أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Khamis, 31 Disember 2015

Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w Tinggi Umat DiBerkati

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya Rabiul Awwal menjelang lagi bersama catatan sejarah gemilang dengan sama-sama mengingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman yang telah membawa rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan. Hadirnya bersama wahyu al-Quran mengubah keadaan alam yang dulunya diselubungi suasana jahiliah yang penuh dengan kesesatan dan penindasan. Pengutusannya sebagai penghulu segala nabi telah melenyapkan kebatilan dengan cahaya kebenaran Islam, memadam kekufuran dengan siraman keimanan serta membanteras kezaliman dengan keadilan system Islam. Sekiranya umat Islam mahu mengubah semula keadaan daripada umat yang dijajah kepada umat yang memerintah, umat yang dipandang hina kepada umat mulia, umat yang lemah kepada umat yang gagah maka segala kebaikan dan tauladan yang ditunjukkan oleh nabi bukan setakat disebut tetapi diikut, bukan setakat dikata tetapi dikota, bukan setakat dilaung tetapi dijunjung, bukan setakat dicerita tetapi dilaksana dalam kehidupan seharian barulah segala yang diidamkan akan tercapai. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran : قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Mencintai nabi Muhammad saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim. Oleh itu wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw. Di antara bukti dan tanda-tanda kecintaan dan kasih kita kepada nabi s.a.w ialah : [1] Mencontohi dan mengamalkan sunnah nabi saw di mana orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang sentiasa bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya. Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda saw. Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya sedangkan dia tidak mahu mengikuti sunnahnya apatah lagi melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran nabi dengan sengaja. Antara sunnah yang terbaik ialah meringankan bebanan orang lain terutama ketika bakal menyambut ketibaan tahun baru 2016 dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi terutama ketika subsidi minyak, elektrik, pengajian ditarik ketika hidup mewah dan pembaziran pemimpin terus berlaku. Begitu juga ketika mengimbau setahun banjir kuning yang melanda Kelantan di mana masih banyak bantuan yang masih perlu diberikan perhatian disamping kita banyak berdoa di mana kini telah masuk gelombang ke-5 hujan lebat supaya Allah menjauhkan kita semua daripada musibah yang besar [2] Banyak mengingati dan menyebut nama nabi Muhammad s.a.w, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan tanda kesinambungan kecintaan yang berterusan. [3] Sentiasa mengucap selawat dan salam kepada nabi saw عن أبي هريرة أن رسول الله قال: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً، صَلىَّ اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْر ًا ( رواه مسلم) Maksudnya : Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali maka Allah berselawat (iaitu memberi rahmat dan gandaan ganjaran) ke atasnya sepuluh kali Ulama’ menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi saw ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya. Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkan sunnah nabi dalam pelbagai aspek kehidupan. [4] Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada nabi saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 63 surah an-Nuur : لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ Maksudnya : Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih. Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [5] Bersopan santun dan beradab dengan nabi saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya. Kata ulama’: Adab yang tinggi terhadap Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran logik akal, syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran yang tidak betul kepada hanya berhukum dan menerima tunjuk ajar Baginda saw sahaja [6] Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga. قال النبي : مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِه – رواه مسلم Maksudnya : Di antara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [7] Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya. قال النبي : الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ– رواه مسلم. Maksudnya : Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” Maksud nasihat untuk Nabi dalam hadis ini ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya. [8] Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullahmenyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing manusi dengan Quran serta berakhlak dengan Quran. Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [9] Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya: a. Ahlul-baitnya (keluarga) Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata: “Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait. Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’ (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah saw. Ulama’ juga menyatakan: “Di antara kewajipan kita adalah mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang mereka.” b. Para isteri Baginda saw. Menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita lainnya. Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin sehingga wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka. c. Para sahabat Baginda saw. Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw. Apabila para sahabat nabi telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka. ))لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ(( Maksudnya : Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari] Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [10] Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat sebagaimana Firman Allah ayat 22 surah al-Mujadilah : لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ Maksudnya : Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 13 Disember 2015

Sistem Islam DiNobat Kejahatan Kuffar DiSekat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Permusuhan antara keimanan dan kekufuran terus berlangsung. Pertembungan antara Islam dan jahiliah terus berlaku kerana ia merupakan sunnatullah dalam menguji kekuatan iman pejuang Islam. Musuh Islam berfikir dan berusaha siang dan malam dalam memerangi Islam dan umatnya samada melaui serangan fizikal mahu pun mental. Oleh itu amat malang bila kita masih lena diulit mimpi ketika musuh menyerang kita tanpa henti, kita terus leka dengan angan-angan panjang ketika musuh terus menerus menyerang dengan penuh rasa dendam. Islam bukan boleh dijulang dengan angan-angan, Islam bukan boleh dipertahankan dengan mimpi yang tidak berkesudahan. Sebagai contoh para pemuka yahudi telah menyusun langkah antaranya menghancurkan agama dan sistem keyakinan yang ada di muka bumi ini. Dalam doktrin Yahudi ke-4 disebutkan : Mesti menyingkir atau membekukan pemikiran beragama dari benak dan akal fikiran setiap manusia, kemudian mengiringinya untuk memberi perhatian kepada kebendaan semata-mata, dengan begitu yang ada di dalam otak manusia hanyalah wang. Dan untuk merealisasikan rencana tersebut bangsa yahudi harus menguasai dunia penyebaran maklumat kemudian membuat penipuan dengan putar belit maklumat tersebut untuk propaganda misi yahudi secara menyeluruh. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfaal : إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. Bangsa yahudi meletakkan agama sebagai musuh nombor satu, sebab agama bagi masyarakat dunia adalah tiang pancang akhlak dan moral kehidupan sosial yang sihat. Ketika agama hancur maka kebejatan moral berlaku di mana-mana. Antara cara yahudi menghancurkan dan merosak masyarakat dunia adalah : [1] Seks Bebas di mana pelbagai usaha dalam menyuburkan pusat pelacuran bukan sahaja di Eropah malah di Negara umat Islam telah diatur dengan penuh licik. Seks bebas tanpa terikat dengan perkahwinan seakan menjadi agama baru yang sebelum ini subur di Eropah dan Amerika kini menular ke Negara kita sehingga menggugat masyarakat timur yang terkenal memegang teguh prinsip akhlak. Oleh itu kita menentang sebarang usaha atau cadangan yang boleh menyuburkan lagi budaya zina dalam masyarakat seperti isu yang terbaru apabila sebuah kumpulan yang dikenali sebagai G25 mendakwa berpandukan pada prinsip Perlembagaan, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu. Jika kemahuan orang jahil diturutkan maka rosak binasalah masyarakat dan Negara. Isu zina, rogol, kelahiran anak luar nikah, buang bayi yang sentiasa meningkat akan makin parah jika syariat Islam tunduk kepada logik akal apatah lagi terpengaruh dengan ajaran sesat Yahudi yang menyatakan agama hanya hak individu yang tidak boleh diganggu oleh orang lain samada seseorang itu mahu mahu laksana kewajipan agama atau mengabaikannya, tidak boleh diambil tindakan jika seseorang itu tidak mahu laksana kewajipan agama seperti solat, tutup aurat dan sebagainya. Ingatlah amaran nabi s.a.w قال الرسول : لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا ، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ – رواه أحمد بسندحسن Maksudnya: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 82-83 surah Huud : فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ ﴿٨٣﴾ Maksudnya : Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. Selain masalah seks bebas yang semakin parah maka kita turut bimbang dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh persatuan atau pertubuhan yang terus mendesak agar dihalalkan senjata yahudi yang ke-[2] iaitu Seks Sejenis . Antara Modus operandi homoseks dan lesbian ini adalah mengajak wanita untuk berpakaian ala lelaki dan berperilaku seperti lelaki dan juga sebaliknya. Bahkan pelbagai usaha peringkat antarabangsa dilakukan agar perilaku menyimpang ini diakui secara perundangan. عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ – رواه الترمذي Maksudnya : Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita Senjata yahudi ke-[3] ialah menggunakan filem dan kesenian dalam menerapkan cara hidup yang bebas daripada agama termasuk zina, hiburan melampau yang menjurus kepada dadah, arak dan sebagainya. Oleh itu tidak pelik apabila adanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini meminta agar Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak membesarkan isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan dalam filem kerana mendakwa ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton. Inilah fitnah akhir zaman apabila si jahil mengeluarkan pendapat yang sesat lagi menyesatkan Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 71 surah at-Taubah : وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّـهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Melihat kepada licik dan bersungguhnya musuh dalam merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam maka kita wajib bangkit daripada tidur untuk bangun menentang seterusnya menjulang kehebatan Islam. Bermula daripada pemimpin dengan mengembalikan semula pelaksanaan undang-undang Islam dalam setiap aspek kehidupan termasuk poitik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Bila pemimpin sendiri lebih mengutamakan kepetingan peribadi dan duniawi daripada agama maka keadaan umat semakin jauh daripada Allah. Kita tidak mahu keadaan ekonomi yang semakin teruk menjadi tempias kepada kedaan sosial yang meruncing dan jenayah yang meningkat terutama dengan kenaikan harga barang selepas penarikan subsidi petrol, penamatan subsidi elektrik sebanyak RM150 juta kepada pengguna yang mengguna kurang RM20 sebulan, pengurangan peruntukan untuk university awam yang bakal membeban pelajar, kenaikan tol dan tambang kenderaan awam yang semakin memeritkan kehidupan rakyat. Seterusnya peranan badan dan persatuan agama dalam memperkasa kepada pemahaman dan cara hidup sihat di kalangan umat Islam di mana kita tidak mahu isu penyalahgunaan peruntukan dan bantuan kepada badan-badan ini menyebabkan masyarakat semakin jauh daripada Islam Begitu juga peranan masyarakat yang perlu memperkasa kerja amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat. Peranan guru di sekolah, pensyarah di university mesti di gunakan sebaik mungkin bukan sahaja dalam memastikan cemerlang dalam peperiksaan sahaja tapi turut cemerlang dalam pembentukan aqidah yang mantap dan akhlak yang hebat. Golongan yang paling penting sekali ialah ibubapa kerana banyak kes berlakunya kerosakan akhlak akibat anak-anak tersisih daripada perhatian dan kasih sayang ibubapa atas alasan sibuk dengan kerjaya. Akhirnya anak-anak lebih rapat dan mengadu masalah kepada teman dan orang luar di mana dibimbangi orang yang dipilih itu dari kalangan yang rosak akhlak juga atau yang suka mengambil kesempatan atas masalah orang lain. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Antara serangan pemikiran yang dijaja oleh musuh Islam dalam menjauhkan masyarakat dunia daripada Islam ialah memomokkan Islam dengan keganasan. Isu terbaru iaitu serangan di Paris dan California cuba dikaitkan dengan Islam. Malah ucapan calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Repullikan yang mahu semua umat Islam diharamkan daripada masuk Negara Amerika merupakan suatu provokasi yang meletakkan umat Islam dikandang yang salah secara membabi buta. Kita semua tahu bahawa setiap calon Presiden Amerika yang mahu menang mesti menjadi pelobi kepada kepentingan zionis yahudi dan Negara haram Israel. Musuh Islam cuba menutup kejahatan mereka dalam membunuh umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Yaman dan sebagainya dan terbaru cuba meletuskan peperangan di Turki dalam melumpuhkan setiap Negara umat Islam yang menjadi ancaman kepada musuh Islam terutama zionis yahudi di Israel. Oleh itu dalam menjawab segala tuduhan liar ini marilah kita sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan rasul menggandakan usaha dalam mendalami ilmu agama seterusnya melaksanakannya dalam setiap aspek kehidupan. Kita tidak mahu umat Islam sendiri bukan sahaja jahil tentang Islam malah membenci agamanya sendiri. Jangan termasuk dalam jerat yang dipasang oleh musuh sebaliknya gunalah teknologi musuh termasuk teknologi maklumat untuk menyerang balik musuh. Kuatkan kesatuan umat Islam di bawah panji Islam sehingga janji kemenangan daripada Allah semakin hampir untuk dicapai dan diraih. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan : فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾ Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ