أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Rabu, 15 Ogos 2012
Khutbah Aidil Fitri 1433H
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 8 dan 9 surah Ali ‘Imran :
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨﴾ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Keseronokan menyambut hari raya jangan melalaikan kita untuk memohon kepada Allah agar segala amalan soleh kita diterima dan dosa kita pula diampunkan. Kita juga memohon agar Allah menjadikan kita sebagai hambaNya yang dapat meneruskan amal soleh hasil daripada tarbiah Ramadhan pada bulan-bulan yang lain dengan penuh istiqamah. Antara cara untuk memiliki sifat Istiqamah ialah [1] Memahami dan mengamalkan dua kalimat syahadat dengan baik dan benar kerana tanpa mengenali Allah serta taat kepadaNya menyebabkan manusia tidak kenal siapa dirinya dan tujuan dia dijadikan serta ke mana tempat kembalinya selepas ini [2] Sentiasa mengkaji Al Qur’an dengan menghayati dan merenungkannya kerana al-Quran merupakan ubat mujarrab dalam mengubati penyakit zahir dan batin [3] Iltizam atau berterusan dalam menjalankan syari’at Allah termasuk amal ibadat seperti solat berjemaah, puasa, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, menutup aurat, memakmurkan masjid dan sebagainya bukan terus berhenti dengan berlalunya Ramadhan.
قال الرسول : أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Maksudnya : “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.” Siti Aisyah sendiri ketika melakukan suatu amalan selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya secara berterusan
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Cara untuk memiliki sifat Istiqamah yang ke-[4] Suka membaca kisah-kisah orang soleh sehingga boleh dijadikan ikutan dan teladan di mana Al Qur’an banyak menceritakan kisah-kisah para nabi, rasul dan orang-orang yang beriman terdahulu. Firman Allah dalam ayat 120 surah Hud:
وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَـٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menetapkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman
[5] Memperbanyak do’a pada Allah agar dianugerahkan sifat istiqamah antaranya
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu daripada terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.
[6] Sentiasa bergaul dengan orang-orang soleh di mana teman banyak mempengaruhi corak hidup seseorang samada ke arah kebaikan atau terheret kepada kejahatan. Jauhi tempat atau perkara yang mendorong kepada maksiat
قال الرسول : مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَ الجَلِيسِ السَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً – رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seumpama berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada dia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada dia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak."
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Berkumpulnya kita di tempat yang mulia ini pada hari yang mulia bagi menghidupkan sunnah nabi s.a.w untuk dengan sama-sama menunaikan solat sunat hari raya seterusnya mendengar nasihat melalui khutbah. Islam mengajak kita berkasih saying antara satu sama lain serta menyuburkan budaya ilmu termasuk pada hari raya yang mulia ini. Tanpa kasih sayang maka keadaan keluarga porak peranda, masyarakat menjadi huru-hara, dunia dipenuhi peperangan sini sana. Ramadhan tahun ini dikejutkan dengan pembunuhan seorang pekerja sebuah stesen TV swasta disamping jenayah yang lain yang menunjukkan antara contoh bahayanya kehilangan sifat kasih sayang. Begitu juga tanpa ilmu maka pergerakan manusia menjadi sia-sia termasuk dalam menghidupkan hari raya. Bila ada ilmu maka banyak pahala daripada amalan dan adab hari raya dapat diraih sedangkan tanpa ilmu bukan saja pahala tidak dapat malah dikotori pula kesucian hari raya dengan dosa maksiat seperti pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan, pembaziran, pendedahan aurat dan sebagainya. Akibat kecetekan ilmu ramai yang terjebak dengan ajaran sesat dan mudah terpengaruh dengan perkara yang jelas menyeleweng daripada syariat Islam. 2 bulan lepas negara digemparkan dengan tindakan nekad seorang yang mengaku Imam Mahdi menyerang pejabat pentadbiran negara di Putrajaya. Oleh itu kita wajib sedar bahawa proses dalam mendalami ilmu agama berterusan selagi hayat dikandung badan. Ibarat kata syair : “Semua bekas akan menyempit kerana penuh jika sentiasa diisi kecuali bekas ilmu di mana ia semakin meluas”. Semakin banyak kita belajar maka semakin kita merasakan banyak lagi ilmu yang kita belum terokai. Kegagalan dalam menerokai pelbagai bidang ilmu menyebabkan umat Islam terus ketinggalan dalam banyak bidang sehingga banyak bergantung kepada kepakaran orang bukan Islam. Malah pengabaian terhadap ilmu fardhu ‘ain yang dipandang remeh temeh atas alasan memperkasakan ilmu fardhu kifayah turut menjadikan semakin ramai umat Islam sendiri semakin tenggelam dengan mengejar dunia semata-mata. Ia ibarat mahu ke Kuala Lumpur tetapi tiket yang dibeli hanya setakat ke Pahang sahaja. Apa yang paling ditakuti mereka akan kehilangan kedua-duanya sekali sehingga dunia yang dikejar keciciran manakala akhirat yang bakal dilalui penuh penderitaan dan penyesalan. Kita turut merasa hairan apabila Negara telah 55 menyambut kemerdekaan dan semakin banyak tumbuh universiti tetapi banyak hospital kerajaan seolah-olah tidak mempunyai doktor wanita yang boleh mengurus bahagian kelahiran anak sehingga aurat dan maruah perempuan terpaksa didedah kepada doktor lelaki. Jika yang ada duit lebih bolehlah mereka melahirkan anak di klinik swasta yang menyediakan doktor wanita tetapi bagaimana rakyat yang susah. Akhirnya rakyat kembali semula mencari bidan kampung untuk melahirkan anak atau tidak pelik jika ramai muslimat memberi alasan untuk tidak beranak daripada mendedahkan aurat kepada doktor lelaki. Menjadi tanggungjawab besar kepada pemimpin untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak dibebankan dengan dosa yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di padang Mahsyar nanti.
Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian,
Duduknya kita di tempat mulia, pada hari raya yang mulia dengan berlainan jantina, umur, pangkat, harta mampu menanamkan rasa kasih sayang antara kita. Didikan puasa Ramadhan dikuti dengan kewajipan berzakat seterusnya nikmat hari raya di mana semuanya ini memupuk rasa kasih sayang. Kasih sayang mampu menambahkan rezeki dan memanjangkan umur kita sebagaimana sabda nabi dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim :
قال الرسول : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya : Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim
Imam Ibnu Hajar pernah menyebut bahawa nabi apabila disebut tentang hadis ini dihadapannya lalu baginda menjelaskan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh at-Tabarani yang bermaksud : Ia bukan bermaksud dilewatkan ajal tetapi ia bermaksud seseorang itu diberikan zuriat yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya selepas kematiannya.
Inilah antara keberkatan umur yang dicari iaitu bukan semata-mata banyak pada kuantiti atau bilangan angka sebaliknya walau pun umurnya pendek namun pahala amalan terus bersambung melalui doa anak yang soleh, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan sebagainya. Malah dari segi hayat hidup umat nabi Muhammad sekitar 60-70 tahun sahaja berbanding umat dahulu yang mencapai ratusan malah ribuan tahun namun dengan penganugerahan Lailatul Qadar sebagai contohnya maka keberkatan umur dengan gandaan pahala melebihi umat dahulu. Oleh itu sebagai ibubapa jangan kita sekali-kali mengabaikan pendidikan agama terhadap anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh yang terus memberi saham selepas kematian kita nanti. Jangan hanya pandai ‘menternak anak’ iaitu hanya tahu memberi makan, pakaian, tempat tinggal sahaja kepada anak sedangkan ilmu dan didikan agama diabaikan sehingga kita tidak mampu menumpang doa anak-anak. Proses tarbiah anak tidak akan terhenti kecuali bila berlaku antara 2 perkara samada ibubapa yang mati dahulu atau anak yang lebih dahulu meninggal dunia. Proses tarbiah anak ibarat menjaga sebuah pohon kayu iaitu bermula dengan mencari benih yang baik iaitu suami soleh dan ditanam pula pada tanah yang subur itu isteri yang solehah. Kemudian ia dibaja dengan baja yang terbaik dan disiram iaitu dengan ilmu agama. Walau pun pohon itu telah besar namun mesti dijaga daripada parasit atau perkara yang boleh merosakannya iaitu maksiat dan unsur negatif yang boleh merosakkan iman dan akhlak anak-anak. Jangan beri alasan umur telah besar panjang, anak telah keluar universiti atau pun telah berumahtangga menyebabkan proses tarbiah terhenti. Terlalu rugi mempunyai anak yang tidak berbudi dan tidak mampu berdoa untuk ibubapanya terutama selepas kematian mereka.
Imam Ibnu Hajar turut menjelaskan amalan silaturrahim mampu memberi keberkatan umur dengan diberi taufiq untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dipelihara daripada melakukan maksiat. Berkat silaturrahim juga menyebabkan kebaikan seseorang itu terus dikenang selepas kematiannya dengan kehendak Allah. Oleh itu gunakanlah kedatangan hari raya ini untuk menghubung kasih sayang
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
قال الرسول : لا تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ - رواه الترمذي
Maksudnya : Kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu : [1] tentang umur, bagaimana ia habiskan,[2] tentang masa muda ke mana dia pergunakan, [3] tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan dan [4] tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya
Berkumpulnya kita pada hari raya yang mulia ini dapat merapatkan yang jauh di mana ada anak yang sudah lama tidak berjumpa ibubapa, ada yang lama tidak menjenguk sanak saudara dan ada yang sudah lama tidak berjumpa teman lama. Pertemuan ini sepastinya digunakan sebaik mungkin dalam merapatkan hubungan yang semakin renggang. Cuba lihat di kiri kanan kita, lihat depan dan belakang kita. Boleh dikatakan kita dikelilingi oleh datuk nenek, ayah ibu, isteri atau suami, adik-beradik, sanak saudara dan teman-teman kita. Adakah kita boleh bayangkan bagaimana bukan sahaja pada hari ini kita mahu duduk bersama mereka untuk menyambut hari lebaran sebaliknya kita mahu turut bersama dengan mereka untuk menikmati nikmat Syurga Allah di akhirat kelak. Ingatlah bahawa untuk memasuki Syurga Allah tidak cukup setakat angan-angan tetapi mesti dengan ilmu dan pengamalan agama dalam kehidupan seharian. Oleh itu pastikan diri kita, ahli keluarga, jiran tetangga, teman-teman kita melaksanakan kewajipan agama disamping menjauhi tegahan Allah. Tarbiah Ramadhan banyak mendidik kita supaya menjauhi segala yang haram bukan sahaja dari segi makan minum malah mengawal segala anggota yang lain samada tangan, kaki, perut, kemaluan, mata, lidah, telinga daripada melakukan maksiat derhaka terhadap Allah. Kita sebagai rakyat bukan sahaja wajib menegur kemungkaran sekitar kita malah yang melibatkan teguran terhadap pemimpin supaya memerangi secara bersungguh jenayah rasuah, pecah amanah, riba serta tidak menjadikan hasil haram yang merosakkan akhlak sebagai sumber yang terlalu ditagih seperti arak dan judi di mana cukai keduanya bagi tempoh 4 tahun dari 2006-2011 menjangkau RM 24.4 bilion. Begitu juga masalah kekayaan negara hanya berlegar di kalangan ahli keluarga mereka yang berkuasa sahaja sehingga kita rasa gerun bila adanya orang Islam yang bukan sahaja menjadi pemegang saham Syarikat arak paling besar di Filiphina malah mendapat hasil jualan minyak kepada syarikat penerbangan MAS milik negara. Betapa hinanya apabila Malaysia antara pengeluar minyak utama tetapi membeli minyak daripada syarikat Arak untuk kapal terbang sendiri. Malah kita turut bimbang dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik dalam menyaman pesalah trafik bukan membantu dalam mengurangkan kemalangan jalanraya tetapi menjadi jalan pintas untuk syarikat tertentu dalam mengaut keuntungan mudah termasuk memeras wang rakyat yang pulang beraya. Bila pemimpin berniaga dengan rakyat maka rakyat terus menderita di negara sendiri. TV dan akhbar asyik menyiarkan wang ratusan ringgit yang diberi kepada rakyat sedangkan wang ratusan juta malah billion ringgit yang dirompak melalui rasuah dan pecah amanah minta dihalalkan. Sepatutnya 55 tahun merdeka maka pemikiran dalam memberi keselesaan kepada rakyat semakin terbuka bukannya politik balas dendam seperti penjajah terus membara sehingga rakyat Kelantan contohnya yang majorit Islam bukan sahaja dinafikan royalti malah pembinaan lebuhraya untuk kemudahan turut disekat. Bila kerajaan negeri ingin membina lebuhraya rakyat maka bukan sahaja diperlecehkan malah ditekan pula kontraktor yangi ingin membinanya. Begitu juga keselesaan rakyat Selangor yang mengecapi nikmat air percuma ditekan agar air berbayar dapat dijalankan semula. Bila rakyat mahu pendidikan percuma maka ia dikatakan bakal bankrap kan Negara sedangkan rasuah dan pecah amanahlah menjadi punca besar kehancuran Negara. Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah dijual beli dan ditipu berkali-kali
قال الرسول : لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ - رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama 2 kali
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :
إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria yang dilanda peperangan. Begitu juga penderitaan bangsa Ronghiya di Myanmar di mana kampung mereka diserang, kedai dirompak, makanan dirampas, saudara seagama dibunuh tanpa pembelaan. Pemimpin Negara umat Islam wajib berada di sof hadapan dalam membantu suadara seagama yang sedang menderita bukan mengecut di belakang musuh Islam
Takbir Allahu Akbar merupakan ikrar yang mengatakan yang lain daripada Allah adalah kecil dan lemah. Semoga semangat menyambut hari raya bersama dengan semangat dalam melaksanakan system al-Quran dalam kehidupan seharian. Jika di sebuah negara di Amerika Syarikat penentangan terhadap pembangunan masjid dan penerapan Syariah Islam di mahkamah menjadi bahan kempen untuk memenangi pilihan raya parlimen maka di Malaysia sepatutnya kita memilih golongan yang ingin melaksanakan hukum Hudud bukan golongan yang memberi amaran agar tidak dilaksanakan Hudud malah bertindak menyaman di Mahkamah. Kita juga berdoa agar tindakan teruk Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara yang 90% rakyatnya muslim untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu atas alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja. Di negara kita sudah banyak aduan umat Islam yang disekat daripada mengerjakan solat Jumaat atas alasan sama oleh majikan. Penjajah tidak berani menukar cuti Jumaat kepada Ahad tetapi anak didiknya yang mengaku pejuang bangsa dan agama berani menukarnya
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan