أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Ahad, 18 Julai 2021
Khutbah Aidil Adha 1442H
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ……
فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Hajj :
Firman Allah SWT:
{وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Dan telah kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya. Maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah kami telah menundukkan untu-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini walau pun ini merupakan tahun kedua kita menyambutnya dengan norma baru akibat penularan covid-19 yang belum reda.
Antara hikmat ibadat haji dan korban ialah menyerlahkan bagaimana Islam itu membawa nilai-nilai kemasyarakatan yang cukup bererti untuk memberi harapan terciptanya masyarakat yang adil, makmur dan sejahtera. Tujuan para rasul diutus ke dunia ini tidak cuma bersifat kerohanian semata-mata, tetapi juga bersifat kemasyarakatan. Atas sifat Keadilan dan Kasih SayangNya, maka Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w yang membawa ajaran tauhid dan sekaligus membebaskan manusia dari cengkaman cara hidup dan budaya jahiliah yang zalim dan tidak berakhlak. Jika amalan jahiliah melakukan korban untuk dipersembahkan pada berhala, memuja laut, sungai atas kepercayaan bahawa ia boleh mendatangkan rezeki atau menolak bencana tetapi korban dalam Islam matlamatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan ikhlas hingga menjadi hamba Allah yang taqwa. Berkorban kerana Allah kemudian mengagih daging korban kepada ahli masyarakat dalam merapatkan lagi hubungan kasih sayang sesama kita
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah as-Soffat ayat 103-107 :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.
Ketika menyoroti pengorbanan hebat nabi Ibrahim a.s sekeluarga ketika berdepan pelbagai ujian dan cabaran di mana hasilnya bukan untuk dirasai oleh ahli keluarga baginda sahaja malah untuk umat yang lebih besar. Semangat berkorban atas dasar ketaatan kepada Allah wajib dicontohi terutama ketika berdepan dengan musibah pandemik covid-19. Kikiskan sikap pentingkan diri sendiri dengan melanggar SOP sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain daripada wabak berjangkit ini. Begitu juga tidak menghiraukan adik beradik, sanak saudara, jiran, kawan yang lebih susah daripada kita. Kita sepatutnya menghulurkan bantuan setakat termampu samada dengan harta, tenaga, nasihat dan sokongan agar dapat meringankan bebanan yang dihadapi. Ingatkan amaran nabi s.a.w
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ – رواه الطبراني
Maksudnya : Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sedangkan jiran tetangganya kelaparan
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah as-Soffat ayat 101-102 :
فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ﴿١٠١﴾ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ﴿١٠٢﴾
Maksudnya : Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan nabi Ismail) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”
Setiap orang yang Mukmin yang mengaku beriman pasti akan diuji oleh Allah. Para Nabi dan Rasul adalah orang yang paling kuat menerima ujian daripada Allah walaupun mereka tidak melakukan dosa berbanding kita selaku insan biasa yang banyak melakukan dosa kerana lalai dan alpa. Ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada hambanya adalah berbentuk musibah dan nikmat yang mana kedua-duanya adalah bergantung kepada kemampuan manusia tersebut menerimanya. Baik musibah mahupun nikmat, yang pastinya ujian daripada Allah ini adalah merupakan peringatan, teguran, penghapusan dosa dan juga untuk mengangkat darjat manusia sekiranya manusia tersebut akur, patuh serta kembali bertaqwa kepada Allah sabar bererti menahan diri dari segala sesuatu yang tidak di sukai kerana mengharap redha Allah. Hakikatnya, sama ada secara sedar ataupun tidak, pandemik COVID-19 sedang mendidik kita umat Islam untuk sentiasa bersedia pada tahap kesabaran yang paling optimum dan perlu banyak melakukan pengorbanan terhadap perubahan kepada norma kehidupan yang baharu.
Bila bercakap tentang kegagalan mengawal emosi terutama ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 sehingga ada yang bertindak membunuh diri. Antara punca penyakit jiwa termasuklah keturunan, cara didikan oleh ibubapa, faktor personaliti, kelemahan Iman dan kurang beribadat serta bencana hidup. Malah kajian sainstifik sendiri telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyi tahap keagamaan, amalan ibadat dalam Islam serta Iman yang tinggi dapat melindungi seseorang dari mendapat penyakit jiwa. Sebagai contohnya seseorang yang kurang keimanan akan terjebak dengan masalah dadah, alkohol serta gejala sosial yang akan menjurus kepada masalah sosial dan masalah psikologi seperti kemurungan, keretakan institusi keluarga dan minda serabut akibat dadah. Mereka yang kurang keimanan dan sifat sabar akan mendedahkan diri kepada tekanan emosi dan jiwa serta bertindak luar batasan serta memudaratkan diri dan keluarga.
Konsep berdoa dan solat dapat mendekatkan diri kita dan mententeramkan jiwa yang kosong. Terdapat beberapa kaedah Islam yang disarankan yang membantu dalam proses pemulihan termasuklah rawatan melalui doa dengan ayat Al Quran, Hadis nabi, zikir dan ilmu penyucian jiwa
Imam Al-Ghazali menyatakan; Akal yang sentiasa mengingati Allah akan melahirkan hati yang mempunyai nur dan dapat mengawal nafsu hingga mempamerkan tingkahlaku yang positif. Namun sebaliknya jika akal yang tidak mengingati Allah maka akan melahirkan hati yang gelap dan wujud nafsu yang tidak terkawal hingga mempamerkan tingkahlaku yang negatif
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam Surah Qoff ayat 18 :
مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ ﴿١٨﴾
Maksudnya : Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)
Keberadaan kita dalam keadaan pandemik COVID-19 telah banyak mengubah cara hidup dan cara berfikir. Penggunaan teknologi maklumat yang maksima tanpa mengira umur dan kedudukan jika tidak dikawal sebaik mungkin dan tidak dapat ditapis berdasarkan neraca agama akan menyebabkan budaya negatif lebih mudah dan cepat merebak terutama sebaran berita palsu dan penggunaan kata keji yang melampau tidak terkecuali penghinaan terhadap agama. Dulu lidah yang melakukan perkara ini tetapi kini tangan yang memainkan perkara ini melalui komputer atau telefon. Oleh itu kewajipan menjaga lidah daripada bercakap dan tangan daripada menulis perkara yang tidak harus di sisi syarak. Kebanyakan manusia diheret ke dalam neraka disebabkan oleh lidah-lidah mereka. Adapun kebenaran adalah wajib untuk mengatakannya. Tidak boleh diam pada perkara kebenaran
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ – رواه البخاري
Maksudnya : “ Sesiapa yang boleh menjamin kepada aku (untuk menjaga) apa yang ada di antara dua rahangnya (lidah) dan juga di antara dua kakinya (kemaluan) maka aku akan jamin baginya syurga.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 197 سورة البقرة :
Firman Allah dalam Surah Ali ’Imran ayat 137 :
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ﴿١٧٣﴾
Maksudnya : Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
Dalam Syarah Riyadhus Shalihin, mengatakan dalam Riwayat Imam al-Bukhari, disebutkan bahawa Abdullah bin Abbas R.A berkata: “Kalimat terakhir yang diucapkan Nabi Ibrahim A.S ketika dilemparkan ke dalam api adalah ‘حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ’ .
Nabi Ibrahim A.S ketika itu berhadapan dengan tekanan yang sangat besar, tapi Baginda memilih untuk meminta pertolongan daripada Allah, kerana Dialah yang menjaga seluruh kehidupan. Oleh itu ketika keadaan wabak yang belum reda ini, marilah kita sama-sama untuk mencontohi Nabi Ibrahim A.S, dengan mendekatkan diri kepada Allah dan meletakkan setinggi-tinggi pergantungan kepada Allah. Mudah-mudahan, penyerahan sepenuh hati yang kita berikan akan mengangkat musibah yang asalnya datang daripada Allah juga. Perbanyakkan amal soleh dan istighfar serta jauhi dosa maksiat
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : منْ لَزِم الاسْتِغْفَار، جَعَلَ اللَّه لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مخْرجًا، ومنْ كُلِّ هَمٍّ فَرجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ – رواه أبو دأود
Maksudnya : Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah S.W.T menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu ada kelapangan dan Allah juga akan mengurniakan kepadanya rezeki yang tidak disangka-sangka.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Agihkan daging korban sebaik yang mungkin terutama ketika ramai yang begitu terkesan dengan pandemik COVID-19. Bagi kita yang tidak mampu menunaikan ibadat korban maka banyak cara lain untuk turut bersedekah dalam meringankan saudara mara dan jiran yang lebih susah. Sedekah juga merupakan antara cara untuk mengubati penyakit
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : حَصِّنُوْا أَمْوَالَكُمْ بِالزَّكَاةِ وَدَاوُوْا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَة -رواه الطبراني
Maksudnya: Lindungilah harta kamu dengan zakat dan ubatilah orang-orang sakit di antara kamu dengan sedekah
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.
Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit berjangkit covid 19, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami, kedua ibu bapa kami,adik beradik kami, anak-anak kami dan seluruh keluarga kami . Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa, Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk. Anugerahkanlah kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan