أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Khamis, 31 Disember 2015

Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w Tinggi Umat DiBerkati

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya Rabiul Awwal menjelang lagi bersama catatan sejarah gemilang dengan sama-sama mengingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman yang telah membawa rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan. Hadirnya bersama wahyu al-Quran mengubah keadaan alam yang dulunya diselubungi suasana jahiliah yang penuh dengan kesesatan dan penindasan. Pengutusannya sebagai penghulu segala nabi telah melenyapkan kebatilan dengan cahaya kebenaran Islam, memadam kekufuran dengan siraman keimanan serta membanteras kezaliman dengan keadilan system Islam. Sekiranya umat Islam mahu mengubah semula keadaan daripada umat yang dijajah kepada umat yang memerintah, umat yang dipandang hina kepada umat mulia, umat yang lemah kepada umat yang gagah maka segala kebaikan dan tauladan yang ditunjukkan oleh nabi bukan setakat disebut tetapi diikut, bukan setakat dikata tetapi dikota, bukan setakat dilaung tetapi dijunjung, bukan setakat dicerita tetapi dilaksana dalam kehidupan seharian barulah segala yang diidamkan akan tercapai. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran : قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Mencintai nabi Muhammad saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim. Oleh itu wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw. Di antara bukti dan tanda-tanda kecintaan dan kasih kita kepada nabi s.a.w ialah : [1] Mencontohi dan mengamalkan sunnah nabi saw di mana orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang sentiasa bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya. Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda saw. Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya sedangkan dia tidak mahu mengikuti sunnahnya apatah lagi melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran nabi dengan sengaja. Antara sunnah yang terbaik ialah meringankan bebanan orang lain terutama ketika bakal menyambut ketibaan tahun baru 2016 dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi terutama ketika subsidi minyak, elektrik, pengajian ditarik ketika hidup mewah dan pembaziran pemimpin terus berlaku. Begitu juga ketika mengimbau setahun banjir kuning yang melanda Kelantan di mana masih banyak bantuan yang masih perlu diberikan perhatian disamping kita banyak berdoa di mana kini telah masuk gelombang ke-5 hujan lebat supaya Allah menjauhkan kita semua daripada musibah yang besar [2] Banyak mengingati dan menyebut nama nabi Muhammad s.a.w, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan tanda kesinambungan kecintaan yang berterusan. [3] Sentiasa mengucap selawat dan salam kepada nabi saw عن أبي هريرة أن رسول الله قال: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً، صَلىَّ اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْر ًا ( رواه مسلم) Maksudnya : Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali maka Allah berselawat (iaitu memberi rahmat dan gandaan ganjaran) ke atasnya sepuluh kali Ulama’ menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi saw ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya. Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkan sunnah nabi dalam pelbagai aspek kehidupan. [4] Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada nabi saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 63 surah an-Nuur : لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ Maksudnya : Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih. Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [5] Bersopan santun dan beradab dengan nabi saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya. Kata ulama’: Adab yang tinggi terhadap Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran logik akal, syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran yang tidak betul kepada hanya berhukum dan menerima tunjuk ajar Baginda saw sahaja [6] Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga. قال النبي : مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِه – رواه مسلم Maksudnya : Di antara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [7] Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya. قال النبي : الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ– رواه مسلم. Maksudnya : Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” Maksud nasihat untuk Nabi dalam hadis ini ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya. [8] Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullahmenyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing manusi dengan Quran serta berakhlak dengan Quran. Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [9] Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya: a. Ahlul-baitnya (keluarga) Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata: “Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait. Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’ (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah saw. Ulama’ juga menyatakan: “Di antara kewajipan kita adalah mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang mereka.” b. Para isteri Baginda saw. Menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita lainnya. Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin sehingga wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka. c. Para sahabat Baginda saw. Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw. Apabila para sahabat nabi telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka. ))لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ(( Maksudnya : Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari] Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [10] Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat sebagaimana Firman Allah ayat 22 surah al-Mujadilah : لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ Maksudnya : Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 13 Disember 2015

Sistem Islam DiNobat Kejahatan Kuffar DiSekat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Permusuhan antara keimanan dan kekufuran terus berlangsung. Pertembungan antara Islam dan jahiliah terus berlaku kerana ia merupakan sunnatullah dalam menguji kekuatan iman pejuang Islam. Musuh Islam berfikir dan berusaha siang dan malam dalam memerangi Islam dan umatnya samada melaui serangan fizikal mahu pun mental. Oleh itu amat malang bila kita masih lena diulit mimpi ketika musuh menyerang kita tanpa henti, kita terus leka dengan angan-angan panjang ketika musuh terus menerus menyerang dengan penuh rasa dendam. Islam bukan boleh dijulang dengan angan-angan, Islam bukan boleh dipertahankan dengan mimpi yang tidak berkesudahan. Sebagai contoh para pemuka yahudi telah menyusun langkah antaranya menghancurkan agama dan sistem keyakinan yang ada di muka bumi ini. Dalam doktrin Yahudi ke-4 disebutkan : Mesti menyingkir atau membekukan pemikiran beragama dari benak dan akal fikiran setiap manusia, kemudian mengiringinya untuk memberi perhatian kepada kebendaan semata-mata, dengan begitu yang ada di dalam otak manusia hanyalah wang. Dan untuk merealisasikan rencana tersebut bangsa yahudi harus menguasai dunia penyebaran maklumat kemudian membuat penipuan dengan putar belit maklumat tersebut untuk propaganda misi yahudi secara menyeluruh. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfaal : إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. Bangsa yahudi meletakkan agama sebagai musuh nombor satu, sebab agama bagi masyarakat dunia adalah tiang pancang akhlak dan moral kehidupan sosial yang sihat. Ketika agama hancur maka kebejatan moral berlaku di mana-mana. Antara cara yahudi menghancurkan dan merosak masyarakat dunia adalah : [1] Seks Bebas di mana pelbagai usaha dalam menyuburkan pusat pelacuran bukan sahaja di Eropah malah di Negara umat Islam telah diatur dengan penuh licik. Seks bebas tanpa terikat dengan perkahwinan seakan menjadi agama baru yang sebelum ini subur di Eropah dan Amerika kini menular ke Negara kita sehingga menggugat masyarakat timur yang terkenal memegang teguh prinsip akhlak. Oleh itu kita menentang sebarang usaha atau cadangan yang boleh menyuburkan lagi budaya zina dalam masyarakat seperti isu yang terbaru apabila sebuah kumpulan yang dikenali sebagai G25 mendakwa berpandukan pada prinsip Perlembagaan, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu. Jika kemahuan orang jahil diturutkan maka rosak binasalah masyarakat dan Negara. Isu zina, rogol, kelahiran anak luar nikah, buang bayi yang sentiasa meningkat akan makin parah jika syariat Islam tunduk kepada logik akal apatah lagi terpengaruh dengan ajaran sesat Yahudi yang menyatakan agama hanya hak individu yang tidak boleh diganggu oleh orang lain samada seseorang itu mahu mahu laksana kewajipan agama atau mengabaikannya, tidak boleh diambil tindakan jika seseorang itu tidak mahu laksana kewajipan agama seperti solat, tutup aurat dan sebagainya. Ingatlah amaran nabi s.a.w قال الرسول : لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا ، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ – رواه أحمد بسندحسن Maksudnya: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 82-83 surah Huud : فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ ﴿٨٣﴾ Maksudnya : Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. Selain masalah seks bebas yang semakin parah maka kita turut bimbang dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh persatuan atau pertubuhan yang terus mendesak agar dihalalkan senjata yahudi yang ke-[2] iaitu Seks Sejenis . Antara Modus operandi homoseks dan lesbian ini adalah mengajak wanita untuk berpakaian ala lelaki dan berperilaku seperti lelaki dan juga sebaliknya. Bahkan pelbagai usaha peringkat antarabangsa dilakukan agar perilaku menyimpang ini diakui secara perundangan. عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ – رواه الترمذي Maksudnya : Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita Senjata yahudi ke-[3] ialah menggunakan filem dan kesenian dalam menerapkan cara hidup yang bebas daripada agama termasuk zina, hiburan melampau yang menjurus kepada dadah, arak dan sebagainya. Oleh itu tidak pelik apabila adanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini meminta agar Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak membesarkan isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan dalam filem kerana mendakwa ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton. Inilah fitnah akhir zaman apabila si jahil mengeluarkan pendapat yang sesat lagi menyesatkan Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 71 surah at-Taubah : وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّـهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Melihat kepada licik dan bersungguhnya musuh dalam merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam maka kita wajib bangkit daripada tidur untuk bangun menentang seterusnya menjulang kehebatan Islam. Bermula daripada pemimpin dengan mengembalikan semula pelaksanaan undang-undang Islam dalam setiap aspek kehidupan termasuk poitik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Bila pemimpin sendiri lebih mengutamakan kepetingan peribadi dan duniawi daripada agama maka keadaan umat semakin jauh daripada Allah. Kita tidak mahu keadaan ekonomi yang semakin teruk menjadi tempias kepada kedaan sosial yang meruncing dan jenayah yang meningkat terutama dengan kenaikan harga barang selepas penarikan subsidi petrol, penamatan subsidi elektrik sebanyak RM150 juta kepada pengguna yang mengguna kurang RM20 sebulan, pengurangan peruntukan untuk university awam yang bakal membeban pelajar, kenaikan tol dan tambang kenderaan awam yang semakin memeritkan kehidupan rakyat. Seterusnya peranan badan dan persatuan agama dalam memperkasa kepada pemahaman dan cara hidup sihat di kalangan umat Islam di mana kita tidak mahu isu penyalahgunaan peruntukan dan bantuan kepada badan-badan ini menyebabkan masyarakat semakin jauh daripada Islam Begitu juga peranan masyarakat yang perlu memperkasa kerja amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat. Peranan guru di sekolah, pensyarah di university mesti di gunakan sebaik mungkin bukan sahaja dalam memastikan cemerlang dalam peperiksaan sahaja tapi turut cemerlang dalam pembentukan aqidah yang mantap dan akhlak yang hebat. Golongan yang paling penting sekali ialah ibubapa kerana banyak kes berlakunya kerosakan akhlak akibat anak-anak tersisih daripada perhatian dan kasih sayang ibubapa atas alasan sibuk dengan kerjaya. Akhirnya anak-anak lebih rapat dan mengadu masalah kepada teman dan orang luar di mana dibimbangi orang yang dipilih itu dari kalangan yang rosak akhlak juga atau yang suka mengambil kesempatan atas masalah orang lain. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Antara serangan pemikiran yang dijaja oleh musuh Islam dalam menjauhkan masyarakat dunia daripada Islam ialah memomokkan Islam dengan keganasan. Isu terbaru iaitu serangan di Paris dan California cuba dikaitkan dengan Islam. Malah ucapan calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Repullikan yang mahu semua umat Islam diharamkan daripada masuk Negara Amerika merupakan suatu provokasi yang meletakkan umat Islam dikandang yang salah secara membabi buta. Kita semua tahu bahawa setiap calon Presiden Amerika yang mahu menang mesti menjadi pelobi kepada kepentingan zionis yahudi dan Negara haram Israel. Musuh Islam cuba menutup kejahatan mereka dalam membunuh umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Yaman dan sebagainya dan terbaru cuba meletuskan peperangan di Turki dalam melumpuhkan setiap Negara umat Islam yang menjadi ancaman kepada musuh Islam terutama zionis yahudi di Israel. Oleh itu dalam menjawab segala tuduhan liar ini marilah kita sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan rasul menggandakan usaha dalam mendalami ilmu agama seterusnya melaksanakannya dalam setiap aspek kehidupan. Kita tidak mahu umat Islam sendiri bukan sahaja jahil tentang Islam malah membenci agamanya sendiri. Jangan termasuk dalam jerat yang dipasang oleh musuh sebaliknya gunalah teknologi musuh termasuk teknologi maklumat untuk menyerang balik musuh. Kuatkan kesatuan umat Islam di bawah panji Islam sehingga janji kemenangan daripada Allah semakin hampir untuk dicapai dan diraih. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan : فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾ Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 24 November 2015

Islam Jamin Kesejahteraan Menentang Keganasan

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 54-56 surah al-Maidah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ ﴿٥٥﴾ وَمَن يَتَوَلَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّـهِ هُمُ الْغَالِبُونَ ﴿٥٦﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. Kini kita berada di bulan Sofar yang turut mencatatkan beberapa peristiwa besar dalam catatan sejarah Islam antaranya pada bulan Sofar tahun 656 Hijrah, tentera Tartar Monggol yang berasal dari hujung negara China yang diketuai oleh Halagu telah datang menyerang Kota Baghdad dan menghancurkannya sehingga jatuhnya Kerajaan Abbasiyah setelah 5 kurun memerintah berpusat di Baghdad yang ketika itu diperintah oleh al-Musta’sim. Kejatuhan Baghdad di tangan Tartar telah menyaksikan jutaan rakyat terbunuh sehingga Baghdad menjadi kolam darah dan bau mayat hanya hilang selepas 4 tahun. Banyak kitab-kitab ulama’ Islam di buang sehingga air Sungai Furat dan Dajlah menjadi hitam dengan dakwat kitab. Namun kejatuhan Baghdad bukan penamat kepada perkembangan dan kebangkitan Islam kerana selepas itu Tartar dapat di tewaskan dalam peperangan ‘Ain Jalut malah ramai di kalangan pemimpin Tartar sendiri akhirnya memilih Islam sebagai cara hidup. Jarang berlaku dalam sejarah dunia penjajah memeluk agama rakyat yang dijajah kerana kebiasaannya penjajah akan mengubah cara berpakaian, cara hidup, cara berfikir hatta bahasa rakyat yang dijajah kepada memuja dan mendewakan penjajah. Tetapi dengan wujudnya umat Islam yang istiqamah berpegang teguh dengan ajaran Islam menyebabkan bukan sahaja Islam gagal dihancurkan di Baghdad malah kaum Tartar yang datang menjajah berjaya diIslamkan. Di antara ciri umat yang Istiqamah yang teguh dalam memperjuang dan mempertahankan Islam yang wajib dimiliki oleh umat kemenangan ialah [1] Mencintai Allah [2] Allah mencintai mereka [3] Lemah lembut kepada saudara seagama [4] Bertegas terhadap orang kafir [5] Bersungguh-sungguh berjuang pada jalan Allah [6] Tidak takut pada celaan manusia dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 174-175 surah an-Nisaa’ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا ﴿١٧٤﴾ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿١٧٥﴾ Maksudnya : Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya Islam merupakan agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam di mana kebanyakan ulama’ tafsir dalam menyatakan maksud rahmat Islam ialah untuk setiap manusia hatta orang kafir iaitu dengan dijauhkan daripada dihancurkan sebagaimana umat dahulu bila mereka tunduk kepada system Islam. Antara aspek-aspek kejayaan dan kecemerlangan yang dikehendaki oleh Islam ialah meliputi pelbagai bidang kehidupan antaranya : [1] Di bidang ekonomi, kejayaan dan kecemerlangan boleh dicapai melalui garis panduan yang ditentukan oleh syariat Islam iaitu Islam tidak melarang umatnya memiliki harta jika didapati daripada sumber yang halal dan menunaikan tanggungjawab yang diperintahkan oleh AllahIslam memelihara semua kepentingan dengan undang-undang dan peraturan yang diperlukan dalam berbagai perkara seperti jual beli, hutang-piutang, perdagangan dan perusahaan. Harta kekayaan adalah milik Allah di mana manusia harus memanfaatkan harta tersebut dengan sewajarnya. Untuk menjamin kekayaan diagihkan dengan adil, umat Islam diwajibkan supaya menjadi pengurus, pentadbir dan pemerintah yang bertanggungjawab. Ekonomi yang mantap dan terkawal dapat mengelakkan kemiskinan, dapat menyempurnakan kelima-lima rukun Islam, serta meraih banyak pahala daripada infak iaitu membelanjakan harta ke jalan Allah, sedekah dan wakaf dan menggunakan harta untuk perkara-perkara yang berfaedah. Suatu yang sedih bila pemotongan RM1.4 bilion peruntukan untuk pengajian tinggi dalam Belanjawan Negara 2016 sedangkan dalam masa yang sama menambah RM1 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri yang dibimbangi bukan sahaja mengurangkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti awam malah banyak membantut proses dalam melahirkan generasi berilmu. Alangkah moleknya jika derma sebanyak RM2.6 bilion dapat menampung peruntukan untuk pendidikan. Betapa malangnya bila pemimpin hanya berbangga dengan kutipan cukai GST yang tinggi sedangkan pengaliran untuk bantuan rakyat semakin kurang. [2] Untuk mencapai kejayaan di bidang politik pula Islam menggariskan pula perkara-perkara yang berikut iaitu Umat Islam hendaklah memilih orang yang benar-benar berkelayakan untuk menjadi pemimpin, imam atau sebagainya mengikut dasar-dasar yang telah ditentukan oleh al Quran dan as-Sunnah. Pemimpin bertanggungjawab memastikan syariat Allah dijalankan dalam negara yang dipimpin serta syariat Islam terlaksana dengan sempurna. Pemimpin bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan negara untuk menjamin keadilan dan hak rakyat ditadbir dengan sebaik-baiknya. Adalah suatu yang malang bila perundangan Islam gagal dimartabatkan sehingga masalah jenayah semakin meningkat dan keselamatan semakin tergugat [3] Di bidang sosial pula, perhubungan hendaklah menurut peraturan pergaulan yang disyariatkan Allah s.w.t. iaitu Manusia dilarang bergaul menurut kehendak hawa nafsu kerana ini akan merosakkan kehidupan dan menjadikan hidup seperti haiwan. Islam menggalakkan semua orang hidup dengan bekerjasama dan tolong-menolong. Kebebasan beragama yang diberikan oleh Islam kepada seluruh manusia adalah bertujuan mencapai keharmonian dan ketenteraman dalam hidup. Islam menganjurkan persaudaraan bagi seluruh manusia tanpa mengira kedudukan, harta dan rupa. Pelaksanaan keadilan bagi semua manusia mestilah dilakukan bagi membina keamanan. Setiap orang bertanggungjawab menjaga keharmonian antara kaum dengan mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Amat malang bila api perkauman dinyalakan yang membawa kepada kerosakan dan perbalahan Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Kahfi : الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ‌ عِندَ رَ‌بِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ‌ أَمَلًا Maksudnya : Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni dalam kitab tafsirnya, Sofwah at-Tafasir mencatatkan ciri-ciri kebahagiaan di dunia dan akhirat seperti yang terkandung di dalam al-Quran adalah kebahagiaan yang meliputi : [1] Memperolehi kesihatan fizikal dan mental [2] Memiliki ilmu yang memberikan manfaat. [3] Melakukan perbuatan amal yang soleh. [4] Ikhlas dalam beramal ibadah. [5] Mendapat keredaan Allah [6] Disenangi oleh masyarakatnya. [7] Merasa puas dan cukup dengan harta yang ada. [8] Rumah tangga yang aman dan tenteram, mendapat isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh. [9] Mendapat keselamatan daripada siksaan di dalam kubur. [10] Menempuhi penghitungan amalan yang mudah di hari akhirat kelak. [11] Dipersilakan masuk ke syurga dengan penuh nikmat kesenangan dan mendapat kepuasan yang abadi. Semoga Allah menganugerahkan segala kebaikan tersebut dengan syarat kita bersungguh dalam melaksanakan kewajipan agama dan menjauhi segala larangan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahinah : لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿٨﴾ Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Menjadi kewajipan kita bersama dalam menyerlahkan kehebatan dan keadilan Islam untuk mengamalkan segala ajaran Islam dalam kehidupan termasuk adab dan hak terhadap orang bukan Islam. Islam melarang segala bentuk keganasan yang jelas mencabuli prinsip kemanusiaan dan keamanan sejagat. Merujuk kepada peristiwa serangan di Paris yang menggemparkan dunia pada 13 November, sehingga meragut 129 nyawa dan mencederakan 352 orang yang lain. Cuma yang kita sedih bila Islam dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika kita semua maklum pada Paris antara kotaraya yang mempunyai jumlah umat Islam yang paling tinggi di Eropah. Kita tidak mahu ia menjadi suatu lagi perancangan musuh dalam menakutkan rakyat Eropah berkenaan Islam. Dalam membicarakan tragedy Paris maka dunia sepatutnya tidak digelapkan daripada tragedi di Lubnan, sehari sebelum kejadian di Paris di mana kawasan awam di Selatan Beirut dibom dan mengorbankan 41 orang dan mencederakan 200 yang lain. Begitu juga kegasanan penjajah Israel terhadap rakyat Palestin di mana hampir 2 bulan kebangkitan baru rakyat Palestin menyaksikan 1,700 warga Paletin dipenjara dan 546 kanak-kanak turut menjadi mangsa tahanan dan ratusan yang gugur syahid. Malah zionis yahudi bertindak kejam menyerang hospital. Malang sekali, keganasan di Palestin ini direstui dan didanai Amerika Syarikat (AS). Keprihatinan kita juga dizahirkan terhadap pergolakan berdarah di Syria yang masih belum reda sampai masuk tahun ke-4 kini. Keadaan bertambah parah dengan campur tangan Russia dalam pergolakan ini. Selain itu, isu pelarian Rohingya juga menjadi kepedulian kita bersama. Yakinlah kita bila ikatan hati umat Islam dengan Allah kuat, ikatan persaudaraan atas dasar Islam bertambah erat maka janji kemenangan daripada Allah semakin dekat . Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 19 November 2015

Islam DiPerkasa Negara Sentosa Umat Sejahtera

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Mulk : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Kita baru sebulan memasuki tahun baru 1437H di mana penggunaan taqwim hijrah yang begitu terbatas dalam kehidupan harian akibat penjajahan menyebabkan suasana penghayatan Taqwim Hijrah begitu kurang sehingga ada di kalangan umat Islam sendiri tidak sedar dengan kedatangan tahun baru hijrah berbanding kedatangan tahun Masihi. Akhirnya taqwim hijrah hanya diambil berat ketika menyambut Ramadhan, raya puasa dan raya haji sahaja. Kegagalan dalam mengembalikan fungsi dan peranan taqwim hijrah pada tempat yang sepatutnya telah memberi kesan dalam kehidupan umat Islam terutama dalam menghayati peristiwa-peristiwa penting dalam sirah nabawiyyah untuk dilaksanakan dalam agenda kehidupan Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 5 surah al-Qosas : وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ Maksudnya : Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Antara penghayatan terhadap Taqwim Hijrah ialah penghayatan terhadap sirah nabawiyyah itu sendiri terutama Hijraturrasul s.a.w yang banyak mengajar kita bagaimana Islam bukan hanya melibatkan ibadat khusus malah merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Berdirinya Daulah Islamiah yang hebat dan kuat di Madinah Munawwarah banyak mengajar kita tentang usaha dalam memastikan Islam sebagai kuasa yang memerintah bukan suatu yang mudah dan bukan juga bukan suatu yang mustahil untuk dicapai kerana ia merupakan suatu arahan dan janji oleh Allah. Pembinaan umat yang jatidiri dengan aqidah yang kukuh di Mekah ditambah dengan penyediaan umat yang bersiap sedia untuk bersama mendirikan daulah di Madinah dengan berlangsungnya Bai’ah Aqabah pertama dan kedua denagn penduduk Madinah sebelum hijrah menjadi pemangkin yang kukuh sehingga berdirinya Daulah yang dianggap ‘kerajaan nyamuk’ yang lemah pada awalnya tetapi akhirnya berjaya menawan Empayar Rom Kristian dan Empayar Parsi Majusi seterusnya bergerak maju ke sebelah sini dengan menawan Empayar Hindu India dan Empayar Budha China. Keyakinan yang tinggi dengan janji kemenangan daripada Allah disamping strategi yang kemas dengan organisasi yang teratur mampu mengembalikan semula kemenangan Islam bagi menyekat sebarang bentuk penjajahan baru, menghentikan penindasan dan kezaliman musuh yang tidak berperikemanusiaan. Kisah al-Quran yang menunjukkan bagaimana jatuhnya kerajaan Firaun sehingga nabi Musa a.s dan golongan bani Israel yang sebelum ini menjadi budak suruhan dan golongan tertindas akhirnya diberi kekuasaan dan Negara. Begitu juga keyakinan Suraqah bin Malik yang baru beriman setelah gagal membunuh nabi Muhammad s.a.w bahawa dia bakal dikalungkan dengan gelang kerajaan Parsi yang bakal tumbang suatu hari nanti sedangkan ketika janji nabi itu belum lagi berdirinya Daulah Islamiah. Tidak ketinggalan dengan keimanan dan kesungguhan Sayyidina Umar yang bukan sahaja berjaya menawan kerajaan Parsi malah berjaya membebaskan Masjid Aqsa dengan tumbangnya kerajaan Rom. Malah kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh dalam menawan Kota Istanbul bagi menyahut seruan nabi sewajarnya menjadi motivasi kepada kita semua bahawa kejayaan umat Islam hari ini bergantung kepada keimanan dan usaha dalam menggerakkan agenda al-Quran dan hadis nabi dalam kehidupan. Dekatnya kita dengan al-Quran maka dekatnya kita kepada janji kemenangan. Jauhnya kita daripada al-Quran maka jauhlah kita daripada rahmat Allah. Usah bercakap tentang kemenangan bila al-Quran disisihkan daripada kehidupan. Usah bercakap tentang kejayaan bila al-Quran dipinggirkan daripada memandu kehidupan Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah, Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur : وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٥٥﴾‌ Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Negara yang Berjaya ialah Negara yang mempunyai pemimpin dan rakyat yang beraqidah dan berakhlak. Bila merujuk kepada Model Daulah yang agung yang dibina oleh nabi Muhammad s.a.w berdiri atas 3 asas utama iaitu [1] pembinaan masjid bagi membina ikatan manusia dengan Allah yang menjadi kekuatan utama kepada kesejahteraan dan keberkatan Negara. Sesuai dengan maksud politik Islam iaitu tindakan yang menjadikan manusia lebih dekat dengan kebaikan dan lebih jauh daripada kerosakan. Membangunkan rakyat dalam sebuah negara tidaklah cukup hanya dengan memberi mereka teknologi, makanan, wang dan lain-lain. Tetapi pembangunan yang sebenar perlu melibatkan membangunkan jiwa-jiwa mereka, emosi mereka, akhlak serta kelakuan mereka agar terus berada pada tahap kemulian yang tertinggi. Tiada nilai sebuah negara yang mempunyai teknologi serta wang yang banyak namun tidak mempunyai akhlak yang mulia kerana kelak sifat buruk itu pasti menyumbang ke arah runtuhnya negara tersebut pada semua sudut. Inilah yang sedang kita saksikan di Amerika Syarikat dan banyak lagi negara Barat. Oleh itu kita berasa kecewa bila pemotongan RM1.4 bilion peruntukan untuk pengajian tinggi dalam Belanjawan Negara 2016 sedangkan dalam masa yang sama menambah RM1 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri yang dibimbangi bukan sahaja mengurangkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti awam malah banyak membantut proses dalam melahirkan generasi berilmu. Alangkah moleknya jika derma sebanyak RM2.6 bilion dapat menampung peruntukan untuk pendidikan. Betapa malangnya bila pemimpin hanya berbangga dengan kutipan cukai GST yang tinggi sedangkan pengaliran untuk bantuan rakyat semakin kurang. Belanjawan Negara menjadi cacat bila yang penting disisihkan, pembaziran pada benda lain diteruskan, ketirisan dibiarkan tanpa tindakan Itu belum lagi dikira dengan usaha seolah menyokong usaha dalam mengembangkan tabiat menghisap Vape atau rokok elektronik sedangkan semua maklum ia merupakan budaya negatif yang merosakkan. Akhirnya saudara seagama di Negara peperangan mati bawah asap bom, kita di sini mati akibat asap rokok, Vape, dadah dan seumpamanya Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar Asas ke-[2] Nabi s.a.w membina ikatan persaudaraan yang kuat antara golongan Muhajirin yang berhijrah dengan golongan Ansar yang merupakan anak watan Madinah sehingga hubungan kemanusiaan atas dasar iman ini banyak membantu membina Negara yang kuat. Perpecahan di kalangan umat Islam telah menyebabkan penderitaan dan penindasan terus berlaku tanpa henti dann kasihan belas daripada musuh Islam. Kita sedih melihat peperangan saudara di Syria bila kuasa besar Amerika Syarikat dan sekutunya menjual senjata kepada suatu puak manakala Rusia kepada puak yang lain akhirnya yang mati umat Islam, yang kaya raya musuh Islam. Begitu juga peningkatan keganasan zionis Yahudi selepas Intifadah atau kebangkitan umat Islam Palestin di mana Jabatan Kesihatan Palestin mengumumkan, sejak awal perjuangan pada 1 Oktober lalu, hingga hari Khamis kelmarin, jumlah para syuhada mencapai sehingga 76 orang dan 17 orang di antaranya adalah anak kecil. Ramai bertanya bilakah Islam mahu menang sedangkan kita tidak mahu kembali untuk bersatu atas dasar Islam. Ramai bertanya bilakah pertolongan akan datang daripada Allah sedangkan arahan Allah dipandang ringan, larangan Allah dijadikan mainan. Sedangkan zionis Israel pernah berkata bahawa jatuh bangunnya Negara haram zinois yahudi bukan bergantung kepada bilakah umat Islam berjaya membina senjata yang lebih canggih dan hebat daripada mereka sebaliknya bilakah umat Islam berjaya datang solat Subuh berjemaah di masjid sebagaimana ramainya mereka datang untuk solat Jumaat. Bila ikatan hati umat Islam dengan Allah kuat, ikatan persaudaraan atas dasar Islam bertambah erat maka janji kemenangan daripada Allah semakin dekat Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 214 surah al-Baqarah: أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ﴿٢١٤﴾ Maksudnya : Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah) Manakala asas ke-[3] yang dibina selepas hijrah ialah membentuk Piagam Madinah yang merupakan asas pembinaan Negara yang pertama di dunia dalam memastikan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dapat hidup aman di bawah satu system yang saksama. Ibnu Khaldun menegaskan bahawa manusia itu masyarakat Madani mengikut fitrahnya dengan syarat dibangunkan insannya, sifat dan ciri manusianya dengan betul. Aspek jasad, roh, akal individu masyarakat sehingga mampu membina negara dalam segala aspeknya. Bukan sahaja politik yang paling banyak dicaturkan sehingga mencelarukan bahkan termasuk juga ekonomi, keamanan dan keselamatan di semua peringkat. Merangkumi semua aspek kejadian manusia dan urusan kehidupannya daripada individu, keluarga, kelompok yang kecil sehinggalah sebuah negara masyarakat majmuk dan masyarakat antarabangsa. Islam begitu bencikan penjajahan yang menyebabkan penindasan samada melalui senjata zahir mahu pun perjanjian berat sebelah termasuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) yang bakal menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 23 Oktober 2015

Qiamat DiIngati Islam DiHayati Jerebu Jahiliah diHindari

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 10-11 surah ad-Dukhan: فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ Maksudnya: Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabus atau asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih Kita sebagaimana hamba Allah yang beriman kepada Allah dan hari qiamat sentiasa diingatkan hawa kehidupan dunia ini hanya sementara di mana bumi yang kita pijak, langit yang kita junjung ini sendiri bakal dihancurkan apabila tibanya saat berlakunya Qiamat. Sekiranya makhluk Allah yang besar seumpama langit dan bumi ada tempoh yang tertentu untuk dihancurkan begitulah juga kita sebagai makhluk yang kerdil hanya menunggu masa untuk menunggu saat kematian kita. Kita bukan disuruh untuk menjadi penunggu setia kepada hari mati dan tarikh berlakunya Qiamat sebaliknya kita disuruh untuk sentiasa bersiap sedia dalam menambah bekalan akhirat dengan amalan soleh disamping perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa kesalahan yang kita lakukan. Bila berlakunya kejadian jerebu yang terus melanda negara maka marilah kita sama-sama merenung tentang suatu peringatan Allah melalui surah ad-Dukhan bagaimana akibat kedegilan kaum Quraisy yang tidak mahu menerima Islam, maka Rasulullah s.a.w mendoakan atas mereka: أَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَيْهِمْ بِسِنِيْنَ كَسِنِيْ يُوْسُفَ. Ya Allah tolonglah aku untuk mengalahkan mereka dengan kelaparan seperti yang terjadi pada zaman nabi Yusuf. (HR. Bukhari dan Muslim). Maka terjadilah kemarau panjang dan kelaparan, hingga sebahagian mereka binasa dan sebahagian lainnya memakan bangkai-bangkai dan tulang-tulang. Ketika itu setiap orang melihat seakan-akan di antara langit dan bumi ada asap. Ada yang berpendapat, bahwa dukhan tersebut adalah asap yang meliputi manusia ketika neraka mendekat kepada orang-orang yang berdosa pada hari Qiamat, dan bahawa Allah mengancam mereka dengan azab pada hari Qiamat serta menyuruh Nabi-Nya menunggu hari itu. Ia merupakan suatu ancaman kepada orang-orang kafir dan menakut-nakuti mereka dengan hari itu dan azabNya, dan dalam masa yang sama menghibur rasul dan kaum mukmin agar menunggu azab yang bakal menimpa orang yang mengganggu mereka pada hari Qiamat nanti Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam Surah ar-Ruum ayat 41: ظَهَرَ‌ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ‌ وَالْبَحْرِ‌ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْ‌جِعُونَ Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ketika berbicara tentang jerebu juga maka mimbar Jumaat pada hari ini menyeru agar semua pihak bermula daripada pemimpin hingga rakyat di bawah supaya bersungguh-sungguh menjauhi dosa maksiat agar diangkat musibah ini dengan segera oleh Allah. Begitu juga perlu diambil tindakan yang tegas dari Kerajaan Indonesia dan Negara kita sendiri memandangkan banyak syarikat besar daripada 2 negara ini dan beberapa Negara lain yang terlibat secara langsung dalam pembakaran hutan bagi tujuan perniagaan terutama penanaman sawit dan sebagainya. Jangan disebabkan untuk kepentingan perniagaan maka keselamatan kesihatan dan nyawa rakyat menjadi taruhan. Akibat beberapa kerat syarikat berkepentingan maka maslahat umum diketepikan sehingga banyak aktiviti terutama sekolah, sektor pelancongan dan sebagainya terjejas akibat kerakusan untuk mencari keuntungan. Adalah tidak berbaloi syarikat mengaut keuntungan ketika rakyat kehilangan nyawa, terjejas kesihatan malah Negara sendiri menanggung kos rawatan dan pemulihan yang jauh lebih tinggi daripada keuntungan yang diraih. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49: وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨﴾ مَا يَنظُرُ‌ونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ Maksudnya : Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). Sehari dua ini masyarakat dikejutkan dengan dakwaan kononnya dunia bakal bergelap selama 15 hari bermula 15-30 November nanti. Kekalutan yang timbul ini akhirnya dijawab oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dengan menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp. Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata, perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku dan tiada sebab untuk bumi bergelap pada ketika itu. Semakan daripada laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendapati peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau ‘Conjunction’ adalah normal. Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Oktober ini. Kita tidak sepatutnya hanya perlu menunggu suatu yang pelik berlaku untuk berubah menjadi baik atau baru mahu insaf untuk bertaubat. Telah banyak perkara besar yang disebutkan oleh nabi s.a.w termasuk tentang alamat atau tanda Qiamat yang berlaku depan mata kita sendiri yang mengingatkan kita tentang betapa hampirnya dunia ini kepada saat kehancuran. Antaranya melalui suatu hadis عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ Maksudya: Rasulullah s.a.w menghampiri kami saat kami sedang membicarakan sesuatu, baginda s.a.w bertanya: “Apa yang kalian bicarakan?” Kami menjawab: Kami membicarakan berkenaan Qiamat. Baginda s.a.w bersabda: “Qiamat tidaklah terjadi hingga kalian melihat 10 tanda-tanda sebelumnya.” Baginda s.a.w menyebut iaitu [1] Asap, [2] Dajjal, [3] binatang yang akan bercakap kepada manusia, [4] terbitnya matahari dari barat, [5] turunnya nabi Isa bin Maryam a.s, [6] ya’juj dan ma’juj, [7] 3 gempa bumi; gempa bumi di timur, [8] gempa bumi di barat dan [9] gempa bumi di jazirah arab dan [10] yang terakhir adalah api muncul dari Yaman menghalau manusia menuju tempat perkumpulan mereka (HR imam Muslim) Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal : وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia Sempena berada dipenghujung tahun 1436H di mana beberapa hari lagi kita bakal menyambut tahun baru 1437H maka marilah kita sama-sama merenung mengenai nasib yang menimpa saudara seagama dalam perang saudara yang berlaku di Syria, Iraq, Libya, Yaman dan sebagainya yang kebanyakannya ada tangan jahat dari musuh Islam yang merancangnya telah menyebabkan banyak nyawa terkorban dan ramai menjadi pelarian. Malah pemilihan Eropah sebagai tempat mencari perlindungan sehingga ramai yang terkorban lemas di lautan seperti mengulangi semula sejarah silam bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15. Penghijrahan ke Negara berlainan agama juga mengingatkan kita tentang Hijrah pertama ke Habsyah di bawah Raja an-Najjasyi beragama Nasrani pada zaman nabi s.a.w. Di sini perlu perhatian kita bersama terutama di kalangan pemimpin Negara uma Islam agar lebih banyak memberi perhatian kepada bantuan untuk saudara segama kerana penghijrahan ke Negara berlainan akan membawa kesan positif dan negatif. Sudut positifnya jika sebelum ini Islam berjaya semula menembusi Eropah apabila ramai di kalangan pemimpin dan ahli gerakan Islam yang dibuang Negara terutama dari Negara Arab berjaya mengembangkan Islam di sana. Oleh itu kita doakan semoga penghijrahan ke Eropah akan menyebar luaskan lagi dakwah Islam sebagai bayaran terhadap kekejaman musuh Islam itu sendiri dalam membunuh dan memporak perandakan Negara umat Islam atas alasan membasmi keganasan. Akhinya Negara musuh dibanjiri dengan rakyat yang musuh kacau Negara mereka Dari sudut negatif pula dibimbangi akan menjejaskan agama mereka kerana adanya laporan pelarian sangggup menukar agama demi mendapatkan suaka politik Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang mulia ini maka mimbar Jumaat menyeru buat sekian kalinya agar seluruh umat Islam yang bermaruah bangkit dengan pelbagai cara dalam memerdekakan kembali bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Kita sedia maklum di mana antara tindakan biadap zinois yang terbaru ialah menggempur masjid pada siang 13 September dengan memakai kasut dan menembak peluru api, bom bunyi dan gas pemedih mata ke arah para jemaah di dalam masjid Qibli di perkarangan Masjid al Aqsa. Pencerobohan ini adalah langkah pertama dari 2 langkah untuk melaksanakan satu ketetapan yang diputuskan oleh Parlimen Israel iaitu membahagikan Masjid al Aqsa kepada 2 dari sudut ruang dan masa. Langkah [1] ialah menetapkan waktu tertentu iaitu separuh untuk orang yahudi beribadat dalam masjid al Aqsa dan separuh lagi untuk umat Islam. Langkah ke[2] ialah membahagikan masjid al Aqsa kepada 2 bahagian secara fizikal dan kekal iaitu sebahagian masjid untuk orang Islam dan sebahagian lagi diserahkan kepada yahudi. Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh Islam dan memberikan kemenangan yang besar kepada pejuang Islam disamping hulurkan bantuan berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s agar dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Dunia telah menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan telah menarik balik sokongan dan sumbangan kepada zionis yahudi. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi ini. Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera nabi Muhammad akan kembali untuk memerdeka bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 5 Oktober 2015

Sistem Islam DiJulang Kemerdekaan Masjid Aqsa DiPerjuang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 34 surah Luqman : إِنَّ اللَّـهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Maksudnya : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya Al-Quran menjelaskan kepada kita tentang 5 perkara rahsia yang hanya diketahui oleh Allah sahaja iaitu tarikh Qiamat, turunnya hujan, keadaan bayi dalam kandungan, apa yang bakal berlaku di bawah qadha’ dan Qadar Allah dan tarikh kematian kita. Bila kita meyakini perkara ini dengan tahap keimanan yang tinggi sepastinya kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa yang sentiasa beringat dan bersiap dengan kehidupan akhirat. Antara amalan terbaik sebelum tibanya saat kematian kita ialah : [1] Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar [2] Betulkan solat kita dengan rukun zahir dan batinnya dengan penuh khyusuk dan ikhlas. Begitu juga dengan amalan soleh yang lain terus tingkatkan kuantiti serta kualitinya dengan penuh istiqamah. [3] selesaikan semua hutang kita dan sebaiknya wasiatkan kepada waris secara bertulis agar hutang kita dapat dilunaskan dengan sebaik mungkin. [4] Perbanyakkan sedekah jariah. [5] Hidupkan budaya ilmu dalam kehidupan seharian dalam menimba seterusnya menyerbarkan Ilmu yang bermanfaat. [6] Pastikan pendidikan dan tarbiah yang terbaik dalam melahirkan anak soleh yang sentiasa mendo'akan kita. [7] Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 145 surah Ali ‘Imran : وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ كِتَابًا مُّؤَجَّلًا ۗ وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٥﴾ Maksudnya : Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur Peringatan demi peringatan termasuk kematian yang berlaku disekeliling kita di mana kita sebagai calon kematian seterusnya hanya menunggu saat tibanya giliran malaikat Izrail menjalankan tugasnya untuk mencabut nyawa kita pula. Pada tahun ini dunia Islam dapat menyaksikan bagaimana 2 tragedi besar yang berlaku di bumi Mekah yang melibatkan 111 kematian Jemaah haji termasuk 7 dari Malaysia dalam kejadian runtuhan Kren di Masjidil Haram pada 11 September diikuti 769 jemaah haji termasuk seorang dari Malaysia mati dalam insiden rempuhan di Mina pada 24 September. Tragedi Mina ini merupakan kejadian kedua terburuk selepas insiden rempuhan sama di dalam terowong Muasseim di Mina pada 2 Julai 1990 yang meragut 1,426 nyawa. Kita ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan sama-sama kita doakan agar semua mangsa dianugerahkan ganjaran besar oleh Allah sesuai dengan kematian mereka pada hari dan tempat yang mulia serta ketika menunaikan ibadat haji. Tragedi ini juga memberi isyarat penting kepada semua pihak termasuk kerajaan Arab Saudi sendiri dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan dari pelbagai sudut termasuk dalam pengawalan tahap keselamatan tempat pembinaan serta kawalan pergerakan Jemaah haji supaya dapat mematuhi masa ketika melontar dapat dipatuhi. Peristiwa menyayat hati ini juga sepatutnya mengetuk hati pemimpin Arab Saudi dan sekutunya supaya meghentikan serangan kejam terhadap saudara seagama di Yaman. Serangan itu lebih menguntungkan musuh Islam berbanding menyelesaikan masalah yang ada Bila menyebut hal kematian juga maka kita begitu bimbang dengan laporan statistik Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 2008 hingga 2010 yang mencatatkan purata satu hingga dua kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku di Malaysia setiap hari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan berdasarkan statistik itu, sejumlah 1,100 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh 3 tahun akibat pelbagai faktor kompleks yang saling berkait antaranya gangguan mental terutamanya kemurungan, penyalahgunaan dadah, tragedi kehidupan seperti masalah kewangan, hilang pekerjaan, konflik hubungan (perpisahan, perceraian), kemiskinan, penyakit fizikal serta mempunyai sejarah bunuh diri dalam keluarga. Oleh itu kita semua wajib mengamalkan kehidupan yang sihat berdasarkan agama dalam menjauhi dosa besar ini Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 28 surah al-Kahfi : وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨﴾ Maksudnya : Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. Apabila masyarakat jauh daripada ilmu dan penghayatan agama maka pelbagai penyakit sosial dan jenayah yang timbul. Kita begitu bimbang dengan angka statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyatakan jenayah berat yang turut dikaitkan dengan remaja bawah umur berusia antara 12 hingga 17 tahun meningkat kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol. Begitu juga masalah zina di kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang 2 dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012. Statistik ini diperoleh daripada kaji selidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012. Sementara itu, data direkod daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-4 daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun Malangnya bila usaha dalam memartabatkan semula undang-undang Islam terutama dalam memperkasakan fungsi dan kuasa Mahkamah Syariah disekat oleh orang Islam sendiri dengan penuh bangga termasuk menghalang melalui mahkamah daripada dibawa usul untuk memindanya ke parlimen. Setelah 58 tahun merdeka tetapi jerebu pemikiran penjajah masih tebal sehingga umat Islam sendiri menjadi dalang agar hukum Islam tidak dilaksanakan. Sepatutnya kitalah yang menjadi wira yang sentiasa mencari seribu macam cara supaya hukum Islam dilaksanakan dalam Negara. Inilah bahayanya jerebu jahiliah di mana jerebu udara pada hari ini hanya menyebabkan sekolah ditutup tetapi jerebu jahiliah menyebabkan hati manusia yang mengaku Islam tertutup daripada mengiktiraf Islam sebagai agama yang lengkap dan sempurna Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar) Perang saudara yang berlaku di kalangan umat Islam seperti di Syria, Iraq, Libya, Yaman dan sebagainya yang kebanyakannya ada tangan jahat dari musuh Islam yang merancangnya telah menyebabkan banyak nyawa terkorban dan ramai menjadi pelarian. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira 150,000 pelarian Syria mencari perlindungan di Kesatuan Eropah sejak perang saudara meletus pada Mac 2011. Pemilihan Eropah sebagai tempat mencari perlindungan sehingga ramai yang terkorban lemas di lautan seperti mengulangi semula sejarah silam bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15. Menurut suatu laporan antara 3 sebab utama Eropah menjadi pilihan pelarian Syria bukannya Negara umat Islam yang berjiran ialah : [1] Kebanyakan Negara jiran susah memberi Visa kepada pelarian kerana menjaga hubungan dengan pembunuh Basyar. [2] Hubungan yang baik antara pemimpin Negara jiran dengan pemimpin Syria yang menyebabkan susah untuk memberi laluan untuk melindungi pelarian. [3] Banyak Negara Jiran tidak mampu memberi layanan sepatutnya kepada pelarian akibat ekonomi dunia yang merosot ditambah lagi bantuan antarabangsa yang sering tersekat dan kurang. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita bersama bermula daripada pemimpin dalam mencari jalan terbaik dalam memastikan nasib saudara seagama kita terbela dan penderitaan mereka dapat dihentikan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang mulia ini maka mimbar Jumaat menyeru buat sekian kalinya agar seluruh umat Islam yang bermaruah bangkit dengan pelbagai cara dalam memerdekakan kembali bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Kita sedia maklum di mana antara tindakan biadap zinois yang terbaru ialah menggempur masjid pada siang 13 September dengan memakai kasut dan menembak peluru api, bom bunyi dan gas pemedih mata ke arah para jemaah di dalam masjid Qibli (Masjid Umar al Khattab) di perkarangan Masjid al Aqsa. Mereka merempuh masuk melalui pintu al Silsilah dan mengasari para jamaah, mencederakan mereka, mengusir dan memberkas para Jemaah dan mebakar sejadah. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa jam sebelum masuknya tahun baru Yahudi Rosh Hasyanah pada sebelah petang. Pencerobohan ini dirancang di peringkat tertinggi kabinet Israel di mana ia adalah langkah pertama dari 2 langkah untuk melaksanakan satu ketetapan yang diputuskan oleh Parlimen Israel iaitu membahagikan Masjid al Aqsa kepada 2 dari sudut ruang dan masa. Langkah [1] ialah menetapkan waktu tertentu iaitu separuh untuk orang yahudi beribadat dalam masjid al Aqsa dan separuh lagi untuk umat Islam. Langkah ke[2] ialah membahagikan masjid al Aqsa kepada 2 bahagian secara fizikal dan kekal. Langkah biadap ini sudah pun mereka laksanakan ke atas Masjid Ibrahimi di Hebron yang menempatkan maqam Nabi Ibrahim a.s. Akhirnya Masjid Ibrahimi telah dirampas sebahagian masjid untuk dijadikan tempat ibadat orang yahudi. Kini yahudi bergerak untuk melakukannya dalam Masjid Aqsa pula. Oleh itu bangkitlah kita dalam menyekat perancangan jahat yahudi ini. Biar bermandi darah asalkan pencabulan yahudi terhadap Masjid Aqsa tetap kita cegah. Biar nyawa melayang dari badan asalkan kesucian masjid Aqsa tetap kita pertahankan بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 21 September 2015

خطبة عيد الأضحى 1436 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ....فرمان الله تعالى دالم أية 1-2 سورة الحج: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ ﴿٢﴾ مقصودڽ:واهاي اومة مأنسي , برتقواله کڤد توهن کامو ! سسوڠݢوهڽ ݢمڤا هاري قيامة ايت سواتو ڤرکارا يڠ امت بسر . ڤد هاري کامو مليهت ) ڤريستيوا - ڤريستيوا يڠ مڠريکن ( ايت , تياڤ - تياڤ ايبو ڤڽوسو اکن ملوڤاکن انق يڠ دسوسوكنڽ , دان تياڤ - تياڤ ڤرمڤوان يڠ مڠندو ڠ أكن كوكور أنق يڠ دكندوڠڽ دان اڠکاو اکن مليهت مأنسي مابوق ڤد حال مريک تيدق مابوق , تتاڤي عذاب الله إيت أمتله برات , مڠريکن سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكورن يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين . سمڤنا براد ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت کيت سام - سام مندعاءکن سموݢ ڤارا جماعه حاج دري سلوروه دنيا يڠ سدڠ مڠرجاکن عبادة حاج د کوتا مکة دبريکن کصيحتن دان کسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوݢرهکن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن کچوالي شرݢ. تيدق بݢيتو ليوات ڤد هاري اين اونتوق کيت سام - سام مڠوچڤکن تعزية کڤد سلوروه اهلي کلوارݢ لبيه 100 جماعة حاج يڠ منيڠݢل دنيا ترماسوق دري مليسيا دان لبيه 200 يڠ لأين چدرا عقيبة رونتوهن kren يڠ منيمڤا جماعة يڠ سدڠ برعبادة د مسجد الحرام ڤد ڤتڠ جمعة 11 سيڤتيمبر يڠ بارو لالو سجوروس ريبوت ڤاسير دان هوجن لبت . سموݢ الله مڠانوݢرهكن دڠن ڤهالا دان کدودوقكن يڠ بݢيتو ايستيميوا دسيسيڽ باݢي ݢولوڠن يڠ منيڠݢل دنيا ڤد هاري جمعةيڠ موليا , د تمڤت يڠ موليا يأيت مسجد الحرام , مکة کتيک منجالني عبادة کڤد الله . عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ – رواه الترمذي وأحمدوالبيهقي مقصودڽ:سأورڠ مسلم منيڠݢل دنيا ڤد هاري جمعة اتاو ڤد مالم جمعة ملأينکن الله اکن مليندوغيڽ دري فتنه ) ڤرتاڽأن ( قبور ماله نبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ممبريتاهو بهاوا اورڠ ماتي ترتيمڤا عقيبة رونتوهن سباݢاي ماتي شهيد الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ - رواه البخاري ومسلم مقصودڽ : شهداء ) اورڠ ماتي شهيد ( ايت اد 5 يأيت [1] اورڠ يڠ منيڠݢل كران ڤڽاکيت طاعون [2]اورڠ يڠ منيڠݢل کران ڤڽاکيت ڤروت [3] اورڠ يڠ ماتي تڠݢلم ) لمس( [4]اورڠ يڠ منيڠݢل کران ترتيمڤا رونتوهن , دان [5] اورڠ يڠ ݢوݢور د جالن الله مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم أية 30 سورة الشورى : وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ مقصودڽ: دان اڤ جوا يڠ منيمڤا کامو دري سسواتو کسوسهن ) اتاو بلأ بنچان ) مک اي اداله دسببکن اڤ يڠ کامو لاكوكن ) دري ڤربواتن - ڤربواتن يڠ ساله دان بردوسا دان ) دالم ڤد ايت ( الله ممعافکن سبهاݢين بسر دري دوسا - دوسا کامو . ڤريستيوا سديه يڠ برلاکو د مکة اين توروت مڠتوق هاتي کيت سوڤاي مرنوڠ باݢايمان کهيبتن الله يڠ برکواس اتس سݢالاڽ د مان ستياڤ برلاکو د باوه کواس دان كهندقڽ. اوليه ايت اڤابيلا برلاكوڽ ڤرکارا يڠ بسر ترماسوقTsunami , ݢمڤا بومي , بنجير بسر , تانه رونتوه , ريبوت طوفان , جربو دان ڤلباݢاي ڤڽاکيت سڤرتي دڠݢي , کنچيڠ تيکوس دان لأين - لأين مک كمباليله کڤد الله اونتوق کيت منجأوهي معصية , منمبه عمل عبادة سرتا سيکڤ جأوهي سوك مروسقکن عالم سکيتر . سباݢايمان عمور کيت بوکن سماکين مودا دان سماکين همڤير کڤد ساعة کماتين , بݢيتوله جوݢ دنيا اين سماکين توا دان منوڠݢو ساعة قيامة. کيت جوݢ دمينتا سوڤاي ممڤرباڽقکن بردعاء اݢر دهينداري درڤد بلأ الله سفرت دعاء اين : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ ، وَالتَّرَدِّي ، وَالْهَرَمِ ، وَالْغَمِّ وَالْغَرَقِ ، وَالْحَرْقِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ لَدِيغًا – رواه أحمد وأبو دأود مقصودڽ: يا الله , اکو برليندوڠ دري دتيمڤا رونتوهن , جاتوه دري تمڤت تيڠݢي , ڤڽاکيت ڽاڽوق , کسوسهن دوکاچيتا , تڠݢلم دان ترباکر . اکو برليندوڠ دري تيڤوان شيطان کتيک منيڠݢل دنيا , دان اکو برليندوڠ دري ملاريکن ديري داري ميدان جهاد . اکو برليندوڠ دري منيڠݢل دالم کأدأن دسڠت بيناتڠ بربيسا مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم أية 46 سورة الحج : أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾ مقصودڽ: اوليه ايت , بوكنكه بأيكڽ مريك مڠمبارا د موک بومي سوڤاي (دڠن مليهت کسن - کسن يڠ ترسبوت )مريك منجادي اورڠ - اورڠ يڠ اد هاتي يڠ مريك داڤت ممهمي , اتاو اد تليڠا يڠ مريک داڤت مندڠر ( تتاڤي كالاوله مريك مڠمبارا ڤون تيدق جوݢ برݢونا) کران کأدأن يڠ سبنرڽ بوكنله مات کڤالا يڠ بوتا , تتاڤي يڠ بوتا ايت اياله مات هاتي يڠ اد د دالم دادا سباكايمان جماعة حاج يڠ داتڠ دري سلوروه دنيا داڤت مڽقسيکن ببراڤ تمڤت ڤنتيڠ دان برسجاره سڤنجڠ منونايکن عبادة حاج سڤرتي ڤادڠ عرفة , مزدلفة , منى , صفا دان مروة , كعبة , حجر الأسواد, مقام إبراهيم دان لأين - لأين سهيڠݢ لاهير راس کإنصافن دان سماڠت دڠن مڠمبيل ڤڠاجرن يڠ برݢونا درڤد ڤڠحياتن کڤد سجاره يڠ ڤرنه برلاکو . سسواي دڠن انجورن القرءان اݢر کيت داڤت مڠمبيل اعتبار درڤد تمڤت يڠ دلاوتي دالم ممڤرتيڠکتکن کإيمانن دان عملن صالح سرت منجأوهي ڤراڠاي بوروق قوم يڠ دهنچورکن اوليه الله . اعتبار اين تيدق ممڤو دحياتي ملأينکن باݢي اورڠ يڠ هيدوڤ اتاو صيحة . تندا هاتي صيحة سباݢايمان دسبوت اوليه علماء أنتاراڽ: [1]هاتي يڠ صيحة سلالو مڠوتاماکن حال يڠ برمنفعة دان منجأوهي ڤرکارا بهاي [2] مڠوتاماکن اخيرة درڤد دنيا [3] برتوبة کڤد الله دان مڠݢنتوڠكن هارف کڤد الله [4]سلالو ايڠت کڤد الله دان تيدق بوسن دالم برعبادة کڤدڽ [5] برسديه اڤابيلا ترلوڤوت ورد سهيڠݢ لبيه سديه درڤد کهيلڠن هرتا ماناکالا تندا هاتي ساکيت ڤولا أنتاراڽ: [1] تيدق مڠنل الله , تيدق منچينتأي الله , تيدق مريندوکن ڤرجومڤاءن دڠن الله, دان تيدق کمبالي کجالن الله, سرتا لبيه سوک مڠيکوتي هوى نفسو [2]تيدق مراساکن هاتي دڠن سبب لوک - لوک معصية . سڤرتي اوڠکڤن ڤڤاته لوک تيدق تراس ساکيت باݢي اورڠ ماتي [3] سلالو مڠيکوتي کبوروقكن دڠن کبوروقكن جوݢ . حسن البصري مڠاتاکن ايت اداله دوسا د أتس دوسا سهيڠݢ ممبوات هاتي منجادي بوتا , لالو ماتي سمنتارا هاتي يڠ صيحة سلالو مڠيکوتي کبوروقكن دڠن کبأيقكن دان مڠيکوتي دوسا دڠن توبة [4]تيدق مراس ترسيقسا دڠن كبودوهنڽ تنتڠ کبنران بربيذا دڠن هاتي يڠ صيحة يڠ اکن مراس ساکيت دڠن داتڠ شبهة اتاو فركارا تيدق جلس ڤدڽ . عبارة کات سأورڠ علماء تيدق اد دوسا يڠ لبيه بوروق سلأين کبودوهن [5]هاتي يڠ ساکيت منيڠݢلکن ماکنن يڠ برمنفعة دان مميليه راچون يڠ بربهاي سڤرتي اڠݢن مندڠار القرءان , لبيه سوک مندڠار ڽاڽين يڠ ملالايکن [6] ترلالو چينتا ڤد دنيا , سنڠ تيڠݢل د دنيا , دان تيدق مراس ريندو کڤد اخيرة . تيدق ڤرنه مڠهارڤکن اخيرة دان تيدق براوسها اونتوق مڽياڤکن بکلن اخيرة . دي سيبوق دڠن دنيا دان دهابيسکن اونتوق حال - حال يڠ تيدق برمنفعة بهکن اونتوق ڤرکارا حرام اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم أية 107 سورة الصافات : وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾ مقصودڽ: دان کامي تبوس أنقڽ ايت دڠن سإيکور بيناتڠ سمبليهن يڠ بسر سمبوتن عيدالأضحى تيدق لڠکڤ تنڤا مڽبوت تنتڠ ڤڠوربانن اݢوڠ نبي إبراهيم سکلوارݢ دالم منطاعتي ڤرينته الله . امام الغزالي منݢسکن بهاوا ڤڽمبليهن بيناتڠ قربان اداله سباݢاي simbol دري ڤڽمبليهن اتاو مڠهيلڠکن صفة - صفة کبيناتڠن يڠ اد ڤد مأنسي سڤرتي صفة طمع , کدکوت , سومبوڠ , دڠکي دان صفة مذمومة اتاو ترچلا يڠ لأين . دڠن برقربان دهارڤکن سموا مأنسي داڤت ممبواڠ صفة - صفة کبيناتڠن يڠ داڤت منداتڠکن مصيبة دان بنچان ايت . دالم دڠن کهيدوڤن کيت سکارڠ , عبادة قربان مستي دلاکوکن اوليه 7 ݢولوڠن اوتام دالم مشارکة يأيت : [1]قربان د کالڠن ڤميمڤين دڠن مڽمبليه صفة کبيناتڠن يڠ اد ڤد مريك سڤرتي طمع , ݢيلا کواس , ظاليم سهيڠݢ مريك اکن برمرتبة د هادڤن الله دان ترحرمت د مات مأنسي . کݢاݢلن ڤميمڤين دالم مڽمبليه صفة طمع سباكي چونتوه اکن ملاهيرکن ڤميمڤين يڠ سنتياس مميکيرکن چارا کماسوقكن نݢارا دان کباجيقكن کڤد رعية سهيڠݢ رعية دهيمڤيت دڠن ڤلباݢاي کنأيقكن کوس سارا هيدوڤ اونتوق ممنوهي ڤمبذيرن ڤميمڤين . skandal 1MDB دڠن هوتڠ منچچه 42 billion دان ايسو درما ميستري سباڽق 2.6 billion تروس ملتقکن نݢارا دالم بهاي . نݢارا منجادي " نݢارا ڤرنياݢأن " سباݢايمان يڠ دسبوت اوليه ابن خلدون د دالم المقدمة : إِنَّ التِّجَارَةَ مِنَ الْحُكُوْمَةِ مَفْسَدَةٌ مقصودڽ: سسوڠݢوهڽ , ڤرنياݢأن دري ڤيهق کراجاءن کڤد رعية مروڤاکن کموسنهن دان کهنچورن سسبواه نݢارا [2]قربان د کالڠن ڤڠوسها دان اهلي ڤرنياݢأن دڠن مڽمبليه صفة تيدق جوجور , منيڤو , , manopoli دان ممڤرداي ڤمبلي . اڤابيلا ککايأن نݢارا هاڽ برليݢر د کالاڠن کاي سهاج مک جارق ڤميسه يڠ جأوه انتارا کاي دان مسکين باکل مڠݢوݢت کأمانن دان کسلامتن نݢارا . ايت بلوم لاݢي دکيرا دڠن Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) يڠ باکل مڽببکن لبيه باڽق ڤڠڠݢورن , ڤنياݢ تمڤتن باکل ݢولوڠ تيکر ماله حاصيل نݢارا اکن دسدوت تنڤا باتسن کران کاڤيتاليس لبيه برکواس درڤد اوندڠ - اوندڠ نݢارا ماله بوليه مڠݢوݢت ايسو اخلاق دان اݢام . اين باکل منمبه لاݢي کڤريتن رعيت يڠ سدڠ مميکول کڤريتن هيدوڤ دڠن کنأيقكن کوس سارا هيدوڤ دتمبه لاݢي دڠن کجاتوهن نيلاي ريڠݢيت يڠ ڤاليڠ بوروق دالم سجاره نݢارا [3]قربان د کالڠن حاکم , ڤڠعمل اوندڠ - اوندڠ سرتا ڤلقسان ڤوليسي اݢر منجأوهي رشوة , ڤچه امانة دالم منجامين کلڠسوڠن کعاديلن . کيت بݢيتو بيمبڠ اڤابيلا تکنن کڤد سيستيم کحاکيمن , ڤاسوقكن کسلامتن سڤرتي PDRM SPRMتراوتام دالم مڽياست کيس Profil تيڠݢي اکن مڠݢوݢت کستابيلن نݢارا . اوليه ايت ڤمبونوهن ترهادڤ اورڠ ڤنتيڠ د جابتن ڤݢوام نݢارا ڤد بولن اين دڠن چارا مڽمبوڽيکن ميت دڠن مثومبتث دالم توڠ dram دان کمودين دسيمين يڠ مروڤاکن کيس ک - 10 سأومڤام اين سجق 1988 . کيت مندسق ڤمبونوهن کجم اين دسياسة دڠن ڤنوه ديديکاسي دان برسوڠݢوه [4]قربان د کالڠن ݢورور دان ڤارا ڤنديديق دالم منديديق انق بڠسا تراوتام کتيک چابرن عالم ڤنديديقكن يڠ سماکين منچابر د تڠه - تڠه ببانن توݢسن ݢورور يڠ سماکين باڽق . تنڤا ڤڠوربانن ورݢ ڤنديديق دڠن سوکوڠن درفد ڤميمڤين , إيبوباف دان مشارکة مك مسئلة جناية Juvana يڠ سماکين منيڠکت ݢاݢل دتاڠني . منوروت Statistik , ڤد تاهون 2013 ترداڤت 1632کيس يڠ ممبابيتکن ڤلاجر سکوله بربنديڠ دڠن 1042 کيس تاهون سبلومڽ دڠن ڤنيڠکتن لبيه 57 ڤراتوس . کيس جناية برات اتاو ݢانس د کالڠن ڤلاجر سکوله جوݢ منيڠکت دڠن ترداڤت مريك يڠ بارو براوسيا 12 تاهون يڠ تربابيت دالم کݢياتن جناية ترماسوق داده , جودي دان ڤلباݢاي ڤياکيت سوسيال . أوباتيله دان چݢه سݢرا سبلوم اي سماکين ممباره دان مريبق [5]قربان د کالڠن إيبوباف دان انق - انق دڠن منجاديکن نبي إبراهيم دان سيتي هجر سباݢاي سوري تولادن دالم ڤڠوربانن ترهادڤ اڤ يڠ ڤاليڠ دجينتأي کران کچينتأن دان كطاعتن کڤد الله مڠاتسي سݢالا ڽ. بريله كفد انق - انق ڤنديديقكن اݢام دان ڤرݢأولن يڠ تربأيك کڤد مريک سفاي مڠنل الله دان منچينتأي الله . ديديق انق - انق دڠن ڤرهاتين ڤنوه , جاڠن منديديق انق - انق هاڽ دري سيسا يڠ تيڠݢل درفدوقتو کيت [6] قربان د کالڠن انق - انق دڠن منجاديکن نبي إبراهيم سباݢاي تلادن دالم كطاعتن کڤد ڤرينته الله سرتا ڤڠحرماتن کڤد کدوا اورڠ توا . قربانكن وقتو برمأين دان برهيبور اونتوق تومڤو ڤد ڤڠاجين دان کرجاي يڠ حلال [7]قربان کيت سموا دڠن مڠلوارکن زکاة , صدقة دان منونايکن عبادة قربان باݢي يڠ ممڤو . جاديكن سموا يڠ کيت ميليكي سباݢاي الة مندکت کڤد الله فرمان الله دالم سورة لقمان اية 17 : يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧﴾ مقصودڽ:واهاي انق كسايڠنكو , ديريكنله سمبهيڠ , دان سوروهله بربوات کبأيقكن , سرتا لارڠله درڤد ملاکوکن ڤربواتن يڠ موڠکر , دان برصبرله اتس سݢالا بلأ بنچان يڠ منيمفامو . سسوڠݢوهڽ يڠ دمکين ايت اداله دري ڤرکارا - ڤرکارا يڠ دکهندقكي دأمبيل برت بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 46 سورة الأنفال : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ مقصودڽ:دان طاعتله کامو کڤد الله دان رسولڽ , دان جاڠنله كامو بربنته-بنتاهن كالو تيدق نسچاي كامو منجادي لمه سماڠت دان هيلڠ كقواتن كامو, دان برصبرله ) مڠهادڤي سݢالا کسوکرن دڠن چکل هاتي ) سسوڠݢوهڽ الله برسرت اورڠ - اورڠ يڠ صبر مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله، کتيک مڠحياتي حکمة درڤد عبادة حاج دان عبادة قربان مک د سان کيت داڤتي اد تيتيق ڤرسامأن دري سودوت ممبينا کقواتن اومت يڠ برساتو اتس داسر إسلام دڠن برکاسيه سايڠ اتس داسر ايمان . ڤنجاجهن يڠ برجالن سکارڠ بوکن لاݢي اونتوق منجاجه تانه تتاڤي اجيندا اوتام موسوه اداله ممچهکن اومت إسلام يڠ دولوث برساتو د باوه خليفة اسلامية منجاديكنڽ سرڤيهن يڠ سماکين کچيل . موسوه ملڽڤکن اوندڠ - اوندڠ إسلام د نكارا کيت سنديري . ايکونومي دنيا دکواسأي بوکن إسلام سرتا تياد نݢارا إسلام ترسناراي سباݢاي نݢارا ماجو . والاوڤون کيت کاي , کيت منجادي نݢارا ڤڠݢونا , بوکن ڤڠلوار اڤاته لاݢي ڤنچيڤتا اونتوق کبأيقكن مأنسي سجاݢت . نݢارا کيت سنديري مڽقسيکن باݢايمان براس , باهن ماکنن دان کڤرلوان هارين بوکن اورڠ إسلام يڠ كلواركن . هرتا دالم بندار بسر تيدق سمڤاي 5 فراتوس ميليك اورڠ إسلام . اين سموا ساڠت جأوه دري اڤ يڠ کيت هارڤکن سباݢاي بڠسا يڠ ممڤو مندوكوڠ امانة ممرينته . اڤ يڠ ترچرنا دالم مشارکة کيني ڤرلو دڤروسيس سمولا دڠن ڤروسيس لام يأيت ڤنديديقكن . سايڠڽ يڠ چرديق ڤنداي د کالڠن کيت ڤانتس دهانتر کلوار نݢارا دان کمبالي سباݢاي cendekiawan دان teknokrat يڠ سوده دأچوانكن دڠن ايديولوجي ڤميکيرن الا بارت سرتا نيلاي يڠ جأوه درڤد تونتوتن شرع . مک تيدق حيرانله اومة إسلام هاري اين منجادي کوچر - کاچير دڠن کچلاروان ڤميکيرن دان برتيندق . اومة إسلام کيني سوده لوڤا ديري مريک , ترهاکيس نيلاي دان کإسلامن يڠ تولين درڤد کتورونن مريک . کقواتن عقل مريک دسيا-سياكن . موسوه مراس سنڠ اونتوق مڠݢاڽڠ إسلام کران اومة إسلام سوده تياد ڤرنچاڠن . مريک منجادي ساتو اومة يڠ سوده تيدق سوک ممباچ اڤاته لاݢي منچيڤتا . کقواتن عملن دسيا-سياكن دڠن فنفسيران سمڤيت , لبيه باڽق برچاکڤ دان بردبت تاڤي تيدق ملقساناکن . منجادي اومة يڠ berteori يڠ هاڽ دودوق د اتس کرتس سهاج سهيڠݢ منجادي اومة يڠ لسو دان سمڤيت سݢالا بواه فيکيرن . اوليه ايت إينيله ماسڽ کيت کنا قواتكن institusi ککلوارݢأن , ڤرلو fokus کڤد کلوارݢ سنديري اݢر منجادي اونيت يڠ جاتي بوکن د سودوت ايکونومي سمات - مات . ايبو باڤ کنا تاهو اڤ يڠ انق - انق لايري دان لڠݢاني . كمباليكن کلوارݢ کيت کڤد نراچ إسلام دالم بنتوق کلوارݢ دان جماعة.تݢقكن خلافة إسلاميه برمولا درڤد ديري سنديري , اهلي کلوارݢ , مشارکة ستمڤت سبلوم مماچو کڤد نݢري کمودين نݢارا سهيڠݢ عالم سجاݢت . ݢرقكن اتس داسر ايمان اين ڤاستي ممڤو مرونتوهکن جاهيليةستروسڽ مڠهالاو سبارڠ بنتوق ڤنجاجهن اوليه موسوه إسلام . ممڤو ممرديکاکن بومي فلسطين دان مسجد الأقصى درڤد کراکوسن zionis يهودي , مڠهنتيکن ڤراڠ سودارا د بومي عراق, سوريا, يمن , مڽکت ڤنيندسن اومة إسلام Ronghiya د Myanmar , تايلند دان سلوروه دنيا . قربانكن صفة ڤنتيڠ ديري اونتوق ميلامت دان ممبنتو سودارا سأݢام يڠ لأين . قربنكن سماڠت کبڠسأن سمڤيت اونتوق مماستيکن إسلام منجادي اݢام سجاݢت . إسلامله نسچاي کيت بهاݢيا دنيا اخيرة . الله أكبر ! ألله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد سلام عيدالأضحى داوچڤکن کڤد سلوروه مسلمين دان مسلمات. باكَي يڠ برکممڤوان دسارنکن اكَر مڠهيدوڤکن سمبوتن عيدالأضحى اين دڠن عبادة قربان برمولا هاري إين هيڠݢ براخيرڽ هاري تشريق 13 ذوالحجة ننتي سباكَايمان يڠ دانجورکن اوليه اسلام. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي کممڤوان سداڠکن دي تيدق ملاکوکن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندکاتي تمڤت صلاة کامي اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ