. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 212 surah al-Baqarah : زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُ‌وا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُ‌ونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا ۘ وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَاللَّـهُ يَرْ‌زُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ‌ حِسَابٍ Maksudnya :Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira Islam menunjuk jalan kepada kita bagaimana cara terbaik dalam mencari redha Allah dan kebahagian hakiki di dunia dan akhirat antaranya tidak terpedaya dengan godaan hawa nafsu. Hawa nafsu adalah keinginan negatif yang memesong manusia menuju kerosakan sebagaimana peringatan al-Quran antaranya : [1] Mengikuti hawa nafsu menjadikan manusia lalai. وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ (Surah al-Kahf : Ayat 28) Maksudnya : Janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami Lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti keinginan (hawa nafsu)nya. [2] Mengikuti hawa nafsu adalah sumber kekafiran dan kebinasaan. فَلاَ يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لاَ يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى (Surah Thaha:Ayat 16) Maksudnya : Maka janganlah engkau dipalingkan dari (Kiamat itu) oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti keinginan (hawa nafsu)nya, yang menyebabkan engkau binasa [3] Mengikuti hawa nafsu adalah kesesatan yang terburuk. وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوَاهُ(Surah al-Qosas:Ayat 50) Maksudnya : Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginan (hawa nafsu)nya.” [4] Mengikuti hawa nafsu menghalangi seseorang untuk berlaku adil. فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى (Surah Shad:Ayat 26) Maksudnya : Berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu [5]Mengikuti hawa nafsu adalah sumber kerosakan. وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ(Surah al-Mukminun:Ayat 71) Maksudnya : Dan seandainya kebenaran itu menuruti keinginan mereka, pasti binasalah langit dan bumi, dan semua yang ada di dalamnya. Semoga kita termasuk orang-orang yang mampu menghadapi hawa nafsu dan mengarahkan keinginan kita di jalan yang diredhai Allah swt. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 7-8 surah Yunus : إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ ﴿٧﴾ أُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٨﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. Punca utama umat Islam sendiri suka menurut hawa nafsu ialah akibat lalai daripada peringatan Allah dan rasulNya. Makna al-Ghaflah ialah hilangnya sesuatu dari benak seorang insan dan tidak teringat akan perkara tersebut. Kalimah ini boleh juga di gunakan bagi seseorang yang meninggalkan perkara kerana meremehkan atau berpaling darinya. Antara sebab lupanya kita kepada Allah ialah : [1] Perbuatan maksiat yang dilakukan dan tidak segera bertaubat [2] Jarang datang ke masjid atau surau Allah dan meninggalkan solat berjema'ah. Sebab itulah ketika timbul isu adanya pihak sekolah yang meminta agar pelajarnya solat berjemaah zohor sebelum pulang maka ia wajib disokong dan diperluaskan lagi. Manakala pihak yang membantahnya mesti di ‘sekolah’kan semula [3] Jarang atau tidak membaca al-Quran dan berzikir [4] Sibuk dengan urusan dunia, kesenangan serta kelazatannya sehingga melupakan bekalan akhirat. Malah terlalu banyak makan dan tidur apatah lagi asyik dengan hiburan yang melalaikan antara punca lupa kepada Allah [5] Liat atau menjauhi majlis ilmu dan lebih suka berkawan dengan orang yang rosak akhlak berbanding mendampingi orang soleh yang takutkan Allah [6] Terlalu lama meninggalkan ziarah kubur, mengingat kematian serta akhirat. Oleh itulah bersungguhlah kita dalam memastikan hati kita daripada terhindar daripada sifat lalai. Oleh itu bersungguh pula kita dalam beramal ibadat supaya mencapai kelebihan orang yang sentiasa ingat kepada Allah antaranya : [1] Mengingat nikmat Allah membuat kita sedar untuk bersyukur. [2] Mengingat kekuasaan Allah menguatkan hati kita untuk bertawakal. [3] Mengingat kasih sayang Allah mendorong kita untuk lebih mencintai Allah. [4] Mengingat murka Allah menjadikan kita takut kepada-Nya. [5] Mengingat keagungan Allah membuat kita tunduk pada-Nya. [6] Mengingat ilmu Allah yang mencakup sesuatu yang tampak maupun yang tersembunyi membuat kita malu kepada-Nya. [7] Mengingat keampunan dan kemurahan Allah menjadikan hati kita penuh dengan harapan dan terpacu untuk bertaubat. [8] Mengingat keadilan Allah melatih diri kita untuk menjadi hamba yang bertakwa Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ مَوْتِي ثُمَّ فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ ثُمَّ مُوْتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الْغَنَمِ ثُمَّ اسْتِفَاضَةُ الْمَالِ حَتَّى يُعْطَى الرَّجُلُ مِائَةَ دِينَارٍ فَيَظَلُّ سَاخِطًا ثُمَّ فِتْنَةٌ لَا يَبْقَى بَيْتٌ مِنْ الْعَرَبِ إِلَّا دَخَلَتْهُ ثُمَّ هُدْنَةٌ تَكُونُ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ بَنِي الْأَصْفَرِ فَيَغْدِرُونَ فَيَأْتُونَكُمْ تَحْتَ ثَمَانِينَ غَايَةً تَحْتَ كُلِّ غَايَةٍ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا - رواه البخاري Maksudnya : Ada 6 tanda hari kiamat. Kematianku, dibukanya Baitul Maqdis, 2 kematian yang menimpa kalian seperti kambing, melimpah ruahnya harta, sehingga seorang yang diberi 100 dinar masih tidak cukup, fitnah yang masuk setiap rumah masyarakat Arab, perdamaian antara kalian dengan bangsa kulit Kuning (Romawi) kemudian mereka ingkari dan mendatangi kamu dari 80 arah, dan setiap arah terdapat 12 000 sasaran Sempena kita berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia, di bulan kelahiran nabi yang mulia ini maka kita mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat dan sekutu zionis yahudi yang mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Yahudi minggu lepas. Tindakan bacul ini mengingatkan kita kepada banyak hadis nabi s.a.w berkaitan Baitul Maqdis antaranya hadis berkenaan 6 tanda Qiamat iaitu kewafatan nabi s.a.w diikuti dengan pembukaan Baitul Maqdis pada zaman Sayyidina Umar al-Khottab, kematian akibat wabak taun juga pada zaman Sayyidina Umar. Manakala tafsiran berkenaan harta yang banyak antaranya harta zakat yang tidak dapat diagihkan pada zaman Sayyidina Umar bin Abdul Aziz kerana nikmat yang begitu banyak, ada tafsiran bayaran jizyah tidak lagi dapat diagih pada zaman turunnya nabi Isa a.s ketika hampirnya Qiamat dan juga tafsiran mengatakan perebutan kekayaan harta dunia sehingga tidak mengira halal haram sebagaimana yang kita rasai pada zaman kita ini. Tafsiran pada fitnah ialah peperangan saudara bermulanya zaman Sayyidina Uthman al-Affan dan sehingga hari ini lebih banyak peperangan saudara termasuk di Iraq, Yaman, Syria dan sebagainya. Apa yang paling besar ialah peperangan dengan zionis Yahudi dan pengganas Kristian termasuk di Palestin. Oleh itu dalam memerdekakan bumi Palestin maka kita wajib hidupkan solat berjemaah. Ketika saudara seagama ditembak mati kerana mahu solat di masjid Aqsa sedangkan ramai umat Islam di sini mati hatinya sehingga tak sampai-sampai ke masjid akibat terkena peluru syaitan dan hawa nafsu. Baca dan hayatilah al-Quran dalam kehidupan daripada asyik melayan whatsap, facebook, tv. Banyakkan zikrullah daripada asyik dengan lagu yang melalaikan. Penuhilah majlis ilmu sebagaimana berebut saksi bola dan konsert hiburan. Banyakkan amal ibadat jauhi maksiat Perangilah riba. Boikot barangan yang memberi bantuan secara langsung kepada zionis yahudi terutama rokok. Apa yang paling penting doa bantuan dan kemenangan daripada Allah. Musuh tidak gerun kepada umat Islam yang ramai tetapi jauh daripada agama. Islamlah nescaya kita selamat dan mulia dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 12 Disember 2017

Agama DiJulang Al-Quds DiMerdekakan

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya Keberadaan kita pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik kepada kembali MengEsakan Allah, daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk kepada suluhan wahyu, daripada sikap kebinatangan kepada akhlak yang mulia. Kita sebagai umat yang beriman begitu yakin bahawa pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai contoh teladan yang terbaik dari pelbagai aspek kehidupan samada cara berkeluarga, cara berekonomi, cara bersosial, cara berpolitik, cara bernegara dan sebagainya. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka setiap tindak tanduk kita akan membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah mampu menyebar luaskan kebaikan kepada sekitar. Hanya umat yang meyakini bahawa perlunya kita kepada pengutusan nabi untuk membimbing umat manusia dalam mengurus kehidupan dunia berteraskan agama bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti. Islam melarang kita mendewakan nabi sehingga dianggap sebagai Tuhan sebagaimana sesatnya Kristian yang mempertuhankan nabi Isa a.s . Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 23-24 surah al-Jaathiyah : أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّـهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّـهِ ۚأَفَلَا تَذَكَّرُونَ ﴿٢٣﴾ وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ Maksudnya : Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata Keperluan kita kepada pengutusan nabi Muhammad s.a.w bersama wahyu al-Quran begitu penting dan wajib disyukuri kerana ini semua menjadi antara asbab dalam melahirkan kita sebagai seorang Islam. Kita begitu yakin bahawa nikmat agama adalah jauh lebih penting berbanding nikmat duniawi yang lain termasuk nikmat udara untuk bernafas, nikmat makan minum, nikmat tempat tinggal dan sebagainya. Agama dalam bahasa Arab disebut ad-Din. Selain bererti agama, ad-Din juga bererti yakin dengan “kekuasaan”, “ketundukan”, “kepatuhan”, “balasan”, peraturan” dan “nasihat”. Agama memang mengandung peraturan dan hukum yang harus dipatuhi manusia. Agama mempunyai kekuasaan yang membuat manusia tunduk dan patuh kepada Tuhan. Orang yang tunduk dan patuh kepada Tuhan akan mendapat balasan baik daripada Tuhan, sementara yang tidak patuh akan mendapat balasan buruk daripada Tuhan. Meskipun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberi jawapan atas pertanyaan mengenai makna dan tujuan hidup manusia, yang hanya boleh dijawab oleh agama. 5 sebab utama manusia perlu kepada agama ialah : [1] Keterbatasan akal terhadap pengetahuan mengenai hakikat sebenar kehidupan. Betapapun cerdasnya manusia, betapa maju teknologi tetapi tidak mampu menjawab banyak persoalan terutama berkaitan alam ghaib. Oleh itu manusia perlu kepada agama untuk menunjuk hakikat kehidupan dunia yang berkait dengan akhirat [2] Keperluan fitrah manusia di mana semua bangsa percaya terhadap dzat yang dianggap Agung. Sedangkan orang-orang yang mengaku tidak percaya terhadap Tuhan, itu sebenarnya adalah hanya sebuah pelarian dari rasa kecewa terhadap agama yang mereka lihat. Padahal ia salah faham terhadap agama itu dan sama sekali itu tidak membuktikan bahawa Tuhan tidak ada. Oleh itu kita begitu bimbang apabila adanya anak-anak Melayu yang terlibat dengan golongan anti Tuhan. Perkara ini wajib dicegah daripada merebak dengan undang-undang dan pendidikan agar rasa perlu kepada agama ditingkatkan dalam jiwa umat Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 59 surah Maryam : فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ﴿٥٩﴾ Maksudnya : Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), Sebab ke- [3] perlunya manusia kepada agama kerana manusia perlu kesihatan jiwa dan kekuatan rohani. Pelbagai keadaan dalam hidup seperti susah senang, sihat sakit, kaya miskin, kuat lemah menjadikan manusia perlu kepada kekuatan untuk mengawal emosinya. Keyakinan dan keimanan terhadap agamalah sumber kekuatan itu. Sebab hanya agamalah yang mengajarkan tentang kepercayaan terhadap takdir, tawakkal, kesabaran, pahala dan siksa. Dengan kepercayaan semacam itulah jiwa akan menjadi sehat dan rohani akan menjadi kuat. Antara cara menguatkan jiwa ialah melalui amalan solat 5 waktu terutama secara berjemaah. Oleh itu ketika melihat ramai umat Islam meninggalkan solat yang menyebabkan pelbagai masalah sosial dan jenayah meningkat maka perlu ketika suatu usaha dalam memastikan umat Islam bersungguh dalam menjaga solat. Kita menyokong penuh usaha pihak satu sekolah di Pahang yang meminta agar pelajar terlebih dahulu solat Zohor berjemaah sebelum pulang. Inilah adalah suatu usaha baik yang mesti dicontohi ketika statistic menunjukkan peratusan umat Islam termasuk pelajar sekolah yang meninggal solat begitu tinggi. Kita juga meminta agar pihak yang membantah usaha murni ini agar di’sekolah’kan semula supaya mereka lebih takut kepada Allah. [4] Keperluan masyarakat terhadap motivasi dan disiplin akhlak. Hukum dan peraturan semata-mata tidak mampu mendidik manusia untuk melaksanakan kebaikan, menunaikan kewajiban dan meninggalkan larangan. Manusia perlu kepada motivasi dalaman iaitu hati nurani. Dengan membina hati nurani inilah seorang manusia akan termotivasi untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan dengan sukarela walaupun tanpa ada pengawasan dari manusia dan tekanan dari hukum dan peraturan. Peranan ini hanya mampu dimainkan oleh agama. Apalagi agama juga mengajarkan adanya “pengawasan melekat” oleh Tuhan terhadap seluruh perbuatan manusia dan menanamkan keimanan bahawa kehidupan dunia berhubung dengan balasan akhirat [5] Keperluan masyarakat kepada hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Ikatan aqidah mampu meruntuhkan sikap perkauman sempit sehingga manusia mampu hidup saling bantu membantu tanpa mengira bangsa, keturunan, pangkat dan harta. Hubungan atas dasar iman akan menolak sebarang bentuk penindasan dan kezaliman sebaliknya menyuburkan lagi rasa hormat dan kasih sayang dalam diri masyarakat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan : فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾ Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. Sempena kita berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka kita mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat dan sekutu zionis yahudi yang mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Yahudi. Bumi Palestin milik umat Islam, Al Quds milik kita. Allah dengan segala kekuatannya bersama kita. Walau musuh berhimpun dengan segala kekuatan mereka untuk mengalahkan Islam, mereka tak akan dapat melakukannya. Donald Trump memilih untuk bermain api dengan dunia Islam. Nanti dia bakal rasa bagaimana panasnya kobaran api jihad yang menyala lantaran tindakan bacul ini. Tentunya Trump dan anak emasnya Israel akan terpaksa membayar harga yang mahal kerana apa yang mereka jual akan bakal dibeli oleh pejuang Islam. Al Quds kiblat pertama ummat Islam. Di sini tersematnya maruah dan harga diri umat Islam. Saudara kita di Palestin telah mempertahankannya dengan darah dan nyawa. Mungkin kita tak seberani mereka untuk berdepan dengan kereta kebal Israel dengan hanya bersenjatakan batu-batu di tangan. Tapi tetap perlu ada bahagian kita dari kemuliaan jihad ini walau kita dipisahkan dengan luasnya lautan dan jarak yang jauh. Isu Palestin adalah isu kita bersama. Isu semua manusia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Isu manusia yang cintakan keadilan dan mempertahankan hak orang lain dari dicabuli. Zionis Yahudi adalah pengganas dunia dan inilah musuh sebenar kita. Di belakang mereka juga negara pengganas yang mendakwa sebagai polis dunia. Siapa yang lebih ganas daripada mereka yang merampas bumi milik orang lain lalu bermaharajalela membunuh dan menindas. Pengganas ini tak kenal bahasa diplomasi. Kerana itu tentera Allah di bumi Palestin telah mengajar mereka dengan bahasa peluru dan darah. Jihad ini akan berterusan sampai hari kiamat Buktikan kebersamaan kita dengan pejuang Palestin. Hulurkan bantuan kewangan dan yang paling penting ialah doakan keselamatan dan kejayaan pejuang Islam. Boikot barangan zionis yahudi dan sekutunya semampu yang mungkin terutama kaki rokok. Kalau tidak mampu membantu saudara seagama jangan pula membantu musuh dalam membunuh saudara seagama. Bangkitlah wahai umat Islam. Saudara seagama sedang menderita ketika kita riang gembira, mereka bermandi darah ketika kita hidup mewah, mereka berlagukan tangisan ketika kita hidup penuh hiburan. Bersama kita merdekakan bumi wakaf milik umat seluruh umat Islam Palestin. Kibarkan bendera Islam, jatuhkan bendera kezaliman بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 10 November 2017

Ujian Allah DiSantuni Kekejaman Yahudi DiTangani

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun : مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌ Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh. Ketika kita melihat suasana banjir besar yang telah melanda negeri sebelah Utara terutama Perlis, Kedah dan Pulau Pinang maka kita di sini masih terbayang-bayang dengan musibah bah kuning yang menimpa kita pada hujung 2014 yang lepas. Inilah antara ujian kehidupan yang kita hadapi dalam menguji tahap keimanan dan bergantung harapnya kita kepada Allah dalam kehidupan. Seorang Mukmin dengan ketakwaannya kepada Allâh, memiliki kebahagiaan yang hakiki dalam hatinya, sehingga masalah apapun yang dihadapinya di dunia ini tidak akan membuatnya mengeluh apalagi berputus asa. Hal ini disebabkan keimanannya yang kuat kepada Allâh membuat dia yakin bahawa apapun ketetapan yang Allâh tetapkan untuk dirinya maka itulah yang terbaik baginya. Dengan keyakinannya inilah maka Allâh akan memberikan balasan kebaikan baginya berupa ketenangan dan ketabahan dalam jiwanya. Imam Ibnu Katsîr RH berkata: Seseorang yang ditimpa musibah dan dia meyakini bahwa musibah tersebut merupakan ketentuan dan takdir Allâh, kemudian dia bersabar dan mengharapkan balasan pahala dari Allâh, disertai perasaan tunduk berserah diri kepada ketentuan Allâh nescaya Allâh akan memberikan petunjuk ke dalam hatinya dan menggantikan musibah dunia yang menimpanya dengan petunjuk dan keyakinan yang benar dalam hatinya, bahkan Allâh akan menggantikan apa yang hilang darinya dengan sesuatu yang lebih baik baginya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura: وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Ulama mengatakan 4 golongan manusia dalam hadapi setiap musibah dan cubaan hidup di dunia iaitu : [1] Golongan yang lemah iaitu selalu berkeluh kesah terhadap setiap keadaan. Dia selalu mengadu namun bukan kepada Allah tempat mengadu melainkan sesama manusia. Dia selalu meratapi hari-hari bahkan sering dia bertindak di luar batas untuk melepaskan rasa marah atas takdir buruk yang dia terima. Dia selalu mengeluh kepada semua orang. Padahal dengan banyak mengeluh bukannya orang akan simpati malah akan menjauhkan diri daripadanya bahkan dengan banyak mengeluh bukannya menyelesaikan masalah sebaliknya masalah bertambah rumit. Sikap ini adalah sikap orang-orang yang lemah imannya, lemah akalnya dan agamanya. [2] Golongan yang bersabar atas musibah dengan cara menahan diri dari melakukan hal-hal yang mengundang amarah Allah . Menahan lisan dari berucap kata yang tidak disukai Allah. Mencegah perbuatan dari perkara yang dimurkai Allah. Orang yang sabar dalam menghadapi musibah sentiasa berdoa agar Allah menyingkirkan dan meringankan musibah yang menimpanya dan berharap pahala yang ada padanya, di saat yang sama dia mengambil sebab dan upaya agar musibah itu berlalu darinya. Setiap mukmin akan selalu mendapat ujian. Dan Allah tidak akan memberi beban kecuali sesuai dengan tahap kemampuannya. [3] Golongan yang redho yang sentiasa berlapang dada ketika musibah menimpanya. Orang yang redho atas musibah sangat menyedari bahawa semua yang terjadi atas kehendak Allah. Baginya, ketika ditimpa musibah seolah-olah dia tidak merasa mendapat musibah. Darjat redho atas musibah tentu lebih tinggi tingkatannya dari sikap sabar. [4] Golongan yang bersyukur atas musibah yang berlaku. Aneh kedengarannya, ditimpa musibah bagaimana boleh lahir rasa syukur. Ditimpa musibah bagaimana boleh berterima kasih. Itulah keadaan golongan keempat ini. Baginya musibah adalah sesuatu yang ‘mengasyikkan’. Dia seakan menikmati ‘memadu kasih’ dengan Tuhannya di saat tertimpa musibah walau bagaimanapun bentuknya. Malah, kalau boleh dia berharap agar musibah itu tidak lekas hilang darinya. Golongan yang menempati darjat ini adalah para nabi dan rasul, wali-wali Allah, orang-orang yang memiliki keimanan dan ketakwaan yang mendalam قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, قال النبي : إِنَّ اللهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتَزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ. وَلَـٰكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ. حَتَّىٰ إِذَا لَمْ يَبْقِ عَالِمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالًا. فَسُئِلُوْا، فَأَفْتُوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوْا وَأَضَلُّوْا.“ رواه البخارى Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya daripada dada hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang jahil, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan orang lain Sejak akhir-akhir ini semakin ramai ulama Islam yang meninggal dunia yang mengingatkan kita tentang bagaimana dunia ini terlalu hampir dengan Qiamat. Al-Quran dan hadis nabi s.a.w menyatakan bahayanya bila dunia sepi daripada Ulama taqwa yang boleh membimbing manusia kepada jalan kebenaran. Sesuai sebagai pewaris nabi maka peranan Ulama begitu besar dalam memberi tunjuk ajar umat bukan sahaja dalam bab ibadat khusus malah meliputi seluruh apek kehidupan termasuk cara berpolitik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Hilangnya Ulama merupakan suatu kehilangan yang besar yang wajar kita rasa kebimbangan terutama dalam menjaga kesucian agama seterusnya melaksanakan segala system Islam dalam kehidupan agar memperolehi kebahagian hidup dunia dan akhirat. Oleh itu marilah kita berlumba untuk mencari ilmu sebelum Ulama sudah tiada. Jangan selepas kematian seorang demi seorang Ulama barulah kita kalut untuk mencari. Kehilangan Ulama sukar dicari ganti seumpama kebocoran yang tidak mampu lagi ditampung عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ ﷺ أَنَّهُ قَالَ: “خُذُوْا الْعِلْمَ قَبْلَ أَنْ يَذْهَبَ.“ قَالُوْا: “وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ، يَا نَبِيَّ اللهِ، وَفِيْنَا كِتَابُ اللهِ؟“ قَالَ؛ فَغَضِبَ لَا يُغْضِبُهُ اللهُ، ثُمَّ قَالَ: “ثَكِلَتْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ! أَوَلَمْ تَكُنِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيْلُ فِيْ بَنِيْ إِسْرَائِيْلِ فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمْ شَيْئًا؟ إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ. إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ.“ رواه الدارمى Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: “Ambillah ilmu sebelum ia hilang.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana ilmu boleh hilang, wahai Nabi, sedangkan di kalangan kita ada Kitab Allah?” Abu Umamah berkata; maka Nabi marah, yang sebelumnya belum pernah baginda marah, lalu bersabda: “Rosak kalian! Bukankah sudah ada Taurat dan Injil di kalangan Bani Israeil tetapi keduanya tidak mencukupi bagi mereka (tidak mereka jadikan pedoman di zaman mereka)? Sesungguhnya hilangnya ilmu bersama hilangnya pembawa ilmu itu. Sesungguhnya hilangnya ilmu bersama hilangnya pembawa ilmu itu (ulama’).” Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 61 surah al-Baqarah : وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ Maksudnya : Mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh Beradanya kita pada bulan November sewajarnya mengetuk hati kita untuk mengingati suatu peristiwa hitam iaitu pada 2 November 1917, 100 tahun lalu yang menyaksikan permulaan kepada kejahatan zionis Yahudi yang merupakan ‘Dajal Dunia’ yang sehingga ke hari ini tidak pernah insaf sebaliknya terus bermaharajalela melakukan kesombongan, kejahatan, kekejaman dan ketidakadilan terhadap tanah air serta bangsa lain yang dijajahnya. 100 tahun lalu, dengan usaha dan bantuan Britain, mereka mengisytiharkan Deklarasi Balfour yang jelas menyokong penubuhan sebuah negara Yahudi di atas tanah air umat Islam iaitu Palestin. Deklarasi haram yang tidak bermoral ini melanggar prinsip-prinsip Liga Bangsa-Bangsa (kini dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB). Ia telah membuka jalan kepada ‘penjajahan’ negara Palestin oleh Yahudi dan pencabulan serta pemusnahan secara paksa hak-hak rakyat Palestin yang sah. Sejak tarikh hitam itu terusirlah rakyat Palestin secara beransur-ansur dari Palestin sebaliknya menambahkan bilangan orang Yahudi yang diketahui asalnya hanya berjumlah enam orang sahaja di Palestin pada waktu itu. Hari ini kira-kira 7 juta rakyat Palestin bertebaran di seluruh dunia disebabkan segala angkara yang bermula dengan Deklarasi Balfour 1917. Sepanjang era penjajahan Britain di Palestin, sejak tahun 1917, negara itu diketahui telah berusaha dengan kuat sekali untuk mendirikan sebuah negara dan tanah air bagi bangsa Yahudi di Palestin melalui dasar-dasar mereka. Antaranya: [1] Membantu kemasukan pendatang haram Yahudi ke Palestin [2] Membantu pembinaan penempatan haram, pengambilalihan besar-besaran tanah rakyat Palestin secara paksaan [3] Melatih kumpulan militan Zionis seperti Haganah yang dibekalkan dengan senjata untuk memerangi, melakukan pembunuhan ke atas rakyat Palestin [4] Mencegah masyarakat Palestin daripada membina, membangunkan institusi-institusi mereka, sebaliknya membiarkan Zionis bertindak memusnahkan dan meminggirkan institusi-institusi masyarakat Palestin [5] Membantu mengusir rakyat Palestin dari kampung halaman dan tanah air mereka serta memusnahkan lebih 500 kampung penduduk Palestin [6] Menghalang sebarang usaha rakyat Palestin yang menentang pembangunan projek-projek Zionis Yahudi. [7] Terus berusaha meruntuhkan Masjid Aqsa bagi membina Haikal Sulaiman yang didakwa milik yahudi Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, atas masjid yang mulia ini marilah kita sama-sama mengutuk kekejaman zionis Yahudi dan sekutu kuffarnya serta hulurkan bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Boikot barangan pengganas zinois yahudi dan sekutunya setakat yang termampu dalam menekan pengganas dunia itu daripada terus bermaharajalela. خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمَّدٍ سَوْفَ يَعُوْد : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٧٤﴾ Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 18 Oktober 2017

Hijrah Memuliakan Kita Dunia Akhirat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 5 surah al-Qosas : وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ Maksudnya : Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Perubahan adalah sesuatu yang fitrah. Ia berlaku pada sepanjang sejarah hidup manusia. Kita tidak boleh mengelak dari perubahan. Apa yang berlaku pada hari ini akan menjadi tradisi pada keesokannya. Peristiwa yang terjadi pada masa lalu menjadi sejarah pada hari ini. Peristiwa Hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. adalah suatu sejarah. Tetapi peristiwa itu tetap hidup pada sepanjang sejarah umat Islam. Ada latar belakang mengapa hijrah itu terjadi. Ada kesan besar kepada umat Islam dan umat manusia hasil dari peristiwa tersebut. Hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah suatu peristiwa strategik di mana Rasulullah s.a.w. menghadapi suatu suasana yang amat kritikal dalam perjuangannya menemui jalan keluar yang amat mencabar dan melaluinya dengan perancangan bijaksana yang dibantu oleh Allah. Peristiwa ini juga memperlihatkan pandangan jauh dan futuristik Rasulullah s.a.w. terhadap perubahan dan peradaban. Membebaskan manusia dari belenggu jahiliah bukanlah suatu hal yang mudah. Fahaman nenek-moyang yang sudah lama terbina, semangat kekabilahan yang sudah berakar umbi, undang-undang rimba yang kuat mengatasi yang lemah yang sudah sekian lama berjalan adalah faktor-faktor penghalang yang menyebabkan pejuang-pejuang jahiliah merasa tergugat dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghapuskan Rasulullah s.a.w. dari muka bumi. Fahaman dan amalan jahiliah berlaku di sepanjang zaman umat manusia. Ia berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. boleh berlaku pada masa kini dan boleh berlaku pada masa depan. Asas yang membezakan jahiliah dan tidak jahiliahnya sesuatu keadaan dan zaman ialah faktor akidah, iman dan takwa. Akidah yang benar memandu manusia tentang adanya Pencipta. Kewujudan Pencipta membina asas iman bahawa Pencipta berkuasa atas segala-gala. Darinya lahir keinsafan yang membawa kepada takwa bahawa dari Allah manusia datang dan kepada Allah manusia akan kembali. Kehidupan umat Islam tidak saja mengambil pertimbangan dunia tetapi juga mengambil pertimbangan akhirat. Apabila pertimbangan akhirat menjadi agenda utama, kehidupan di dunia akan menjadi lebih sempurna kerana manusia terus ingat akan hari pembalasan. Ia menyebabkan manusia lebih berhati-hati dan sentiasa dipandu untuk melakukan kebaikan dan mengelak dari melakukan kejahatan. Jahiliah pada zaman Rasulullah s.a.w. atau sebelumnya tidak bermakna tiadanya perubahan dan kemajuan dari sudut sains dan teknologi. Zaman Yunani, zaman Mesir Purba, zaman Mesopotamia umpamanya sains dan teknologi sudah mula berkembang. Kemajuan sains dan teknologi bukan ukuran mutlak bahawa manusia sudah bebas dari belenggu. Sains dan teknologi selamanya alat untuk menemukan manusia dan faktor alamiah dan menemukan manusia dengan ilmu alat untuk memudahkan kehidupan. Dalam tradisi Islam sains mendekatkan manusia dengan pencipta. Teknologi memudahkan manusia melakukan kebaikan dan membina kesejahteraan. Komputer sebagai alat komunikasi dan sistem maklumat tidaklah salah. Tetapi perisian dan program dalam komputer yang menyebabkan maklumat yang salah tersebar dan program yang lucah menjadi subur mencetuskan masalah kepada minda dan pemikiran manusia. Tanpa akidah yang memandu manusia ke arah keperkasaan dan kebesaran Allah, pengguna komputer akan merasakan komputer itu segala-gala. Pengguna yang mempunyai akidah mantap melihat komputer selamanya alat. Input, perisian dan program yang bermanfaat berkait rapat dengan matlamat. Alat dan matlamat yang baik bakal membangunkan minda dan ilmu yang baik dan ia akan membebaskan manusia daripada belenggu. Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah, Firman Allah dalam ayat 22 surah az-Zumar : أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ Maksudnya : Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Rabb-nya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka, celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.” Penghijrahan dalam membentuk sebuah negara yang hebat dan kukuh mesti bermula daripada penghijrahan dalam diri pada 4 perkara pokok iaitu : [1] Hijrah I’tiqadiyah iaitu hijrah dari segi keimanan dan keyakinan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz berpesan: إِنَّ لِلإِيمَانِ فَرَائِضَ وَشَرَائِعَ وَحُدُودًا وَسُنَنًا ، فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الإِيمَانَ - رواه البخاري Maksudnya : “Sesungguhnya iman memiliki kewajiban-kewajiban, batasan dan aturan serta sunnah-sunnah, barangsiapa menyempurnakannya maka sempurnalah imannya dan barangsiapa tidak menyempurnakannya maka tidak sempurna pula imannya”. [2] Hijrah Fikriyah iaitu pemikian. Seiring perkembangan zaman, kemajuan teknologi dan derasnya arus informasi, seolah dunia tanpa batas. Tak heran berbagai pemikiran telah tersebar di medan perang tersebut laksana dari senjata-senjata peragut nyawa. Isu sekularisasi, kapitalisasi, liberalisasi, pluralisasi, dan sosialisasi dan lain-lain telah menyusup ke dalam sendi-sendi dasar pemikiran kita yang murni. Ia menjadi virus ganas yang cuba merosakkan pemikiran umat Islam sehingga adanya umat Islam yang mahu halalkan murtad, menghalalkan kahwin sejenis dan budaya songsang serta minta dihapuskan hukuman syariat. Hijrah fikriyah menjadi sangat penting mengingat kemungkinan besar pemikiran kita telah terserang virus ganas tersebut. Mari kita kembali mengkaji pemikiran-pemikiran Islam yang murni. Pemikiran yang telah disampaikan oleh Baginda Nabi Muhammad Saw, melalui para sahabat dan para salafussoleh yang sanggup mati dalam mengembangkan dakwah Islam. [3] Hijrah Syu’uriyyah iaitu cita rasa, kesenangan, kesukaan dan kemahuan yang ada pada diri kita sering dipengaruhi oleh nilai-nilai yang tidak Islamik. Banyak hal seperti hiburan, muzik, bacaan, gambar, hiasan, pakaian, rumah, idola luput daripada pengaruh nilai-nilai Islam. Dulu penjajah mahu menjajah umat Islam terpaksa datang ke negara kita tetapi kini kita sendiri menjemput musuh Islam untuk mengubah cara hidup ala penjajah melalui tv, radio, internet dan sebagainya Faham jahiliah tidak melihat agama itu penting. Pedoman baik buruk akan sesuatu dianggap sebagai ketinggalan zaman. Untuk menjadi moden dan maju remaja dikatakan harus melepaskan diri dari ikatan salah-benar dan dosa-pahala. Untuk menjadi global, apa yang datang dari Barat adalah lambang maju dan moden. Yang lahir dari tradisi dan agama dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Oleh itu untuk menjadi remaja yang maju dan terkini, Baratlah menjadi segala-gala. Bukanlah Barat yang harus dibenci oleh remaja. Di Barat terdapat sumber ilmu dan teknologi yang bermanfaat. Tetapi agenda pembaratan yang menyebabkan ramai remaja kita terjebak seharusnya menimbulkan kewaspadaan. Lebih-lebih lagi mengambil faktor kebebasan Barat sebagai ukuran hidup yang maju boleh menjebak remaja kepada elemen-elemen jahiliah yang menjauhkan remaja dari agama. [4] Hijrah Sulukiyyah iaitu tingkah laku , keperibadian atau biasa disebut juag akhlak. Rasulullah s.a.w begitu menekankan tentang penghijrahan daripada terlibat dengan perkara mungkar barulah kita benar-benar menjadi manusia yang berhijrah قال الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Anbiya’ : كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾ Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan Jika penghijrahan untuk mencari kemuliaan dan kegemilangan di dunia perlu kepada pengorbanan dan kesungguhan maka lebih-lebih lagi persiapan sebelum berlakunya penghijrahan atau perpindahan hidup kita ke negeri akhirat tempat pembalasan atas segala amalan kita di dunia ini. Cara dan gaya hidup kita dunia samada dihiasai dengan amalan soleh atau dicemari dengan dosa maksiat merupakan cerminan awal kepada tempat kembalinya kita di akhirat nanti. Imam Al-Ghazali membahagikan manusia kepada 3 tingkatan dalam menghadapi mati iaitu [1]Al-Munhamik, iaitu orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Mereka tidak ingat kematian dan enggan diingatkan mengenai kematian. Golongan seperti itu tidak mempersiapkan bekalan untuk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat. [2] At-Taib, iaitu golongan yang bertaubat memohon keampunan daripada Allah dan mereka banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan menuju akhirat. [3] Al ‘Arif, iaitu golongan yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Mereka sentiasa mengingati kematian bahkan sentiasa menanti saat kematian kerana kematian baginya adalah pertemuan dengan Allah yang begitu dirindui. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Malam tadi kita di sini menerima suatu berita yang menyedihkan dengan pemergian tokoh Murabbi Pondok Pasir Tumboh al-Marhum Tuan Guru Hj Soleh b Ismail yang merupakan Timbalan Mudir 1 madrasah ini. Ucapan takziah kita ucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau. Kita doakan semoga beliau ditempatkan bersama para solehin dengan dibalaskan segala amalan soleh dan diampuni segala dosanya. Kehilangan beliau sukar dicari ganti namun kita yang masih hidup wajib meneruskan perjuangan suci dalam menegakkan kalimah Allah yang mulia di atas muka bumi ini. Contohilah al-Marhum yang telah mengorbankan seluruh jiwa raga dan masa sehingga penghujung usia dalam menyebar luas ilmu agama. Kita juga doakan semoga al-Marhum dijauhkan daripada azab kubur dan azab Neraka sesuai dengan kelebihan seorang muslim yang meninggal pada malam atau hari Jumaat yang diberikan keistimewaan disisi Allah عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ﴿مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ﴾ – رواه أحمد والترمذي Maksudnya : Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 19 September 2017

Izzah DiMiliki Maksiat DiJauhi Umat DiBerkati

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Anbiya’ : كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾ Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan Kehidupan dunia ini hanya sementara di mana kesempatan yang ada ini wajib digunakan semaksima mungkin dari segi umur, harta, kesihatan, ilmu dalam menghasilkan pahala akhirat disamping mengelak daripada menggunakan nikmat tersebut untuk melakukan dosa derhaka terhadap Allah. Kehidupan dunia adalah negeri yang penuh dengan ujian kepada keimanan kita manakala akhirat adalah negeri pembalasan atas segala amalan kita. Oleh itu kita wajib berusaha untuk mengisi kehidupan dunia kita dengan pelbagai amalan soleh disamping menjauhi dosa maksiat. Kita wajib bersiap sedia dengan hari kematian kita yang pasti akan datang bila-bila masa tanpa dijangka. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Biasakan diri kita dengan berdoa kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah disamping melakukan beberapa perkara yang membolehkan akhir kehidupan kita nanti dianugerahkan dengan kematian yang baik. Antaranya [1] Tulus ikhlas kerana Allah dalam apa jua amalan dan niat kita. [2] Sentiasa memperbaharui Niat yang senantiasa berubah. Niat kita dipengaruhi oleh banyak faktor sehingga tidak tetap. Perbaharuilah niat agar tidak terpesong. [3] Terus Beramal soleh dan Rendah Diri di mana biasanya manusia memiliki kecenderungan berbuat salah. Tatkala merasa salah, bersikaplah rendah diri kepada Allah agar dilimpahi kemuliaan. Kemudian buktikanlah taubat dengan amal soleh. Teruslah beramal. Beramallah dengan sebaik-baik amalan. Jangan biarkan berlalu sedetik pun, kecuali ada amal soleh yang dikerjakan. Sentiasalah berada dalam keadaan demikian hingga datangnya saat kematian bagi kita. [4] Bergegas dalam Kebaikan dan meninggalkan keburukan. Pesanan Ulama’ : “Suatu kebaikan tidak akan terwujud, kecuali dengan 3 hal iaitu segera melakukan, menganggapnya kecil, dan menutupinya.” Setelah bergegas beramal soleh maka jangan cepat berpuas hati dengan amalan tersebut sebaliknya menganggapnya sebagai amalan yang kecil hingga diri sentiasa melakukannya. Selain itu, dianjurkan untuk menutupi amal kerana yang tersembunyi lebih dekat kepada keikhlasan. [5] Ikuti Jejak Nabi dalam pelbagai aspek kehidupan agar kelak mendapatkan apa yang baginda gapai. [6] Banyak ingat Akhirat agar tidak ditipu dengan godaan dunia [7] Perbaiki Kekurangan Diri agar diri semakin hampir dengan Allah dan tidak tertipu oleh nafsu dan syaitan [8] Berpegang Teguh Aqidah Islam agar tidak terpengaruh dengan perkara sesat dan rosak قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كُلُّنَا نَكْرَهُ الْمَوْتَ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ كَرَاهِيَةَ الْمَوْتِ وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حُضِرَ جَاءَهُ الْبَشِيرُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَا هُوَ صَائِرٌ إِلَيْهِ فَلَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَنْ يَكُونَ قَدْ لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَإِنَّ الْفَاجِرَ أَوْ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ جَاءَهُ بِمَا هُوَ صَائِرٌ إِلَيْهِ مِنْ الشَّرِّ أَوْ مَا يَلْقَاهُ مِنْ الشَّرِّ فَكَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ – رواه أحمد Maksudnya : Sesiapa senang bertemu dengan Allah, maka Allah senang bertemu dengannya. Dan sesiapa tidak senang bertemu dengan Allah, maka Allah tidak senang bertemu dengannya.” Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, kami semua tidak menyukai kematian?” Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukan itu yang aku maksud, namun seorang yang beriman apabila menghadapi sakaratul maut, maka seorang pemberi khabar gembira utusan Allah datang menghampirinya seraya menunjukkan tempat kembalinya, hingga tidak ada sesuatu yang lebih dia sukai kecuali bertemu dengan Allah. Lalu Allah pun suka bertemu dengannya. Adapun orang yang banyak berbuat dosa, atau orang kafir, apabila telah menghadapi sakaratul maut, maka datang seseorang dengan menunjukkan tempat kembalinya yang buruk, atau apa yang akan dijumpainya berupa keburukan. Maka itu membuatnya tidak suka bertemu Allah, hingga Allah pun tidak suka bertemu dengannya.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah S.W.T dalam ayat 11 surah as-Sajadah : قُلْ يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ ﴿١١﴾ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)" Kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka marilah kita sama-sama mengucapkan takziah kepada seluruh warga dan ahli keluarga mangsa musibah kebakaran yang menyaksikan seramai 21 pelajar dan 2 guru Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, terkorban dalam kejadian kebakaran pagi semalam. Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kita semua atas kesabaran. Semoga guru dan anak-anak pelajar tahfiz yang terkorban ditempatkan disebaik-baik kedudukan dalam Syurga Allah serta digolongkan bersama para Syuhada’ dan Solehin. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ : الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ ، وَالْحَرِقُ شَهِيدٌ ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ – رواه أبو دأود ومالك Maksudnya: Syuhada ada 7 selain terbunuh dijalan Allah: mati kerana wabak taun, mati lemas tenggelam, mati kerana penyakit radang selaput dada, mati sakit perut, mati terbakar, mati terkena runtuhan dan wanita yang meninggal bersama janin dalam kandungan Kita juga diminta supaya memperbanyakkan berdoa agar dihindari daripada bala Allah antaranya doa ini: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ ، وَالتَّرَدِّي ، وَالْهَرَمِ ، وَالْغَمِّ وَالْغَرَقِ ، وَالْحَرْقِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ لَدِيغًا – رواه أحمد وأبو دأود Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa runtuhan, jatuh dari tempat tinggi, penyakit nyanyuk , kesusahan dukacita, tenggelam dan terbakar. Aku berlindung denganMu dari tipuan Syaitan ketika meninggal dunia, dan aku berlindung denganMu dari melarikan diri dari medan jihad. Aku berlindung denganMu dari meninggal dalam keadaan disengat binatang berbisa Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah : إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Ketika negara berdepan dengan pelbagai musibah termasuk kenaikan harga minyak bersama kos sara hidup yang lain, rasuah, jenayah tiba-tiba kita dikejutkan dengan suatu berita tentang penganjuran Pesta Arak 2017 pada 5 dan 6 Oktober ini di Kuala Lumpur yang mensasarkan 6,000 pengunjung. Ia dilihat secara sengaja cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini. Mimbar Jumaat pada hari ini mendesak agar pihak Kerajaan membatalkan segera program yang tidak bermoral ini. Islam dan kebanyakan agama lain mengharamkan arak malah mengakui arak bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh menyuburkan masalah sosial dan jenayah. Kita bukan mahu menyekat orang bukan Islam untuk minum arak tetapi tidak mahu membiarkan arak bukan sahaja diminum secara bebas malah dijadikan suatu pesta. Sepatutnya negara yang baru menyambut kemerdekaan negara kali ke-60 baru-baru ini dan esok bakal menyambut hari Malaysia memiliki rakyat yang jauh daripada perkara yang merosakkan termasuk arak bukannya menggalakkan rakyat dengan perbuatan tidak bermoral. Bala manakah lagi yang ingin diimpi, Musibah mana lagi yang diingini, laknat mana lagi yang dicari لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ - رواه الترمذي Maksudnya : Rasulullah s.a.w telah melaknat dalam masalah arak ini 10 orang iaitu: yang memerah, yang minta diperah, yang minum, yang memberi minum, yang membawa, yang menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan yang menyimpan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 73 surah at-Taubah : يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ﴿٧٣﴾ Maksudnya : Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Sempena pada hari Jumaat yang mulia, di Masjid yang mulia ini juga maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah menuntut beberapa perkara dalam isu pembunuhan dan pembersihan etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar yang didokong oleh Israel, China, India, Rusia. Antaranya meminta Asean, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Pertubuhan Negara Islam (OIC), supaya campur tangan agar kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia ke atas rakyat Rohingya Myanmar dihentikan. Menghantar pasukan pengaman dari PBB ke kawasan sempadan Arakan dan Mendesak kerajaan Myanmar untuk memberi ruang bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia tanpa menerima sekatan daripada kerajaan Myanmar Doakan keselamatan kepada saudara seagama. Hulurkan bantuan mengikut kemampuan yang ada. Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam agar pembunuhan, kezaliman dan penghinaan yang berlanjutan dapat dihentikan. Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 9 September 2017

Izzah Ummah DiBuru Penderitaan Rohingya DiBantu

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 10-11 surah as-Soof : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿١٠﴾ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١١﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? . Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Islam adalah satu-satunya agama yang menjadi cara hidup yang diredhai oleh Allah di mana sesiapa sahaja yang memilih system hidup selain daripada Islam maka semuanya akan ditolak dan dihina oleh Allah di dunia dan akhirat. Kewajipan dalam menyebar serta mempertahankan kesucian system Islam bukanlah terletak dan dipertanggungjawabkan ke atas batang tubuh nabi Muhammad s.a.w seorang sebaliknya kewajipan itu dipikul oleh setiap diri umat Islam. Sebab itulah setelah kewafatan Rasulullah s.a.w maka usaha dalam mengembangkan dakwah dan pemerintahan Islam diteruskan oleh para Khulafa’ ar-Rasyidin dan khalifah-khalifah Islam selepas mereka sehinggalah kita yang berada jauh daripada bumi arab turut dapat menikmati keindahan ajaran dan system Islam hasil daripada usaha dan perjuangan umat dahulu yang sanggup meninggal tanahair tercinta demi memastikan dakwah Islam dapat disebarkan ke seluruh dunia bertepatan dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w itu sendiri adalah untuk sekalian umat manusia bukan khusus untuk umat tertentu sahaja. Perjuangan dan dakwah Islam ini terus berjalan tanpa ada suatu kuasa besar pun yang dapat mengalah dan memadamkan cahaya Islam walau apa sahaja usaha jahat yang dilakukan. Oleh itu dalam memperjuangkan Islam maka kita mesti yakin bahawa kita bukanlah orang pertama yang menjalankan tugas dalam memartabatkan Islam di atas muka bumi ini dan kita juga bukan orang terakhir yang menjalankan misi suci ini sebaliknya kita merupakan antara rantaian orang-orang yang memperjuangkan Islam yang telah dilaksanakan oleh para nabi dan rasul serta pejuang Islam sebelum ini dan bakal diteruskan oleh generasi selepas kita sehinggalah berlakunya hari qiamat. Sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari : لاتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ لايَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ Maksudnya : Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menyatakan kebenaran di mana tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya ketentuan daripada Allah S.W.T Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah S.W.T dalam ayat 54 surah al-Maidah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di kalangan kamu yang murtad daripada agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya. Bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, bersikap tegas terhadap orang kafir, berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang mencela. Itulah kurniaan Allah yang dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui. Usaha dalam mendaulatkan kembali Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya dunia keseluruhannya tidak akan berjaya sehinggalah setiap pejuang Islam memiliki 5 sifat sebagaimana yang disebut dalam ayat 54 surah al-Maidah iaitu [1] kita mestilah mencintai Allah lebih daripada segalanya sehingga Allah juga mencintai kita. Antara cara menggapai cinta Allah عَنْ مُعَاذ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْ لُ الله صلَّى الله عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَحَابِّينَ فِيَّ وَ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَوَاصِلِين فِيَّ وَ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَنَاصِحِيْنَ فِيَّ وَ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَبَاذِلِينَ فِيَّ ;الْمُتَحَابُّوْنَ فِيَّ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُوْرٍ يَغْبِطُهُمْ بِمَكَانِهِمُ النَّبِيُّوْنَ وَ الصِّدِّيْقُوْنَ وَ الشُّهَدَاءُ .- رواه أحمد Maksudnya : Allah berfirman : [1] Orang yang saling mencintai keranaKu pasti diberikan cintaKu, [2] orang yang saling menyambung hubungan kekeluargaan keranaKu pasti diberikan cintaKu dan [3] orang yang saling menasihati keranaKu pasti diberikan cintaKu serta [4] orang yang saling berkorban keranaKu pasti diberikan cintaKu. Orang yang saling mencintai keranaKu (di akhirat nanti) berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Para Nabi, shiddiqin dan orang-orang yang mati syahid merasa iri dengan kedudukan mereka ini’” Sifat ke-[2] yang mesti ada sebagai umat mulia ialah bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin di mana kita mesti tolong-menolong sesama kita atas dasar iman dan kebaikan. Kita tidak mahu isu kecil boleh dijadikan alasan untuk melagakan sesama umat Islam sebagaimana nasihat Presiden Turki dalam isu gambar bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cendermata temasya sukan SEA Kuala Lumpur 3 minggu lepas supaya ia diselesaikan atas semangat persaudaraan ketika musuh Islam sedang menguatkan pengaruh di rantau Asia Tenggara الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara orang Muslim lainnya. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya diganggu orang lain (bahkan dia wajib menolong dan membelanya) . Sesiapa membantu kesusahan saudaranya, maka Allâh sentiasa akan menolongnya. Sesiapa melapangkan kesulitan orang Muslim, maka Allâh akan melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di hari Qiamat dan barangsiapa menutupi (aib) orang Muslim, maka Allâh menutupi (aib)nya pada hari Qiamat Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan : فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾ Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. Sifat ke-[3] yang mesti ada pada umat yang mulia ialah bersikap tegas terhadap orang kafir sehingga mereka tidak berani menghina Islam dan menindas umatnya sesuka hati. Oleh itu sempena pada hari Jumaat yang mulia, di Masjid yang mulia maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah menuntut beberapa perkara dalam isu pembunuhan dan pembersihan etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar yang didokong oleh Israel, China, India, Rusia iaitu: [1] Mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penyeksaan dan kekejaman kepada umat Islam Rohingya di Myanmar dan meminta Asean, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sekretariat Komanwel, dan Pertubuhan Negara Islam (OIC), supaya campur tangan agar kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia ke atas rakyat Rohingya Myanmar dihentikan. [2] Menghantar pasukan pengaman dari PBB ke kawasan sempadan Arakan. [3] Mendesak kerajaan Myanmar untuk memberi ruang bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia tanpa menerima sekatan daripada kerajaan Myanmar. [4] Mendesak kerajaan Bangladesh untuk membuka pintu sempadan bagi pelarian Rohingya mendapatkan perlindungan. Selain itu, turut disediakan satu kem yang lengkap serta dibiayai dan dikendalikan oleh PBB. [5] Mendesak PBB untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kekejaman dan jenayah seperti Sami Budhha Wirathu untuk diadili melalui Tribunal ICJ (Mahkamah Antarabangsa). [6] Mendesak Negara-negara dunia mengenakan sekatan ekonomi ke atas Myanmar hingga kerajaan Myanmar menghentikan kezaliman ke atas rakyat Rohingya. [7] Mendesak semua Negara dan warga dunia mengutuk kekejaman dan kezaliman Myanmar ke atas rakyat Rohingya, Myanmar. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 73 surah at-Taubah : يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ﴿٧٣﴾ Maksudnya : Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Sifat ke- [4] untuk menjadi umat mulia ialah berjihad di jalan Allah tanpa merasa takut dan gentar kepada musuh Islam kerana hanya kepada Allah kita semua menyerah diri. Beberapa hari lagi dunia diperingatkan dengan tragedi 11 September yang membangkitkan Islamphobia yang menyaksikan bermulanya penjajahan moden atas nama memerangi keganasan terhadap satu demi satu bumi umat Islam bermula dengan Afghanistan, Iraq, Libya melarat ke Syria, Yaman selain penderitaan lama di Palestin dan beberapa negara yang lain. Musuh Islam menggunakan isu yang mereka sendiri cipta dalam menyekatkan kebangkitan Islam dengan menanam rasa benci dunia terhadap Islam. Namun cahaya Allah tidak mampu dipadamkan apabila jumlah rakyat Amerika Syarikat sendiri di samping negara Eropah yang lain mencatatkan jumlah rakyat yang memeluk Islam selepas tragedi hitam ini berlipat kali ganda Seterusnya sifat ke-[5] umat mulia ialah tidak takut kepada celaan orang mencela kerana dalam memperjuangkan Islam maka kita terpaksa berhadapan dengan musuh dan umat Islam sendiri yang tidak yakin dengan Islam yang sentiasa melakukan serangan pemikiran bagi melemah dan melunturkan semangat juang umat Islam. Antara penghinaan terbaru oleh seorang Melayu yang biasanya Islam iaitu Siti Kassim dalam kenyataannya yang ditularkan di media sosial yang mendakwa mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail bukannya dari Tuhan sebaliknya bisikan syaitan. Malah dia juga menganggap ibadat korban yang dilakukan umat Islam pada Aidiladha merupakan perbuatan yang boleh merosakkan alam sekitar dan bukannya dari Al-Quran. Jika benar ianya berlaku maka kita mendesak agar dia segera bertaubat dan juga mendesak agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya agar ucapan sesat ini dapat dihentikan. Oleh itu kita wajib memastikan diri kita, ahli keluarga seterusnya masyarakat menjaga pegangan aqidah agar iman tidak tergugat dan dipandang remeh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz berpesan: إِنَّ لِلإِيمَانِ فَرَائِضَ وَشَرَائِعَ وَحُدُودًا وَسُنَنًا ، فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الإِيمَانَ - رواه البخاري Maksudnya : “Sesungguhnya iman memiliki kewajiban-kewajiban, batasan dan aturan serta sunnah-sunnah, barangsiapa menyempurnakannya maka sempurnalah imannya dan barangsiapa tidak menyempurnakannya maka tidak sempurna pula imannya.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 29 Ogos 2017

خطبة عيد الأضحى 1438 هـ

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 39 سورة سباء : قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ﴿٣٩﴾ مقصودڽ : كاتاكنله ﴿واهاي محمد﴾: "سسوڠڬوهڽ توهنكو مموهكن رزقي باڬي سسياڤا يڠ دكهندقيڽ د انتارا همبا-همباڽ، دان دي جوڬ يڠ مڽمڤيتكن باڬيڽ; دان اڤ سهاج يڠ كامو درماكن مك الله اكن مڠڬنتيكنڽ; دان ديا له جوا سبأيك-بأيك ڤمبري رزقي". سلامت مڽمبوت عيدالاضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكورن يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجكن عبادة حاج د كوتا مكة دبريكن كصيحتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ. سمڤنا براداڽ كيت ڤد هاري راي قربان اين سهيڠڬ براخيرڽ هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة ننتي مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارانكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان. انتارا توجوان بسر عبادة قربان اياله مندكتكن ديري كيت كڤد الله دڠن ممبرسيهكن هاتي درڤد سيكڤ كدكوت دان ترلالو چينتا كڤد نعمة دنيوي سهيڠڬ لوڤا كڤد الله دان اخيرة. انتارا سبب هاتي كيت جأوه درڤد مڠيڠاتي الله دان اخيرة اياله : [1] منوروت هوى نفسو. [2] چينتا دنيا دان تاكوت ماتي. [3] منوروت هاسوتن شيطان [4] طبيعة بوروق [5] دوسا. اوليه ايت عبادة قربان يڠ دلاكوكن بوكن سهاج اونتوق مڽمبليه بيناتڠ قربان ماله اڤ يڠ ڤاليڠ بسر اونتوق مڠيكيس صفة ترچلا دالم ديري سهيڠڬ فضيلة قربان ممڤو دچاڤاي انتاراڽ سباڬايمان سبدا نبي صلى الله عليه وسلم ملالوءي سبواه حديث يڠ دروايتكن اوليه سيتي عائشة : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً - رواه الترمذي وابن ماجه والحاكم مقصودڽ : “تيدق اد عمالن يڠ دلاكوكن اوليه مأنسي ڤد هاري راي قربان يڠ لبيه دسوكأي الله دري مڠاليركن داره ﴿يعني مڽمبليه قربان ﴾. سسوڠڬوهڽ اي اكن داتڠ ڤد هاري قيامة ننتي دڠن تندوق-تندوقڽ، كوكو-كوكو دان بولو-بولوڽ ﴿دان دلتقكن د اتس تيمبڠن﴾. دان سسوڠڬوهڽ داره بيناتڠ قربان ايت منداڤت كدودوقكن د سيسي الله د سواتو تمڤت يڠ تيڠڬي سبلوم اي جاتوه د اتس بومي. اوليه ايت، إخلاصكنله هاتي كامو كتيك بر قربان اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم أية 36 سورة الحج : وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّـهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٣٦﴾ مقصودڽ : دان كامي جاديكن اونتا ﴿يڠ دهديهكن كڤد فقير مسكين مكة ايت﴾ سباهاڬين دري شِعار أڬام الله اونتوق كامو; ڤد مڽمبليه اونتا يڠ ترسبوت اد كبأيقكن باڬي كامو; اوليه ايت سبوتله نام الله ﴿سماس مڽمبليهڽ﴾ كتيك اي برديري د اتس تيڬ كاكيڽ مك اڤابيلا اي تومبڠ ﴿سرتا ڤوتوس ڽاواڽ﴾، ماكنله سباهاڬين درڤدڽ، دان بريله ﴿بهاڬين يڠ لاين﴾ كڤد اورڠ-اورڠ يڠ تيدق ممينتا دان يڠ ممينتا. دمكينله كامي مودهكنڽ اونتوق كامو ﴿مڽمبليهڽ﴾ سوڤاي كامو برشكور. نعمت هاري راي اين مستي كيت ظاهيركن راس شكور دڠن عمالن صالح ترماسوق عبادة قربان. اوسه دتوڠڬو بهاڬيا بارو ممنجتكن شكور، سباليقڽ ڤنجتكن شكور، مك بهاڬيا اكن مڽوسول. جاڠن دتوڠڬو باڽقڽ نعمة، تتاڤي بلاجرله برشكور والاو اتس نعمة يڠ سديكيت. شكور بوكن سقدر ساعة ترسوڠكور، ماله كتيك ڬمبيرا دان نعمة بربأور. سسوڠڬوهڽ، سماكين قوة منظاهير راس شكور، نعمة اكن برتمبه، سكاليڬوس منمبه بأيك كواليتي جيوا. ڤرتمبهن نعمة تربهاڬي كڤد دوا، ايأيت ڤرتمبهن دري سودوت كوانتيتي دان كواليتي. مثالڽ، شكور ساعة ميليقكي هرتا دڠن ملاكوكن صدقة. هرتا اكن بركوراڠن جك دبلنجاكن، تتاڤي جك دلابوركن سباڬاي صدقة، اي اكن ممبري ڤولڠن لبيه لوماين د اخيرة سان. عَنْ مُطَرِّفٍ عَنْ أَبِيهِ - رضى الله عنه - قَالَ أَتَيْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- وَهُوَ يَقْرَأُ (أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ) قَالَ : يَقُولُ ابْنُ آدَمَ مَالِى مَالِى - قَالَ - وَهَلْ لَكَ يَا ابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلاَّ مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ.- رواه مسلم مقصودڽ: اكو ڤرنه منداتڠي نبي صلى الله عليه وسلم سداڠ ممباچ سورت التَّكَاثُر، لالو بڬيندا برسبدا: “انق آدم مڠاتكن: “هرتاكو-هرتاكو، هرتاكو، دان اڤاكه كامو واهاي انق آدم، مميليقكي دري هرتامو كچوالي اڤ يڠ اڠكاو ماكن مك اكن هابيس اتاو كامو ڤاكاي ماكن اكن لوسوه اتاو كامو صدقهكن مك ايت سهاج يڠ تيڠڬل منروسي صدقه جوڬ بوكن سقدر كوانتيتي ڬنجارن برتمبه، ماله كواليتي جيوا جوڬ بروبه. ملاهيركن جيوا برشكور ڤرلو كڤد صفة قناعة ايأيت چوكوڤ دڠن سديكيت دان جك برلبيه ممڤو اونتوق دبهاڬي-بهاڬيكن. دڠن چارا ايت، هاتي اكن لبيه لاڤڠ دان مناوركن جيوا يڠ لبيه صيحة سرتا سڬر. راس شكور جوڬ سوبور بيلا كيت فهمي والاو سكچيل مان ڤون نعمة يڠ دكورنيا اي اكن دراساكن بسر كران يقين بهاوا نعمة ايت داتڠ درڤد الله يڠ مها بسر. نعمة يڠ بسر اكن تراس كچيل سكيراڽ ترلالو منومڤو كڤد كأدأن نعمة دتريما سمات-مات. جاڠن تريكوت دڠن صفة مأنسي يڠ كورڠ شكور سباڬايمان فرمان الله دالم ايات 19-21 سورة المعارج: إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا ﴿١٩﴾ إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا ﴿٢٠﴾وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا ﴿٢١﴾ مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ مأنسي ايت دجاديكن برطبيعة رسه ڬليسه ﴿لاڬي بخيل كدكوت﴾; اڤابيلا دي دتيمڤا كسوسهن، دي ساڠت رسه ڬليسه; دان اڤابيلا دي بروليه كسناڠن، دي ساڠت بخيل كدكوت; اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله تعالى دالم أية 21 سورة الروم : وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾ مقصودڽ : دان د انتارا تندا-تندا يڠ ممبوقتيكن ككواسأنڽ دان رحمتڽ، بهاوا دي منچيڤتاكن اونتوق كامو ﴿واهاي قوم للاكي﴾، استري-استري دري جنيس كامو سنديري، سوڤاي كامو برسنڠ هاتي دان هيدوڤ مسرا دڠنڽ، دان دجاديكنڽ د انتارا كامو ﴿سوامي استري﴾ ڤراسأن كاسيه سايڠ دان بلس كاسيهن. سسوڠڬوهڽ يڠ دمكين ايت مڠندوڠي كتراڠن-كتراڠن ﴿يڠ منيمبولكن كسدارن﴾ باڬي اورڠ-اورڠ يڠ برفيكير. سمبوتن هاري راي قربان تيدق لڠكڤ تنڤا مڽنتوه تنتڠ كهيباتن كلوارڬ نبي إبراهيم عليه السلام دالم ممبينا كلوارڬ يڠ سكينة تنڠ دان تنترام مماتوهي ڤرينته الله دڠن سوبورڽ راس مودّة چينتا دان رحمة كاسيه سايڠ اتس داسر اڬام. ڤڠحياتن اڬام دالم هيدوڤ بركلوارڬ دان برمشاركة اداله بڬيتو ڤنتيڠ تراوتما بيلا كيت مليهت statistik جناية كڬانسان سماكين منيڠكت سڤرتي لاڤورن statistik يڠ دڤراوليه درڤد ڤوليس دراج مليسيا ﴿PDRM﴾ سباڽق 57،519 كيس كڬانسان ترهادڤ وانيتا دلاڤوركن سڤنجڠ 2010 سهيڠڬ مارچ 2017 يڠ مرڠكومي بيلاڠن كيس كڬانسان رومه تڠڬ دان جناية د باوه قانون كسيقسأن مليبتكن وانيتا سباڬاي مڠسا سڤرتي چابول كحورمتن، سومبڠ محرام، روڬول دان كسالهن لوار طبيعي. سباڽق 23،212 اتاو 40 ڤراتوس مروڤاكن كيس كڬانسان رومه تڠڬ مليبتكن وانيتا سباڬاي مڠسا. باڬي كيس ڤندرأن كانق-كانق يڠ دلاڤوركن كڤد جابتن كباجيكن مشاركة ﴿JKM﴾ باڬي تيمڤوه 2010 سهيڠڬ تاهون 2016 لالو اداله سباڽق 28،365 كيس كڬانسان رومهتڠڬ دان جوڬ كلوارڬ تيدق تنترام عقيبة ببراڤ فكتور انتاراڽ : [1] كورڠ علمو سبلوم دان سلڤس كهوين. ڤرومڤأن سسبواه ڤركهوينن ايت دعبارتكن سبواه كاڤل. جك ڤد مولاڽ لاڬي كاڤل ايت سوده بوچور كران ككوراڠن علمو دان عمالن اڬام د دالمڽ. باڬايمانا كاڤل ترسبوت ايڠين تروس برلاير؟ لاما كلامأن كاڤل ترسبوت سماكين لواس بوچورڽ دان اخيرڽ تڠڬلم. مك سبب ايت سسبواه ڤركهوينن ايت باڽق براخير دڠن ڤنچراين. [2] سريڠ برڬادوه د مان بيلا ڤاسڠن تيدق ريضا انتارا ساتو سام لأين، د سيتوله رزقي اكن دسكت. [3] مروڠوت دان مراسا انق-انق سباڬاي ببن سداڠكن انق اداله رزقي الله اونتوق دبري كاسيه سايڠ [4] سلالو مڠلوه سسام سوامي استري دڠن اڤ يڠ تيدق دميليقكي سداڠكن كيت واجب شكور اتس نعمة سامادا باڽق اتاو سديكيت كران شكور كونچي كڤد رزقي [5] كدكوت دڠن ڤاسڠن دان انق-انق. سڤاتوتڽ جاڠن ترلالو بركيرا-كيرا اونتوق ممڤرمودهكن حال يڠ بأيك سكلوارڬ. ڤرلو اد تولق انسور دان دان فهم سسام ڤاسڠن كران رزقي يڠ الله بري اداله اونتوق دكوڠسي برسام. [6] ڬاڬل مڠاول ايموسي دان ماره. ديديقله ديري سوڤاي تيدق منيڠڬيكن سوارا دان ڬوناكن كات-كات يڠ بأيك سهاج برسام سوامي، استري دان جوڬ انق-انق. بواڠكن چارا مناكوت-ناكوتكن اهلي كلوارڬ دان تانمكن لاينن ڤنوه مسرا. [7] كورڠ صبر. اوليه ايت، اجرله اونتوق برصبر دالم مناڠني قرينه سوامي، استري دان انق-انق. أدا كالا سسواتو ايت كيت تيدق سوك. تتاڤي، تتڤ ڤرلو برصبر دان فهمي كادأن ڤاسڠن دان انق. نصيحة دان چاري ڤڽلساين سچارا بأيك. باڽقكن برصبر كران صبر ايت ممباوا كبركاتن دان رزقي. [8] كورڠ بردعاء مك سنتياسله مندعاءكن يڠ بأيك-بأيك اونتوق سوامي، استري دان انق-انق. سنتياس ايڠتكن مريك دالم دعاء دان جوڬ سڤنجڠ هاري كران كواس دعاء ايت اداله لوار بياس. انتاراڽ لازيميله دڠن دعاء نبي إبراهيم عليه السلام سباڬايمان اية 40 سورة إبراهيم : رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ مقصودڽ : واهاي توهنكو! جاديكنله داكو اورڠ يڠ منديريكن سمبهيڠ دان دمكينله جوڬ ذورية كتوروننكو. واهاي توهن كامي، ڤركننكنله دعاء ڤرموهوننكو مسلمين/مسلمات يڠ دبركتي الله سبحان وتعالى، فرمان الله دالم سوره البقرة ايات 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ مقصودڽ : دان ﴿ايڠتله﴾، كتيك نبي إبراهيم داوجي اوليه توهنڽ دڠن ببراڤ كلمة ﴿سوروهن دان لارڠن﴾، مك نبي إبراهيم ڤون مڽمڤورناكنڽ. ﴿ستله ايت﴾ الله برفرمان: "سسوڠڬوهڽ اكو ملنتيقمو منجادي امام ﴿ڤميمڤين ايكوتن﴾ باڬي اومة مأنسي". نبي إبراهيم ڤون مموهون دڠن بركات: "﴿يا توهنكو!﴾ جاديكنله جوڬ ﴿اڤله جوا كيراڽ﴾ دري كتوروننكو ﴿ڤميمڤين-ڤميمڤين ايكوتن﴾". الله برفرمان: "﴿ڤرموهوننمو دتريما، تتاڤي﴾ جنجيكو اين تيدق اكن دداڤتي اوليه اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم. مڽوروتي ڤرجواڠن نبي إبراهيم عليه السلام يڠ بڬيتو ڬتير دان هيبت دالم ممڤرتاهن ستروسڽ مڠمبڠكن اسلام مك اي واجب دجاديكن چونتوه تلادان دالم مڠمباليكن عِزَّة كموليأن اومة اسلام دان مندولتكن كمبالي سلوروه سيستم اسلام مليڤوتي عبادة، سوسيال، ڤوليتيق، ايكونومي دان سباڬايڽ. ڤرجواڠن دالم منڬقكن اسلام بوكن ملالوءي جالن سنڠ تتاڤي ڤنوه هالاڠن. انتاراڽ [1] اوجين بروڤا چموهن دان ڤڠهينأن دري موسوه-موسوه الله يڠ تيدق مڠيڠينكن بركمبڠڽ شِعار اسلام. [2] ڤنچيماران نام بأيك اسلام دان ڤجواڠڽ دڠن هارڤن اڬر اسلام منجادي نام يڠ سنتياس دبنچي دان منجادي موسوه دنيا اتس نام Islamphobia. [3] انچامن بنتوق اوڬوتن، ڤنجارا، كظاليمن بهكن سمڤي كڤد ڤمبونوهن. [4] ڤوجوق رايو دڠن هرتا دان تختا سهيڠڬ راماي يڠ ڬوڬور دالم ڤرجواڠن اسلام مڽداري تنتڠ اوجين، چابرن اتاو تكانن دالم ممڤرجواڠكن اسلام مك كيت مستي ممڤرسياڤ ديري دان ملقساناكن ببراڤ ڤركارا انتاراڽ : 1. صبر دان تتڤ ڤنديرين دالم مڠهادڤي چابرن دان اوجين دسمڤيڠ منچاري جالن يڠ درضأي الله باڬي مڠاتسيڽ 2. . ممباڽقكن ممباچ دان تدبرالقرءان سرتا بردعاء كڤد الله. 3. مڠيڠاتي بهاوا عمور دنيا امتله ڤينديق دان تيدق منجاديكن دنيا اين سباڬاي متلامت هيدوڤ سباليقڽ دنيا تمڤت مڠومڤول بكالن اخيرة 4. مڠيڠاتي بهاوا سوده منجادي سنة الله كڤد مأنسي دالم هيدوڤ دنيا اين داوجي دڠن ڤلباڬاي اوجين. 5. مڠيڠاتي بهاوا ڤارا رسول دان نبي لبيه قوة اوجين دان ڬودأن دري كيت. 6. مڠيڠاتي بهاوا سموا اوجين اتاو بلأ يڠ دكناكن كأتس كيت بوكنله مروڤاكن لونترن سست تتاڤي مڠيكوت سنة الله قضاء دان قدر داريڽ. 7. مڠيڠاتي بهاوا دالم سسواتو اوجين دان ڬودأن يڠ تركنا كڤد كيت ميمڠ دڠن توجوان دان حكمة يڠ باڽق انتاراڽ دالم مڠواتكن ايمان دان داڤت مڠهيلڠكن كارات دوسا. 8. مڠيڠاتي بهاوا ڽاوا كيت دان هرتا بندا دان اڤ ساج يڠ اد ڤد كيت اين سموا ميليك الله يڠ دبري ڤينجم بوات سمنتارا وقتو ساج دان كيت سكالين همبا يڠ باكل دتاڽ تنتڠ ڤڠڬونأن سڬالا نعمة سمنتارا د دنيا اين 9. مڠيڠاتي بهاوا ستياڤ اوجين دان بالا يڠ منيمڤا كيت د دنيا اين اكن دبري ڤهلا يڠ بسر سكيراڽ كيت تاهن اوجي دان صبر مڠهادڤيڽ. 10. مڠيڠاتي بهاوا ستياڤ بلأدان اوجين د دنيا اين والاو باڬايمانا ڤون بسر دان دهشة سكاليڤون، سكالينڽ تيدق داڤت دبنديڠكن دڠن سيقسأن الله د اخيرة ننتي يڠ جأوه لبيه دهشة لاڬي مڠريكن اوليه ايت ڬوناكنله نعمة هاري راي قربان اين دالم مڠحياتي سيكڤ بر قربان هرتا، ماس دان جيوا دالم منڬقكن اسلام دالم ديري، كلوارڬ، مشاركة ستروسڽ نڬارا. يقينله كيت بهاوا ڤرجواڠن اسلام بوكنله ڤركارا يڠ ريڠن. الله تله منجنجيكن بالسن يڠ تربأيك باڬي مريك يڠ استقامة دالم ڤرجواڠن اسلام. مك، تنتو ساج اونتوق منداڤتكن جنجي يڠ تربأيك دري الله ترسبوت تيدقله موده، ملأينكن ڤنوه دڠن اوجين، هالاڠن، رينتاڠن، دان برباڬاي ماچم ڤرلاوانن. اونتوق ايت، ماريله سام-سام كيت قواتكن دان لوروسكن نية دالم ڤرجواڠن اسلام. توندوقكن ڤنداڠن مات دان هاتي دري سڬالا بنتوق دنيوي يڠ اكن ملمهكن ايمان دان منيدوركن كيت دري ڤرجواڠن اسلام. اسلامله نسچاي كيت سلامت دنيا اخيرة فرمان الله دالم ايات 74 سورة النساء : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٧٤﴾ مقصودڽ : اوليه ايت، اورڠ-اورڠ ﴿يڠ برايمان﴾ يڠ مڠوتاماكن كبهاڬيأن اخيرة درڤد ﴿كسناڠن﴾ كهيدوڤن دنيا، هندقله مريك برڤراڠ ڤد جالن الله ﴿اونتوق ممبيلا اسلام﴾. دان سسياڤا يڠ برڤراڠ ڤد جالن الله لالو دي ماتي ﴿ڬوڬور شهيد﴾ اتاو بروليه كمناڠن، مك كامي اكن ممبري كڤداڽ ڤاهلا يڠ بسر. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 34 سورة النمل : قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ مقصودڽ : راتو بلقيس بركات: “سسوڠڬوهڽ راج-راج، اڤابيلا ماسوق كسبواه نڬري، مريك مروسقكنڽ، دان مريك منجاديكن ڤندودوقڽ يڠ مليا كڤد هينا-دينا; دان دمكين ايتوله مريك اكن لاكوكن مسلمين/مت يڠ درحمتي الله، تاهون اين كيت مڽمبوت هاري راي قربان كتيك كهاڠتن نڬارا مڽمبوت كمرديكأن كالي ك-60. سسبواه نڬارا بوليه دكاتاكن مرديك سچارا حقيقي اڤابيلا كمرديكأن ترسبوت ترجادي سچارا مڽلوروه دالم ستياڤ سڬي. كمرديكأن ترسبوت بوكن هاڽ دالم konteks نڬارا سمات-مات تتاڤي جوڬ individu دان مشاركة يڠ منجادي ڤڠيسي سبواه نڬارا. دالم konteks individu كمرديكأن برارتي بيباسڽ سسأورڠ دري تكانن هوى نفسوڽ دالم ملاكوكن سڬالا تيندقكن د مان باڬي سأورڠ يڠ برايمان ڤرتيمبڠن rasionalnya اداله كتيك دي مڽنداركن سڬالا ڤربواتنڽ كڤد اتوران الله. عبارة كات حكماء; “سأورڠ بودق برعمل كران تاكوت حكومن، ڤداڬڠ برعمال كران مڠيڠينكن كأونتوڠن، دان اورڠ مرديك برعمل كران مڠهارڤ كريضأن الله.“ سداڠكن دالم konteks مشاركة، كمرديكأن اداله كتيك مريك تيدق لاڬي منجادي ڤڠيكور ڤولا برفيكير، بودايا بهكن اڬام ڤارا ڤنجاجه. مشاركة يڠ مرديك مميليقكي ڤولا فيكير، بودايا دان اڬام يڠ خاص يڠ ممبيذاكن مريك دري مشاركة سباڬايمان مشاركة مدينة منورة ستله رسول الله برهجرة، بڬيندا مولأي ممبنتوق مشاركة د سان دڠن كهيدوڤن براڬام يڠ جأوه بربيذا دڠن سبلومڽ بوكن سهاج دري سودوت عبادة خصوص ماله مليڤوتي سوسيال، ايكونومي، ڤوليتيق دان سباڬايڽ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ مليهت سواسان مشاركة دان نڬارا كيت اڬق ممبيمبڠكن والاو ڤون سوده 60 تاهون مڽمبوت مرديك بيلا عقيدة سماكين ترڬوڬت دڠن بيباسڽ ڤميكيرن liberal يڠ ماهو حلالكن مرتد، زنا دان بودايا سوڠسڠ ترماسوق ادا أنق مودا ملايو يڠ مڽرتاي ڤروڬرام anti توهن. ماله كڽاتأن يڠ مندعوى القرءان تيدق releven دان دتورونكن ڤد era Mesopotamia دالم سواتو ڤروڬريم بارو-بارو اين منمبهكن كچلاروان يڠ ادا. مسئلة جنايةjuvana سڤرتي statistik كمنترين ڤنديديقكن منونجوقكن ترداڤت لبيه درڤد 14،000 كيس بولي د سكوله-سكوله د سلوروه نڬارا انتارا تاهون 2012 دان تاهون 2015 دان سباهاڬين بسر مليبتكن ڤندرأن فيزيكل سهيڠڬ اداڽ چادڠن اونتوق ڤلاجر يڠ ممڤوڽأي مسئلة ديسيڤلين سريوس اونتوق دهنتر منجالني ڤروڬريم ڤموليهن د ڤنجارا دان لوكڤ تيدق لاما لاڬي باڬي ممراڠي ڬجالا سوسيال د سكوله. كيت برهارڤ سواتو كاجين لبيه مندالم دبوات اڬر مودول اڬام دان تربية روحاني دتكنكن اڬر اي بوليه مراوات بوكن سماكين ملارت مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، كبرادأن كيت ڤد هاري راي قربان يڠ مليا اين جوڬ جاڠن كيت لوڤا اونتوق بر قربان سمأدا دڠن هرتا ماهو ڤون دعاء دالم ممبنتو سودارا ساڬام يڠ سداڠ بردڤن دڠن مسئلة ڤنجاجاهن مودين دڠن ڤڤراڠن، كبولورن سباڬايمان د فلسطين، شريا، عراق، يمن، صوماليا، فيليفينا، Maynmar، سلاتن تايلاند دان سباڬايڽ. ايڠتله سواتو ڤسانن برهرڬ درڤد نبي صلى الله عليه وسلم الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري ومسلم مقصودڽ : سأورڠ مسلم اداله سودارا اورڠ مسلم لأينڽ. اي تيدق بوليه منظاليمي دان تيدق بوليه ممبياركنڽ دڬڠڬو اورڠ لأين ﴿بهكن اي واجب منولوڠ دان ممبيلا﴾ . سسياڤ ممبنتو كسوساهن سوداراڽ، مك االله سنتياس اكن منولوڠڽ. سسياڤ ملاڤڠكن كسوليتن اورڠ مسلم، مك الله اكن ملاڤڠكن باڬيڽ دري ساله ساتو كسمڤيتن د هاري قيامة دان بارڠسياڤ منوتوڤي ﴿عيب﴾ اورڠ مسلم، مك الله منوتوڤي ﴿عيب﴾ڽ ڤد هاري قيامة ننتي اخير كات سلامت مڽمبوت عيدالأضحى دان سلامت مڠرجكن عبادة قربان برمولا ڤاڬي اين هيڠڬله براخير هاري تشريق 13 ذوالحجه ننتي. بهاڬيكن داڬيڠ قربان كڤد سودارا يڠ ممرلوكن اڬر مريك توروت مراسأي نعمة الله دان بتاڤ مانيسڽ نعمة ڤرسودارأن اسلام. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ