أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 29 Mac 2019

Islam DiJulang Liberal DiTentang Keberkatan DiUndang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana golongan yang mengguna akal semata-mata seperti Liberal yang tidak beriman kepada peristiwa ini atas alasan ia adalah sesuatu yang mustahil berlaku kerana tidak mungkin seorang manusia dapat melalui perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat tanpa apa-apa kenderaan yang canggih. Manakala kita yang beriman kepada Allah dan rasulNya sepastinya beriman tanpa sangsi kerana Allah sendiri menjelaskan bahawa Isra’ Mikraj bukanlah atas usaha Rasulullah s.a.w tetapi ia adalah atas kekuasaan Allah. Oleh itu mustahil atau tidak peristiwa Isra’ tidak diukur dengan kemampuan Rasulullah s.a.w sebagai seorang manusia tetapi diukur berdasarkan kemampuan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu Kedudukan akal dalam Islam bukanlah mutlak kerana akal juga mempunyai kemampuan dan had tertentu sebagaimana kemampuan mata, telinga yang juga mempunyai had masing-masing. Ada hal-hal tertentu yang tidak mampu difikirkan oleh akal seperti perkara-perkara ghaib antaranya kewujudan Syurga dan Neraka, azab kubur dan lain-lain. Dalam hal ini naqal atau wahyu diperlukan untuk menjelaskannya kepada manusia melalui perantara seorang Rasul atau Nabi. Sebagai orang Islam, kita hendaklah pandai meletakkan kedudukan akal di posisi sepatutnya dan tidak melampau. Jangan kita meletakkan akal sebagai sumber ilmu yang mutlak lalu apa yang boleh difikirkan oleh akal sahaja dan adanya bukti kajian yang nampak sahaja barulah kita beriman. Jika tiada, maka kita tidak beriman, ini pandangan yang salah kerana apa yang tidak mampu dicapai oleh akal akan disokong oleh naqal samada al-Qur’an atau Hadith nabi s.a.w. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 4-6 surah al-Isra’: وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا ﴿٤﴾ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ ۚوَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُولًا ﴿٥﴾ ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا ﴿٦﴾ Maksudnya : Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya Peristiwa Isra’ Mikraj yang melibatkan 2 tanah suci ini ada rahsia besar di sebaliknya. Dengan Isra’nya Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Baitul Maqdis dan mengimamkan Solat Jemaah bersama para nabi-nabi di Masjid al-Aqsa mengisyaratkan penganugerahan kepimpinan baru umat manusia kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebelum ini telah berabad-abad lamanya amanah berkenaan dipersia-siakan oleh Bani Israel. Melalui peristiwa Isra’ ini, Allah menghimpunkan kepada umat Islam kedua-dua tanah suci yang terdapat padanya Qiblat, Baitillah di Makkah dan Baitul Maqdis di Palestin Sebagai tanah suci para Anbiyaa’, yang menjadi tanggungjawab umat Islam menjaganya. Pertama kali Bani Israel berhijrah ke Palestin bersama nabi Musa a.s.,dalam misi membebaskan diri daripada perhambaan Fir’aun. Mengenai janji Allah untuk Bani Israel melalui nabi Musa a.s., ke atas Palestin, al-Qur’an menjelaskan bahawa Allah memerintahkan mereka supaya masuk ke tanah suci Baitul Maqdis. Al-Qur’an sebaliknya menceritakan Bani Israel mengengkari perintah itu, malah mereka dengan biadap mencabar nabi Musa a.s. supaya memasuki Baitul Maqdis dengan Tuhannya tanpa membabitkan mereka. Akibat keengkaran itu dan lain-lain keengkaran sesudahnya, Allah telah melaknat mereka sehingga jadilah kaum Yahudi sebagai kaum yang terlaknat. Akhirnya mereka hidup terdampar dan bertaburan terbuang di seluruh muka-bumi. Firman Allah dalam ayat 24-26 surah al-Maidah : قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا أَبَدًا مَّا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ ﴿٢٤﴾ قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي ۖ فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٥﴾ قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٦﴾ Maksudnya : Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu". Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu". Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu" Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Demikian penjelasan Allah melalui al-Qur’an mengenai sikap dan jati-diri kaum Yahudi. Mereka telah dianugerahkan kepimpinan bersama para Rasul dan amanah menegakkan Syari’at Allah, namun mereka telah mensia-siakannya.Apabila tiba masanya, Allah menarik kembali anugerah dan amanah tersebut daripada mereka dan diserahkan kepada umat Islam. Hal ini nampak jelas dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj terutama ketika di Masjid al-Aqsa nabi Muhammad s.a.w mengimami Jemaah para Anbiyaa’. Sememangnya, mesej utama daripada peristiwa Isra’ dan Mi’raj ialah persoalan hak dan amanah ke atas kota suci Bait al-Maqdis dan bumi Palestin . Ianya adalah berasaskan Aqidah-Syari’at Rabbaniyyah, bukannya berasaskan hak keturunan-bangsa. Allah memerintahkan Bani Israel di zaman nabi Musa a.s. memasuki Baitul Maqdis kerana mereka adalah pemegang amanah Aqidah-Syari’at Allah pada masa itu. Apabila mereka engkar dan enggan menjunjung Syari’at Allah, hak dan amanah mereka ke atas al-Quds telah dilucutkan. Mereka bukan sahaja dinafikan daripada pertolongan Allah, malah terhina di mata umat manusia. Demikianlah mana-mana pihak di sepanjang masa, yang berjuang untuk mendapatkan hak dan amanah ke atas Baitul Maqdis dan Palestin amnya. mesti menerima hakikat bahawa Baitul Maqdis adalah Tanah Suci kepunyaan Allah bukan milik mutlak mana-mana bangsa samada Yahudi, Arab ataupun Palestin. Firman Allah dalam ayat 105 surah al-Anbiya’ وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ ﴿١٠٥﴾ Maksudnya: ”Sesungguhnya kami telah tuliskan dalam Kitab Zabur sesudah al-Zikr (Taurah) bahawa bumi ini diwariskan kepada hamba-hambaku yang Soleh”. Oleh itu mana-mana kaum yang berjuang untuk mendapatkan hak penguasaan ke atas Baitul Maqdis kerana Allah demi untuk menegakkan Aqidah dan Syari’ahNya akan ditolong oleh Allah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang mulia, di bulan Rejab yang mulia ini maka kita mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Bukit Golan di Syria sebagai sebahagian wilayah Israel. Tindakan bacul ini jelas sekali melanggar resolusi 497 yang dicapai dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1967. Kita juga mengutuk tindakan kejam zionis yahudi yang terus membedil kota Gaza, pembantaian skala besar dihadapkan kepada umat Islam Palestin yang berjuang untuk membebaskan al-Quds. Bedilan udara zionis meratah jasad manusia yang tak berdosa serta melanggar konvensyen Geneva. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah. Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْخَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ: Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 22 Mac 2019

Islamfobia disekat umat selamat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit. Kini kita berada bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj, Peperangan Tabuk tahun 9H serta kembali tertawannya bumi Palestin oleh Yahudi pada 15 Mei 1948 bersamaan 6 Rejab 1367H dengan penubuhan negara haram Israel selepas Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 2 Oktober 1187 Masihi. Begitu keberadaan kita pada bulan Mac maka mengingatkan kita suatu peristiwa hitam yang terkesan hingga kini kepada dunia Islam iaitu pada tanggal 3 Mac 1924M bersamaan 27 Rejab 1342H merupakan tarikh hitam dalam sejarah Islam dengan berakhirnya Khilafah Uthmaniyyah, Turki yang menaungi umat Islam selama ini. Kini 95 tahun ia berlalu samada kita ambil peduli atau pun tidak menghiraukannya. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah : انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui Ketika menyoroti tentang Peperangan Tabuk di mana sebelum keluar ke Tabuk Rasulullah s.a.w terpaksa berhadapan dengan beberapa golongan iaitu [1] golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut sama ke sana. Golongan ke-[2] ialah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi. Manakala golongan yang ke-[3] yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan ini terus ada pada setiap zaman yang mesti kita jauhi daripada bersifat dengan sifat munafiq antaranya bila berjanji tidak ditepati, bila bercakap suka berdusta dan bila diberi amanah sentiasa dikhianati. Musuh dalam selimut ini lebih bahaya daripada kafir yang jelas menentang Islam kerana mereka bergerak atas nama Islam tetapi memesongkan ajaran Islam. Ketika berdepan dengan musuh Islam yang menyerang kita dengan pelbagai cara samada dengan senjata atau serangan pemikiran maka kita wajib bersiap sedia sepanjang masa dengan aqidah yang kukuh melalui proses mendalami ilmu agama yang berterusan tanpa terhad di pusat pengajian khusus dan umur tertentu sahaja bahkan berlangsung sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. Seterusnya bersihkan hati kita daripada sifat mazmumah atau tercela dengan mengisinya dengan sifat mahmudah atau terpuji sehingga hubungan kita dengan Allah semakin dekat yang menghampirkan kita dengan janji kemenangan dunia dan akhirat. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfaal : إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. Ketika menyoroti kesan Kejatuhan Khilafah Islamiyyah pula, secara keseluruhan memberi kesan yang besar bagi umat Islam dari pelbagai aspek antaranya : [1] Hilangnya Identiti Umat Islam akibat hilangnya sistem khilafah. Umat islam menjadi lemah sehingga mudah dijajah satu persatu dan diperkotak-kotikkan serta ditindas kerana tiada ada suatu pemerintah yang adil lagi bijak yang menaunginya. Umat Islam lebih mementingkan bangsa dan Negara masing-masing berbanding agama sehingga penderitaan saudara seagama di Palestin, Syria dan selainnya bagaikan tiada pembela [2] Undang-undang di mana Al-Quran tidak lagi dijadikan dasar utama dalam penyelenggaraan negara dan pembentukan undang-undang. Undang-undang Allah SWT dianggap kuno dan ketinggalan zaman. Undang-undang Syariah digantikan dengan undang-undang Sivil yang berdasarkan sekularisme [3] Pendidikan di mana kebanyakan sekolah agama diganti dengan sekolah sekuler, yang menerapkan sistem pendidikan sekular sebagai dasar sistem pendidikan negara. Sistem yang bertujuan memisahkan Islam dari kehidupan dunia. Memperbanyakkan program hiburan dan pelbagai bentuk maksiat yang meninggalkan syariat Islam [4] Ekonomi di mana Ekonomi Islam dihapus dan diganti dengan sistem ekonomi barat seperti Kapitalis, Sosialis, atau globalisasi ekonomi dan sebagainya. Bank-bank riba bebas bergerak dalam negara negara Islam. Arak dan judi dijual secara bebas dan dijadikan sumber utama negara tanpa melihat kesan negatifnya dalam masyarakat. [5] Pemikiran Umat Islam mulai ditanamkan pemikiran sekulerisme yang meyakini bahwa kemajuan hanya dapat dicapai dengan mengikut cara barat dengan meninggalkan agama. Menghilangkan keyakinan bahawa Kekuatan umat Islam yang sebenarnya adalah Khilafah Islamiyyah yang dianggap oleh Barat sebagai kekuatan ancaman yang dapat menyatukan umat Islam di bawah pemerintahan yang satu Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Pertembungan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, hak dan batil terus berlangsung. Selepas serangan 11 September 2001I musuh Islam memainkan senjata Islamofobia yang merujuk kepada prasangka buruk dan diskriminasi terhadap Islam, penganutnya dan organisasi Muslim, khususnya yang berjuang untuk menegakkan semula politik Islam. Islamofobia sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam, lalu membawa kepada permusuhan terhadap orang Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya terkandung dalam sumber yang sebenar, iaitu Al-Quran, As-Sunnah, dan ijtihad kalangan ulama’ muktabar yang diyakini ilmu dan kefahamannya serta melaksanakan Islam yang sebenarnya bersifat keadilan sejagat. Islamofobia kini bersifat ideologi sesat terhadap Islam, sehinggalah mencetuskan kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan politik, ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi yang dipengaruhi oleh media Barat yang tidak adil kepada Islam dengan mencetuskan kefahaman bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai Barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas sehingga Islam tidak lagi dikenali sebagai satu agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Media yang dikuasai oleh politik musuh Islam digunakan habis-habisan untuk menyebarkan fahaman yang salah terhadap hakikat yang sebenarnya terkandung dalam ajaran Islam dan sejarah keemasannya yang mencipta tamadun dunia yang diciplak sebahagiannya oleh tamadun moden Barat kini tetapi berkonsepkan sekularisme Kristian yang tidak sama dengan Islam sebagai Ad-Din. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 190 surah al-Baqarah : وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ Maksudnya : “Dan perangilah kerana (menegak dan mempertahankan) agama Allah (Islam) akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau” Pada hari Jumaat yang mulia, di bulan Rejab yang mulia ini maka kita mengecam sebarang bentuk keganasan termasuk tragedy tembakan oleh pengganas di 2 masjid di New Zeland pada Jumaat lepas yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang warga Malaysia iaitu al-Marhum Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17 tahun. Kita ucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. Semoga Allah menganugerahkan syahid kepada mereka dan memberikan kesembuhan segera kepada yang tercedera. Kita bimbang tragedi ganas ini susulan daripada rasukan Islamofobia. Sudah sampai masanya masyarakat di negara-negara Barat mengambil satu langkah lebih proaktif serta berkesan untuk menyingkirkan sebarang sikap yang menjerumus kepada Islamfobia. Walaupun rata-rata masyarakat Barat masih mengamalkan sikap toleransi antara agama dan budaya, namun masih terdapat segelintir individu serta pertubuhan Barat yang suka melemparkan pelbagai kata-kata kesat serta negatif terhadap agama Islam itu sendiri serta umat Islam secara keseluruhannya. Ini seperti tuduhan pengganas selain tuduhan terhadap tatacara kehidupan serta pemakaian menutup aurat yang dilabelkan sebagai ketinggalan zaman serta dilihat sebagai satu bentuk penindasan khususnya terhadap kaum wanita. Tindakan proaktif perlu diambil bagi membendung sikap Islamophobia ini. Sesi penerangan dan pendidikan sama ada menerusi dialog atau perdebatan perlu dilakukan oleh umat Islam kepada masyarakat bukan Islam yang berada di dunia Barat mengenai ajaran sebenar yang dibawa oleh Islam. Umat Islam sendiri harus tampil berani menerangkan dengan jelas bahawa Islam ialah agama yang sentiasa mementingkan kedamaian bukannya pergaduhan, peperangan dan keganasan. Masyarakat Barat harus diberitahu untuk menghentikan sebarang kaitan dengan aktiviti keganasan. Umat Islam juga harus memberi pemahaman secara terperinci mengenai segala penetapan tatacara kehidupan yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam untuk umatnya. Masyarakat Barat juga perlu ketahui bahawa segala masalah yang sedang dialami negara-negara Islam pada masa kini bukan disebabkan ajaran agama itu. Ia hanya berlaku kerana faktor-faktor lain seperti penjajahan berpuluh tahun negara-negara Barat yang telah melemahkan serta memecah-belah kebanyakan negara-negara Islam. Usaha boleh digerakkan di peringkat antarabangsa bagi mewujudkan satu bentuk konvensyen atau peruntukan undang-undang khas yang melarang sebarang perkara yang boleh menjerumus kepada Islamfobia. Hal ini penting agar umat Islam dapat dilindungi daripada sikap Islamfobia yang jelas bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia yang sering dilaungkan dan diperjuangkan oleh masyarakat Barat sendiri. Umat Islam sendiri mesti memulakan dari diri kita sendiri dengan ilmu dan pengamalan terhadap tuntutan agama sehingga orang bukan Islam akan lebih mudah faham berkenaan Islam dan membuang sikap salah faham terhadap ajaran Islam yang menyeluruh. Islamlah nescaya kita bahagia dan mulia dunia dan akhirat Firman Allah dalam ayat 61 surah al-Anfal : وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦١﴾ Maksudnya : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 20 Mac 2019

Islam DiJulang Liberal DiTentang Keberkatan DiUndang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 31-32 surah Muhammad : وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ ﴿٣١﴾ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَشَاقُّوا الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَىٰ لَن يَضُرُّوا اللَّـهَ شَيْئًا وَسَيُحْبِطُ أَعْمَالَهُمْ ﴿٣٢﴾ Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka Islam merupakan cara hidup yang disyariatkan Allah dalam menjaga 2 hubungan utama manusia iaitu : [1] Hablun Minallah iaitu Hubungan dengan Allah dan [2] Hablun Minannas iaitu Hubungan sesama manusia Oleh itu ketika menjalani kehidupan seharian, dugaan pasti akan datang. Manusia tidak seharusnya hilang pedoman dalam hidup bagi memastikan diri mereka lulus ujian kerana ujian tidak mengenal kedudukan atau memilih antara seorang dengan seorang yang lain. Orang baik diuji, orang jahat juga diuji, begitu juga Mukmin dan kafir juga diuji. Keadilan pemimpin diuji, kesetiaan rakyat juga diuji. Hidup dan mati itu juga adalah ujian daripada Allah SWT. Hidup di dunia tidak pernah mencatatkan adanya orang terselamat daripada ujian. Ada yang diuji dengan penderitaan sakit dan tekanan perasaan. Ada kala diuji kehilangan orang disayangi, dihimpit dengan keperitan kewangan, berhadapan kebencian orang dan pelbagai ujian lagi. Manusia berasa resah kerana tidak dapat berpaut kepada dahan yang kukuh. Orang beriman akan menyerahkan dirinya kepada Allah, mengharapkan Allah melindunginya ketika ditimpa bala, tidak bakhil untuk menolong orang lain kerana rezekinya telah ditakdirkan lebih awal. Orang Mukmin tidak akan berasa kecewa dengan sesuatu yang luput dan hilang daripada sisinya, dia tidak berasa resah dengan ujian yang menimpanya kerana semua terjadi dengan izin dan takdir Allah. Segala keputusan qada’ dan qadar Allah adalah baik sekalipun manusia melihat sebaliknya. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 155-156 surah al-Baqarah : وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦﴾ Maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Ujian Allah bertujuan untuk mengetahui tingkatan dan kualiti pengorbanan dan kesabaran diri kita. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk antaranya bencana seperti banjir besar, kemarau, kebakaran, tsunami, gempa bumi dan sebagainya. Minggu ini rakyat Malaysia merasa bersedih di atas tragedi yang sedang menimpa penduduk Pasir Gudang, Johor yang berpunca daripada pencemaran bahan kimia toksik di Sungai Kim Kim. Kita doakan agar Allah menyelamatkan saudara kita di sana serta diberi kesabaran dalam menghadapi musibah. Kita juga mendesak agar penyiasatan yang menyeluruh dan cepat agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dengan segera. Banyak juga bencana alam yang berlaku akibat tangan manusia itu sendiri Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 142 surah Ali ‘Imran : أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّـهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ ﴿١٤٢﴾ Maksudnya : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? Ujian yang paling besar ialah ujian terhadap agama dan iman kita. Oleh itu perlu usaha berterusan dalam menambah ilmu agama dan amal soleh sehingga hubungan kita dengan Allah semakin dekat dan tidak tergelincir daripada landasan agama. Sempena berada dalam bulan Rejab yang sentiasa dikaitkan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang begitu menguji iman terutama golongan yang banyak menggunakan akal dalam setiap keputusan yang dibuat. Umat perlu dibina jatidiri supaya aqidah kukuh, amalan utuh, akhlak hebat sehingga mampu berdepan dengan kewujudan banyak aliran-aliran yang merebak dalam masyarakat Islam hari ini. Di zaman Imam al-Ghazali lagi, beliau sudah menyebut bahawa umat Islam pada zamannya itu sedang berada dalam lautan yang luas dan cabarannya berenang dalam lautan yang luas dengan gelombang ombak yang besar dan jika tidak dengan pertolongan Allah SWT pasti kita akan tenggelam dan lemas dalam lautan tersebut. Seorang cendikiawan Islam pernah menyebut bahawa budaya Barat merupakan antara penyebab kepada terhakisnya jati diri bangsa dan umat Islam di tanahair kita. Pendokong liberalis yang berpaksikan kepada ajaran para orientalis Barat yang telah membuat rumusan dan dapatan yang salah terhadap ajaran agama Islam. Orientalis Barat ini adalah musuh Islam dan berniat jahat dengan menyemaikan bibit-bibit kekeliruan dan keraguan terhadap ajaran Islam. Mereka cuba menanam rasa sangsi tentang keaslian al-Qur’an dan al-Hadith dan mempertikaikan autoriti para ulama. Mereka juga turut mendakwa kononnya sistem pemerintahan Islam ialah sistem yang bersifat teokrasi dan mirip fasisme yang bersifat kuku besi dan menindas. Mereka turut menuduh pemerintahan Islam itu menentang hak-hak asasi manusia kononnya mendakwa bahawa Islam itu bertentangan dengan hak-hak asasi manusia. Inilah yang kita bimbang meresap dalam diri umat Islam sendiri yang mempertikaikan hukuman berat termasuk penjara kepada penghina nabi Muhammad s.a.w yang semakin menjadi akhir-akhir ini. Kita dapat saksikan bagaimana suatu deklarasi Mahkamah Eropah 2018 yang berlangsung di Austria mengambil suatu ketetapan bahawa sesiapa sahaja yang menghina nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk perkataan atau media maka ia bukan lagi menjadi kebebasan sebaliknya menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum termasuk penjara. Kita tidak menolak hak asasi, tetapi yang kita tolak ialah hak-hak asasi versi Barat yang memberi kebebasan mutlak kepada manusia tanpa batas. Sedangkan Islam telah lama dan terlebih dahulu memberikan hak –hak asasi kepada manusia tetapi hak tersebut perlu ada hadnya. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Minggu lepas Negara dikejutkan dengan 2 lagi berkaitan dengan golongan Liberal ini iaitu golongan LGBT mengambil kesempatan daripada perhimpunan sempena Hari Wanita Sedunia pada 9 Mac lalu untuk berarak yang bermula berhampiran kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Masjid Jamek. Kita mendesak kerajaan untuk mengambil pendekatan yang berkesan dalam menangani masalah golongan LGBT untuk mengembalikan semula golongan itu kepada fitrah semulajadi. Isu kedua yang agak panas apabila Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjanjikan bantuan RM20,000 kepada Sisters in Islam (SIS) sedangkan badan itu difatwakan sesat dan menyeleweng oleh pihak berkuasa agama Islam di Selangor yang bukan sahaja mencabar fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetapi turut mencabar institusi agama Islam di bawah Sultan Selangor. Kita terlalu bimbang tindakan bacul ini akan melahirkan lebih banyak ajaran sesat untuk merosakkan umat Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Antara tuduhan jahat Golongan liberal lagi ialah kononnya umat yang tidak anti-rasional dan menolak akal. Konon kata mereka agama dan akal itu saling bertentangan dan tidak selari dan jika umat Islam berpegang teguh kepada agama dan ajaran Islam, maka mereka kononnya telah menolak akal. Tanggapan ini sudah pasti palsu kerana ajaran Islam tidak pernah memusuhi akal namun akal dalam Islam perlu dibatasi oleh ajaran al-Qur’an dan al-Hadith. Islam meletakkan akal itu pada tempatnya kerana akal itu mempunyai had dan batas yang tidak mampu sampai memikirkan perkara-perkara yang di luar kemampuannya dan di sinilah peranan al-Qur’an dan al-Hadith menerangkannya seperti perkara-perkara yang bersifat ghaib, wujudnya syurga dan neraka dan lain-lain yang tidak mampu ditanggapi oleh akal manusia. Begitu liberal menuduh hukuman Islam itu kejam. Mereka membataskan syariat Islam itu kepada hukum hakam seperti Hudud dan Qisas semata dan mereka menuduh ianya tidak sesuai dan tidak relevan lagi di zaman ini. Malah cadangan untuk menghapuskan hukuman mati sedangkan hukuman mati dalam Islam adalah menjamin keadilan dan mengekang jenayah. Pada kita, hukum hakam yang dianggap kejam oleh golongan liberalis itu sebenarnya diakui berat namun ianya mempunyai asas-asas dan sebab kenapa ianya sebegitu. Bahkan dalam undang-undang sivil hari ini pun banyak undang-undang yang boleh ditafsirkan sebagai “kejam” sebagai contoh hukuman terhadap mereka yang mengedar dadah, hukuman terhadap mereka yang memiliki senjata api tanpa lesen dan banyak lagi. Untuk dadah dikenakan hukuman berat, tetapi untuk zina tidak dikenakan hukuman berat. Bagi kita dadah dan zina kedua-duanya kesalahan yang besar dan justeru itu seks bebas, perzinaan dan pelacuran bukan suatu yang boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan zuriat yang bakal dilahirkan yang perlu dijaga supaya warisan keturunan itu terpelihara dan itulah salah satu daripada Maqasid Shariah Islam iaitu memelihara keturunan. Namun hari ini perzinaan menjadi suatu yang biasa dan normal dalam masyarakat kini. Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ