أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Jumaat, 23 Oktober 2015
Qiamat DiIngati Islam DiHayati Jerebu Jahiliah diHindari
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 10-11 surah ad-Dukhan:
فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksudnya: Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabus atau asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih
Kita sebagaimana hamba Allah yang beriman kepada Allah dan hari qiamat sentiasa diingatkan hawa kehidupan dunia ini hanya sementara di mana bumi yang kita pijak, langit yang kita junjung ini sendiri bakal dihancurkan apabila tibanya saat berlakunya Qiamat. Sekiranya makhluk Allah yang besar seumpama langit dan bumi ada tempoh yang tertentu untuk dihancurkan begitulah juga kita sebagai makhluk yang kerdil hanya menunggu masa untuk menunggu saat kematian kita. Kita bukan disuruh untuk menjadi penunggu setia kepada hari mati dan tarikh berlakunya Qiamat sebaliknya kita disuruh untuk sentiasa bersiap sedia dalam menambah bekalan akhirat dengan amalan soleh disamping perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa kesalahan yang kita lakukan.
Bila berlakunya kejadian jerebu yang terus melanda negara maka marilah kita sama-sama merenung tentang suatu peringatan Allah melalui surah ad-Dukhan bagaimana akibat kedegilan kaum Quraisy yang tidak mahu menerima Islam, maka Rasulullah s.a.w mendoakan atas mereka:
أَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَيْهِمْ بِسِنِيْنَ كَسِنِيْ يُوْسُفَ.
Ya Allah tolonglah aku untuk mengalahkan mereka dengan kelaparan seperti yang terjadi pada zaman nabi Yusuf. (HR. Bukhari dan Muslim).
Maka terjadilah kemarau panjang dan kelaparan, hingga sebahagian mereka binasa dan sebahagian lainnya memakan bangkai-bangkai dan tulang-tulang. Ketika itu setiap orang melihat seakan-akan di antara langit dan bumi ada asap.
Ada yang berpendapat, bahwa dukhan tersebut adalah asap yang meliputi manusia ketika neraka mendekat kepada orang-orang yang berdosa pada hari Qiamat, dan bahawa Allah mengancam mereka dengan azab pada hari Qiamat serta menyuruh Nabi-Nya menunggu hari itu. Ia merupakan suatu ancaman kepada orang-orang kafir dan menakut-nakuti mereka dengan hari itu dan azabNya, dan dalam masa yang sama menghibur rasul dan kaum mukmin agar menunggu azab yang bakal menimpa orang yang mengganggu mereka pada hari Qiamat nanti
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam Surah ar-Ruum ayat 41:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Ketika berbicara tentang jerebu juga maka mimbar Jumaat pada hari ini menyeru agar semua pihak bermula daripada pemimpin hingga rakyat di bawah supaya bersungguh-sungguh menjauhi dosa maksiat agar diangkat musibah ini dengan segera oleh Allah. Begitu juga perlu diambil tindakan yang tegas dari Kerajaan Indonesia dan Negara kita sendiri memandangkan banyak syarikat besar daripada 2 negara ini dan beberapa Negara lain yang terlibat secara langsung dalam pembakaran hutan bagi tujuan perniagaan terutama penanaman sawit dan sebagainya. Jangan disebabkan untuk kepentingan perniagaan maka keselamatan kesihatan dan nyawa rakyat menjadi taruhan. Akibat beberapa kerat syarikat berkepentingan maka maslahat umum diketepikan sehingga banyak aktiviti terutama sekolah, sektor pelancongan dan sebagainya terjejas akibat kerakusan untuk mencari keuntungan. Adalah tidak berbaloi syarikat mengaut keuntungan ketika rakyat kehilangan nyawa, terjejas kesihatan malah Negara sendiri menanggung kos rawatan dan pemulihan yang jauh lebih tinggi daripada keuntungan yang diraih.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49:
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨﴾ مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ
Maksudnya : Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
Sehari dua ini masyarakat dikejutkan dengan dakwaan kononnya dunia bakal bergelap selama 15 hari bermula 15-30 November nanti. Kekalutan yang timbul ini akhirnya dijawab oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dengan menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp. Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata, perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku dan tiada sebab untuk bumi bergelap pada ketika itu. Semakan daripada laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendapati peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau ‘Conjunction’ adalah normal. Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Oktober ini.
Kita tidak sepatutnya hanya perlu menunggu suatu yang pelik berlaku untuk berubah menjadi baik atau baru mahu insaf untuk bertaubat. Telah banyak perkara besar yang disebutkan oleh nabi s.a.w termasuk tentang alamat atau tanda Qiamat yang berlaku depan mata kita sendiri yang mengingatkan kita tentang betapa hampirnya dunia ini kepada saat kehancuran. Antaranya melalui suatu hadis
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ
Maksudya: Rasulullah s.a.w menghampiri kami saat kami sedang membicarakan sesuatu, baginda s.a.w bertanya: “Apa yang kalian bicarakan?” Kami menjawab: Kami membicarakan berkenaan Qiamat. Baginda s.a.w bersabda: “Qiamat tidaklah terjadi hingga kalian melihat 10 tanda-tanda sebelumnya.” Baginda s.a.w menyebut iaitu [1] Asap, [2] Dajjal, [3] binatang yang akan bercakap kepada manusia, [4] terbitnya matahari dari barat, [5] turunnya nabi Isa bin Maryam a.s, [6] ya’juj dan ma’juj, [7] 3 gempa bumi; gempa bumi di timur, [8] gempa bumi di barat dan [9] gempa bumi di jazirah arab dan [10] yang terakhir adalah api muncul dari Yaman menghalau manusia menuju tempat perkumpulan mereka (HR imam Muslim)
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُوا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia
Sempena berada dipenghujung tahun 1436H di mana beberapa hari lagi kita bakal menyambut tahun baru 1437H maka marilah kita sama-sama merenung mengenai nasib yang menimpa saudara seagama dalam perang saudara yang berlaku di Syria, Iraq, Libya, Yaman dan sebagainya yang kebanyakannya ada tangan jahat dari musuh Islam yang merancangnya telah menyebabkan banyak nyawa terkorban dan ramai menjadi pelarian. Malah pemilihan Eropah sebagai tempat mencari perlindungan sehingga ramai yang terkorban lemas di lautan seperti mengulangi semula sejarah silam bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15. Penghijrahan ke Negara berlainan agama juga mengingatkan kita tentang Hijrah pertama ke Habsyah di bawah Raja an-Najjasyi beragama Nasrani pada zaman nabi s.a.w.
Di sini perlu perhatian kita bersama terutama di kalangan pemimpin Negara uma Islam agar lebih banyak memberi perhatian kepada bantuan untuk saudara segama kerana penghijrahan ke Negara berlainan akan membawa kesan positif dan negatif. Sudut positifnya jika sebelum ini Islam berjaya semula menembusi Eropah apabila ramai di kalangan pemimpin dan ahli gerakan Islam yang dibuang Negara terutama dari Negara Arab berjaya mengembangkan Islam di sana. Oleh itu kita doakan semoga penghijrahan ke Eropah akan menyebar luaskan lagi dakwah Islam sebagai bayaran terhadap kekejaman musuh Islam itu sendiri dalam membunuh dan memporak perandakan Negara umat Islam atas alasan membasmi keganasan. Akhinya Negara musuh dibanjiri dengan rakyat yang musuh kacau Negara mereka
Dari sudut negatif pula dibimbangi akan menjejaskan agama mereka kerana adanya laporan pelarian sangggup menukar agama demi mendapatkan suaka politik
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang mulia ini maka mimbar Jumaat menyeru buat sekian kalinya agar seluruh umat Islam yang bermaruah bangkit dengan pelbagai cara dalam memerdekakan kembali bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Kita sedia maklum di mana antara tindakan biadap zinois yang terbaru ialah menggempur masjid pada siang 13 September dengan memakai kasut dan menembak peluru api, bom bunyi dan gas pemedih mata ke arah para jemaah di dalam masjid Qibli di perkarangan Masjid al Aqsa. Pencerobohan ini adalah langkah pertama dari 2 langkah untuk melaksanakan satu ketetapan yang diputuskan oleh Parlimen Israel iaitu membahagikan Masjid al Aqsa kepada 2 dari sudut ruang dan masa. Langkah [1] ialah menetapkan waktu tertentu iaitu separuh untuk orang yahudi beribadat dalam masjid al Aqsa dan separuh lagi untuk umat Islam. Langkah ke[2] ialah membahagikan masjid al Aqsa kepada 2 bahagian secara fizikal dan kekal iaitu sebahagian masjid untuk orang Islam dan sebahagian lagi diserahkan kepada yahudi.
Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh Islam dan memberikan kemenangan yang besar kepada pejuang Islam disamping hulurkan bantuan berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s agar dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Dunia telah menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan telah menarik balik sokongan dan sumbangan kepada zionis yahudi. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi ini. Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera nabi Muhammad akan kembali untuk memerdeka bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta
Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ
Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan