أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Khamis, 10 Oktober 2013

Khutbah Aidil Adha 1434H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 77-82 سورة الشعراء : فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَ‌بَّ الْعَالَمِينَ ﴿٧٧﴾ الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَإِذَا مَرِ‌ضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠﴾ وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿٨١﴾ وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ‌ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ Maksudnya : "(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam; "Tuhan yang menciptakan daku, maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; "Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; "Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar. Nikmat hari raya ini mengetuk hati kita bagaimana sempurna dan lengkapnya system Islam dalam memastikan setiap gerak laku kita termasuk berhari raya mesti mengikut syariat agar mendatangkan pahala bukannya bebas mengikut nafsu syahwat yang menambahkan dosa. Sebagaimana kita renungi suatu peringatan nabi Ibrahim a.s kepada kaumnya tentang amalan penyembahan berhala yang sesat agar kembali kepada agama fitrah iaitu Islam yang hanya menyembah Allah yang Esa. Baginda juga mengajak kaumnya agar yakin bahawa Allah yang mengatur segala-galanya bukan sahaja penciptaan kita malah rezeki, sihat sakit , hidup mati, Hidayah, pengampunan dosa dan balasan Syurga Neraka. Allah tidak bergantung harap kepada kita sebaliknya seluruh makhluk ciptaanNya begitu mengharapkan pertolongan Allah setiap tempat dan ketika. Bila aqidah yang kukuh tentang kekuasaan Allah yang mengatur segala-galanya berjaya disemai dalam diri sepastinya melahirkan umat yang mempunyai jatidiri yang tinggi yang sentiasa syukur dan tidak mudah berputus asa dalam kehidupan. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam surah as-Syu’ara’ ayat 83-89 : رَ‌بِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ﴿٨٣﴾ وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِ‌ينَ ﴿٨٤﴾ وَاجْعَلْنِي مِن وَرَ‌ثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ ﴿٨٥﴾ وَاغْفِرْ‌ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ ﴿٨٦﴾ وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ ﴿٨٧﴾ يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ Maksudnya : "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat; "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula - "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); Sambutan hari raya korban tidak lengkap tanpa kita menyentuh tentang beberapa pengajaran penting daripada perjalanan hidup nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Malah melalui doa-doa nabi Ibrahim a.s yang tertera dalam al-Quran banyak mengajar kita bagaimana mahu membina keturunan yang tunduk patuh kepada Allah yang berjaya dunia akhirat antaranya wajib ditekankan ilmu agama yang memantapkan aqidah mengenal Allah, mengetahui antara kewajipan dan larangan, dosa pahala, halal haram. Ilmu agama tidak boleh dipandang remeh-temeh sebagaimana yang berlaku pada hari ini apabila pemimpin begitu bersungguh untuk mewajibkan calon SPM lulus Bahasa Inggeris pada tahun 2016 sedangkan pengajian agama terus jadi pelajaran yang tidak menjejaskan sebarang keputusan peperiksaan di peringkat sekolah apatah lagi di Universiti di mana bagi pelajar yang bukan mengambil bidang agama maka pengajian Islam tidak lagi dipelajari. Jika keadaan ini terus berlaku maka tahap buta agama yang menjurus kepada kerosakan aqidah serta akhlak akan semakin meningkat bukannya semakin menurun. Akhirnya lahirlah sebuah masyarakat yang khayal untuk memasuki Syurga tetapi tidak tahu dan tidak sedar bahawa amalan dan perbuatan yang mereka lakukan seharian adalah cara hidup ahli Neraka akibat kejahilan yang berlaku. Dasar sekulerisme yang masih membelit cara berfikir dan bertindak banyak membantu dalam meneruskan agenda penjajah sebagaimana yang pernah disebut oleh bekas Perdana Menteri Britain Gladstone : Untuk menghancurkan kekuatan Islam mestilah dihapuskan terlebih dahulu hijab dari muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah dibawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan juga mungkar. Begitu juga agenda bersama yahudi dan komunis : Kita akan hancurkan kehidupan sistem keluarga orang-orang buta huruf (orang Islam) dan kita akan hancurkan kepentingan pendidikan mereka. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Nabi Ibrahim a.s yang digelar Khalilullah merupakan salah seorang rasul Ulul Azmi yang paling banyak menghadapi ujian dan cubaan. Malah nama baginda sentiasa kita sebut dalam bacaan tahiyyat akhir solat kita bersama nama nabi Muhammad s.a.w. Antara ujian yang dihadapi apabila terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya nabi Ismail a.s yang masih kecil di suatu lembah yang kering kontang sehingga sebelum baginda beredar lalu Siti Hajar bertanya : Adakah ini merupakan arahan Allah. Apabila mendengar jawapan nabi Ibrahim bahawa ia merupakan arahan Allah lalu Siti Hajar pasrah dengan menyatakan bahawa Allah pasti tidak mensia-siakan pengorbanan itu. Belum jauh meninggalkan isteri dan anak tercinta maka nabi Ibrahim a.s menadah tangan seraya berdoa sebagaimana tertera dalam surah Ibrahim ayat 37 : رَّ‌بَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّ‌يَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ‌ ذِي زَرْ‌عٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّ‌مِ رَ‌بَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْ‌زُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَ‌اتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُ‌ونَ Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. Kisah yang hebat ini sepatutnya meresap ke sanubari kita untuk mencontohinya dalam mewujudkan keluarga yang bahagia di mana setiap ahli keluarga bermula daripada suami, isteri dan anak-anak mentaati Allah dan sedar serta melaksanakan tugasan masing-masing. Sibuk dalam mencari nafkah bukan penghalang dalam mendidik anak-anak. Sikap menyerah bulat-bulat urusan pendidikan anak-anak kepada sekolah dan pusat pengajian yang lain tanpa disertai dengan pematauan susulan menyebabkan berlakunya kekurangan penghayatan beragama. Ini ditambah lagi dengan kemudahan teknologi maklumat dengan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menonton tv, layari internet tanpa kawalan apatah lagi alat tersebut dibenarkan untuk diletak di tempat yang susah dipantau oleh ibubapa seperti dalam bilik. Itu belum ditambah dengan sikap pemimpin yang lebih suka menghabiskan duit rakyat untuk menghancurkan akhlak rakyat seperti laporan Audit 2012 membongkar bagaimana kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM1.6 juta bagi bayaran artis separa lucah K-Pop dari Korea untuk Hari Belia Negara 2012 yang lalu.Ibubapa juga tidak boleh memberi alasan jahil agama menyebabkan urusan pendidikan diserahkan kepada orang lain sedangkan proses belajar ilmu agama terus berlangsung selagi hayat dikandung badan. Tanyalah diri kita dalam seminggu berapa jam kita dapat luangkan masa terutama antara Maghrib dan Isya’ atau cuti hujung minggu untuk mendalami ilmu agama. Jangan cuba tipu diri sendiri kerana berapa banyak masa kita habiskan untuk tonton tv, layari internet, bersiar-siar, berbual kosong. Pastikan kita sekeluarga tidak menjadi umat yang muflis di hari akhirat di mana agama menjadi begitu penting sehingga setiap kita cuba mencari-cari apa sahaja amalan soleh walau pun sebesar sawi untuk ditimbang atas neraca Allah. Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِي هَذِهِ السَّبَخَةِ مَجْرَى قَنَاةٍ , فَيَكُونُ أَكْثَرُ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ , حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمَتِهِ ، وَإِلَى أُمِّهِ , وَابْنَتِهِ ، وَأُخْتِهِ ، وَعَمَّتِهِ , فَيُوثِقُهَا رِبَاطًا , مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ..... – رواه أحمد Maksudnya: “Dajjal akan turun dari daerah dataran bergaram yang bernama Majra Qanah. Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita, sehinggakan seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya untuk melihat/menjaga isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan ibu saudaranya, kemudian diikatnya mereka kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu Dajjal dan menjadi pengikutnya……..” Musuh Islam juga akan meneruskan penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan menghancurkan kaum wanitanya dan menyuburkan pergaulan bebas. Rasulullah SAW juga memberitahu bahawa di akhir zaman nanti kaum wanita adalah yang paling ramai lari keluar mengikut dajjal. Kita dapat lihat pada hari ini kaum wanita tidak lagi lekat diam di rumah tetapi turut keluar dari rumah dengan pelbagai tugasan dan tujuan samada yang harus atau tidak oleh syarak. Tetapi tidak dapat dinafikan keluarnya wanita dari rumah hari ini adalah lebih banyak menjurus kepada kesan negatif daripada yang positif. Di tengah perpecahan dan keruntuhan dunia Islam sekarang ini, kita dapat menyaksikan betapa banyaknya usaha dalam mengeluarkan wanita dari agama dan Syariat Nabinya ke jalan yang amat jauh dari jalan yang diredhai Allah atas laungan kebebasan wanita. Ingatlah bagaimana Islam telah meletakkan kemuliaan wanita di tempat yang terbaik setelah dilayan lebih teruk daripada binatang semasa jahiliah. Jangan tertipu dengan laungan Dajjal sehingga maruah wanita kita menjadi lebih murah daripada besi buruk. Pastikan maruah wanita tidak dirosakkan dengan pekerjaan yang tidak sesuai dengan fitrah wanita, menjadi mangsa gangguan seksual di pejabat, pelaris barangan kapitalis, mangsa jualan maruah di internet dan sebagainya. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لا تُكَلِّفُوا الصِّغَارَ مِنَ الْجَوَارِي الْكَسْبَ ، فَإِنَّهُنَّ يَكْسِبْنَ بِفَرْجِهَا , وَلا تَكَلَّفُوا الصَّبِيَّ الصَّغِيرَ الْكَسْبَ ، فَإِنَّهُ يَسْرِقُ , وَعُفُّوا يُعِفَّكُمُ اللَّهُ - رواه أبو نعيم Maksudnya : Jangan kamu bebankan hamba perempuan yang kecil dengan pekerjaan kerana mereka akan mencari hasil dengan menjual kehormatan mereka. Jangan kamu memaksa anak kecil dengan pekerjaan kerana dia akan mencuri. Dan berilah keringanan nescaya Allah meringankan kamu Renungilah juga ucapan seorang penulis terkenal Helen Stanbury : Cegahlah percampuran antara lelaki dan perempuan. Kami di Amerika banyak menerima padah daripada percampuran ini sehingga menjadi sebuah masyarakat yang penuh dengan kehidupan bebas dan lucah. Akhirnya ramai mangsa pergaulan bebas ini memenuhi penjara, kaki lima, kelab malam dan rumah urut penuh kehinaan. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 35-36 : وَإِذْ قَالَ إِبْرَ‌اهِيمُ رَ‌بِّ اجْعَلْ هَـٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ ﴿٣٥﴾ رَ‌بِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرً‌ا مِّنَ النَّاسِ ۖ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ۖ وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (ikut Islam) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (menolak Islam), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat) Perjuangan nabi Ibrahim bersama nabi Ismail a.s bukan sahaja dalam membentuk keluarga malah membina Negara yang aman di mana antaranya cirinya ialah dibersihkan daripada sebarang unsur syirik disamping kepatuhan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan. Begitulah juga Negara aman akan diraih dengan mempunyai pemimpin yang taqwa kepada Allah sehingga adil dalam melaksanakan pemerintahan. Negara akan huru hara bila dipimpin oleh orang yang pecah amanah dan kaki rasuah sebagaimana Negara menjadi celaru apabila laporan Audit Negara 2012 mengesahkan 309 unit aset PDRM hilang antara 2010-2012 bernilai RM 1.33 juta termasuk 44 pistol. Apa yang lebih malang senjata yang hilang diminta supaya tidak dihirau kemungkinan jatuh laut. Begitu juga salah guna peruntukan sebanyak RM 2.051 bilion bertujuan mengupah kontaktor dalam menjaga keselamatan sekolah dan asrama tidak berjalan sebagaimana diharapkan. Itu belum lagi dikira dengan pembelian barangan dengan harga yang tidak munasabah seperti jam dinding RTM yang berharga RM 100 dibeli dengan harga RM 3 810. Sebenarnya penyelewengan harta rakyat sentiasa dibentangkan setiap tahun tetapi ibarat merugikan kertas dan masa sahaja kerana sikap pemimpin yang tidak bersungguh dalam menghentikan pecah amanah ini. Sekiranya rakyat bawahan terutama Ulama’ membiarkan ia terus berlaku maka saat kehancuran Negara terutama kepada muflis semakin hampir. Jika pembaziran dan pecah amanah yang melampau ini dapat disekat secara serius sepastinya rakyat tidak lagi dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan lain yang memeritkan. Oleh itu pemilihan pemimpin yang adil merupakan suatu usaha yang wajib dalam menjadikan Negara aman sejahtera. Imam Syafie pernah berwasiat: Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada 5 iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan Firman Allah dalam ayat 85 surah an-Nisa’ : إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُ‌كُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً‌ا Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات : فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar. Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Ketika mengingati pengorbanan hebat nabi Ibrahim yang terpaksa menyembelih anaknya nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya maka umat Islam pada hari ini mesti disuburkan kembali rasa yakin tentang keadilan dan kehebatan sistem Islam dalam menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita yakin bahawa perjuangan dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini perlu berdepan dengan pelbagai cabaran, ujian dan halangan samada dari musuh atau umat Islam sendiri. Kita dapat saksikan bagaimana sikap Assobiyyah kebangsaan sempit yang dibangkitkan telah menyebabkan umat Arab menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah Turki 1924 sehingga hampir 100 tahun umat Islam tanpa Khilafah yang memayungi kita sehingga penjajah dengan mudah membaham kita satu demi satu. Sebarang kebangkitan Islam akan disekat dengan pelbagai cara termasuk mencabuli system demokrasi dengan mengguling kerajaan yang sah seperti yang terbaru di Mesir. Kemudian sebarang gerakan Islam yang membahayakan musuh Islam terutama zionis yahudi akan dikuburkan sebagaimana yang terjadi kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir. Ia bukan perkara baru sebaliknya mengulangi tindakan jahat penjajah sebelum ini. Dulu pernah keluar daripada tokoh penjajah bahawa tiada ruang untuk menjamin berterusannya Negara Israel kecuali dengan menghapuskan 2 unsur di dunia Arab iaitu pemimpin agama yang komited dengan Islam dan gerakan Ikhwanul Muslimin. Penjajah tidak takut kepada sosialis, perkauman Assobiyah dan system beraja di kawasan Arab tetapi yang ditakuti ialah Islam. Inilah kuasa besar yang sudah lama tidur dan sekarang ia mula bangkit di dunia Arab. Penjajah takut lahir nabi Muhammad baru di kawasan itu. Oleh itu sempena berada pada hari raya korban yang mengetuk hati kita supaya mengorbankan rasa cinta pada dunia dalam memastikan Islam berada dipuncak jaya. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mengembalikan system Islam dalam merajai dunia agar kemerdekaan Palestin dapat diraih, kezaliman di Syria dapat dihentikan, pembunuhan etnik Ronghiya di Myanmar dapat disekat, penderitaan saudara seagama di Mesir dapat dibela, keganasan terhadap umat Islam Thailand dapat perhatian, nasib umat Islam seluruh dunia dapat dibantu di bawah satu bendera iaitu Islam yang mulia. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim ) اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وفي مصر وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan: