أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 5 November 2021

Khutbah Jumaat : Rasulullah s.a.w DiTeladani Penyakit DiUbati

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya Hari ini kita mula memasuki bulan Rabiul Awwal 1443H yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu yang pertama memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik menyembah berhala kepada kembali MengEsakan Allah, membersihkan kepercayaan khurafat dan tahyul kepada memandu akal berlandaskan wahyu . Misi kedua membentuk akhlak mulia daripada mengikut hawa nafsu, bersikap kebinatangan seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup dan berbunuhan kepada akhlak yang mulia. Misi dakwah Rasulullah Saw. yang ketiga adalah membawa rahmat kepada sekalian alam. Turunnya wahyu al-Quran. menegakkan hujjah untuk umat manusia dalam menjelaskan kepada kita mana jalan ke Syurga Allah dan mana jalan yang mengheret manusia ke Neraka Allah. Jalannya sudah terang benderang di mana Allah menciptakan kita dan memberikan panduan yang jelas. Sesungguhnya pengutusan Nabi s.a.w merupakan kasih sayang Allah Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran : قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Berapa kitab yang berkaitan Sirah nabi yang kita telah khatam berbanding komik dan novel. Berapa banyak masa kita habiskan untuk membaca atau mendengar kisah nabi s.a.w berbanding membaca dan melayan whatsap dan media sosial berkaitan kisah dunia yang lain. Bagaimana dengan cara pemakaian, pemakanan, sosial, politik dan pelbagai cara hidup nabi s.a.w yang telah kita berjaya tiru dalam kehidupan seharian kita. Orang yang benar-benar cinta nabi s.a.w tidak hanya didengar melalui lidahnya sahaja tetapi mesti melalui pengamalan dan pematuhan dalam kehidupan seharian Hitunglah diri kita banyak mana kita berselawat kepada nabi s.a.w setiap hari berbanding berbual kosong dan mengalun nyanyian. Ini semua sebagai tanda awal untuk mengetahui tahap kasih dan cinta kepada nabi s.a.w Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, قَالَ سَمِعْتُ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ يُحَدِّثُ سَعْدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا – رواه البخاري Maksudnya: Saidina Usamah bin Zaid RA pernah menceritakan kepada Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu mendengar tentang (penyebaran) wabak di sesuatu tempat, maka janganlah kamu masuk. Dan sekiranya kamu sudah berada dalam kawasan (penularan wabak) tersebut, maka janganlah kamu keluar darinya.” قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : لا يُورَدُ مُمْرِضٌ على مُصِحٍّ – رواه البخاري Maksudnya: Janganlah didatangkan yang sakit kepada yang sihat Rahmat pengutusan nabi s.a.w bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah seluruh makhluk yang lain terutama bila kita berada dalam keadaan diuji dengan wabak covid-19 di mana Islam telah menggariskan beberapa cara pencegahan termasuk pengasingan atau kuarantin orang yang sakit daripada orang yang sihat. Antara hikmah mengapa Rasulullah SAW menyarankan agar kawalan pergerakan ini dilaksanakan iaitu: [1] Menjauhi sebab-sebab yang boleh membinasakan manusia. [2] Mengutamakan kesihatan (kesejahteraan) yang mana ia adalah asas dalam kehidupan manusia. [3] Larangan menjauhi udara yang telah dicemari kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih ramai yang sakit. [4] Menjarakkan diri dari orang yang telah terkena penyakit sekaligus menjadi langkah pencegahan dari penyebaran wabak. [6] Menyelamatkan diri dari kebergantungan kepada kepercayaan yang salah Malah Islam menyuruh kita untuk berubat apabila ditimpa penyakit Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً -رواه البخاري Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا -رواه أحمد Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: