أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 29 Jun 2018

Contohi Umat Kemenangan Ulangi Kegemilangan

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 4-6 surah at-Tiin : لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ﴿٤﴾ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ ﴿٥﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ ﴿٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus Kini lebih 2 minggu kita berada di bulan Syawal setelah sebulan kita sama-sama menghidupkan Ramadhan dengan amalan soleh. Suasana sambutan raya masih hangat terasa dengan pelbagai acara dan suasana. Pastikan keseronokan menyambut raya sama dengan amal kita sepanjang Ramadhan yang lalu iaitu berpaksi kepada agama bukan menurut hawa nafsu. Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata: “Aduhai seandainya aku tahu siapakah yang diterima amalannya pastilah kami akan mengucapkan selamat kepadanya, dan siapa yang ditolak amalannya, kami akan bersedih kepadanya”. Para generasi salaf, 6 bulan pasca Ramadhan mereka gunakan untuk memohon kepada Allah agar seluruh amalan di bulan Ramadhan diterimanya. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, di saat berkhutbah di hadapan rakyatnya pada hari raya : “Wahai rakyat sekalian! Kalian telah berpuasa selama 30 hari, dan telah solat malam selama 30 hari. Sekarang tiba saatnya kalian keluar dari bulan Ramadhan untuk memohon pada Allah agar semuanya diterima”. Antara usaha kita dalam memastikan tarbiah Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan ialah dengan kita terus bersemangat untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Kita terus jinak dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Tidak lupa untu kita hidupkan bulan lain dengan puasa sunat. Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Bagi yang belum memulakannya atau tak pernah menunaikannya sebelum ini maka marilah kita sama-sama membuktikan bahawa tarbiah Ramadhan lepas telah berjaya mengubah kita ke arah menjadi hamba Allah. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. Abu Said Al-Khudri RA berkata: Rasulullah saw bersabda مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا - رواه البخاري. Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 9-10 surah As-Syamsu : قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾ Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9)Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) Setiap diri insan yang beriman sentiasa mengambil berat tentang kuantiti dan kualiti amalan soleh mereka di mana timbul perasaan sentiasa berharap agar Allah maqbulkan disamping berasa takut jika amalan ditolak sehingga dia begitu bersungguh dan cermat dalam ibadat dan memohon keampunan. Ibnu Rajab Al-Hanbali RH menukil dalam kitabnya “Lathaa`ifu al-Ma’aarif” berkaitan 5 tanda yang menunjukkan bahawa amal atau ibadah mu’min diterima di bulan Ramadhan: [1] Memiliki persepsi atau pandangan yang benar berkaitan amalan yang dilakukan. Amal yang dilakukan di bulan Ramadhan tidak sampai membuatnya membezakannya dengan bulan yang lain. Ungkapan ulama’ : “Sehina-hina kaum adalah yang mengenal hak-hak Allah hanya di bulan Ramadhan saja. Sesungguhnya orang soleh adalah yang beribadah dan bersungguh-sungguh sepanjang tahun.” [2] Lahir sebagai hamba Allah bukan hamba Ramadhan iaitu beramal tidak bergantung pada bulan sebaliknya bergantung kepada Allah sepanjang masa [3] Melakukan ibadat secara istiqamah atau berkesinambungan. Kalau di bulan Ramadhan dia berpuasa, bersedekah, membaca Al-Qur`an dan qiamullail maka di bulan-bulan lain juga mengamalkannya secara berterusan. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ - رواه مسلم Maksudnya : Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit. [4] Diberi taufiq atau pertolongan oleh Allah untuk mengamalkan kebaikan setelah berlalu Ramadhan. Sebagian ulama berkata: “Pahala kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan setelahnya. Sesiapa melakukan amal kebaikan kemudian diikuti dengan kebaikan berikutnya, maka itu sebagai tanda diterima amal kebaikan yang pertama. Sementara orang yang melakukan amal keburukan setelah kebaikan, itu sebagai tanda amalnya tidak diterima oleh Allah.” Ibnu Rajab RH berkata: “Sesiapa yang mengamalkan beberapa ketaatan dan menyelesaikannya, maka tanda amal itu diterima adalah ketika berlanjutan atau bersambung dengan ketaatan yang lain. Sedangkan tanda amal ditolak ketika diiringi maksiat setelah selesai melakukan sesuatu amal kebaikan”. [5] Tidak lupa bersyukur kepada Allah yang memudahkan dan memberinya taufiq untuk beramal soleh. Ketika Wahab bin Warad ditanya mengenai pahala amalan tertentu seperti towaf dan semacamnya, beliau menjawab: “Jangan bertanya tentang pahalanya, tapi bertanyalah: apa kamu sudah bersyukur kepada Allah yang telah memberi taufiq dan pertolongan untuk melakukan amal kebaikan tersebut.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 104 surah An-Nisaa’ : وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿١٠٤﴾ Maksudnya : Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Beradanya kita pada bulan Syawal juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud, Peperangan Ahzab atau Khandak dan Peperangan Hunain. 3 peperangan yang berbeza dengan 3 keputusan yang berbeza banyak mengajar kita bagaimana perjuangan Islam bukan melalui jalan mudah, senang untuk mendapat kemenangan. Malah cara untuk mendapat kemenangan tidak boleh lari daripada garisan syarak, begitulah juga dalam mengisi kemenangan tidak boleh bercanggah dengan apa yang ditunjuk oleh Allah dan rasulNya. Islam mengajar umatnya agar ada prinsip supaya tidak menjadikan matlamat untuk menang, mendapatkan harta tanpa mengira halal dan haram, dosa pahala, syurga neraka. Malah suatu kemenangan yang dicapai mesti diisi dengan agenda memperkasakan Islam dengan bersungguh-sungguh dalam melawan sebarang usaha pihak yang terus berusaha dalam melumpuh dan melemahkan Islam. Isu murtad, budaya songsang, zina, keruntuhan akhlak akan semakin parah sekiranya umat Islam memandang bahawa isu ini adalah kes terpencil apatah lagi jika turut terikut-ikut dengan rentak pemikiran liberal. Allah mendatangkan Islam sebagai autoriti yang mengikat segala tingkah laku manusia. Namun, generasi baharu menganggap agama sebagai benda lapuk, kolot dan mundur. Mereka mudah rasa bosan dengan istilah tarbiah, taat, amal dan iman. Ada kemungkinan kebosanan itu disebabkan pendekatan untuk menerangkan hal agama yang tidak sesuai dengan jiwa generasi baharu. Namun, hidup mereka yang berteraskan teknologi menuntut semua perkara menjadi cepat dan segera. Mereka bosan kalau lambat, lama dan sama. Mereka mahu yang baharu, sensasi, teruja, moden dan ada kelainan. Mereka menuntut agar diraikan pandangan, pendapat, hak dan keinginan mereka walau bercanggah dengan agama. Yang lama, tradisional, lambat, garang, kasar, bengis dan membosankan bagi mereka. Apabila mereka mula ingin lolos dari ikatan agama, maka jarum liberalisme bermula. Oleh itu usaha yang bersungguh mesti diambil oleh semua pihak bermula daripada pemimpin, ibubapa, guru, pendakwah dan sebagainya dalam menerangkan kepentingan hidup beragama kepada generasi baru dengan nafas baru yang sesuai dengan masa. Generasi baharu perlu mengawal tarikan nafsu kepada semua perkara “baharu” agar tidak melepasi garisan merah yang dibenarkan oleh agama. Hidup biar ada ikatan dengan agama, kerana ia panduan buat umat manusia untuk berjaya dunia akhirat. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 112 surah at-Taubah : التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١١٢﴾ Maksudnya : (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). Sirah nabi s.a.w dan perjuangan para sahabat RA serta pejuang Islam selepas mereka bukan untuk dibaca sahaja sebaliknya mesti difahami seterusnya diteladani dalam mengulangi semula kejayaan dan kegemilangan umat Islam sebelum ini. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pejuang agama Allah agar kita termasuk di dalam golongan ini ialah : [1] Suka bertaubat [2] Rajin beribadat memperhambakan diri setiap masa [3] sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah [4] sentiasa menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu [5] sentiasa rukuk dan sujud iaitu sentiasa menjaga sembahyang [6] Sentiasa menyuruh perkara makruf dan mencegah kemungkaran [7]sentiasa menjaga batas-batas hukum Allah Pejuang Islam bukan daripada kalangan yang hanya mendakwa dirinya pejuang Islam sedangkan dia tidak memiliki dan melaksana sifat pejuang Islam. Golongan yang berjaya bukan setakat mendabik dada dengan kejayaan generasi lalu sebaliknya bersungguh-sungguh dalam mengembalikan kejayaan yang pernah dicapai. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 11 Jun 2018

خطبة عيد الفطري 1439 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ فرمان الله دالم ايات 18-19 سورة الحشر : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾ وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ مقصودڽ : واهاي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان! برتقوىله كڤد الله ﴿دڠن مڠرجاكن سوروهنڽ دان منيڠڬلكن لاراڠنڽ﴾; دان هندقله تياڤ-تياڤ ديري مليهت دان ممرهاتيكن اڤ يڠ دي تله سدياكن ﴿دري عمل-عملڽ﴾ اونتوق هاري ايسوق ﴿هاري اخيرة﴾. دان ﴿سكالي لاڬي دايڠتكن﴾: برتقوىله كڤد الله، سسوڠڬوهڽ الله امت مليڤوتي ڤڠتاهوانڽ اكن سڬالا يڠ كامو كرجاكن. دان جاڠنله كامو منجادي سڤرتي اورڠ-اورڠ يڠ تله ملوڤاكن ﴿ڤرينته-ڤرينته﴾ الله، لالو الله منجاديكن مريك ملوڤاكن ﴿عمل صالح اونتوق مڽلامتكن﴾ ديري مريك. مريك ايتوله اورڠ-اورڠ يڠ فاسق - درهاك مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كيت بارو سهاج ملالوءي تربية رمضان يڠ مروڤاكن سواتو ڤروسيس دالم ملاهيركن همبا الله يڠ برتقوى. كتيك منجالني عبادة ڤواسا عبارة كيت مماسوقكي ديوان ڤڤريقسأن د مان باڬي ڤلاجر چمرلڠ يڠ سنتياس ممبوات ڤرسياڤن أول مك اكن مراسا تنڠ دان سرونوق دڠن ڤڤريقسأن يڠ دجالني سرتا برهارڤ اكن منداڤت كڤوتوسن چمرلڠ. ڤلاجر يڠ هاڽ ممبوات ڤرسياڤن د ساعة اخير اكن مڠهادڤي ڤڤريقسأن دڠن راس چمس تتاڤي ماسيه برهارڤ اونتوق منداڤت كڤوتوسن يڠ بأيك. ڤلاجر يڠ تياد واوسن هيدوڤ ڤولا هاڽ مماسوقكي ديوان ڤڤريقسأن بوكن سهاج تنڤا ڤرسياڤن ماله مڠڠڬڤ اي هاڽ روتين بياسا سباڬاي سأورڠ ڤلاجر سرتا تيدق مراسا نيلاي ڤري ڤنتيڠڽ كڤوتوسن ڤڤريقسأن يڠ باكل منچورق ماس دڤنڽ ننتي. بڬيتوله جوڬ كادأن كيت دالم منونايكن عبادة ڤواسا د مان أدا برسوڠڬوه مڠحياتيڽ، اد سقدر ملڤسكن كواجيڤن دان اد يڠ مراساكن اي سقدر عادة تاهونن يڠ تيدق ممباوا اڤ معنى دالم كهيدوڤن د دنيا اڤاته لاڬي د اخيرة. ماريله كيت محاسبة تاهڤ ڤواسا كيت سمادا منجادي عبادة يڠ برڤاهلا اتاو عادة يڠ هاڽ داڤت لاڤر دان داهاڬا سهاج. اداكه دوسا كيت ترامڤون دڠن برلالوڽ رمضان اتاو تروس برتيمبون عقيبة تيدق مڠمبيل كسمڤاتن دڠن تربية رمضان. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم اية 31-32 سورة الأعراف : يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ﴿٣١﴾ قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّـهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ ﴿٣٢﴾ مقصودڽ : واهاي انق-انق آدم! ڤاكايله ڤاكاين كامو يڠ اينده برهياس ڤد تياڤ-تياڤ كالي كامو كتمڤت عبادة ﴿اتاو مڠرجاكن سمبهيڠ﴾، دان ماكنله سرتا مينومله، دان جاڠن ڤولا كامو ملمڤاو; سسوڠڬوهڽ الله تيدق سوك اكن اورڠ-اورڠ يڠ ملمڤاوي باتس. كاتاكنله ﴿واهاي محمد﴾: "سياڤاكه يڠ ﴿براني﴾ مڠحرامكن ڤرهياسن الله يڠ تله دكلواركنڽ اونتوق همبا-همباڽ، دان دمكين جوڬ بندا-بندا يڠ باءيك لاڬي حلال دري رزقي يڠ دكورنياكنڽ؟" كاتاكنله: "سمواڽ ايت اياله ﴿نعمة-نعمة﴾ اونتوق اورڠ-اورڠ يڠ برايمان ﴿دان جوڬ يڠ تيدق برايمان﴾ دالم كهيدوڤن دنيا; ﴿نعمة-نعمة ايت ڤولا﴾ هاڽ ترتنتو ﴿باڬي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان سهاج﴾ ڤد هاري قيامة". دمكينله كامي جلسكن اية-اية كتراڠن كامي ساتو ڤرساتو باڬي اورڠ-اورڠ يڠ ﴿ماهو﴾ مڠتاهوي انتارا ادب برهاري راي يڠ دتونجوقكن اوليه نبي صلى الله عليه وسلم اياله مماكاي ڤاكاين چنتيق. الله تله منچيڤتاكن مأنسي دڠن سايلوق-ايلوق چيڤتأن مك واجرله كيت برشكور كڤد الله دڠن مموجيڽ، تيدق مڽالهڬوناكن كچنتيقكن اونتوق بربوات معصية كڤد االله سباڬايمان يڠ دلاكوكن اوليه ڬولوڠن فاسق د تمڤت-تمڤت هيبورن دان سباڬايڽ. دان كيت واجب منجاڬ بنتوق روڤا ڤاراسڽ سباڬايمان يڠ دچيڤتا اوليه الله دڠن منجأوهكن ديري دري سڬالا بنتوق ڤركارا يڠ بوليه مڠوبه اتاو ممبوروقكن سرتا ممضرتكن كجادينڽ. كچنتيقكن تربهاڬي كڤد 2 بهاڬين ايايت كچنتيقكن باطن يڠ بركأيتن دڠن اخلاق، علمو دان عقل. مانكالا كچنتيقكن كدوا اياله ظاهر اتاو لواران ترماسوق روڤا ڤارس. اداله سواتو يڠ مالڠ اڤابيلا رامي هاڽ ممنتيڠكن كچنتيقكن لواران دڠن برسوليق دان مماكاي ڤاكاين چنتيق برجناما سداڠكن اخلاق تيدق مڠيكوت ادب اسلام. ايڠتله بهاوا روڤا ڤارس كيت اكن ڤودار، ڤاكاين كيت اكن لوسوه. توبوه كيت اكن منجادي ماكنن اولت دالم قبور ننتي مانكالا ڤاكاين كيت سباڬاي چالون جنازة هاڽ كافن ڤوتيه يڠ موره. اڤ يڠ كيت اكن باوا منوجو عالم برزخ دان اخيرة اياله ڤاهلا درڤد عمالن صالح ترماسوق اخلاق يڠ مليا. هياسيله هاري راي كيت دڠن ڤاكاين چنتيق برسرتا اخلاق مليا سوڤاي هاري راي كيت ڤاتوه شريعة بوكن منجادي ڤيستا معصية، هاري راي برڤاهلا بوكن هاري منيمبون دوسا اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم ايات 8-11 سورة الأعلى : فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَىٰ﴿٩﴾ سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ ﴿١٠﴾ وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى ﴿١١﴾ مقصودڽ : اوليه ايت بريله ڤريڠاتن ﴿كڤد اومة مأنسي دڠن اجارن القرءان﴾، كالاو-كالاو ڤريڠاتن ايت برڬونا ﴿دان سوده تنتو برڬونا﴾;كران اورڠ يڠ تاكوت ﴿ملڠڬر ڤرينته الله﴾ اكن منريما ڤريڠاتن ايت; دان ﴿سباليقڽ﴾ اورڠ يڠ ساڠت چلاك اكن منجاوهيڽ، ڤد هاري اين كيت داڤت ليهت سچارا ظاهر ماسيڠ-ماسيڠ برادا دالم سواسان ڬمبيرا چوما ڤرلو دأكوي ڬمبارن ظاهر بلوم تنتو مڠڬمبركن ڤراسان سبنر دالم هاتي. أدا يڠ ممڤو ترسڽوم والاو هاتيڽ برسديه، اد يڠ ممڤو كتاوا والاو هاتي سداڠ بردوكا. ستياڤ ديري كيت بڬيتو مڠيمڤيكن كبهاڬيأن هيدوڤ. امام الغزالي منوقيلكن بهاوا كبهاڬيأن داڤت دچاڤاي بيلا ترحاصيلڽ ڤروبهن يڠ برصفة روحاني، ڤروبهن جيوا، باطن، فيكيرن دان ڤراسان. كبهاڬيأن ايت بربيذا باڬي ستياڤ مخلوق. اد يڠ بهاڬيا بيلا دڤنوهي اوروسن ماكن، مينوم دان سڬالا كڤرلوان منداڤت انق، مك اين اداله كبهاڬيأن كلومڤوق بيناتڠ ترنق ﴿بَهَائِم﴾. اد يڠ مراسا بهاڬيا بيلا برحاصيل ملاكوكن ڤڽراڠن، بوليه مڠاله بهكن ممبونوه لاون، اين اداله كبهاڬيأن باڬي كلومڤوق بيناتڠ بواس ﴿سِبَاع﴾. اد يڠ مراسا بهاڬيا دڠن ملاكوكن تيڤو داي دان مصليحة، اين اداله چيري كبهاڬيأن باڬي شيطان. سمنتارا كبهاڬيأن باڬي ڤارا ملائكة اداله كبهاڬيأن ممڤو طاعة كڤد الله سڤنوهڽ، تنڤا ممبڠكڠ، تيدق مميليقكي شهوات دان تيدق ڤرنه ماره. منوروت امام غزالي لاڬي بهاوا كبهاڬيأن سجاتي داڤت دچاڤى دڠن ممڤرهاتيكن 3 حال: كقواتن امَّارَه، كقواتن شهوات دان كقواتن علمو. دڠن مڠاول امَّارَه ، سسأورڠ ممڤو برسيكڤ صبر، تنڠ دان بهاڬيا. دڠن منجاڬ شهوات سسأورڠ داڤت منجاڬ كحورماتن دان مرواهڽ. مأنسي دبري كلبيهن يڠ تيدق دكورنياكن ڤد بيناتڠ ايأيت علمو يڠ ڤونچقڽ بوليه منچاڤي معرفة الله. اينيله يڠ ممباوا مأنسي كڤد كبهاڬيأن سجاتي. كسيمڤولنڽ تياد كبهاڬيأن تنڤا سَكِيْنَة ﴿كتناڠن﴾ دان طَمَأْنِيْنَة ﴿كتنترامن﴾. دان تياد كتناڠن دان كتنترامن تنڤا ايمان. بهاڬيا ايت برسومبر دري ايمان دان عمل سسأورڠ. بهاڬيا ايت برموارا كڤد علمو يڠ برمنفعة. اي بوكن سمات-مات دري ككايأن دان ككواسأن سرتا كبندأن دنيوي لأينڽ. عقيبة هيلڠ كبهاڬيأن مڽببكن برلاكو مسئلة مربهاي سڤرتي ڤڽاكيت mental يڠ باكل منجادي مسئلة كصيحاتن كدوا تربسر د مليسيا سلڤس ڤڽاكيت جنتوڠ منجلڠ تاهون 2020. كاجين كصيحاتن دان Morbiditi كبڠسأن 2015 منونجوقكن لبيه كورڠ 4.2 جوتا رعية مليسيا يڠ بروسيا 16 تاهون كأتس مڠهيداڤي ڤلباڬاي مسئلة mental. بڬيتو جوڬ كاجين اوليه ڤوست دفتر بونوه ديري كبڠسأن 2009 منونجوقكن قدر بونوه ديري 1.18 باڬي ستياڤ 100،000 ڤندودوق. اڠڬارانڽ، همڤير 2،500 كيس بونوه ديري ستياڤ تاهون اتاو سچارا ڤوراتاڽ 7 كيس ستياڤ هاري. اوليه ايت كيت سنديري دان اهلي كلوارڬ مستي بروسها مڠڬاڤا كبهاڬيأن هيدوڤ دڠن منچينتاي الله، مڠنل الله، سنتياس مڠيڠاتيڽ، مراسا تنڠ دان طَمَأْنِيْنَة كتيك برمُناجات ڤدڽ، منجاديكن كچينتأن حقيقي هاڽ اونتوقڽ، مميليقي راس تاكوت دان راس برهارڤ كڤداڽ، سنانتياسا برتَوَكَّل ڤدڽ دان مڽراهكن سڬالا اوروسن هاڽ ڤدڽ فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سوره الرعد اية 28: الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨﴾ مقصودڽ : ﴿ايأيت﴾ أورڠ-أورڠ يڠ برايمان دان تنڠ تنترام هاتي مريك دڠن ذكرالله". كتاهويله دڠن " ذكرالله " ايت، تنڠ تنترامله هاتي مأنسي مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة الأحزاب اية 58: وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا ﴿٥٨﴾ مقصودڽ : دان اورڠ-اورڠ يڠ مڠڬڠڬو سرتا مڽاكيتي اورڠ-اورڠ للاكي يڠ برايمان دان اورڠ-اورڠ ڤرمڤوان يڠ برايمان دڠن ڤركاتأن اتاو ڤربواتن يڠ تيدق تڤت دڠن سسواتو كسالهن يڠ دلاكوكنڽ، مك سسوڠڬوهڽ مريك تله مميكول كسالهن منودوه سچارا دوستا، دان بربوات دوسا يڠ امت ڽات. رمضان منديديق ديري كيت اونتوق سنتياس راڤت دڠن القرءان د مان كيت واجب منجاديكن القرءان سباڬاي ڤندوان اوتام دالم مڽلسيكن سڬالا اوروسن دنيا دان اخيرة كيت. جك ڤد هاري اين مشاركت سوكر برڤيسه دڠن تيليفون ڤينتر مك كيت سڤاتوتڽ منجاديكن القرءان لبيه ڤنتيڠ درڤد ايت. القرءان باڽق مڠاجر تنتڠ ادب انتاراڽ سوڤاي چرمت دان برهاتي-هاتي دالم منريما دان مڽيبر بريتا اڬر تيدق ترليبت دڠن بريتا ڤلسو. ڤد هاري اين مشاركة تردده دڠن بريتا ڤلسو، persepsi negatif سهيڠڬ ستڠه ڬولوڠن منجاديكنڽ سباڬاي ماكنن هارين. دهولو فتنه هاڽ دسمڤيكن دري مولوت كمولوت سچارا بيسيقكن، نامون سكارڠ مأنسي تيدق سڬن سيلو منجاج فتنة ملالوءي كموداهن تيكنولوڬي سمادا كومڤوتر ماهوڤون تيليفون ڤينتر. انتارا بهاي بريتا ڤلسو اياله : [1] هيلڠڽ نيلاي بريتا، اورڠ تيدق لاڬي ڤرچاي كڤد بريتا، مسكيڤون بريتا ايت بنر. بريتا يڠ سوده بنر اخيرڽ ماسيه دچاري لاڬي كبنارنڽ. [2] كهيلڠن راس ساليڠ ڤرچاي انتارا اڠڬوتا مشاركة. اورڠ يڠ بأيك دراڬوكن اتس اڤ يڠ دسمڤيكنڽ، كران بوليه جادي دياڤون ڤرنه مڽيباركن بريتا ڤلسو اڤلاڬي اورڠ يڠ تيدق بأيك. اخيرڽ هيلڠ كتنترامن دان كتناڠن [3] وجود ڤنداڠن ترباليق دالم ڤميكيرن مشاركة سهيڠڬ يڠ باءيك دكاتاكن جاهت دان يڠ جاهت دأڠڬڤ باءيك. يڠ بنر دكاتاكن دوستا دان يڠ دوستا دكاتاكن بنر. دنيا اسلام ڤرنه بردڤن دڠن فتنه زنا ترهادڤ سيدتنا عائشة سهيڠڬ نبي صلى الله عليه وسلم سنديري تيدق ممڤو بربوات اڤ٢ أنتوق منولقڽ سهيڠڬ الله ممبرسيهكن عائشة درفد فتنه ايت. بڬيتو جوڬ فتنة سورت لايڠ ترهادڤ سيدنا عثمان يڠ ممباوا كڤد ڤمبونوهنڽ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خُدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ , وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ , وَيُخَوَّنُ فِيهَا الأَمِينُ , وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ ” . قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ : ” الرَّجُلُ التَّافِهُ يَنْطِقُ فِي أَمْرِ الْعَامَةِ ” – رواه ابن ماجه مقصودڽ : اكن داتڠ كڤد مأنسي تاهون-تاهون يڠ ڤنوه دڠن ڤنيڤوان. كتيك ايت ڤندوستا دبنركن سداڠكن اورڠ يڠ جوجور ماله ددوستاكن، ڤڠخيانة دڤرچاي سداڠكن اورڠ يڠ أمانه جوسترو دأڠڬڤ سباڬاي ڤڠخيانة. ڤد ساعة ايت الرُّوَيْبِضَةُ بربيچارا.“ اد يڠ برتاڽ، “اڤ يڠ دمقصود الرُّوَيْبِضَةُ ؟“. بڬيندا منجواب، “اورڠ بودوه يڠ توروت چمڤور دالم اوروسن مشاركة لواس.“ اوليه ايت دالم مڠهادڤي بريتا فتنة دان تيدق جلس مك ايكوتيله نصيحة علماء بسر ايأيت أبو اللَّيْث السَّمَرْقَنْدِي ملالوي 6 چارا. [1] جاڠن ڤرچاي فتنةكران اورڠ يڠ ممفتنة ايت تيدق داڤت دتريما ڤڽقسينڽ. [2] كامو هاروس منچڬه دري فتنة ايت، سبب منچڬه كموڠكرن ايت واجب. [3] كامو هاروس ممبنچي فتنة، كران اي اداله معصية دان دوسا. [4] كامو جاڠن برسڠكا جاهت ترهادڤ سودارامو يڠ منجادي مڠسا دفتنة ايت، سبب بربوروق سڠكا ترهادڤ سسام مسلم ايت حكومڽ حرام. [5] جاڠن كامو سليديقكي كأدأن مڠسا فتنة ايت، سبب الله ملارڠ مڽليديقكي كجاهتن أورڠ. [6] جك كامو تيدق مڽوكأي ڤربواتن اورڠ يڠ ممفتنة ايت، مك جاڠن مڠيكوتي چاكڤڽ، ايأيت جاڠن ممبريتاهو سسياڤاڤون سڬالا فتنة دسبركن ايت اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سوره النساء اية 105: إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا مقصودڽ : “سسوڠڬوهڽ كامي منورونكن كڤدامو ﴿واهاي محمد﴾ كتاب ﴿القرءان﴾ دڠن ممباوا كبنارن، سوڤاي اڠكاو مڠحكوم د انتارا مأنسي منوروت اڤ يڠ الله تله دتونجوقكن كڤدامو ﴿ملالوي وحيوڽ﴾; دان جاڠنله اڠكاو منجادي ڤمبلا باڬي اورڠ-اورڠ يڠ خيانة.“ ڤڠوتوسن نبي محمد صلى الله عليه وسلم برسام ڤندوان القرءان بوكن ستاكت منجادي امام صلاة، كتوا كلوارڬا ماله كتوا نڬارا. نبي صلى الله عليه وسلم تيدق مميسهكن كهيدوڤن دنيا دڠن اخيرة سهيڠڬ ستياڤ عمل عبادة، ڤوليتيق، ايكونومي يڠ دلاكوكن ادا نيلاي دوسا ڤاهلا، شورڬا نراكا. اسلام يڠ مرڠكومي 3 اسڤيق ايأيت عقيدة، شريعة دان اخلاق. 3 اسڤيق اين لقسانا هوبوڠن جسد دان روح اتاو مات رنتاي يڠ برسمبوڠن، تيدق ترڤيسه دالم سموا لاڤاڠن دان كادأن، situasi دان realiti سام اد د ڤريڠكت individu، كلوارڬا دان مشاركة، اتاو كتيك لمه تنڤا كواس دان كتيك قوة بركواس ممرينته دالم سموا كأدأن. شريعة اسلام تتڤ دواجبكن دلقسانا مڠيكوت كأدأن دان كممڤوان. اوليه ايت كادڠ-كادڠ اسلام دان ideologi لأين اد ڤرسامأن ڤد ناماڽ سهاج سڤرتي مننتڠ كظاليمن، رشوة تتاڤي اسلام أدا ڤرهيتوڠن دوسا دان ڤاهلا، ڤرهيتوڠن سلڤس كماتين دان هاري اخيرة سداڠكن اوندڠ-اوندڠ مأنسي ملتقكن ساله دري سڬي اوندڠ-اوندڠ دنيا سهاج يڠ مڽببكن اونداڠ-اونداڠ چيڤتأن مأنسي سقدر درأن يڠ تيدق منديديق مشاركة سهيڠڬ منجادي ڤونچا كڬاڬالنڽ. بڬيتو جوڬ حق كبيباسن دالم اسلام أدا حد بوكن سهيڠڬ بوليه فتنة اورڠ، مرتد، زنا، بودايا سوڠسڠ سداڠكن حق كبيباسن انجورن بارت تنڤا حد سهيڠڬ ملتقكن مأنسي سطراف بيناتڠ أوليه ايت كيت برهارڤ اڬر مليسيا بارو يڠ دچانڠكن اكن لبيه ممڤركاسكن اسلام دالم ستياڤ اسڤيق كهيدوڤن ترماسوق ڤوليتيق، ايكونومي، سوسيال دان سباڬايڽ. ڤرتوكارن كراجأن تيدق برمعنى جك هاڽ برتوكر كومڤولن دان اورڠ سهاج سداڠكن ڤرلقسنأنڽ سقدر منوكر سيستيم جاهلية كڤد جاهلية بارو، sekuler كڤد liberal، kapitalis كڤد sosialis اتاو komunis. كيت ماهو سيستيم اسلام سماكين قوة دان هيبت بوكن تروس دسكت. سلوروه اومة اسلام واجب برساتو اڬر سوارا سومبڠ دالم ملوچوت كدودوقكن اسلام دالم نڬاراداڤت دسكت، سبارڠ رنچاڠن اونتوق ملمهكن اسلام داڤت دبنتراس. اسلامله نسچاي كيت موليا دان برجاي دنيا اخيرة بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ...فرمان الله دالم اية 41 سورة الحج : الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١﴾ مقصودڽ : ايايت مريك ﴿اومة اسلام﴾ يڠ جك كامي بريكن مريك ككواسأن ممرينته د بومي نسچاي مريك منديريكن سمبهيڠ سرتا ممبري زكاة، دان مريك مڽوروه بربوات كبايكن سرتا ملارڠ دري ملاكوكن كجاهتن دان ڤركارا يڠ موڠكر. دان ﴿ايڠتله﴾ باڬي الله جواله كسودهن سڬالا اوروسن. مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله عبادة صلاة برجماعة، كواجيڤن ڤواسا دان زكاة انتارا لأين ممبوقتيكن باڬايمانا اسلام بڬيتو منيتيق براتكن حال كمشاركاتن اتاو خدمة سوسيال. كيت ڤد ڤاڬي اين بركومڤول اونتوق منونايكن صلاة هاري راي داڤت منيمبولكن راس كاسيه سايڠ دان مراڤتكن لاڬي هوبوڠن يڠ سديا أدا. ملالوي عبادةڤواسا كيت داڤت مراساي باڬايمانا سودارا كيت يڠ لبيه سوسه دان مڠهادڤي تكانن هيدوڤ سوڤاي كيت تيدق منجادي مأنسي يڠ ڤنتيڠ ديري سنديري تنڤا مڠهيراوكن ڤندريتأن اورڠ لأين. بڬيتو جوڬ كواجيڤن برزكاة دان ڬالقكن برصدقة سمواڽ مڠتوق هاتي كيت سوڤاي جاڠن كدكوت دڠن رزقي الله سباليقڽ توروت بركوڠسي دڠن اورڠ لأين. أداكه كيت ممڤو برهاري راي دڠن ڤنوه ڬمبيرا جيك سودارا كيت سداڠ بردوكا دسراڠ موسوه ستياڤ كتيك. أداكه كيت بوليه تروس سرونوق مڠحاضيري رومه تربوك كتيك رومه سودارا ساڬام رانڤ دموسنه موسوه دورجان. أداكه كيت بوليه عاشيق برمأين بوڠا اڤي كتيك بوم موسوه سداڠ مڠهالا كتوبوه سودارا كيت سيليه برڬنتي قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَسَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيا نَفَّسَ اللهُ عَنْ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَاكَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيْهِ. -رواه مسلم مقصودڽ : سسياڤا ملڤسكن دري سأورڠ مسلم ساتو كسوسهن دري سباهاڬين كسوسهن دنيا، نيسچاي الله اكن ملڤسكن كسوسهنڽ دري سباهاڬين كسوسهن هاري قيامة; دان سسياڤا ممبري كلوڠڬارن دري اورڠ يڠ سوسه، نسچاي الله اكن ممبري كلوڠڬارن باڬيڽ د دنيا دان اخيرة; دان سسياڤا منوتوڤي عيب سأورڠ مسلم، نسچاي الله اكن منوتوڤي عيب دي دنيا دان اخيرة; الله اكن سنتياس منولوڠ سأورڠ همبا سلاما همبا ترسبوت منولوڠ ساوداراڽ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، لاوڠن كلمة ﴿ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ﴾ يڠ برمقصود : دان دياله ﴿الله﴾ يڠ تله ممنڠكن تنتراڽ سرتا مڠالهكن تنترا أحزب د مان كلمة اين مڽمارقكن سماڠت جهاد دان كيقينن بهاوا اسلام ڤاستي منڠ والاو ڤون دسراڠ دان دموسوهي. سسوڠڬوهڽ جنراسي كمناڠن برڤڬڠ تڬوه دڠن حكوم الله دان هاڽ منريما ديديقكن دان ڤيمڤينن رسول الله صلى الله عليه وسلم دڠن منولق سبارڠ حكوم دان اوندڠ-اوندڠ يڠ لأين دري اڤ يڠ دسمڤيكن اوليه الله دان رسولڽ. ايمان يڠ كنتل، ڤڠابدين ديري سڤنوهڽ كڤد الله دان برڤڬڠ تڬوه كڤد اجارن اسلام. اومة اسلام كيني منجادي لمه عقيبة هيلڠڽ ببراڤ صفة ڤجواڠ انتاراڽ: [1] هيلڠڽ كبرانين عقيبة تيدق تاكوت كڤد الله سهيڠڬ براني مننتڠ اتورن-اتورن الله. [2] هيلڠڽ سيكڤ تڬوه ڤنديرين د مان موسوه اسلام موجودكن ساتو ڬاڬاسن ايأيت ملالوي ڤروسيس مرونتوه دان ممباڠون كبودايان بارت سچارا سرنتق. مرونتوه اياله مڠهنچوركن اسلام ملالوي چارا مميسهكن قوم مسلمين دري اڬام مريك، ممباڠون ڤولا اياله مڽيباركن اجرن كريستيان دان بودايا بارت. ڤرنه سأورڠ علماء دان مجاهد تركي يڠ تركنل، شيخ بَدِيْعُ الزَّمَان سَعِيْد النُّوْرسِي تله ممبريكن اوچاڤنڽ يڠ برسجاره د ساعة كراجأن تركي عثمانية د امبڠ كرونتوهنڽ دڠن مڽاتاكن، "واهاي اومة إسلام! اكو مليهت كراجأن اسلام عثمانية سداڠ مڠندوڠ، د مان انق يڠ د دالم كندوڠن ايت اداله انق بارت دان ساي جوڬ مليهت دنيا بارت سداڠ مڠندوڠ، د مان انق يڠ د دالم كندوڠن ايت اداله أنق اسلام". ڤنجاجه تله برجاي ملاهيركن انق-انق اسلام يڠ برفهمن سڤرتي مريك، لالو دجاديكن ڤميمڤين-ڤميمڤين د نڬارا-نڬارا اومة اسلام يڠ مموجا دان ممڤرتاهنكن سيستم ڤرونداڠن، كبودايان، ڤنديديقن، ايكونومي، كتنترأن دان سباڬايڽ يڠ داتڠ دري بارت. [3] هيلڠڽ سماڠت اونتوق مڠيڠاتي الله عقيبة سيبوق مڠجر هابوان دنيا [4] هيلڠڽ كصبران اتس ملاكوكن كطاعتن، منيڠڬل معصية دان رسه ڬليسه اتس مصيبة يڠ ملندا [5] هيلڠڽ كإخلاصن دالم عبادة دان ڤرجواڠن [6] هيلڠڽ komitmen دڠن اڬام سهيڠڬ موده تريكوت دڠن چارا برفيكير، اخلاق مڠيكوت كأدأن سماس والاو ڤون برچڠڬه دڠن اڬام [7] هيلڠڽ استقامة دالم تروس برعبادة دان ممڤرجواڠكن اسلام د مان عبادة دان برجواڠ اسلام هاڽ برموسيم دان هاڠت-هاڠت تاهي ايم سهاج [8] هيلڠ راس sensitif اتاو برتڠڬوڠجواب كڤد اڬام سهيڠڬ سڠڬوڤ هيلڠ اڬام أصلكن جاڠن هيلڠ هرتا دان تختا. عبارة ڤسان فأ حَمْكَا : جك اڬامامو دهينا اڠكاو ماسيه برديم ديري مك لبيه بأيك اڠكاو بالوت ديريمو دڠن كاين كافن اوليه ايت اوباتي دان راوتيله ڤڽاكيت اين دالم مڠمباليكن سمولا عِزَّه كموليأن اومة إسلام يڠ ڤرنه دچاڤاي سبلوم اين دڠن ملتقكن اڬام لبيه برنيلاي درڤد نعمة يڠ لأين. بيار برقوربن ڽاوا دمي ممڤرتاهنكن اڬام جاڠن قوربنكن أڬام اونتوق كڤنتيڠن ديري اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلام عيد الفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقکن برصدقه اݢر مريك يڠ ممرلوکن بنتوان توروت برݢمبيرا دان زياراهيله سانق ساودارا ڤد هاري يڠ موليا اين باݢي مراڤتکن لاݢي تالي ڤرساودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهکن ساهم اخيرة دڠن برڤواسا انم هاري دبولن شوال باݢي مڽاهوت سبدا نبي: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ(رواه مسلم) مقصودڽ : سسياڤ يڠ تله برڤواسفرض رمضان کمودين دإيکوتي ڤولا دڠن برڤواس6 هاري د بولن شوال مك اداله ڤاهالاڽ سڤرتي دي برڤواس سڤنجڠ تاهون اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى مصر وَفِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ . اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

KHUTBAH EIDIL FITRI 1439H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 18-19 surah al-Hasyru : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾ وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal soleh untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Ketika menjalani ibadat puasa ibarat kita memasuki dewan peperiksaan di mana bagi pelajar cemerlang yang sentiasa membuat persiapaan awal maka akan merasa tenang dan seronok dengan peperiksaan yang dijalani serta berharap akan mendapat keputusan cemerlang. Pelajar yang hanya membuat persiapan di saat akhir akan menghadapi peperiksaan dengan rasa cemas tetapi masih berharap untuk mendapat keputusan yang baik. Pelajar yang tiada wawasan hidup pula hanya memasuki dewan peperiksaan bukan sahaja tanpa persiapan malah menganggap ia hanya rutin biasa sebagai seorang pelajar serta tidak merasa nilai peri pentingnya keputusan peperiksaan yang bakal mencorak masa depannya nanti. Begitulah juga keadaan kita dalam menunaikan ibadat puasa di mana ada bersungguh menghayatinya, ada sekadar melepaskan kewajipan dan ada yang merasakan ia sekadar adat tahunan yang tidak membawa apa makna dalam kehidupan di dunia apatah lagi di akhirat. Marilah kita musabah tahap puasa kita samada menjadi ibadat yang berpahala atau adat yang hanya dapat lapar dan dahaga sahaja. Adakah dosa kita terampun dengan berlalunya Ramadhan atau terus bertimbun akibat tidak mengambil kesempatan dengan tarbiah Ramadhan. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 31-32 surah al-A’araf : يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ﴿٣١﴾ قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّـهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ ﴿٣٢﴾ Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui Antara adab berhari raya yang ditunjukkan oleh nabi s.a.w ialah memakai pakaian cantik. Allah telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan maka wajarlah kita bersyukur kepada Allah dengan memujiNya, tidak menyalahgunakan kecantikan untuk berbuat maksiat kepada Alllah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya dan kita wajib menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dicipta oleh Allah dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya. Kecantikan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kecantikan batin yang berkaitan dengan akhlak, ilmu dan akal. Manakala kecantikan kedua ialah zahir atau luaran termasuk rupa paras. Adalah suatu yang malang apabila ramai hanya mementingkan kecantikan luaran dengan bersolek dan memakai pakaian cantik berjenama sedangkan akhlak tidak mengikut adab Islam. Ingatlah bahawa rupa paras kita akan pudar, pakaian kita akan lusuh. Tubuh kita akan menjadi makanan ulat dalam kubur manakala pakaian kita sebagai calon jenazah hanya kafan putih yang murah. Apa yang kita akan bawa menuju alam barzakh dan akhirat ialah pahala daripada amalan soleh termasuk akhlak yang mulia. Hiasilah hari raya kita dengan pakaian cantik berserta akhlak mulia supaya hari raya kita patuh syariat bukan menjadi pesta maksiat, hari raya berpahala bukan hari menimbun dosa Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 9-11 surah al-A’ala : فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَىٰ﴿٩﴾ سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ ﴿١٠﴾ وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى ﴿١١﴾ Maksudnya : Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Pada hari ini kita dapat lihat secara zahir masing-masing berada dalam suasana gembira cuma perlu diakui gambaran zahir belum tentu menggambarkan perasaan sebenar dalam hati. Ada yang mampu tersenyum walau hatinya bersedih, ada yang mampu ketawa walau hati sedang berduka. Setiap diri kita begitu mengimpikan kebahagiaan hidup. Imam al Ghazali menukilkan bahawa kebahagian dapat dicapai bila terhasilnya perubahan yang bersifat rohani, perubahan jiwa, batin, fikiran dan perasaan. Kebahagiaan itu berbeza bagi setiap makhluk. Ada yang bahagia bila dipenuhi urusan makan, minum dan segala keperluan mendapat anak, maka ini adalah kebahagiaan kelompok binatang ternak (baha’im). Ada yang merasa bahagia bila berhasil melakukan penyerangan, boleh mengalah bahkan membunuh lawan, ini adalah kebahagiaan bagi kelompok binatang buas (siba’). Ada yang merasa bahagia dengan melakukan tipu daya dan muslihat, ini adalah ciri kebahagiaan bagi syaitan. Sementara kebahagiaan bagi para malaikat adalah kebahagiaan mampu taat kepada Allah sepenuhnya, tanpa membangkang, tidak memiliki syahwat dan tidak pernah marah. Menurut imam Ghazali lagi bahawa kebahagiaan sejati dapat diraih dengan memperhatikan 3 hal: kekuatan amarah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu. Dengan mengawal amarah, seseorang mampu bersikap sabar, tenang dan bahagia. Dengan menjaga syahwat seseorang dapat menjaga kehormatan dan maruahnya. Manusia diberi kelebihan yang tidak dikurniakan pada binatang iaitu ilmu yang puncaknya boleh mencapai ma’rifatullah. Inilah yang membawa manusia kepada kebahagiaan sejati. Kesimpulannya tiada kebahagiaan tanpa sakinah (ketenangan) dan thoma’ninah (ketenteraman). Dan tiada ketenangan dan ketenteraman tanpa iman. Bahagia itu bersumber dari iman dan amal seseorang. Bahagia itu bermuara kepada ilmu yang bermanfaat. Ia bukan semata-mata dari kekayaan dan kekuasaan serta kebendaan duniawi lainnya. Akibat hilang kebahagiaan menyebabkan berlaku masalah kronik seperti penyakit mental yang bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas menghidapi pelbagai masalah mental. Begitu juga kajian oleh Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan 2009 menunjukkan kadar bunuh diri 1.18 bagi setiap 100,000 penduduk. Anggarannya, hampir 2,500 kes bunuh diri setiap tahun atau secara puratanya 7 kes setiap hari. Oleh itu kita sendiri dan ahli keluarga mesti berusaha menggapai kebahagiaan hidup dengan mencintai Allah, mengenal Allah, sentiasa mengingatiNya, merasa tenang dan thoma’ninah ketika bermunajat padaNya, menjadikan kecintaan hakiki hanya untukNya, memiliki rasa takut dan rasa berharap kepadaNya, senantiasa bertawakkal padaNya dan menyerahkan segala urusan hanya padaNya Firman Allah dalam ayat 28 surah ar-Ra’du : الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨﴾ Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 58 surah al-Ahzab : وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا ﴿٥٨﴾ Maksudnya : Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. Ramadhan mendidik diri kita untuk sentiasa rapat dengan al-Quran di mana kita wajib menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam menyelesaikan segala urusan dunia dan akhirat kita. Jika pada hari ini masyarakat sukar berpisah dengan telefon pintar maka kita sepatutnya menjadikan al-Quran lebih penting daripada itu. Al-Quran banyak mengajar tentang adab antaranya supaya cermat dan berhati-hati dalam menerima dan menyebar berita agar tidak terlibat dengan berita palsu. Pada hari ini masyarakat terdedah dengan berita palsu, persepsi negatif sehingga setengah golongan menjadikannya sebagai makanan harian. Dahulu fitnah hanya disampaikan dari mulut ke mulut secara bisikan, namun sekarang ma¬nu¬sia tidak segan silu menjaja fitnah melalui kemudahan teknologi samada komputer mahupun telefon pintar. Antara bahaya berita palsu ialah : [1] hilangnya nilai berita, orang tidak percaya kepada berita, meskipun berita itu benar. Berita yang sudah benar akhirnya masih dicari lagi kebenarannya. [2] Kehilangan rasa saling percaya antara anggota masyarakat. Orang yang baik diragukan atas apa yang disampaikannya, kerana boleh jadi diapun pernah menyebarkan berita palsu apalagi orang yang tidak baik. Akhirnya hilang ketenteraman dan ketenangan [3] wujud pandangan terbalik dalam pemikiran masyarakat sehingga yang baik dikatakan jahat dan yang jahat dianggap baik. Yang benar dikatakan dusta dan yang dusta dikatakan benar. Dunia Islam pernah berdepan dengan fitnah zina terhadap Sayyidatina Aisyah sehingga nabi s.a.w tidak mampu buat apa-apa sehingga Allah membersihkan fitnah itu. Begitu juga fitnah surat layang terhadap Sayyidina Othman yang membawa kepada pembunuhannya عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خُدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ , وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ , وَيُخَوَّنُ فِيهَا الأَمِينُ , وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ ” . قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ : ” الرَّجُلُ التَّافِهُ يَنْطِقُ فِي أَمْرِ الْعَامَةِ ” – رواه ابن ماجه Maksudnya : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Baginda menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” Oleh itu dalam menghadapi berita fitnah dan tidak jelas maka ikutilah nasihat ulama’ besar iaitu Abu Laith al-Samarqandiy melalui 6 cara. [1] jangan percaya kerana orang yang memfitnah itu tidak dapat diterima penyaksiannya. [2] kamu harus mencegah dari fitnah itu, sebab mencegah kemungkaran itu wajib. [3] kamu harus membencinya, kerana ia adalah maksiat dan dosa. [4] kamu jangan bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu, sebab berburuk sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. [5] jangan kamu selidiki keadaan orang difitnah itu, sebab Allah melarang menyelidiki kejahatan orang. [6] jika kamu tidak menyukai perbuatan orang yang memfitnah itu, maka jangan mengikuti cakapnya, iaitu jangan memberitahu sesiapapun segala fitnah disebarkan itu اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 105 surah an-Nisaa’ : إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah ditunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” Pengutusan nabi Muhammad s.a.w bersama panduan al-Quran bukan setakat menjadi imam solat, ketua keluarga malah ketua negara. Nabi s.a.w tidak memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat sehingga setiap amal ibadat, politik, ekonomi yang dilakukan ada nilai dosa pahala, syurga neraka. Islam yang merangkumi 3 aspek iaitu Aqidah, Syariat dan Akhlak. 3 aspek ini laksana hubungan jasad dan ruh atau mata rantai yang bersambungan, tidak terpisah dalam semua lapangan dan keadaan, situasi dan realiti sama ada di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, atau ketika lemah tanpa kuasa dan ketika kuat berkuasa memerintah dalam semua keadaan. Syariat Islam tetap diwajibkan dilaksana mengikut keadaan dan kemampuan. Oleh itu kadang-kadang Islam dan ideology lain ada persamaan pada namanya sahaja seperti menentang kezaliman, rasuah tetapi Islam ada perhitungan dosa dan pahala, perhitungan selepas kematian dan Hari Akhirat sedangkan undang-undang manusia meletakkan salah dari segi undang-undang dunia sahaja sahaja yang menyebabkan undang-undang ciptaan manusia sekadar deraan yang tidak mendidik masyarakat sehingga menjadi punca kegagalannya. Begitu juga hak kebebasan dalam Islam ada had bukan sehingga boleh fitnah orang, murtad, seks bebas, LGBT sedangkan hak kebebasan anjuran barat tanpa had sehingga meletakkan manusia setaraf binatang Oleh itu kita berharap agar Malaysia Baru yang dicanangkan akan lebih memperkasakan Islam dalam setiap aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pertukaran kerajaan tidak bermakna jika hanya bertukar kumpulan dan orang sahaja sedangkan perlaksanaannya sekadar menukar system jahiliah kepada jahiliah baru, sekuler kepada liberal, kapitalis kepada sosialis atau komunis. Kita mahu system Islam semakin kuat dan hebat bukan terus disekat. Seluruh umat Islam wajib bersatu agar suara sumbang dalam melondeh Islam dapat disekat, rancangan untuk melemahkan Islam dapat dibanteras. Islamlah nescaya berjaya dunia akhirat عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ. - مسند أحمد Maksudnya : “Demi sesungguhnya akan berlaku, di mana simpulan-simpulan yang mengikat ajaran Islam akan dirungkai satu demi satu. Setiap satu simpulan dirungkai, menjadikan manusia (yang muslim) terpaksa berpegang dengan simpulan berikutnya yang masih ada. Pertama-pertama dirungkai ialah hukum hakam (Syariat) dan yang terakhirnya Solat (Sembahyang).” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj : الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١﴾ Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Ibadat solat jemaah, kewajipan puasa dan zakat antara lain membuktikan bagaimana Islam begitu menitikberatkan hal kemasyarakatan atau khidmat sosial. Kita pada pagi ini berkumpul untuk menunaikan solat hari raya dapat menimbulkan rasa kasih sayang dan merapatkan lagi hubungan yang sedia ada. Melalui ibadat puasa kita dapat merasai bagaimana saudara kita yang lebih susah dan menghadapi tekanan hidup supaya kita tidak menjadi manusia yang penting diri sendiri tanpa menghiraukan penderitaan orang lain. Begitu juga kewajipan berzakat dan galakan bersedekah semuanya mengetuk hati kita supaya jangan kedekut dengan rezeki Allah sebaliknya turut berkongsi dengan orang lain. Adakah kita mampu berhari raya dengan penuh gembira jika saudara kita sedang berduka diserang musuh setiap ketika. Adakah kita boleh terus seronok menghadiri rumah terbuka ketika rumah saudara seagama ranap dimusnah musuh durjana. Adakah kita boleh asyik bermain bunga api ketika bom musuh sedang menghala ke tubuh saudara kita silih berganti قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَسَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيا نَفَّسَ اللهُ عَنْ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَاكَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيْهِ. -رواه مسلم Maksudnya : Sesiapa melepaskan dari seorang muslim satu kesusahan dari sebahagian kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya dari sebahagian kesusahan hari qiamat; dan sesiapa memberi kelonggaran dari orang yang susah, nescaya Allah akan memberi kelonggaran baginya di dunia dan akhirat; dan sesiapa menutupi aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aib dia dunia dan akhirat; Allah akan senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Laungan kalimah ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Sesungguhnya generasi kemenangan berpegang teguh dengan hukum Allah dan hanya menerima didikan dan pimpinan Rasulullah s.a.w dengan menolak sebarang hukum dan undang-undang yang lain dari apa yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya. Iman yang kental, pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Umat Islam kini menjadi lemah akibat hilangnya beberapa sifat pejuang antaranya: [1] hilangnya keberanian akibat tidak takut kepada Allah sehingga berani menentang aturan-aturan Allah. [2] Hilangnya sikap teguh pendirian di mana Musuh Islam mewujudkan satu gagasan iaitu melalui proses meruntuh dan membangun kebudayaan Barat secara serentak. Meruntuh ialah menghancurkan Islam melalui cara memisahkan kaum Muslimin dari agama mereka, membangun pula ialah menyebarkan ajaran Kristian dan budaya Barat. Pernah seorang ulama dan mujahid Turki yang terkenal, Syeikh Badi’uzzaman Sa'id al Nursi telah memberikan ucapannya yang bersejarah di saat Kerajaan Turki 'Uthmaniyyah di ambang keruntuhannya dengan menyatakan, "Wahai umat Islam! Aku melihat Kerajaan Islam 'Uthmaniyyah sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak Barat dan saya juga melihat dunia Barat sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak Islam". Penjajah telah berjaya melahirkan anak-anak Islam yang berfahaman seperti mereka, lalu dijadikan pemimpin-pemimpin di negara-negara umat Islam yang memuja dan mempertahankan sistem perundangan, kebudayaan, pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya yang datang dari Barat. [3] hilangnya semangat untuk mengingati Allah akibat sibuk mengejar habuan dunia [4] hilangnya kesabaran atas melakukan ketaatan, meninggal maksiat dan resah gelisah atas musibah yang melanda [5] hilangnya keikhlasan dalam ibadat dan perjuangan [6] hilangnya komitmen dengan agama sehingga mudah terikut dengan cara berfikir, akhlak mengikut keadaan semasa walau pun bercanggah dengan agama [7] hilangnya istiqamah dalam terus beribadat dan memperjuangkan Islam di mana ibadat dan berjuang Islam hanya bermusim dan hangat-hangat tahi ayam sahaja [8] hilang rasa sensitif atau bertanggungjawab kepada agama sehingga sanggup hilang agama asalkan jangan hilang harta dan takhta. Ibarat pesan Pak Hamka : jika agamamu dihina engkau masih berdiam diri maka lebih baik engkau balut dirimu dengan kain kafan Oleh itu ubati dan rawatilah penyakit ini dalam mengembalikan semula izzah kemuliaan umat Islam yang pernah dicapai sebelum ini dengan meletakkan agama lebih bernilai daripada nikmat yang lain. Biar berkorban nyawa demi mempertahankan agama jangan korbankan agama untuk kepentingan diri اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 8 Jun 2018

Lailatul Qadar DiCari Izzah Ummat DiMiliki

الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar : إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?. ( Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! Kini kita telah berada pada 10 hari dan malam terakhir bulan Ramadhan ini yang memberi isyarat jelas supaya kita semakin bersemangat dalam menambahkan bekalan akhirat pada saat yang begitu berharga ini terutama salah suatu malamnya akan ada Lailatul Qadar yang beribadat padanya lebih baik daripada 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan. Jika dalam urusan dunia seperti bila adanya tawaran gaji lumayan, jualan murah serta bonus kerja maka kita pasti berebut dan rasa begitu gembira apabila berjaya mendapatnya. Sepatutnya semangat berlumba untuk mendapatkan Lailatul qadar mesti lebih bersungguh daripada mengejar habuan dunia. Kita jangan hilang fokus dan tumpuan bila berada di akhir Ramadhan sebaliknya amalan soleh kita termasuk solat berjemaah, iktikaf di masjid, membaca al-Quran, bersedekah terus dijaga dan ditambah. Jangan biarkan persiapan menyambut hari raya mengganggu tumpuan kita dalam mengejar Lailatul qadar bagi menjamin hari raya yang lebih hebat dalam Syurga Allah di akhirat nanti قال الرسول : “تحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فيِ الوِتْرِ مِنَ العَشِر الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ” – رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar pada bilangan ganjil pada 10 malam terakhir daripada Ramadhan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, قال الرسول : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ -– رواه البخاري ومسلم. Maksudnya : Sesiapa yang bangun beribadat pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu Antara cara untuk membantu kita agar dapat fokus dalam mendapatkan fadhilat lailatul qadar ialah : [1] Benar-benar bersemangat untuk meraih lailatul qadar dimulai dengan meluruskan niat semata ingin redha Allah. [2] Bermujahadah atau bersungguh dalam ibadah termasuk berpuasa tanpa maksiat, membaca al-Quran dengan pemahaman dan penghayatan serta menunaikan solat Terawih tanpa putus [3] Melaksanakan kewajiban Syariat Allah termasuk menunaikan zakat, menutup aurat. [4] Beriktikaf di masjid lebih banyak daripada berada di kedai, depan TV [5] Selalu berjaga dalam kekhusyukan ibadah, tidak banyak tidur dan berbual kosong. [6] Berazam dan bersumpah untuk taubat nasuha, tidak kembali maksiat dan tidak akan menzalimi dan menyakiti siapa pun lagi. [7] Wajib meminta maaf kepada siapa pun termasuk kepada keluarga atau sahabat yang pernah dia sakiti kerana itu semua akan menjadi penghalang bagi maqbul doa dan ibadahnya. [8] Tiada waktu berlalu sia-sia kecuali banyak berzikir, istighfar, selawat, wudhu terjaga dan suka bersedekah. [9] Berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan agar Allah menganugerahkan kita dengan kelebihan lailatul qadar. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 37-41 surah an-Naaziat: فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ﴿٣٧﴾ وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿٣٨﴾ فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٣٩﴾ وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾ Maksudnya : Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), - Serta dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, - Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, - Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. Antara penghalang utama dalam berbuat ibadat dan rasa teruja dengan janji Allah ialah hawa nafsu dalam diri. Oleh itu anugerah Ramadhan ini merupakan medan yang penting dalam mendidik dan mengawal nafsu kita agar tunduk kepada Allah. 3 prinsip asas kaedah melawan nafsu sebagaimana yang digariskan oleh Imam Ghazali ialah : [1] Menahan atau menyekat sumber kekuatan nafsu di mana nafsu diibaratkan kuda yang liar yang boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan dengan berpuasa. Begitu juga menahan mata, telinga, mulut, hati daripada tegahan Allah. Semua ini dapat diketahui dengan cara belajar dan beramal. [2] Membebankan nafsu itu dengan ibadah terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat. Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk ‘menyeksa’ nafsu. Bukan sahaja solat 5 waktu tetapi juga qiamulalil sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu. Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca Al-Quran serta wirid-wirid tertentu. Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendaknya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas. [3] Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskan nafsu. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu). Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk hubungan yang baik dan dekat dengan Allah. Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, قَالَ النبي :: ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحٌّ مُطَاعٌ ، وَهَوًى مُتَّبَعٌ ، وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ – رواه الطبراني Maksudnya : 3 perkara yang membinasakan adalah: kebakhilan dan kerakusan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan seseorang yang membanggakan diri sendiri. Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara berperingkat-peringkat. Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah dan jangan pula sekadar “hangat-hangat tahi ayam”. Selain itu hendaklah bermujahadah dalam beramal. Dalam beramal sudah tentu ada halangan-halangannya, ada ujian-ujiannya dan ada pula cabarannya yang banyak. Jika tidak kuat mujahadah atau melawan nafsu, maka kita akan mudah terasa jemu. Bila ada sesuatu yang menghalang dan jika pada masa itu kita tidak kuat mujahadah, langsung kita tinggalkan ibadah itu kerana terasa berat. Mujahadah memerangi nafsu ini kena buat sungguh-sungguh. Said Hawa dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir: Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara. Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi. Seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibnu Mubarak berkata, ‘Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu.’ Perjuangan untuk melawan hawa nafsu bukanlah suatu yang mudah. Imam Al-Ghazali dalam Raudatut Talibin berkata, ‘Berhati-hatilah kamu dengan hawa nafsu. Ia adalah musuh kita yang paling ketat dan yang paling sukar untuk dikalahkan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fathu: إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴿١﴾ لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٢﴾وَيَنصُرَكَ اللَّـهُ نَصْرًا عَزِيزًا ﴿٣﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya) Beradanya kita pada bulan Ramadhan turut mengetuk hati kita untuk mengambil pengajaran kepada pembukaan Kota Mekah pada Ramadhan tahun 8 Hijrah yang berlaku akibat pencabulan perjanjian yang dimeterai antara Rasulullah SAW dengan puak Quraisy dalam Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah. Sebelum pembukaan Kota Makkah berlaku, pemimpin Quraisy Abu Sufyan bin Harb telah datang menemui Rasulullah S.A.W meminta perdamaian. Beliau tahu Quraisy tidak dapat lagi menghadapi kemaraan umat Islam. Nabi menerima perdamaian itu dengan meletakkan beberapa syarat. Namun semangat berkobar-kobar umat Islam mahu membalas pengkhianatan janji Quraisy menyebabkan Saad bin Ubadah menyatakan kata-kata keras di hadapan Abu Sufyan: الْيَوْمَ يَوْمُ الْمَلْحَمَةِ ، الْيَوْمَ تُسْتَحَلُّ الْكَعْبَةُ Maksudnya : Hari ini adalah hari peperangan! Hari ini Kaabah akan ditawan!" Apabila Nabi S.A.W mendapat tahu perkara ini, baginda membalas: الْيَوْمُ يَوْمُ الْمَرْحَمَةِ ، الْيَوْمُ يَعِزُّ اللَّهُ فِيهِ قُرَيْشًا "Sebenarnya hari ini hari kerahmatan.. hari ini Allah memuliakan bangsa Quraisy.." Umat Islam masuk Kota Mekah tanpa sebarang peperangan. Kaabah dibuka dalam keadaan aman. Apabila dihimpun pembesar-pembesar Quraisy yang sebelum ini begitu kuat melawan Islam, Nabi S.A.W menyatakan pada mereka: اِذْهَبُوْا فَأَنْتُمُ الطُّلَقَاء "Pergilah! kalian telah dibebaskan." Keadaan ini telah membuatkan orang berbondong-bondong memeluk Islam. Kemenangan Islam tidak sedikitpun digunakan bagi membalas dendam kejahatan yang selama ini dilakukan Quraisy. Pembukaan Kota Mekah bukan sekadar untuk memudahkan mengerjakan ibadat umrah dan haji, bukan sekadar menghancurkan berhala yang berada di keliling Ka’abah malah kesannya lebih jauh terutama dalam mengembang dakwah Islam dan menaungi negara luar Mekah dan Madinah dengan system Islam. Kita yakin bahawa pejuang menghalau penjajah sebelum ini, seterusnya pertukaran pemimpin dan kerajaan bukan sekadar pertukaran orang dan kumpulan tetapi mesti diusahakan ke arah memperkasa system Islam dalam negara. Bukan setakat menukar system jahiliah kepada jahiliah baru, sekuler kepada liberal, kapitalis kepada sosialis sebaliknya membina negara atas dasar Islam untuk Berjaya dunia akhirat. Kemenangan dalam memperkasa kemuliaan Islam agar kes murtad dapat disekat, kerosakan akhlak dapat diubat, jenayah dapat dibanteras, rasuah dan penyelewengan dapat ditangani Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, Ramadhan yang mulia, di masjid yang mulia maka marilah kita sama-sama mengambil peduli tentang penderitaan saudara kita di Myanmar, Iraq, Syria dan lain-lain. Begitu juga kekejaman zionis yahudi di Palestin termasuk yang terbaru menembak mati sukarelawan perempuan ketika membantu mangsa lain dalam membantah kekejaman rejim zionis yahudi. Nyatakan keimanan kita dengan turut menderita atas penderitaan saudara seagama, turut bersedih atas kesedihan saudara segama. Jangan biar mereka mati kelaparan ketika kita letih kekenyangan. Jangan biarkan mereka meraung kesakitan ketika seronok kegirangan. Kasihanilah saudara seagama semoga kita dikasihi oleh Allah dan para malaikat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 1 Jun 2018

Al-Quran DiJulang Umat Cemerlang Negara Gemilang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖوَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾ Maksudnya : bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur Ramadhan dan al-Quran tidak dapat dipisahkan naka begitulah juga dengan diri kita jangan pisahkan daripada al-Quran. Kemuliaan Ramadhan berkait rapat dengan penurunan al-Quran maka begitulah hati kita bila sentiasa disirami dan dipenuhi dengan al-Quran akan membawa kepada kemuliaan diri dunia dan akhirat. Amat rugi apabila kita mampu membaca akhbar, majalah, whatsap, tonton tv, layari internet sedangkan sentiasa memberi seribu alasan untuk tidak membaca al-Quran. Betapa rugi kita mampu berbincang dan belajar ilmu dunia yang lain sedangkan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk tidak belajar al-Quran dan memahami makna isi kandungannya. Betapa rugi manusia yang malu jika mampu menguasai Bahasa dunia yang lain terutama Bahasa Inggeris sedangkan dia tidak pernah malu kerana tidak pandai membaca al-Quran apatah lagi memahami maknanya. Oleh itu sempena berada di bulan Ramadhan bulan al-Quran maka marilah kita sama-sama menjinak dan mendekat diri dengan al-Quran. Antara cara untuk sentiasa seronok dan bersemangat untuk membaca al-Quran ialah : [1] Pelajari dan ketahui tentang manfaat dan keutamaan membaca Al-Qur’an [2] Buat komitmen pada diri sendiri untuk selalu Istiqomah dalam mambaca Al-Qur’an setiap hari. Yakinkan diri sendiri, bahawa tidak ada yang boleh memisahkan kita dari Al-Qur’an kecuali jika ajal sudah datang menjemput. [3] Mencari teman yang tujuannya sama di mana bila kita bersama-sama dengan orang yang sama-sama mencintai Al-Qur’an akan mendorong keinginan kita dalam membaca dan mempelajari al-Quran [4] Bergabung dengan komuniti pecinta Al-Qur’an termasuk melalui jaringan online. Jika kita boleh whatsap dan berhubung untuk perkara hiburan melalui internet maka mengapa tidak boleh untuk berbuat demikian dalam masalah belajar al-Quran [5] Tanam rasa cinta kepada Al-Qur’an dan memiliki hasrat untuk terus mempelajari Al-Qur’an untuk kebaikan dunia dan akhirat kita Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. Antara keistimewaan sebagaimana yang tersebut dalam al-Quran dan hadis nabi s.a.w ialah : [1] Al-Quran sebagai penawar hati dari penyakit syirik, nifak dan yang lainnya. Di dalam al-Qur’an ada sebahagian ayat-ayat dan surah-surah yang berfungsi untuk mengobati badan seperti surat al-Fatihah, an-Naas dan al-Falaq serta yang lainnya tersebut di dalam Sunnah. [2] Al-Quran terpelihara daripada penyelewengan berbanding kitab-kitab samawi lainnya seperti Taurat dan Injil telah banyak dirubah oleh pemeluknya sebagaimana firman Allah dalam ayat 9 surah al-Hijr : إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ Maksudnya : Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya [3] Al-Quran terjaga dari pertentangan atau percanggahan antara ayata-ayatnya. Firman Allah dalam ayat 82 surah an-Nisaa’ أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلاَفاً كَثِيرًا Maksudnya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapatkan pertentangan yang banyak di dalamnya [4] Al-Quran mudah untuk dihafal berdasarkan firman Allah dalam ayat 32 surah al-Qamar: وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ Maksudnya : Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran [5] Al-Quran merupakan mu’jizat dan tidak seorangpun mampu untuk mendatangkan yang semisalnya. Allah telah mencabar kafir Quraisy untuk mendatangkan ayat seumpama al-Quran maka mereka tidak mampu. Firman Allah dalam ayat 38 surah Yunus : أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّثْلِهِ Maksudnya : Atau (patutkah) mereka mengatakan: “Muhammad merekanya (al-Quran). Katakanlah: “(Kalau benar yang kamu dakwa itu), maka cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya … “. [6] Al-Quran mendatangkan ketenangan dan rahmat bagi siapa saja yang membacanya, قال النبي : مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ – رواه مسلم Maksudnya : Tidaklah berkumpul suatu kaum dalam suatu majlis membaca al-Quran dan mempelajarinya kecuali turun pada mereka ketenangan dan diliputi oleh rahmat dan dikerumuni oleh malaikat dan Allah akan menyebutkan mereka di hadapan para malaikatnya [7] Al-Quran akan memintakan syafa’at kepada Allah bagi orang yang membacanya, قال النبي : اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ – – رواه مسلم Maksudnya : Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memohonkan syafa’at bagi orang yang membacanya (di dunia) Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu : وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿٨٩﴾ Maksudnya : dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam Al-Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman di mana segala system yang berada dalamnya sesuai dengan fitrah manusia tanpa mengira bangsa, di mana sahaja tempat dan masa mereka berada. Oleh itu kita jangan kita terikut-ikut dengan laungan golongan Liberal dalam memahami al-Quran supaya kita tidak menjadi manusia yang sesat. Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional. Sehingga tahap yang lebih sesat golongan Liberal mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal. Golongan liberal mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional. Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan Liberal perlu dinilai semula ialah: Hukum bahagi pesaka yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;, Keharusan poligami bagi lelaki, Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita, Hukuman bunuh ke atas orang murtad, Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah, Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat, Hak mutlak suami untuk mencerai isteri, Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam dan Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar Sambutan Ramadhan juga sepatutnya membuka mata kita untuk lebih rasa bertanggungjawab terhadap penderitaan saudara seagama yang terus dibunuh di Myanmar, Syria, Iraq dan lain-lain. Begitu juga sempena berada hari hari Jumaat yang mulia, bulan Ramadhan yang mulia maka kita sama-sama bangkit mengutuk tindakan bacul Amerika Syarikat yang memindahkan kedutaan Negara pengganas dunia itu ke Baitul Maqdis pada 14 Mei lalu iaitu sehari sebelum ulang tahun mengingati Peristiwa Nakba atau sejarah hitam penjahan bumi Palestin oleh yahudi yang bermula tahun 1948. Tindakan biadap ini telah menambah keganasan tentera zionis Yahudi yang telah meragut lebih daripada 100 nyawa rakyat Gaza, dan beribu-ribu cedera dalam protes di bumi Palestin tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Isu Palestin dan umat Islam di Negara yang lain adalah isu kita bersama. Umat Islam tidak boleh dipisahkan oleh Negara, budaya dan bahasa sebaliknya kita terus bersatu atas dasar iman. Bangkitlah kita dengan harta hatta nyawa. Jangan biarkan saudara kita meraung kesakitan ketika kita girang berbuka dengan kekenyangan. Jangan biarkan saudara kita bermandi darah ketika kita seronok makan juadah. Jangan biarkan rumah saudara seagama menyembam tanah sedangkan kita asyik dengan bangunan indah. Tepuklah dada tanyalah iman kita بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ