أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 4 Julai 2008

15. WASPADA DENGAN LAUNGAN YAHUDI

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 82 سورة المائدة :
لتجدن أشدالناس عدوة للذين ءامنوا اليهود والذين أشركوا ولتجدن أقربهم مودة للذين ءامنوا الذين قالوا إنا نصـــرى ذلك بأن منهم قسيسين ورهبانا وأنهم لايستكبرون.
Maksudnya : Sesungguhnya kamu dapati mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang mukmin ialah orang yahudi dan orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman ialah orang yang berkata : “ Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Demikian itu disebabkan ada di antara mereka itu, terdapat pendeta dan rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri.
Islam merupakan agama yang diturunkan kepada umat manusia bagi memastikan mereka bergerak mengikut landasan yang dibenarkan oleh Allah demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Peraturan yang ditetapkan oleh Allah begitu sempurna meliputi ibadat khusus dan juga urusan keduniaan sehingga umat manusia yang benar-benar berpegang dengan ajaran Islam pasti merasai bagaimana keadilan dan kehebatan system Islam dalam mengatur kehidupan manusia. Penciptaan manusia bukan sekadar untuk membuktikan kehebatan Allah dalam menciptakannya sebaliknya di sana ada hikmat dan sebab yang tersendiri termasuk dalam membezakan antara manusia yang benar-benar beriman dan beribadat kepadaNya dalam setiap aspek kehidupan dan juga manusia yang engkar serta kufur kepada Allah walau pun nikmat yang dicurahkan melimpah ruah.
Kebenaran dan keadilan Islam walau pun pernah ditonjolkan serta dibuktikan tetapi masih ada yang sangsi terhadapnya. Ini disebabkan kejahilan tentang system Islam yang menyeluruh disamping kelalaian umat Islam dalam menunjukkan kemampuan system Islam untuk dilaksanakan. Tidak ketinggalan juga dengan perancangan jahat musuh Islam terutama yahudi yang sentiasa memerangi Islam dari pelbagai sudut dengan menggunakan segala kemudahan yang mereka ada sehingga umat yang jahil tentang Islam semakin menjauhkan diri daripada Islam. Permusuhan yahudi terutamanya terhadap Islam terus subur dan tidak pernah padam di mana pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri kita dapati melalui lakaran sejarah bagaimana yahudi pada mulanya dapat menerima Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin serta system Islam tetapi lama-kelamaan api permusuhan dan dengki kembali menyala sehingga mereka sanggup memerangi Rasulullah s.a.w. Perbuatan jahat yahudi ini telah menyebabkan mereka ditimpa dengan pelbagai kehinaan termasuklah dihalau daripada bumi Madinah beberapa kali sehingga bumi Madinah akhirnya bersih daripada yahudi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Pada hari ini kita berdepan untuk sekian kalinya dengan yahudi yang bergerak dengan pelbagai cara dan keadaan dalam memerangi umat Islam. Antaranya melalui peperangan sehingga ramai saudara seagama menjadi mangsa kekejaman yahudi yang dahagakan darah terutama di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Manakala cara lain yang dimainkan oleh yahudi ialah melalui serangan pemikiran sehingga umat Islam terpesona dengan system ciptaan yahudi untuk diguna pakai sehingga sanggup mengenepikan system Islam. Antara jarum berbahaya yang disuntik oleh yahudi ialah laungan pergaulan bebas dan hiburan yang tiada sempadan yang menjadi antara punca berlakunya keruntuhan akhlak di negara umat Islam. Umat Islam yang sudah biasa dengan amalan kurang sihat ini sentiasa merasakan bahawa Islam merupakan antara perkara yang menyekat kebebasan mereka sehingga agama dimusuhi tanpa rasa salah. Kita begitu bimbang apabila adanya lebih 50 NGO di negara ini yang telah mendesak kerajaan supaya tidak menggunakan undang-undang akhlak ke atas rakyat, khususnya mengawal tingkah laku, perbuatan sivil dan kepercayaan peribadi mereka. Tindakan ini jika tidak disekat akan menyebabkan penzinaan, peminuman arak, amalan judi di kalangan umat Islam akan semakin parah. Benarlah sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:
قال الرسول  : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟
Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Laungan yahudi dari sudut ekonomi terutama melalui system kapitalis turut mencengkam negara umat Islam sehingga umat Islam sanggup menjadi hamba yahudi dengan menolak system Islam yang dianggap ketinggalan zaman. Umat Islam terpesona dengan ungkapan Ekonomi Bebas tajaan yahudi yang berbunyi: “Janganlah kamu masuk campur urusan harta sebaliknya biarkan harta itu bekerja dan bergerak sendiri. Biarkan harta itu berlalu di mana sahaja ia mahu dan pergi di mana ia kehendaki. Jangan kamu ikatnya dengan belenggu termasuk agama selagimana ia menghasilkan keuntungan dan faedah buatmu”.
Umat Islam turut tertipu dengan laungan yahudi bahawa riba merupakan suatu keperluan ekonomi di mana harta dan riba adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan sehingga mustahil akan berdiri atau berjayanya system ekonomi tanpa riba. Laungan ini meresap masuk ke dalam sanubari umat Islam sehingga mereka menerima pakai system riba tanpa rasa bersalah kepada Allah. Sedangkan jika umat Islam pada hari ini bersatu untuk mengeluarkan aset simpanan mereka daripada bank riba nescaya bank-bank itu akan kerugian dan tidak mustahil akan gulung tikar. Tetapi akibat kita tertipu dengan laungan yahudi maka bank riba terus subur akibat kejahilan dan kedegilan umat Islam sendiri. Begitu juga dengan kesedaran umat Islam yang hanya merasa terhina apabila ada pengeluar yang sanggup menipu logo halal dalam mengedarkan sosej menggunakan usus babi tetapi dapat menerima alasan bahawa penjualan arak dan perjudian tidak boleh disekat kerana ia mendatangkan keuntungan walau pun ia merupakan antara punca terbesar kepada keruntuhan akhlak. Tidak malukah kita kepada sami Buddha di Thailand yang pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak secara berleluasa serta beberapa persatuan di Singapura yang membantah pembinaan kasino. Benarlah sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasaie daripada Abu Hurairah :
قال الرسول  : يَأْتِى عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لايُبَالِى الرَّجُلُ مِنْ أَيْنَ أَصَابَ المَالَ مِنْ حَلالٍ أَمْ حَرَامٍ
Maksudnya: Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan lagi daripada mana dia mendapatkan harta samada daripada sumber halal atau pun haram



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Laungan yahudi yang sedang kuat berkumandang pada hari ini berkenaan pembebasan wanita atas pelbagai nama dan program. Ramai di kalangan wanita Islam yang terpedaya dengan tipudaya licik yahudi ini sehingga mereka dalam keadaan sedar atau tidak sedar telah bertindak merobek kesucian agama serta menjual maruah mereka. Yahudi mahu melihat dunia yang huru-hara antaranya dengan mencetuskan peperangan antara golongan lelaki dengan kaum wanita di mana golongan lelaki sentiasa menganggap bahawa wanita ingin merampas kedudukan mereka sedangkan kaum wanita pula memandang bahawa kaum lelaki adalah penindas dan perampas hak mereka. Akhirnya wanita bergerak mengikut telunjuk nafsu dengan mengenepikan wahyu akibat terpesona dengan laungan pembebasan wanita yang dicetuskan oleh yahudi. Dunia baru-baru ini dikejutkan dengan tindakan seorang pensyarah wanita di Amerika Syarikat yang bertindak mengikut nafsu apabila sanggup bermati-matian dalam membolehkannya berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat yang bercampur antara lelaki dan perempuan sedangkan umat Islam sudah maklum bahawa solat Jumaat itu sendiri tidak wajib kepada perempuan manakala hak sebagai imam dalam jemaah yang bercampur ialah hak lelaki. Inilah bahayanya apabila umat Islam dalam keadaan tidak sedar telah sanggup membelakangi syariat Islam dengan menjadi kuda tunggangan yahudi. Islam tidak mengongkong perempuan sebaliknya meletakkan mereka di suatu tempat yang mulia dengan menjaga maruah serta tabiat sifat kewanitaan yang ada.
Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :
واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة واعلموا أن الله شديد العقاب
Maksudnya : Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah S.W.T amat keras siksaanNya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: