أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Selasa, 6 Mei 2008

144. BAHAYA SEKULARISME

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Renungilah firman Allah dalam ayat 85 surah Ali- Imran :
ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخـــسرين
Maksudnya : Dan sesiapa yang memilih agama lain daripada Islam sebagai agama maka tidak akan diterima dan dia pada hari akhirat nanti termasuk dalam golongan mereka yang rugi
Pada hari ini kita dapat lihat bagaimana kebanyakan negara umat Islam ditadbir dan diperintah dengan menggunakan sistem yang berlainan dengan apa yang disuruh oleh Allah. Kebanyakan pemimpin negara Islam yang menjadikan sistem sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan politik sebagai tunjang dalam pemerintahan mereka. Mereka mewarisi sistem yang ditinggalkan oleh penjajah sehingga umat Islam hari demi hari semakin jauh daripada agama mereka bukannya semakin tunduk dan patuh kepada Allah dan rasulNya.. Umat Islam semakin lemah iman mereka kerana mereka diajar untuk mengejar kemewahan dunia yang sementara sehingga mereka semakin lupa kepada hari akhirat. Nafsu menjadi tuhan dan ikutan sedangkan al-Quran dan as-Sunnah hanya dibaca dan didengar sahaja tanpa berusaha untuk mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Malah ada juga pemimpin umat Islam yang berani menghina sunnah Rasulullah s.a.w dan juga menghina keadilan serta kesaksamaan hukum dan perundangan Islam. Bagi mereka penghinaan ini sebagai suatu perkara biasa sedangkan dalam tidak sedar ia telah merosakkan aqidah mereka. Artis dipuja manakala para ulama’ dicerca dan dihina malah dilarang daripada memberitahu kepada umat Islam tentang keadaan Islam yang sebenar. Perbuatan mereka ini dicontohi dan diikuti oleh rakyat yang jahil dan dijahilkan. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w : الناس على دين ملوكهم yang bermaksud : Sesungguhnya rakyat itu mengikut agama pemimpin mereka.
Islam didakwa oleh pemimpin yang jahil ini sebagai sesuatu yang menyekat pembangunan dan juga pencetus huru-hara dalam masyarakat terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum. Dakwaan mereka ini bercanggah sama sekali dengan firman Allah dalam ayat 48 surah al-Maidah :
وأنزلنا إليك الكتب بالحق مصدقا لما بين يديه من الكتب ومهيمنا عليه فاحكم بينهم بما أنزل الله ولا تتبع أهواءهم عما جاءك من الحق لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجا ولو شاء الله لجعلكم أمة وحدة ولكن ليبلوكم فى ما ءاتئكم فاستبقوا الخيرات إلى الله مرجعكم جميعا فينبئكم بما كنتم فيه تختلفون
Maksudnya : Dan Kami turunkan kepadamu wahai Muhammad kitab yakni al-Quran dengan membawa kebenaran untuk membenarkan kitab-kitab suci yang telah ada dihadapannya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum diantara mereka iaitu ahli kitab itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka dengan menyeleweng daripada apa yang telah datang kepadamu daripada kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada diantara kamu , Kami tetapkan suatu syariat dan jalan agama yang wajib diikuti oleh masing-masing. Dan sekiranya Allah mahu nescaya Dia menjadikan kamu hanya satu umat yang bersatu dalam satu agama. Tetapi Dia mahu menguji kamu dalam menjalankan apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh kerana itu, berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya.
Maka Dia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu berselisih faham padanya. Jika kita kaji sejarah Islam bermula pada zaman Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin negara Madinah Munawwarah kita tidak pernah pernah bertemu pembunuhan yang tidak berasas terhadap orang bukan Islam terutama yahudi. Begitu juga ketika pembukaan kota Mekah di mana hanya beberapa orang kafir sahaja yang dihukum bunuh kerana kesalahan yang besar bukannya kerana perasaan marah semata-mata. Begitulah juga apa yang berlaku kepada khalifah selepas baginda. Begitulah juga berlakunya ketika Kesultanan Melayu Melaka dan kesultanan melayu yang lain apabila mereka menjadikan Islam sebagai cara hidup dan sebagai perundangan dalam pemerintahan mereka. Kita tidak pernah terbaca sultan-sultan pada masa itu membunuh orang bukan Islam sewenang-wenangnya kecuali beberapa orang sultan diakhir kegemilangan kerajaan itu kerana mereka meninggalkan Islam.
Dari segi pembangunan mateial atau yang zahir pula kita dapat lihat bagaimana Islam mampu membinan tamadun yang boleh dilihat sehingga sekarang terutama di Baghdad dan Sepanyol. Pembinaan tamadun ini dibina ketika dunia eropah masih lagi berada dalam kemunduran dan kegelapan kezaliman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah!
Umat Islam sekarang ini sebagaimana yang dibaratkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu banyak sebagaimana buih dilaut tetapi tidak mempunyai kekuatan dan kemuliaan kerana mereka tidak berpegang teguh kepada Islam. Oleh itu marilah kita sama-sama bersatu terutama dalam menuju alaf baru dengan usaha yang bersungguh dalam memartabatkan semula kehebatan Islam dan keadilan perundangannya dengan meroboh dan menghancurkan kezaliman dan kesesatan sistem yang dijalankan pada hari ini. Ingatlah kepada kata-kata Sayyidina Umar yang masyhur ketika beliau berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang berbunyi :
نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ العِزَّةَ بِغَيْرِمَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ
Maksudnya : Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan dengan sesuatu yang bukan apa yang telah dimuliakan kita dengannya iaitu Islam maka kita akan dihina oleh Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 3 Mei 2008

123. KUFFAR MENYERANG ISLAM MELAWAN

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 23 surah al-Jaathiah :
أفرءيت من اتخذ إلـهه هوئه وأضله الله على علم وختم على سمعه وقلبه وجعل على بصره غشــوة فمن يهديه من بعد الله أفلا تذكرون
Maksudnya: Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah menutup pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberikannya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kedatangan Zulhijjah mengingatkan kita kepada pengorbanan suci nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail dalam mematuhi dan melaksanakan seluruh perintah Allah. Nabi Ibrahim sebagaimana yang kita ketahui melalui kisah al-Quran merupakan antara Rasul yang mendapat tentangan dan ujian yang besar di mana sejak remaja lagi baginda terpaksa berhadapan denga ayahnya Azar yang bekerja sebagai pembekal berhala kepada kaumnya yang sesat. Nabi Ibrahim dengan keberanian yang berasaskan aqidah yang betul telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menyedarkan kaumnya yang sesat itu sehingga baginda telah dibakar dalam unggun api yang besar oleh bala tentera Namrud akibat tindakan nekadnya ketika menghancurkan berhala sembahan mereka. Setelah itu baginda terus berhujah dengan pelbagai cara bagi menyampaikan dakwah Islam yang suci kepada kaum yang sesat itu. Kesabaran dan kepatuhan nabi Ibrahim diuji lagi dengan perintah agar ditinggalkan isterinya Siti Hajar bersama anaknya Ismail yang masih kecil di sebuah lembah yang kering kontang dan baginda sendiri pulang semula ke Palestin untuk berdakwah agar kaumnya tunduk menyembah Allah dan menjauhi segala ajaran syirik lagi menyesatkan. Sudah menjadi sunnah perjuangan di mana keimanan dan keyakinan nabi Ibrahim terus diuji dengan suatu ujian yang lebih berat iaitu perintah Allah melalui mimpi benar supaya baginda menyembelih anaknya yang tersayang iaitu nabi Ismail. Demi menunjukkan keimanan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap segala perintah Allah maka kedua-dua hamba Allah yang bergelar nabi lagi rasul iaitu nabi Ibrahim dan nabi Ismail terus melaksanakan perintah Allah itu tanpa sebarang bantahan. Pengorbanan suci mereka ini terus dilakarkan di dalam al-Quran untuk sama-sama dijadikan tauladan oleh umat manusia termasuk kita. Selepas itu Allah telah memerintahkan nabi Ibrahim dan anaknya Ismail agar membina Ka’abah di bumi Mekah yang dahulunya kering kontang dan tidak berpenghuni tetapi dengan anugerah telaga air zamzam dan berkat doa nabi Ibrahim maka bumi Mekah terus menjadi tumpuan manusia dari seluruh pelusuk dunia sehingga hari ini. Selepas itu terbinanya pula Masjid al-Aqsa iaitu selepas 40 tahun pembinaan Ka’abah oleh nabi Ibrahim sekembalinya baginda dari Mekah ke tanahairnya Baitul Maqdis. Melalui hadis Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa kedua-dua masjid tersebut iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin menjadi masjid yang mempunyai banyak kelebihan berbanding masjid yang lain.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Untuk sekian kalinya umat Islam seluruh pelusuk dunia tanpa mengira bangsa dan usia, negara dan takhta apabila masuknya musim haji terus datang mengunjungi Ka’abah bagi menunaikan ibadat haji. Jika pada tahun kelahiran nabi kita Muhammad s.a.w, tentera bergajah Abrahah telah datang ke Mekah bagi menghancurkan Ka’abah tetapi perancangan jahat mereka telah dipatahkan oleh Allah melalui penghantaran burung Ababil. Pada hari ini kita dikejutkan lagi dengan suatu cadangan oleh pelampau yahudi terutama selepas serangan nekad terhadap 2 bangunan di Amerika iaitu untuk mengebom Ka’abah di Mekah sebagai jalan membalas dendam. Sebelum ini kuffar memandang bahawa kedatangan umat Islam ke Mekah untuk menunaikan haji tidak memberi kesan yang besar terhadap kepentingan kuffar kerana kebanyakan umat Islam tidak mengambil iktibar daripada perhimpunan raksaksa semasa menunaikan ibadat haji sebagai tempat untuk bersatu dalam mengembalikan semula kehebatan dan keadilan Islam. Sebelum ini memang ada negara kuffar yang tidak membenarkan rakyatnya yang beragama Islam pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji seperti Rusia di mana ada rakyatnya yang berkeras pergi ke Mekah telah dikisar di dalam mesin pengisar daging sehingga hancur. Tetapi pada hari ini kuffar mula berfikir semula tentang kesan yang bakal menggugat kekuasaan kuffar yang akan lenyap jika seluruh umat Islam yang pergi menunaikan haji akan menggunakan peluang dalam berbincang dan berfikir tentang kesatuan berasaskan Islam yang mesti dilakukan segera bagi menghadapi pengganas kuffar yang saban hari menindas dan membunuh umat Islam sesuka hati. Sebab itulah pada tahun ini melalui nasihat Amerika maka kerajaan Arab Saudi tergamak mengeluarkan kenyataan agar umat Islam tidak membangkitkan tentang permusuhan terhadap kuffar yang diketuai oleh Amerika dalam sebarang pertemuan atau ucapan sepanjang berada di Mekah semasa menunaikan ibadat haji. Ini suatu arahan yang pengecut sedangkan kuffar terus menekan dan membaham tubuh umat Islam serta tidak memberhentikan serangan terhadap umat Islam. Oleh itu kita begitu berharap agar seluruh umat Islam yang sedangkan mengerjakan haji untuk musim ini dapat pulang bukan sahaja dengan haji yang mabrur tetapi turut pulang dengan semangat jihad untuk bersatu berhadapan dengan tentera bersekutu kuffar. Semoga kepulangan jemaah haji ini juga dapat membawa berita dan perancangan yang patut dilakukan oleh umat Islam dapat mengembalikan semula khilafah Islam yang telah lama hilang.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Jika kuffar mula merancang dalam memastikan umat Islam yang pergi ke Mekah hanya untuk beribadat khusus semata-mata bukannya mengambil iktibar yang sewajarnya untuk kepentingan umat Islam sedunia maka begitulah juga yang berlaku di bumi Palestin tempat terletaknya Masjidi al-Aqsa. Umat Islam terus dilarang daripada bersembahyang termasuk solat Jumaat dalam Masjid al-Aqsa sedangkan yahudi berusaha untuk melakukan ibadat mereka di dalam masjid yang mulia ini. Usaha yahudi dalam meruntuhkan Masjid al-Aqsa terus berjalan walau pun mendapat bantahan tetapi memang sikap yahudi semenjak dahulu lagi walau pun penakut tetapi degil. Keadaan di Palestin semakin buruk akibat kedegilan yahudi yang terus merobohkan rumah umat Islam dan membunuh rakyat yang tidak berdosa sesuka hati. Yahudi memang telah lama mencabar umat Islam untuk berperang kerana meyangka mereka kuat dan tidak apat dikalahkan. Tetapi yahudi tidak dapat menafikan bagaimana beberapa serangan berani mati telah menyebabkan ekonomi yahudi jatuh begitu teruk dan mereka kehilangan banyak nyawa. Yahudi turut dikejutkan dengan serangan terhadap kedudukan tentera mereka oleh pejuang Islam serta pengeboman terhadap kereta kebal yahudi yang dianggap paling canggih di dunia. Serangan yang dilakukan walau pun dengan kelengkapan senjata yang tidak seberapa daripada kalangan pejuang Islam tetapi dengan keyakinan yang tinggi kepada pertolongan Allah maka serangan ini telah menyebabkan yahudi berada dalam ketakutan. Semoga kehancuran yahudi semakin dekat dan nyata bagi membolehkan sinar Islam kembali bercahaya di bumi Isra’ dan Mikraj itu dan juga ke seluruh dunia yang begitu lama merindukan keamanan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Jika di pusat Yahudi sedunia di Palestin di mana yahudi begitu ganas meratah tubuh dan merampas bumi umat Islam maka tidak ketinggalan dengan apa yang berlaku di pusat yahudi Asia Tenggara iaitu Singapura yang mula menyerang kewajipan dalam agama apabila menggantung 3 orang kanak-kanak yang bertudung daripada bersekolah atas alasan boleh menggugat usaha dalam menyatukan rakyat sedangkan dalam masa yang sama Singapura membenarkan pelajar berketurunan Sik memakai serban ke sekolah. Apa yang malangnya seluruh pemimpin negara umat Islam bagaikan menutup mata melihat kerakusan Singapura tidak sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Khalifah Mu’tasim yang telah bertindak tegas dengan menghantar bala tentera bagi mengajar sekumpulan pemuda Kristian yang ketawa melihat seorang perempuan muslimah yang tersingkap kainnya ditiup angin. Apa yang lebih malang dan memberi tamparan hebat kepada pemimpin umat Islam apabila ada seorang peguam yang bukan beragama Islam malah peguam ini pernah menyatakan bahawa sesiapa yang ingin menegakkan negara Islam di Malaysia ini maka dia mesti dahulu melangkah mayatnya di mana peguam ini bersedia membantu secara percuma kepada keluarga kanak-kanak itu dalam mengambil tindakan terhadap kerajaan Singapura dalam masalah tudung tadi. Di manakah peranan sebagai negara Islam sebagaimana yang dilaungkan telah dilaksanakan di negara ini jika untuk menegur tindakan tidak bertamadun kerajaan Singapura pun sudah takut sedangkan dalam masa yang sama pemimpin yang sama boleh bertindak kejam menutup pusat pengajian agama.
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Jaathiat :
أم حسب الذين اجترحوا السيئات أن نجعلهم كالذين ءامنوا وعملوا الصــلحــت سوآء محياهم ومماتهم سآء ما يحكمون
Maksudnya : Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka?. Amat buruklah apa yang mereka sangkakan itu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

124. BERUNDUR ATAU TERKUBUR WAHAI YAHUDI

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 82 سورة المائدة :
لتجدن أشدالناس عدوة للذين ءامنوا اليهود والذين أشركوا ولتجدن أقربهم مودة للذين ءامنوا الذين قالوا إنا نصـــرى ذلك بأن منهم قسيسين ورهبانا وأنهم لايستكبرون.
Maksudnya : Sesungguhnya kamu dapati mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang mukmin ialah orang yahudi dan orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman ialah orang yang berkata : “ Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Demikian itu disebabkan ada di antara mereka itu, terdapat pendeta dan rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri.
Pertembungan antara kebenaran sistem bersumberkan wahyu Allah dengan kesesatan sistem berasaskan akal dan nafsu yang lemah terus berlangsung di mana setiap pertembungan yang berlaku samada secara peperangan saraf atau pun peperangan secara fizikal akan dapat memperlihatkan perbezaan yang jelas antara pengganas sebenar dengan umat yang tertindas. Jika sebelum ini pertembungan 2 ideologi yang mewujudkan blok komunis dan blok demokrasi yang menyaksikan satu blok telah pun ditewaskan iaitu komunis disebabkan penindasan yang menyebabkan rakyat mereka sendiri bangun memberontak ditambah dengan kekalahan Soviet Union kepada kekuatan jihad mujahidin Afghanistan. Kini peperangan yang berlaku adalah antara kuasa besar kuffar dunia yang diketuai oleh Amerika yang dikuasai oleh yahudi dengan umat Islam tanpa daulah. Umat Islam bagaikan tidak diberikan masa untuk berehat di mana mereka sentiasa diserang oleh musuh tanpa belas kasihan ditambah lagi dengan tuduhan kuffar yang membayangkan bahawa umat Islam adalah pengganas. Serangan saraf melalui media yang dikuasai oleh kuasa besar kuffar banyak mengaburi pandangan masyarakat dunia tentang siapakah pengganas yang sebenar tetapi kuffar tidak mampu memadamkan cahaya Allah yang sentiasa menerangi hati-hati umat yang dikehendakiNya di mana di Amerika Syarikat sendiri jumlah mereka yang memeluk Islam semakin bertambah terutama selepas serangan pada 11 September tahun lalu.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Jika dilihat kepada keadaan yang berlaku di dunia hari ini maka kita tidak menafikan bagaimana peranan yahudi yang menjadi dalang utama kepada keganasan terutama ke atas umat Islam. Yahudi yang tidak pernah mempunyai negara sendiri sanggup melakukan pelbagai keganasan dan penindasan asalkan matlamat mereka untuk menguasai dunia terutama dalam usaha mewujudkan pusat Zionis raya di Palestin dapat dicapai. Yahudi sebenarnya tidak layak menggunakan nama Israel pada negara haram mereka kerana ia merupakan nama kedua bagi nabi Yaakub a.s dan mereka sendiri merupakan bangsa kejam yang pernah membunuh nabi-nabi dan banyak melakukan kerosakan di muka bumi semenjak dahulu lagi. Kejahatan yahudi menyebabkan bangsa ini dipinggirkan oleh dunia di mana pada zaman nabi Muhammad s.a.w di Madinah golongan yahudi telah dihalau keluar daripada bumi Madinah kerana mengkhianati perjanjian yang dibuat serta merancang membunuh nabi. Pada zaman moden ini juga yahudi pernah dihalau dan diperangi oleh bangsa lain kerana kejahatan mereka sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nazi Jerman terhadap yahudi. Walau pun bangsa yahudi merupakan bangsa pengecut dan penakut tetapi mereka pintar dan bijak menggunakan orang lain untuk kepentingan mereka di mana antaranya mereka berjaya membina negara haram yahudi di Palestin pada 1948 dengan pertolongan Amerika dan Britain setelah yahudi menguasai negara tersebut selepas Peperangan Dunia Kedua. Keganasan yahudi di Palestin tidak pernah kunjung padam malah semakin bertambah memandangkan semasa kemasukan yahudi ke Palestin pada awalnya telah menyaksikan banyak pembunuhan yang berlaku sehingga darah yang mengalir di atas masjid Aqsa daripada tubuh umat Islam yang disembelih beramai-ramai bagaikan air banjir. Kezaliman yahudi walau pun ketika umat Islam membuat perjanjian damai dengan mereka atau meneruskan serangan dengan senjata yang ada tetap berjalan kerana yahudi menganggap umat lain daripada yahudi adalah binatang yang boleh dilakukan apa sahaja. Oleh itu penentangan oleh rakyat Palestin termasuk serangan berani mati di mana yang terbaru berjaya menghapuskan sekurang-kurangnya 15 orang yahudi mesti disokong dan diberi bantuan sewajarnya. Serangan berani mati menyebabkan keadaan kestabilan politik dan ekonomi di negara yahudi itu terjejas teruk dan menakutkan bangsa yahudi laknatullah itu.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Di dalam berhadapan dengan kekejaman yahudi dan sekutu kuffarnya maka umat Islam mesti kembali bersatu di bawah panji Islam dengan bersungguh menegakkan daulah Islamiah yang mengamalkan seluruh sistem Islam yang meliputi aspek ekonomi, politik, sosial dan lainnya bukan hanya terhenti setakat solat, puasa dan haji sahaja. Selagimana kita umat Islam sendiri memusuhi ajaran Islam yang menyeluruh maka selagi itulah kita akan dihina oleh Allah dengan terpaksa berlutut di kaki kuffar durjana. Hampir keseluruhan tanahar umat Islam dianugerahkan oleh Allah dengan kekayaan hasil mahsul bumi termasuk tanaman, petroleum, gas, emas dan sebagainya tetapi sayangnya seluruh kekayaan itu hanya dinikmati oleh golongan tertentu sahaja bukannya dirasai oleh semua rakyat malah yang paling penting hasil ini mesti disalurkan untuk membantu saudara seagama yang sedang ditindas di Palestin, sedang disembelih dan dibakar hidup-hidup di Gujerat India, dibom di Kashmir dan Afghanistan dan diserang tanpa belas kasihan di Selatan Filiphina.
Ingatlah bahawa pertolongan Allah akan datang apabila umat Islam kenal antara kawan dan lawan, sahabat rapat dan musuh ketat. Umat Islam terutama pemimpin mereka bukan sahaja memerangi keganasan yahudi dengan cukup sekadar bercakap sahaja tetapi mesti disertakan dengan pelaksanaannya di mana kita mesti memerangi yahudi dalam semua sudut termasuk ekonomi dengan meninggalkan sistem kapitalisme, amalan riba, penjualan barangan haram seperti arak, judi yang sememangnya menjadi senjata yahudi dalam menghancurkan umat manusia. Yahudi mampu mendabik dada untuk terus melakukan kezaliman kerana pemimpin negara umat Islam sendiri lebih rela menggunakan sistem ekonomi dan pemerintahan tajaan yahudi daripada melaksanakan sistem Islam. Negara kita sendiri sebagai contoh sepatutnya menumpukan kepada hasil mahsul yang halal bukannya berbangga dengan eksport arak dengan terbinanya 27 kilang arak seluruh negara yang berlesen kecuali Kelantan dan Terengganu. Apakah hasil minyak dan bumi negara ini tidak lagi subur untuk tanaman halal menyebabkan kita mendengar hasutan yahudi untuk melibatkan diri dalam perniagaan haram. Selagimana umat Islam sendiri terus berlutut dengan yahudi dan perniagaan haram maka selagi itulah kita akan dihina oleh Allah. Ini ditambah lagi dengan beberapa barangan makanan yang ditaja oleh yahudi terus menguasai ekonomi negara umat Islam seperti apa yang terbaru iaitu syarikat minuman Coca-cola yang akan memberi hasil keuntungan beberapa bilion US untuk membantu yahudi dalam membunuh umat Islam di Palestin.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Tiada lagi tempat untuk mengadu buat Islam kecuali kepada Allah. Jika mengadu pada musuh maka musuh sentiasa bersedia untuk menerkam dan membaham tubuh umat Islam. Bila diadu kepada negara umat Islam maka hanya air mata kesedihan yang mampu disampaikan. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar Allah mengembalikan semula keadaan umat Islam kepada umat yang mulia dengan sama-sama kita kembali kepada seluruh ajaran Islam yang sempurna. Biarlah selepas ini kita tidak lagi menjadi mangsa kepada senjata dan bom kuffar durjana sebaliknya kita mampu bangkit untuk menentang dan memberi kata dua kepada kuffar terutama yahudi iaitu samada berundur dari bumi Palestin dan seluruh bumi milik umat Islam atau pun mereka bakal dikuburkan oleh seluruh pejuang Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 116 surah Huud :
فلولا كان من القرون من قبلكم أولوا بقية ينهون عن الفساد فى الأرض إلا قليلا ممن أنجينا منهم واتبع الذين ظلموا ما أترفوا فيه وكانوا مجرمين
Maksudnya : Maka mengapakah tiada daripada umat sebelum kamu golongan yang memberi keutamaan dalam menegah daripada berlakunya kerosakan di muka bumi kecuali sebahagian di antara golongan yang telah Kami selamatkan di antara mereka. Orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan mewah yang ada pada mereka dan mereka adalah golongan berdosa
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

121. ISLAM DISANGGAH MASALAH BERTAMBAH

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 2 سورة النور :
الزانية والزاني فاجلدوا كل وحد منهما مائة جلدة ولاتأخذكم بهما رأفة فى دين الله إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر وليشهد عذابهما طائفة من المؤمنين
Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka sebatlah setiap seorang daripada keduanya seratus kali rotan dan janganlah perasaan belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk menjalankan perintah agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah pelaksanaan hukuman terhadap mereka disaksikan oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.
Manusia dijadikan sebagai sebaik-baik kejadian oleh Allah sesuai dengan jawatan yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu mereka iaitu sebagai khalifah yang menguruskan urusan kehidupan dunia di muka bumi ini. Manusia dianugerahkan akal dan nafsu berbeza dengan malaikat yang hanya diberikan akal dan juga haiwan yang hanya diberikan nafsu. Manusia jika mampu menunaikan amanah Allah dengan baik dengan bijak menggunakan akal dan nafsu bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah melalui neraca wahyu maka dia mampu mencapai kedudukan yang lebih mulia daripada malaikat tetapi jika kehidupan manusia itu hanya ditunjangi oleh hawa nafsu dengan mengenepikan penggunaan akal yang diterangi suluhan wahyu maka dia akan menjadi makhluk yang hina lebih hina daripada binatang berkaki empat.
Setelah dikejutkan dengan budaya pembunuhan samada melibatkan satu keluarga atau orang lain maka negara kita terus hantui dengan penyakit sosial yang tidak pernah kunjung padam tetapi sebaliknya semakin bertambah. Penyakit sosial ini semakin bertambah dengan bertambahnya serangan terhadap kesucian agama Islam terutama perundangan Islam yang didakwa sebagai undang-undang yang ketinggalan zaman dan zalim. Dalam beberapa minggu ini sahaja rakyat dalam negara ini diperlihatkan tentang kadar sumbang mahram yang semakin meningkat sehingga hukuman baru diperkenalkan yang dipandang oleh pencipta kepada perundangan yang berasaskan akal manusia yang lemah sebagai cara terbaik untuk menangani masalah sumbang mahram ini. Tetapi kita umat Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar terus melihat bahawa semua perundangan yang berasaskan akal manusia adalah lemah dan zalim berbanding dengan hukuman Allah yang adil lagi saksama yang mampu menangani masalah yang berlaku dengan baik demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Sumbang mahram boleh berlaku akibat pengabaian terhadap batas pergaulan dan pemakaian sebagaimana yang telah digariskan oleh syarak. Tetapi apa yang paling penting selain pengaruh dalaman iaitu nafsu dan kurangnya didikan agama maka pengaruh luaran yang memberi rangsangan kepada nafsu itu juga adalah besar pengaruhnya ke arah berlakunya sumbang mahram. Pengaruh luaran seperti kegagalan kerajaan dalam menutup kelab malam, pusat hiburan serta pesta maksiat disamping pengaruh video dan majalah lucah serta rancangan tv yang lebih banyak merosakkan pemikiran rakyat daripada membina kemanusiaan dalam diri mereka. Sepatutnya dalam sebuah negara yang di dakwa sebagai negara Islam maka kerajaan mesti lebih serius dalam membina manusia bukannya terus membiarkan rakyat dihidangkan dengan hiburan yang melalaikan sehingga mereka lupa kepada tanggungjawab mereka sebagai insan yang mempunyai bebanan amanah agama yang mesti ditunaikan. Kita sebagai umat Islam yang mempunyai pedoman yang berharga mestilah menggunakan al-Quran dan Hadis nabi dalam membina tamadun yang tinggi berasaskan ruhani dan material secara serentak sehingga memungkinkan kita menjadi masyarakat yang diredhai oleh Allah di dunia dan akhirat. Kita jangan terpengaruh dengan dakyah sesat barat yang tidak tahu hala tuju mereka kerana hilangnya pedoman agama daripada diri. Masyarakat barat hanya tahu mencari hiburan yang tidak ada had sempadannya sehingga kehidupan mereka menjadi sebagaimana kehidupan binatang yang hanya tahu bekerja untuk makan dan berhibur untuk menenangkan fikiran yang kusut sedangkan tanggungjawab mereka yang sebenar terus terabai. Sebab itulah ramai penulis barat sendiri memandangkan bahawa tamadun barat hanya mampu melahirkan masyarakat babi yang hanya tahu bekerja dan makan kemudiannya berhibur tanpa ada arah tuju hidup yang sebenar.
Oleh itu kita sebagai umat Islam yang sedar tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah maka kita mesti yakin hanya dengan sistem Islam sahaja maka segala masalah sosial yang berlaku termasuk sumbang mahram dapat diselesaikan. Hukuman ciptaan manusia walau pun seberat mana pun tindakannya maka ia tidak lebih daripada melepaskan kemarahan kepada pesalah sedangkan ia tidak mempunyai ruh agama yang mampu menginsafkan manusia serta mengingatkan pelaku dan orang lain kepada hari akhirat.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Selain menghadapi masalah keruntuhan akhlak dalam negara maka masih banyak lagi masalah yang menimpa negara umat Islam yang lain terutama di negara yang diuji dengan peperangan. Pengganas kuffar kini menyatukan hala tuju senjata mereka iaitu ke arah umat Islam yang dianggap lemah dan hina. Tiada lagi erti belas kasihan dan tiada lagi makna peri kemanusiaan tetapi apa yang ada dalam pemikiran pengganas kuffar ialah umat Islam mesti dihancurkan demi membolehkan kuffar terutama yahudi terus merajai dunia. Islamlah suatu kuasa yang paling merbahaya setelah tumbangnya blok komunis sebelum ini. Bila direnung tentang sebab yang membawa kepada penghinaan dan penindasan terhadap umat Islam silih berganti maka kita dapati bagaimana sikap umat Islam sendiri yang tidak mahu bersatu di bawah panji Islam dan lebih mementingkan diri sendiri telah memberi saham yang lebih besar kepada pengganas kuffar untuk terus menghisap darah dan meratah tubuh umat Islam. Dasar pecah perintah yang telah dilaksanakan oleh musuh Islam semasa penjajahan ke atas negara-negara umat Islam telah memberi kesan yang besar sehingga pengganas kuffar tanpa rasa takut terus mengganas di bumi umat Islam kerana mereka tahu bahawa umat Islam dari negara lain hanya mampu melihat dan bersuara sedangkan bantuan ketenteraan tidak akan disalurkan kerana kepentingan hampir keseluruhan negara umat Islam kini dipegang oleh kuffar terutama yahudi melalui ekonomi.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Kita umat Islam sepatutnya mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah s.a.w terutama dalam menghalau yahudi Khaibar daripada kubu yang paling kuat di Madinah pada penghujung bulan Muharram tahun ketujuh Hijrah sehingga yahudi terpaksa keluar dalam keadaan sehelai sepinggang meninggalkan harta dan tanahair mereka akibat daripada kejahatan mereka. Kita turut memberi sokongan penuh kepada para mujahidin yang terus melawan kekuatan kuffar yang diketuai oleh Amerika di Afghanistan serta mendoakan agar Allah mendatangkan pertolongan dan kemenangan yang cepat. Begitu juga dengan para mujahidin yang terus menghadapi musuh Islam di Kashmir, India, Selatan Filiphina serta lainnya. Kita turut memberi sokongan terhadap pejuang berani mati dan mujahidin yang berusaha mempertahankan bumi Palestin daripada yahudi laknatullah. Kita akan menghalau yahudi sebagaimana golongan pengganas ini dihalau oleh Rasulullah s.a.w daripada bumi Madinah. Biar darah membasahi bumi tetapi maruah umat Islam dipertahankan. Biar nyawa menjadi ganti tetapi untuk menyerah tanahair milik umat Islam kepada yahudi tidak sama sekali.
خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali.
Firman Allah dalam ayat 55 surah at-Nuur :
وعد الله الذين ءامنوا منكم وعملوا الصــلحــت ليستخلفنهم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذي ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدونني لايشركون بي شيئا ومن كفر بعد ذلك فأولــئك هم الفــسقون
Maksudnya : Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh bahawa Dia benar-benar akan melantik mereka sebagai pemimpin di muka bumi ini, sebagaimana Dia telah melantik orang-orang sebelum mereka. Dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar menukar keadaan mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada menyekutukanKu dengan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan sesiapa yang tetap kafir sesudah janji itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Jumaat, 2 Mei 2008

112. MENYANGGAH FAHAMAN KEBENDAAN

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 8-9 surah al-Mulk :
تكاد تميز من الغيظ كلما ألقي فيها فوج سألهم خزنتها ألم يأتكم نذير قالوا بلى قد جآءنا نذير فكذبنا وقلنا مانزل الله من شيء إن أنتم إلا فى ضلــل كبير
Maksudnya : Hampir-hampir neraka itu pecah kerana terlalu marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan orang kafir lalu penjaga neraka bertanya kepada mereka : “ Adakah belum pernah datang kepadamu di dunia seorang yang memberi peringatan”. Mereka menjawab : “ Benar memang ada di mana telah datang kepada kami seorang yang memberi peringatan tetapi kami telah mendustakannya”. Dan kami katakan : “ Allah tidak pernah menurunkan sesuatu pun”. Kamu tidak lain hanyalah mereka yang berada dalam sebesar-besar kesesatan.
Allah menjadikan makhluk termasuk umat manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian disamping dilantik pula sebagai khalifah untuk mentadbir muka bumi ini berdasarkan sistem yang telah ditetapkan oleh Allah. Setiap kejadian mempunyai hikmatnya yang tersendiri di mana Allah Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana bukanlah menjadikan alam ini sia-sia dan ia tidak ditinggalkan tanpa perancangan yang tersusun dan teratur. Keadilan dan kebijaksanaan Allah lebih jelas apabila diutuskan bagi setiap kaum pada setiap zaman seorang nabi dan rasul untuk memberi peringatan agar kehidupan manusia sentiasa berpedoman dan disuluhi dengan cahaya wahyu bukannya umat manusia dibiarkan teraba-raba mencari sistem hidup berdasarkan akal semata-mata tanpa mendapat petunjuk daripada Allah. Setelah menyedari hakikat ini maka sepatutnya kita umat Islam sentiasa berusaha di dalam meningkatkan usaha dalam mengajak umat manusia terutama yang jahil dan yang belum memeluk memeluk Islam untuk mengenali Islam secara lebih mendalam. Keindahan Islam terbukti bukan sahaja melalui ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, haji tetapi turut lebih jelas keadilan dan kesempurnaan ajarannya melalui sistem ekonomi, sistem perundangan, sistem kemasyarakatan dan lain-lain yang lengkap yang tiada dalam agama lain. Kegagalan dalam menarik lebih ramai umat bukan Islam untuk memeluk Islam terutama di negara kita ini antaranya disebabkan dakwah yang tidak menyeluruh di mana kita hanya tertumpu kepada ibadat khusus sahaja yang menyebabkan orang Budha dan Hindu serta Kristian mampu melawan dakwah Islam dengan menyatakan bahawa dalam agama mereka pun ada sembahyang, ada puasa tetapi cuma caranya sahaja yang berbeza. Jika dakwah Islam yang ditunjukkan kepada orang bukan Islam adalah dakwah kepada ajaran Islam yang menyeluruh maka insya Allah dakwah Islam akan berjaya dan negara kita akan membangun bersama Islam dengan lebih mudah.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Kegagalan usaha dakwah Islam dalam negara ini banyak terletak kepada kegagalan pemimpin dalam memberi penerangan dan melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara. Setelah 45 tahun menyambut kemerdekaan negara namun jurang antara agama masih tinggi terutama berlakunya pula jenayah murtad beramai-ramai oleh orang Islam. Media massa terutama tv, radio, akhbar lebih banyak memburukkan imej Islam daripada menerangkan secara lebih jelas tentang keadilan dan kesempurnaan Islam berpunca daripada arahan pemimpin negara sendiri yang begitu takut kepada kebangkitan Islam yang sepastinya akan menggugatkan kedudukan dan mengganggu periuk nasi mereka. Jika semua rakyat memahami Islam secara menyeluruh maka kedudukan mereka yang menganut ajaran sesat sekularisme dan fanatik kebangsaan yang ketinggalan zaman akan tergugat. Oleh itu seluruh media massa yang dikuasai pemimpin digunakan siang dan malam dalam memburukkan imej Islam
Kita begitu kecewa melihat gelagat pemimpin yang hanya tahu mengistiharkan bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam sedangkan begitu jahil tentang tuntutan yang perlu dilakukan oleh sesebuah daulah Islamiah termasuk pelasanaan sistem ekonomi, sistem perundangan Islam dalam negara itu. Hampir 50 tahun negara kita merdeka tetapi kerajaan yang ada tidak mampu malah tidak pernah berusaha untuk menyiapkan draf hukum hudud dan qisas. Jika tidak disebabkan usaha yang keras oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu maka kemungkinan besar umat Islam dan rakyat negara ini hanya mampu membaca tentang hukuman Islam di dalam kitab sahaja bukannya yang telah dijadikan satu undang-undang bertulis. Jika negara ini adalah negara Islam maka sepatutnya kerajaan yang ada memberi bantuan dengan meminda perlembagaan persekutuan yang sedia ada dalam memberi peluang kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk melaksanakan perundangan Islam. Apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya di mana pelbagai usaha dilakukan dalam memastikan pelaksanaan perundangan Islam dapat disekat termasuk menghasut polis agar tidak membantu perjalanan hukuman takzir di Terengganu, tidak membenarkan penggunaan penjara sehingga usaha kerajaan Terengganu dalam membina penjara sendiri turut diberi amaran ditambah pula dengan amaran keras agar hukuman takzir ini tidak dijalankan. Jika hukum takzir pun tidak dibenarkan untuk dijalankan dalam sebuah negara yang didakwa Islam apatah lagi hukum hudud dan qisas.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Serangan pengaruh maddiah atau kebendaan yang melanda negara turut memberi kesan yang besar dalam membantut pelaksanaan Islam yang menyeluruh serta mengganggu usaha dalam menarik orang bukan Islam kepada Islam. Jika negara ketua pengganas dunia iaitu Amerika Syarikat terpaksa tunduk kepada yahudi yang telah membeli pemimpin negara tersebut maka negara kita turut tidak ketinggalan apabila pemimpin telah dibeli oleh pengamal kapitalisme yang kebanyakannya terdiri daripada tauke arak dan judi. Sebab itulah negara kita termasuk negara pengeluar arak yang terbesar dengan terbinanya 27 kilang arak berlesen serta menjadi tempat perjudian yang terkenal dengan wujudnya tempat-tempat judi atas darat dan dalam laut yang menarik perhatian dunia. Kebanyakan perundangan yang digubalkan dalam negara mestilah mengikut kehendak tauke arak dan judi ini termasuk menolak pelaksanaan perundangan Islam yang jelas akan menggugat perniagaan judi dan arak.
Fahaman kebendaan yang merasuk pemimpin menyebabkan setiap keputusan dan matlamat mereka ialah keuntungan kebendaan semata-mata. Tiada lagi erti halal dan haram dalam pegangan mereka ditambah lagi dengan pegangan bahawa dengan adanya ajaran Islam yang menyeluruh akan menyebabkan pergerakan mereka untuk terus bergelumang dengan hasil haram seperti riba, judi dan arak akan terbantut. Oleh itu sebarang sumber yang menyebabkan rakyat sedar tentang halal dan haram serta tahu tentang Islam yang menyeluruh mesti disekat. Lalu pemimpin ini menyatakan kepada umum bahawa agama adala penyekat kemajuan dan pembangunan. Fahaman ini adalah sama dengan fahaman komunis yang menganggap bahawa agama adalah merbahaya kerana ia merupakan candu yang merosakkan masyarakat. Fahaman sesat yang menguasai diri pemimpin ini menyebabkan mereka tanpa rasa takut dan bersalah menafikan kehebatan Allah, menghina nabi, menyerang kedudukan ulama, menyekat kuliah di masjid, menutup sesetengah pusat pengajian agama serta membangkitkan rasa benci masyarakat terhadap perundangan dan sistem Islam yang lain. Agama tidak lagi dianggap sebagai jambatan dalam meraih kebahagian di dunia dan akhirat sebaliknya pemimpin jahil ini menganggap bahawa agama telah memenjarakan mereka daripada mengaut keuntungan dunia sebanyak-banyaknya tanpa menghirau halal dan haram.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kita diperintah oleh Allah dan rasulNya untuk mentaati pemimpin selagimana mereka tidak menyuruh kepada maksiat. Tetapi sekiranya pemimpin engkar kepada Allah dan rasulNya maka kita sebagai rakyat wajib menegurnya secara lembut atau keras. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah di mana Rasulullah s.a.w bersabda :
أفضل الجهاد كلمة حق امام سلطان جائر
Maksudnya : Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan pemimpin yang jahat

Jadilah diri kita sebagai pejuang yang memperjuangkan Islam dan jangan jadikan diri kita sebagai petualang yang menentang Islam. Yakinlah janji Allah bahawa Islam pasti menang dan semua musuh yang menentang Islam pasti akan ditewaskan.

Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Munafiqun :
يأيها الذين ءامنوا لاتلهكم أمولكم ولآ أولــدكم عن ذكر الله ومن يفعل ذلك فأولئك هم الخــسرون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jangan biarkan harta dan anak-pinakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 1 Mei 2008

107. SISTEM ISLAM PENYEMBUH KEGANASAN

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 27 سورة المائدة :
واتل عليهم نبأ ابنى ءادم بالحق إذ قربا قربانا فتقبل من أحدهما ولم يتقبل من الأخر قال لأقتلنك قال إنما يتقبل الله من المتقين
Maksudnya : Ceritakanlah kepada mereka kisah 2 anak nabi Adam yang sebenar ketika keduanya mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua dan tidak diterima daripada yang lain. Dia (Qabil) berkata :” Aku pasti membunuhmu!”. Lalu berkata Habil :” Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada mereka yang bertaqwa”.
Setiap diri insan dianugerahkan akal dan nafsu di mana ia berperanan besar dalam mencari jalan kebenaran jika seseorang itu mampu tunduk kepada petunjuk wahyu. Sebaliknya jika akal dibiarkan berfikir mengikut kehendak nafsu tanpa pedoman wahyu maka kebanyakan manusia akan sesat seterusnya mereka melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Oleh itu dalam mencari jalan kebenaran maka ia memerlukan kepada pengorbanan bermula daripada menuntut ilmu agama peringkat asas lagi sehinggalah kita mampu menjalani kehidupan harian berdasarkan apa yang dikehendaki oleh wahyu. Bertepatan dengan maksud korban itu sendiri iaitu melakukan suatu amalan yang bertepatan dengan kehendak syarak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita tidak sanggup berkorban dalam mencari kebenaran maka kita akan menjadi mangsa korban nafsu yang sentiasa bergelora dalam melakukan perderhakaan terhadap Allah. Ada pengorbanan yang dilakukan ikhlas kerana Allah di mana ia diterima sebagai suatu amalan mulia sedangkan ada perbuatan yang didakwa sebagai pengorbanan tetapi bercanggah dengan kehendak syarak maka ia bukan sahaja menjadi amalan yang sia-sia malah menambahkan dosa.
Menyedari bahawa betapa perlunya sesuatu pengorbanan dalam memperolehi jalan kebenaran seterusnya mempertahankannya daripada dicemari oleh kesesatan maka kita perlu sedar tentang apakah yang perlu dikorbankan demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Setelah melihat kepada keadaan yang berlaku terhadap umat Islam khususnya dan dunia umumnya maka memang tidak dapat dinafikan bahawa pengorbanan bermula daripada harta benda dan diri kita begitu diperlukan dalam menghentikan segala bentuk penindasan dan pembunuhan yang berlaku. Selagi umat Islam masih disaluti dengan perasaan terlalu kasih kepada harta dunia dan takut pada mati maka selama itulah pengorbanan yang sepatutnya disumbangkan demi membantu saudara seagama yang sedang ditindas dan dibunuh tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya dunia umat Islam akan kekal terbahagi kepada 2 iaitu yang pertama dunia umat Islam yang terus menangis menderita disiksa oleh kuffar dan satu lagi dunia umat Islam yang hanya mampu menangis melihat saudara seagama sedang ditindas sedangkan dirinya terus hanyut dalam kenikmatan dunia serta takut untuk membantu dengan seluruh kemampuan yang ada akibat terlalu bimbang dirinya turut akan diserang oleh kuffar.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dunia umat Islam terus diratah dan dibaham secara silih berganti oleh kuffar durjana diketuai oleh yahudi kerana kesilapan dalam berkorban sehingga umat Islam menjadi mangsa korban. Bermula dengan kejatuhan Khilafah Islamiah Othmaniah Turki 1924 akibat silap berkorban di mana kerana ditipu dengan istilah mahu melihat kemodenan maka sistem khilafah menjadi mangsa yang dihancurkan oleh umat Islam sendiri. Akibat tidak sedar tentang tipu daya musuh itu telah menyebabkan umat Islam kehilangan suatu kuasa pemerintahan yang mengawal umat Islam selama ini. Selemah-lemah pemerintah dalam suatu sistem khilafah namun ia masih mampu menjaga kebajikan dan maslahat umat Islam yang berada di bawah naungannya sehingga musuh tidak berani membunuh umat Islam sesuka hati. Sebaliknya kita dapat lihat bagaimana walau pun belum cukup 100 tahun umat Islam kehilangan sistem khilafah tetapi telah berjuta umat Islam menjadi mangsa korban kuffar yang tidak berperi kemanusiaan akibat tiada lagi suatu kuasa pemerintahan yang menjaga umat Islam walau pun jumlah kita begitu ramai. Umat Islam tiada tempat mengadu sehingga musuh mudah untuk menghancurkan negara umat Islam satu demi satu dalam memenuhi kehendak nafsu mereka.
Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh kuffar terhadap negara-negara umat Islam turut menjayakan lagi matlamat kuffar untuk terus menjajah umat Islam ditambah lagi tindakan kuffar yang terus berusaha dalam memastikan pemimpin negara umat Islam mestilah terdiri daripada kalangan mereka yang berusaha mempertahankan sistem penjajah dan sanggup bermati-matian dalam melawan sistem Islam. Kuffar akan memperkudakan pemimpin ini dalam melawan Islam samada secara kasar atau halus tetapi dalam masa yang sama kuffar akan menghancurkan pemimpin tersebut walau pun telah banyak berjasa kepada mereka apabila kuffar merasakan bahawa pemimpin tadi sudah tidak berguna lagi. Contohnya yahudi beberapa kali menggertak dengan menembak tempat kedudukan Yasir Arafat pemimpin Palestin sedangkan beliau telah banyak menjayakan kehendak yahudi dalam menguasai tanah sekitar masjid Aqsa dan mendirikan negara haram zionis yahudi di atas bumi Palestin. Begitu juga dengan Saddam Husein yang telah digunakan oleh kuffar dalam menyerang Iran sebelum ini tetapi bermula daripada peperangan Teluk sehingga hari ini kuffar berusaha menggulingnya sedangkan melalui Saddan Husein kuffar berjaya membina alasan kukuh untuk menyedut minyak bukan sahaja di Iraq malah di Kuwait dan Arab Saudi. Umat Islam pada hari ini diseru membantu Iraq bukan disebabkan mahu mempertahankan batang tubuh Saddam Husein tetapi kerana kewajipan dalam membantu rakyat Iraq yang begitu lama menderita terutama dengan sekatan ekonomi yang turut diberi sokongan oleh pemimpin negara umat Islam sendiri. Adakah kita tidak merasa berdosa membiarkan anak-anak kecil di Iraq mati kebuluran dan bakal menjadi mangsa pembunuhan kuffar. Adakah kita tidak rasa bersalah membiarkan orang-orang tua dan wanita yang tidak berdosa terus dibaham oleh peluru musuh. Adakah kita tidak berasa belas kasihan melihat rakyat Iraq diratah oleh bom kuffar durjana. Berapa banyakkah sumbangan yang kita telah dan bakal hulurkan untuk rakyat Iraq. Adakah kita sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Allah agar umat Islam di Iraq dan seluruh dunia diberi bantuan dan keselamatan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Ketika berhadapan dengan keganasan kuffar yang dihasut oleh yahudi maka umat Islam mesti kembali bersatu di bawah panji Islam. Selagimana umat Islam meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh maka selama itulah kita akan dihina oleh Allah antaranya melalui penindasan musuh. Usah banyak bercakap dan hanya tahu berhimpun dalam menyebut keganasan terhadap umat Islam sedangkan pemimpin masih meneruskan dasar lama iaitu berpakat untuk tidak sepakat serta bersatu untuk berpecah. Sepatutnya sesuatu perhimpunan diadakan dalam mencari jalan terbaik untuk menghentikan keganasan bukannya untuk menonjolkan siapa jaguh dalam bercakap tentang keamanan sejagat sedangkan dialah juga jaguh yang melakukan penindasan terhadap rakyat sendiri. Pemimpin umat Islam sewajarnya memadamkan sikap gila kuasa serta menghilangkan semangat kebangsaan dengan mengutamakan maslahat Islam dan sejagat. Apabila tiada lagi sikap gila kuasa dan semangat kebangsaan yang sempit dalam diri pemimpin maka ia boleh membawa kepada seluruh negara umat Islam bersatu di bawah satu kepimpinan bukannya sebagaimana hari ini di mana ada ketua tetapi sekadar dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC) sahaja sedangkan keputusan yang bakal dibuat kebanyakannya tertakluk kepada negara masing-masing. Akhirnya kuffar tidak pernah gentar apabila melihat pemimpin negara umat Islam berhimpun kerana kebanyakan hasil adalah menguntungkan kuffar.
Disamping itu pemimpin negara umat Islam perlu bersepakat dalam melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara sehingga kita mampu tunjukkan model yang terbaik kepada dunia tentang keindahan dan keadilan sistem ekonomi, perundangan, sosial Islam. Negara bukan Islam tidak akan menolak mentah-mentah sistem Islam bagi menggantikan kegagalan sistem ciptaan yahudi terutama kapitalis, sosialis dan komunis jika ada model sistem Islam yang telah dijalankan dengan jayanya. Dunia pernah menyaksikan bagaimana peristiwa Hijrah nabi ke Madinah telah mematikan sistem riba amalan yahudi dengan berjalannya sistem jual beli berdasarkan Islam sehingga penduduk Madinah dan yahudi sendiri sanggup tunduk kepadanya. Selagi negara umat Islam sendiri terus tunduk kepada sistem kuffar serta terikut-ikut dengan rentak kuffar dalam menuduh umat Islam sebagai pengganas dan Islam adalah punca kemunduran maka selagi itulah kuffar akan terus memperkudakan kita manakala orang bukan Islam tidak nampak alasan yang munasabah untuk menggunakan sistem Islam apatah lagi untuk melantik umat Islam sebagai ketua dalam menjaga keamanan dunia.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Setelah menyedari bagaimana pengorbanan yang sepatutnya dibuat maka umat Islam mesti sentiasa berhati dengan usaha musuh dalam menghancurkan Islam. Kita di negara ini diuji dengan pemimpin yang sikapnya seperti Mustafa Kamal at-Tartuk iaitu seorang pemimpin yang pasti melakukan apa yang dinafikan. Jika Mustafa Kamal at-Tartuk laknatullah pernah berjanji kepada ulama’ dengan bersungguh-sungguh bahawa dia hanya mahu melihat Turki lebih maju dan sama sekali tidak akan membuang sistem khilafah yang ada tetapi apa yang dibuat adalah sebaliknya iaitu dengan menghancurkan sistem khilafah seterusnya menubuhkan negara Turki sekuler. Begitulah yang dilakukan oleh pemimpin kita pada hari ini termasuk dalam kes sekolah agama rakyat di mana telah dihamburkan janji kepada mufti bahawa sekolah agama tidak akan diganggu sebaliknya beberapa hari selepas itu bukan sahaja ditarik bantuan perkapita tetapi disertakan dengan usaha jahat yang lain atas alasan kemajuan dalam menghancurkan sekolah agama. Jika umat Islam sehingga hari ini menderita akibat kehilangan sistem khilafah akibat tipu daya Mustafal Kamal at-Tartuk maka kita disini jangan sama sekali tertipu buat kali kedua sehingga boleh menyebabkan usaha dalam menjadikan negara ini sebagai negara sekuler penuh akan terlaksana menyebabkan anak cucu kita bakal menderita dan kehilangan cahaya agama. Kita yang dijajah sehingga hilangnya sistem Islam yang pernah dilaksanakan pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu pun cukup menderita terutama hanya mampu melihat dengan mata putih bagaimana ribuan umat Islam murtad daripada agama tanpa tindakan yang sewajarnya. Ini ditambah lagi dengan kehilangan sistem pendidikan agama yang sepastinya akan diubah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian sekuler. Oleh itu bangkitlah segera dalam melawan usaha jahat sekuler yang sememangnya memusuhi Islam. Sebelum terlambat maka berusahalah semampu yang mungkin dalam menghancurkan perancangan terkutuk ini. Berkorbanlah untuk Islam. Jangan korbankan Islam untuk nafsu.
Firman Allah dalam ayat 24 surah at-Taubah:
قل إن كان آباؤكم وأبناؤكم وإخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومسكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لايهدى القوم الفــسقين
Maksudnya : Katakanlah wahai Muhammad! : “ Jika bapa-bapa kamu, anak-pinakmu, saudara-maramu, isteri-isterimu dan keluargamu serta harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai di mana jika ini semua menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan rasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan ketetapanNya daripada azab kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka yang derhaka
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

105. BAHAYA UTAMAKAN DUNIA DARIPADA AGAMA

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 76-77 surah al-Qasas :
إن قــرون كان من قوم موسى فبغى عليهم وءاتينــه من الكنوز مآإن مفاتحه لتنوأ بالعصبة أولى القوة إذقال له لاتفرح إن الله لايحب الفرحين وابتغ فيمآ ءاتئك الله الدار الآخرة ولاتنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك ولاتبغ الفساد فى الأرض إن الله لايحب المفسدين
Maksudnya : Sesungguhnya Qarun daripada kalangan kaum nabi Musa maka dia melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta di mana kunci-kuncinya sangat berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepada Qarun : “ Janganlah engkau terlalu bangga sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang membanggakan diri”. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah pula lupa bahagianmu daripada kenikmatan dunia. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan
Kehidupan dunia yang sementara berkait rapat denganh kehidupan alam akhirat yang kekal selamanya. Kehidupan dunia merupakan suatu kehidupan singkat yang mesti digunakan sebaik mungkin oleh setiap diri manusia dalam mencari dan menambah bekalan untuk dibawa ke alam akhirat. Setiap amalan soleh yang menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan apabila dihisab di padang Mahsyar nanti sebaliknya amalan dosa dan kejahatan akan menjatuhkan manusia ke tempat yang hina iaitu dalam neraka jahannam yang marak menjulang di akhirat nanti. Oleh itu manusia telah diberi peringatan melalui wahyu Allah tentang tentang dua perkara penting ini di mana terserah kepada mereka samada lebih mementingkan kehidupan dunia fana atau lebih kuat mengejar kebahagian hakiki di akhirat sana. Manusia diberi peluang yang luas samada mahu menjadikan wahyu sebagai panduan hidup sehingga mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat atau pun lebih suka tunduk kepada kehendak nafsu sehingga terseksa di alam akhirat nanti. Ramai manusia ketika miskinnya begitu hampir dengan Allah tetapi apabila dianugerahkan kekayaan maka mereka kembali kufur kepadaNya. Ramai manusia ketika susah begitu dekat dengan Allah tetapi ketika senang semakin jauh daripada ajaran yang disuruh oleh Allah. Ada manusia yang dirinya soleh dan mampu memperbaik orang lain dan dalam masa yang sama tidak kurang manusia yang rosak dan merosakkan pula orang lain samada dalam keadaan dia sedar kesilapan diri atau pun sebaliknya. Ada manusia yang mempunyai ilmu dan mengembangkan ilmu untuk kebaikan manusia dan ada pula manusia yang menggunakan ilmu yang ada untuk menyesatkan manusia dan mengaut keuntungan daripadanya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kemewahan hidup di dunia tidak salah untuk dikecapi malah Islam sentiasa menggalakkan umatnya agar berusaha memperolehinya tetapi yang perlu sentiasa diingat ialah kemewahan itu digunakan untuk Islam dan mampu menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah bukannya kemewahan tadi bakal mengikis keimanan dan ketaqwaan kita sehingga membawa kepada kekufuran sebagaimana yang pernah terjadi kepada Qarun dan mereka yang dimurkai oleh Allah yang lain. Ramai dari kalangan para sahabat nabi yang kaya raya seperti Sayyidina Uthman Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf, Suhaib ar-Rumi dan lain-lain di mana seluruh kekayaan itu digunakan untuk mengembangkan ajaran Islam bukan sebaliknya. Harta itu digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga pernah Abdul Rahman bin ‘Auf menyatakan kebimbangan di atas kekayaannya yang akan menyebabkan beliau akan dihisab begitu lama di akhirat nanti walau pun beliau merupakan antara 10 sahabat yang dijanjikan Syurga oleh Allah. Perkara ini mestilah diambil pengajaran yang sewajarnya oleh umat Islam agar kita tidak hanyut dengan kemewahan dunia sehingga melupakan kita kepada alam akhirat tempat kembalinya kita.
Kita sentiasa tertanya-tanya bagaimana para sahabat nabi berlumba-lumba mencari harta dan kemudiannya berlumba-lumba pula menggunakan harta itu untuk Islam sehingga mereka boleh mengaut harta dunia yang banyak dan dalam masa yang sama mampu menambahkan bekalan akhirat hasil nafkah harta itu kepada Islam. Akhirnya usaha dan jasa mereka yang begitu banyak terhadap Islam telah membawa kepada kejayaan Islam untuk menyinari kehidupan manusia di mana sahaja mereka berada. Ilmu dan harta yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka digunakan sebaik mungkin untuk Islam bukannya untuk melawan Islam.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Malangnya pada hari ini tidak banyak harta milik umat Islam digunakan untuk memperjuangkan Islam sebaliknya digunakan untuk kepentingan diri. Harta dilihat mampu membeli dunia tetapi tidak dilihat bahawa harta yang sama boleh digunakan untuk menambahkan bekalan akhirat dengan mendapatkan hasil daripada sumber yang halal dan membelanjakannya pula pada jalan yang dibenarkan oleh agama. Agama dilihat sebagai punca kemunduran kerana banyak menegah daripada mendapatkan keuntungan yang sebanyak mungkin daripada sumber haram seperti arak dan judi serta riba sedangkan agama sepatutnya dijadikan suatu yang paling bernilai daripada harta dunia kerana agama berjaya memuliakan diri kita daripada dihancurkan oleh nafsu dan syaitan. Ramai di kalangan umat Islam yang tersesat pegangannya kerana menganggap agama hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah ketika beribadat khusus sahaja sedangkan mereka sepatutnya menggunakan agama ketika beribadat khusus dan juga melakukan urusan ekonomi, sosial, politik dan seluruh urusan keduniaan yang lain sehingga segala tindakan mereka yang mengikut lunas Islam mendapat pahala yang memungkinkan mereka beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ramai yang terlalu bimbang apabila melihat umat Islam tertinggal dari segi kemajuan ekonomi semata-mata tetapi tidak ramai yang bimbang apabila umat Islam terlucut aqidah dan tertinggal dari sudut bekalan akhiratnya. Ramai yang risau apabila adanya golongan agama yang mengejar akhirat semata-mata sedangkan tidak ramai yang risau betapa ramai manusia yang menjual dan melucutkan agamanya kerana mengejar dunia semata-mata. Ramai yang menganggap bahawa manusia yang sentiasa merancang untuk membangunkan negara dengan bangunan yang tinggi tanpa memikirkan halal haram dan manfaatnya untuk Islam adalah seorang yang berwawasan jauh sedangkan tidak ramai yang melihat ulama’ soleh yang meminta agar berpada dengan dunia kerana mahligai tinggi yang bakal diperolehi di akhirat nanti jika kita menjaga batas agama dalam semua urusan dunia merupakan seorang yang lebih berwawasan tinggi. Ramai melihat bahawa golongan yang mampu menambahkan harta dunia tanpa mengira halal haram lebih berjasa berbanding golongan agama yang banyak menekan mengenai pahala dan dosa yang perlu dititik beratkan dalam mencari kemewahan dunia dan harta itu pula mesti dibelanjakan pada jalan yang betul bukannya untuk memuaskan hawa nafsu yang sentiasa bergelora dalam diri. Inilah antara kesan bahayanya kejahilan terhadap agama apabila harta dianggap lebih mulia daripada agama sehingga dunia fana lebih dikejar daripada kebahagiaan hakiki di akhirat sana. Alangkah malangnya seseorang yang mengejar kemewahan dunia yang sementara semata-mata sedangkan ia pasti akan ditinggal. Alangkah ruginya pula seseorang yang mengabai untuk menambah bekalan hari akhirat tempat tinggalnya yang kekal kerana terlalu asyik dengan godaan dunia.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Hancurnya umat dahulu kerana mereka derhaka kepada Allah setelah dianugerahkan dengan kemewahan dunia. Tiada umat yang dihancurkan oleh Allah kerana terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam. Hidup dalam sebuah pemerintahan yang memisahkan antara agama dan urusan dunia menyebabkan umat Islam diserang pelbagai penyakit kerana pemimpin akan membuat penyakit disamping membuat tempat merawat penyakit yang senagaja ditempah. Contohnya seperti penyakit ketagihan arak begitu serius dan bertambah kerana pemimpin sendiri memberi lesen yang meluas untuk membuka kilang dan kedai arak. Pemimpin mahu memerangi pelacur sedangkan mereka membuka seluas mungkin tempat untuk merebaknya pelacuran seperti kelab malam. Pemimpin begitu bimbang tentang merebaknya ketagihan dadah sedangkan mereka tidak menekankan erti halal haram ,dosa pahala agar rakyat menjauhi perkara yang dilarang oleh agama malah pusat pengajian agama terutama sekolah agama rakyat diperangi habis-habisan. Masalah penzinaan bertambah memandangkan majalah, akhbar, tv dan kebanyakan media massa yang lain lebih banyak membangkitkan nafsu daripada memerangi nafsu. Pemimpin cuba memerangi penyakit AIDS sedangkan dalam masa yang sama pemimpin hanya menyerapkan pengajian seks di sekolah untuk memberitahu tentang cara yang selamat untuk melakukan hubungan seks tanpa ditekankan tentang kewajipan agama yang membolehkan perkara itu dilakukan disamping penjualan kondom begitu berleluasa.Inilah bahayanya apabila agama diletakkan jauh daripada sistem kehidupan. Akhirnya timbulnya penyakit sosial yang lebih banyak berbanding ubat untuk merawat penyakit yang sengaja ditempah. Oleh itu kembalilah kepada Islam yang sepastinya mempunyai ubat pencegah dan ubat merawat lebih banyak daripada penyakit yang timbul dengan bersungguh untuk menutup saluran yang boleh membawa penyakit sosial serta mempunyai hukuman yang adil dan kaedah yang berkesan dalam merawati penyakit tersebut.
Firman Allah dalam ayat 79-80 surah al-Qasas:
فخرج على قومه في زينته قال الذين يريدون الحيــوة الدنيا يليت لنا مثل ماأوتي قــرون إنه لذو حظ عظيم وقال الذين أوتوا العلم ويلكم ثواب الله خير لمن ءامن وعمل صــلحا ولايلقئها إلاالصــبرون
Maksudnya : Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemewahan. Berkatalah orang-orang yang mengkehendaki kehidupan dunia : “ Semoga kita mendapat sebagaimana yang telah dianugerahkan kepada Qarun. Sesungguhnya dia benar-benar memperolehi keuntungan yang besar”. Berkatalah mereka yang berilmu : “ Kecelakaan yang besarlah bagimu kerana pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh di mana tidak beroleh pahala itu melainkan mereka yang sabar”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

102. ILMU ISLAM PENYEBAR KEAMANAN SEJAGAT

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 122 surah at-Taubah :
وما كان المؤمنون لينفروا كافة فلولانفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون
Maksudnya : Tidak sepatutnya bagi orang mukmin pergi kesemuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam ilmu mengenai agama untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya agar mereka itu dapat menjaga dirinya
Islam dan ilmu tidak dapat dipisahkan kerana berkembangnya Islam atas asas ilmu yang disuluhi cahaya wahyu dan ia bukannya bangkit atas asas nafsu yang dikongkong oleh kesesatan. Oleh itu kita dapati banyak arahan dan saranan di dalam al-Quran dan hadis nabi mengenai ilmu agar umat manusia dapat menghindarkan diri daripada kejahilan yang boleh membawa kepada kesesatan dan kezaliman. Kejayaan barat yang dahulunya berada dalam kegelapan tamadun tetapi kini mampu membina tamadun kebendaan yang hebat kerana kejayaan mereka menguasai ilmu. Manakala terjajahnya umat Islam dan mundurnya kita dalam membina tamadun kebendaan serta hampir runtuhnya tamadun rohani yang dijaga sekian lama ialah disebabkan terabainya budaya ilmu dalam kehidupan. Sebab itulah Rasulullah s.a.w telah memperingatkan kita bagaimana kepentingan ilmu dalam mencari kesenangan hidup di dunia dan akhirat sebagaimana sebuah hadis nabi yang berbunyi :
من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم
Maksudnya : Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu
Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada Sayyidina Ali bin Abi Tolib yang bermaksud : Jika berlalu masa 40 hari sahaja sedangkan umat Islam tidak duduk di dalam mana-mana majlis ilmu maka dia akan menghadapi dua kemungkinan besar yang buruk iaitu yang pertamanya hatinya menjadi gelap dan keduanya dia akan bertindak berani melakukan dosa-dosa besar.
Menyedari betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan bahayanya jika kita mengabaikan ilmu maka sepatutnya kita lebih bersungguh untuk menambah ilmu pengetahuan bukannya terus ditakuk yang lama terutama dalam masalah ilmu agama. Jangan merasakan bahawa belajar ilmu agama itu adanya batasan umur tertentu kerana kita diminta agar belajar ilmu bermula daripada buaian sehinggalah ke liang lahad. Akibat terlalu berpuas hati dengan ilmu yang ada maka umat Islam terus ketinggalan dan mudah ditipu dengan istilah ilmu moden. Kita pernah dikejutkan bagaimana adanya jemaah haji yang terpaksa disuntik dengan vaksin yang dihasil daripada gelatin babi pada tahun lepas akibat kehabisan bekalan vaksin halal sedangkan negara umat Islam begitu ramai pakar sains yang sepatutnya lebih bersungguh untuk mengeluarkan vaksin tersebut bukannya terlalu bergantung kepada negara kuffar. Malah dalam sebulan ini dunia dikejutkan dengan lahirnya bayi hasil proses klon di mana ia mesti di ambil berat oleh ulama’ dan pakar sains agar dunia tidak menjadi lebih celaru. Masalah bayi hasil penzinaan pun sukar ditangani apatah lagi bayi klon yang lebih banyak mendatangkan masalah. Begitu juga dengan fatwa terbaru ulama’ al-Azhar yang mengharuskan pembinaan senjata nuklear bukan untuk mendatangkan ancaman kepada dunia tetapi bertindak sebagai pertahanan agar pihak kuffar merasa gerun untuk menyerang umat Islam sewenang-wenangnya kerana umat Islam turut ada senjata nuklear sebagaimana mereka.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan kita bagaimana apabila hampirnya waktu qiamat maka ilmu akan ditarik iaitu dengan kematian ulama’. Perkara ini dapat kita saksikan dengan mata kepala kita sendiri di mana bukan setakat ulama’ yang mati malah ulama’ yang masih hidup disekat daripada bergerak dalam menyatakan kebenaran Islam ditambah lagi dengan pelbagai sekatan terhadap pengajian agama yang banyak melahirkan ilmuan Islam termasuk sekolah agama rakyat atas alasan negara ini tidak memerlukan lebih ramai ulama’. Golongan agama dianggap sebagai golongan yang ketinggalan zaman yang banyak menganggur di mana akibat tiadanya kerja menjadikan golongan ini merasa marah dan bangkit menentang pemimpin. Jika pemimpin bercakap melalui fakta ilmiah maka tuduhan mereka begitu tersasar jauh kerana yang menubuhkan kumpulan perompak bersenjata tidak ramai yang belajar agama, yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial yang lain amat sedikit yang faham agama. Malah berlakunya pengangguran lulusan agama kerana sikap pemimpin sendiri yang melarang daripada hidupnya majlis-majlis ilmu di surau dan masjid sedangkan rakyat begitu memerlukan khidmat mereka yang faham agama untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. Pada peringkat sekolah kebangsaan pula hanya ada satu mata pelajaran agama sahaja yang disediakan sedangkan keperluan pelajar untuk memahami agama secara lebih mendalam terutama berkaitan ilmu fardhu ‘ain sendiri agak diperlukan. Kita terlalu bimbang memandangkan ramai pelajar Islam yang terkandas awal daripada persekolahan samada kerana gagal dalam peperiksaan, masalah kewangan atau malas belajar tidak mampu mempelajari ilmu fardhu ‘ain dengan baik yang menyebabkan peratus pelajar yang tidak pandai mengucap dua kalimah syahadah, membaca fatihah, membaca tahiyyat semakin meningkat apatah lagi yang mampu membaca al-Quran dengan baik serta mampu menunaikan solat dengan penuh sempurna.
Ini baru sentuh tentang beberapa kewajipan agama yang paling asas belum lagi diperingkat kefahaman tentang sistem Islam yang menyeluruh. Pemimpin hanya tahu memberi alasan bahawa hukum Islam tidak dapat dilaksanakan dalam negara kerana jarang saksi tidak fasik dan rakyat masih jahil sedangkan usaha pemimpin dalam menyekat daripada berjalannya pengajian agama semakin kuat. Orang yang belajar agama dianggap sebagai pengganas yang membayakan negara sedangkan ribuan umat Islam yang telah murtad daripada Islam tidak diambil tindakan sewajarnya. Malah semakin jahil rakyat yang mengikut kejahilan pemimpin telah menyebabkan pandangan terhadap kesucian Islam dicemari seperti masalah poligami yang dianggap menghancurkan maruah wanita sedangkan masyarakat barat sendiri telah lama mengiktiraf bagaimana hanya melalui poligami mampu menangani masalah pelacuran, penzinaan dan penganiayaan terhadap golongan wanita.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Inilah bahayanya apabila pemimpin hanya mengiktiraf ilmu moden sahaja sebagai penyumbang kepada pembinaan tamadun yang maju dan menganggap bahawa ilmu agama khusus hanya sebagai kegunaan peribadi. Kita perlu ingat bagaimana keadaan yang kucar kacir dalam dunia hari ini apabila masing-masing meninggalkan peranan agama. Akhirnya berdirinya bangunan tinggi yang megah tetapi tidak juga menenangkan hati manusia kerana ramai yang melakukan rasuah, pecah amanah dan kemungkaran yang lain di dalamnya. Semakin jauh rakyat meninggalkan agama maka semakin banyak wang negara yang perlu dihabiskan untuk menggaji anggota polis dan membina bangunan yang lebih kukuh agar terselamat daripada kecurian dan rompakan. Pembinaan penjara dan pusat serenti serta kelengkapan mahkamah yang memerlukan kos yang begitu tinggi kerana semakin tingginya kes jenayah akibat semakin rendahnya nilai akhlak disebabkan kurangnya kefahaman ilmu. Sedangkan jika kerajaan yang ada menghidupkan budaya ilmu dan mengangkat golongan ulama’ sebagai penyumbang penting dalam melahirkan masyarakat yang faham agama yang boleh mengurangkan kadar jenayah maka wang rakyat lebih banyak disumbangkan kepada orang soleh daripada mengalir untuk menjaga dan mengubati manusia yang telah rosak. Jika doktor di hospital dikira banyak berjasa kerana mampu mengubati penyakit ketagihan arak dan dadah maka ulama’ mesti lebih dikira berjasa kerana berjaya membina manusia yang terus menjauhi dadah dan arak dengan pencegahan sejak daripada awal lagi hasil penyampaian ilmu agama. Jika golongan pakar ilmu moden dikira penyumbang besar kepada tamadun negara kerana berjaya membina bangunan yang tinggi dan memajukan ekonomi maka golongan ulama’ lebih berjasa kerana berjaya membina manusia yang takut kepada Allah sehingga mampu menghidupkan bangunan tinggi yang dibina dan memajukan ekonomi berasaskan Islam dengan menghindari rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Oleh itu sedarlah kita betapa pentingnya ilmu agama dan ulama’ dalam membangunkan tamadun negara bukannya pembinaan tamadun bersepadu bergantung semata-mata kepada ilmu moden sahaja.
Firman Allah dalam ayat 17 surah Huud:
أفمن كان على بينة من ربه ويتلوه شاهد منه ومن قبله كتب موسى إماما ورحمة أولئك يؤمنون به ومن يكفر به من الأحزاب فالنار موعده فلاتك فى مرية منه إنه الحق من ربك ولكن أكثر الناس لايؤمنون
Maksudnya : Adakah orang-orang kafir itu sama dengan orang-orang yang mempunyai bukti yang nyata (al-Quran) dari Tuhannya dan diikuti pula dengan seorang saksi (nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebelum al-Quran itu telah ada Kitab nabi Musa yang menjadi pedoman dan rahmat. Mereka itu beriman kepada al-Quran. Dan sesiapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutunya yang kafir kepada al-Quran maka nerakalah tempat yang disediakan baginya. Oleh itu janganlah kamu ragu-ragu terhadap al-Quran itu. Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar dari Tuhanmu tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

101. PERTAHANKAN KEUTUHAN TAMADUN ROHANI

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal :
إن الذين كفروا ينفقون أمولهم ليصدوا عن سبيل الله فسينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم يغلبون والذين كفروا إلى جهنم يحشرون
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi manusia daripada jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian menjadi sesalan bagi mereka dan mereka kemudiannya dikalahkan. Dan mereka yang kufur akan dihimpunkan di dalam neraka jahannam
Iman dan kufur sentiasa bertarung, Islam dan jahiliah sentiasa bertembung, kebenaran dan kesesatan sentiasa berlawan, keadilan dan kezaliman sentiasa bercanggah. Keganasan dan penindasan yang berlaku pada hari ini akibat nafsu menguasai manusia dalam melawan kebenaran wahyu Allah. Manusia rakus hanya melihat dunia ini sebagai suatu matlamat yang mesti dikejar dengan menafikan adanya hari akhirat sehingga mereka sanggup menyelesaikan pertikaian mereka dengan menindas orang lain. Ilmu pengetahuan yang diperolehi bukan digunakan untuk menjaga keamanan dunia sebaliknya dijadikan modal dalam mengejar sebanyak mungkin kemewahan dunia walau pun terpaksa mengorbankan orang lain. Ilmu pengetahuan bukan dijadikan ubat dalam menyelesaikan masalah sejagat tetapi ia dijadikan alat dalam melakukan keganasan demi merebut harta dan takhta. Ilmu pengetahuan yang dianugerahkan bukan dijadikan panduan dalam memikirkan alam ciptaan Allah sehingga memungkinkan manusia beriman kepada Allah sebaliknya ia menjadi alat dalam melakukan kerosakan di muka bumi serta melawan Kebijaksaan Allah Maha Kuasa. Inilah antara kesan betapa bahayanya apabila ilmu dibuang ruh agama sehingga ilmu pengetahuan yang ditimba telah digunakan sewenangnya tanpa panduan wahyu Allah malah manusia secara terang-terangan menggunakan kepintaran yang ada dalam menolak peranan agama dalam menyelesaikan masalah pentadbiran dunia. Ilmu sains dan beberapa ilmu yang lain pernah digunakan untuk membangunkan tamadun maju yang bersepadu antara kerohanian dan kebendaan pada zaman Khalifah Islam se`belum ini tetapi apabila ilmu yang sama dicuri oleh barat dengan dibuang ruh agama telah menampakkan hasil yang berbeza di mana dari segi kebendaan dilihat tamadun barat begitu maju dan canggih tetapi dari segi membina sifat keinsanan dalam diri manusia telah nampak jelas kegagalannya sehingga lebih banyak manusia bersifat kebinatangan yang dilahirkan yang menyebabkan keamanan gagal diwujudkan dalam negara. Intelek dan pakar yang dilahirkan lebih banyak memikirkan untuk memenuhi kepentingan peribadi bukannya menjaga maslahat umum sehingga lahir lebih ramai pengganas yang mengancam masyarakat daripada lahirnya golongan intelek yang berfikir bagaimana cara untuk mewujudkan keamanan dan melahirkan manusia yang elok budi pekertinya. Keadaan bertambah celaru dalam tamadun kebendaan barat apabila paderi di gereja dibenarkan untuk mengampuni dosa manusia sehingga masyarakat semakin jauh daripada Allah Tuhan Pencipta mereka.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kegagalan tamadun barat dalam membina manusia telah disembunyikan sebaik mungkin dengan lebih banyak menonjolkan kejayaan mereka dari segi tamadun kebendaan sehingga umat Islam terus merasa ketinggalan dan mundur serta berusaha meniru barat agar dapat bersaing dengan mereka. Malangnya umat Islam mula lupa diri apabila cuba meniru seratus peratus tamadun kebendaan barat dengan mengabaikan banyak peranan agama dalam memastikan tamadun yang dibina seimbang antara roh dan material. Umat Islam mula meletakkan peranan agama ditempat kedua selepas ekonomi yang menyebabkan mereka bukan sahaja gagal menyaingi tamadun kebendaan barat malah tamadun rohani yang masih ada di negara umat Islam mula luntur dan hampir padam apabila semakin tipisnya aqidah umat Islam disebabkan pengabaian terhadap peranan agama. Umat Islam yang jahil dan dijahilkan tidak lagi melihat Islam sebagai agama yang membawa kemajuan sehingga mereka lupa kepada kejayaan khalifah Islam sebelum ini yang berjaya menggunakan ilmu sains dalam membina tamadun rohani dan kebendaan secara serentak. Umat Islam lupa dan dilupakan tentang dendam dan permusuhan kuffar barat terhadap kejayaan Islam yang terus menjaga pembinaan insan tanpa mengabaikan pembinaan tamadun kebendaan yang disuluhi cahaya wahyu bukannya dicemari kesesatan hawa nafsu. Barat mahu melupakan kegagalan mereka dalam membina tamadun insan dengan cara menghancurkan umat Islam yang masih memiliki tamadun insan. Barat hanya merasa bahagia dan senang hati apabila umat Islam terus mundur dalam kedua-dua tamadun iaitu rohani dan kebendaan. Sebaliknya jika umat Islam terus menjaga tamadun insan yang masih ada disamping terus bergerak dalam mengembalikan semula ilmu-ilmu Islam yang dicuri dengan meniupkan kembali ruh Islam yang dibuang daripada ilmu tersebut maka barat akan terus bimbang dan memusuhi Islam. Malah serangan 11 September telah menjelaskan lagi kebimbangan kuffar terutama yahudi terhadap kebangkitan tamadun Islam walau pun kuffar sebelum ini menyatakan bahawa umat Islam tidak bertamadun dan mundur. Jika umat Islam benar-benar tidak bertamadun dan mundur maka kuffar tidak perlu memerangi umat Islam kerana ia bukan saingan kepada tamadun kebendaan barat. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila serangan 11 September itu berlaku beberapa bulan selepas sebuah negara umat Islam mencadangkan agar diadakan suatu majlis peradaban ilmu yang membolehkan seluruh wakil agama mampu duduk dalam satu majlis untuk berbincang masalah keamanan dunia berdasarkan ilmu dan agama di mana yahudi yang terlalu bimbang tentang matlamat mereka untuk menguasai dunia akan terbantut disamping bimbang Islam akan menang mudah telah membuat perancangan lebih rapi dalam melakukan serangan tersebut di mana ia dijadikan alasan dalam menuduh umat Islam adalah pengganas serta yahudi memainkan peranan penting dalam melakukan beberapa serangan yang lain termasuk ke atas Aghanistan dan hari ini di Iraq disamping meneruskan penjajahan dan penindasan terhadap umat Islam di Palestin.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Setelah menyedari betapa pentingnya tamadun insan yang begerak di atas aqidah yang kukuh maka sepatutnya seluruh negara umat Islam berusaha bersungguh-sungguh menjaganya daripada dirosakkan disamping berusaha melahirkan pakar dalam ilmu sains dan teknologi moden melalui sistem pendidikan Islam yang bersepadu antara ilmu fardhu ‘ain dengan ilmu fardhu kifayah. Jangan terus biarkan umat Islam hanyut dengan ilmu moden yang dibuang ruh Islam di mana akibat pemisahan ini akan menyebabkan lahirnya manusia yang hanya mementingkan kekayaan diri dengan mengenepikan kepentingan masyarakat umum disamping melahirkan manusia yang mengenepikan peranan agama dalam menangani permasalahan umat. Pemimpin negara umat Islam sewajibnya menyediakan sistem pendidikan sepadu yang akan melahirkan ulama’ profesional dan profesional yang faham Islam serta sentiasa berfikir bagaimana mahu memajukan umat Islam disamping sentiasa berkerjasama dengan ulama’ dalam menangani masalah masyarakat. Umat Islam semakin berpecah apabila pemimpin negara umat Islam tunduk kepada sistem dua aliran yang berpisah antara ilmu agama dan ilmu moden yang menyebabkan lahirnya dua masyarakat yang berlawanan iaitu yang memahami agama secara lengkap dengan mereka yang mengenali Islam untuk adat dan ibadat khusus sahaja. Apabila wujudnya masyarakat ini akan menyebabkan negara menjadi celaru apabila golongan pertama yang faham agama sentiasa menegur kesilapan yang berlaku di mana kebanyakan golongan ini tidak banyak diberi tempat dalam pentadbiran samada kerana kurang pakar dalam ilmu moden atau sengaja disisihkan demi kepentingan pemimpin manakala golongan kedua yang tidak faham agama akan menggunakan kepakaran yang ada dengan mengenepikan agama serta menuduh golongan yang faham agama sebagai kolot kerana hanya tahu menegur sahaja. Sepatutnya apabila wujudnya sistem pendidikan sepadu antara fardhu ‘ain dan fardhu kifayah maka negara bakal melahirkan umat yang bersatu atas asas Islam dan berusaha memajukan negara dalam membina tamadun rohani dan kebendaan secara serentak. Inilah yang membimbangkan kuffar dan anak didik mereka. Seorang sarjana Islam ( Dr Umar Farikh) telah mengingatkan bagaimana liciknya perancangan barat dalam menghancurkan perpaduan dan kefahaman umat Islam mengenai Islam melalui serangan dalam sistem pendidikan negara.
Katanya : “ Sesungguhnya dunia Timur milik umat Islam telah tumbang dari sudut kehidupan berpolitik dan juga berbangsa kerana institusi pendidikan asing yang terdapat di negara umat Islam telah memecah belahkan perpaduan anak watan menjadi berpuak-puak. Oleh itu tidak hairanlah matlamat anak watan turut terbengkalai malah jalan yang boleh menyampaikan kepada matlamat tersebut semakin jauh. Pendidikan adalah satu-satunya kekuatan tarbiah yang agong yang tidak sepatutnya berada pada tangan orang asing yang mempermain-mainkannya dan memonopolinya untuk kepentingan kuffar. Sesungguhnya pendidikan negara yang bersepadu walau pun menghadapi pelbagai kekurangan adalah jauh lebih baik daripada sistem pendidikan asing yang saling menjauhkan umat Islam daripada Islam itu sendiri walau bagaimana canggih sekali pun”.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 28 surah Fathir :
إنما يخشى الله من عباده العلمــؤا إن الله عزيز غفور
Maksudnya : ….. Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah para ulama’. Sesungguhya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
Kerosakan akhlak dan masalah jenayah yang semakin bertambah dalam negara bukan disebabkan negara kita tidak maju dari segi kebendaan tetapi disebabkan terabainya tamadun insan. Pemimpin lebih bimbang kepada rakyat yang menegur kejahilan dan kesesatan mereka sahaja dengan menahan mereka di bawah ISA atas tuduhan pengganas yang membahayakan negara sedangkan perompak bersenjata semakin subur dalam membunuh pengawal keselamatan dan orang ramai. Apabila diminta agar dilaksanakan sistem perundangan Islam maka antara alasannya ialah rakyat kurang faham tetapi dalam masa yang sama sekolah agama rakyat diperangi habis-habisan. Pemimpin pernah membangkitkan bahawa sukar mahu laksanakan hudud kerana saksi yang tidak fasik payah ditemui pada masa kini sedangkan dalam masa yang sama pemimpin tidak mahu lahirnya lebih ramai ulama’ dalam negara. Malah beberapa perkara yang berlaku di sekolah kebangsaan sendiri yang berkaitan dengan Islam seperti berseluar panjang dan berbaju labuh turut ditegur oleh pemimpin yang mendakwa bahawa negara ini adalah negara Islam. Sepatutnya sistem pendidikan bersepadu mesti dilaksanakan segera bukannya memerangi pengajian agama secara membuta-tuli. Jangan sama sekali runtuhkan tamadun insan yang dibina atas asas agama yang dijaga sebelum ini atas alasan ia membantut kemajuan material. Ingatlah bahawa kemajuan kebendaan semata-mata akan membawa kehancuran di dunia dan akhirat. Tiada ulama’ yang anti kemajuan kebendaan tetapi ramai pemimpin jahil yang anti agama. Siapa benar dan siapa salah bukan akal dan nafsu sebagai ukuran sebaliknya wahyu al-Quran dan sunnah nabi sebagai neraca penimbang. Pilihlah samada mahu melaksanakan Islam atau memerangi Islam. Sedarlah bahawa kita diajar erti dosa dan pahala dan apakah syurga dan neraka.
Firman Allah dalam ayat 32 surah Muhammad:
إن الذين كفروا وصدوا عن سبيل الله وشاقوا الرسول من بعد ماتبين لهم الهدى لن يضروا الله شيئا وسيحبط أعمــلهم
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir dan menghalangi manusia daripada jalan Allah serta memusuhi rasul setelah jelas kepada mereka petunjuk di mana mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan menghapuskan pahala segala amalan mereka
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

100. PENYEBARAN ISLAM DAN PENJAJAHAN KUFFAR

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 216 surah al-Baqarah :
كتب عليكم القتال وهو كره لكم وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لاتعلمون
Maksudnya : Diwajibkan ke atas kamu berperang sedangkan peperangan itu merupakan suatu yang kamu benci. Boleh jadi suatu yang kamu benci merupakan suatu yang baik untukmu dam boleh jadi pula suatu yang kamu suka merupakan suatu yang buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui
Kini kita masih berada di minggu pertama bulan Syawal di mana suasana hari raya masih terasa. Kedatangan Syawal membawa dua perasaan yang berbeza dalam diri kita iaitu perasaan sedih kerana berpisah dengan Ramadhan yang penuh dengan fadhilatnya dan perasaan gembira kerana menyambut hari raya setelah sebulan menunaikan ibadat puasa. Begitu beruntunglah bagi mereka yang telah berjaya menyempurnakan sebaik mungkin ibadat puasa sepanjang Ramadhan lalu kemudian diikuti pula dengan puasa enam hari di bulan Syawal ini. Ingatlah bahawa kegembiraan dalam menyambut hari raya di dunia ini merupakan kegembiraan yang sementara di mana kebahagiaan sebenar yang kita cita-citakan ialah kegembiraan apabila bertemu Allah di akhirat nanti dengan membawa bekalan taqwa yang lahir daripada amalan soleh dikerjakan semasa hidup di dunia fana ini
Oleh itu dalam bergembira menyambut Syawal maka kita mesti ingat kepada saudara kita yang lain terutama yang sedang ditindas, diburu, ditembak dan dibom oleh musuh Islam. Sepanjang Ramadhan lepas kita di sini hanya menghitung jam bagi menunggu waktu berbuka dengan perasaan penuh yakin bahawa sudah tersedia pelbagai juadah yang sedang menanti untuk dijamah sedangkan saudara kita yang diuji dengan kemiskinan dan peperangan asyik berfikir adakah lagi secebis makanan yang hendak dimakan nanti atau terus menahan kelaparan. Begitu juga ketika hampirnya hari raya di mana kita di sini begitu gembira menghias rumah sedangkan adanya saudara seagama yang bersedih melihat rumahnya diroboh dan dibom oleh musuh. Apabila datangnya pula hari raya maka kita di sini berseronok melawat keluarga dan sahabat handai sedangkan adanya saudara kita yang hanya mampu membilang jumlah ahli keluarganya yang telah ditembak dan dibunuh oleh musuh serta menghitung hari adakah dia pula bakal menjadi mangsa kekejaman musuh yang tidak berperi kemanusiaan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Islam merupakan agama langit yang diturunkan oleh Allah bagi menjamin kebahagiaan hidup umat manusia di dunia dan akhirat. Kelengkapan ajaran Islam dengan menggariskan seluruh sistem hidup untuk panduan umat manusia dalam menunaikan tuntutan agama dan pengurusan kepada kehidupan dunia telah menampakkan lagi kesempurnaan Islam yang sewajarnya diberi peluang untuk memerintah agar umat manusia dapat dihindarkan daripada kesesatan dan kezaliman sistem ciptaan manusia. Dunia hari ini menjadi kacau bilau apabila manusia cuba menguasai manusia yang lain melalui ideologi ciptaan mereka. Akhirnya setiap pendokong kepada ideologi ini berperang tanpa had sempadan dengan menggunakan kekuatan senjata yang ada untuk melakukan kerosakan di muka bumi ini. Antara sebab berlakunya peperangan yang dilancarkan oleh musuh Islam kerana mahu menjajah negara lain dalam meluaskan tanah jajahan di mana ia akan membawa keuntungan kebendaan yang disedut dari negara yang dijajah itu. Oleh itu setiap kuasa besar membina kekuatan senjata dalam melakukan sebarang serangan yang boleh menguntungkan mereka dari segi hasil kebendaan. Setelah berjaya melakukan sesuatu penjajahan maka akan dilantik wakil mereka dalam memastikan negara yang dijajah terus tunduk kepada kehendak mereka disamping melemahkan semangat melawan dalam diri anak watan negara jajahan samada dengan mengajak mereka untuk memeluk agama penjajah seperti Kristian atau pun berusaha agar anak watan meninggalkan ajaran sebenar agama yang dianuti selama ini terutama Islam. Beginilah nasib yang menimpa kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali negara kita apabila barat menjajah negara dan pemikiran rakyat sehingga sistem Islam terus terpenjara walau pun penjajah telah lama pulang ke negara asal mereka. Negara umat Islam terus tunduk kepada perundangan penjajah malah sanggup bangun menentang sistem Islam akibat pemikiran terutama golongan belia pada masa itu dan kini telah menjadi pemimpin kebanyakan negara umat Islam telah dijajah. Inilah antara kejayaan besar penjajah sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh seorang barat (Zwimmer) dengan katanya :
“ Anda telah berjaya menyediakan di negara Islam satu generasi belia yang tidak mengetahui hubungannya dengan Allah malah tidak ingin mengetahuinya. Anda juga telah berjaya mengeluarkan umat Islam daripada agamanya walau pun anda tidak memasukkannya ke dalam Kristian. Seterusnya akan lahirlah satu generasi Islam bertepatan dengan kehendak penjajah di mana generasi ini tidak lagi mempedulikan perkara besar yang berlaku di sekitarnya sebaliknya lebih suka menghabiskan masa untuk berehat dan malas berusaha, cita-citanya dalam dunia tidak lain selain memenuhi keperluan nafsu syahwat sahaja…….”

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Islam yang datang dengan ajarannya yang sempurna turut menggariskan panduan jihad dan perang yang berdasarkan wahyu bukannya nafsu. Ini menolak dakwaan jahat musuh Islam yang menyatakan Islam adalah agama yang menggalakkan keganasan. Perlu diingat bahawa Islam hanya menggunakan kekuatan untuk maksud pertahanan diri atau menggerunkan musuh. Dengan demikian, persiapan bala tentera dan segala kelengkapan persenjataan adalah keperluan lazim. Mana ada negara demokrasi atau pun komunis yang tidak mempunyai persiapan-persiapan ini. Apa yang hendak dihairankan jika Islam menyiapkan peralatan perang untuk tujuan tadi. Dalam Islam, persiapan perang mempunyai matlamat fi sabilillah. Ia bergerak dalam dua tujuan iaitu sama ada untuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh atau menghantar misi dakwah untuk menyebarkan Islam.
Kedua-dua tujuan ini sangat jauh berbeza dengan melakukan persiapan lalu berperang, menyerang dan menjajah dengan tujuan mengembangkan tanah jajahan sebagaimana yang dilakukan oleh musuh Islam. Sejarah Islam membuktikan bahawa kerusi pemerintah tetap diserahkan kepada pemimpin Islam daripada kalangan anak negeri. Ini terdapat contohnya yang ketara semasa di zaman-zaman pemerintahan khalifah hingga ke kerajaan Othmaniah zaman berzaman. Tidak ada wakil penjajah yang mewakili "Union Jack" di England seperti yang dilakukan oleh kuffar. Yang ada ialah gabenor yang mewakili Islam atau pemimpin Islam dari kalangan anak negeri yang dilantik untuk mentadbir secara Islam. Beliau menjaga kepentingan Islam dan tidak sama sekali menjaga kepentingan penjajah. Islam turut memberi bantuan dan kebebasan kepada anak negeri untuk menggunakan dengan sebaik mungkin hasil mahsul negara yang ada untuk memaju dan menjaga kebajikan rakyat jelata bukannya merampas hasil tersebut untuk kepentingan khalifah. Sebab itulah Islam berjaya tersebar dengan mudah kerana kebanyakan negara yang merasa perit dengan kezaliman penjajah Rom dan selainnya atau pun rakyat sesebuah negara yang mahu Islam memerintahnya telah meminta jasa baik khalifah agar menghantar wakil untuk memerintah negara mereka dengan Islam. Tiada istilah penjajahan dalam Islam tetapi apa yang ada ialah menyebarkan keadilan dan kebenaran Islam sehingga umat manusia dapat hidup aman dan tenteram di bawah naungan sistemnya yang lengkap.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Islam lebih menggalakkan cara perdamaian kerana kebenaran Islam yang bersumberkan wahyu pasti akan mengalahkan hujah musuh yang tertegak atas nafsu.
Firman Allah dalam ayat 61-62 surah al-Anfal :
وإن جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله إنه هو السميع العليم وإن يريدوا أن يخدعوك فإن حسبك الله هو الذي أيدك بنصره وبالمؤمنين
Maksudnya : Dan jika mereka cenderong kepada perdamaian maka cenderonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu maka sesungguhnya cukuplah Allah sebagai pelindungmu. Dialah(Allah) yang memperkuatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan mereka yang beriman.
Malangnya jalan perdamaian yang diambil oleh kebanyakan negara umat Islam pada hari ini seperti Palestin dan yang terbaru Iraq telah dikhianati oleh kuffar yang begitu tamakkan kuasa dan minyak. Iraq walau pun telah menerima resolusi 1441 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hanya menunggu masa untuk diserang dan diranapkan sebagaimana Afghanistan kerana Amerika dan Britain serta kuasa kuffar yang lain begitu tamakkan minyak Iraq yang merupakan yang kedua paling banyak di dunia selepas Arab Saudi setelah hasil minyak kuffar di lautan Kaspia tidak mencukupi untuk kegunaan negara kuffar. Disebabkan merebut hasil minyak umat Islam dilanyak dan kerana benda umat Islam jadi mangsa kerakusan kuffar durjana.
Umat Islam pada hari ini kebanyakan berperang kerana mempertahankan negara daripada musuh tetapi tetap digelar sebagai pengganas. Ini adalah kerana sikap permusuhan kuffar terhadap Islam tidak pernah luntur kerana Islam dianggap suatu kuasa yang menggugat dan bakal menghancurkan kuasa kuffar yang terus mahu merajai dunia dengan keganasan. Umat Islam kini bangkit di mana-mana dalam melawan kesesatan kuffar dan ideologi ciptaan mereka termasuk di negara barat sendiri. Jika kuffar benar-benar mahu dunia ini bersih daripada pengganas maka kuffar sepatutnya memberi peluang kepada Islam untuk memerintah paling tidak di negara-negara umat Islam tanpa membuat sebarang kekacauan. Tetapi selagi kita beragama Islam apatah lagi berjuang untuk mengembalikan semula seluruh sistem Islam untuk dilaksanakan di muka bumi Allah ini maka selagi itulah kita diperangi dan dituduh sebagai pengganas. Kuffar terus menggali kubur untuk menguburkan seramai mungkin umat Islam tetapi apa yang menjadi persoalan siapa dulu yang bakal dikuburkan samada umat Islam atau pun kuffar yang tidak berperikemanusiaan. Umat Islam tidak mencari musuh tetapi jika datang maka kita tidak sama sekali akan lari sebaliknya bertawakkal kepada Allah ketika berhadapan dengan mereka.
Firman Allah dalam ayat 45 surah al-Anfal:
يــأيهاالذين ءامنوا إذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkan hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kemenangan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ