أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Rabu, 30 Julai 2008

56. BERITA DISELIDIK UMAT TERDIDIK

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 6 سورة ااحجرات :
يـأيهاالذين ءامنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهــلة فتصبحوا على ما فعلتم نــدمين
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka seledikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang sebenar. Maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas tindakan kamu (tanpa usul periksa) itu orang-orang yang menyesal.
Sebab turunnya ayat ini sebagaimana diriwayatkan oleh Sa’id bin Qatadah bahawa nabi Muhammad s.a.w telah mengutuskan al-Walid bin Aqabah supaya mengambil harta sedekah daripada Bani Mutalib. Ketika al-Walid bin Aqabah sampai diperkampungan Bani Mutalib bagi menunaikan tugas tersebut tiba-tiba dia melihat penduduknya keluar beramai-ramai menuju ke arahnya. Tanpa berfikir panjang lalu al-Walid terus melarikan diri kerana menyangka penduduk itu mahu memukulnya sedangkan mereka sebenarnya keluar beramai-ramai kerana ingin menyambut utusan daripada nabi itu iaitu al-Walid bagi sama-sama menyampaikan sedekah. Akhirnya al-Walid pulang menemui Rasulullah s.a.w dan memberitahu kepada baginda bahawa penduduk Bani Mutalib telah pun murtad di mana mereka beramai-ramai ingin memukulnya ketika dia tiba di sana.
Setelah mendengar berita tersebut lalu Rasulullah s.a.w mengumpul bala tentera dengan melantik Khalid bin al-Walid sebagai ketua bagi melancarkan serangan terhadap Bani Mutalib yang disangka telah murtad itu. Rasulullah s.a.w telah memberi arahan kepada Khalid agar menyiasat dan menyelidik terlebih dahulu mengenai keadaaan Bani Mutalib dan jangan bertindak secara terburu-buru. Setelah menerima arahan itu lalu Khalid telah menghantar beberapa orang sahabat sebagai pengintip di mana secara berkebetulan pengintip yang ditugaskan itu tiba di perkampungan Bani Mutalib pada waktu malam iaitu ketika penduduknya tidak menyedari tentang kedatangan bala tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid. Pada keesokan harinya ketika para pengintip itu memasuki kampung tersebut lalu terdengar oleh mereka suara azan dan mendapati penduduknya mendirikan solat yang menunjukkan bahawa mereka itu adalh orang Islam bukannya telah murtad sebagaimana yang didakwa. Selepas para pengintip melaporkan tentang perkara yang berlaku lalu Khalid bin al-Walid pergi sendiri menemui penduduk kampung itu dan memang benar mereka terus berada dalam keadaan Islam. Setelah itu Khalid bin al-Walid bersama tentera Islam terus pulang ke Madinah dan melaporkan perkara yang sebenar kepada Rasulullah s.a.w lalu turunnya ayat ini yang memberi arahan agar umat Islam berhati-hati apabila datangnya suatu berita agar segala tindakan yang dilaksanakan tidak diambil secara terburu-buru yang boleh menzalimi mereka yang tidak bersalah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Berita dan maklumat yang diterima merupakan suatu perkara yang berharga apabila ia adalah benar dan tepat manakala jika ia merupakan suatu pembohongan atau fitnah maka ia bakal membinasakan keadaan sesebuah masyarakat. Ketika menyoroti perjalanan hidup nabi Muhammad s.a.w sendiri maka kita dapati bagaimana pentingnya suatu berita dan maklumat yang diterima di mana ia memberi kesan yang negatif jika tidak diselidik terlebih dahulu terutama dalam sesuatu peperangan. Kita dapat lihat bagaimana musuh Islam menggunakan serangan saraf melalui berita palsu tentang kewafatan Rasulullah s.a.w sebagaimana yang berlaku dalam peperangan Uhud dan Hunain bagi melemahkan semangat juang umat Islam. Malah Rasulullah s.a.w pernah menerima suatu berita yang tidak dapat disanggah apabila tersebarnya khabar Ifk atau berita bohong yang dilempar terhadap diri isterinya Siti Aisyah semasa pulang daripada peperangan Bani Mustaliq . Semasa Siti Aisyah yang ditinggal kerana mencari barangnya yang tercicir berada di kawasan perkhemahan asal dengan harapan ada di kalangan ahli rombongan yang akan datang mencarinya, tiba-tiba datanglah Safwan bin al-Mu’tal yang sudah menjadi kebiasaannya suka tidur sehingga sentiasa ditinggal oleh ahli rombongan. Dia yang melihat ada seorang perempuan yang masih tinggal di kawasan perkhemahan itu lalu mendekatinya dan dia begitu terkejut apabila mendapati bahawa perempuan itu ialah Siti Aisyah. Tanpa banyak soal dia meminta Siti Aisyah untuk menaiki untanya lalu dia menariknya sehinggalah mereka bertemu semula dengan ahli rombongan yang lain di Nahru Zahirah. Tentera Islam yang melihat ketibaan mereka merasa terkejut dan Abdullah bin Ubai menggunakan peluang itu untuk menabur fitnah. Fitnah ini begitu kuat sehingga Rasulullah s.a.w sendiri tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah turunnya wahyu yang menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. Penurunan wahyu ini telah menenangkan hati Rasulullah s.a.w, Siti Aisyah sendiri dan para sahabat terutama Sayyidina Abu Bakar.
Firman Allah dalam ayat 11 surah an-Nur :
إن الذين جاءو بالافك عصبة منكم لاتحسبوه شرا لكم بل هو خير لكم لكل امرئ منهم مااكتسب من الإثم والذى تولى كبره منهم له عذاب عظيم
Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu anggap bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik untukmu. Setiap orang dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam menyiarkan berita bohong itu maka baginya azab yang amat besar.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Menyedari tentang bahayanya berita atau maklumat yang tidak benar dalam menggugat keamanan umat dan melemahkan semangat juang maka umat Islam pada hari ini wajib menapis segala berita dan maklumat yang diterima dengan pertimbangan yang waras agar tidak menjadi mangsa penipuan. Kita perlu sedar bahawa dunia maklumat hari ini dikuasai dan dikawal oleh yahudi sehingga banyak berita yang sampai kepada masyarakat dunia adalah suatu yang sudah diubah faktanya bagi menyokong segala tindakan kejam mereka yang telah lama berhasrat menguasai dunia walau pun terpaksa melakukan penipuan dan pembunuhan yang tidak bersempadan. Yahudi menyembunyikan kelemahan dan kejahatan mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka meniup api permusuhan dan kebencian terhadap umat Islam yang dituduh sebagai pengganas. Kita bukan tidak kenal dengan yahudi yang merupakan pembunuh para nabi dan suka mereka-reka kitab di mana mereka tanpa segan silu melakukan kerosakan di atas muka bumi dari dulu hingga hari ini. Jika Kitab yang diturunkan oleh Alllah pun mereka boleh menyeleweng apatah lagi berita dan maklumat biasa . Firman Allah dalam ayat 79 surah al-Baqarah :
فويل للذين يكتبون الكتـب بأيديهم ثم يقولون هذا من عند الله ليشتروا به ثمنا قليلا فويل لهم مما كتبت أيديهم وويل لهم مما يكسبون
Maksudnya : Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikatakannya : “ Ini daripada Allah” (bertujuan) untuk memperolehi keuntungan yang sedikit daripada perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka akibat daripada apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat daripada apa yang mereka kerjakan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Yahudi sedang meniupkan angin kebencian terhadap umat Islam terutama selepas serangan terhadap keretapi bawah tanah dan bas di London baru-baru ini. Kita tidak menolak jika peristiwa ini merupakan suatu yang telah dirancang terutama oleh yahudi sebagaimana serangan terhadap Amerika sebelum ini apabila adanya laporan bahawa latihan tentera Britain telah dibuat di tempat kejadian sebelum letupan berlaku sebagaimana adanya latihan tentera udara sebelum serangan terhadap Amerika. Disamping itu sebuah akhbar di mana ketua pengarangnya adalah seorang perisik Mosad Israel melaporkan laporan terperinci mengenai peristiwa letupan di London melebihi laporan oleh pihak polis London itu sendiri. Malah nama-nama mereka yang disyaki dapat diketahui begitu awal sedangkan ada diantara mereka itu yang dikatakan telah terbunuh didapati masih hidup di Pakistan. Kita tidak mahu umat Islam dijadikan kambing hitam di atas perancangan jahat yang dilakukan oleh orang lain. Kita turut mengutuk kenyataan senator Amerika yang menyatakan akan menyerang Mekah jika Amerika diserang sekali lagi disamping meminta agar Amerika menghentikan desakan terhadap para pemimpin dan imam-imam masjid di negara umat Islam agar mengharamkan jihad. Sepatutnya pengganas Amerika dan yahudi yang wajib menghentikan keganasan bukannya umat Islam yang selama ini menjadi mangsa penindasan dan tuduhan liar yang berbuat begitu. Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:
ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموت والأرض ومن فيهن بل أتينـهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون
Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: