أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Rabu, 8 April 2009

110. ANCAMAN GOLONGAN AJARAN SESAT SEKULARISME

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 54 surah al-Maidah :
يأيها الذين ءامنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتى الله بقوم يحبهم ويحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكــفرين يجـــهدون فى سبيل الله ولا يخافون لومة لآئم ذلك فضل الله يؤتيه من يشآء والله وسع عليم
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di kalangan kamu yang murtad daripada agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum di mana Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah, yang bersikap lemah lembut sesama orang mukmin, dan bertegas dengan orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah dan tidak gentar kepada celaan orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah yang dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah itu Maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui
Kita sekarang ini telah berada di pertengahan bulan Rabiul Akhir yang mengingatkan kita bagaimana Sayyidina Abu Bakar yang baru sahaja dilantik menjadi khalifah yang pertama selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w pada 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah. Ujian yang paling besar yang terpaksa dihadapi oleh Sayyidina Abu Bakar dan para sahabat serta umat Islam pada masa itu ialah tekanan daripada golongan nabi palsu dan golongan murtad. Golongan murtad ini jika dikaji di mana kebanyakan mereka bukanlah murtad terus daripada ajaran Islam dan meninggal terus segala kewajipan agama sebaliknya ramai dikalangan mereka yang terus tunduk dan patuh kepada seluruh ajaran Islam kecuali mereka tidak mahu mengeluarkan zakat. Oleh itu Sayyidina Abu Bakar telah mengeluarkan arahan untuk menyerang mereka agar perbuatan mengecualikan zakat ini dapat dihapuskan walau pun pada mulanya ada dikalangan sahabat yang menegah daripada melakukan serangan kerana golongan itu tetap sembahyang tetapi hanya tidak mahu mengeluarkan zakat sahaja. Namun begitu Sayyidina Abu Bakar tetap bertegas untuk memerangi golongan ini memandangkan Islam tidak memisahkan antara sembahyang dan zakat. Jika sembahyang mesti diteruskan walau pun nabi Muhammad s.a.w telah wafat maka zakat juga wajib ditunaikan sebagaimana sembahyang lima waktu. Ketegasan Sayyidina Abu Bakar ini telah membawa kepada kegemilangan Islam dengan kejayaan menghapuskan sebarang fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Ketegasan yang telah ditunjukkan oleh Sayyidina Abu Bakar terhadap golongan yang memisahkan antara kewajipan yang ada dalam rukun Islam itu mestilah dicontohi oleh seluruh umat Islam yang cintakan kepada Allah dan rasulNya. Umat Islam telah melalui pelbagai ujian dalam mempertahankan agama Islam yang suci termasuk wujudnya ajaran yang menyeleweng yang cuba menghancurkan Islam dari dalam dan adanya dakwaan nabi palsu yang cuba mengalih pegangan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Kita pada hari ini tidak terlepas terutama dalam berhadapan dengan golongan ajaran sesat sekularisme yang memisahkan antara urusan dunia dengan akhirat yang menyebabkan pelbagai kerosakan berlaku. Golongan ini hanya menjadikan Islam sebagai agama yang melibatkan ibadat khusus yang ada dalam rukun Islam sahaja tetapi mempertikaikan ajaran agama dalam aspek kehidupan dunia yang lain seperti politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain. Apabila berlakunya pemisahan antara urusan dunia dengan akhirat maka semakin meluasnya penyelewengan akibat timbul dalam diri mereka bahawa semua dosa yang dilakukan ketika melaksanakan urusan dunia seperti pemerintahan, perniagaan, hiburan yang melalaikan tidak akan dihisabkan oleh Allah di akhirat nanti kerana ia merupakan urusan dunia bukannya amalan agama. Inilah ajaran sesat yang paling merbahaya dan kurang disedari oleh kebanyakan umat Islam kerana mereka sendiri dihanyutkan dengan godaan dunia. Dunia yang dikelilingi oleh semua perkara yang disukai oleh nafsu begitu mudah memperdayakan golongan yang membuang pahala dan dosa dalam masalah urusan dunia ini.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Kini golongan ajaran sesat sekularisme sekali lagi menunjukkan sikap biadap mereka terhadap hukum Allah sehingga mereka sanggup menggunakan segala kemudahan media massa yang ada bukan untuk menerangkan tentang keadilan hukuman Islam sebaliknya bertindak menyerang secara membuta tuli terhadap perundangan Islam sehingga rakyat yang jahil merasakan bahawa hukuman Islam adalah zalim dan tidak sesuai dilaksanakan di negara yang mempunyai berbilang kaum ini. Keadilan hukuman Islam cuba disembunyikan melalui putar belit terhadap enakmen yang digubal sehingga rakyat terkeliru dan memandang serong terhadap hukuman Islam. Ini merupakan jenayah yang merbahaya terhadap aqidah umat Islam serta suatu usaha untuk menjauhkan rakyat daripada ajaran Islam yang sebenar. Kegagalan kerajaan yang ada yang telah memerintah negara ini hampir 50 tahun dalam menggubal hukuman Islam berdasarkan ajaran Islam yang sebenar menunjukkan bagaimana ajaran sesat sekularisme yang dianuti telah menghalang mereka daripada berbuat demikian malah penentangan terhadap hukuman Islam yang digubal oleh musuh politik mereka yang dianggap begitu merbahaya dan menggugat ajaran sesat sekularisme yang mereka anuti sekian lama.
Golongan sekularisme mempertikaikan tentang keadilan hukuman Islam sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak pernah menyalahkan perundangan yang berasaskan hukuman manusia yang gagal menangani masalah sosial yang teruk dan begitu banyak berlaku dalam negara. Kegiatan pelacuran, sumbang mahram, rogol tidak dapat diselesaikan oleh hukuman ciptaan manusia malah masalah ini semakin bertambah tetapi ini semua tidak diakui kegagalannya oleh mereka sedangkan hukuman Islam yang diusaha untuk dilaksanakan terus diserang siang dan malam dengan fakta yang salah. Golongan ini bukan mahu menyelesaikan masalah yang berlaku sebaliknya terus berusaha sedaya yang boleh dalam memastikan hukuman Islam tidak dapat dilaksanakan kerana begitu bimbang jika hukuman Islam berjaya dilaksanakan maka janji Allah untuk mendatangkan pertolongan dan keberkatan dalam sesebuah negeri yang melaksanakan seluruh ajaran Islam akan mampu dicapai sehingga rakyat tidak lagi terus mengikut telunjuk golongan ajaran sesat sekularisme sebaliknya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Kita turut kecewa apabila golongan ajaran sesat sekularisme turut merasa megah dan gembira kerana mempunyai akta tertentu daripada perlembagaan negara untuk menghalang hukuman Islam daripada dilaksana sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah merasa bimbang dan gerun apabila melihat agaimana perundangan yang berasaskan Lord Reid itu telah digunakan oleh ribuan umat Islam untuk murtad daripada agama Islam di negara ini.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Selain terpaksa berhadapan dengan golongan yang bencikan Islam dalam negera kita maka kita turut dingatkan dengan keadaan umat Islam di negara lain yang sedang ditekan oleh musuh dengan pelbagai cara termasuk peperangan. Pada minggu ini Amerika Syarikat sebagai ketua pengganas kuffar dunia telah memberi amaran agar ditukarkan kepimpinan di Palestin barulah kuffar akan memberi kepada penduduk Palestin sebuah negara merdeka. Kita perlu ingat bahawa Palestin adalah negara milik umat Islam dan kita tidak perlu kepada pengiktirafan kuffar durjana untuk memiliki negara yang sememangnya milik umat Islam. Sudah berapa lama umat Islam menderita samada ketika berperang atau ketika berdamai dengan yahudi tetapi yahudi terus menggunakan kekerasan dalam berhadapan dengan umat Islam. Oleh itu kita sebagai umat bermaruah tidak sekali-kali berlembut dan keluar dari bumi Palestin sebaliknya yahudilah yang mesti keluar daripada bumi Palestin barulah serangan berani mati akan dihentikan. Kita memberi amaran keras kepada yahudi samada berundur atau bakal dikuburkan oleh pejuang Islam. Berambus wahai yahudi atau bakal ditimbus di celah semangat jihad umat Islam yang tidak pernah padam. Keluar yahudi daripada bumi umat Islam atau mereka bakal dibakar oleh semangat pejuang Islam yang cintakan syahid. Pejuang Islam tidak sekali-kali berundur malah akan terus mara sehingga kita mencapai kemenangan dalam membebaskan bumi Palestin atau kita dianugerahkan dengan mati syahid yang diidam-idamkan selama ini.
Firman Allah dalam ayat 116 surah an-Nisa’
إن الله لايغفر أن يشرك به ويغفر مادون ذلك لمن يشأء ومن يشرك بالله فقد ضل ضلــلا بعيدا
Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan Allah dengan sesuatu dan Dia mengampuni dosa selain daripada syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Sesiapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka sesungguhnya dia telah sesat sejauh-jauhnya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: