أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 13 Ogos 2010

Isikanlah Kemerdekaan Dengan Islam

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu :
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
Raja perempuan itu (Balqis) berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan
Penjajahan sesebuah bangsa dan negara kebanyakannya membawa suatu perubahan yang besar kepada rakyat dan keadaan negara yang terjajah. Kebiasaannya setiap penjajahan kuffar terhadap negara umat Islam akan membawa 3 matlamat utama iaitu pertamanya Tuhan atau agama penjajah, keduanya kemasyhuran dengan kejayaan menjajah yang dilakukan dan ketiganya mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan. Kedatangan Portugis ke Tanah Melayu dengan runtuhnya Empayar Kesultanan Melayu memulakan era penjajahan di negara kita. Penjahan kuffar ini bukan sahaja mengubah system politik. sosial dan ekonomi Islam kepada system ciptaan manusia malah penjajah turut berjaya melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah melalui system pendidikan yang begitu memberi kesan besar hingga hari ini. Sebab itulah pada awal kewujudan sekolah aliran Inggeris ianya ditentang oleh golongan Ulama’ terutama daripada pondok-pondok. Golongan ulama’ ini telah nampak bahawa matlamat pendidikan Inggeris bukan sahaja menjurus ke arah memberi pendidikan secara formal tetapi turut menanam pemikiran agar lebih yakin kepada system penjajah berbanding Islam serta meracuni pemikiran umat Islam bahawa Islam hanya perkara yang berkaitan dengan ibadat khusus sahaja seperti solat, puasa, haji dan zakat tanpa mempedulikan masalah sosial, perundangan, politik, ekonomi dan sebagainya. Pemikiran yang dikenali sebagai sekulerisme ini terus subur dalam diri umat Islam di negara ini dari dulu hingga kini dan ia semakin membarah sehingga suburnya fahaman Islam Liberal walau pun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2006 lagi. Oleh itu hasil daripada pembawaan agama penjajah telah menyebabkan lahirnya begitu ramai umat Islam tidak lagi yakin kepada system Islam dan apa yang lebih malang lagi betapa ramai umat Islam yang telah murtad secara terang-terangan dan berani pula mencabar melalui mahkamah sivil untuk menukar agama.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 44-45 surah al-An’am :
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya : Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam"
Sempena menyambut hari kemerdekaan negara kali ke-51 sepatutnya system penjajah semakin hilang, cara berpakaian dan cara hidup penjajah semaki banyak dibuang tetapi betapa malangnya apabila apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sistem penjajah semakin dijulang ketika system Islam semakin dihakiskan, system kuffar menjadi pujaan ketika system Islam dijadikan bahan cacian, system ciptaan manusia dijadikan suatu kebanggaan manakala system Allah didakwa punca kemunduran. Umat Islam lebih berbangga dan gembira berada di bawah system penjajah yang menghina mereka dunia dan akhirat. Umat Islam berasa malu dan takut dengan system Islam yang pernah menjulang umat Islam dulu. Pejuang kemerdekaan bermati-matian menghalau penjajah dan sistem kuffar sedangkan generasi baru yang mendakwa telah merdeka terus menjemput dan mengagung-agungkan penjajah dan sistem kuffar. Kita mendesak agar Jemaah Menteri membatal jemputan seorang artis barat walau pun sebelum ini ia telah pun dibatalkan tetapi kemudiannya diluluskan semula kerana ia bukan sahaja mencemar sambutaan kemerdekaan malah kedatangan bulan Ramadhan. Kita minta agar menteri fikirkan tentang kesan daripada penganjuran program maksiat dan merosak akhlak sebelum ini samada dapat mengurangkan atau menambahkan lagi jumlah penagih dadah, peminum arak, penzina, anak luar nikah dan bermacam lagi kesan buruk yang lain. Golongan yang cerdik ialah orang yang mencegah kerosakan dengan mengawal program maksiat daripada dijalankan serta berusaha mengubati kerosakan dengan ubat yang mujarrab. Manakala golongan yang kurang waras ialah orang yang menghidangkan racun untuk merosakkan rakyat serta mengubat penyakit dengan racun berbisa. Melalui mimbar Jumaat ini juga kita mendesak agar program bagi menyambut ambang kemerdekaan negara mesti dibuat dengan cara yang berakhlak terutama ia akan berlangsung ketika kita mahu menyambut awal Ramadhan. Jangan cemari Ramadhan dengan amalan maksiat sebagaimana Ramadhan pernah dicemari dengan sambutan tahun baru beberapa tahun yang lepas. Pejuang kemerdekaan tidak pernah meminta anak cucunya mencemari kemerdekaan dengan maksiat sebaliknya mereka menagih amalan soleh dan doa daripada kita yang masih hidup.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Firman Allah S.W.T S.W.T dalam ayat 85 surah al-Baqarah :
...... أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Maksudnya : …….Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan engkar sebahagian yang lain?. Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari kalanganmu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari qiamat pula mereka dikembalikan kepada siksaan yang amat berat. Allah S.W.T tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat
Ketika mahu mengisi kemerdekaan yang dicapai maka semestinya kita menjadikan Islam sebagai asas pengisian. Kita perlu faham tentang hakikat kemerdekaan sebenar sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Rub’i bin Umair ketika menjawab pertanyaan Rustam panglima Parsi ketika berlakunya peperangan al-Qadisiah tentang sebab beliau membawa tentera Islam ke Parsi lalu dengan tegas beliau menjawab : “ Allah telah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa. Dan memerdekakan manusia daripada kesempitan dunia kepada lapang dan luasnya akhirat dan daripada belenggu kezaliman agama lain yang sesat kepada keadilan Islam”. Sudah sampai masa, waktu dan ketikanya untuk kita memperkasakan pengajian agama serta menukarkan qiblat sistem pendidikan negara kepada memahami dan menjulang cara hidup Islam dengan menguburkan perasaan terlalu taksub kepada sistem ciptaan penjajah. Kita berasa kesal dengan tindakan jahat dalam memerangi pengajian agama termasuk membatalkan kerjasama antara kolej dalam negara dengan Universiti Al-Azhar yang berjalan baik sebelum ini sehingga mengorbankan nasib ribuan pelajar Islam. Mengapa takut kepada pelajar agama sedangkan golongan artis yang kebanyakannya menyuburkan budaya penjajah terus diberikan laluan dan peluang seluasnya untuk dilahirkan saban hari.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Ketika menyambut kemerdekaan juga maka ia sepatutnya menambahkan lagi usaha dan semangat kita dalam memperkasakan perundangan Islam terutama ketika ada pihak yang bergerak secara terancang untuk menguburkan Mahkamah Syariah. Malah penjelasan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berpendapat bahawa proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum dibuat lafaz sumpah laknat (muhabalah) seperti yang berlaku baru-baru ini dalam tuduhan liwat turut menambah keyakinan kepada kita semua bahawa sebarang fitnah ini hanya dapat disekat dengan kembali melaksanakan perundangan Islam. Isikanlah kemerdekaan negara dengan Islam. Raikanlah kemerdekaan dengan menjulang tinggi sistem Islam
Firman Allah dalam ayat 19 surah an-Nur :
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ۚ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman maka bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 8 Ogos 2010

103. BAHAYA JAUHI AL-QURAN

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 26 surah al-Fussilat :
وقال الذين كفروا لا تسمعوا لهذا القرءان والغوا فيه لعلكم تغلبون
Maksudnya : Dan berkatalah orang-orang kafir itu : “ Janganlah kamu mendengar al-Quran itu dengan bersungguh-sungguh. Buatlah hiruk pikuk terhadapnya agar kalian dapat mengalahkan orang-orang yang beriman”
Hari ini kita berada hari yang ke 17 daripada bulan Ramadhan yang mengingatkan kita kepada suatu peristiwa yang besar dan penting dalam sejarah umat Islam iaitu turunnya wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad s.a.w semasa baginda bermunajat di Gua Hira’. Bermula daripada situlah bermulanya usaha dakwah serta berkembangnya Islam yang bukan sahaja diterima oleh bangsa arab tetapi ia terus menerus mengetuk seluruh hati umat manusia bersesuaian dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sendiri untuk sekalian alam bukannya tertakluk kepada umat tertentu sahaja sebagaimana nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Islam yang tertegak di atas asas ilmu bukannya mata pedang tidak sebagaimana yang didakwa oleh musuh yang sentiasa membenci dan menentang Islam di mana dakwah Islam terus berkembang pesat walau pun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, tentangan, halangan dan ujian disepanjang usaha meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Islam yang dulunya dianggap kecil dan lemah dan hanya banyak berdepan dengan tentangan kafir Quraisy akhirnya menjadi kuasa besar bermula daripada Daulah Islamiah pertama di Madinah sehingga berjaya meruntuhkan kuasa Rom Kristian, Parsi Majusi serta menundukkan kuasa India Hindu dan China Budha seterusnya Islam berjaya memasuki bumi Eropah yang masih kelam daripada sebarang tamadun melalui penawanan Sepanyol oleh panglima Islam Toriq bin Ziyad.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Perhatikan kepada ayat yang mula-mula diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w dari surah al-‘Alaq :
إقراء باسم ربك الذي خلق
Maksudnya : Bacakanlah Wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta
Kita fahami daripada ayat ini bagaimana Islam begitu mementingkan ilmu pengetahuan terutama dalam mencari kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Maksud sebuah hadis nabi s.a.w: Sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan dunia maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu akhirat dan dunia maka dia lebih dituntut agar berilmu. Tetapi malangnya apa yang disarankan oleh Allah dan rasulNya agar umat Islam menghidupkan budaya membaca dan budaya suka menambahkan ilmu pengetahuan masih lemah menyebabkan kita sentiasa menjadi mangsa penipuan dan penindasan musuh melalui propaganda mereka menerusi seluruh media massa yang dikuasai oleh kuffar terutama yahudi. Tahap kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu pengetahuan di kalangan remaja Islam juga begitu kurang memberangsangkan sehingga ramai di kalangan golongan remaja banyak menghabiskan masa dengan budaya lepak, berhibur tanpa batasan dengan hiburan yang merosakkan diri mereka, permainan yang mengkhayalkan, penglibatan dalam masalah sosial dan jenayah serta ramai juga di kalangan remaja yang mengambil jalan singkat untuk bekerja dalam usia yang terlalu muda sedangkan langkah mereka masih terlalu panjang. Serangan dan tekanan fahaman kebendaan telah menghasut golongan remaja yang menyebabkan golongan ini yang diharapkan menjadi pemimpin masa depan lebih mengutamakan wang daripada ilmu pengetahuan. Kita pernah ingat kepada jawapan yang keluar daripada mulut bekas Perdana Menteri negara haram pengganas yahudi Israel apabila ditanya tentang sebab beliau berterus terang mengenai protokol dan perancangan yahudi untuk menguasai dunia kepada seluruh dunia sedangkan ia begitu merbahaya jika diketahui oleh umat Islam lalu dia dengan tenang menyatakan bahawa umat arab yang dinisbahkan kepada umat Islam tidak membaca.
Akibat kejahilan maka umat Islam jauh ketinggalan dan tidak dapat membaca dengan baik tentang perancangan jahat musuh Islam yang diketuai oleh yahudi. Akibat kejahilan juga maka aqidah umat Islam goyah dan mudah terpengaruh dengan dakyah dan penipuan musuh Islam tanpa sedar. Kita perlu memandang serius terhadap usaha kristian yang kini mula terpinggir di Eropah terutama selepas serangan 11 September ditambah dengan kuasa Kristian yang mula lemah kerana telah dibeli oleh yahudi yang menyebabkan pihak Kristian menggandakan gerak kerja dalam meramaikan penganutnya dengan berusaha mengkristiankan 1/3 penduduk Asia Tenggara. Perkara ini bertambah serius apabila pemimpin Filiphina menawarkan negaranya untuk dijadikan pusat gerakan Kristian di rantau ini. Kristian melalui dakyah dan sihir kini banyak menumpukan perhatian di negara kita memandangkan usaha mereka di Indonesia agak berjaya sehingga kita dapati di sana terdapat dalam satu keluarga menganut pelbagai agama. Kebimbangan kita berasas kerana kini Melayu Kristian sudah mempunyai gereja mereka sendiri dan kita berasa begitu risau jika keadaan sebagaimana yang berlalu di Indonesia akan terjadi dalam masyarakat Islam di sini jika terus lupa dan leka والعياذ بالله
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tanpa ilmu maka semakin tipis dan lemahnya aqidah umat Islam sehingga mereka terjajah dalam negara mereka sendiri. Jika kita perhatikan kepada hasil mahsul yang terdapat di negara umat Islam maka boleh dikatakan tiada negara umat Islam yang tidak mempunyai hasil buminya sendiri. Betapa banyak hasil petrol yang dianugerahkan oleh Allah kepada negara umat Islam tetapi ia tidak dapat digunakan sebaik mungkin sehingga hasilnya tidak banyak membantu kepada kemajuan umat Islam secara menyeluruh sebaliknya musuh Islam sentiasa mengambil peluang dalam menyedut hasil bumi yang ada di negara umat Islam untuk kepentingan kuffar. Kekurangan pakar daripada kalangan umat Islam kerana mengabaikan budaya ilmu disamping kejahilan pemimpin yang hanya lebih seronok memenuhkan poket sendiri daripada menggunakan hasil bumi anugerah Allah untuk manfaat seluruh umat Islam telah menambahkan lagi penderitaan umat Islam. Contohnya peperangan Teluk yang dirancang rapi oleh kuffar telah menyebabkan Arab Saudi dan Kuwait sehingga hari ini terus berhutang dengan kuasa besar kuffar yang diketuai oleh Amerika di mana hasil minyak daripada kedua negara ini banyak digunakan untuk kepentingan kuffar. Malah sehingga hari ini kuasa besar Kuffar terutama Amerika dan Britain terus menekan Iraq walau pun negara itu telah pun bersetuju menerima resolusi 1441 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memeriksa senjata yang didakwa masih disimpan oleh Iraq. Tekanan kuffar terhadap Iraq sebenarnya kerana mereka terlalu tamakkan hasil minyak yang ada disamping mahu melaksanakan perancangan yahudi yang telah membeli Amerika dalam meluaskan lagi negara Israel Raya mengikut pelan asal yahudi iaitu memanjang sehingga ke Iraq dan Mesir. Tanpa ilmu pengetahuan maka aqidah umat Islam mudah melayang dan apabila aqidah hilang maka umat Islam terus tertekan sehingga mereka akan tunduk kepada kuasa kuffar demi mendapatkan habuan dunia yang tidak seberapa.
Ingatlah sabda Rasulullah sa.w :
فَوَاللهِ مَا الفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ .
Maksudnya : Demi Allah! Aku tidak bimbang kefakiran yang menimpa kamu tetapi apa yang aku bimbang ialah apabila dibentangkan kemewahan dunia sebagaimana yang telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu lalu mereka merebut kemewahan dunia itu maka kamu juga akan berebut sebagaimana mereka maka kamu akan dibinasakan sebagaimana binasanya umat sebelum kamu

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Musuh Islam tahu bahawa kekuatan Islam ada pada al-Quran maka mereka terus berusaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. Antaranya kuffar merosakkan bahasa arab dan mengurangkan penggunaannya sebagai bahasa komunikasi. Akhirnya orag arab sendiri lebih banyak menggunakan bahasa paaaaasar daripada bahasa arab fasohah apatah lagi umat Islam selain arab. Akhirnya betaapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak tahu membaca al-Quran apatah lagi mahu melaksanakan seluruh system Islam yang terkandung di dalam al-Quran. Malah di negara kita pernah dihapuskan pembelajaran tulisan jawi yang merupakan perantaraan yang begitu penting dalam memudahkan penguasaan bahasa arab dan pembacaan al-Quran. Sepatutnya ketika musuh Islam cuba melemah dan menghancurkan bahasa arab serta menjauhkan umat Islam daripada al-Quran maka kerajaan yang mendakwa bahawa negara ini adalah negara Islam mestilah membantu secara lebih serius dalam mengembang dan memajukan lagi sekolah agama rakyat yang banyak memberi penekanan kepada aspek pembelajaran bahasa arab dan penguasaan ilmu al-Quran. Tetapi apa yang berlalu sebaliknya apabila pemimpin yang lebih banyak menentang Islam daripada melaksanakan Islam telah bertindak rakus menekan sekolah agama rakyat yang kini mempunyai jumlah pelajar seramai 600 ribu orang dengan pelbagai alasan yang memualkan. Pemimpin yang ada lebih suka menguasai rakyat melalui kekerasan, paksaan serta ugutan termasuk kewangan.
Pepatah arab ada menyatakan bahawa seseorang pemimpin dunia akan menguasai rakyat bawahannya dengan melaparkan mereka sehingga rakyat terpaksa melutut di bawah kaki pemimpin memohon simpati. Tetapi adakah pemimpin yang ada pada hari ini begitu kuat dalam melawan arus kebangkitan rakyat yang begitu cintakan Islam Mereka sepatutnya mengambil iktbar daripada apa yang berlaku di Turki yang merupakan sebuah negara yang begitu lama mengamalkan dasar sekularisme yang banyak ditiru oleh pemimpin negara ini seperti larangan berkopiah ke pejabat, larangan bertudung labuh bagi wanita, larangan meletakkan kalimah bismillah pada surat rasmi dan sebagainya tetapi akhirnya gerakan sekuler bagaikan ditunjukkan jalan agar berundur atau terkubur oleh gerakan pro-Islam yang menang besar dalam pilihanraya Turki baru-baru ini. Usaha musuh Islam yang membenci dan melawan Islam tidak ubah seperti seekor binatang yang menanduk batu yang pejal di mana batu yang pejal tidak pecah sedangkan binatang itu bukan sahaja semakin lemah malah nyawanya mungkin melayang. Betapa letih dan penatnya kita sebagai umat Islam yang mengaku memperjuangkan Islam maka ingatlah bahawa musuh Allah lebih letih daripada kita sedangkan kita mengharapkan keredhaan Allah ketika musuh Islam hanya mementingkan diri sendiri. Kita mesti terus berjuang dengan seluruh kemampuan yang ada sehingga Islam beroleh kejayaan. Jika kita tidak berpeluang untuk mengecap kejayaan Islam maka kita doakan semoga anak cucu kita akan dapat merasai betapa nikmatnya apabila Islam kembali merajai dunia hasil daripada perjuangan yang kita sumbangkan untuk Islam.
Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof:
يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكــفرون
Maksudnya : Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

160. MERDEKAKAN NEGARA DENGAN ISLAM

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’ :
الذين آمنوا يقاتلون في سبيل الله والذين كفروا يقاتلون في سبيل الطاغوت فقاتلوا أولياء الشيطان إن كيد الشيطان كان ضعيفا
Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan negara kita kali ke-43 pada 31 Ogos ini. Kemerdekaan secara pertukaran pemerintah daripada yang berkulit putih dan berbangsa Inggeris kepada yang berkulit sawa matang dan berbangsa Melayu telah lama berlangsung. Kemerdekaan ini memang dapat dirasai perbezaannya berbanding di zaman penjajah namun begitu disebabkan kemerdekaan yang hakiki iaitu perubahan terus daripada sistem yang berlandaskan ideologi ciptaan manusia kepada pemerintahan Islam masih belum tercapai maka kemerdekaan ini tidak pernah membenarkan kehidupan yang berlandaskan Islam terlaksana sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Kesultanan Melayu Islam Melaka dan beberapa kesultanan yang lain di alam Melayu ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh anak didik penjajah dalam memastikan Islam tidak dilaksana dan terus dipenjara sebagai meneruskan cita-cita penjajah yang mula-mula datang menakluk Melaka pada tahun 1511 yang lalu. Kita mesti ingat bagaimana kejayaan Portugis dalam menakluk Kota Melaka pada tahun 1511 itu bukanlah untuk datang mengaut kemewahan hasil bumi di sini semata-mata tetapi turut disertakan agenda yang penting iaitu memastikan pengaruh Kristian tersebar dan Islam mesti disekat dan dibuang daripada diamalkan dalam masyarakat setempat. Kejayaan mereka ini disambut meriah di sebuah gereja di Rom, Itali di mana mereka menyatakan bahawa kejayaan menakluki Kota Melaka itu merupakan satu pintu ke arah menakluk semula Baitul Maqdis, Palestin dan ia juga merupakan ubat dalam merawat kekecewaan mereka dengan kejatuhan Kota Istanbul, Turki di tangan tentera Islam sebelum ini.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Sambutan hari kemerdekaan ini mestilah disambut dengan penuh rasa insaf dan sedar tentang tanggungjawab kita yang masih belum selesai iaitu untuk memerdekakan Malaysia daripada kongkongan sekularisme yang sesat dan semangat kebangsaan yang ketinggalan zaman sehingga Islam mampu dilaksanakan di dalam semua bidang kehidupan bukannya setakat ditikar sembahyang sahaja. Janganlah pula kita terikut-ikut dengan perangai dan cara sambutan hari merdeka oleh anak-anak merdeka yang bebas daripada ikatan agama di mana mereka ini hanya tahu melompat, menari, menjerit melaungkan merdeka sedangkan diri mereka sendiri terus terjajah oleh budaya barat yang sesat.
Jika didakwa bahawa perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan kerana masyarakat berbilang bangsa mengapakah undang-undang Inggeris Lord Reid boleh diterima pakai di sini semenjak sekian lama sedangkan warga negara ini boleh dikatakan tiada yang berbangsa Inggeris. Lagi pun perlembagaan ini banyak menerima pandangan sekuler yang berlandaskan agama Kristian sedangkan agama rasmi Malaysia ialah Islam. Jika dikatakan bahawa masyarakat akan huru-hara kerana melaksanakan dasar agama mengapakah semangat yang berdasarkan bangsa masing-masing boleh diperjuangkan walau pun ia akan menyebabkan antara setiap bangsa akan berebut untuk menguasai bangsa yang lain sehingga pernah mencetuskan peristiwa ngeri 13 Mei kerana jurang perbezaan dari sudut ekonomi terlalu tinggi. Jurang perbezaan ini terus berlaku disebabkan pemimpin yang hanya mementingkan kroni dan penyokong mereka sahaja sehingga terlalu jelas ketidakadilan dalam pengagihan harta kekayaan negara. Jika dikatakan bahawa Islam tidak mampu dilaksanakan kerana ramai lagi umat Islam sendiri disamping orang bukan Islam tidak memahami apa itu Islam maka mengapakan akhbar, radio, tv dan media massa yang lain tidak disuruh menyebar dan menerangkan Islam secara serius bukannya hanya seumpama melepas batuk ditangga sahaja. Mengapakan seluruh media massa hanya diberikan kebebasan untuk menyiarkan hiburan yang sesat dan melalaikan, diberikan kebebasan dalam menghina Islam dan ulama’ serta memburukkan Islam sebagai agama zalim dan ganas sedangkan untuk tujuan memberi kefahaman mengenai Islam yang sebenar disekat. Disamping itu pengajian agama juga tidak dititik beratkan samada di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Adakah Islam yang tidak mampu dilaksana atau memang pemimpin itu sendiri yang tidak mahu Islam terlaksana.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Mengapakah kita membesar-besar dan begitu runsing apabila keistimewaan Melayu disentuh terutama oleh satu persatuan Cina sedangkan ketika ada pemimpin memberi amaran untuk mengambil tindakan kepada mana-mana negeri yang melaksanakan Islam serta menghina hukum Islam malah memberi pula peluang kepada rakan mereka yang bukan Islam untuk mencaci Islam maka ramai orang melayu yang mengaku beragama Islam hanya diam membisu malah terus menyokong pemimpin itu. Adakah bangsa Melayu lebih tinggi dan mulia daripada Islam. Kita tidak menafikan pentingnya keistimewaan Melayu yang ada dalam perundangan negara tetapi kalau hanya tertera dalam perundangan sahaja ia tidak akan memajukan orang Melayu itu sendiri. Kerana tidak melaksanakan cara pemerintahan Islamlah yang menyebabkan Melayu itu semakin terpinggir. Kejahilan orang Melayu terutama dalam memahami Islam tidak dipandang serius demi menjaga kedudukan pemimpin kerana jika adanya ilmu maka seseorang akan sedar tentang kesesatan dan penyelewengan pemimpin yang menyebabkan kedudukan pemimpin itu tergugat.
Oleh itu sedarlah kita bahawa tanggungjawab dalam memerdekakan Malaysia buat kali kedua daripada penjajahan ideologi sekuler yang memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat supaya generasi akan datang terselamat daripada gejala dadah, zina, murtad dan lain-lain dengan terlaksananya perundangan Islam. Merdekakan diri kita, merdekakan keluarga kita, merdekakan masyarakat kita, merdekakan negeri kita, merdekakan negara kita dan merdekakan dunia sejagat daripada kejahilan dan cengkaman ideologi sesat yang didalangi oleh Yahudi dan Kristian. Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم مالك من الله من ولي ولا نصير .
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “ Sesungguhnya petunjuk Allah itulah merupakan petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datangnya pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 7 Ogos 2010

82. HAYATI KEMERDEKAAN HAKIKI DENGAN ISLAM

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 58 surah al-Baqarah :
وإذ قلنا ادخلوا هذه القرية فكلوا منها حيث شئتم رغدا وادخلوا الباب سجدا وقولوا حطة نغفرلكم خطــيــكم وسنزيد المحسنين
Maksudnya : Dan ingatlah ketika Kami berfirman : “ Masuklah kamu wahai bani Israel! Ke negeri ini (Baitul Maqdis) dan makanlah daripada hasil buminya yang banyak bagaimana kamu kehendaki dengan puas”. Dan masukilah pintu ini dengan sujud merendah diri dan katakanlah : “Bebaskanlah kami daripada dosa”, nescaya Kami mengampuni kesalahanmu dan kelak Kami akan menambah pemberian kepada mereka yang berbuat baik.
Bila ditanya tentang kemerdekaan dan kebebasan daripada sebarang belenggu penjajahan maka setiap diri insan yang bermaruah begitu menginginkannya. Bagi yang sudah merdeka maka mereka bergembira menyambutnya dan bagi yang belum merdeka atau baru dijajah maka mereka sentiasa berbincang dalam berusaha mengembalikan hak kemerdekaan mereka. Penjajahan dan kemerdekaan bukan sahaja berkait kepada manusia biasa sebagaimana kita tetapi turut dialami oleh para nabi dan rasul. Oleh itu dalam mencari erti kemerdekaan hakiki dan bagaimana mahu mengisinya agar bertepatan dengan kehendak Allah maka kisah dan sejarah kemerdekaan para kekasih Allah itu wajar dikaji dan diambil iktibar yang sebaiknya. Contohnya kemerdekaan yang dianugerahkan kepada nabi Musa yang mengetuai bani Israel daripada penjajahan dan penindasan yang begitu dahsyat yang dilakukan terhadap bangsa mereka oleh Firaun dan bangsa Qibti sepanjang berada di bumi Mesir. Allah telah memerdekakan bani Israel bukanlah disebabkan mereka adalah bangsa istimewa tetapi bertujuan agar mereka tunduk dan patuh kepada dakwah Islam yang dibawa oleh nabi Musa. Kedegilan bani Israel dalam mengisikan kemerdekaan dengan Islam telah menyebabkan ramai dikalangan mereka dihukum oleh Allah dengan pembalasan segera samada dengan taubat secara membunuh diri akibat menyembah anak lembu yang dibuat daripada emas sepanjang munajat nabi Musa di Thursina atau dihancurkan melalui gempa bumi akibat turut mahu melihat Allah sebelum menerima dakwah nabi Musa atas alasan mereka pun berketurunan bani Israel yang sepatutnya mesti dapat melihat Allah sebagaimana nabi Musa. Malah kedegilan bani Israel lebih terserlah apabila mahu memasuki bumi yang dijanjikan iaitu Baitul Maqdis tanpa mahu berperang sebaliknya hanya mahu masuk setelah musuh dikalahkan. Akhirnya setelah diberikan keizinan untuk memasuki kota tersebut maka mereka terlalu megah dan sombong serta menindas bangsa asal serta mahu makanan sebagaimana mereka pernah makan ketika ditindas sebagai hamba abdi oleh Firaun di Mesir tanpa rasa bersyukur dengan nikmat al-Manna dan as-Salwa yang telah dianugerahkan oleh Allah selama ini. Inilah antara bahana dan bala yang menimpa bani Israel akibat tidak bersyukur atas kemerdekaan yang dianugerahkan serta akibat buruk yang menghina kedudukan mereka kerana mengisikan kemerdekaan dengan perkara yang menyalahi arahan Allah dan nabi Musa. Mereka turut bertindak kejam membunuh ramai para nabi yang lahir di kalangan bangsa mereka sendiri. Yahudi pada hari ini turut mewarisi sikap degil bani Israel termasuk memperolehi negara haram Israel atas tekanan mereka terhadap Britain semasa pemecahan negara umat Islam selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki dan kini mereka isikan kejayaan mereka itu dengan melakukan pelbagai kezaliman dan pembunuhan terhadap umat Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ini berbeza dengan kemerdekaan yang dicapai dengan Islam dan diisikan pula dengan perasaan tunduk dan patuh kepada arahan Allah maka Dia menganugerahkan kemenangan gemilang dan kemerdekaan hakiki kepada nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam ketika Pembukaan Kota Mekah. Kemerdekaan ini membersihkan kembali Ka'abah daripada berhala dan amalan syirik yang selama ini mengotorkan kesucian bumi Mekah. Sambutan kepada kemerdekaan bumi Mekah daripada penjajahan jahiliah disambut dengan penuh kesyukuran tanpa sikap bongkak malah penduduknya diberi layanan yang baik sehingga mereka dapat menerima dakwah Islam tanpa penentangan tidak sebagaimana sebelum ini. Kemerdekaan yang dicapai ini bukan sahaja memudahkan lagi umat Islam untuk mengerjakan ibadat umrah dan haji malah segala sistem Islam dapat diperluaskan lagi pelaksanaannya. Bahkan bermula daripada kemerdekaan Kota Mekah telah membolehkan Islam menyebar luaskan lagi dakwah dan sistemnya bukan sahaja dalam Semenanjung Tanah Arab tetapi turut keluar daripada kawasan itu. Kemerdekaan ini diminta oleh Allah agar didahulukan dengan bertasbih dan bertahmid atas nikmat Allah yang telah menjadikan umat Islam sebagai pemegang amanah dan pembela agama Islam dan juga atas rahmat Allah yang mengurniakan kemenangan serta penyertaan umat manusia yang begitu ramai memeluk Islam selepas kemerdekaan bumi Mekah. Allah turut menyuruh agar beristighfar atas pelbagai perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk dalam hati di saat kemenangan serta perasaan tidak sabar, terkilan, gentar kerana merasakan begitu lama kemenangan yang dijanjikan Allah ini datang. Arahan ini sebagaimana diungkapkan oleh Allah dalam ayat 3 surah an-Nasru :
فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Maksudnya : Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunanNya. Sesungguhnya Allah Amat Menerima taubat hambaNya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Bagi mengisi kemerdekaan maka kita perlu kembali kepada seluruh sistem Islam yang telah terbukti hebat dan adil dalam memuliakan generasi sebelum kedatangan penjajah. Kita ingat kepada ungkapan Sayyidina Umar al-Khottab ketika mahu menerima kunci Baitul Maqdis dari Rom sebagai lambang kemerdekaan dengan katanya :
نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ العِزَّةَ بِغَيْرِمَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ
Maksudnya : Kita merupakan suatu bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka selagimana kita mencari kemulian selain menggunakan Islam yang telah memuliakan kita maka selagi itulah kita akan dihina oleh Allah.
Kita juga mesti faham tentang hakikat kemerdekaan agar sambutan hari merdeka bukan untuk berseronok sehingga tersesat dalam budaya penjajah sebaliknya kita hendaklah mengisikan kemerdekaan yang dicapai sebagaimana yang diperjuangkan oleh para ulama’ dan pejuang Islam ketika menentang penjajah iaitu dengan mengembalikan semula sistem Islam. Para pejuang kemerdekaan bukan berjuang untuk melihat generasi selepas merdeka hanya tahu berseronok sebaliknya mereka mahu kita melaksanakan seluruh sistem Islam sebagaimana yang pernah dilaksanakan sebelum kedatangan penjajah. Hayatilah erti kemerdekaan sebagaimana yang pernah diucapkan oleh panglima Islam Rub’i bin ‘Umair ketika menjawab pertanyaan panglima Farsi iaitu Rastam tentang sebab tentera Islam mahu memerdekakan Farsi di mana katanya dengan tegas : Kami diutuskan untuk memerdekakan sesiapa yang mahu di kalangan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan diri hanya kepada Allah, memerdekakan manusia daripada sistem ciptaan manusia yang zalim kepada sistem Islam yang adil, memerdekakan manusia daripada pandangan hidup yang sempit setakat nampak kehidupan dunia kepada kehidupan berpandangan jauh sehingga hari akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Jika pejuang Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara masih hidup maka mereka pasti kecewa melihat anak bangsa mereka rosak dan hanyut dengan sistem dan budaya penjajah walau pun saban tahun menyambut hari merdeka. Pejuang kemerdekaan pasti terkilan kerana cita-cita untuk melihat agar seluruh sistem Islam kembali dijulang dikhianati oleh anak bangsa sendiri yang terus berusaha membenamkan seluruh sistem Islam daripada dilaksanakan dengan pelbagai alasan berasaskan nafsu yang bertentangan dengan tuntutan wahyu. Masalah jenayah yang berlaku dalam negara hari ini yang kini semakin tenat terutama rosaknya akhlak di kalangan pelajar sekolah di mana kesemuanya ini bukanlah disebabkan Islam dilaksana tetapi ia disebabkan Islam tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Perkara ini akan bertambah serius jika semakin banyak usaha dalam mengurangkan pengajian agama di sekolah termasuk yang terbaru menjadikan pendidikan moral diselaraskan mengikut semua agama bukan mengislamkan lagi pendidikan tersebut. Oleh itu sebelum terlambat dan bertambah parah maka kita seru kepada seluruh umat Islam bermula daripada pemimpin sehingga rakyat jelata agar menyambut kemerdekaan negara bersama merdekanya sistem Islam untuk dilaksanakan. Dalam suatu Seminar Antarabangsa Sistem Keadilan Jenayah Islam yang diadakan di Johor baru-baru ini telah membuktikan secara tidak langsung tentang keadilan system Islam yang selama ini cuba disembunyikan. Antaranya pelaksaannya di Nigeria selama 2 tahun walau pun dengan pelbagai kesukaran tetapi telah membuatkan rakyatnya lebih bersopan, menjaga peribadi dan berhati-hati dalam setiap tingkah laku, Begitu juga pelaksanaannya di Pakistan dapat diterima baik oleh orang bukan Islam yang tidak pernah merasakan perundangan Islam menzalimi mereka. Manakala pelaksanaannya di Arab Saudi telah membawa kepada peratus jenayah di negara itu paling rendah di dunia. Dalam tempoh 25 tahun pemerintahan Malik Abdul Aziz hanya 16 orang dipotong tangan dan dari tahun 1967 hingga 1987 iaitu 20 tahun hanya seorang wanita yang telah kahwin dihukum rejam kerana berzina. Jika dilihat daripada hasil kajian tersebut maka jumlahnya begitu jauh lebih kecil berbanding jenayah yang berlaku dalam negara kita yang terus mengamalkan sistem penjajah. Tuduhan liar bahawa hukum hudud Kelantan dan Terengganu yang digubal menghalalkan liwat terhadap isteri adalah mengelirukan kerana ia sememangnya tidak dikenakan hudud sebaliknya dikenakan hukum ta’azir. Sedangkan jika kita kaji beberapa perundangan Mahkamah Syariah negeri sendiri seperti Wilayah Persekutuan hanya mentakrif salah liwat antara lelaki dengan lelaki sahaja sedangkan lelaki meliwat perempuan apatah lagi isteri tidak dikira salah. Oleh itu dalamilah ilmu agama sebelum bercakap mengenai keadilan. KeranaMu Allah kami akan merdekakan seluruh sistem Islam untuk dilaksanakan. KeranaMu Allah kami akan majukan negara berlandaskan Islam.
Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :
وما أصــبكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير
Maksudnya : Dan apa sahaja musibah yang menimpa maka ia disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan kamu
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 6 Ogos 2010

10. MERDEKA DIRAI ISLAM DIHAYATI

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah S.W.T dalam ayat 146 surah al-A’raf :
سأصرف عن ءايـتي الذين يتكبرون فى الأرض بغير الحق وإن يروا كل ءاية لايؤمنوا بها وإن يروا سبيل الرشد لايتخذوه سبيلا وإن يروا سبيل الغي يتخذوه سبيلا ذلك بأنهم كذبوا بئا يــتنا وكانوا عنها غــفلين
Maksudnya : Aku (Allah) akan memalingkan mereka yang sombong takabbur di muka bumi tanpa alasan yang benar daripada memahami tanda kekuasaanKu. Dan mereka jika melihat setiap ayatKu nescaya mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan petunjuk mereka tidak mengambilnya sebagai jalan untuk diikuti, sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan maka mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Demikian itu disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya
Saat dan detik kegemilangan umat Islam telah digugat oleh penjajahan kuffar yang menjajah dengan menjalankan dasar pecah dan perintah terhadap wilayah yang sebelum ini berada di bawah pemerintahan khilafah Islam. Kealpaan dan kelalaian umat Islam sendiri merupakan antara sebab yang menjayakan lagi proses penjajahan kuffar terutama dengan runtuhnya Khilafah Islamiah Turki pada tahun 1924 yang menyaksikan system pemerintahan dan umat Islam dibahagikan kepada negara-negara kecil berdasarkan bangsa di mana negara-negara itu pula dikawal oleh penjajah agar tidak bangkitnya umat Islam yang ingin kembali kepada pemerintahan Islam. Kemasukan Portugis ke Tanah Melayu dengan runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka memulakan era penjajahan di negara kita di mana penjajahan yang berlaku begitu lama telah mengakibatkan bukan sahaja banyak system Islam dicabuli serta digantikan dengan system kuffar malah apa yang lebih malang penjajahan pemikiran telah menyebabkan umat Islam sendiri menjadi jahil tentang system Islam yang menyeluruh malah ada yang bangun menentangnya. Setiap penjajah tahu dan faham bahawa sesuatu bangsa yang dijajah pasti akan bangkit menghalau mereka pada suatu hari nanti kerana perbezaan bangsa dan agama. Oleh itu penjajah terlebih awal merosakkan pemikiran bangsa yang dijajah terutama melalui system pendidikan agar mereka ini lahir sebagai warganegara yang sanggup bermati-matian menerus dan mempertahankan system penjajah dengan mengenepikan system Islam selepas diberikan kemerdekaan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Setelah meneliti sejarah perkembangan Islam itu sendiri daripada suatu agama dan umat yang dipandang rendah oleh musuh akhirnya menjadi suatu agama dan umat yang disanjung tinggi terutama setelah nabi Muhammad s.a.w berjaya membina kuasa di Madinah Munawwarah seterusnya kejayaan dalam memerdekakan kota Mekah daripada jahiliah serta merdekanya banyak wilayah yang sebelum ini dijajah oleh Empayar Rom dan Parsi. Kegemilangan umat Islam begitu terserlah setelah segala system Islam ditegakkan sehingga keadilan system Islam bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah turut dikecapi oleh orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Kemerdekaan yang dicapai oleh umat Islam daripada jahiliah dan kekufuran telah diisi dan diganti dengan Islam dan keimanan sehingga umat Islam semakin kuat dan maju serta menjadi sumber rujukan dan ikutan bangsa lain dalam membina kemajuan tamadun.
Namun begitu setelah sekian lama berada dipuncak kegemilangan dengan Islam sentiasa dijulang dalam kehidupan maka umat Islam bertukar menjadi lemah dan tertinggal dibelakang akibat ramai di kalangan umat Islam mengenepikan system Islam dalam kehidupan sehingga umat Islam yang dulunya hebat sebagai pemerintah bertukar sebagai rakyat yang melarat terjajah di negara sendiri. Umat Islam berjaya mencapai kegemilangan ketika system Islam dijulang tetapi kita hari ini menjadi umat yang menjadi mangsa penjajahan dan penindasan kuffar akibat system Islam dibuang daripada kehidupan. Umat Islam silam memerdekakan diri daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa, daripada berada di bawah kesesatan jahiliah kepada bernaung di bawah terangnya cahaya Islam. Umat Islam silam memerdekakan diri daripada kongkongan system jahiliah dan menggantikannya dengan system Islam yang membolehkan mereka meraih kejayaan gemilang.
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Menyedari betapa pentingnya kemerdekaan hakiki dalam memastikan berulangnya kegemilangan umat Islam di mana kita perlu memerdekakan negara daripada system penjajah kepada system Islam sebagaimana sebelum ini. Adalah suatu yang amat malang apabila para pejuang kemerdekaan terutama dari kalangan ulama’ dan mereka yang benar-benar berjuang di jalan Allah sehingga gugur dalam memerdekakan negara tetapi apabila merdeka maka system penjajah yang ditentang selama ini bukan sahaja diteruskan malah dipertahankan. Kemerdekaan yang dicapai hanya setakat menukar kepemimpinan daripada bangsa Inggeris kepada Melayu sedangkan kesesatan system jahiliah diteruskan sehingga ia bukan sahaja tidak mampu mengembalikan kehebatan umat Islam malah kita terus terjajah di negara sendiri yang menyaksikan bagaimana system jahiliah merajai negara manakala kebanyakan system Islam terus dipenjara. Kegagalan untuk turut memerdekakan banyak system Islam daripada dilaksanakan dalam negara telah menyaksikan bagaimana lebih banyak masalah berlaku seumpama semakin tinggi jurang antara golongan kaya dan miskin akibat kekayaan berlegar di kalangan golongan kaya, pecah amanah dan rasuah terutama golongan di kalangan pemimpin dan anggota keselamatan, jenayah yang meliputi semua peringkat umur, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Apa yang lebih malang apabila kerosakan akhlak dan peningkatan jenayah cuba diubati dengan memperbanyakkan lagi tempat dan program maksiat sedangkan program tarbiah semakin kurang dan ditekan. Anak didik penjajah ini hanya tahu melaungkan Islam Hadhari tetapi memastikan Islam terus digari. Anak didik penjajah ini terus menipu rakyat dengan mengatakan system jahiliah yang dipertahankan adalah ubat mujarab dalam merawat penyakit masyarakat sedangkan ia merupakan racun berbisa dalam menghancurkan rakyat. Anak didik penjajah ini menyemai jahiliah dalam diri rakyat tetapi berangan-angan ingin menuai hasil Islam daripadanya. Akhirnya rakyat hanya tahu mengebar bendera sedangkan pemimpin berseronok menikmati hasil kekayaan negara. Kita begitu malu melihat bendera megah berkibar sedangkan kebebasan bersuara dan perlaksanaan system Islam semakin tercabar.
Firman Allah S.W.T S.W.T dalam ayat 85 surah al-Baqarah :
...... أفتؤمنون ببعض الكتـب وتكفرون ببعض فما جزاء من يفعل ذلك منكم إلا خزي فى الحيــوة الدنيا ويوم القيــمة يردون إلى أشد العذاب وما الله بغافل عما تعملون
Maksudnya : …….Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan engkar sebahagian yang lain?. Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari kalanganmu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari qiamat pula mereka dikembalikan kepada siksaan yang amat berat. Allah S.W.T tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Penjajahan pemikiran terus menjadi halangan utama dalam memerdekakan negara secara menyeluruh daripada system jahiliah kepada Allah S.W.T. Suatu usaha yang lebih bersungguh mesti dilaksanakan di dalam memberi kesedaran kepada umat Allah S.W.T agar kembali memerdekakan diri daripada system kuffar yang telah menghancurkan aqidah dan akhlak umat. Walau pun telah 47 tahun menyambut kemerdekaan negara tetapi penjahan pemikiran masih menebal dalam sanubari sesetengah umat Allah S.W.T sehingga wujudnya golongan yang sanggup meletakkan perlembagaan penjajah lebih tinggi daripada Allah S.W.T. Golongan yang terjajah pemikiran juga terlalu mengagungkan nafsu dengan meletakkan arahan wahyu dipunggung. Sebelum ini kita sudah biasa melihat bagaimana umat Allah S.W.T sendiri sanggup memandang rendah terhadap perundangan Allah S.W.T tetapi kini suara itu lebih lantang termasuk menyanggah kenyataan mufti dalam mengharamkan pertunjukan hiburan yang melampaui batas agama. Jika jabatan mufti yang dilantik pun sanggup ditentang apatah lagi golongan ulama’ dan pejuang Allah S.W.T yang selama ini bangun menegur kezaliman dan kesesatan system jahiliah. Golongan yang terjajah pemikiran ini mahu meletakkan golongan mufti dan ulama’ setaraf dengan paderi Kristian atau sami Budha dan Hindu yang hanya berperanan di kuil dan gereja serta tukang baca doa dan jurunikah sahaja sedangkan Allah S.W.T meletakkan golongan ulama’ di tempat yang tinggi sebagai pembantu para pemimpin di mana rosaknya ulama’ maka rosaklah negara. Kelantangan umat Allah S.W.T sendiri dalam mempertikaikan ajaran Allah S.W.T telah menimbulkan golongan lain terutama bukan Allah S.W.T yang bangun menghina Allah S.W.T seperti suatu artikel yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam yang meletakkan suara anjing lebih mulia daripada laungan azan. Sempena menyambut kemerdekaan kali ke-47 ini, tidak lupa kita meminta agar pemimpin membebaskan mangsa kezaliman ISA setelah pembebasan saudara Anwar Ibrahim selepas begitu lama tersiksa dalam penjara. Kita turut mendesak agar para pemimpin beragama Islam untuk memperkasakan Allah S.W.T bukannya melemahkan perlaksanaannya demi mencapai keredhaan Allah S.W.T dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Firman Allah S.W.T dalam ayat 44-45 surah al-An’am :
فلما نسوا ما ذكروا به فتحنا عليهم أبوب كل شيء حتى إذا فرحوا بما أوتوا أخذنــهم بغتة فإذاهم مبلسون فقطع دابر القوم الذين ظلموا والحمدلله رب العــلمين
Maksudnya : Kemudian apabila mereka lupa tentang apa yang telah diperingatkan mereka dengannya lalu Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan sehingga apabila mereka bergembira dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka maka Kami siksakan mereka secara mengejut lalu mereka berputus asa. Maka kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga ke akar umbi keturunannya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

128. RAMADHAN PENYUBUR KASIH SAYANG

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 10-11 سورة الصف :
يأيها الذين ءامنوا هل أدلكم على تجــرة تنجيكم من عذاب أليم تؤمنون بالله ورسوله وتجــهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman , Adakah kamu suka Aku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.
Kini telah seminggu kita umat Islam sama-sama menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Kita sama-sama menyambut kehadiran bulan yang penuh dengan pengampunan dosa bersama penggandaan pahala, terbuka luasnya pintu syurga bersama tertutupnya pintu neraka disamping terantainya syaitan penggoda. Semoga kehadiran Ramadhan bersama dengan kewajipan berpuasa dapat kita tunaikan dengan sebaiknya untuk lahir sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Jika kita perhatikan kepada 5 rukun Islam maka didapati bagaimana setiap suatu rukun mempunyai waktunya yang tertentu dalam melatih dan mengajak umat Islam untuk menjaga disiplin dan menghomati masa dengan sebaiknya demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita wajib menjaga segala tuntutan dua kalimah syahadah sepanjang masa agar tidak dicemari dengan sebarang perkara yang membatalkannya. Kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam mengikut masa yang telah ditetapkan. Kita semua diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan dalam setahun kemudiannya diwajibkan menunaikan zakat fitrah setahun sekali. Manakala kewajipan untuk menunaikan haji bagi yang mampu pula adalah sekali seumur hidup. Inilah keindahan Islam yang tiada di dalam agama yang lain. Kewajipannya datang daripada Allah bukannya rekaan manusia di mana kesemua kewajipan ini mesti ditunaikan untuk kebahagiaan manusia itu sendiri. Apabila umat Islam dapat melaksanakan segala kewajipan tersebut dengan penuh keikhlasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah maka insya Allah ganjaran yang besar akan diperolehinya sebagai bekalan untuk menempuh hari akhirat yang merupakan hari pembalasan kepada setiap amalan yang dikerjakan sepanjang hidup di dunia yang sementara ini.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Taqwa itulah matlamat utama yang mesti dicapai oleh umat Islam yang berpuasa disamping menunaikan kewajipan agama yang lain. Perkataan taqwa begitu mudah disebut dimulut tetapi begitu susah untuk diperolehi. Oleh itu sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini hendaklah kita sama-sama hidupkannya dengan seberapa banyak amalan soleh disamping menjauhi segala bentuk maksiat. Jangan biarkan diri kita hanya berpuasa tetapi tidak akan mendapat apa-apa ganjaran melainkan lapar dan dahaga sahaja. Jika kita begitu cermat dan mempunyai perancangan yang baik untuk mencapai keuntungan berbentuk keduniaan walau pun kita semua tahu bahawa ia akan ditinggalkan apabila mati kelak maka mengapakah kita tidak boleh berbuat demikian dalam masalah mencari bekalan akhirat sebanyak yang mungkin dengan sentiasa cermat dan memperbaiki segala amalan soleh kita ke arah yang lebih baik dari hari ke hari. Jika kita boleh menghindarkan sebarang sebab atau faktor yang akan merugikan kita dalam masalah mencari keuntungan dan kejayaan dalam perniagaan dunia maka mengapakah kita tidak mampu untuk menghindarkan diri kita daripada terpedaya dengan hasutan nafsu jahat yang sememangnya akan merosakkan diri dan cuba mengheret kita ke arah neraka Allah. Jangan biarkan nafsu terus mengganas terutama dibulan Ramadhan di mana syaitan yang menjadi kawan rapat kepada nafsu sedang dirantai Ingatlah kita bahawa sebaik-baik manusia ialah mereka yang mampu menggunakan nafsu untuk mendapatkan keredhaan Allah dan sejahat-jahat manusia ialah mereka yang digunakan oleh nafsu untuk menderhakai Allah. Jangan jadikan diri ini sebagaimana golongan munafik yang melihat dosa seperti lalat yang hinggap dihidung di mana lalat tadi boleh dihalau bila-bila masa sahaja. Jadikanlah diri kita sebagai orang yang benar-benar beriman kepada Allah di mana kita melihat dosa seperti gunung besar yang akan menghempap diri.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ibadat puasa juga melatih kita untuk menjadi manusia yang sabar dengan ujian yang mendatang serta menanamkan rasa kasih sayang kepada manusia yang lain. Apabila kita berasa lapar dan dahaga maka kita akan terbayang bagaimana orang lain yang tidak bernasib baik menanggung penderitaan dan kebuluran. Melalui tarbiah lapar ini maka lahirnya sikap untuk membantu orang yang susah dan menderita. Kita di sini boleh menunaikan ibadat puasa dalam keadaan yang aman dan tenang di mana kita hanya perlu berlawan dengan serangan nafsu sedangkan ramai saudara seagama kita yang lain bukan sahaja berlawan dengan godaan nafsu tetapi mereka turut diancam oleh peluru dan bom kuffar. Kita di sini boleh berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat terawih berjemaah di suarau-surau dan masjid-masjid dengan mudah sedangkan ramai saudara kita di negara lain yang terancam nyawa dan sentiasa berhati-hati untuk bergerak kerana kuffar sentiasa menghalakan senjata untuk membunuh mereka. Maka gunakanlah nikmat sihat dan keamanan ini untuk kita menunaikan segala amalan soleh dengan sebaik-baiknya. Rasulullah s.a.w telah berpesan bagaimana ramai umatnya sentiasa lupa dan mengabaikan 2 nikmat yang utama iaitu masa sihat dan masa senang.
Jadikanlah tarbiah Ramadhan ini sebagai medan untuk melahirkan diri sebagai seorang mukmin yang sentiasa membantu saudaranya yang lain. Tanamkanlah rasa kasih sayang kepada saudara kita yang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri. Tanpa kasih sayang maka timbullah huru-hara apabila masing-masing tidak lagi menghormati hak orang lain. Tanpa kasih sayang maka tersebarkan api permusuhan dan kebenciaan sesama manusia. Kita lihat bagaimana besarnya bala Allah yang menimpa negara kita apabila hilangnya rasa kasih dan sayang. Kita lihat bagaimana seorang ayah sanggup membunuh isteri dan anaknya. Seorang anak sanggup membunuh ayah dan ibunya. Nyawa dan maruah manusia semakin lama semakin murah nilainya di kaca mata insan yang telah hilang rasa kasih sayang daripada dirinya. Mengapakah bala ini boleh terjadi di negara kita di mana kita tidak diuji oleh Allah dengan serangan musuh dari luar tetapi musuh datangnya dari kalangan kita sendiri. Selagimana kita mengabaikan suruhan Allah dan memperlekehkan perundangan Islam maka selagi itulah ujian yang besar ini akan berlanjutan. Oleh itu bersungguhlah kita dalam perjuangan untuk pelaksaan seluruh sistem Islam dalam negara ini bagi menghindarkan bala Allah yang lebih besar. Jalankanlah amanah dan tanggungjawab yang sebaiknya dalam membina keluarga bahagia yang tunduk pada agama seterusnya membina masyarakat yang patuh kepada kehendak Allah demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


Sidang Jumaat yang dihormati,
Ramadhan juga adalah bulan kemenangan kepada umat Islam. Bulan puasa bukanlah bulan untuk kita melawan nafsu dalam diri sahaja tetapi umat Islam silam telah membuktikan kepada kita bagaimana Ramadhan juga telah mencatatkan kemenangan umat Islam ketika berhadapan dengan kuffar. Sejarah Islam telah mencatatkan bagaimana kemenangan Rasulullah s.a.w dalam peperanan Badar al-Kubra berhadapan dengan musuh yang berganda. Begitu juga dengan pembukaan Kota Mekah yang penuh kegemilangan tanpa pertempuran sehingga semua berhala lambang kesyirikan yang berada di keliling Ka’abah telah dihancurkan. Bermula daripada pembukaan Kota Mekah inilah maka kemenangan selepas itu terus meliputi kawasan diluar semenanjung Tanah Arab sehingga runtuhnya 2 kerajaan besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi seterusnya Islam mampu tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Ramadhan tidak pernah melemahkan semangat juang umat Islam sebaliknya ia menyemarakkan lagi semangat jihad yang sedia ada. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan menjadi tapak permulaan untuk umat Islam mencapai kemenangan di dalam melawan musuh. Sudah lama umat Islam menderita kerana mengabaikan kewajipan agama. Oleh itu umat Islam mesti bangkit dari tidur kerana musuh kini sedang membakar kita. Kita mesti bangkit dan bersatu di bawah satu panji iaitu Islam barulah kita akan berjaya melawan pengganas kuffar yang diketuai oleh 2 kuasa utama iaitu Amerika dan Britain. Jangan biarkan kuffar bermaharajalela membaham kita. Jangan biarkan air mata kita terus mengalir kesedihan menyaksikan kekejaman musuh meratah umat Islam. Biarkanlah air mata yang mengalir selepas ini ialah air mata kegembiraan tanda syukur di atas kemenangan. Kemenangan dari Allah begitu hampir kepada hambaNya yang soleh
Renungilah Firman Allah dalam ayat 26 surah an-Nahlu :
قد مكر الذين من قبلهم فأتى الله بنيــنهم من القواعد فخر عليهم السقف من فوقهم وأتئهم العذاب من حيث لايشعرون
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orag sebelum mereka telah melakukan perancangan maka Allah menghancurkan bangunan-bangunan mereka dari asas-asas binaaannya lalu bumbung bangunan itu jatuh menimpa mereka dari atas dan datanglah azab itu kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sedari
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 4 Ogos 2010

81. MERDEKAKAN PERLEMBAGAAN NEGARA DENGAN ISLAM

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 5-6 surah al-Qosas :
ونريد أن نمن على الذين استضعفوا فى الأرض ونجعلهم أئمة ونجعلهم الورثين . ونمكن لهم فى الأرض ونرى فرعون وهــمــن وجنودهما منهم ما كانوا يحذرون
Maksudnya : Dan Kami hendak memberi kurniaan kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan Kami mahu menjadikan mereka pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi bumi. Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi ini dan akan Kami memperlihatkan kepada Firaun dan Haman serta tentera keduanya tentang apa yang sentiasa mereka bimbangkan selama ini
Kemerdekaan merupakan suatu kebebasan daripada sebarang bentuk penjajahan yang selama ini membelenggu sesuatu bangsa atau negara. Sesuatu bangsa hanya akan mencapai kemerdekaan hakiki apabila mampu membebaskan diri daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah dalam setiap aspek kehidupan bermula daripada ibadat khusus sehinggalah menguruskan negara. Hampir keseluruhan negara umat Islam termasuk negara kita mendapat kemerdekaan daripada penjajah dengan bersyarat antaranya mesti tunduk kepada perlembagaan penjajah yang bertujuan agar kita terus tunduk kepada penjajah walau pun kemerdekaan telah diberi. Kita perlu faham bahawa negara kita asalnya negara Islam tetapi penjajah telah memurtadkan perlembagaan negara di mana perlembagaan ini terus dipertahankan yang menyebabkan kebanyakan sistem Islam gagal dilaksanakan dalam negara kerana bercanggah dengan perlembagaan negara. Oleh itu dalam memastikan kita lahir sebagai umat merdeka maka kita mestilah mengislamkan kembali perlembagaan negara agar kemerdekaan yang dicapai adalah kemerdekaan hakiki dan kita dapat meraih keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Orang bukan Islam tidak boleh sama sekali mempertikaikan sebarang usaha dalam mengislamkan kembali perlembagaan negara ini kerana asal negara ini ialah negara Islam. Malah umat Islam mesti lebih berani dan yakin dalam melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara dengan penuh hikmah. Kita perlu ingat bagaimana usaha dalam melaksanakan sistem Islam sering terbantut atas alasan perpaduan dan menjaga hati orang bukan Islam sedangkan sistem Islam tidak pernah menindas manusia. Alasan yang diberikan adalah alasan lapuk dan ketinggalan zaman di mana ia mula dimainkan di Mesir atas alasan mahu menjaga keamanan negara dan perpaduan dengan penganut Kristian yang jumlahnya begitu sedikit di sana dan alasan tersebut turut digunakan di negara kita. Jika selama ini rakyat tidak mempertikaikan apabila Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat mengapakah apabila orang bukan Islam diberikan pilihan dalam masalah perundangan Islam maka ia dikatakan tidak adil dan membahayakan mereka. Kita perlu fahami bahawa perundangan dalam Islam bukan untuk menghukum pesalah semata-mata tetapi ia merupakan antara cara untuk bertaubat atas kesalahan berat yang menyebabkan orang bukan Islam diberikan pilihan untuk menerima pakainya atau pun tidak. Kita memperbesarkan masalah pelaksanaan hukuman Islam kerana masalah jenayah dalam negara membabitkan rompakan, rogol, zina, membunuh semakin meningkat bagaikan tiada penyelesaian sedangkan hukuman untuk jenayah itu jelas ada dalam perundangan Islam tetapi ia tidak mahu dilaksanakan. Merdekakah kita jika perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan oleh penganutnya sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara punca kepada penjajahan dan penerusannya yang menyebabkan umat Islam terus mundur dan tertinggal termasuk dalam negara mereka sendiri ialah apa yang pernah tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Ibnu Umar di mana katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Wahai kaum Muhajirin! 5 perkara andainya kamu ketepikan maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah semoga kamu tidak menemui saat itu. 1. Tidak terserlah zina pada suatu kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan kecuali mereka akan ditimpa suatu penyakit merbahaya yang cepat merebak di kalangan mereka dan mereka dimusnahkan oleh penyakit yang belum pernah menimpa umat terdahulu. 2. Dan tiada mereka mengurangi sukatan daripada timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan berlaku zalim daripada kalangan pemimpin mereka. 3. Dan tiada mengeluarkan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka hujan dari langit di mana jika tiada binatang sudah tentu mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah. 4. Dan tiada mereka mungkir janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menguasakan atas mereka musuh mereka maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. 5. Dan apabila pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan maka diwaktu itu Allah jadikan peperangan sesama mereka.
Oleh itu sedarlah kita bagaimana peringatan daripada Rasulullah s.a.w tersebut mestilah diambil perhatian dan tindakan sewajarnya agar kita dapat merdekakan diri daripada bala Allah. Sebagai umat yang beriman kepada Allah dan rasulNya maka kita mesti yakin bahawa tiada kemerdekaan hakiki melainkan tunduk menyembah Allah dalam seluruh aspek kehidupan bukannya ketika beribadat khusus sahaja. Malah hadis tadi bukan sahaja menyentuh mengenai masalah ibadat khusus tetapi turut merangkumi masalah sosial, perundangan, ekonomi dan pemerintahan. Ingatlah bagaimana dalam masalah Aids sahaja negara terpaksa mengeluarkan ratusan juta setiap tahun untuk menanganinya. Begitu juga masalah dadah di mana negara terpaksa mengeluarkan belanja 300 juta setahun serta terpaksa membina 28 buah pusat pemulihan seluruh negara setakat ini. Jika Islam dapat dilaksanakan dengan penuh amanah maka wang berjumlah ratusan juta untuk mengubat penyakit yang begitu parah itu boleh digunakan dalam melahirkan lebih ramai pakar agama dan profesional dalam memajukan negara. Malah sekurang-kurangnya jumlah wang sebanyak itu sudah cukup untuk kembali membantu sekolah agama rakyat.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Antara tanda negara berdaulat ialah adanya benderanya sendiri. Tidak salah mengibar bendera bagi menyatakan kegembiraan dalam menyambut kemerdekaan negara. Malah bendera merupakan simbol kekuatan yang mesti djaga terutama dalam peperangan. Kita pernah ingat bagaimana sepupu nabi iaitu Jaafar bin Abi Tolib at-Toyyar yang ditugaskan sebagai panglima perang Islam dalam peperangan Mu’tah yang berlaku pada tahun 8 Hijrah di mana beliau kehilangan kedua-dua belah tangannya kerana mengawal panji Islam daripada jatuh ke tanah sehingga beliau akhirnya menggigit panji itu dengan mulutnya sebelum datangnya musuh lalu memenggal kepalanya yang menyebabkan beliau gugur syahid di mana beliau telah digelar at-Toyyar yang bererti pemilik sayap untuk terbang di syurga. Walau bagaimana pun panji Islam itu tidak sempat jatuh ke bumi sebaliknya disambar dengan segera oleh tentera Islam yang lain. Akhirnya tentera Islam menang dalam peperangan ini hasil kecekapan panglima Islam yang baru dilantik semasa peperangan iaitu Sayyidina Khalid ibnu Walid disamping keyakinan yang tinggi terhadap pertolongan dan kemenangan daripada Allah yang tertanam dalam sanubari tentera Islam.
Oleh itu fahamilah kita bahawa kibaran bendera bukan semata-mata untuk menyatakan kegembiraan kerana negara sudah merdeka daripada penjajah berbangsa Inggeris sebaliknya kita mesti lebih bersemangat untuk memerdekakan perlembagaan negara ini yang masih dijajah oleh perlembagaan penjajah Inggeris. Jangan hanya tahu mengibar bendera sedangkan kita lupa untuk bangun memberi peringatan kepada pemimpin agar menghentikan kezaliman, penindasan, salah guna kuasa dan tindakan kejam terhadap pengajian agama dan penghinaan terhadap Islam yang kebanyakannya lebih berani daripada penjajah itu sendiri. Jangan hanya tahu melihat bendera negara berkibar kerana cintanya kita pada tanahair sedangkan banyak tanah dan air milik negara tergadai kepada orang asing.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bagi menyatakan kesyukuran kita atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi maka sewajarnya kita mengisi kemerdekaan ini dengan lebih bersungguh dalam menunaikan kewajipan agama kerana Allah barulah kita memperolehi kemerdekaan hakiki. Jangan kita hanyut dan terpedaya dengan slogan Keranamu Malaysia sehingga kita mendahulukan tuntutan negara daripada agama. Ingatlah kita bahawa agamalah yang memuliakan sesuatu bangsa dan membawa keamanan kepada negara. Jangan disebabkan mahu mengharumkan nama negara maka adanya umat Islam yang sanggup meninggalkan kewajipan agama terutama yang besar iaitu sembahyang. Ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w sendiri bukan sahaja mengharumkan malah mempertahankan Daulah Islamiah tetapi tetap sembahyang dalam keadaan syiddatul khauf. Malah Rasulullah s.a.w pernah memberi peringatan bagaimana ikatan Islam akan dirungkaikan satu demi satu oleh umat Islam sendiri bermula daripada sembahyang diakhiri dengan system Islam. Jangan slogan Keranamu Malaysia lebih besar daripada KeranaMu Allah yang menyebabkan maslahat negara lebih besar daripada arahan Allah. Rupanya slogan Keranamu Malaysia telah menyebabkan umat Islam Islam sendiri lebih bersungguh dalam mengharumkan nama negara walau pun dengan mengenepikan ajaran agama. Kembalilah kepada Allah dalam menyambut merdeka bukannya mahu membebaskan diri daripada ikatan tali Allah iaitu Islam.
Firman Allah dalam ayat 7-8 surah Yunus :
إن الذين لايرجون لقاءنا ورضوا بالحيــوة الدنيا واطمأنوا بها والذين هم عن ءايــتنا غــفلون . أولئك مأوئهم النار بما كانوا يكسبون
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan untuk menemui Kami (pada hari Akhirat untuk menerima balasan) dan yang redha dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengan kehidupan dunia dan orang-orang yang tidak mengendahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda kekuasaan) Kami. Orang-orang yang demikian keadaannya (di dunia) maka tempat tinggal mereka ialah neraka disebabkan oleh keengkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 3 Ogos 2010

132. MERDEKAKAN SELURUH SISTEM ISLAM

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 188 surah Ali ‘Imran :
لاتحسبن الذين يفرحون بمآ أتوا ويحبون أن يحمدوا بمالم يفعلوا فلاتحسبنهم بمفازة من العذاب ولهم عذاب أليم
Maksudnya : Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan. Janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas daripada siksa dan bagi mereka siksaan yang pedih

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Detik 31 Ogos tidak pernah lekang daripada ingatan seluruh rakyat negara ini kerana ia merupakan tarikh bersejarah yang telah menyaksikan negara ini diberi kemerdekaan oleh pihak penjajah yang begitu lama menguasai bumi tercinta ini. Penjajah telah bersetuju memberi kemerdekaan dengan syarat dasar pemerintahan mestilah terus berkiblatkan sistem yang diamalkan oleh mereka. Akhirnya golongan yang menjadi anak didik penjajah telah berjaya mendapatkan kemerdekaan tersebut sedangkan satu golongan lagi yang dipelopori oleh para ulama’ yang betul-betul memperjuangkan kemerdekaan bukan setakat bertukarnya kulit putih kepada kulit sawa matang dan daripada pemimpin yang berbangsa Inggeris kepada pemimpin berbangsa melayu malah sistem Islam yang telah dilaksanakan oleh kesultanan melayu sebelum datangnya Portugis pada 1511 berjaya dilaksanakan semula namun mereka gagal mendapat tempat di hati penjajah. Golongan ulama’ terus dipinggirkan daripada pemerintahan di mana sehingga sekarang ulama’ bukan sahaja dimaki hamun tetapi diperangi sehingga ada yang terbunuh pada zaman pemerintahan anak didik penjajah. Pengorbanan ulama’ bukan sahaja tidak disanjungi malah mereka dituduh sebagai pengkhianat yang mahu hancurkan negara.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Sebelum merdeka kita menentang penjajah yang sememangnya memusuhi Islam malah merekalah yang bertindak membuang seluruh sistem Islam daripada dilaksanakan di negara ini. Setelah penjajah pulang ke negara mereka dengan membawa begitu banyak hasil mahsul dari negara ini maka segala dasar pemerintahan penjajah diteruskan oleh anak didik mereka. Tugas umat Islam pada awalnya dijangka lebih mudah setelah mendapat kemerdekaan tetapi sehingga hari ini tugas untuk memartabatkan kembali sistem Islam di negara ini terus mendapat halangan dan tentangan mungkin lebih hebat daripada zaman penjajah. Tugas dalam meninggikan kalimah Allah tidak cukup setakat kita mendapat kemerdekaan sedangkan sistem Islam terus dipenjara daripada dilaksanakan. Kita menentang penjajah bukanlah kerana mereka berbangsa Inggeris dan kita menentang penjajah bukanlah disebabkan mereka bukan anak tempatan tetapi kita menentang penjajah kerana mereka memerangi Islam dan menghalang daripada terlaksananya sistem Islam di negara ini. Oleh itu kita pada hari ini terus menegur pemimpin negara walau pun mereka seagama dengan kita kerana mereka meneruskan sistem penjajah yang berlawanan dengan Islam sedangkan penjajah telah lama meninggalkan negara kita.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Pada zaman penjajah mereka mengakui bahawa begitu susah untuk memurtadkan umat Islam lalu mereka menjauhkan kita daripada Islam melalui sistem pendidikan disamping system perundangan yang diamalkan. Kita pernah mendengar bagaimana peristiwa Natrah yang diambil balik daripada keluarga angkatnya yang beragama Islam di Singapura oleh keluarga asalnya yang beragama Kristian maka seluruh umat Islam bangun menentang sehingga menggerunkan penjajah. Tetapi selepas merdeka ramai umat Islam yang telah murtad di mana umat Islam bukan sahaja dilarang bangkit menentangnya malah perundangan yang ada telah memberi keselesaan dan ruang yang luas kepada umat Islam untuk murtad. Kes Aisyah Bukhari misalnya di mana pihak Kristian berjaya mendapatkan perintah daripada mahkamah agar ayah Aisyah merelakan anaknya dimurtadkan. Begitu juga kes Kartini Kamarudin di mana ayahnya yang cuba membawa balik anaknya namun dihalang oleh mereka yang memurtadkannya malah terpaksa mempertahankan dirinya ketika ditikam dengan senjata tajam tetapi dia pula dituduh di mahkamah cuba mencederakan penculik anaknya yang boleh membawa hukuman penjara 14 tahun. Perkara ini berlaku pada masa ini dan apakah yang bakal berlaku di zaman anak cucu kita jika kita gagal memerdekakan negara ini daripada sistem penjajah. Sematkan dalam diri dan gerakkkan seluruh anggota kita agar kemerdekaan negara yang telah dicapai buat kali pertama dengan berjayanya kita menghalau penjajah kembali ke negara mereka dan kini kita mengorak langkah dalam memerdekakan negara daripada sistem penjajah ke arah pelaksanaan sistem Islam yang pasti akan memberi keamanan dan kebahagiaan yang sebenar di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Penjajah tersenyum girang apabila melihat kejayaan pemimpin yang merupakan anak didik mereka berjaya menghalang kebangkitan Islam malah lebih berani daripada mereka sendiri. Mereka seronok melihat rakyat negara ini rosak sebagaimana rosaknya moral anak mereka. Sistem pendidikan negara yang diwarisi daripada penjajah telah menjauhkan rakyat daripada Islam malah telah merosakkan anak bangsa. Setelah ramai anak muda beragama Islam memenuhi pusat serenti kerana terlibat dengan dadah maka sekarang ini lebih banyak penyakit sosial yang lebih merbahaya dan menggugat umat Islam telah melanda negara. Kita dikejutkan oleh Black Metal yang menjadikan Syaitan sebagai tuhan mereka ditambah dengan gejala pink metal iaitu golongan anak muda yang terlibat dengan lumba haram dengan mempertaruhkan perempuan sebagai hadiah. Perkara ini sebenarnya telah lama berlaku tetapi ia dianggap remeh-temeh kerana ia hanya menggugat keamanan negara bukannya menggugat kedudukan pemimpin. Perkara yang lebih diambil berat oleh pemimpin ialah pengajian agama serta kuliah di masjid-masjid dan juga ceramah yang boleh menggugat kedudukan mereka sebagai pemimpin di mana mereka dengan segala kuasa yang ada pada mereka terus menyekat program yang berjaya menyedarkan masyarakat tentang kesesatan dan kezaliman sistem dan pemimpin yang ada serta-merta sedangkan masalah penyakit sosial yang sebenar hanya diambil tindakan secara sambil lewa.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Pada zaman penjajah kita dapat saksikan bagaimana ramai pejuang kemerdekaan dipenjara dan dibunuh. Tidak kurang jiwa rakyat negara ini dijadikan benteng dalam melawan musuh penjajah. Rakyat dijadikan mangsa untuk kepentingan kuasa penjajah. Cara ini turut digunakan pada hari ini di mana rakyat yang beruniform terpaksa berhadapan dengan rakyat yang bangkit menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh pemimpin yang telah merobek dengan tangan mereka sendiri sistem yang selama ini dipertahankan oleh mereka. Pemimpin tanpa rasa bersalah memenjarakan rakyat tanpa membicarakan kesalahan mereka yang dikatakan golongan militan yang mahu menggulingkan pemimpin dengan alasan mereka pernah berlatih di Pakistan dan pernah membantu golongan mujahidin di Afghanistan dalam menghalau kuasa komunis Russia. Pemimpin menyembunyikan hasrat mereka yang sebenar iaitu menjadikan rakyat sebagai umpan bagi memujuk Presiden Amerika Syarikat dengan menyatakan bahawa pemimpin negara ini juga benci kepada mujahidin terutama Usama Laden yang memerangi Amerika Syarikat dan sekutu kuffarnya. ٍBertepatan dengan persiapan untuk menyambut hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos depan maka kita menyeru agar pemimpin membebaskan mereka yang tidak bersalah atau bicarakan mereka jika mereka benar-benar bersalah. Hormatilah negara ini yang telah merdeka dan merdekakan Islam untuk dilaksana.
.Firman Allah dalam ayat 167 surah An-Nisa’ :
إن الذين كفروا وصدوا عن سبيل الله قد ضلوا ضللا بعيدا
Maksudnya : Sesungguhnya orang kafir dan menghalangi (manusia) daripada jalan Allah benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 2 Ogos 2010

113. BERSATU MENCAPAI KEMERDEKAAN HAKIKI

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
عن أبي بكر الصديق رضى الله عنه قال : يآأيهاالناس إنكم تقرءون هذه الأية : يآأيهاالذين آمنوا عليكم أنفسكم لايضركم من ضل إذا اهتديتم . وإني سمعت رسول الله يقول : إن الناس إذا رأوا الظالم فلم يأخذوا على يديه أوشك أن يعمهم الله بعقاب منه - رواه أبو دأود والترمذي والنسائي
Daripada Sayyidina Abu Bakar telah berkata : Wahai sekalian manusia! Kamu telah membaca ayat 105 surah al-Maidah yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah dirimu di mana tidak membahayakan dirimu kesesatan orang yang sesat asalkan kamu memperolehi petunjuk. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda : Sesungguhnya jika orang-orang yang melihat orang zalim berbuat kejahatan sedangkan mereka tidak mencegah dengan kemampuannya maka sudah hampir Allah akan menurunkan siksaanNya yang merata
Kemerdekaan hakiki ialah kemampuan manusia dalam membebaskan diri daripada penjajahan zahir dan batin sehingga melahirkan dirinya sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Tokoh kemerdekaan di dunia ini ialah bermula daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang telah dimerdekakan oleh Allah daripada penjajahan berbentuk musuh yang zahir dan juga batin daripada hawa nafsu dan syaitan. Tidak ketinggalan nabi kita Muhammad s.a.w yang telah dimerdekakan daripada syirik walau pun dibesarkan dalam keadaan masyarakat jahiliah dan selepas itu dimerdekakan nabi daripada deraan dan siksaan kafir Quraisy dengan kebenaran daripada Allah untuk berhijrah ke Madinah. Kemerdekaan yang diraih oleh nabi dan para sahabat telah diisi dengan penyembahan kepada Allah dalam semua aspek kehidupan bukannya setakat ibadat khusus sebagaimana sebelum merdeka ketika berada di Mekah. Pengisian seperti inilah yang cuba kita lakukan di tanahair kita yang tercinta ini sebagai menyahut erti kemerdekaan yang sebenar bukannya setakat menghalau penjajah yang berkulit putih dan berbangsa Inggeris sedangkan kita terus membiarkan anak didik penjajah yang sebangsa dengan kita untuk terus melakukan kesesatan dan kezaliman berdasarkan perundangan penjajah.
Semangat di dalam memerdekakan Malaysia daripada cengkaman jahiliah moden mestilah terus bersemarak dalam diri sehinggalah negara kita ini berjaya dijadikan Daulah Islamiah buat kali kedua selepas ia berjaya dilaksanakan oleh Kesultanan Melayu sebelum datangnya penjajah. Kita perlu mencontohi semangat yang telah ditunjukkan oleh Rub’i bin Umair ketika menjawab pertanyaan Rustam panglima Parsi ketika berlakunya peperangan al-Qadisiah tentang sebab beliau membawa tentera Islam ke Parsi lalu dengan tegas dijawab : “ Allah telah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa. Dan memerdekakan manusia daripada kesempitan dunia kepada lapang dan luasnya akhirat dan daripada belenggu kezaliman agama lain yang sesat kepada keadilan Islam”.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Kemerdekaan negara kita sepatutnya telah lama diisi dengan Islam bukannya meneruskan sistem penjajah yang merosakkan manusia di dunia dan akhirat. Sebagai mereka yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya maka kita wajib dengan kemampuan yang ada terus menerus memberi peringatan kepada pemimpin agar melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara agar segala masalah kemelesetan ekonomi dan keruntuhan sosial dapat ditangani dengan hukum Allah yang adil. Kita tidak boleh putus asa dalam mengingatkan pemimpin tentang kesesatan dan kezaliman perundangan yang dicipta oleh manusia. Sebagai rakyat yang sentiasa berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis nabi serta tunjuk ajar ulama’ pewaris nabi maka kita terus bersabar dalam berdakwah kepada pemimpin walau pun mendapat tentangan dan halangan yang begitu hebat. Gerakan Islam terus menghormati sistem demokrasi pilihanraya yang dijadikan jalan dalam mengembalikan semula pelaksanaan hukuman Islam dalam negara. Walau pun diserang dan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan namun gerakan Islam terus bergerak secara aman sebagai menjunjung perintah nabi antaranya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim :
قال الرسول : إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برىء ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع . قالوا : يارسول الله ألا نقاتلهم ؟ قال : لا ما أقاموا فيكم الصلاة
Maksudnya : Sesungguhnya akan muncul ke atasmu beberapa pemimpin yang kamu kenal kebaikan dan kejahatannya. Maka sesiapa yang membenci dalam hatinya maka bererti telah bebas, sesiapa yang menentang bererti selamat sebaliknya siapa yang rela dan mengikutinya maka itulah yang binasa. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Tidakkah lebih baik kami memerangi mereka dengan senjata?. Jawab nabi : Jangan! Selagimana mereka masih sembahyang.
Oleh itu sewajarnya pemimpin yang ada menghormati kedudukan ulama’ dalam memberi peringatan kepada mereka dengan penuh sabar dan istiqamah. Jika tanpa tunjuk ajar dan peringatan daripada ulama’ pewaris nabi maka negara kita mungkin lebih teruk daripada apa yang telah berlaku pada hari ini. Kesabaran manusia ada batasannya tetapi jika ia tidak dibatasi dengan wahyu Allah maka ia mungkin akan membawa kemusnahan dan kehancuran.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Esok kita akan menyambut hari kemerdekaan negara kita kali ke-45 yang menunjukkan kepada kita bagaimana negara ini telah lama merdeka dari sudut pertukaran pemimpin yang berlainan bangsa kepada pemimpin sebangsa dan dari bahasa dan buaday yang berbeza kepada bahasa dan budaya yang sama. Namun begitu dari segi hakikat sebenarnya negara kita terus dibelenggu dengan penjajahan baru oleh pemimpin sebangsa yang mengamalkan pemerintahan kuku besi. Pemimpin hanya tahu melaungkan merdeka sedangkan mereka terus memenjarakan rakyat daripada bangun menegur kezaliman mereka. Pemimpin mengistiharkan bahawa negara ini adalah negara Islam sedangkan dalam masa yang sama mereka menentang pelaksanaan perundangan Islam. Alasan bahawa rakyat negara ini belum faham tentang perundangan Islam menampakkan lagi kegagalan sistem pendidikan negara di mana hampir 50 tahun sambut merdeka dan semakin banyak sekolah dan universiti dibina tetapi rakyat semakin tidak faham serta jahil tentang Islam itu sendiri. Pemimpin hanya tahu meletakkan wawasan dunia yang mahu dicapai tetapi tidak pernah terlintas dalam pemikiran mereka untuk meletakkan matlamat bilakah Islam akan dilaksana secara keseluruhannya dalam negara.Jika dilihat kepada ucapan dan maklumat yang disebar melalui media massa terutama tv, radio, akhbar maka kita dapati usaha dalam menjauhkan umat Islam dan bukan Islam daripada Islam lebih jelas daripada daripada penerangan tentang Islam. Sebab itulah seorang bekas pegawai di Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur yang pernah berkhidmat di negara ini selama 10 tahun telah mengatakan bahawa beliau lebih tahu tentang Islam melalui pembacaan berbanding bangsa Cina dan India bukan Islam yang berpuluh-puluh tahun menjadi warganegara Malaysia kerana pendedahan tentang Islam oleh kerajaan tidak banyak serta tidak mempunyai kesungguhan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Selepas merdeka dan pertukaran pemimpin kepada mereka yang sebangsa maka kedudukan Islam semakin tersepit. Majlis ceramah penerangan dihalang bagaikan ianya merupakan program yang menimbulkan keganasan sedangkan program maksiat digalakkan. Kuliah agama dan majlis ilmu dikenakan pelbagai sekatan sedangkan pemimpin membiarkan bertambahnya keruntuhan akhlak termasuk menggalakkan perzinaan yang berlaku secara bebas termasuk ketika menyambut kemerdekaan di Dataran Merdeka dan beberapa dataran yang lain. Dulu ISA digunakan untuk menangkap komunis tetapi kini dijadikan senjata untuk menangkap rakyat yang pernah menghalau kuasa komunis Russia di Afghanistan. Tujuan sebenar ialah pemimpin begitu takut dan benci melihat adanya rakyat yang bangun menegur tentang beberapa ideologi komunis terutama dalam menolak peranan agama dalam membangunkan masyarakat yang telah meresap dalam diri pemimpin. Oleh itu sempena menyambut merdeka maka seluruh umat Islam yang cintakan Allah dan rasulNya mendesak agar pemimpin negara membebaskan semua tahanan ISA atau dakwa mereka di mahkamah jika bersalah. Jangan biarkan rakyat yang tidak bersalah dipenjara dan keluarga mereka terus menitis air mata sedangkan kita bergembira menyambut kemerdekaan negara.
Firman Allah dalam ayat 165 surah al-A’raf :
فلما نسوا ماذكروا به أنجينا الذين ينهون عن السؤ وأخذنا الذين ظلموا بعذاب بئيس بما كانوا يفسقون
Maksudnya : Maka ketika mereka melupakan apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang mencegah daripada kemungkaran dan Kami timpakan mereka yang zalim dengan azab siksa yang amat berat disebabkan mereka derhaka.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ramadhan DiSambut Taqwa DiRebut

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa padanya. Sesiapa yang sakit atau bermusafir maka wajib dia ganti sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain selepas Ramadhan. Allah S.W.T mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan agar kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya kepada kamu. Dan supaya kamu bersyukur
Kita bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat sekian kalinya dalam hidup kita mulai esok di mana bulan ini dijanjikan dengan rahmat pada awal kedatangannya diikuti dengan pengampunan dosa pada pertengahannya serta dibebaskan daripada api neraka pada penghujungnya bagi hamba-hamba Allah yang benar-benar menghidupkan Ramadhan. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dibuka seluasnya pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diganda pahala, diampunkan dosa, dimakbul doa, dirantai segala syaitan derhaka ditambah pula dengan ada pada salah suatu malamnya laillatul qadar di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan mestilah sama-sama kita rebut bukan setakat disebut dimulut tanpa berusaha menghidupkannya. Raikanlah kehadiran Ramadhan kali ini untuk menambah amal ibadat bukan makanan lazat yang menambah berat badan. Selagi umat Islam banyak tidur daripada ibadat, banyak berhibur daripada memikirkan tanggungjawab, banyak rehat daripada bekerja maka selagi itulah kita tidak akan maju dalam meneguhkan agama dan menguasai dunia. Bersamalah kita merebut keistimewaan Ramadhan yang bakal kita lalui bagi menyahut tawaran Allah yang diberitahu oleh nabi Muhammad s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :
قال الرسول  : ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ - رواه ومسلم
Maksudnya : Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Taqwa itulah matlamat utama yang mesti dicapai oleh umat Islam yang berpuasa. Perkataan taqwa begitu mudah disebut dimulut tetapi begitu susah untuk diperolehi tanpa usaha yang bersungguh dan sikap acuh tidak acuh. Kita mesti memilki 4 ciri utama taqwa melalui tarbiah madrasah Ramadhan yang bakal kita lalui sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :
التَّقْوَى هُوَ الخَوْفُ مِنَ الجَلِيْلِ وَالرِّضَا بِالقَلِيْلِ وَالعَمَلُ بِالتَّنْزِيْلِ وَالاسْتِعْدَادِ لِيَوْمِ الرَّحِيْلِ
Maksudnya : Taqwa ialah : [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi
Oleh itu sempena kedatangan Ramadhan hendaklah kita sama-sama hidupkannya dengan seberapa banyak amalan soleh disamping menjauhi segala bentuk maksiat. Kita wajib memperkemaskan ilmu berkenaan puasa zahir dan batin agar puasa kita menjadi ibadat yang diterima Allah bukan hanya setakat adat yang sia-sia. Kita tidak mahu ibadat yang penting ini hanya dilaksanakan dalam keadaan teraba-raba setakat mengikut orang bukannya berdasarkan ilmu yang dipelajari. Jangan biarkan puasa kita setakat berlapar dahaga di dunia sahaja sedangkan di akhirat nanti hampa tanpa ganjaran atas apa yang dikerjakan. Jangan malu untuk belajar apatah lagi untuk bertanya agar kualiti puasa tahun ini lebih baik dari sebelum nya. Jika perkara dunia kita mahu yang terbaik, inikan pula perkara akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Apabila sebuah negara melahirkan individu, keluarga, masyarakat bermula daripada pemimpin sehinggal rakyat jelata daripada kalangan orang bertaqwa maka dijanjikan keberkatan kepada negara tersebut dan inilah yang kita idamkan selama ini. Tanpa masyarakat yang taqwa maka pelbagai masalah terus datang silih berganti bermula daripada kerosakan aqidah, keruntuhan akhlak, masalah jenayah, penyakit berjangkit dan sebagainya. Pemikiran dan tindakan umat bertaqwa berbeza jauh daripada golongan yang memisahkan agama daripada sistem kehidupan seharian. Umat bertaqwa sentiasa beriman bahawa setiap apa yang berlaku berdasarkan Qadha’ dan Qadar Allah di mana kita tidak boleh lari daripada bergantung harap kepada Allah dalam setiap apa yang berlaku disamping sentiasa memikirkan tentang setiap bala ujian yang menimpa merupakan peringatan daripada Allah dalam menyedarkan hambaNya yang banyak melakukan perderhakaan disamping untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah. Manusia yang tidak bertaqwa menganggap apa yang berlaku hanya disebabkan fenomena alam di mana hanya perlu dicari ubat untuk mengubatinya tanpa memikirkan bahawa penyakit yang menimpa merupakan kesan daripada kesalahan diri dan masyarakat yang banyak menolak kekuasaan dan kehebatan Allah. Kita dapat saksikan bagaimana masyarakat hari ini hanya takut kepada penyakit seperti selsema babi bukannya takut kepada Allah yang mencipta penyakit tersebut. Contohnya sambutan kemerdekaan kali ke-52 tahun ini hanya dibuat sederhana kerana bimbang jangkitan selsema babi yang telah meragut 68 nyawa sebagaimana berapa kali sambutan tahun baru dan merdeka sebelum ini hanya dibuat sederhana kerana tsunami dan banjir besar bukannya kerana takut kepada Allah. Jika tiada bala Allah ini sudah kerap kali sambutan tahun baru dan merdeka walaupun jatuh pada bulan Ramadhan dicemari dengan program maksiat. Pemimpin hanya sibuk memperkatakan 95 peratus yang keluar demontrasi membantah ISA dari kalangan orang Melayu sedangkan mereka terus membiarkan lebih 90 peratus orang Melayu yang sentiasa memenuhi program maksiat yang berakhir dengan dadah, penzinaan dan sebagainya. Kita di Kelantan insya Allah akan mengadakan solat hajat perdana bagi memohon kepada Allah agar dijauhi selsema babi sebelum sahur pagi esok di Kota Bharu.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Apabila pemimpin tidak bertaqwa maka berlakunya pecah amanah, rasuah serta tindakan yang bercanggah dengan agama dalam mentadbir negara. Apabila peniaga tidak bertaqwa maka berlakulah sorok barang seperti gula bagi mengaut keuntungan berganda. Malah di tengah kekalutan selsema babi maka diambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dalam menjual penutup muka dan ubat virus sehingga timbul dakwaan bahawa selsema babi dicipta oleh golongan kapiltalis untuk mengaut keuntungan daripada ubat yang dijual. Namun kita yakin bahawa setiap apa yang berlaku adalah antara tanda kekuasaan Allah. Oleh itu marilah kita menggunakan kesempatan dengan kedatangan Ramadhan untuk melahirkan pemimpin dan rakyat jelata yang bertaqwa sehingga negara dilimpahi keberkatan manakala pelbagai masalah dapat disekat daripada terus melarat. Islamlah nescaya kita selamat, negara berkat, dunia bahagia, akhirat sentosa
Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Maksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ