السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 155-157سورة البقرة :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أولئك عليهم صلوتٌ من ربهم ورحمةٌ وأولئك هم المهتدون
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan : إنا لله وإنا إليه رجعون . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ujian dan bala yang datang daripada Allah kepada umat manusia adalah bertujuan untuk membezakan antara hamba Allah yang benar-benar bersyukur kepadaNya dengan mereka yang kufur. Ramai di kalangan umat manusia apabila dilimpahi dengan pelbagai nikmat dunia maka mereka lupa kepada Allah. Sebaliknya apabila diuji dengan hilangnya nikmat yang dikecapi selama ini barulah mereka ingat kepada Allah. Begitu ramai lagi umat yang tidak ingat kepada Allah ketika mendapat rezeki yang banyak dan meluahkan kemarahan kepada Allah apabila nikmat itu ditarik daripadanya. Amat kurang hamba Allah yang begitu rapat dengan Allah ketika dianugerahkan dengan nikmat yang melimpah dan semakin rapat kepadaNya bila diuji dengan bala ujian yang menguji keimanannya. Islam memuji umatnya yang bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim :
قال الرسول : عَجَبًا ِلأَمْرِ المُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Maksudnya: Begitu beruntung nasib orang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tiada habuan yang baik kecuali bagi orang yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia bersyukur maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa sesuatu kesusahan maka dia bersabar maka sabar itu baik baginya
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :
وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya
Al-Quran telah menjelaskan kepada kita bagaimana beberapa bentuk ujian yang biasanya dihadapi oleh umat manusia dari dulu hingga kini. Antaranya ialah perasaan takut akibat suasana yang tidak aman seperti peperangan atau kadar jenayah yang meningkat. Manusia juga diuji dengan kelaparan akibat kemarau yang kekurangan bekalan makanan atau harga barangan yang agak mahal yang menyebabkan tidak mampu dibeli oleh golongan yang susah. Ujian juga berbentuk kekurangan harta akibat pengangguran yang tinggi atau nilai wang yang merosot yang mengurangkan kadar kemampuan untuk membeli. Sesetengah keadaan manusia diuji dengan kematian orang tersayang akibat peperangan, ribut, gempa bumi dan sebagainya. Cubaan Allah juga datang dalam bentuk kekurangan bekalan makanan dan buah-buahan akibat kurangnya hasil tanaman atau harganya naik sehingga gagal dibeli oleh golongan miskin.
Ketika menyoroti kenaikan harga barang selepas kenaikan harga minyak yang berlaku dalam negara kita maka didapati adanya salahguna kuasa yang menyebabkan rakyat terus menderita. Pembaziran yang berlaku dalam mengurus hasil negara antara punca yang menyebabkan rakyat yang menanggung beban. Sistem Islam yang diabaikan juga menjadi punca kawalan terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan rakyat tidak terkawal.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :
.....ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم فى الدنيا والآخرة وأولئك أصحاب النار هم فيها خـلدون
Maksudnya : …….Dan sesiapa daripada kamu yang murtad daripada agamanya lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka gugurlah amalan-amalan mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka menjadi ahli neraka yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya
Kesibukan dalam membicarakan masalah kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan barangan keperluan yang lain jangan pula melupakan kita kepada isu-isu besar yang lain terutama yang bersangkutan dengan agama secara langsung seperti masalah murtadnya seorang muallaf yang dibenarkan oleh sebuah mahkamah bulan lalu. Kes ini dibimbangi akan digunakan oleh berapa ramai lagi orang yang ingin murtad untuk mengistihar secara rasmi keluarnya mereka daripada Islam. Begitu juga usaha sebuah majalah berbahasa Inggeris yang menuntut melalui mahkamah agar dapat menggunakan nama Allah di mana kes ini kita dapati seperti ada agenda tertentu dalam memesongkan kefahaman terhadap makna Allah yang sebenar yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Kristian dengan Islam. Mengapa sebelum ini istilah yang berbeza mengikut agama dapat diterima pakai seperti ulama’, paderi dan sami bagi melambangkan ahli agama dan masjid, gereja dan kuil bagi melambangkan tempat ibadat sedangkan nama Allah mahu disamakan sedangkan peganagan antara Islam dan Kristian adalah berbeza dan bercanggah. Begitu juga pihak Kristian sedang memohon kebenaran dalam mendaftar 3 gerbang elektronik (web) dalam menyebar luaskan lagi ajaran Kristian di negara ini melalui internet.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Tindakan yang bersungguh oleh agama lain agak berbeza dengan tindakan pemimpin kita yang mengaku beragama Islam terhadap penyebaran Islam di mana mereka terus menekan pusat pengajian agama di mana antara tindakan jahat yang terbaru ialah mahu membatalkan kerjasama antara kolej Islam dalam negara ini untuk menyambung pengajian lanjutan ke Universiti Azhar, Mesir atas alasan pengajian agama tidak mendatangkan keuntungan kepada negara dan punca pengangguran yang ramai. Ini agak selari dengan istilah modal insan yang dilaungkan selama ini yang mengikut ajaran kapitalis yang memandang semua perkara termasuk manusia itu sendiri adalah modal untuk diperniagakan demi mencapai keuntungan sebanyak mungkin. Apa lagi yang diharapkan daripada pemimpin yang jahil ini dalam menjaga agama di mana pendidikan Islam mahu dikuburkan dan kebajikan rakyat diabaikan dengan kenaikan harga barangan tidak diendahkan. Benarlah kata Tuan Guru Hj Abdul Rahman pengasas Pondok Sungai Durian bahawa Harimau mati tinggalkan belang, Penjajah Inggeris pergi tingalkan undang-undang. Sistem pendidikan boleh menggambarkan keadaan umat Islam pada masa akan datang. Sekiranya sistem pendidikan Islam diperkasakan maka impian untuk melihat seluruh sistem Islam dapat dilaksanakan dalam negara semakin cerah. Sedangkan jika sistem pendidikan Islam bukan sahaja diabaikan malah diperangi secara terancang maka negara ini semakin rosak dan hancur diracuni oleh sistem kuffar yang menyesatkan. Umat Islam dulu dipandang tinggi sama dengan Islam yang merupakan kalimah Allah yang paling tinggi kerana mereka melaksanakan Islam. Sebaliknya umat Islam hari ini menjadi hina kerana mereka merentap turun Islam agar sama rendah dengan mereka akibat menyembah sistem yang bercanggah dengan Islam.
فرمان الله تعالى دالم أية 42-43 سورة الأنعام :
وَلَقَدْ أَرْسَلنَآ إِلَى أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ فَلَوْلا إِذْ جَاءهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُواْ وَلَكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum kamu. Kemudian Kami siksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan agar mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendah diri. Maka mengapa mereka tidak memohon dengan tunduk merendah diri ketika datangnya siksaan Kami kepada mereka. Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan mereka keelokan apa yang selalu mereka kerjakan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan