أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 24 Julai 2015

Istiqamah Bentuk Umat Cemerlang Negara Gemilang

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 30 surah Fussilat : إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu Kini kita mula memasuki minggu ke-2 daripada bulan Syawal di mana kemeriahan sambutan Aidilfitri terus hangat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama dengan rumah terbuka silih berganti. Hiasi rumah terbuka dengan ajaran Islam antaranya jangan cemari dengan pergaulan bebas, hiburan melampau, pakaian mendedah aurat, pembaziran. Rumah terbuka juga mesti mengutamakan golongan miskin bukannya hanya menjamu golongan kaya yang sedia kenyang sahaja, mengutamakan jiran tetangga bukan tertumpu kepada tetamu yang jauh sahaja agar matlamat merapatkan lagi silaturrahim dicapai bukannya memberi keutamaan kepada setengah golongan sahaja dengan meminggirkan golongan yang lebih utama yang lain. Kemeriahan menyambut hari raya tidak sepatutnya melupakan kita kepada tarbiah Ramadhan yang begitu bermakna dalam mengubah seterusnya membentuk diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa dari setiap segi samada dari sudut ibadat khusus, ibadat umum yang meliputi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Contohilah cara yang pernah ditunjukkan oleh ulama terdahulu yang sangat mengambil berat mengenai Ramadan sehinggakan selepas berlalunya bulan mulia itu, mereka memanjatkan doa yang sama sepanjang 6 bulan selepasnya, memohon semua amal ibadah dilakukan pada bulan Ramadhan lalu diterima oleh Allah. 6 bulan seterusnya, mereka menadah tangan pula memohon doa supaya Allah memanjangkan usia mereka sehingga dapat bertemu dan beribadah lagi pada Ramadan akan datang. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah menerima amalan soleh, mengampunkan dosa seterusnya memberikan keizinan bertemu dengan Ramadan akan dating. Ingatlah bahawa kita bukan sahaja mahu bergembira menyambut hari raya di dunia fana ini sahaja malah yang lebih penting ialah berhari raya dalam Syurga Allah di akhirat kelak. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 204-205 surah al-A’araf: وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿٢٠٤﴾ وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ ﴿٢٠٥﴾ Maksudnya : Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. Suatu kajian menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan yang sentiasa dibuat berulangkali dalam suatu tempoh tertentu boleh menimbulkan perasaan untuk terus melakukannya bila berjaya dihayati. Menyedari perkara ini maka kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengekalkan momentum tarbiah Ramadhan dengan sama-sama mengekalkan amalan soleh yang telah kita jayakan pada bulan Ramadhan lalu antaranya memperbanyakkan bacaan al-Quran seterusnya tadabbur makna dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pastikan program membaca al-Quran ada dalam jadual harian kita supaya tidak menjadikan alasan sibuk untuk tidak membaca al-Quran sedangkan masa untuk berbual, menonton tv, bermain sukan sentiasa ada dalam jadual walau sesibuk mana pun kita. Kita tidak mahu menjadi manusia yang lalai dengan kehidupan dunia sehingga lupa kepada akhirat قال النبي (ص) : مَن قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ فِي لَيلَةٍ لَم يُكتَبْ مِنَ الغَافِلِينَ - رواه الحاكم في المستدرك Maksudnya : Sesiapa yang membaca 10 ayat (daripada al-Quran) pada malam hari, maka dia tidak termasuk orang-orang yang lalai.” Imam Nawawi mengatakan dalam kitab Al-Adzkar : “Ketahuilah bahawa bacaan Al-Qur’an merupakan zikir yang utama, maka hendaknya dibiasakan. Jangan sampai berlalunya sehari semalam tanpa membaca al-Quran. Hal tersebut dapat diraih dengan sekadar membaca ayat meskipun sedikit”. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Begitu juga dengan tarbiah solat berjemaah jangan diabaikan setelah berlalunya Ramadhan kerana inilah antara jalan mudah untuk mengumpul bekalan akhirat. Bayangkan perbezaan jelas pahala antara orang yang solat Jemaah dengan 27 kali ganda berbanding orang yang solat seorang diri. Jika sehari orang yang solat berjemaah mengumpul 135 pahala sedangkan yang solat seorang diri hanya 5. Bayangkan jika seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun berapa banyak lagi perbezaan yang jelas ketara dapat dilihat. Begitu juga dengan orang yang dapat istiqamah dengan solat sunat terutama yang mengiringi solat 5 waktu عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) مَنْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ . – رواه الترمذي والنسائي Maksudnya : Sesiapa menjaga dalam mengerjakan solat sunat 12 rakaat, maka Allah akan membangunkan mahligai untuknya di Syurga, iaitu 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya` dan 2 rakaat sebelum Subuh. Malah menurut kajian sains bagaimana solat berperanan sebagaimana senaman yang memboleh membakar kalori serta boleh memanjangkan umur kerana ia begitu baik untuk kesihatan. Oleh itu begitu malang bagi sesiapa yang meninggalkan solat yang bukan sahaja bakal diseksa di akhirat malah turut rugi di dunia lagi Firman Allah dalam ayat 42-43 surah al-Mudassir: مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ﴿٤٢﴾ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ ﴿٤٣﴾ Maksudnya : (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Sidang Jumaat dirahmati Allah, Antara sikap manusia yang cerdik ialah orang yang bersungguh membuat suatu perkara yang mudah tapi hasilnya berganda, amalan sedikit tetapi hasil banyak. Oleh itu masukkan diri kita sebagai manusia yang cerdik dengan sama-sama menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal sebagai menyahut seruan nabi s.a.w مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Tarbiah Ramadhan juga mengajak kita merasai kesusahan dan keperitan orang lain. Seorang Raja juga berpuasa, seorang menteri juga berpuasa, seorang ulama juga berpuasa, si kaya juga berpuasa bahkan si miskin meneruskan kebiasaannya berlapar dengan sama-sama berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Apabila setiap anggota masyarakat mengambil kira kesusahan orang lain sebagai neraca membuat keputusan dan tindakan, maka makin mengecillah jurang persengkitaan akibat rasa tidak puas hati. Meletakkan kepentingan orang lebih utama dari kepentingan diri sendiri. Rasa bersaudara kembarnya adalah kegembiraan dan kesusahan dapat dikongsi bersama. Bukannya kegembiraan dinikmati bersendirian tetapi kesusahan dipaksa kongsi bersama. Seorang ulama akan memberi nasihat yang benar bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan. Seorang pemimpin akan membuat polisi bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan. Pengurusan sikap sebagai pemimpin oleh Umar al Khattab ketika menghadapi krisis ekonomi yang sangat meruncing sangat baik dijadikan teladan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika berlaku krisis ekonomi yang berlaku selama 9 bulan bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, baginda juga cemerlang dalam pendirian dan sikap. Baginda r.a tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. Sayyidina Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. Dalam ungkapannya yang lain :“Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagianyang baik lalu aku berikan kepada rakyat makan yang sisa” Kita mesti berkongsi rasa, saat rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, berkira-kira untuk membeli sebotol ubat , dulu makan berlebih lauk tapi kali ini berlebih kuah, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, Janganlah hati kita menjadi kematu lantaran hidup sentiasa senang. Garis ukur kita sebagai ‘berjiwa rakyat’, bukan sekadar makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Tetapi rasailah apa yang rakyat rasai. Jangan rakyat diikat kaki tangan dengan GST kemudian dijerut kepala dengan ditarik subsidi sedangkan gaji pemimpin terus naik ketika kemampuan rakyat semakin menurun Rakyat biasa yang sering berkongsi rasa susah, tidak akan kekok menghulurkan bantuan walaupun dirinya juga susah. Rakyat Acheh yang tidaklah semewah mana hidup mereka tetapi tatkala beberapa negara berkira-kira untuk menyelamatkan bahtera hanyut etnik Ronghinya di awal krisis dahulu, merekalah yang paling awal menghulurkan bantuan seadanya. Bayangkan betapa indahnya jika tiga serangkai ini ulama-pemipin-rakyat mempunyai rahmah kasih sayang yang luar biasa maka hidup kita akan menjadi rukun damai jauh dari persengketaan. Persengketaan amat mudah tercetus apabila masyarakat merasa tersisih dan rasa tidak diadili dan penuh rasa tidak puas hati. Semoga tarbiah Ramadhan dan sinar Syawal membawa erti persaudaraan , bukan dikatakan mukmin jika sentiasa hidup dalam perbalahan sedangkan kekufuran itu menangguk kegembiraan di atas perpecahan sesama muslim. Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ - رواه أبو دأود والترمذي Maksudnya : Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang celaka. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 14 Julai 2015

خطبة عيدالفطري 1436 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ فرمان الله دالم ايات 14-17 سورة الأعلى : قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ‌ اسْمَ رَ‌بِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾بَلْ تُؤْثِرُ‌ونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾وَالْآخِرَ‌ةُ خَيْرٌ‌ وَأَبْقَىٰ مقصودڽ : سسوڠݢوهڽ برجاياله اورڠ يڠ ستله منريما ڤرايڠتن ايت براوسها ممبرسيهکن ديريڽ ﴿دڠن طاعة دان عمل يڠ صالح﴾، دان مڽبوت-ڽبوت دڠن ليدە دان هاتيڽ اکن نام توهنڽ سرتا مڠرجاکن سمبهيڠ ﴿دڠن خشوع﴾. ﴿تتاڤي کباڽقکن کامو تيدق ملاکوکن يڠ دميکين﴾، بهکن کامو اوتاماکن کهيدوڤن دنيا; ڤدحال کهيدوڤن اخرة لبيه باٴيك دان لبيه ککل. مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، سلامت هاري راي عيدالفطري دأوچڤکن كفد سلوروە قوم مسلمين دان مسلمات. کيت بارو سهاج ملالوي تربيه رمضان يڠ مروڤاکن سواتو ڤروسيس دالم ملاهيركن ديري سباݢي همب الله يڠ برتقوى يڠ برجاي ممرديکاکن ديري کيت درڤد 2 بسر يأيت ڤنجاجهن شيطان ڤڠݢودا دان ڤنجاجهن هوى نفسو. أنوݢره هاري راي اين اکن لبيه برمعنى بيلا کيت برجاي منروسكن سچارا استقامة دڠن عملن صالح يڠ تله دجينقکن دڠن ديري کيت سڤنجڠ رمضان لالو سفرت صلاة برجماعة د مسجد اتاو سوراو , ممباچ القرءان ذکرالله , استغفار , توبة , اعتکاف , برصدقة دان لأين-لأين . کيت تيدق ماهو هاڽ ستاکت منجادي همب رمضان يأيت أورڠ يڠ بݢيتو راجين برعبادة سڤنجڠ رمضان نامون بيلا برلالوث رمضان مك کمبالي منجادي همب کڤد هوى نفسو دان شيطان. کيت بوليه کنل دڠن جلس بيذا انتارا سمبوتن هاري راي همب الله دڠن سمبوتن هاري راي همب هوى نفسو د مان همب الله مڽمبوت راي مڠيکوت أدب إسلام ماناکالا همب هوى نفسو ممنوهي ڤروݢريم هاري راي مڠيکوت کهندق شيطان , ڤرݢأولن بيباس, مندده عورة , هيبورن ملمڤاو , ڤمبذيرن دان ڤرکارا يڠ ملڠݢر شرع يڠ لأين . إيڠتله كفد امارن نبي (ص) اݢر جاڠن بياركن ديري کيت لالي درڤد مڠيڠاتي الله الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا( مقصودڽ : شيطان ايت دودوق منچڠکوڠ د أتس هاتي مأنسي . اڤابيلا مأنسي مڽبوت نام الله مك اي اکن مڠوندور ديري دان اڤابيلا مأنسي لالي مك اي اکن ممبيسيقکن کجاهتن . اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم اية 36 سورة الزخرف : وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ‌ الرَّ‌حْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِ‌ينٌ ﴿٣٦﴾ مقصودڽ : دان سسياڤ يڠ تيدق مڠيندهکن ڤڠاجرن القرءان يڠ دتورونکن اوليه الله يڠ مها ڤموره , کامي اکن اداکن شيطان ) يڠ مڠهاسوت) دان لالو جاديله شيطان ايت يڠ تيدق رڠݢڠ . عيدالفطري دڤڠݢيل هاري کجايأن اتس كمباليث کڤد فطرة دڠن ديديقكن رمضان د مان اي مڠحاصيلکن 3 کسن أوتام يأيت سلالو بربوات يڠ اينده , بنر دان بأيك مڠيکوت ڤندوان شرع . جيك کيت کمبالي مڠوتورکن ديري کيت دڠن نودا دوسا يڠ مڠونداڠ کمورکأن الله دنيا اخرة ڤد 11 بولن سلفسڽ . إي عقيبة ݢاݢل مڠاول هوى نفسو د مان امام الغزالي منوکيلکن باݢايمان ڤربواتن دوسا کران ددوروڠ اوليه 4 فکتور يأيت [1]صفة رُبُوْبِيَّة (صفة کتوهنن) يأيت اڤابيلا سسأورڠ ايت مڠمبيل اتاو مماکاي صفة - صفة توهن سڤرتي تکبر , سوكاكن ڤوجين دان سنجوڠن سداڠکن صفة - صفة ايت هاڽ لايق باݢي الله د مان اورڠ جنيس اين سوسه منريما تݢورن دان نصيحة سهيڠݢ لمس دالم دوساڽ [2]صفة شَيْطَانِيَّة) صفة شيطان ( يأيت اڤابيلا وجود دالم ديري سسأورڠ صفة سڤرتي حسد دڠکي , تيڤو حيلة دان لأين-لأين , کران صفة اين بوليه مندوروڠ کڤد ڤربواتن موڠکر ,معصيةيڠ ممبهاياکن ديري سنديري دان اورڠ لأين جيك ݢاݢل دأوباتي دڠن سݢرا [3]صفةبَهِيْمِيَّة ) صفة کحيوانن ( سڤرتي طمع هلوبا , منوروت هوى نفسو ڤروت , منيمبون هرتا ککايأن اونتوق کڤواسن نفسو سمات - مات تنڤامڠيراحلال حرام [4]صفة- صفة سُبُعِيَّة ) صفة کبواسن (سڤرتي صفة ماره , دندم , ممبونوه , مموکول , منچاچي ماکي اورڠ دان سأومفماڽ . سموا صفة برکنأن اداله ڤونچا دان ڤندوروڠ كأره ڤرلاکوان دوسا دان معصية . اڤابيلا اي تله برمهاراجاليلا , مك اکن روسق مأنسي . دوسا ايت عبارة راچون دالم توبوه مأنسي يڠ اکن مرسڤ کسلوروه توبوه بادن دان بوليه ممباوا موت جيك تيدق دأوباتي دڠن سݢرا . دوسا جوݢ أداله بندا کتاݢيه د مان بيلا سوده ملاكوكنڽ سکالي مك اي اکن دأولڠ بوات سکين كاليڽ . جيك مسئلة کتاݢيهن داده ڤون سوسه اونتوق دأوباتي د مان اونتوق تاهون لڤس سهاج کراجأن ترڤقساممبلنجاکن سباڽقRM312.27جوتا باݢي اوسها مناڠني مسئلة ڤڽالهݢونأن داده د نݢارا اين اڤاته لاݢي مأنسي يڠ کتاݢيه دڠن دوسا جيك تيدق دأوباتي سݢرا بوليه ممباوا کروسقكن کڤد ديري سنديري , کلوارݢ, مشارکة دان نݢارا . اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم ايات 21 سورة الروم : وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَ‌حْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُ‌ونَ ﴿٢١﴾ مقصودڽ : : دان د انتارا تندا - تندا يڠ ممبوقتيکن كواسأنث دان رحمتث , بهاوا دي منچيڤتاکن اونتوق کامو ) واهي قوم للاکي ( استري - استري دري جنيس کامو سنديري , سوڤاي کامو برسنڠ هاتي دان هيدوڤ مسرا دڠنڽ ,دان د جاديكنڽ د انتارا کامو ) سوامي استري ( ڤراسأن کاسيه سايڠ دان بلس کاسيهن . سسوڠݢوهڽ يڠ دمکين ايت مڠندوڠي کتراڠن - کتراڠن )يڠ منيمبولکن کسدارن) باݢي اورڠ - اورڠ يڠ برفيکير کداتڠن شوال جوݢ تيدق داڤت دڤيسهکن دڠن مجليس ڤرکهوينن يڠ برلڠسوڠ د سان سيني . ڤرکهوينن بوکن ستاکت لفظ" اکو تريما نكاحڽ" اوليه ڤڠنتين للاکي تتافي اي مروڤاکن ايکاتن اونتوق هيدوڤ برسام دالم منونايکن کواجيڤن سوامي استري . ايکاتن ڤرکهوينن أوفما ببراڤ تمڤت ڤنتيڠ دالم کهيدوڤن کيت سهارين سفرت [1] رومهتڠݢ عبارة مسجد يڠ مروڤاکن لمبڠ هوبوڠن دڠن الله د مان ڤاسڠن يڠ برجاي اياله يڠ ساليڠ ممبري ڤرايڠتن دان سماڠت دالم منونايکن عبادة سڤرتي صلاة , ڤواس دان لأينڽ . کران ايت ڤرکهوينن اتس داسر اݢام لبيه ڤنتيڠ درڤد يڠ لأين. إي جوݢ مڠوکوهکن ايکاتن سسام مأنسي دمان ڤرکهوينن منجالين ايکاتن ککلوارݢأن يڠ لبيه بسر انتارا کدوا ڤيهق [2] رومهتڠݢ عبارة سکوله اتاو يونيۏرسيتي يڠ منجادي تمڤت مڠنل دان بلاجر هاتي بودي ماسيڠ - ماسيڠ سهيڠݢ ماسيڠ - ماسيڠ داڤت منريما ککوراڠن دان ساليڠ لڠکڤ ملڠکڤي . بيلا ستياڤ ديري تاهو تڠݢوڠجواب ماسيڠ - ماسيڠ دان دتونيکن دڠن ڤنوه امانة مك اي ملاهيرکن ڤاسڠن يڠ بهاݢيا [3] رومهتڠݢ عبارة کداي د مان سوامي بوکن سهاج ممينتا کڤد استري اونتوق منونيكن فرمينتأنث تتاڤي سوامي واجب منونايکن حق استري ترماسوق نفقة ماناکالا استري جاڠن فول ممينتا سواتو يڠ لوار کممڤوان سوامي . بيلا ڤروسيس ساليڠ برتوکر منونايکن کواجيڤن برجالن لنچر مك مڠحاصيلکن ڤاسڠن يڠ حرموني [4] رومهتڠݢ عبارة کلينيك اتاو هوسڤيتل د مان دجاديکن تمڤت اونتوق مڠوباتي مسئلةدمان سوامي استري بيلا برلاكو ساله فهم . سوامي يڠ هيبت عبارة دوکتور ڤاکر يڠ ممڤو مڠتهوي ڤڽاکيت دان اوبت سچارا تڤت . استري يڠ بيجق ڤولا اياله عبارة ڤساکيت يڠ ماکن اوبت ايکوت جدوال سهيڠݢ سمبوه ڤڽاکيت . بيلا سوامي تيدق ڤنداي مڠوبت دان استري ڤولا تيدق ماهو براوبت مك ساكيتله رومهتڠݢ. بݢيتو جوݢ جيك كدواڽ برکراس منجادي اڤي تياد يڠ ماهو جادي أير مك اکن ترباكر رومهتڠݢ [5] رومهتڠݢ جوݢ عبارة بالي ڤوليس تمڤت اونتوق مڠادو دان منجاݢ کسلامتن . بيلا سوامي داڤت منجاݢ کسلامتن استري دان انق - انق مك رومهتڠݢ جادي امان . تتاڤي بيلا سوامي سنديري برسيکڤ ڤانس باران مك کيت داڤت ليهت کيس ڤندرأن ترهادڤ انق استري تروس منيڠکت . بيلا رومهتڠݢ سوده منجادي ميدان ڤراڠ اتاو ݢلڠݢڠ تينجو يڠ مربهاي فيزيکل دان منتل انق استري . مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، فرمان الله دالم ايات 1-6 سورة الغاشية : هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ ﴿١﴾ وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ ﴿٢﴾ عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ ﴿٣﴾ تَصْلَىٰ نَارً‌ا حَامِيَةً ﴿٤﴾ تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ ﴿٥﴾ لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِ‌يعٍ ﴿٦﴾ مقصودڽ : سودهكه سمڤي كڤدامو ﴿واهاي نبي محمد﴾ ڤريحال هاري قيامة يڠ هورو-هاراڽ مليڤوتي؟ موك ﴿اورڠ-اورڠ يڠ كافر﴾ ڤد هاري ايت توندوق كران مراسا هينا، مريك منجالنكن كرجا يڠ برات لاڬي برڤنت له، مريك تتڤ مندريتا باكرن نراك يڠ امت ڤانس ﴿ممباكر﴾، - مريك دبري مينوم دري مات أير يڠ مڠڬلڬق ڤانسڽ. تياد ماكنن باڬي مريك ﴿د سيتو﴾ سلأين دري ڤوكوق-ڤوكوق يڠ بردوري، أنتارا سوره يڠ بياسا نبي (ص) باچ دالم صلاة هاري راي اياله سورة الغاشية يڠ مڠيڠتكن كيت تنتڠ كدهشتن هاري قيامة دان كادأن سيقسأن نراك. ڤد هاري اين كيت واجر مرنوڠ سمولا تنتڠ ببراڤ بنچان عالم يڠ برلاكو سكليليڠ كيت. ڤد دسيمبر لڤس كيت دكجوتكن دڠن بنجير بسر يڠ ملندا همڤير سلوروه نڬري كلنتن دان نڬري ڤنتي تيمور يڠ باڽق مموسنهكن هرتا دان رومه. 3 بولن يڠ لالو كيت مڽقسيكن باڬايمانا ڬمڤا بومي يڠ بسر د Nepal يڠ مڠوربنكن ڤولوهن ريبو مأنسي دسمڤيڠ كموسنهن هرتا بندا. 2 بولن لڤس، برلاكو ڬمڤا بومي د سابه يڠ توروت مڠعاقيبتكن رونتوهن بسر د ڬونوڠ كينبالو يڠ توروت مموسنهكن هرتا بندا دان مڠوربنكن ڽاوا مأنسي. ماله ڬمڤا كچيل تروس برلاكو همڤير سبولن. جيك ڬمڤا بومي Nepal دكأيتكن دڠن أوڤاچارا ڤمبونوهن ريبوان لمبو دان بيناتڠ ترنقكن سباڬاي قربن كڤد أوڤاچارا ڤموجأن مك ڬمڤا بومي دسابه برلاكو ببراڤ هاري سلڤس ساتو كومڤولن ڤلنچوڠ اسيڠ يڠ بربوڬيل سبايك سهاج برجاي سمڤي كڤونچق ڬونوڠ كينبالو. اوليه ايت دالم ستياڤ كجادين يڠ برلاكو مك كيت واجب ڤرچاي كڤد ككواسأن الله يڠ مها ڤركاس يڠ بركواس ملاكوكن سڬالاڽ. جاڠن عاشيق مراتِب اوڠكاڤن بهاوا نڬارا كيت سلامت، تياد ڬمڤا بومي، جأوه درڤد ليڠكرن ڬونوڠ براڤي دان سباڬايڽ سباليقڽ باڽق ايڠتكن الله . بيلا برچاكڤ تنتڠ ڬمڤا بومي مك اي تيدق بوليه دڤيسهكن دڠن كدهشتن قيامة د مان كجادين ڬمڤا بومي مروفاكن انتارا تندا بتاڤ دكتڽ كيت دڠن قيامة. دالم سبواه حديث يڠ دروايتكن اوليه امام بخاري دان مسلم: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ (ص) : لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ مقصودڽ : تيدق برلاكوڽ قيامة سهيڠڬ دتاريق علمو ڤڠتهوان، دان باڽق ڬمڤا بومي، ترلالو سيڠكت وقتو، باڽق فتنة دان ككاچاوان، ايأيت ڤمبونوهن دمي ڤمبونوهن، سهيڠڬ سماكين باڽق هرتا كميواهن يڠ مليمڤه رواه ماله سواتو حديث نبي صلى الله عليه وسلم منجلسكن باڬايمان كجادين ڬمڤا بومي توروت برلاكو عقيبة معصية كڤد الله قَالَ النَّبِيُّ (ص): فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي مقصودڽ: برلاكو ڤد اومت اين، ڬمڤا بومي، داوبه منجادي روڤا مخلوق لأين دان فتنة. “لالو سأورڠ لاكي-لاكي برتاڽ:“ واهي رسول الله ! بيلا برلاكو ڤركارا ايت؟ سبدا نبي: “اڤابيلا سماكين باڽق ڽاڽين دان الة-الة موزيق دان مينوم أرق اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ قَالَ النَّبِيُّ (ص) : اتَّقُوا الظُّلْمَ ، فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ…… - رواه مسلم‌ مقصودڽ : تاكوتله كامو كڤد كظاليمن، كران كظاليمن اداله كڬلاڤن ڤد هاري قيامة. تربية ڤواسا رمضان دان زكاة فطره باڽق منديديق ديري كيت اونتوق مراسأي ڤندريتأن اورڠ يڠ سوسه دان ممبنتو مريك. جيك تربية اين داڤت دحياتي اوليه ڤميمڤين مك ببانن ترهادڤ رعية تيدق اكن برلاكو دڠن تكانن GST، كنأيقكن هرڬ ميڽق ستياڤ اول بولن كتيك هرڬ ميڽق دنيا جاتوه منجونم دايكوتي دڠن كنأيقكن هرڬ بارڠن يڠ لأين سرتا كوس سارا هيدوڤ يڠ ممريتكن. ماله نيلاي ريڠڬيت منجادي ماتواڠ ڤاليڠ رنده نيلايڽ د اسيا. اين كران كڬاڬالن دالم مڠوروس حاصيل محصول نڬارا سرتا ڤمبذيرن دان ڤچه أمانة يڠ كتارا مڽببكن رعية يڠ سوسه سماكين سوسه، يڠ مسكين ڤاڤا كدانا. ايسو هوتڠ 1MDB يڠ مليبتكن ڤولوهن bilion تروس هاڠت دڤركاتاكن كران ڤرنه مليبتكن واڠ تابوڠ حاج دان باڽق كيس ڤڽليويڠن لأين يڠ ملتقكن نڬارا دالم كادأن بهاي. كتيك ايسو ڤڠڠڬوران ماسيه بلوم سلسي دتمبه دڠن كبنجيران ڤنداتڠ تنڤا ايذين كيني اد چادڠن اونتوق ممباوا ماسوق 1.5 جوت ڤكرجا Bangladesh. جك چادڠن اين دلقسانكن اكن مڽقسيكن جملة ڤكرجا اسيڠ منچچه 8.2 جوت اتاو 26 ڤراتوس درڤد ڤندودوق د مليسيا. اي مليبتكن باڽق ڤركارا تراوتما كسلامتن نڬارا. اوليه ايت ڤد هاري يڠ مليا اين ماريله كيت سام-سام بردعاء اڬر نڬارا اين دڤرينته اوليه ڤميمڤين يڠ عاديل دان أمانة اونتوق منداڤت نڬارا امان دان بركة. اسلامله نسچاي كيت سلامت دنيا اخرة بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ...فرمان الله دالم ايات ٢٢ سورة الأحزاب : وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مقصودڽ : دان ڤد ماس اورڠ٢ يڠ برايمان مليهت تنترا أحزاب, برکاتله مريك : "اينيله يڠ تله دجنجيکن الله دان رسولڽ کڤد کامي دان بنرله (اڤا يڠ تله دجنجيکن) الله دان رسولڽ ". دان (اڠکاتن تنترا موسوه يڠ مريک ليهت) ايت تيدق ممبري سبارڠ کسن کڤد مريكسلأين درڤد منمبهکن ايمان دان ڤڽرهن ديري مريك بولت٢ کڤد الله مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله تکبير کمناڠن يڠ دلأوڠکن اداله تندا کجايأن دالم تربية رمضان دان جوݢ سباݢاي motivasi اونتوق مڠولاڠي کمناڠن تنترا اسلامدالم مڠالهکن تنترا برسکوتو کفار. سموݢ تربية رمضان مڽوبورکن لاݢي ڤراسأن مڠمبيل برات تنتڠ ڤندريتأن ساودارا سأݢام يڠ لأين تراوتما د فلسطين، عراق،شريا، Myanmar يڠ دلندا ڤڤراڠن. كيت واجب سدار تنتڠ بڬيتو باڽق ڤرانچڠن كفار دالم ممراڠي اومة اسلام انتاراڽ ملڽڤكن سيستيم ڤمرينتاهن اسلام. د ساعة كراجأن عثمانية توكي تمت ڤد 1924 مك اومة إسلام كهيلڠن اساس كڤيمڤينن. تياد لاڬي institusi يڠ ممڤو مليندوڠي اومة سچارا kolektif دان global. شرعية تيدق لاڬي دجاديكن اساس نڬارا دان ideologi sekular دان kapitalisme دتانم كدالم جيوا اومة دڠن ڤنجاجاهن ترنچڠ. كراجأن بسر عثمانيةدڤچهكن كڤد لبيه 40 نڬارا كچيل دڠن برڤقسيكن قوم، ولاية دان سماڠت كبڠسأن يڠ مروسقكن. عقيبتڽ، اومة اسلام تروس بركلاهي، مربوت ولاية دان ككواسأن دان دڤيسهكن انتارا نڬارا كاي دان مسكين. 3 كقواتن اوتام يڠ دأنوڬرهكن اوليه الله كڤد اومت اسلام ڬاڬل دڬوناكن سبأيكڽ ايأيت كقواتن عقيدة، جملة اومة يڠ رامي دان بومي يڠ سوبور. كفار بروسها ملڽڤكن كساتوان قوم مسلمين د مان دڠن داسر ڤچه ڤرينته مك اومة اسلام ساليڠ ممنداڠ بهاوا ايسو اومة اسلام د نڬارا لأين اداله مسئلة نڬارا دان بڠسا ماسيڠ-ماسيڠ تياد كأيتن دڠن ديري مريك سڤرتي ڤندريتأن اومة اسلام دڤلسطين ، عراق، شريا، Myanmarدان سباڬايڽ. تياد لاڬي روح ڤرسودارأن اسلام عقيبة راسوقكن سماڠت عصبية اتاو كبڠسأن سمڤيت. سداڠكن كيت سنتياس دأجر تنتڠ ڤرسودارأن اسلام يڠ ملڠكاوي بڠسا، نڬارا، بودايا، بهاس. كيت داڤت سقسيكن باڬايمانا سامي بودا سنديري د Myanmar منجادي دالڠ دالم ڤمبونوهن كجم اين دڠن لأوڠن جاڠن اولاڠي كسيلاڤن بودا دان هيندو يڠ ڤرنه مڠواسأي إندونيسيا اخيرڽ هيلڠ دڠن داتڠڽ اسلام. اوليه ايت اسلام واجب دهاڤوسكن د Myanmar. سموڬ لأوڠن جاهت اين ممڤو كيت ڤادمكن دالم ممبنتو اومة اسلام يڠ سداڠ دتينداس دان دبونوه سابن هاري دڠن مڠمباليكن كساتوان دان كقواتن أومة اسلام. ڤد هاري اين جوڬ كيت داڤت مليهت باڬايمانا ليچيقڽ موسوه اسلام دالم ملاڬاكن نڬارا اومة اسلام اونتوق برڤراڠ اتس السن ڤڤراڠن مذهب سڤرتي يڠ برلاكو د يمن . سداڠكن كيت واجب سدر إياڽ هاڽ منمبه ساتو لاڬي ڤرنچڠن جاهت موسوه اسلام اونتوق منجاڬ كسلامتن إسرائيل دان كڤنتيڠن كواس بسر. برڤراڠ دڠن دويت اومة اسلام اونتوق ممبونوه دان منچدراكن ديري كيت سنديري دڠن سنجات اورڠ لأين يڠ مڠمبيل كسمڤتن منجوال سنجات دڠن بايرن يڠ موسوه ڤولا مننتوكن هرڬڽ. اينله عقيبة درڤد كبودوهن كيت سنديري. عبارة كات ڤڤاته ملايو: “لسوڠ دان ألو يڠ برتومبوق ايم ڤولا يڠ ككڽاغن" كفار مماستيكن برديريڽ نڬارا diktator د دنيا اسلام د مان كراجأن boneka اين برتيندق مڽيڠكيركن توكوه-توكوه اسلام دان منمتكن ڬرقكنڽ د مان تله رامي ڤميمڤين ڬرقكن اسلام دڤنجارا، دبونوه دان ڤارتي اسلام دحرامكن سڤرتي د Algeria ، مصر دان سباڬايڽ. ماله حكومن ماتي كڤد ڤميمڤين دان اهلي إخوان المسلمين دتمبه لاڬي دڠن تيندقكن منچماري كموليأن رمضان دڠن ڤمبونوهن كجم دڠن چارا سربوان رومه ترهادڤ 13 ڤيمڤينن دان اهلي إخوان المسلمين د مصر منمبه ڤندريتأن يڠ سديا اد. اوليه ايت ماريله كيت سام-سام مڠڬوناكن روح شوال سباڬاي تيتيق تولق دالم منچاري سينر كمناڠن اسلام دڠن كمبالي برساتو اتس داسر اسلام. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلام عيد الفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقکن برصدقه اݢر مريك يڠ ممرلوکن بنتوان توروت برݢمبيرا دان زياراهيله سانق ساودارا ڤد هاري يڠ موليا اين باݢي مراڤتکن لاݢي تالي ڤرساودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهکن ساهم اخيرة دڠن برڤواسا انم هاري دبولن شوال باݢي مڽاهوت سبدا نبي: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ(رواه مسلم) مقصودڽ : سسياڤ يڠ تله برڤواسفرض رمضان کمودين دإيکوتي ڤولا دڠن برڤواس6 هاري د بولن شوال مك اداله ڤاهالاڽ سڤرتي دي برڤواس سڤنجڠ تاهون اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى مصر وَفِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ . اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Fitri 1436H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 14-17 surah al-A’ala : قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾ وَذَكَرَ‌ اسْمَ رَ‌بِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُ‌ونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَ‌ةُ خَيْرٌ‌ وَأَبْقَىٰ Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa yang berjaya memerdekakan diri kita daripada 2 penjahan besar iaitu penjajahan Syaitan penggoda dan penjajahan hawa nafsu. Anugerah hari raya ini akan lebih bermakna bila kita berjaya suburkannya dengan amalan soleh yang telah dijinakkan dengan diri kita sepanjang Ramadhan lalu antaranya solat berjemaah di masjid atau surau, membaca dan tadabbur al-Quran, zikrullah, istighfar, taubat, iktikaf, bersedekah dan sebagainya. Kita tidak mahu hanya setakat menjadi hamba Ramadhan iaitu yang begitu rajin beribadat sepanjang Ramadhan namun bila berlalunya Ramadhan maka kembali menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan. Kita boleh kenal dengan jelas beza antara sambutan raya hamba Allah dengan sambutan raya hamba hawa nafsu di mana hamba Allah menyambut raya mengikut adab Islam manakala hamba hawa nafsu memenuhi program hari raya ikut kehendak syaitan antaranya pergaulan bebas, mendedah aurat, hiburan melampau, pembaziran dan perkara yang melanggar syarak yang lain. Ingatlah amaran nabi s.a.w agar jangan biarkan diri kita lalai daripada mengingati Allah الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا( Maksudnya : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Zukhruf : وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ‌ الرَّ‌حْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِ‌ينٌ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Aidilfitri dipanggil hari kejayaan atas kembalinya kita kepada fitrah dengan didikan Ramadan di mana ia menghasilkan 3 kesan utama iaitu selalu berbuat yang indah, benar dan baik mengikut panduan syarak. Malangnya jika berlalunya Ramadhan, kita kembali mengotorkan diri kita dengan noda dosa yang mengundang kemurkaan Allah dunia akhirat pada 11 bulan selepasnya. Ia akibat gagal mengawal hawa nafsu di mana Imam al-Ghazali menukilkan bagaimana berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh 4 faktor iaitu: [1] Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan) iaitu apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan sedangkan sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah di mana orang jenis ini susah menerima teguran dan nasihat sehingga lemas dalam dosanya [2] Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan) iaitu apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat yang membahayakan dirinya dan orang lain jika gagal diubati dengan segera. [3] Sifat Bahimiyyah (sifat kehaiwanan) seperti tamak haloba, menurut hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata tanpa mengira halal haram. [4] Sifat-sifat Subu’iyyah (sifat kebuasan) seperti sifat marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya. Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera. Dosa juga adalah benda ketagih di mana bila sudah melakukannya sekali maka ia akan diulang buat sekian kalinya. Jika masalah ketagihan dadah pun susah untuk diubati di mana untuk tahun lepas sahaja Kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM312.27 juta bagi usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini apatah lagi manusia yang ketagih dengan dosa jika tidak diubati segera boleh membawa kerosakan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya Negara. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 21 surah ar-Ruum : وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَ‌حْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُ‌ونَ ﴿٢١﴾ Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir Kedatangan Syawal juga tidak dapat dipisahkan dengan majlis perkahwinan yang berlangsung di sana sini. Perkahwinan bukan setakat lafaz “aku terima nikahnya” oleh pengantin lelaki sebaliknya ia merupakan ikatan untuk hidup bersama dalam menunaikan kewajipan suami isteri. Ikatan perkahwinan dibaratkan beberapa tempat penting dalam kehidupan kita seharian. [1] Rumahtangga ibarat masjid yang merupakan lambang hubungan dengan Allah di mana pasangan yang berjaya ialah yang saling memberi peringatan dan semangat dalam menunaikan ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya. Kerana itu perkahwinan atas dasar agama lebih penting daripada yang lain. Ia juga mengukuhkan ikatan sesama manusia di mana perkahwinan menjalin ikatan kekeluargaan yang lebih besar antara kedua pihak. [2] Rumahtangga ibarat sekolah atau universiti yang menjadi tempat mengenal dan belajar hati budi masing-masing sehingga masing-masing dapat menerima kekurangan dan saling lengkap melengkapi. Bila setiap diri tahu tanggungjawab masing-masing dan ditunaikan dengan penuh amanah maka ia melahirkan pasangan yang bahagia. [3] Rumahtangga ibarat kedai di mana suami bukan sahaja meminta kepada isteri untuk melaksana permintaannya tetapi suami wajib menunaikan hak isteri termasuk nafkah manakala isteri jangan meminta suatu yang luar kemampuan suami. Bila proses saling bertukar menunaikan kewajipan berjalan lancar maka menghasilkan pasangan yang harmoni. [4] Rumahtangga ibarat klinik atau hospital di mana dijadikan tempat untuk mengubati masalah suami isteri bila berlakunya salah faham. Suami yang hebat ibarat doktor pakar yang mampu mengetahui penyakit dan ubat secara tepat. Isteri yang bijak pula ialah ibarat pesakit yang makan ubat ikut jadualnya sehingga sembuh penyakit. Bila suami tidak pandai mengubat dan isteri pula tidak mahu berubat maka sakitlah rumahtangga. Begitu juga jika keduanya berkeras menjadi api tiada yang mahu jadi air maka akan terbakarlah rumahtangga. [5] Rumahtangga juga ibarat balai polis tempat untuk mengadu dan menjaga keselamatan. Bila suami dapat menjaga keselamatan isteri dan anak-anak maka rumahtangga jadi aman. Tapi bila suami sendiri bersikap panas maka kita dapat lihat kes penderaan terhadap anak isteri terus meningkat. Rumahtangga sudah menjadi medan perang atau gelanggang tinju yang merbahaya fizikal dan mental anak isteri. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 1-6 surah al-Ghaasyiah : هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ ﴿١﴾ وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ ﴿٢﴾ عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ ﴿٣﴾ تَصْلَىٰ نَارً‌ا حَامِيَةً ﴿٤﴾ تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ ﴿٥﴾ لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِ‌يعٍ ﴿٦﴾ Maksudnya : Sudahkah sampai kepadamu (wahai nabi Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), - Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri, Antara surah yang biasa nabi s.a.w baca dalam solat hari raya ialah surah al-Ghaasyiah yang mengingatkan kita tentang kedahsyatan hari Qiamat dan keadaan seksaan Neraka. Pada hari ini kita wajar merenung semula tentang beberapa bencana alam yang berlaku sekeliling kita. Pada Disember lepas kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda hampir seluruh Negara Kelantan dan negeri Pantai Timur yang banyak memusnahkan harta dan rumah. 3 bulan yang lalu kita menyaksikan bagaimana gempa bumi yang besar di Nepal yang mengorbankan puluhan ribu manusia disamping kemusnahan harta benda. 2 bulan lepas, berlaku gempa bumi di Sabah yang turut mengakibatkan runtuhan besar di Gunung Kinabalu yang turut memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa manusia. Malah gempa kecil terus berlaku hampir sebulan. Jika gempa bumi Nepal dikaitkan dengan upacara pembunuhan ribuan lembu dan binatang ternakan sebagai korban kepada upacara pemujaan maka gempa bumi di Sabah berlaku beberapa hari selepas satu kumpulan pelancong asing yang berbogel sebaik sahaja berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Oleh itu dalam setiap kejadian yang berlaku maka kita wajib percaya kepada kekuasaan Allah yang Maha Perkasa yang berkuasa melakukan segalanya. Jangan asyik meratib ungkapan bahawa Negara kita selamat, tiada gempa bumi, jauh daripada lingkaran gunung berapi dan sebagainya sebaliknya banyak ingatkan Allah Bila bercakap tentang gempa bumi maka ia tidak boleh dipisahkan dengan kedahsyatan Qiamat di mana ia antara tanda betapa dekatnya kita dengan Qiamat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ (ص) : لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ Maksudnya : Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah Malah suatu hadis nabi s.a.w menjelaskan bagaimana kejadian gempa bumi turut berlaku akibat maksiat kepada Allah قَالَ النَّبِيُّ (ص): فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي Maksudnya: Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Lalu seorang laki-laki bertanya:” Wahai Rasulullah Allah bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ قَالَ النَّبِيُّ (ص) : اتَّقُوا الظُّلْمَ ، فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ…… - رواه مسلم Maksudnya : Takutlah kamu kepada kezaliman, kerana kezaliman adalah kegelapan pada Hari Qiamat. Tarbiah puasa Ramadhan dan zakat fitrah banyak mendidik diri kita untuk merasai penderitaan orang yang susah dan membantu mereka. Jika tarbiah ini dapat dihayati oleh pemimpin maka bebanan terhadap rakyat tidak akan berlaku dengan tekanan GST, kenaikan harga minyak setiap awal bulan ketika harga minyak dunia jatuh menjunam diikuti dengan kenaikan harga barangan yang lain serta kos sara hidup yang memeritkan. Malah nilai ringgit menjadi matawang paling rendah nilainya di Asia. Ini kerana kegagalan dalam mengurus hasil mahsul Negara serta pembaziran dan pecah amanah yang ketara menyebabkan rakyat yang susah semakin susah, yang miskin papa kedana. Isu hutang 1MDB yang melibatkan puluhan billion terus hangat diperkatakan kerana pernah melibatkan wang Tabung Haji dan banyak kes penyelewengan lain yang meletakkan Negara dalam keadaan bahaya. Ketika isu pengangguran masih belum selesai ditambah dengan kebanjiran pendatang tanpa izin kini ada cadangan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh. Jika cadangan ini dilaksanakan akan menyaksikan jumlah pekerja asing mencecah 8.2 juta atau 26 peratus daripada penduduk di Malaysia. Ia melibatkan banyak perkara terutama keselamatan Negara. Oleh itu pada hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa agar Negara ini diperintah oleh pemimpin yang adil dan amanah untuk mendapat Negara aman dan berkat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab : وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾ Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan dan juga sebagai motivasi untuk mengulangi kemenangan tentera Islam dalam mengalahkan tentera bersekutu kuffar. Semoga tarbiah Ramadhan menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria, Yaman, bangsa Rohingya yang dilanda peperangan. Kita wajib sedar tentang begitu banyak perancangan kuffar dalam memerangi umat Islam antaranya melenyapkan sistem pemerintahan Islam. Di saat kerajaan Uthmaniah tamat pada 1924 maka umat kehilangan asas kepimpinan. Tiada lagi institusi yang mampu melindungi umat secara kolektif dan global. Syariah tidak lagi dijadikan asas negara dan ideologi sekular dan kapitalisme ditanam ke dalam jiwa umat dengan penjajahan terancang. Kerajaan besar Uthmaniah dipecahkan kepada lebih 40 negara kecil dengan berpaksikan kaum, wilayah dan semangat kebangsaan yang merosakkan. Akibatnya, umat Islam terus berkelahi, merebut wilayah dan kekuasaan dan dipisahkan antara negara kaya dan miskin. 3 kekuatan utama yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat Islam gagal digunakan sebaiknya iaitu kekuatan Aqidah, jumlah umat yang ramai dan bumi yang subur. Kuffar berusaha melenyapkan kesatuan kaum Muslimin di mana dengan dasar pecah perintah maka umat Islam saling memandang bahawa isu umat Islam di Negara lain adalah masalah Negara dan bangsa masing-masing tiada kaitan dengan diri mereka seperti penderitaan umat Islam di Palestin, Iraq, Syria, Myanmar dan sebagainya. Tiada lagi ruh persaudaraan Islam akibat rasukan semangat assobiyah atau kebangsaan sempit. Sedangkan kita sentiasa diajar tentang persaudaraan Islam yang melangkaui bangsa, Negara, budaya, bahasa. Kita dapat saksikan bagaimana Sami Budha sendiri di Myanmar menjadi dalang dalam pembunuhan kejam ini dengan laungan jangan ulangi kesilapan Budha dan Hindu yang pernah menguasai Indonesia akhirnya hilang dengan datangnya Islam. Oleh itu Islam wajib dihapuskan di Myanmar. Semoga laungan jahat ini mampu kita padamkan dalam membantu umat Islam yang sedang ditindas dan dibunuh saban hari dengan mengembalikan kekuatan Islam. Pada hari ini juga kita dapat melihat bagaimana liciknya musuh Islam dalam melagakan Negara umat Islam untuk berperang atas alasan peperangan Mazhab seperti yang terbaru di Yaman. Sedangkan kita wajib sedar ianya hanya menambah satu lagi perancangan jahat musuh Islam untuk menjaga keselamatan Israel dan kepentingan kuasa besar. Berperang dengan duit umat Islam untuk membunuh dan mencederakan diri kita sendiri dengan senjata orang lain yang mengambil kesempatan menjual senjata dengan bayaran yang musuh pula menentukan harganya. Inilah akibat daripada kebodohan kita sendiri. Ibarat kata pepatah Melayu: “Lesung dan alu yang bertumbuk ayam pula yang kenyang” Kuffar memastikan berdirinya negara diktator di dunia Islam di mana kerajaan boneka ini bertindak menyingkirkan tokoh-tokoh Islam dan menamatkan Gerakannya di mana telah ramai pemimpin gerakan Islam dipenjara, dibunuh dan parti Islam diharamkan seperti di Algeria, Mesir dan sebagainya. Malah hukuman mati kepada pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin ditambah lagi dengan tindakan mencemari kemuliaan Ramadhan dengan pembunuhan kejam dengan cara serbuan rumah terhadap 13 pimpinan dan ahli Ikhwanul Muslimin di Mesir menambah penderitaan yang sedia ada. Oleh itu marilah kita sama-sama menggunakan ruh Syawal sebagai titik tolak dalam mencari sinar kemenangan Islam dengan kembali bersatu atas dasar Islam. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Sabtu, 11 Julai 2015

Selasa, 7 Julai 2015

Ramadhan Dirai, al-Quran DiHayati, Umat DiRahmati

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah : شَهْرُ‌ رَ‌مَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْ‌آنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْ‌قَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ‌ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِ‌يضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ‌ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ ۗ يُرِ‌يدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ‌ وَلَا يُرِ‌يدُ بِكُمُ الْعُسْرَ‌ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُ‌وا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُ‌ونَ ﴿١٨٥﴾ Maksudnya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur Kini kita telah berada pada hari yang ke-16 daripada bulan Ramadhan 1436H yang mengingatkan kita bahawa Ramadhan tahun ini telah memasuki separuh yang kedua di mana kita wajib bermusabah menghitung amalan soleh yang telah kita lakukan dari awal Ramadhan hingga kini samada telah ditunaikan dengan sebaiknya atau sambil lewa sahaja. Perbanyakkan doa agar segala amalan kita dimaqbul dan dosa kita diampunkan supaya kita tidak menjadi golongan yang rugi dan jauh daripada rahmat Allah iaitu golongan yang meninggalkan Ramadhan dalam keadaan dosanya belum diampunkan oleh Allah akibat kealpaan dan kelalaian diri sendiri yang gagal menggunakan sebaiknya kedatangan Ramadhan untuk meningkatkan amalan soleh dan memperbanyakkan istighfar dan taubat kepada Allah. Hati mereka sakit sehingga tidak merasakan betapa berharga dan pentingnya bulan Ramadhan untuk dijadikan mesin pencuci kepada dosa mereka dan mesin pencetak kepada menggandakan pahala amalan soleh mereka. Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah , عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضي اللّهُ عَنْهُ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "إِذَا جَاءَ رَمَضَانَ فُتّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنّةِ، وَغُلّقَتْ أَبْوابُ النّارِ، وَصُفّدَتِ الشّيَاطِينُ". رواه مسلم Maksudnya : Ketika datang (bulan) Ramadan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu Ulama’ dalam menafsirkan hadis ini menyatakan betapa besarnya kelebihan Ramadhan sehingga Allah membantu hambanya yang benar-benar hidup hatinya dengan memberi jalan dan kemudahan seluas mungkin dalam mengerjakan amalan ahli Syurga dan menutup nafsu keinginan untuk melakukan maksiat penderhakaan kepada Allah disamping mengawal nafsu daripada terus dihasut oleh Syaitan dalam melakukan kejahatan. Jika dengan 3 bantuan utama daripada Allah itu ada lagi umat yang gagal menggunakan kesempatan kedatangan Ramadhan untuk meningkatkan amalan soleh disamping menundukkan hawa nafsu mengikut kehendak syarak bererti dia telah menjadi hamba nafsu. Oleh itu marilah kita berdoa agar kita menjadi golongan yang berjaya dengan tarbiah Ramadhan sehingga mampu mengawal seluruh anggota termasuk mata, telinga, tangan, kaki, perut, lidah daripada melakukan maksiat. Jika pada bulan Ramadhan tidak mampu berubah kepada hamba Allah yang soleh maka betapa pada bulan yang lain. Jangan kita menjadi syaitan manusia pada bulan dirantai syaitan penggoda. Betapa malunya kita apabila Ramadhan sentiasa mencatatkan jumlah makanan yang dibuang ke dalam tong sampah lebih tinggi daripada bulan lain. Malah kes penderaan terhadap kanak-kanak sentiasa meningkat dalam negara kita akibat daripada kegagalan menjaga nafsu marah. Anugerah Ramadhan sepatutnya menambahkan lagi nilai kasih sayang sehingga fakir miskin dan asnaf yang lain merasakan betapa seronoknya bila tibanya Ramadhan kerana pada bulan ini terbukanya tangan-tangan saudara seagama dalam membantu mereka. Malah tarbiah Ramadhan sepatutya menginsafkan pemimpin agar simpati kepada rakyat bawahan yang semakin tertekan dengan GST ditambah lagi dengan kenaikan harga minyak setiap awal bulan ketika harga minyak di pasaran dunia sentiasa turun menjunam. Atas apa alasan sahaja yang memualkan tidak menyelesaikan masalah sebaliknya bila hilangnya sifat amanah dan kasih sayang menyebabkan yang kaya semakin kaya, yang miskin papa kedana kerana isu penyelewengan bilion ringgit silih berganti termasuk isu hutang 1MDB ditambah skandal MARA dipandang sebelah mata ketika rakyat disuruh berjimat cermat. Semoga kita tidak menjadi hamba Allah yang muflis pada hari akhirat akibat kegagalan menghayati dengan sebaiknya ibadat yang ditunaikan sehingga bukan semakin tunduk patuh kepada Allah sebaliknya semakin jauh daripada Allah. Perbaiki amalan kita dan ikhlaskanlah niat kita عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏، عَنْ النَّبِيِّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : هَلْ تَدْرُونَ مَنْ ‏الْمُفْلِسُ ؟ قَالُوا ‏: الْمُفْلِسُ فِينَا ، يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ . قَالَ ‏: ‏إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصِيَامٍ وَصَلَاةٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا ، وَقَذَفَ هَذَا ، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا ، فَيُقْعَدُ ‏، ‏فَيَقْتَصُّ ‏‏هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يَقْضِيَ مَا عَلَيْهِ مِنْ الْخَطَايَا أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ Maksudnya : “Tahukah kamu siapakah dia orang muflis?” Sahabat Baginda menjawab: “Orang muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.” Nabi SAW bersabda: “Sebenarnya orang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu dan juga memukul orang. Maka akan diambil daripada amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu, kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan orang yang dianiayakannya serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam neraka.” Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. Tiap kali menyambut Ramadhan maka ia tidak lengkap tanpa mengaitkannya dengan penurunan al-Quran. Ia memberi peringatan kepada kita bahawa amalan semata-mata tanpa ilmu akan menjadi sia-sia dan tidak sempurna. Malah ibadat yang dilakukan tanpa ilmu gagal memberi kesan yang baik kerana ia tidak mampu mendidik jiwa dan anggota untuk patuh kepada Allah kerana ibadat dibuat seperti hanya melepas batu ditangga dan tiada ruh penghayatannya. Malah suatu penyelidikan menyatakan bahawa jika bahasa Arab dialunkan dalam bentuk lagu boleh memberi kesan kepada jiwa ke tahap 30 peratus. Tetapi al-Quran jika dibaca boleh memberi kesan sehingga 70 peratus. Ingatlah pesan Saidina Ali bin Abi Talib: “Bukanlah suatu kebaikan jika milikmu hanyalah anak dan harta saja, tetapi kebaikan yang sebenarnya ialah banyak ilmu pengetahuan.”Pesan beliau lagi: “Orang berilmu lebih utama daripada orang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang berilmu maka terjadi suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya (yang berilmu juga).” Tidak lupa pesanan Imam Syafie : “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan nabi, rasul dan orang soleh.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan: وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai” Al-Quran telah membawa kepada kita banyak kisah terutama berkaitan kisah nabi-nabi di mana umat yang bersama mukjizat nabi akan berjaya manakala golongan yang menentang nabi akan hancur musnah. Contohnya umat yang beriman kepada nabi Nuh a.s diselamatkan dalam bahtera daripada banjir besar yang menggelamkan golongan yang menentangnya, bani Israel diselamatkan dengan mukjizat tongkat nabi Musa a.s yang membelah Laut Merah ketika Firaun dan bala tenteranya hancur tenggelam mati lemas. Begitulah umat nabi Muhammad s.a.w yang mengikut mukjzat al-Quran pasti akan dberikan kemenangan dan kejayaan dunia akhirat sedangkan golongan yang menentang al-Quran pasti dikalahkan walau pun memiliki kekuatan harta dan tentera yang hebat. Oleh itu marilah sama-sama memperbanyakkan membaca dan tadabbur al-Quran terutama pada bulan Ramadhan bulan diturunkan al-Quran itu sendiri. Hayatilah isi kandungan al-Quran dalam setiap aspek kehidupan seharian samada politik, ekonomi, sosial dan selainnya dalam mengembalikan semula kehebatan dan kekuatan Islam. Semoga penderitaan saudara seagama di sebuah negeri di China yang dilarang berpuasa akan berakhir, semoga pembunuhan etnik Rohingya di Myamnar akan berlalu, Semoga bumi Palestin dapat dimerdekakan daripada cengkaman zionis Yahudi, kekejaman boneka zionis yahudi di Mesir dalam membunuh ahli Ikhawanul Muslimin dapat dihentikan, Semoga seluruh bumi umat Islam kembali aman dengan semua kita kembali berpayung di bawah khilafah Islamiah yang hilang hampir 100 tahun lalu dihancur oleh penjajah. Kembalilah kepada al-Quran nescaya kita selamat dan berjaya dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan : فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾ Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ