أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 1 Disember 2023

Khutbah Jumaat : Pertandingan Ratu Cantik DiSekat Kemerdekaan Palestin DiMartabat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun : مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌ Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa: اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم . Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”. Nabi s.a.w juga mengajar kita untuk berdoa seperti : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ : وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ – رواه مسلم Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan daku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.“ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 6 surah Luqman: وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ ‎﴿٦﴾ Maksudnya : Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan Ketika setengah negeri berada dalam keadaan tengkujuh yang boleh berlaku banjir bila-bila masa disamping dunia sedang bersedih dengan keganasan zionis Yahudi yang sedang membunuh tanpa belas kasihan di Palestin sewajibnya kita banyak mengingati Allah bukannya tenggelam dengan senjata yahudi berbentuk hiburan lebih-lebih lagi bila kumpulan muzik dikaitkan dengan mempromosikan LGBT. Perhatikan Protokol yahudi dalam menguasai dunia yang ke-13 : “ Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bangsa Bukan-Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek-projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan Bukan-Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang Bukan-Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, قال النبي : لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ، يَسْتَحِلُّونَ الحِرَّ وَالحَرِيرَ، وَالخَمْرَ وَالمَعَازِفَ – رواه البخاري Maksudnya: Akan ada di antara umatku, satu kaum yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat musik. قال النبي : لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمُ الأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ – رواه ابن ماجه Maksudnya: Manusia daripada kalangan umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama selain arak, alat muzik akan dimainkan untuk mereka dan penyanyi wanita menyanyi untuk mereka. Allah SWT akan menjadikan bumi menelan mereka dan menukar mereka menjadi monyet dan babi. Syariat Islam diturunkan bukanlah untuk menyekat kebebasan manusia tetapi ia bertujuan untuk mengawal dan mengatur keperluan manusia untuk menjamin kesejahteran dan kebahagiaan hidup yang berpanjangan. Hiburan dalam Islam adalah suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa. Bahkan melakukannya bukan hanya semata-mata untuk mencari keseronokan dan memenuhi runtunan nafsu tanpa batasan. Konsep berhibur dalam Islam adalah dengan tujuan untuk membangunkan dan memdamaikan jiwa, menenangkan fikiran dan merehatkan rohani serta jasmani. Melihat kepada realiti hiburan kita pada hari ini, dapat dirumuskan bahawa sebahagaian besar hiburan kita gagal mencapai matlamatnya. Bukan sahaja hiburan tersebut gagal memberi ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari kita, malah ia telah mencetuskan masalah dan kecelaruan di dalam kehidupan. Ciri-ciri hiburan mengikut syariat Islam antaranya [1] : Lagu dan senikata lagu atau hiburan tersebut mestilah tidak melalaikan, tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam, tiada unsur maksiat seperti memuja kecantikan wanita, menganjurkan hubungan bebas muda-mudi dan perlanggaran syariat. Sewajarnya senikata lagu-lagu Islam mampu mengajak manusia kepada Cintakan Allah dan Hari Akhirat serta ke arah memperbaiki diri. [2] : Tidak lalai dan berlebih-lebihan dalam berhibur sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai. Maka haram berhibur jika sampai meninggalkan solat, mengabaikan urusan mencari nafkah dan menuntut ilmu. Kelalaian ini adalah perkara sia-sia yang wajib dijauhi. [3] : Tiada percampuran di antara lelaki dan wanita ajnabi dalam berhibur. Jika persembahan dari kalangan wanita maka ia hendaklah dibuat secara tertutup dan hanya wanita sahaja dibolehkan menyaksikan persembahan tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan segala fitnah dan punca kerosakan Umat Islam. Tiada juga perlakuan yang haram seperti minum arak, unsur judi dan sebagainya di dalam hiburan tersebut. [4] : Penyanyi atau orang yang melakukan persembahan dan para penonton yang hadir hendaklah menjaga tata susila Islam, memelihara aurat, tidak melakukan gerak badan yang mengghairahkan dan penampilan yang mengundang fitnah. [5] : Menghasilkan sesuatu yang baik susulan dari hiburan tersebut. Berkat dari senikata yang baik, persembahan yang sopan dan syariat yang dipelihara akan lahirlah masyarakat yang tenang dan bahagia, teguh iman dan baik akhlaknya, bersatu padau dan berkasih sayang sesama mereka. Kini telah banyak sumber-sumber hiburan Islam yang boleh dijadikan alternatif kepada hiburan yang sedia ada yang jelas melalaikan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal : وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ‎﴿٢٥﴾‏ Maksudnya : Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. Kita sebagai orang Islam yang cintakan negara aman dan berkat pasti berusaha dalam memastikan kehidupan yang sentiasa tunduk dan patuh kepada arahan Allah serta menjauhi larangan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu kita mendesak agar kerajaan membatalkan Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik yang bakal disertai oleh peserta dari seluruh Dunia bermula 5 Disember ini. penganjuran ini sebenarnya hanya akan merosakkan budaya unik negara yang telah berada di kelasnya yang tersendiri di mata dunia. Selain penganjuran pertandingan ratu cantik yang memperagakan tubuh badan wanita di hadapan khalayak adalah jelas bertentangan dengan Syariat Islam dan tidak bersesuaian dengan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Penganjuran berkenaan juga dilihat bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu sendiri yang jelas menggariskan 3 prinsip utama untuk dipatuhi iaitu; [1] Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini;[2] Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima; [3] Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Jangan menempah bala Allah ketika negara sedang berdepan dengan masalah tekanan sara hidup dan bencana alam Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 190 surah al-Baqarah: ﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠﴾ Maksudnya : “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” Setelah hampir tujuh minggu maka Israel dan Hamas memaklumkan, gencatan senjata sementara seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan itu yang berkuat kuasa pada hari ini Jumaat 24 November 2023. Kegasanasan dan kekejaman zionis Yahudi telah menyebabkan lebih 13,300 orang, sekurang-kurangnya 5,800 daripadanya kanak-kanak, telah terbunuh dalam peperangan ini. Negara haram Israel tetap diberikan sokongan, walaupun negara itu telah melancarkan serangan yang melampaui batas undang-undang antarabangsa dalam peperangan sehingga sanggup menyerang hospital, sekolah, rumah ibadat dan lain-lain yang mengorbankan sebahagian besar nyawa kanak-kanak dan kaum wanita. Pada masa yang sama, menyebabkan berlakunya protes besar-besaran dalam negara Barat sendiri, sehingga beberapa negara bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan mahu mendakwa Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana telah melakukan jenayah perang. Berbeza dengan mujahidin yang melancarkan dengan menyasarkan pasukan tentera sahaja Perjuangan rakyat Palestin tidak boleh dipadamkan sekali-kali walaupun pihak kerajaan negara sahabat dan jiran telah mengecewakannya. قال النبي :لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ. “Masih ada satu golongan daripada kalangan umatku yang nyata berjuang menegakkan agamanya, dalam keadaan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Tidak bolah dimudaratkan oleh kalangan yang mengecewakan mereka atau menentang mereka, melainkan mereka menghadapi kesusahan, namun mereka terus berjuang atas dasarnya sehingga datangnya ketentuan Allah (memenangkan mereka).” قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?” قَالَ: ‌بِبَيْتِ ‌الْمَقْدِسِ، وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ. Jawab Rasulullah SAW, “Mereka itu (penduduk) di Bait al-Maqdis dan di sekitat Bait al-Maqdis.” [Ahmad, Musnad Ahmad, Tatimmah Musnad al-Ansar, No. 22320, daripada Abu Umamah al-Bahili] بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 16 November 2023

Khutbah Jumaat : Kemerdekaan Palestin DiMartabat Penjajahan Zionis Yahudi DiSekat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Palestin dan Masjid Aqsa mempunyai kedudukan yang istimewa di hati umat Islam. Terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan bumi Palestin yang telah dinyatakan oleh al-Quran dan dikhabarkan oleh Baginda S.A.W. Palestin menjadi tempat tinggal para Nabi dan Rasul antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ya’qub, Nabi Musa, Nabi Isa serta ramai lagi dan akhirnya Allah S.W.T menjadikannya sebagai milik umat Islam setelah bangsa Yahudi menempuh jalan kesesatan. Allah S.W.T memberkati bumi Palestin dan telah turut menyucikannya Di bumi Palestin inilah terletaknya Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama bagi umat Islam untuk mendirikan solat. Selama hampir 17 bulan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat melakukan ibadat solat berkiblatkan Masjid al-Aqsa maka turunlah ayat memerintahkan supaya dialihkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Makkah. Allah S.W.T berfirman dalam Surat Al-Baqarah ayat 144: قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ Maksudnya : “Sungguh Kami (sering) melihat mukamu mendongak ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.” Dalam pada itu, Masjid al-Aqsa juga adalah masjid yang kedua didirikan dalam sejarah peradaban manusia. Sebagaimana yang dinukilkan dalam sebuah Hadis: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ مَسْجِدٍ وُضِعَ فِي الْأَرْضِ أَوَّلُ قَالَ الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيُّ قَالَ ثُمَّ الْمَسْجِدُ الْأَقْصَى قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ يَعْنِي بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ قُلْتُ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ أَرْبَعُونَ سَنَةً – رواه البخاري “Wahai Rasulullah, masjid apakah yang pertama diletakkan oleh Allah di muka bumi? Beliau bersabda, ‘Al-Masjid Al-Haram’. Abu Dzar bertanya lagi, kemudian apa? Beliau bersabda, ‘kemudian Al-Masjid Al-Aqsa’. Berkata Abu Mu’awiyah ‘iaitu Baitul Maqdis’ Abu Dzar bertanya lagi, berapa lama antara keduanya? Beliau menjawab, empat puluh tahun.” Sidang Jumaat yang berkati Allah, Selain daripada itu ganjaran yang besar sekiranya bersolat di Masjid al-Aqsa iaitu 500 kali ganda daripada solat dari masjid lain, صَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ مِائَةُ أَلْفِ صَلَاةٍ، وَصَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي أَلْفُ صَلاةٍ، وَفِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَمْسُمِائَةٍ صَلَاةٌ Maksudnya: “Melaksanakan solat di Masjidilharam (pahalanya) sebanding dengan 100.000 kali sholat (di masjid yang lain), solat di masjidku (Masjid Nabawi) pahalanya sebanding dengan 1.000 kali solat (di masjid yang lain), sedangkan solat di Baitul Maqdis (Masjid Aqsa) pahalanya sebanding dengan 500 kali solat (di masjid yang lain).” (HR Bazar, Ibnu Khuzaimah, & Thabrani dari Jabir bin Abdullah) Rasulullah S.A.W juga menggalakkan umat Islam bermusafir ke sana seperti yang dinyatakan dalam sebuah Hadis: لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”. [Riwayat al-Bukhari ] Dari sudut geografi pula, kedudukan Palestin terletak di bumi Syam. Rasulullah S.A.W telah mendoakan bumi Syam dengan keberkatan dan para malaikat membentangkan sayapnya ke atas bumi bertuah ini. Sabda Nabi S.A.W: طُوبَى لِلشَّامِ فَقُلْنَا لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا Maksudnya : “Beruntunglah bagi penduduk Syam, maka kami bertanya: Mengapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kepada mereka.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi) Bumi Syam juga dikhabarkan oleh Baginda S.A.W sebagai tempat berlakunya padang mahsyar yang akan menghimpunkan manusia keseluruhannya selepas berlakunya qiamat. Nabi S.A.W bersabda: عن مَيمونةَ مَوْلاةِ النَّبيِّ عليه السَّلامُ، عنِ النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّها سألتْهُ فقالت: أَفْتِنا في بيتِ المَقدِسِ، فقال: أرضُ المَحشَرِ، والمَنشَرِ، “Nabi S.A.W ditanya oleh Maimunah mengenai Baitul Maqdis, Baginda bersabda: Bumi tempat berkumpul (mahsyar) dan penyebaran.”(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud) Demikianlah istimewanya Palestin di hati kita semua. Sokongan kita tidak bermusim kerana kita semua pencinta bumi Palestin yang penuh keberkatan. Kita wajib bersama dengan umat Islam di Palestin untuk membebaskan tanah wakaf milik seluruh umat Islam daripada penjajahan zionis Yahudi dan sekutunya Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 4-7 surah al-Isra’ : ﴿وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا ٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا ٦ إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُ‍ُٔواْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا ٧﴾ Maksudnya : “Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu, ‘Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ (4) Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka menjelajah di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5) Kemudian, Kami berikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantu kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. (6) Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi diri kamu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kamu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. (7)” Allah SWT mendedahkan senario sejarah bangsa Yahudi yang melakukan kejahatan dan akhirnya mereka akan dimusnahkan. Kini, mereka melakukan kejahatan kali kedua yang akan menempah kemusnahan pada akhir zaman dengan kemenangan umat Islam. Mereka menguasai politik, ekonomi dan kemajuan teknologi persenjataan yang membunuh hidupan dan merosakkan alam sekitar, tanpa mempedulikan amaran daripada kalangan agamawan mereka sendiri. Inilah yang berlaku apabila kalangan sekular yang melampau menguasai pemerintahan negara Israel. Kemuncaknya terkini, mereka mengganas membunuh rakyat Palestin dan menceroboh Masjid al-Aqsa. Mereka juga sudah bersedia melakukan upacara korban lembu betina berwarna merah mengikut kepercayaan mereka, bagi merasmikan asas Haikal Sulaiman (kuil Yahudi) terbesar menggantikan Masjid al-Aqsa. Pendatang Yahudi dibawa mencurah-curah dengan latihan senjata untuk melakukan keganasan dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutunya negara Eropah dalam gabungan tentera Ahzab yang pernah dimusnahkan pada zaman Rasulullah SAW. Daripada yahudi, lahirnya pula pencipta ideologi dan teori sesat yang merosakkan politik, ekonomi dan akhlak. Seterusnya, puak Zionis berjuang supaya dapat menguasai politik negara kuasa besar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ekonomi antarabangsa, serta media yang mempengaruhi pemikiran dan kehidupan manusia yang dilemahkan supaya semuanya berada di bawah kuasa negara besar Israel. Antara pendekatannya ialah mencetuskan huru-hara dan peperangan yang menghancurkan negara dan bangsa lain. Jika dilihat pada sejarah, penglibatan Zionis yang telah mencetuskan dua perang dunia tidak boleh dinafikan sekali-kali. Dalam aspek ekonomi pula, mereka menyebarkan muamalat riba yang diharamkan oleh Allah SWT. Kini, mereka menguasai Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Melalui kekayaan ekonomi dan pengaruh media, mereka menentukan supaya calon yang menang menjadi ketua kerajaan mestilah menyokong Israel dan melindunginya, sekali gus menjadikan semua calon yang dipilih menang dengan sokongan Zionis. Melalui negara-negara tersebut, ahli-ahli Zionis berjaya berada dalam pentadbiran PBB dan cawangannya, seperti Majlis Keselamatan dan lain-lain. Oleh sebab itu, semua negara kuasa besar terlibat dalam menubuhkan negara haram Israel Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Setelah lebih sebulan serangan besar-besaran oleh pengganas dunia zionis Yahudi ke atas bumi wakaf milik umat Islam iaitu Palestin di mana Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain. Jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita. Warga Palestin yang cedera pula gagal mendapat bantuan perubatan yang sepatutnya akibat hospital turut dibom manakala bekalan air, elektrik dan minyak dipotong. Inilah lambang kekejaman yang sedang berlaku terhadap saudara seagama kita di bumi Palestin. Situasi ini benar-benar memberikan kesan dalam jiwa dan merasakan bahawa masih ada ruang lagi bagi membantu rakyat Palestin secara langsung pada waktu ini. Orang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat sebatang tubuh. Apabila satu anggota sakit, maka anggota badan lain akan merasai kesakitan tersebut. Kita sebagai umat Islam boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk membantu saudara seakidah di bumi Palestin. Bantuan ini akan meringankan penderitaan ditanggung penduduk Palestin. Semua pihak perlu bertindak dengan memberi bantuan dan desakan supaya peperangan dan keganasan Zionis Israel ini diberhentikan segera. Kita sebagai umat Islam yang bersaudara perlu membantu perjuangan rakyat Palestin. Kita perlu tunjukkan solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin. Sebagai umat Islam, kita perlu mengangkat tangan memohon pertolongan daripada Allah SWT. Pada saat ini doa ke hadrat Ilahi oleh seluruh umat Islam dari segenap pelusok dunia sangat ditagih rakyat Palestin. Semua pihak perlu berganding bahu membantu saudara kita di bumi Palestin. Yakinlah, kemenangan yang menjadi milik rakyat Palestin semakin hampir. Mereka berjuang dengan cara bertempur untuk pertahan diri, keluarga dan tanah air tercinta yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Berbahagialah pejuang-pejuang yang mati syahid. Mereka bakal mendapat rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah Firman Allah dalam ayat 169 surah Ali Imran : وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ‎﴿١٦٩﴾ Maksudnya : dan janganlah sama sekali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah telah mati. Bahkan mereka hidup dan dikurniakan rezeki di sisi Tuhan mereka.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Jihad Islam DiSemarak Kejahatan Zionis Yahudi DiSekat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21-22 surah Ali Imran: إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ‎﴿٢١﴾‏ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ ‎﴿٢٢﴾‏ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (21) Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan Kisah jatuh dan bangunnya sesebuah bangsa begitu banyak menghiasi helaian al-Quran al-Karim sebagai salah satu unsur pengajaran dan pendidikan kepada umat Islam. Yang lebih menariknya, ada juga kisah tersebut diulang-ulang di beberapa surah yang berlainan sebagai memperkuatkan dan melengkapkan lagi unsur-unsur pengajaran supaya ia diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan yang serba mencabar ini. Kisah kaum Saba’, kaum ‘Ad, kaum Thamud dan sebagainya adalah antara cebisan nostalgia silam yang mengungkapkan rahsia tersendiri yang hanya dapat difahami oleh individu Muslim yang berfikir. Salah satu kisah yang perlu diberi perhatian dan menjadi bahan renungan umat Islam dewasa ini ialah kisah kaum Yahudi Bani Israil banyak dirakamkan Allah Taala dalam kitab suci al-Quran bagi mendedahkan tembelang sebenar kaum Yahudi terhadap isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat. Perkataan Israel pada asalnya bererti pilihan adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub AS. Jadi Bani Israil adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub AS. Tetapi sekarang Bani Israil lebih dikenali dengan sebutan Yahudi atau Zionis. Sebagai bangsa pilihan, mereka telah dianugerahkan limpahan nikmat Allah Taala yang tidak diberikan kepada bangsa-bangsa lain. Antara nikmat tersebut ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang berasal daripada kalangan mereka, mereka telah diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya, mereka dilindungi awan ketika berjalan di bawah terik mentari dan diturunkan makanan dari syurga iaitu manna dan salwa serta dua belas mata air dan banyak lagi nikmat Ilahi yang tiada terhitung. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah: وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ‎﴿١٠٩﴾‏ Maksudnya : Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu Biarpun kenikmatan demi kenikmatan Allah Taala limpahkan kepada bangsa Yahudi tersebut namun mereka telah berubah menjadi bangsa yang lupa diri, sombong takbur, mempermainkan ayat-ayat Allah Taala dan ajaran agama, bahkan mereka juga tergamak membunuh dai dan nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru mereka ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup. Demikianlah pula perilaku kaum Yahudi di zaman Rasulullah SAW yang hampir relatif sama dengan jejak langkah nenek moyang mereka yang terdahulu. Mereka sangat membenci dan berhasad dengki terhadap Rasulullah SAW dan sahabatnya. Maka, mereka telah berusaha dengan pelbagai cara dan helah sama ada secara terang-terangan mahu pun secara sulit supaya kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama mereka dan kembali menjadi kufur semula seperti mereka. Perilaku jahat kaum Yahudi ini Allah telah rakamkan dalam al-Quran sebagai satu pengajaran kepada umat Islam selepasnya berkenaan sikap dan perilaku sebenar kaum Yahudi tersebut Sejarah Islam juga mencatatkan bahawa kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janjinya di mana hampir semua perjanjian yang termeterai antara mereka dengan Rasulullah SAW dikhianati mereka. Kerana itu, tidak menghairankan jika sekarang pun rejim Yahudi di Israel tetap mengulangi perbuatan khianat dan mungkir janji sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu. Mereka bukan sahaja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malahan mereka dengan bongkaknya tidak mahu tunduk kepada resolusi yang telah diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang isu perdamaian Timur Tengah. Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dahulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran wahyu Ilahi yang telah mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat. Oleh kerana itu, mereka merupakan golongan yang tidak boleh dipercayai sama sekali, maka tidak perlu lagi diusahakan sebarang rundingan ataupun perjanjian damai, apatah lagi diadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan mereka, bahkan umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air dan agama mereka. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 77-79 surah al-Maidah : قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِن قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ ‎﴿٧٧﴾‏ لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ‎﴿٧٨﴾‏ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ ‎﴿٧٩﴾ Maksudnya : Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul” (77) Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. Kebangkitan Palestin melalui Operasi Taufan Al-Aqsa mampu menjadi titik tolak kepada perubahan menyeluruh umat Islam dalam membela nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia, khususnya di Palestin. Sebagai respons segera umat Islam bagi menekan Zionis-Israel, ada lima langkah utama yang perlu segera dilaksanakan iaitu: [1] Kempen pemboikotan produk keluaran Israel dan sekutunya perlu digerakkan semula secara besar-besaran. Memang diakui, kempen sebegini dilihat lebih bersifat bermusim, namun sekiranya ia digerakkan secara berstrategi dan menyeluruh, pastinya memberi kesan lebih kuat. Dengan strategi pemboikotan yang bersasar, ia mampu melumpuhkan ekonomi konglomerat Israel, sekali gus menghapuskan penguasaan ekonomi mereka. [2] kempen media sosial amat penting dan sangat berkesan. Walaupun media sosial utama dunia dikuasai Israel seperti Twitter, Instagram dan Facebook, namun dengan kekuatan solidariti umat Islam berjumlah 1.9 billion ini, ia mampu menggegar dunia serta mendedahkan kezaliman Israel kepada penduduk Palestin. Pihak Zionis-Israel sentiasa memadamkan maklumat dan berita berkaitan Palestin daripada rangkaian media sosial yang dikuasai mereka. Oleh itu, strategi dan kreativiti umat Islam seluruh dunia amat diperlukan bagi menembusi kepungan maklumat mereka. Maklumat berkaitan Palestin boleh dikongsi secara reverse psychology iaitu dengan memulakan perkongsian maklumat berkaitan pelancongan di Israel, kemudian diikuti dengan realiti penindasan yang berlaku di Palestin serta sejarah asal kewujudannya. [3] Penyaluran dana kewangan adalah keperluan mendesak bagi pejuang Palestin dalam usaha perjuangan ini. Umat Islam wajib menyalurkan bantuan semampu mungkin kepada badan yang menguruskan sumbangan terus kepada pejuang Palestin. Pelbagai NGO di Malaysia yang mempunyai akses terus ke Palestin. Sumbangan kewangan adalah bukti solidariti umat Islam dan kesaksian di hadapan Allah SWT penyertaan kita dalam perjuangan suci ini. [4] Momentum solidariti kebajikan umat Islam perlu digerakkan sepenuhnya di seluruh dunia bagi membantu rakyat Palestin. Tindakan sokongan kebajikan ini perlu segera dilaksanakan di peringkat domestik negara Islam dan antarabangsa. Peranan ini boleh dimainkan ketua negara Islam dengan duduk semeja dan menetapkan tindakan segera mewakili dunia Islam. Bantuan makanan, perubatan, kemanusiaan dan sokongan moral perlu segera digerakkan di seluruh dunia Islam tanpa bertangguh. Setiap nyawa saudara kita di Palestin dipertanggungjawabkan kepada kita umat Islam seluruh dunia. Kepentingan diri dan negara masing-masing perlu diketepikan demi tanah suci Islam tercinta. Negara Islam tidak perlu takut, malah seharusnya berasa kuat dengan solidariti yang ada serta penguasaan ‘Emas Hitam’ yang dimiliki negara Islam. Kekuatan umat Islam terserlah sekiranya seluruh umatnya bersatu, bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’ [5] Doa ialah senjata bagi orang Mukmin. Sempena keberkatan bulan Rabiul Awal bulan kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah SAW, umat Islam seluruh dunia diseru untuk bermunajat dan memanjatkan doa setulus ikhlas memohon bantuan kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa untuk membantu perjuangan Mujahidin di Palestin. Umat Islam juga diseru melazimi Qunut Nazilah dalam setiap solat supaya Allah SWT memberikan kekuatan dan kemenangan kepada perjuangan Islam di Palestin. Yakinlah kita tentang janji Allah berkenaan kemenangan Islam di Palestin dalam memerangi kezaliman zionis Yahudi. Islam dijulang tinggi, kejahatan zionis yahudi dihenti. Biar nyawa melayang asalkan tanah wakaf Palestin milik umat Islam dapat dimerrdekakan. Biar bermandi darah asalkan Masjid Aqsa dibebaskan dari cengkaman zionis yahudi yang menjajah. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Contohi Nabi Muhammad s.a.w Menjadi Peniaga Hebat Jauhi Laknat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?” Kita masih berada pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Kelahiran nabi s.a.w telah merubah keadaan dunia yang selama ini berada dalam kelam kufur kepada terangnya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada akal dan nafsu serakah menjadi asas pertimbangan kepada tunduk patuh pada wahyu al-Quran. Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam di mana cara penyampaian risalah Islam adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada alam sejagat bukannya membawa keresahan dan bencana. Antara rahmat kedatangan nabi Muhammad s.a.w kepada manusia ialah menukar cara hidup jahiliah seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup kepada meletakkan kaum wanita ditempat yang mulia, mengharamkan perempuan daripada berkahwin lebih daripada seorang suami bagi memastikan zuriat terjaga tidak seperti amalan jahiliah yang menisbahkan anak hasil perkahwinan dengan ramai lelaki mengikut rupa lelaki mana yang serupa dengan anak yang baru dilahirkan. Rahmat kepada haiwan contohnya wajib kita menggunakan alat yang tajam ketika menyembelih dan diharamkan membunuh binatang sesuka hati. Begitu juga rahmat kepada tumbuh-tumbuhan yang dilarang daripada dicabut, ditebang sesuka hati walau pun dalam peperangan. Akibat manusia rakus merosakkan hutan dengan menebang tumbuh-tumbuhan secara melampau antara penyebab yang membawa kepada kepanasan global yang semakin tinggi bukan sahaja membahayakan kesihatan malah mengancam nyawa Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 1-6 surah al-Muthaffifiin: وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ ‎﴿١﴾‏ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ ‎﴿٢﴾‏ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ ‎﴿٣﴾‏ أَلَا يَظُنُّ أُولَٰئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ ‎﴿٤﴾‏ لِيَوْمٍ عَظِيمٍ ‎﴿٥﴾‏ يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ‎﴿٦﴾‏ Maksudnya : Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai khatamul Anbiya wal Mursalin yang membawa rahmat kepada seluruh alam maka syariat yang dibawa bukan hanya berlegar dalam hal masalah ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sahaja malah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja menjadi contoh kepada pendakwah yang tabah dan hebat malah baginda s.a.w menjadi contoh sebagai ayah dan suami yang penyayang, ketua negara yang adil dan saksama. Begitu juga baginda s.a.w menjadi suri teladan yang terbaik dalam mengurus ekonomi. Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ – رواه الترمذي Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang mati syahid.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ- رواه الترمذي Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” Peniaga yang berjaya dunia dan akhirat adalah yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan menempatkan peniaga bersama-sama dengan para nabi dan rasul. Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. الْحَلِفُ مُنَفِّقَةٌ لِلسِّلْعَةِ مُمْحِقَةٌ لِلْبَرَكَةِ Maksudnya: “Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya” Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya pembeli. Bagi peniaga Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah SWT telah berjanji akan memberinya bayangan arasy di akhirat kelak. Ini menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui perniagaan. Firman Allah dalam ayat 280 surah al-Baqarah : وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Maksudnya: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).” Imam al-Maraghi menjelaskan ayat ini: “Sekiranya penghutang sedang mengalami kesulitan, hendaklah pemiutang menunggu atau memberi tempoh sampai ada kelapangan sehingga memungkinkan dia melunaskan hutang. Namun begitu, bersedekah kepada orang yang berhutang yang sedang menanggung kesulitan dengan membebaskan sebahagian atau seluruh hutangnya adalah lebih baik bagi pemiutang dan lebih besar pahalanya di sisi Allah SWT daripada menunda masa pembayaran mereka.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, لاَ يَحتَكِرُ إِلاَّ خَاطِئٌ Maksudnya: “Monopoli hanya dilakukan oleh orang yang bersalah.” Monopoli ialah membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan asasi daripada pasaran, apatah lagi jika dilakukan ketika barangan tersebut amat diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan harganya berlipat kali ganda dan kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasi keperluan orang ramai. Imam al-Nawawi mendefinisikan monopoli barang (al-ihtikar) sebagai: “Seseorang membeli makanan ketika harganya tinggi untuk dijualbelikan, tetapi dia tidak menjualnya pada waktu itu, malah disorokkannya agar dapat menjualkan barang dengan harga yang lebih tinggi.” Menurut Imam al-Syairazi, monopoli barang adalah: “Seseorang membeli barang pada waktu harganya tinggi dan menahannya bagi tujuan menaikkan harganya.” Manakala Imam al-Ghazali menyatakan bahawa monopoli barang adalah: “Penjual barangan menyimpan barangan (kerana) menunggu harga dinaikan.” Imam Al-Kasani menyatakan pengharaman monopoli barang adalah kerana dilihat kepada kemudaratan yang boleh berlaku kepada pihak masyarakat ramai . Jika orang ramai amat memerlukan makanan asasi tersebut atau keadaan menjadi dharurat, orang yang memonopoli tadi boleh dipaksa menjual barangan tersebut dengan harga yang munasabah. Jika dia ingkar, hakim boleh menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan hasil jualan diserahkan kepadanya. Ini sebagai bukti bahawa Islam mengambil berat tentang hal kehidupan manusia agar sebarang bentuk penipuan dan penindasan dapat dihindarkan. Islam sentiasa memberi panduan kepada kita untuk membentuk masyarakat yang sentiasa dalam keharmonian, ketenangan dan selamat daripada sebarang bentuk kerisauan dan kebimbangan. Semoga negara kita ini sentiasa aman, harmoni, tenteram seterusnya dikurniakan keberkatan rezeki dan kemewahan yang akhirnya menatijahnya negara yang disebutkan sebagai Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat surah al-Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ‎﴿٢٧٨﴾‏ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya. Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya. Kewajipan kita bersama untuk mencontohi nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya agar kita berjaya dunia akhirat. Kegagalan mematuhi syariat Islam menyebabkan kita hina didunia dan merana di akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 27 Oktober 2023

Khutbah Jumaat : Pejuangan Nabi s.a.w DiContohi Kejahatan Zionis Yahudi DiHenti

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat  14   surah al-Hasyru : لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ ‎﴿١٤﴾ Maksudnya : (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).  Setelah berlalu 3 minggu serangan besar-besaran oleh pengganas dunia zionis Yahudi ke atas bumi wakaf milik umat Islam iaitu Palestin di mana jumlah rakyat Palestin yang terkorban kini meningkat kepada 7,028 orang termasuk 2,913 kanak-kanak, 1,709 wanita dan 397 warga emas. Manakala 18,484 lagi rakyat Palestin cedera yang gagal mendapat bantuan perubatan yang sepatutnya akibat hospital turut dibom manakala bekalan air, elektrik dan minyak dipotong. Inilah lambang kekejaman yang sedang berlaku terhadap saudara seagama kita di bumi Palestin. Rakyat Palestin yang terkepung di Gaza, terpaksa berada dalam keadaan berdagang di dalam tanah air sendiri dan di luar negara, malah dihimpit oleh permainan masyarakat dan pertubuhan antarabangsa yang dipengaruhi oleh Zionis yang paling zalim dan kejam itu. Perkara ini berlaku setelah tanah air rakyat Palestin dirompak, harta mereka dirampas, bahkan mereka dihalau keluar bagi menubuhkan negara haram bernama Israel, atas nama agama Yahudi yang disesatkan dengan sokongan negara-negara kuasa besar dunia. Sebenarnya, Yahudi tidak layak mewarisi Palestin bumi para Anbiya’ kerana mereka telah ditimpa hukum Allah Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat  2   surah al-Hasyru : هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ ۚ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا ۖ وَظَنُّوا أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا ۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ ‎﴿٢﴾ Maksudnya : Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.  Ketika melihat kejahatan Zionis Yahudi yang dibantu oleh kuasa besar dunia maka kita dapat bayangkan bagaimana kejahatan yahudi yang telah mengkhiati nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam di Madinah sehingga berlaku pengusiran terhadap Yahudi dari bumi Madinah. Yahudi pertama yang khianat ialah yahudi bani Qainuqa’ iaitu selepas peperangan Badar. Selepas Islam bertapak di Madinah usaha pertama yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w ialah membuat perjanjian damai dengan kaum yahudi Madinah. Rasulullah s.a.w amat berhati-hati dalam perjanjian ini dan memeterainya secara bertulis. Kaum muslim tidak pernah mengkhianati dan mempertikaikan isi kandungannya. Yahudi yang terkenal dengan sifat asli mereka yang berkait rapat dengan penipuan, pembelotan dan pengkhianatan mulai belot dan khianat, membuat huru-hara untuk menggoyahkan perpaduan umat Islam. Selepas umat Islam menang besar dalam peperangan Badar pada tahun ke-2H , yahudi mulai sakit hati dan membuat kejahatan sehingga terbatal perjanjian dan Rasulullah s.a.w memerangi mereka. Kejahatan yahudi tidak terhenti, ia kemudian disambung oleh bani Nadhir yang juga buat perangai dan khianat tetapi Rasulullah s.a.w masih sabar atas karenah mereka. Sehinggalah berlaku satu peristiwa yang penuh pengajaran sehingga ke hari ini yang digambarkan dalam surah al-Hasyru ketika Rasulullah ﷺ pergi ke perkampungan kaum Yahudi Bani An Nadhir untuk meminta supaya membayar diat berhubung dengan ‘Ammar bin Umaiyah ad-Dhamri yang telah membunuh 2 orang dari kabilah Bani Kilab di mana mereka sebagai rakyat dalam negara Islam yang telah berjanji untuk memberi sumbangan sekiranya berlaku perkara seperti itu. Nabi Muhammd ﷺ pergi ke kampung tersebut bersama dengan beberapa orang sahabat. Setelah diberitahu tujuan kedatangannya maka Bani Nadhir menyatakan kesanggupan mereka untuk menunaikan janji dalam penebusan bayaran itu dan meminta Baginda ﷺ supaya duduk menunggu di tepi sebuah rumah dalam kampung itu bersama-sama dengan Sayyidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain. Tiba-tiba orang yahudi itu telah membuat pakatan jahat untuk melakukan pembunuhan ke atas Nabi Muhammd ﷺ dengan dicampakkan seketul batu besar ke atas Muhammd ﷺ dari bahagian atas rumah yang ketika itu Baginda ﷺ sedang berehat di bawahnya. Malaikat Jibril telah diperintahkan oleh Allah supaya memberitahu kepada nabiNya tentang perancangan jahat itu. Setelah mendapat berita tersebut lalu Rasulullah ﷺ terus bangun lalu terus keluar dari tempat tersebut dan pulang dengan segera ke Kota Madinah. Baginda ﷺ kemudian menghantar Muhammad bin Maslamah sebagai utusan untuk memberitahu Bani Nadhir bahawa mereka tidak dibenarkan lagi tinggal di Madinah kerana mereka telah melanggari perjanjian damai bersama Nabi Muhammad ﷺ. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat ayat  11-12   surah al-Hasyru : أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِن قُوتِلْتُمْ لَنَنصُرَنَّكُمْ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ‎﴿١١﴾‏ لَئِنْ أُخْرِجُوا لَا يَخْرُجُونَ مَعَهُمْ وَلَئِن قُوتِلُوا لَا يَنصُرُونَهُمْ وَلَئِن نَّصَرُوهُمْ لَيُوَلُّنَّ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنصَرُونَ ‎﴿١٢﴾‏ Maksudnya : Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!" Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.  Demi sesungguhnya! Jika orang-orang (Yahudi) itu dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-samanya; dan demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya; dan demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya - Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan,  Yahudi Bani Nadhir diberi tempoh selama 10 hari untuk meninggalkan Madinah di mana jika mereka gagal berbuat demikian maka hukumannya ialah semua akan dibunuh. Tiada lagi jalan lain untuk mereka berdalih dan melepaskan diri lalu mereka pun membuat persediaan untuk meninggalkan Madinah. Tiba-tiba pemimpin munafiq Abdullah bin Ubai menasihatkan mereka supaya jangan keluar dari Madinah dan mereka hendaklah bertahan dan menentang habis-habisan dan kaum munafiq mempunyai 2 ribu orang yang akan bersama Yahudi Bani Nadhir dalam kota bagi menentang Rasulullah ﷺ. Abdullah bin Ubai memberi jaminan bahawa kaum munafiq bersedia untuk mati bersama-sama Yahudi Bani Nadhir. Tetapi apa yang berlaku kaum munafik telah belot dan tidak memberi bantuan kepada Yahudi Bani Nadhir Allah s.w.t mudahkan urusan kaum muslim untuk menghalau Yahudi Bani Nadhir keluar dari Madinah. Sedangkan Yahudi Bani Nadhir mempunyai sebuah kota yang kukuh dan besar dengan persiapan senjata dan tentera yang begitu lengkap. Tetapi Allah s.w.t campakkan dalam hati Yahudi Bani Nadhir perasaan gerun dan takut kepada Rasulullah s.a.w lalu mereka mengundur diri untuk keluar dengan hanya dibenarkan membawa harta kekayaan sekadarnya yang terpikul oleh unta mereka. Mereka pun tidak dibenarkan membawa senjata. Penghalaun Yahudi Bani Nadhir ini berlaku pada bulan Rabiul Awwal tahun 4H Peristiwa ini mendedahkan konspirasi dan permainan jahat yang dibuat oleh golongan munafiq untuk melawan dan khianat kepada Rasulullah s.a.w dan kaum muslim. Mereka bersekongkol dengan kaum yahudi semata-mata mahu melawan orang Islam. Allah s.w.t dedahkan tembelang dan sifat mereka yang licik, penuh tipu-daya, suka bersumpah dusta, untuk kita tadabbur dan ambil pengajaran darinya. Allah s.w.t sifatkan yahudi dan munafiq ini sebagai satu golongan yang penakut dan pengecut dan pemecah belah masyarakat. Allah membuat bandingan cara kelicikan munafiq dan yahudi untuk menjatuhkan umat Islam sama seperti kelicikan tipu-daya syaitan kepada orang kafir dan mereka akan menyesal di akhirat kelak yang tiada faedah lagi. Apa yang menunggu mereka ialah kehinaan di dunia dan azab akhirat Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : لاَتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اليَهُوْدَ فيقتلهم المُسْلِمُوْنَ حَتَّى يَخْتَبِيْءَ اليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ الحَجَرِ وَالشَّجَرِ  فَيَقُوْلُ الحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَاعَبْدَاللهِ هَذَا يَهُوْدِيُّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إَلاَّ الغَرْقَد فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ اليَهُوْدِ. Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi. Orang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat sebatang tubuh. Apabila satu anggota sakit, maka anggota badan lain akan merasai kesakitan tersebut. Kita sebagai umat Islam boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk membantu saudara seakidah di bumi Palestin. Bantuan ini akan meringankan penderitaan ditanggung penduduk Palestin. Semua pihak perlu bertindak dengan memberi bantuan dan desakan supaya peperangan dan keganasan Zionis Israel ini diberhentikan segera. Kita sebagai umat Islam yang bersaudara perlu membantu perjuangan rakyat Palestin. Kita perlu tunjukkan solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin. Sebagai umat Islam, kita perlu mengangkat tangan memohon pertolongan daripada Allah SWT. Pada saat ini doa ke hadrat Ilahi oleh seluruh umat Islam dari segenap pelusok dunia sangat ditagih rakyat Palestin. Semua pihak perlu berganding bahu membantu saudara kita di bumi Palestin. Yakinlah, kemenangan yang menjadi milik rakyat Palestin semakin hampir. Mereka berjuang dengan cara bertempur untuk pertahan diri, keluarga dan tanah air tercinta yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Berbahagialah pejuang-pejuang yang mati syahid. Mereka bakal mendapat rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah Firman Allah dalam ayat 169 surah Ali Imran : وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ‎﴿١٦٩﴾ Maksudnya : dan janganlah sama sekali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah telah mati. Bahkan mereka hidup dan dikurniakan rezeki di sisi Tuhan mereka.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 4 Oktober 2023

Khutbah Jumaat : Rasulullah s.a.w DiTeladani Mangsa Musibah DiSantuni

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya Kini kita masih berada dalam bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik kepada kembali MengEsakan Allah, daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk kepada suluhan wahyu, daripada sikap kebinatangan kepada akhlak yang mulia. Kita sebagai umat yang beriman begitu yakin bahawa pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai contoh teladan yang terbaik dari pelbagai aspek kehidupan samada cara berkeluarga, cara berekonomi, cara bersosial, cara berpolitik, cara bernegara dan sebagainya. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka setiap tindak tanduk kita akan membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah mampu menyebar luaskan kebaikan kepada sekitar. Hanya umat yang meyakini bahawa perlunya kita kepada pengutusan nabi untuk membimbing umat manusia dalam mengurus kehidupan dunia berteraskan agama bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti. Islam melarang kita mendewakan nabi sehingga dianggap sebagai Tuhan sebagaimana sesatnya Kristian yang mempertuhankan nabi Isa a.s . Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?” Menurut Ibnu Abbas, Allah mengutus Nabi Muhammad sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir. Rahmat bagi orang mukmin yaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah. Baginda penyebab memasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap ajaran Allah. Sedangkan rahmat bagi orang kafir, berupa tidak disegerakannya bencana yang menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari ajaran Allah. Tafsir Imam Al-Baidhawi menyebutkan bahawa secara bahasa rahmat bererti : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim wanita kerana dia melindungi apa yang ada di dalamnya. Dengan pengertian kata rahmat seperti ini, maka tujuan Rasulullah s.a.w. diutus beserta seluruh isi serta cara penyampaian risalahnya adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada seluruh semesta alam. Misi baginda bukanlah untuk membawa bencana dan keresahan di muka bumi. Dari sini terlihat bahawa misi Nabi Muhammad s.a.w. adalah menjaga dan mengembangkan sifat rahmat yang telah dipersiapkan dalam jiwa kita sejak kita masih dalam kandungan. Dan sampai saat kita meninggalpun kita mengharap untuk masuk dalam lingkaran rahmat itu dengan ungkapan “almarhum” iaitu yang memperolehi rahmat, kelembutan dan perlindungan daripada Allah Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Tanda syukur kita atas nikmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w yang membawa rahmat kepada sekalian alam ini maka wajib kasih dan cinta kepada nabi s.a.w lebih daripada segala yang lain. قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia Sabda Nabi SAW dalam riwayat Anas bin Malik: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ Maksudnya: “3 perkara di mana sesiapa memilikinya, maka dia akan merasai kemanisan iman: [1]seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, [2] tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan [3] membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” Imam an-Nawawi berkata, :“Makna manisnya iman adalah kelazatan dalam melakukan ketaatan dan berani menanggung beban berat ketika menjalankan suruhan agama, serta lebih mengutamakan agama daripada dunia. Cinta hamba kepada Allah dapat terwujud dengan mengerjakan ketaatan dan menjauhi maksiat atau kedurhakaan”. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam surah ad-Dhuha ayat 6-11: أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ ‎﴿٦﴾‏ وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ ‎﴿٧﴾‏ وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ‎﴿٨﴾‏ فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ‎﴿٩﴾‏ وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ ‎﴿١٠﴾‏ وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ‎﴿١١﴾‏ Maksudnya : Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; ) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. Ketika menyoroti sirah perjalan hidup manusia Agong nabi Muhammad s.a.w maka kita akan dapati bagaimana kehidupan yang susah penuh mencabar dari usia kecil hinggalah wafat di mana ia adalah tarbiah dan didikan Allah bukan sahaja kepada baginda s.a.w tetapi juga kepada kita sebagai umatnya agar kita tidak memandang bahawa perjuangan Islam ini pasti akan diberikan dengan kemenangan yang mudah dan janji kejayaan yang senang. Sebaliknya kejayaan dan kemenangan Islam perlunya pengorbanan dan seribu macam kesusahan. Antara ujian kepada nabi s.a.w ialah [1] lahir sebagai anak yatim Piatu di mana ia ada hikmah tersembunyi. Pengaruhnya terhadap baginda SAW sangat luar biasa. Dia menjadi orang yang lebih kuat, baik secara jiwa dan mental. Hal ini membuat Baginda bersiap untuk misi mulianya sebagai seorang Nabi. [2] Ditinggalkan Orang-Orang tersayang yang banyak membantu misi dakwahnya antaranya isteri tercinta iaitu Khadijah yang banyak berdiri di sisinya, menawarkan tidak hanya dokongan emosi tetapi malah dokongan material kepada suaminya dan komuniti Muslim yang baru. Begitu juga kehilangan Abu Tolib yang turut menjadi pelindung yang kuat kepada nabi dalam menghadapi ancaman kejam dari orang-orang Mekah saat itu. Kesulitan dalam kerja dakwah di Mekah selama 13 tahun pertama di mana baginda dan para pengikutnya menghadapi banyak penganiayaan. Penentangan ini tidak menyebabkan nabi kecewa dan berputus asa malah kesabaran baginda lebih terserlah apabila memilih untuk mendoakan agar penduduk Taif diberi taufiq hidayah daripada Allah berbanding tawaran malaikat untuk menghempap mereka dengan gunung yang besar. عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ قالَ: قِيلَ: يا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ عَلى المُشْرِكِينَ. قالَ: إنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعّانًا، وإنَّما بُعِثْتُ رَحْمَةً- رواه مسلم Maksudnya: “Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w, : Do’akanlah kaum musyrik dengan keburukan! Baginda s.a.w bersabda, ‘Sesungguhnya, aku tidak diutus sebagai pengutuk, namun aku diutus sebagai pembawa rahmat.” [4] Begitulah saat getir ketika berada di Madinah walau pun telah memiliki kuasa pemerintahan namun terpaksa berdepan dengan musuh dalaman dari kalangan munafiq dan yahudi. Begitu juga siri peperangan dengan pihak kafir Quraisy Mekah yang terus memerangi nabi. Namun ketika berlakunya pembukaan Kota Mekah nabi telah memaafkan musuhnya sehingga ramai yang beriman. Manakala yang tetap kafir telah dilepaskan untuk keluar dari bumi Mekah secara aman kecuali beberapa orang dari kalangan mereka yang telah dijatuhkan hukuman Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Hadid : مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّـهِ يَسِيرٌ ﴿٢٢﴾ Maksudnya : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Ketika kita bergembira menyambut Maulidurrasul s.a.w maka kita jangan lupa kepada penderitaan saudara kita yang sedang ditimpa musibah. Antaranya dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang melanda beberapa wilayah di Morocco baru-baru ini. Pusat gempa bumi yang besar di wilayah Al-Haouz dan Taroudant. Angka korban telah mencecah 3000 orang sehingga kini dan dijangka akan mengingkat lagi. Dilaporkan juga lebih 4000 orang cedera dan kritikal. Mangsa-mangsa yang terselamat terpaksa tinggal di dalam khemah selepas rumah mereka musnah setelah menghadapi gempa bumi paling dahsyat di Maghribi dalam tempoh lebih 60 tahun. Kini mereka bergelut mencari makanan, air dan tempal tinggal yang selamat. Manakala di Libya pula dikejutkan dengan bencana banjir besar akibat Ribut Daniel. Pasukan penyelamat dilaporkan telah menemui ratusan mayat dalam serpihan bandar Derna di timur Libya, dan dikhuatiri jumlah korban akan meningkat dengan 10,000 orang dilaporkan masih hilang selepas air banjir dari Ribut Daniel melanda empangan dan menghanyutkan seluruh kawasan kejiranan. Kemusnahan berlaku di Derna dan bahagian lain di timur Libya Ketika kita sekarang boleh makan, minum, dan memiliki rumah, maka ingatlah saudara-saudara kita yang ditimpa pelbagai musibah termasuk banjir, gempa bumi dan sebagainya. Saat ini mereka sedang kesusahan dan kesulitan. Maka hulurkanlah tangan kita untuk membantu mereka semampu mungkin. Sedekah kita di dunia akan membawa kesenangan di akhirat kelak قال النبي :مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ-رواه مسلم Maksudnya: Sesiapa yang membantu menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahan daripadanya pada hari kiamat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Pemimpin Zalim DiTentang Pemimpin Adil DiJulang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur : وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ Maksudnya : Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa memerintah negara (yang memegang kuasa pemerintahan) di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna untuk umat manusia. Untuk melaksanakan cara hidup ini, manusia memerlukan satu organisasi masyarakat yang tersusun, kokoh dan berwibawa berdasarkan kepada ajaran yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Lapisan organisasi masyarakat manusia yang tertinggi ialah kerajaan atau pemerintah. Ini kerana pemerintah mempunyai kuasa politik untuk memastikan semua kegiatan sosio-ekonomi dalam masyarakat dapat dilaksanakan dengan teratur berdasarkan kepada prinsip dan dasar yang telah ditentukan. Apabila anggota masyarakat mematuhi dan melaksanakan segala prinsip dan dasar yang ditetapkan oleh pemerintah, maka akan terwujud satu negara yang stabil, maju dan berjaya. Apabila pemerintah itu menentukan prinsip dan dasar yang dikehendaki oleh Islam, maka pemerintah tersebut dinamakan pemerintah atau kerajaan Islam atau dan negara yang dihasilkan adalah negara Islam. Kemuncak kepada kerajaan Islam ini ialah khalifah, Imam atau ketua negara. Dalam Al-Qur’an banyak dijumpai istilah-istilah kepemimpinan antara lain: Amir, Khalifah, Imamah dan lain-lain. Hal ini bererti Islam telah lebih dahulu mengetahui dan menetapkan asas-asas kepemimpinan jauh sebelum para ilmuan-ilmuan Barat membahasnya. Namun, berbagai teori yang digambarkan para ahli mengenai kepemimpinan sehingga membuat orang tidak memahami akan erti sebenarnya tentang kepemimpinan dalam Islam. Sehingga pemimpin masa kini, tak jarang telah lari dari erti kepemimpinan dalam Islam. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran: مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya Islam sangat memeperhatikan seni kepemimpinan. Islam adalah agama yang merangkumi bukan sahaja ibadat khusus, tetapi ia juga suatu sistem hidup yang merangkumi bidang-bidang lain seperti muamalat, sistem sosial dan sistem politik. Lantaran itu, konsep kepimpinan juga menjadi tajuk yang diperbincangkan oleh para ulama’, sejarawan dan ilmuwan-ilmuwan Islam dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbincangkan di bawah tajuk ‘imamah’, ‘khalifah’ dan tajuk-tajuk lain seumpamanya. Islam menganggap setiap seorang Muslim yang mukallaf sebagai pemimpin. Sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka, dan keluarga mereka. Dengan sebab seseorang itu dianggap pemimpin bagi dirinya, beliau tidak boleh mencampakkan dirinya dalam kemusnahan atau dalam bahaya Keperluan kepada ketua atau pemimpin ini adalah jelas, iaitu untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini, terutama suruhan-suruhan yang berkaitan dengan tugas penguasa, juga untuk memberi pengarahan, menjaga kebajikan dan keselamatan mereka,mengatur penggunaan sumber, menjalankan usaha untuk kemuslahatan ramai, dan mengelak dari berlakunya pertelingkahan antara mereka Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 8 surah Al-Maidah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan Kepimpinan saling bertukar ganti di mana ada berjaya menjalankan amanah kepimpinan sehingga membawa kebahagiaan rakyatnya dan ramai pula yang gagal menunaikan tanggungjjawab sehingga membawa penderitaan kepada rakyat dan negara. Antara punca kejatuhan seorang pemimpin ialah [1] Terlalu memuji pemimpin di mana terdapat rakyat dan pengikut yang mendekati, memuji dan memuja pemimpin mereka dengan niat supaya takut dimarah, dijatuhkan pangkat dan kedudukan dek takut periuk nasi mereka hilang begitu sahaja. Bagi pemimpin pula, apabila dipuja dan dipuji sentiasa, akan timbul rasa takjub menyebabkan mereka akan berbuat apa sahaja kerana walau dilakukan salah atau sebaliknya, mereka tetap akan berada dalam zon selesa. Melanggar janji di mana Allah SWT membenci orang yang berjanji dan berkata tetapi tidak mengotakannya. Jangan mudah menabur janji kerana mengimpikan kuasa. Takut nanti kuasa tersebut yang akan menjatuhkan kita. Berpadalah dalam berkata-kata! Ketidakadilan pemimpin di mana apabila memiliki kuasa, pemimpin boleh melakukan apa-apa yang mereka suka. Sukar untuk pemimpin melakukan apa yang mereka tidak suka terutamanya yang tidak digemari oleh para pengikut dan penyokong mereka. Keadaan ini menyebabkan kemungkinan akan berlaku ketidakadilan kepada orang lain. Ketidakadilan berlaku, malah kezaliman yang diperlaku. Dek memuaskan hawa nafsu diri, dek kuasa dan penerusan kekuasaan, mereka melakukan ketidakadilan seperti memberikan kedudukan dan pangkat walau tidak memenuhi syarat, pemberian anugerah dan sumbangan juga dipilih-pilih dengan mengutamakan mereka yang memberikan kepentingan kepadanya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 58 surah an-Nisaa’ : إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ‎﴿٥٨﴾‏ Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Menurut nafsu Punca kejatuhan pemimpin yang ke-[4] menuruti hawa nafsu di mana pemimpin yang menuruti hawa nafsu akan menyebabkan hilang pertimbangan akal dan perbuatan mereka menjadi tidak rasional kerana kemewahan hidup. Pemimpin tidak boleh memperlakukan sesuka hati, bercakap tanpa iman kerana itu akhlak sebagai seorang pemimpin. Banyak mata yang melihat dan banyak hati yang perlu dijaga, nanti tangan-tangan merekalah yang menentukan jatuh bangun seorang pemimpin. Pemimpin perlu menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai qudwah dalam berbicara dan berperilaku di hadapan masyarakat. [5] kejatuhan seseorang pemimpin kerana rakyat tidak menegur kesalahan pemimpin. Saidina Abu Bakar As-Siddiq radiallahuanhu sejurus sahaja dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW mengatakan dalam khutbahnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin kamu semua, dan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu semua. Sekiranya aku berbuat baik maka bantulah aku, dan sekiranya aku melakukan kesilapan, maka betulkanlah aku. Kebenaran adalah satu amanah dan dusta itu adalah satu pengkhinatan.” Saidina Abu Bakar telah menunjukkan bahawa sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada kesilapan. Jadi kesilapan tersebut mungkin tidak disedari dilakukan mungkin dalam keadaan sedar atau sebaliknya. Maka, rakyatlah yang menjadi penegur dan pengkritik. Maka pemimpin hendaklah bersedia untuk menerima kritikan dan teguran daripada rakyat. Setiap pemimpin wajib mencari sahabat setia yang tidak menyembunyikan kelemahannya dek menjaga hati dan air muka. Manakala rakyat mesti menjadi pengkritik atau penegur yang menegur pemimpin agar menegur dengan cara yang berhemah supaya cara dan kaedah teguran tidak menjatuhkan kredibiliti dan kewibawaan seseorang pemimpin. Pemimpin mempunyai tugasan besar. Pemimpin yang sedar akan tanggungjawab kepimpinan tidak akan menganggap jawatan dan kedudukan merupakan suatu kemuliaan, tetapi mereka perlu menganggapnya sebagai suatu bebanan besar yang akan disoal di akhirat kelak. Beringatlah wahai pemimpin! Di depan kamu adanya janji nikmat Syurga dan amaran seksaan api Neraka بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 8 September 2023

Khutbah Jumaat : Kepimpinan Islam DiJulang Penyalahgunaan Kuasa DiTentang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat  58   surah an-Nisaa’ :  إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ‎﴿٥٨﴾‏ Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Kepimpinan di dalam Islam mempunyai pengertian yang amat luas, termasuklah pemimpin dalam institusi keluarga, pemimpin masyarakat dan juga pemimpin negara. Semakin luas bidang kepimpinan kita maka semakin beratlah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Di dalam sejarah kepimpinan Islam, Rasulullah s.a.w adalah merupakan pemimpin umat Islam yang pertama berjaya membentuk sebuah negara Islam di Madinah Al-Munawarah. Sekalipun penduduk Madinah mempunyai berbagai-bagai suku kaum dan bangsa, namun dengan kebijaksanaan dan keadilan Rasulullah s.a.w mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadilan Rasulullah s.a.w sebagai seorang pemimpin amat terserlah dalam banyak perkara. Dalam melaksanakan syariat Islam, baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah membezakan di antara sesama manusia samada ahli keluarganya, kaum kerabatnya, sahabat-sahabatnya mahupun golongan yang berpengaruh atau sebaliknya. Baginda senantiasa berlaku adil di dalam semua perkara. Corak kepimpinan Rasulullah s.a.w ini telah diikuti oleh para khalifah selepasnya seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab dan lain-lain lagi sehinggakan kemakmuran di kota Madinah dapat terus dikekalkan. Inilah antara bukti yang nyata di mana apabila seseorang pemimpin itu bersifat adil maka rumahtangga, masyarakat dan rakyat seluruhnya akan hidup aman sejahtera dan negara akan terus makmur dengan mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Seseorang pemimpin itu hanya akan dianggap sebagai pemimpin yang adil apabila ia dapat melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sempurna. Dua amanah utama yang harus dipikul oleh seorang pemimpin di dalam sebuah negara ialah; Pertama : Melaksanakan syariat Allah SWT. Kedua : Menggerakkan dan memimpin ke arah kehidupan yang diredhai Allah SWT. Pemimpin yang adil hendaklah sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepadanya.    Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat  8  surah al-Maidah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ‎﴿٨﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.            Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “separation of powers” merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada 3 cabang utama iaitu pemerintah (eksekutif), perundangan (legislatif), dan kehakiman (judisiari). Islam mendahului beberapa abad dalam pelaksanaan konsep pembahagian kuasa ini dan telah mempengaruhi sistem kehakiman negara Barat yang mengamalkan sistem demokrasi melalui pengkajian golongan orientalis daripada tamadun Islam. Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW terhadap diri Baginda sendiri, apabila Baginda membeli seekor kuda daripada seorang Badwi. Setelah mereka bersetuju dengan harga kuda itu, hanya Baginda belum menjelaskan bayarannya kerana berlaku hal yang lain, tiba-tiba si Badwi itu mempelawa kepada sesiapa sahaja untuk membelinya dengan harga yang lebih mahal dan ada pula yang mahu membelinya. Apabila Rasulullah SAW memanggil untuk membayarnya, tiba-tiba si Badwi itu tegas mahu menjual kepada orang lain dengan tawaran harga yang lebih mahal. Mengikut hukum Islam, bahawa Rasulullah SAW yang berhak menjelaskan bayarannya kerana jual beli itu masih berada dalam majlis yang belum berpisah (khiyar majlis). Namun, si Badwi itu tetap meminta untuk dibicarakan dengan membawa saksi dan Rasulullah SAW perlu menunjukkan saksinya. Khuzaimah bin Thabit RA lalu tampil menjadi saksi di samping ramai lagi saksi daripada kalangan sahabat yang lain. Akhirnya, si Badwi bersetuju menyerahkan kuda itu kepada Rasulullah SAW.  Di sini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sebagai seorang rasul yang dilantik oleh Allah SWT mengatasi jawatan segala raja dan pemimpin negara, tidak menggunakan kedudukan Baginda untuk mempengaruhi sistem kehakiman yang mewajibkan keadilan Islam kepada semua. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 135 surah an-Nisaa’ : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا ‎﴿١٣٥﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan Keadilan Islam dalam memisahkan antara kuasa pemerintah , perundangan , dan kehakiman dapat kita saksikan dalam kisah Khalifah keempat Khulafa’ al-Rasyidin, Khalifah ‘Ali RH di mana pada suatu hari ketika beliau sedang berjalan di pasar pada suatu hari, tiba-tiba beliau melihat baju perisai kepunyaannya yang hilang hendak dijual oleh seorang bukan Islam (Ahli Kitab) di pasar itu. Lalu beliau mengambilnya dan mengaku baju perisai itu ialah kepunyaannya yang hilang, namun si penjual itu menegaskan bahawa baju perisai itu merupakan miliknya. Akhirnya, kes itu dibawa ke hadapan Hakim Syuraih al-Kindi untuk dibicarakan. Syuraih meminta saksi daripada Khalifah ‘Ali RA. Apabila Khalifah ‘Ali RA tidak dapat mengadakan saksi yang diterima, maka Hakim Syuraih menyerahkan baju perisai itu kepada yang dituduh iaitu seorang bukan Islam untuk mengambilnya. Tiba-tiba, si penjual yang dituduh itu berkata: ‌أَمَّا ‌أَنَا ‌فَأَشْهَدُ ‌أنَّ ‌هَذِهِ ‌أَحْكَامُ ‌الأَنْبِيَاءِ، ‌أَمِيْرُ ‌الْمُؤمِنِيْنَ ‌يُدْنيني ‌إِلَى ‌قَاضِيْهِ ‌يَقْضِيْ ‌عَلَيْهِ. ‌أَشْهَدُ ‌أَنْ ‌لَا ‌إلَهَ ‌إلَا ‌اللهُ ‌وَأَشْهَدُ ‌أَنَّ ‌مُحَمَّدًا ‌عَبْدُهُ ‌وَرَسُولُهُ، ‌الدِّرْعُ ‌وَاللهِ ‌دِرْعُكَ ‌يَا ‌أَمِيْرَ ‌الْمُؤْمِنِينَ ‌اتَّبَعْتُ ‌الجَيْشَ ‌وَأَنْتَ ‌مُنْطَلِقٌ ‌إِلَى ‌صِفِينَ. Maksudnya : “Sesungguhnya, aku bersaksi bahawa inilah kehakiman para anbiya’ yang adil kerana seorang Amir al-Mu’minin (ketua negara yang berkuasa) mengadukan masalah ini kepada hakim untuk menghakiminya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Dan demi Allah baju perisai ini sememangnya kepunyaanmu, wahai Amir al-Mu’minin! Aku mengambilnya ketika ia terjatuh dari unta apabila kamu wahai Khalifah mahu berangkat ke Siffin.” Kemudian, si ahli Kitab itu terus menyerahkan baju perisai tersebut kepada Khalifah ‘Ali RA, lalu beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk Islam. Khalifah ‘Ali RA pula menghadiahkan perisai itu kepada Ahli Kitab itu dan beliau menjadi seorang pejuang Islam yang berjihad dengan ikhlas. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Pernah berlaku pula pada zaman Sultan Muhammad al-Fatih yang memerintah Kerajaan ‘Uthmaniyyah di mana Baginda menugaskan seorang arkitek berbangsa Rom (bukan Islam) kerana kemahirannya agar membina sebuah masjid yang besar dan indah bertiangkan marmar mengikut ketinggian yang telah ditetapkan. Tiba-tiba, masjid yang dibina itu tidak mengikut arahan baginda, menyebabkan sultan sangat murka lalu arkitek itu dipotong tangannya. Namun, selepas itu, sultan sangat menyesal atas tindakannya yang zalim itu. Adapun arkitek itu membuat pengaduan kepada hakim Istanbul yang terkenal ketegasannya, Syeikh Sori Khadir Jalabi. Hakim membuat keputusan bahawa sultan hendaklah dijatuhkan hukuman qisas dipotong tangannya atau membayar diat (wang dengan jumlah yang dihadkan) cara hukumannya mengikut pilihan pendakwa. Tiba-tiba, orang yang mendakwa tercengang dengan keputusan hakim lalu memilih hukuman bayaran sara hidup kepadanya. Kemudian, Sultan Muhammad al-Fatih menggandakan bayaran sara hidupnya lebih daripada keputusan hakim.  Semua kisah ini menunjukkan betapa Islam mendahului negara demokrasi Barat dalam melaksanakan konsep pembahagian kuasa dan menegakkan keadilan kepada semua, termasuk terhadap bukan Islam kerana perintah Allah yang mengatasi undang-undang ciptaan manusia. Negara demokrasi Barat yang menjajah dan menakluki negara Islam banyak mengambil kitab karangan para ulama’ Islam dalam segala lapangan ilmu, termasuk dalam lapangan pentadbiran dan kehakiman sehingga ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab itu telah mempengaruhi mereka. Akan tetapi, mereka memisahkan urusan pentadbiran dan kehakiman itu daripada agama. Namun, pengaruhnya tetap membawa pembaharuan kepada mereka. Rasulullah SAW memberikan amaran kepada para hakim dengan sabdanya: القُضَاةُ ثَلَاثَةٌ: قَاضِيَانِ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ فِي الجَنَّةِ، رَجُلٌ قَضَى بِغَيْرِ الحَقِّ فَعَلِمَ ذَاكَ فَذَاكَ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ لَا يَعْلَمُ فَأَهْلَكَ حُقُوقَ النَّاسِ فَهُوَ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ قَضَى بِالحَقِّ فَذَلِكَ فِي الجَنَّةِ. - رواه أبو دأود و الترمذي والنسائي وابن ماجه Maksudnya : “Para hakim itu ada 3 jenis; dua jenis berada di dalam neraka dan satu jenis berada di dalam syurga. Seseorang yang menghukum secara salah walaupun dia mengetahui perkara yang benar, maka dia berada di dalam neraka. Seseorang yang jahil yang merosakkan hak manusia dengan kejahilannya, maka dia berada di dalam neraka juga. Dan seseorang yang menghukum secara benar, maka dia berada di dalam syurga.”  Sangat malang dan memalukan bagi pemimpin dan umat Islam yang ditimpa bencana kehakiman yang tidak mengikut Islam yang merupakan agamanya sendiri. Keadaan ini menunjukkan betapa penjajahan pemikiran dan sistem masih lagi bertapak dan perjuangan kemerdekaan masih belum selesai. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia dan akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 18 Ogos 2023

Khutbah Jumaat : Raikan Kemenangan Perkasakan Undang-undang Islam

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat  1-3   surah al-Fathu : إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ‎﴿١﴾‏ لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ‎﴿٢﴾‏ وَيَنصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا ‎﴿٣﴾‏  Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,  Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).  Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya) Kemenangan adalah suatu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar haq atau batil, pejuang itu Muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain. Islam mempunyai asasnya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-fawzu, al-nasru dan al-fathu. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza. Kemenangan dengan istilah “al-falah” melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan “al-fawz” pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan “al-nasr” pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya. “Al fath” pula kejayaan yang diperolehi setelah melalui pelbagai jenis ujian seperti kekalahan, kelemahan, kesedihan dan kesengsaraan. Kemenangan pula terbahagai kepada 2 iaitu kemenangan di Dunia dan kemenangan di akhirat nanti. Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang. Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. 3 bentuk kemenangan al-nasr di dunia yang dijanjikan itu adalah : [1] Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk pimpinan. [2] Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya kewibawaan untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara. [3] Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.   Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 10-12 surah as-Soff: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ‎﴿١٠﴾‏ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ‎﴿١١﴾‏ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ‎﴿١٢﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).  (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. Kemenangan di akhirat yang disebut al-fawzu pula adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam. Allah menawarkan kemenangan  di akhirat itu meliputi 4 perkara iaitu : [1] Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat. [2] Mendapat keampunan dari Allah Taala di atas segala dosa yang telah dilakukan. [3] Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai yang mengalir. [4] Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di Syurga yang bernama ‘Adni. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 1-3 surah an-Nasru: إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ‎﴿١﴾‏ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ‎﴿٢﴾‏ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ‎﴿٣﴾ Maksudnya : Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -  Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -  Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.  Surah an-Nasru bukan sahaja memberitahu tentang kemenangan Islam malah ia merupakan penunjuk Rabbani saat datang pertolongan Allah dan kemenangan dari-Nya. Rasulullah diperintahkan untuk bertasbih, bertahmid dan beristighfar. Orang-orang beriman tidak boleh sombong dan angkuh atas kemenangan ini. Tapi mesti menyedari bahqwa kemenangan itu datangnya dari Allah. Oleh itu wajib mendekatkan diri kepada Allah, mensucikan Allah daripada segala sifat kekurangan, bersyukur kepada-Nya dan memohon ampunanNya. Bertasbih dan bertahmid atas kurniaan dan anugerah Allah yang telah menjadikan mereka sebagai pemegang amanah untuk melaksanakan dakwah-Nya dan menjaga agama-Nya. Beristighfar dari rasa bangga dan sombong yang kadang-kadang menyelinap ke dalam jiwa saat kemenangan tiba. Juga beristighfar atas perasaan dan sikap yang boleh jadi menyertai saat perjuangan panjang dan sekian lama menantikan datangnya kemenangan. Ibnu Katsir menjelaskan, Rasulullah s.a.w tidak hanya bertasbih dan beristighfar. Bahkan pada hari pembukkan Kota Makkah, baginda mengerjakan solat dhuha 8 rakaat. Sebahagian ulama berpendapat, disunnahkan mencontohi Rasulullah s.a.w mengerjakan sholat 8 rakaat ketika mendapatkan kemenangan atas suatu negeri. Sa’ad bin Abi Waqash RH ketika menawan kota-kota di Parsi juga melakukan solat itu. Rasulullah mensyukuri nikmat pengampunan Allah ini dengan pengampunan kepada seluruh penduduk Makkah. Baginda memaafkan mereka meskipun dulunya menyakiti dan memerangi Rasulullah s.a.w. Sebelum pembukaan Kota Makkah berlaku, pemimpin Quraisy Abu Sufyan bin Harb telah datang menemui Rasulullah S.A.W meminta perdamaian. Beliau tahu Quraisy tidak dapat lagi menghadapi kemaraan umat Islam. Nabi s.a.w menerima perdamaian itu dengan meletakkan beberapa syarat. Namun semangat berkobar-kobar umat Islam mahu membalas pengkhianatan janji Quraisy menyebabkan Saad bin Ubadah menyatakan kata-kata keras di hadapan Abu Sufyan: الْيَوْمَ يَوْمُ الْمَلْحَمَةِ ، الْيَوْمَ تُسْتَحَلُّ الْكَعْبَةُ Maksdudnya : "Hari ini adalah hari balasc dendam! Hari ini Kaabah akan ditawan!" Apabila Nabi S.A.W mendapat tahu perkara ini, baginda membalas:  الْيَوْمُ يَوْمُ الْمَرْحَمَةِ . Maksudnya : "Sebenarnya hari ini hari kerahmatan kasih sayang.. Keadaan ini telah membuatkan orang berbondong-bondong memeluk Islam. Kemenangan Islam tidak sedikitpun digunakan bagi membalas dendam kejahatan yang selama ini dilakukan Quraisy. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ‎﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Ketika Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan kali ke-66 sepatutnya budaya penjajah yang merosakkan dan pemikiran penjajah samada sekuler, liberal dan sebagainya sudah terhakis namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Masih ada segelintir umat Islam sendiri yang mengaku sudah merdeka namun cara hidup dan berfikir terus berqiblatkan penjajah. Kita begitu bimbang apabila ada usaha halus dan terancang telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 21 kesalahan jenayah Syariah Negeri Kelantan. Antaranya termasuk liwat, persetubuhan dengan mayat dan bukan manusia, musnahkan tempat ibadat, judi, arak dan banyak lagi. Permohonan itu bersandarkan kepada keputusan kes Iki Putra. Bahawa Negeri Kelantan tiada kuasa untuk buat undang-undang tersebut. Pendengaran kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ditetapkan semalam 17 Ogos 2023. Kalau Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permohonan tersebut, maka 21 kesalahan tersebut akan dibatalkan. Namun yang lebih parah kesannya, saya pasti kesemua Enakmen Jenayah Syariah di semua negeri akan mula dicabar dan terus dicabar. Ia membawa teori domino jika Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibatalkan ia boleh membawa akibat terbatalnya juga Kanun Jenayah Syariah di lain-lain negeri. Oleh itu kita menyeru pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama diseru terlibat dalam kes berkaitan Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Kelantan sama ada sebagai pencelah  atau sahabat mahkamah dalam menentang tindakan jahat ini. Kita juga sebagai umat Islam yang bermaruah mesti terus bermunajat berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati golongan ini dan dihancur serta digagalkan segala perancangan jahat mereka yang tidak bertanggungjawab. Kita juga wajib berdoa dan berusaha agar kuasa Mahkamah Syariah bukan sahaja semakin lemah malah semakin diperkasakan dari masa ke semasa bermula dengan kesungguhan pemimpin negara dan ahli parlimen. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ