أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 19 Januari 2018

Pemimpin Taqwa Negara Sentosa Rakyat Bahagia

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 45-46 surah al-Anfal : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُ‌وا اللَّـهَ كَثِيرً‌ا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥﴾ وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِ‌يحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُ‌وا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkanlah hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh keuntungan. Dan taatlah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang akan menyebabkan kamu menjadi gentar serta hilang kekuatanmu dan bersabarlah sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar Kita kini berada dalam bulan Jamadil Awwal yang telah mencatatkan beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya Peperangan Mu’tah, Jordan tahun ke 8 Hijrah yang meletus disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Rasulullah s.a.w dalam masa yang pantas dapat mengumpul 3000 orang tentera Islam untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendam sebaliknya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Tindakan tegas ini mengajar kita tentang betapa pentingnya umat Islam memilih pemimpin yang takutkan Allah bukannya pengecut dengan musuh supaya maruah dan nyawa umat Islam dapat dibela. Kita berasa sedih apabila pada hari ini bukan seorang umat Islam yang dibunuh terutama di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan, Yaman, Selatan Filiphina, Myanmar dan selainnya namun tidak ramai pemimpin negara umat Islam yang bangun membela sehingga musuh Islam lebih bermaharajalela dalam membaham dan meratah tubuh saudara seagama. Apa yang lebih malang apabila peluru dan bom dihalakan sesama saudara seagama. Kebanyakan pemimpin negara umat Islam sendiri lebih memikirkan bagaimana mahu menambahkan kekayaan peribadi dan bagaimana mahu mengekalkan kuasa yang sedia ada bukannya untuk memperjuang agama. Di manakah rasa kasih sayang dan bertanggungjawab terhadap saudara seagama yang disuruh oleh agama قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى – رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 64-65 surah al-Anfal: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللَّـهُ وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٦٤﴾ يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ ﴿٦٥﴾ ‌ Maksudnya : Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) golongan yang tidak mengerti. Sebelum keluar ke Mu’tah maka nabi Muhammad s.a.w telah melantik 3 panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah, Ja’afar bin Abi Tolib dan Abdullah bin Rawahah di mana mereka akan diganti secara berturutan sekiranya yang lebih utama gugur syahid. Inilah bayangan awal bagaimana peperangan yang bakal dihadapi begitu dahsyat terutama 3 ribu tentera Islam akan berdepan dengan 200 ribu tentera kuffar sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdullah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”. Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana hanya 12 tentera Islam gugur syahid termasuk 3 panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w sedangkan pihak musuh lebih 3000 yang terbunuh. Kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid yang berjaya mengatur strategi yang membolehkan tentera Islam dapat pulang ke Madinah dengan selamat bagi mengatur perancangan yang baru selepas itu Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 58-59 surah al-A’araf : إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴿٥٨﴾ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا﴿٥٩﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya Antara pengajaran yang dapat kita ambil daripada peperangan Mu’tah ialah berkaitan kepimpinan. Islam meletakkan kepimpinan adalah suatu taklif atau bebanan tanggungjawab dan bukan suatu tasyrif atau keistimewaan. Pemimpin diibaratkan sebagai "pengembala" yang akan diminta tanggungjawab di atas gembalaannya. Kepimpinan atau pemerintahan dalam Islam adalah alat dan bukan sebagai tujuan atau matlamat. Pemimpin perlu dipimpin oleh ilmu, iman dan amal untuk menjadikan kepimpinannya sebagai alat yang aktif yang dapat merealisasikan tujuan yang hendak dicapai iaitu membela agama dan mengurus dunia. Lantaran itu, Islam menempatkan kepimpinan ditempat yang tinggi. 4 perkara utama yang perlu diberi keutamaan dalam usaha menunaikan amanah kepimpinan, iaitu: [1] Allah sebagai kemuncak pimpinan yang wajib ditaati. [2] Kesetiaan dan ketaatan kepada Rasulullah s.a.w sebagai jalan untukmelaksanakan ketaatan kepada Allah. [3] Ketaatan dan kesetiaan para muslimin kepada ulil `amri, iaitu orang yang telah diberikan kekuasaan untuk memimpin masyarakat. [4] Mengiktiraf Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan utama masyarakat Islam sekaligus menjadikannya sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan segala-segala persengketaan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 58 Surah an-Nisa’: إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Kepimpinan banyak mencorakkan rakyat dan negaranya. Oleh itu tidak ada pemimpin yang mampu membina Tamadun Kebendaan dan Rohani secara serentak berdasarkan agama melainkan orang yang kenal Allah dan mencintai Allah. Antara contohnya ialah pemimpin yang mengatakan judi adalah haram maka kedai judi tidak diberikan lesen untuk beroperasi agar rakyat terjaga daripada keruntuhan akhlak. Pemimpin yang meyakini bahawa arak suatu benda yang merosakkan akal dan memusnahkan kerukunan masyakat maka lesen arak dihadkan. Pemimpin yang yakin tentang bahayanya system riba lagi lalu diperkasakan perbankan Islam. Pemimpin yang tahu tentang bahayanya zina, keruntuhan akhlak akibat hiburan melampau maka kelab malam ditutup, penguatkuasaan terhadap pemakaian yang tidak sopan dilaksana, rancangan tv, program hiburan dipantau. Corak pemerintahan akan mendatangkan keberkatan kepada negara bila melaksana kehendak agama sebaliknya ribuan penyakit silih berganti akibat mengabaikan Islam Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar: يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah: [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3]Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri Ditangan kita ada pilihan samada memilih kepimpinan Islam yang membawa kepada Syurga atau memilih kepimpinan berdasarkan hawa nafsu yang mendatangkan penderitaan dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 18 Januari 2018

Islam DiLaksana Keberkatan DiRasa

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Asr : وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾ Maksudnya : Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Masa yang kita miliki amat berharga sekali. Nilaian masa bukan sekadar emas, tetapi masa itu nyawa, sebahagian daripada diri kita. Setiap kali menghembuskan nafas, maka sebahagian daripada umur telah berlalu dan semakin pendek usia kita, semakin dekat dengan kubur. Imam Hassan al-Basri berpesan: “Sesungguhnya kamu adalah himpunan hari-hari, apabila berlalunya hari, maka berlalulah sebahagian darimu.” Namun ramai manusia sering leka dan lalai dengan membuang masa Sekiranya kita menghargai masa, sudah pasti kita akan menjadi orang yang tidak mensia-siakan waktu dan mengisinya dengan perkara bermanfaat yang memberi keuntungan untuk kehidupan dunia serta akhirat. Kita sering menyalahkan masa, tidak cukup masa sedangkan jika diatur dan disusun mengikut keutamaannya, nescaya masa akan memberi barakah kepada hidup kita. Apabila kita tidak menjaga, suka membuang masa, maka hilangkah berkatnya. Malangnya, kita sering menyalahkan masa walhal kesalahan itu akibat kesalahan diri sendiri. Imam Shafie mengungkapkan, “Tidaklah masa itu bersalah, tetapi kita yang bersalah bukan yang lain.” Justeru, untuk mendapatkan manfaat masa sepenuhnya, Imam al-Ghazali menyarankan masa itu perlu diatur, disusun dan dijadualkan, bukan membiarkannya berlalu begitu sahaja. Tetapkan masa, jadualkan diri dengan amalan soleh akan menambah barakah masa. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 34 surah al-A’araf : وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ﴿٣٤﴾ Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. Antara punca manusia mensia-siakan masa ialah kerana jahil tentang tujuan hidup iaitu untuk mencari reda Allah dan mati dalam husnul khatimah. Konsep hidup kita yang [1] menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab menjalankan suruhan-Nya. [2] mendapat reda Allah bukan penghargaan manusia. Jika kita menjaga hubungan dengan Allah maka Allah akan menjaga seluruh urusan kita. [3] untuk memberikan manfaat kepada semua makhluk Allah SWT. Oleh itu, peruntukan masa untuk Allah dan utamakan urusan dengan-Nya terlebih dahulu, bukan mendahulukan urusan sesama manusia sehingga mengenepikan kewajipan kepada Allah. Malu dan takutlah dengan Allah yang dalam genggaman-Nya terletak takdir kita. Ingatlah bahawa untung nasib kita bukan ditentukan oleh manusia. Namun, malangnya kini manusia lebih patuh kepada undang-undang ciptaan manusia. Contohnya, sebagai pekerja kita sering menjaga rekod kedatangan dan jika boleh tidak mahu lewat walaupun seminit. Tetapi kita tidak pula berkejar untuk mengerjakan solat sebaik mendengar seruan azan demi menjaga rekod kepatuhan kepada Allah. Itulah diri kita yang sering alpa meniatkan hati untuk menjaga kesejahteraan hidup di akhirat yang bakal dihadapi kelak. Ingatlah, jika kita menjaga akhirat, dunia akan mengekori kita. Sebaliknya jika kita mengejar dunia, akhirat akan tercicir. Di dunia ini, kita tidak berpeluang untuk berehat dengan pengertian rehat sebenar sehinggalah tiba hari kematian. Kita akan benar-benar berehat, jika di dunia kita tidak kenal erti berehat kerana sibuk mengerjakan amal soleh untuk bekalan di alam kubur nanti. Cuba fikirkan, semua orang diberi Allah SWT 24 jam masa sehari tetapi mengapakah ada yang dapat solat tepat atau seawal waktu dan mengapakah ada yang melengah-lengahkan atau terus tidak sempat bersolat dengan alasan terlalu banyak kerja. Tepuklah dada tanyalan iman Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 6-8 surah al-Zalzalah : يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ﴿٦﴾فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿٧﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ﴿٨﴾ Maksudnya : Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Tiada seorang manusia pun yang mengetahui jangka hayat umur kecuali Allah. Namun, yang mustahaknya ialah bagaimana tempoh hayat yang diberikan Allah itu dapat dimanfaatkan agar memperoleh keberkatan. 4 perkara yang seharusnya kita jadikan budaya hidup dalam usaha mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. [1] Suka bersedekah di mana semua orang mampu bersedekah kerana pengertian sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta benda pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan kekayaan sudah pasti lebih mudah untuk bersedekah [2] Sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. [3] Berbakti kepada kedua ibu bapa kerana ia elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak. [4] Memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf : وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾ Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Keberkatan yang mesti dicari ialah keberkatan dalam bernegara. Kekuatan negara berdiri atas 4 perkara: Pertamanya, de¬ngan ilmu para ulama; kedua, dengan keadilan para umarak atau pemimpin; ketiga, dengan kemurahan para hartawan, dan; keempat, dengan doa orang fakir. Kepemimpinan dari perspektif Islam adalah amanah Allah SWT, juga kontrak sosial dan psikologi di antara pemimpin dan pengikut. Pemimpin berkewajipan memandu pengikutnya, melin¬du¬ngi, dan menguruskan mereka dengan adil saksama menurut lunas-lunas yang diredai Allah SWT. Antara ciri kepemimpinan tersebut ialah : [1] Pemimpin haruslah mendidik dirinya terlebih dahulu, sebelum mendidik para pengikutnya, mempraktikkan segala sesuatu yang didakwahkannya kepada pengikutnya, meningkatkan moral dan akhlaknya terlebih dahulu sebelum memperbetulkan orang lain. Sebagaimana nukilan Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin : “Rakyat menjadi rosak akibat rosaknya pemerintah, dan pemerintah menjadi rosak akibat kehadiran ulama yang buruk (al-suu’). [2] Pemimpin mestilah mempunyai sifat-sifat berikut antaranya Kuat dalam akidah, Adil dan jujur, Berpandangan luas dan tidak fanatik golongan tertentu sahaja, Mengutamakan kepenting¬an rakyat daripada kepentingan golongan, Mampu mewujudkan kesa¬tuan dan kerjasama rakyat, Berpandangan luas dan tidak fanatik golongan, Mengutamakan kepenting¬an rakyat daripada kepentingan golongan, Mampu mewujudkan kesa¬tuan dan kerjasama rakyat, Bersikap terbuka dalam menerima idea, saranan dan kritikan, Pemaaf dan memiliki sikap toleransi yang besar, Berpengetahuan dan memiliki kemampuan dalam bidang yang dipimpinnya dan Bertanggungjawab, ama¬nah, telus dan tidak mementingkan diri sendiri Oleh itu dalam memilih pemimpin bukan setakat untuk menumpang tuah di dunia malah untuk mendapat kebahagian di akhirat. Kepimpinan bukan suatu mainan tetapi merupakan tanggungjawab besar yang bakal meletakkan manusia samada beroleh Syurga atau menderita dalam Neraka Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran : إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠﴾ Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri Sempena kita berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka marilah kita sama-sama tanam azam dan tekad dalam membela nasib saudara seagama yang sedang ditindas di Myanmar, Filiphina, Iraq, Syria, Yaman dan selainnya. Kita juga wajib mempertahankan bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang terus diceroboh. Walau pun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa Baitul Maqdis milik Palestin namun zionis Yahudi dengan restu Amerika sedang meruntuh rumah-rumah milik umat Islam untuk dibina penempatan baru Yahudi. Buktikan kebersamaan kita dengan pejuang Palestin. Hulurkan bantuan kewangan dan yang paling penting ialah doakan keselamatan dan kejayaan pejuang Islam. Boikot barangan zionis yahudi dan sekutunya semampu yang mungkin terutama kaki rokok. Kalau tidak mampu membantu saudara seagama jangan pula membantu musuh dalam membunuh saudara seagama. Pemimpin Negara umat Islam mesti lebih berani bertindak bukan setakat bercakap kosong. Penuhi masjid dengan solat Jemaah dan majlis ilmu agar kekuatan Islam dapat dikobarkan. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walaupun selangkah. Biar nyawa melayang namun Al-Aqsa tetap dipertahankan. Berambus wahai Yahudi atau kamu bakal ditimbus. Berundur wahai Yahudi atau kamu bakal dikuburkan. Jatuhkan bendera kezaliman zinois Yahudi dan sekutu kuffar, Kibarkan bendera kemenangan Islam بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ