أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Khamis, 29 November 2018

Ajaran nabi Muhammad s.a.w DiHayati Kedamaian DiRasai

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 128-129 surah at-Taubah : لَقَدْ جَاءَكُمْ رَ‌سُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِ‌يصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَ‌ءُوفٌ رَّ‌حِيمٌ ﴿١٢٨﴾ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَ‌بُّ الْعَرْ‌شِ الْعَظِيمِ ﴿١٢٩﴾ Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang agong.” Rabiul Awwal merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam dapat dirasa di mana dalam rumahtangga Rasulullah s.a.w adalah suami dan bapa yang bukan sahaja memelihara kebajikan kebendaan yang sementara bahkan membelai dan menyubur jiwa dan ruh ahli keluarga agar berjaya di dunia dan akhirat. Sebagai pemimpin maka nabi s.a.w bukan sahaja mahu melihat rakyat maju di dunia malah meraih kebahagiaan di akhirat dengan memastikan setiap tamadun kebendaan dan rohani berjalan serentak. Kasih sayang baginda kepadanya umatnya begitu mendalam sehingga sanggup mati dalam mengembangkan system Islam agar seramai mungkin umatnya memasuki Syurga dan terselamat daripada Neraka Allah. Ini tergambar dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud : Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 54 surah al-Maidah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkanNya; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sambutan maulidurrasul tidak sempurna hanya dengan mengisahkan perjalanan dan perjuangan hidup nabi Muhammad s.a.w tanpa ada kesungguhan dalam mengamalkan Sunnah nabi s.a.w dalam setiap aspek kehidupan termasuk akhlak peribadi yang baik, cara berkeluarga, cara bermasyarakat, cara berdakwah, cara berekonomi, cara pelaksanaan undang-undang, cara bernegara dan sebagainya. Antara sifat yang mesti ada dalam diri umat yang kasih kepada Allah dan rasulNya ialah : [1] Cinta kepada Allah dan rasulNya sehingga sanggup mati demi mempertahankan agar Allah tidak dicela dan nabi Muhammad s.a.w tidak dicela قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia Baru-baru ini kita dapat saksikan bagaimana suatu deklarasi Mahkamah Eropah 2018 yang berlangsung di Austria mengambil suatu ketetapan bahawa sesiapa sahaja yang menghina nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk perkataan atau media maka ia bukan lagi menjadi kebebasan sebaliknya menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum termasuk penjara. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 4 surah as-Soff : إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ ﴿٤﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh Sifat ke-[2] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah sentiasa kasih dan berlemah lembut dengan saudara seagama serta sentiasa mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama di negara lain terutama yang sedang berdepan dengan pembunuhan dan peperangan. Apa yang terbaru ialah ketegangan antara Israel dan pejuang Islam di Gazza memuncak sejak awal bulan ini apabila 10 pejuang Palestin dan seorang pegawai tentera Israel terbunuh dalam pertempuran membabitkan kedua-dua pihak. Pesawat perang Israel turut memusnahkan 3 buah rumah milik pemimpin Hamas dan kawasan pembinaan saluran TV al-Aqsa milik Hamas di Gazza. Umat Islam yang bermaruah mengutuk kekejaman zionis Yahudi yang turut merampas tanah milik umat Islam untuk didirikan penempatan haram yahudi Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran: الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّـهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللَّـهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠﴾ Maksudnya : Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Sifat ke-[3] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah bertegas terhadap orang kafir yang memusuhi Islam. Namun Islam tidak memaksa orang kafir untuk memeluk Islam. Malah bila negara dikejutkan dengan pencerobohan sebuah kuil di Selangor minggu ini maka Islam sentiasa menekankan bahawa umat Islam dilarang daripada menceroboh dan menganggu rumah ibadat agama lain. Kita tidak mahu isu ini dijadikan bahan untuk mengapikan permusuhan bangsa dan agama. Kerajaan wajib mengangani masalah ini dengan cermat dan cepat agar ia tidak merebak Kita yakin bahawa Islam agama perdamaian di mana yang terbaru UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama paling aman di dunia, Semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis, Khalifah Umar bin al-Khattab memberikan jaminan keamanan kepada penduduk Baitul Maqdis yang beragama Kristian dengan ucapannya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang; inilah apa yang telah diberikan hamba Allah Umar, Amirul Mukminin keamanan kepada penduduk Iliya (Baitul Maqdis)’. Dia (Allah) telah memberikan keamanan untuk diri mereka, harta benda mereka, gereja-gereja mereka dan rumah-rumah ibadah mereka sama ada yang elok atau rosak dan kepada seluruh penganut bahawa tidak sekali-kali gereja-gereja mereka dihuni (rampas) dan tidak sekali-kali dimusnahkan dan sekali-kali dilakukan kekerasan terhadap mereka sama ada pada tubuh badan atau harta benda. Dan mereka sekali-kali tidak dipaksa untuk meninggalkan agama mereka dan tidak sekali orang Yahudi menghuni bersama mereka di Iliya atau Baitul Maqdis” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran: وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١﴾ Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; Sifat ke-[4] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah sentiasa bersungguh-sungguh dalam menegakkan system Islam yang menyeluruh atas muka bumi ini. Oleh itu apabila timbulnya isu kerajaan bercadang mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) maka kita bangkit menentang sekeras-kerasnya dengan menyatakan bahawa Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain. Adakah kita, dengan rela, akan menyerahkan hak kita? Kita bukan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? Rasiskah kita? Tidak dinafikan kepentingan dominasi kaum untuk menegakkan Islam, sebagaimana ibrah pemilihan Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah. Golongan Ansar mencalonkan Sa’ad bin Ubadah. Ahlil Bait keluarga Nabi mencalonkan Ali R.A. Muhajirin mencalonkan Abu Bakar. Bila mereka mendengar, “Pemimpin daripada Quraisy”, Quraisy ialah yang mendominasi orang Islam di masa itu. Jadi kaum yang mendominasi ini sangat penting, kita tak boleh nafikan. Tetapi bukan kaum itu menjadi dasar. Kaum satu perasaan saja. Tetapi dasarnya ialah Islam. Islam yang membentuk jati diri manusia, bukan semangat bangsa dan perkauman yang sempit sehingga meminggirkan agama Malah Sayyidina Umar al-Khottab pernah melarang orang kaya Arab daripada membeli tanah milik penduduk Parsi yang kebanyakannya miskin pada masa itu bagi melindungi hak keistimewaan anak watan Parsi daripada dikhianati. Ibnu Khaldun turut menukil dalam Muqaddimah bahawa sesuatu bangsa akan berjaya bila mengikut lunas Islam dalam mengurus negara bersama bangsanya tetapi apabila pemimpin mengkhianati bangsanya sendiri kerana mempertahankan kroninya walaupun menyeleweng daripada Islam menyebabkan runtuhnya sesebuah negara. Sifat ke-[5] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah tidak takut dan tidak mudah putus asa apabila dicela dan dimaki kerana mahu memperkasakan Islam sehingga dituduh sebagai pengganas, pelampau dan sebagainya. Kita mesti ingat bahawa nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul pilihan Allah lebih teruk dilempar cacian dan makian daripada musuh Islam termasuk dituduh pemecah belah umat, tukang sihir, orang gila, pembawa ajaran sesat dan sebagainya Yakinlah kita bahawa kita berjuang bukan untuk mencari pujian manusia, bukan mencari pangkat dan harta dunia sebaliknya kita mencari keredhaan Allah walau pun manusia membenci. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 9 November 2018

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w DiJulang Sistem Jahiliah DiTentang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?” Kini kita pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Kelahiran nabi s.a.w telah merubah keadaan dunia yang selama ini berada dalam kelam kufur kepada terangnya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada akal dan nafsu serakah menjadi asas pertimbangan kepada tunduk patuh pada wahyu al-Quran. Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam di mana cara penyampaian risalah Islam adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada alam sejagat bukannya membawa keresahan dan bencana. Makna rahmat sebagaimana yang diungkap dalam tafsir al-Baidhowi dari sudut bahasanya iaitu : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim ibu kerana ia melindungi apa yang ada dalam kandungannya. Antara rahmat kedatangan nabi Muhammad s.a.w kepada manusia ialah menukar cara hidup jahiliah seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup kepada meletakkan kaum wanita ditempat yang mulia, mengharamkan perempuan daripada berkahwin lebih daripada seorang suami bagi memastikan zuriat terjaga tidak seperti amalan jahiliah yang menisbahkan anak hasil perkahwinan dengan ramai lelaki mengikut rupa lelaki mana yang serupa dengan anak yang baru dilahirkan. Rahmat kepada haiwan contohnya wajib kita menggunakan alat yang tajam ketika menyembelih dan diharamkan membunuh binatang sesuka hati. Begitu juga rahmat kepada tumbuh-tumbuhan yang dilarang daripada dicabut, ditebang sesuka hati walau pun dalam peperangan. Akibat manusia rakus merosakkan hutan dengan menebang tumbuh-tumbuhan secara melampau antara penyebab yang membawa kepada kepanasan global yang semakin tinggi bukan sahaja membahayakan kesihatan malah mengancam nyawa Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 29 surah al-Fathu: مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖتَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩﴾ Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar Melalui ayat 29 surah al-Fathu ini kita fahami antara ciri-ciri golongan yang mengaku beriman dan mengasihi Nabi Muhammad s.a.w iaitu : [1] Tegas terhadap orang kafir apabila mengancam aqidah umat Islam. Islam melarang kita berlembut dengan sebarang usaha mereka yang cuba memurtadkan umat Islam terutama yang melibatkan perlembagaan negara. Sebab itu kita menentang habis-habisan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang didakwa akan dipersetujui oleh kerajaan yang dilihat oleh pakar dalam bahagian ini bakal menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan termasuk halalnya murtad. Malah ketika usaha pendakyah Kristian termasuk dari Luar negara yang mengedar Bible kepada pelajar sekolah dan awam terutama yang beragama Islam di Pulau Pinang merupakan suatu yang bertentangan dengan Perkara 11 (4) dalam perlembagaan Malaysia yang memberi peruntukan bahawa Undang-undang Negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Suatu tindakan yang tegas dan bersungguh mesti diambil agar ia tidak berulang Kita ambil pengajaran daripada suatu kisah sahabat yang mulia bernama Jabir bin Abdillah RA memberitahu أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكِتَابٍ أَصَابَهُ مِنْ بَعْضِ أَهْلِ الْكُتُبِ .فَقَرَأَهُ النَّبِيُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَغَضِبَ فَقَالَ: أَمُتَهَوِّكُوْنَ فِيْهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ؟ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَقَدْ جِئْتُكُمِ بِهَا بَيْضَاءَ نَقِيَّةً، لاَ تَسْأَلُوْهُمْ عَنْ شَيْءٍ فَيُخْبِرُوكُمْ بِحَقٍّ فَتُكَذِّبُوْا بِهِ أَوْ بِبَاطِلٍ فَتُصَدِّقُوْا بِهِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ مُوْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ كَانَ حَيًّا مَا وَسِعَهُ إِلاَّ أَنْ يَتَّبِعَنِي – رواه أحمد Maksudnya : Sesungguhnya Sayyidina Umar al-Khottab RA datang kepada Nabi s.a.w membawa sebuah kitab yang diperolehnya dari sebahagian ahli kitab. Nabi s.a.w membacanya lalu baginda marah seraya bersabda, “Apakah engkau termasuk orang yang kebingungan, wahai Ibnul Khottab? Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh aku telah datang kepada kalian membawa agama yang putih bersih. Janganlah kalian menanyakan sesuatu kepada mereka (ahli kitab), sehingga mereka mengabarkan al-haq (kebenaran) kepada kalian lantas kalian mendustakannya. Atau mereka mengabarkan suatu kebatilan lantas kalian membenarkannya. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya nabi Musa a.s masih hidup, nescaya tidaklah boleh baginya kecuali mengikuti aku.” Teguran nabi s.a.w bukan menunjukkan iman Umar terlalu lemah sehingga membaca Bible atau Taurat pun dilarang tetapi nabi s.a.w bersikap tegas dalam perkara ini supaya Muslim menumpukan fokus mereka kepada al-Quran. Sebarang tindakan yang melarikan tumpuan Muslim, bahkan meragukan Muslim dari al-Quran mestilah dijauhi. Kebimbangan Rasulullah ini menjadi asas kepada ulama’ dalam menentukan pendirian seseorang yang ingin membaca kitab nabi-nabi terdahulu. Bagi al-Imam Ibn Hajar, orang awam yang tidak mahir dalam bidang ini haruslah menjauhkan diri dari membacanya. Kata beliau dalam kitab Fath al-Bari, 13/525: “Dan (pendekatan) yang terbaik dalam perkara ini adalah dibezakan antara mereka yang tidak mahir dalam perkara ini, (iaitu) yang bukan dikalangan mereka yang tinggi dalam urusan keimanan, maka tidak harus bagi mereka melihat (membaca) sesuatu daripadanya (Taurat dan Bible).” Manakala Al-Imam al-Nawawi pula memberikan alasan bahawa penyelewengan maklumat serta perubahan kandungan kitab- kitab terdahulu ini menjadi punca mengapa Muslim seharusnya mengelakkan diri dari membacanya. Kata beliau dalam kitab Raudah al-Talibin, 10/259: “Dan kitab-kitab Taurat dan Injil, adalah sesuatu yang tidak boleh seseorang itu mendapat manfaat daripadanya kerana kandungannya telah diubah dan diseleweng” Kerajaan wajib memperkasakan penyebaran Islam dan memberi kefahaman tentang keindahan Islam kepada non muslim di mana kita ambil contoh daripada Kerajaan Brunei yang mewajibkan non muslim untuk belajar ilmu asas berkaitan Islam agar nos muslim bukan sahaja tahu tentang Islam malah tidak menentang Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 34-35 surah al-Ankabut : إِنَّا مُنزِلُونَ عَلَىٰ أَهْلِ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ رِجْزًا مِّنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ ﴿٣٤﴾ وَلَقَد تَّرَكْنَا مِنْهَا آيَةً بَيِّنَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿٣٥﴾ Maksudnya : “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini (kaum nabi Luth) azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”. Dan demi sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya. Kita juga bimbang dengan pengiktirafan apa yang dikehendaki konvensyen antarabangsa juga akan menyebabkan kawalan kepada masalah akhlak termasuk zina yang masih meruncing di mana laporan Jabatan Pendaftaran Negara sejumlah 4999 anak zina lahir pada 2017 oleh ibu berumur 18 tahun ke bawah dengan 120 kes buang bayi pada tahun yang sama. Manakala dari Januari – Jun 2018 mencatat 1664 anak zina dilahirkan oleh ibu bawah 18 tahun. Begitu juga laporan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Jumlah pengamal hubungan seks sejenis terutama gay di negara ini berada pada tahap membimbangkan apabila lebih 300,000 individu dikesan terlibat dengan perbuatan songsang itu ketika ini berbanding hanya 173,000 individu yang direkodkan terlibat dengan aktiviti LGBT yang sama kira-kira 5 tahun lalu. Oleh itu perlu kepada kesungguhan pemimpin dalam menangani masalah ini termasuk mencari penganjur kepada program yang sebelum ini berusaha dalam menjemput 2 pelakon LGBT dari Thailand dan terbaru ikon gay antarabangsa yang berasal dari Filiphina. Ini bagi membendung gejala LGBT yang rosak akhlak dan mengundang laknat Allah dapat dibanteras. Kita juga mahu agar kerajaan memperkasakan Mahkamah Syariah dalam memastikan masalah murtad, zina, LGBT dan maksiat yang lain dapat dicegah. Ini sesuai dengan semangat cintakan nabi Muhammad s.a.w di mana antara Sunnah terbesar ialah melaksanakan semua system Islam termasuk poltik, ekonomi, social dan sebagainya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar Ciri ke[2] umat yang mencontohi nabi s.a.w ialah berkasih sayang dan lembut kepada sesama muslim. Kita diminta untuk bersatu seperti sebatang tubuh atau susunan batu bata yang mengukuhkan sesuatu binaan. Akibat perpecahan apatah lagi perang saudara menyebabkan musuh Islam menguasai dan menjajah di Negara umat Islam sendiri Ciri ke[3] Mantap Beribadah di mana hubungan dengan Allah memastikan hubungan kita sesama manusia semakin baik. Pengabaian terhadap ibadat menyebabkan jiwa seseorang gersang dan akan mengganggu kehidupan dalam masyarakat Ciri ke[4] Ibadah yang berkualiti dan ikhlas yang mampu mempengaruhi diri dalam membentuk peribadi soleh serta mampu mengislah atau memperbaiki orang lain. Akhirnya lahir umpama singa di siang hari dan ahli ibadat di malam hari yang bersungguh memperjuang dan mempertahankan Islam بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ