أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Khamis, 23 Oktober 2008

141. PEMBANGUNAN TANPA IMAN PUNCA KEMUSNAHAN

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :
ما أفاء الله على رسوله من أهل القرى فلله وللرسول ولذى القربى واليتمى والمســكين وابن السبيل كي لايكون دولة بين الأغنياء منكم وما ءاتئكم الرسول فخذوه وما نهئكم عنه فانتهوا واتقوا الله إن الله شديد العقاب
Maksudnya : Apa yang Allah kurniakan kepada rasulNya dari harta penduduk negeri maka ia adalah tertentu bagi Allah , bagi Rasulullah, bagi kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin serta ibnu sabil. Ketetapan tersebut supaya harta itu tidak hanya berlegar di kalangan orang kaya daripada kamu. Dan setiap apa yang di bawa oleh rasul kepadamu maka terimalah dan setiap apa yang dilarangnya terhadapmu maka jauhilah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Hubungan rapat antara kehidupan dunia yang fana ini dengan hari akhirat yang kekal selamanya mestilah di semat sebaik mungkin dari segi keyakinan dan pengamalannya dalam kehidupan seharian agar kita tidak terjerumus ke lembah kesesatan dan kehinaan. Pemisahan antara kehidupan dunia dengan pembalasan hari akhirat menyebabkan manusia rosak dan melakukan penindasan di muka bumi ini. Pemisahan antara dunia dengan panduan agama menyebabkan kezaliman berleluasa dan keadilan tergugat oleh tangan-tangan ganas yang sentiasa dahagakan huru-hara.
Kesakitan Rasulullah s.a.w pada penghujung bulan Sofar yang membawa kepada kewafatan baginda pada bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah bersama dengan peninggalan dua panduan yang berharga iaitu al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin keamanan sejagat agar terus terjaga. Islam sebagaimana yang diberitahu oleh al-Quran dan diterangkan oleh hadis tidak pernah melarang umatnya untuk maju dan membina tamadun yang tinggi tetapi dengan syarat mesti selari antara kemajuan kebendaan dengan rohani. Pembinaan tamadun berdasarkan Islam bukan bertujuan untuk menunjuk kemegahan dengan sesuatu binaan yang paling tinggi dan paling besar sahaja tetapi ia mesti disertai dengan manfaat pembangunan tersebut kepada rakyat disamping pembangunan kebendaan itu naik bersama suburnya pembangunan insan. Pembinaan tamadun Islam tidak dibina bersama dengan penindasan terhadap rakyat di mana ia dibina setelah kebajikan semua rakyat telah mencukupi bukannya dibina ketika rakyat memerlukan wang untuk menyara kehidupan dan bukan juga dibina atas hutang yang menyebabkan rakyat terus merana. Tamadun Islam mempunyai nilai kebendaan yang tinggi disamping penerapan kepada nilai kemanusiaan berasaskan agama yang unggul. Ini diakui oleh Kerajaan Sepanyol melalui kenyataan mereka beberapa bulan yang lepas di mana mereka mengatakan pembinaan tamadun oleh kerajaan Islam yang pernah bertapak di Cardova begitu hebat tetapi Kerajaan Sepanyol hari ini hanya mampu menjadikannya sebagai peninggalan sejarah yang agung tanpa dapat menghidupkan ruh kepada tamadun tersebut kerana hanya Islam sahaja yang mampu menghidupkan tamadun yang dibina oleh mereka di Sepanyol itu dengan meniupkan kembali ruh Islam ke dalamnya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ibnu Khaldun di dalam al-Muqaddimah telah menggariskan beberapa sebab atau punca yang menyebabkan keruntuhan sesebuah kerajaan antaranya ialah masalah wang atau aktiviti mega yang berbentuk mewah. Sesuatu yang harus diketahui ialah pada awalnya kerajaan itu mengekalkan cara hidup badawiyah atau sederhana. Kerajaan itu memiliki kualiti kasih sayang terhadap rakyatnya. Segala pembelanjaan adalah sederhana dan terancang serta menghormati harta orang lain. Ia menghindarkan cukai yang berat sebelah, mengawasi ketelusan, bijaksana sewaktu mengutip wang dan para pegawai mengamalkan sikap bertanggungjawab. Pada waktu itu tiada perbelanjaan yang boros yang membolehkan kerajaan tidak memerlukan wang yang banyak. Lama kelamaan timbul penguasaan dan perluasan kuasa di mana kedaulatan semakin menyerlah. Keadaan ini menyebabkan wajarnya kemewahan yang menyebabkan perlunya pertambahan dari segi perbelanjaan negara. Perbelanjaan pemimpin dan keluarganya secara umumnya meningkat sehingga kecenderongan ini meluas kepada penduduk bandar.
Peningkatan taraf hidup itu menyebabkan bertambahnya kadar gaji bagi tentera dan gaji pegawai. Perbelanjaan yang berlebihan semakin meningkat sehingga rakyat turut boros dalam berbelanja mengikuti tabiat para pemimpinnya. Ini menyebabkan pemimpin berasa harus mengenakan cukai ke atas barang dagangan di pasaran demi memperbaiki kewangannya. Pemimpin melihat kemewahan hidup masyarakat bandar sebagai mewajarkannya berbuat demikian sehingga melupakan keadaan penduduk kampung yang susah. Pentadbiran negara dan para tentera semakin bertambah dan cukai kastam pula tidak lagi mampu menampung perbelanjaannya. Ia menyebabkan kerajaan yang telah mencapai mercu kekuasaannya mula memaksa rakyat di bawah pengawasannya. Kekuasaannya telah memungkinnya untuk merampas harta rakyat melalui cukai kastam, urus niaga perdagangan dan kadangkala melalui paksaan terhadap rakyat dengan pelbagai dalih dan sebab tidak munasabah.
Pada peringkat ini, para pemungut cukai di dalam kerajaan itu telah menjadi kaya raya kerana banyak hasil cukai yang berada ditangannya dan kedudukan mereka menjadi begitu penting. Ini menimbulkan perasaan curiga kerana memiliki wang yang banyak di mana masing-masing saling mencela sesama sendiri kerana dengki dan seorang demi seorang mengalami tekanan dan seksaan. Akhirnya kekayaan lenyap dan mereka mengalami kehancuran. Kerajaan telah kehilangan kemegahan dan kecemerlangan yang telah diperolehi melalui usaha-usaha mereka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Setelah kekayaan mereka dilenyapkan maka kerajaan maju setapak lebih jauh dengan mengambil harta benda rakyatnya yang kaya. Pada peringkat ini, tanda-tanda kelemahan telah kelihatan pada kekuatan (syawkah) yang ada. Ternyata kerajaan itu sudah lemah untuk mengekalkan kuasa. Dasar pemimpin pada ketika ini ialah secara bijaksananya berusaha mengurus segala persoalan dengan menggunakan wang. Baginda berpendapat bahawa dengan cara ini lebih baik daripada pedang. Akhirnya keperluannya terhadap wang melampaui keperluannya untuk perbelanjaan dan gaji anggotanya di mana usaha ini tidak mencukupi. Kelemahan yang dialami semakin hari semakin parah yang menyebabkan kuasa luar semakin berani menentang kedaulatannya. Keadaan ini membuka ruang kepada kuasa luar untuk merampas kuasa daripada kerajaan sedia ada yang menyebabkan segala kebanggaan yang ada terlepas kepada kuasa luar.
Perkara ini dapat dilihat dalam masa kelemahan yang berlaku pada pemerintahan khalifah Islam di Sepanyol di antaranya disebabkan faktor mereka mengutamakan projek mewah. Kesan pencapaian ekonomi mendorong Khalifah menumpukan kepada projek mega yang berunsurkan kemewahan yang tidak menghasilkan pulangan ekonomi yang menguntungkan negara. Apabila kemewahan mula hilang dan kekayaan negara sudah susut menyebabkan negara menerima tentangan daripada kuasa luar dan rakyat sendiri. Pemimpin mula lupa kepada amanah agama yang menyebabkan mereka meminta bantuan kuasa Kristian Rom. Apabila mengetahui perkara ini maka kerajaan Islam Murabitun yang kecil yang berpusat di Afrika menyelamatkan keadaan dengan memberi bantuan sehingga khalifah Islam mampu berfungsi kembali. Tetapi selepas itu perkara yang sama berulang apabila pemimpin negara terus terpesona dengan dunia. Ini menyebabkan kerajaan Islam Murabitun Afrika menghantar wakil untuk bertemu dengan imam al-Ghazali bagi meminta fatwanya mengenai keharusan kerajaan Islam menyerang kerajaan Islam besar yang lain demi menjaga daripada ia jatuh ke tangan Kristian lalu imam al-Ghazali menyatakan harus berbuat demikian kerana kesan buruk yang lebih besar jika kerajaan Islam jatuh kepada Kristian berbanding dengan serangan kerajaan Islam terhadap kerajaan Islam yang lain. Serangan yang dilakukan bukan untuk menghancurkan kerajaan Islam tetapi untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan Kristian akibat pemimpin yang leka dengan kemewahan dunia.
Ini antara kesan buruk apabila pembangunan yang dibina tidak berasaskan kehendak Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :
وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون
Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 21 Oktober 2008

106. ISLAM BERKUASA MELAYU PERKASA

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 176 surah Ali ‘Imran :
ولا يحزنك الذين يســرعون فى الكفر إنهم لن يضروا الله شيئا يريد الله ألا يجعل لهم حظا فى الآخرة ولهم عذاب عظيم
Maksudnya : Janganlah kamu disedihkan oleh orang-orang yang segera menjadi kafir. Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali dapat memberi mudharat terhadap Allah sedikit pun. Allah berkehendak tidak akan memberi sesuatu bahagian daripada pahala kepada mereka di akhirat dan bagi mereka azab yang besar
Kini kita berada pada awal bulan Zulhijjah yang mengingatkan kita kisah pengorbanan besar nabi Ibrahim sekeluarga dalam mencari keredhaan Allah. Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan sama-sama menyambut ketibaan Eidil Adha di mana dalam masa yang sama para jemaah haji di Mekah sedang sibuk menyempurnakan ibadat haji. Sebelum tibanya hari raya korban maka kita yang tidak menunaikan ibadat haji telah disunatkan untuk berpuasa sunat hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah di mana fadhilatnya begitu besar sebagaimana kita fahami daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi daripada Abi Qatadah al-Ansori bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah lalu jawab baginda yang bermaksud : Dikaffarahkan (diampunkan) dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bahasa jiwa bangsa dan tiada bangsa tanpa bahasa di mana kekuatan sesuatu bangsa banyak terletak pada perkasa dan meluasnya kegunaan bahasa milik bangsanya. Sebagai contohnya bahasa Arab pada permulaannya hanya berlegar dalam tanah arab sahaja tetapi kedatangan Islam telah merubah segala-galanya apabila ia dijadikan bahasa wahyu al-Quran sehingga memungkinkannya tersebar ke serata dunia. Bahasa arab yang asalnya digunakan dalam kelompok masyarakat arab sahaja seterusnya berkembang sebagai bahasa komunikasi dan bahasa pembina tamadun terutama selepas runtuhnya kuasa besar Rom dan Parsi. Malah bahasa arab telah dijadikan bahasa rasmi oleh khalifah Islam termasuk Khilafah Uthmaniah Turki walau pun Turki tidak termasuk negara arab di mana ia berterusan begitu lama sehinggalah Mustafa Kamal at-Tartuk bertindak menghapuskan penggunaan bahasa arab dalam pemerintahan Turki dengan digantikan bahasa arab kepada bahasa Turki rentetan daripada penghapusan kepada semua perkara yang bersangkutan dengan Islam bersesuaian dengan Turki sekuler. Bahasa arab menjadi bahasa yang terlalu penting kerana ia dijadikan bahasa rasmi kerajaan-kerajaan Islam yang bukan sahaja dikhususkan penggunaannya dalam kitab agama malah meliputi urusan pentadbiran, ekonomi, teknologi pembinaan tamadun dan sebagainya yang menyebabkan setiap bangsa terpaksa mempelajari bahasa arab dengan begitu bersungguh-sungguh.
Malangnya selepas berlakunya pengkhianatan oleh Mustafa Kamal at-Tartuk lakanatullah yang menyebabkan hancurnya Khilafah Uthmaniah Turki 1924 telah menyebabkan bahasa arab mula dipinggirkan. Malah penjajah kuffar terus menjalankan segala perancangan jahat mereka dalam merosakkan bahasa arab seperti menggalakkan bangsa arab menggunakan bahasa arab pasar daripada bahasa arab al-Quran. Ini bertujuan untuk melahirkan suatu generasi daripada kalangan bangsa arab yang tidak memahami bahasa arab al-Quran malah mereka akan merasakan bahawa al-Quran merupakan Kitab Allah yang sukar difahami walau pun mereka merupakan bangsa arab. Kejayaan kuffar barat menghancurkan bahasa arab al-Quran telah memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada umat arab bahkan secara menyeluruh kepada umat Islam sedunia dalam memahami al-Quran. Seterusnya barat mencari jalan dengan perancangan yang penuh rapi dalam memastikan seluruh umat Islam mengalihkan arah qiblat daripada Islam kepada mereka dan seterusnya berusaha agar umat Islam lebih mendewakan bahasa Inggeris daripada bahasa arab. Ini semua bagi memudahkan lagi kuffar barat dalam merosakkan Islam dengan tafsiran yang menyeleweng terhadap kesucian Islam di mana penyelewengan ini tidak disedari oleh umat Islam yang buta bahasa arab serta lebih banyak mengenali Islam melalui tulisan-tulisan orientalis upahan kuffar dalam bahasa Inggeris. Inilah antara bahaya apabila umat Islam dijauhkan daripada bahasa al-Quran akibat kelalaian sendiri.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Melihat kepada betapa pentingnya bahasa kepada sesuatu bangsa telah menyebabkan para ulama’ Melayu silam menghasilkan tulisan jawi yang ada sedikit penambahan huruf daripada huruf arab bersesuaian dengan sebutan Melayu. Jika bahasa Melayu dianggap tidak penting dalam memperkasakan bangsa Melayu maka sudah tentu para ulama’ Melayu lah yang menjadi golongan pertama yang menghancurkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan tamadun. Ulama’ silam yang ramai di kalangan mereka menjadi penasihat kepada Sultan Melayu yang memerintah sudah pasti menggunakan kedudukan mereka dalam mewajibkan rakyat jelata belajar dan menggunakan bahasa arab sebagai bahasa rasmi. Apa yang terjadi adalah sebaliknya di mana ulama’ Melayu lebih bijak dan berpandangan jauh apabila mereka lebih berusaha dalam menghasilkan tulisan jawi bagi mendekatkan masyarakat Melayu dengan tulisan arab serta me’Melayu’kan banyak perkataan arab ditambah lagi dengan penggunaan Nahu atau tatabahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh Nahu atau tatabahasa arab dari dulu sehingga zaman Za’ba yang memudahkan masyarakat Melayu membaca al-Quran dan memamahaminya. Malah usaha gigih ulama’ Melayu telah menghasilkan banyak kitab karangan mereka terutama berkaitan dengan agama dalam tulisan jawi yang terus digunakan sehingga hari ini di Nusantara terutama di pusat pengajian pondok. Penghasilan tulisan jawi turut berjaya menyatukan umat Melayu Islam Nusantara yang disatukan dengan satu bahasa dan satu tulisan. Oleh itu kita sewajarnya meneruskan usaha yang telah dimainkan oleh ulama’ silam dalam memperkasakan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa pembina kemajuan.
Kegemilangan bahasa Melayu telah dicemari dengan kemasukan penjajah ke negara ini. Walau pun penjajah tidak mengharamkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu namun tulisan rumi mula diperkenalkan di mana ia digunakan secara meluas sehingga menenggelamkan penggunaan tulisan jawi yang mula terhad. Bahasa Melayu turut menerima pakai perkataan Inggeris yang di melayukan serta penggunaan tatabahasa Inggeris mula mempengaruhi bahasa Melayu sehingga bahasa Inggeris mula mengambil tempat bahasa arab yang menjadi rujukan utama sebelum ini. Akhirnya kebanyakan orang Melayu lebih rapat kepada bahasa Inggeris terutama tawaran pekerjaan lebih tertumpu kepada mereka yang mampu menguasai bahasa Inggeris. Ia turut memberi kesan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa ilmu yang terpenting termasuk dalam memahami agama yang menyebabkan Islam ciptaan barat hasil tulisan orientalis dalam bahasa Inggeris mudah tersebar dalam menjajah pemikiran umat Melayu Islam. Ini menyebabkan lahirnya masyarakat Islam yang kurang meyakini kemampuan sistem Islam malah berani bangun menentang pelaksanaannya dalam negara.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Menyedari betapa pentingnya bahasa maka kita terutama pemimpin wajib memperkasakan semula bahasa Melayu agar ia bukan sahaja berperanan sebagai bahasa perhubungan harian dan agama sebaliknya lebih meluas sebagai bahasa ilmu kepada semua bidang kehidupan termasuk ekonomi, sains dan teknologi. Jika penghapusan tulisan jawi sebelum ini telah menyebabkan ribuan rakyat buta al-Quran dan agama maka penukaran bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik boleh memberi kesan akan terhakisnya kepentingan penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Kita mesti ingat bagaimana tulisan jawi terselamat daripada terkubur dengan adanya pusat pengajian pondok dan sekolah agama malah kedua-dua pusat pengajian ini juga berjaya menyelamatkan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan daripada disisihkan apabila ia dijadikan mata pelajaran pilihan dengan Pendidikan Seni.
Kita terlalu bimbang dengan keadaan dan tindakan yang diambil oleh pemimpin yang sanggup mengkhianati bahasa dan bangsanya sendiri dengan menghapuskan penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu moden. Ini boleh membawa kepada hilang minat dan kesungguhan bangsa Melayu sendiri apatah lagi bangsa lain untuk mempelajari bahasa Melayu malah mereka hanya mempelajarinya untuk lulus peperiksaan sahaja bukannya untuk kegunaan dalam mentadbir dan memajukan negara. Akhirnya bahasa Melayu dikubur dan ditalqinkan oleh bangsa dalam negaranya sendiri. Bahasa Melayu selepas ini hanya dipelajari di pusat pengajian pondok sahaja yang semenangnya terus menggunakan kitab jawi karangan ulama’ silam serta penggunaannya hanya terhad untuk komunikasi sesama sendiri sahaja bukan lagi berperanan sebagai bahasa ilmu dan tamadun sebagaimana sebelum ini. Bahasa Melayu bakal menjadi bahasa yang dikenang sebagai bahan sejarah sebagaimana bahasa Sanskrit tua dan tidak lebih nasibnya seperti bahasa Jawa dan orang Asli yang hanya digunakan untuk berhubung sesama sendiri bukannya dijadikan bahasa ilmu. Jika kerajaan Thailand berusaha secara halus menghancurkan bahasa Melayu ditambah pula dengan pengkhianatan kerajaan negara ini terhadap bahasa Melayu maka bahasa Melayu bakal diletakkan di muzium sebagai bahan sejarah bukannya sebagai bahasa yang perkasa sebagaimana yang dilakukan oleh ulama’ Melayu silam.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita perlu fahami bahawa bahasa Inggeris dipelajari oleh bangsa lain kerana ia digunakan begitu meluas bukan semata-mata sebagai bahasa perhubungan sahaja sebaliknya bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa ilmu dalam menguasai pelbagai bidang ilmu moden. Jika bahasa Inggeris hanya digunakan untuk bahasa komunikasi semata-mata maka bangsa lain tidak akan berminat dan bersungguh-sungguh mempelajarinya. Oleh itu kedudukan orang yang terlalu mendewa-dewakan bahasa Inggeris sehingga sanggup menghancurkan bahasa kepada bangsanya sendiri adalah orang yang masih terjajah pemikirannya serta tidak yakin tentang kemenangan Islam atau pun mereka memang anti Islam. Jika selepas kejatuhan Khilafah Islamiah telah menyaksikan bahasa arab diketepikan maka apabila tibanya zaman kemenangan Islam bakal menyaksikan bahasa Inggeris akan dipandang sepi apabila bahasa arab akan berperanan kembali. Ini menyebabkan pakar bahasa arab begitu diperlukan sedangkan pemimpin yang berpandangan sempit dan kolot telah bertindak kejam menghancurkan sekolah agama rakyat yang sememangnya diperlukan oleh generasi selepas kemenangan Islam. Yakinlah kita bahawa Islam dijulang bangsa Melayu gemilang, Islam Berkuasa bahasa Melayu perkasa.
Firman Allah dalam ayat 177 surah Ali ‘Imran:
إن الذين اشتروا الكفر بالإيمان لن يضروا الله شيئا ولهم عذاب أليم
Maksudnya : Sesungguhnya mereka yang menukar iman dengan kufur sekali-kali mereka tidak akan dapat memberi mudharat terhadap Allah sedikit pun dan bagi mereka azab yang pedih.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 18 Oktober 2008

2. BAHAYA SILAP PILIH 3 PANGKAT

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :
إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين ءامنوا ويتخذ منكم شهداء والله لايحب الظــلمين
Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim
Kita buat sekian kalinya bakal meninggal bulan Syawal yang telah banyak meninggalkan kesan manis dan pahit dalam diari hidup kita. Setiap kali tibanya bulan Syawal maka ia mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah diikuti dengan Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah. Bulan Syawal juga menyaksikan bagaimana berlakunya Peperangan Hunain pada tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Peperangan besar ini menyedarkan kita bagaimana api permusuhan kuffar terhadap Islam tidak mengenal tempat dan masa. Jika Rasulullah s.a.w bersama para pejuang Islam terpaksa berdepan dengan musuh yang nyata pada bulan Syawal sedangkan kita pada hari ini ramai yang kecundang dengan nafsu syahwat dan syaitan pada bulan Syawal setelah berpenat lelah mengawal nafsu sepanjang Ramadhan lalu. Kata pepatah arab berkenaan hakikat hari raya yang sepatutnya kita sambut iaitu :
لَيْسَ العِيْد لِمَنْ لَبِسَ الجَدِيْدَوَلَكِنَّ العِيْد ِلمَنْ تَقْوَاهُ يَزِيْدُ
Maksudnya : Bukanlah hari raya itu bagi mereka yang sekadar memakai pakaian baru sebaliknya hari raya yang sebenarnya ialah bagi mereka yang taqwanya bertambah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam surah al-Ghafir ayat 23 - 24
ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب
Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”.
Umat yang terbaik di sisi Allah ialah umat yang menjalankan amanah Allah dalam kehidupan seharian ketika senang dan susah, kaya dan papa, tua dan muda. Perjuangan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Segala rintangan dan cabaran ini tidak boleh dianggap sebagai batu penghalang yang membantutkan perjuangan sebaliknya ia mestilah dianggap sebagai penambah kepada semangat juang yang sedia ada. Semakin kuat cabaran maka semakin tinggi semangat juang sehingga akhirnya kebenaran pasti mendapat kemenangan manakala kebatilan pasti dapat dikalahkan. Tidak mudah untuk menang tetapi bukan susah untuk kalah. Contohnya ketika kita merenung perjuangan nabi Musa a.s yang terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Manusia pertama bernama Firaun yang berjawatan sebagai raja pemerintah yang menjadikan kuasa sebagai hak milik mutlak bukannya menjadikan kuasa itu sebagai suatu amanah daripada Allah sehingga dia sanggup melawan Allah tanpa rasa takut dan bersalah. Firaun telah lama mati lemas dengan penuh kehinaan tetapi pemimpin-pemimpin yang bersikap sepertinya terus ada setiap zaman dan tempat. Pemimpin jenis ini tidak pernah takut untuk mempersendakan Islam dan mengenepikan agama dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Akhirnya pemimpin jenis ini menjadikan dirinya sebagai penguasa yang tidak boleh disanggah sehingga yang kuat dan kaya sentiasa menang manakala yang lemah dan miskin menjadi mangsa kezaliman yang sentiasa kalah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Manusia jenis kedua bernama Haman yang berperanan sebagai menteri atau pegawai yang berusaha siang dan malam dalam memastikan rakyat jelata sentiasa tunduk kepada pemimpin yang sesat dan zalim secara membabi buta. Haman juga telah mati tetapi menteri dan pegawai yang bersikap sebagaimana Haman terus muncul sehingga rakyat terus keliru hasil kepetahan bicara manusia jenis ini yang bijak menutup kesesatan dan kezaliman pemimpin. Apa yang lebih malang apabila ada yang faham agama tetapi sanggup menjual agama demi dunia sehingga timbulnya pendapat bahawa dalam mendidik manusia hanya perlu kepada amar makruf sahaja tanpa perlu kepada nahi mungkar kerana bila telah banyak program kebaikan maka manusia akan jadi baik dengan sendiri tanpa perlu kepada pencegahan sedangkan bila kita lihat dalam negara lebih banyak program yang merosakkan berbanding program mendidik sehingga meningkatnya jenayah, pecah amanah dan sebagainya. Jika rakyat terus terpesona dengan tipuan ini maka rosaklah kita. Bila rakyat hanyut dengan hiburan maka negara dijajah dengan kejahatan, bila rakyat boleh dijual beli maka system negara terus rosak binasa. Ingatlah suatu pesanan Rasulullah s.a.w
قال الرسول  : مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللهُ فِى أُمَّةٍ قَبْلِي إِلا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّوْنَ وَأَصْحَاب يَأْخُذُوْنَ بِسُنَّتِهِ ويََقْتَدُوْنَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بِعْدِهِمْ خُلُوْفُ يَقُوْلُوْنَ مَالا يَفْعَلُوْنَ وَيفْعَلُوْنَ مَالا يُؤْمَرُوْنَ فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ لَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإيمْاَنِ حَبَّةَ خَرْدَلٍ –- رواه مسلم
Maksudnya : Tiada seorang nabi pun yang Allah utus kepada umat sebelum aku melainkan terdapat pada umatnya itu penolong dan para sahabat yang melaksanakan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Setelah generasi mereka, datanglah generasi yang hanya pandai bercakap apa yang tidak dibuat. Mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak pernah diperintahkan kepada mereka. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangannya maka dia seorang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan lidahnya maka dia seorang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hatinya maka dia juga seorang yang beriman. Tiada lagi keimanan selepas itu walaupun sebesar sawi

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Manusia jenis ketiga pula bernama Qarun yang merupakan hartawan yang sanggup membantu pemimpin dan menteri melalui harta kekayaannya dengan syarat dia mendapat balasan yang berganda hasil pelaburannya dalam menyesatkan rakyat dan menutup kesalahan pemimpin. Qarun juga telah lama mati ditelan bumi bersama harta kekayaannya tetapi hartawan yang bersikap sebagaimana Qarun terus wujud di mana-mana. Bahayanya hartawan jenis ini ialah dia mampu mengawal system pemerintahan, perundangan, ekonomi, sosial dalam sesebuah negara kerana berjaya membeli negara dengan harta kekayaannya. Jadi tidak pelik apabila wujudnya negara yang dikawal oleh tauke dadah, tauke judi, tauke arak, kongsi gelap dan sebagainya. Jangan terkejut bila penjenayah yang paling merbahaya dalam negara boleh lepas bebas bila perundangan boleh dipermainkan oleh kongsi gelap. Benar kata cerdik pandai : Bila wang bercakap maka perundangan akan senyap. Menyedari perkara ini maka kita sebagai rakyat yang bermaruah mestilah memastikan bahawa pemimpin, menteri, pegawai dan hartawan yang berada di atas kita daripada golongan yang bertaqwa dan bertanggungjawab bukannya yang hanya pandai menyeru rakyat supaya berjimat cermat tetapi dia hidup dalam mahligai indah, melancong dengan kapal terbang mewah. Jangan gadaikan maruah diri dan negara kerana sedikit habuan wang, baja, saham sedangkan kita semakin dibebankan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Jangan jadi manusia setaraf binatang yang boleh di jual beli dengan wang. Untungnya sedikit ruginya banyak, senangnya sebentar deritanya lama. Lahirlah kita sebagai rakyat yang sentiasa peka dengan keadaan semasa antaranya jika kita tidak dapat turut serta dalam perhimpunan 100 ribu rakyat di Kuala Lumpur esok maka sama-samalah kita solat hajat dan berdoa agar perhimpunan ini berlangsung dengan baik tanpa gangguan mana-mana pihak disamping ia mencapai matlamatnya yang suci dalam memastikan system dalam negara kembali bersih daripada rasuah, pecah amanah dan unsur-unsur khianat yang lain. Bukan daripada golongan yang beriman golongan yang tidak menghiraukan keadaan umat Islam lain yang menderita dan ditindas
فرمان الله تعالى دالم أية 51 سورة النور :
إنما كان قول المؤمنين إذا دعوا إلى الله ورسوله ليحكم بينهم أن يقولوا سمعنا وأطعنا وأولئك هم المفلحون
Maksudnya : Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah agar mereka berhukum dengannya di kalangan mereka lalu mereka berkata : “ Kami dengar dan kami patuh”. Dan mereka itulah golongan yang beroleh kejayaan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 15 Oktober 2008

122. ANTARA KEIMANAN DAN AMALAN

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
فرمان الله تعالى دالم أية 19 سورة التوبة :
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن ءامن بالله واليوم الآخر وجــهد فى سبيل الله لايستون عند الله والله لايهدى القوم الظــلمين
Maksudnya : Adakah mereka yang memberi minuman kepada jemaah haji dan menguruskan Masjidil Haram kamu samakan kedudukan mereka dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah?. Mereka tidak sama kedudukannya di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim
Manusia yang berfikiran waras dan mulia akhlaknya sentiasa cintakan kedamaian serta suka menghubungkan kasih sayang berasaskan Islam demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Manusia yang cintakan kebenaran sentiasa memusuhi sebarang cubaan dan perancangan daripada tangan-tangan makhluk perosak untuk melakukan kezaliman yang semestinya akan mencabul kehormatan dan kedamaian yang dijaga selama ini. Allah Tuhan Pencipta alam telah mengutuskan para nabi dan rasul termasuk nabi Muhammad s.a.w bagi memberi tunjuk ajar kepada umat manusia jalan yang lurus berdasarkan wahyu Allah agar manusia dapat hidup aman tenteram di bawah sistem Islam yang sepastinya adil.
Sudah menjadi tabiat manusia di mana ada di kalangan mereka golongan yang benar-benar beriman kepada Allah dengan bersungguh-sungguh menunaikan segala kewajipan agama yang bukan sahaja terbatas dalam ruang lingkup ibadat khusus sahaja tetapi turut merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti pemerintahan, ekonomi, kemasyarakatan dan selainnya. Ada pula golongan manusia yang terus engkar dengan kebenaran wahyu Allah sehingga mereka sanggup bertuhankan nafsu dengan menggunakan akal yang lemah ditambah dengan hasutan syaitan penggoda yang tidak pernah berhenti daripada menyesatkan manusia. Di celah-celah antara golongan yang beriman dan kufur maka lahir pula golongan yang merbahaya yang dikenali sebagai golongan munafik di mana mulut mereka hebat menerangkan tentang keimanan mereka kepada semua apa yang dibawa oleh nabi sedangkan pada perbuatan dan tindakan mereka samada dalam keadaan sedar atau pun tidak di mana golongan ini telah memusuhi Allah dan rasulNya dan sanggup bersekongkol dengan kuffar durjana dalam melawan Islam.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Manusia kuffar atau munafik walau pun sudah jelas berada dalam keadaan sesat tetapi disebabkan hidayah Allah tidak menerangani hati mereka maka mereka tetap menyatakan bahawa mereka adalah benar. Sebagaimana ayat 19 surah Taubah yang saya bacakan pada awal tadi menunjukkan bagaimana musyrikin Mekah yang terang-terang memusuhi Islam dan cuba membunuh nabi dan umat Islam tetapi mereka tetap menyatakan bahawa mereka adalah golongan yang benar ditambah dengan alasan bahawa mereka semenjak dahulu melakukan amalan yang mulia dengan memberi minum kepada jemaah haji dan juga mentadbir Masjidil Haram. Allah menempelak golongan musyrikin ini dengan menyatakan bahawa amalan mulia itu tidak dapat membersihkan diri mereka daripada kesesatan kufur malah umat Islam yang lemah adalah benar dan lebih mulia kedudukan mereka di sisi Allah kerana keimanan mereka kepada Allah dan rasulNya serta mereka berjuang dalam meninggikan kalimah Allah walau pun diperangi.
Ayat ini juga memberi amaran kepada umat Islam hari ini yang mengaku beriman dan yakin terhadap sistem Islam tetapi tidak mahu melaksanakannya atas alasan yang tidak munasabah. Jika musyrikin dengan amalan mulia itu pun tetap dihina oleh Allah kerana menentang kebenaran Islam maka begitulah juga golongan hanya tahu mendabik dada bahawa mereka telah melaksanakan Islam kerana banyak masjid di bina sedangkan dalam masa yang sama masjid itu hanya menjadi seperti gereja yang hanya dikunjungi untuk beribadat khusus sahaja sedangkan penyebaran Islam secara menyeluruh melalui majlis ilmu banyak disekat malah ada masjid yang lebih terkenal sebagai tempat pelancongan daripada ibadat. Ayat ini juga mengingatkan kepada golongan yang hanya tahu melaungkan bahawa mereka juga cintakan ulama’ dan pengajian agama sedangkan mereka boleh menghina nabi secara terang-terangan dan mencaci ulama’ yang tidak sehaluan dengan kehendak nafsu mereka serta banyak pusat pengajian agama ditutup malah banyak sukatan pelajaran agama Islam di sekolah dan universti dikurangkan sehingga lahirnya ramai golongan yang tahu bahawa Islam ini hanya agama peribatan khusus sahaja yang tidak terlibat dengan sistem kehidupan yang lain. Ingatlah kita bagaimana yang berlaku di kebanyakan negara arab yang telah membuat perjanjian damai dengan yahudi di mana mereka telah membuang daripada sukatan pelajaran tentang masalah jihad dan yahudi itu merupakan musuh yang paling merbahaya di mana tindakan ini menyebabkan umat Islam terus ditindas sesuka hati oleh yahudi yang telah menambahkan api permusuhan terhadap umat Islam dalam sukatan pelajaran di sekolah dan universiti negara yahudi tentang Islam yang didakwa sebagai agama sesat dan merbahaya serta semua umat Islam adalah pengganas. Mengapa yahudi bersungguh-sungguh menanam sifat benci terhadap umat Islam sedangkan kita terus bersimpati dengan pengganas yang merbahaya ini. Sepatutnya melalui pengajian agama kita mampu melahirkan para pejuang Islam dalam pelbagai bidang yang mengenali antara kawan dan lawan, antara teman rapat dengan musuh ketat.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sepatutnya sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan seluruh ajaran Islam mestilah kembali bersatu untuk sama-sama memartabatkan kembali seluruh sistem Islam demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Kita begitu cintakan negara Islam yang merupakan negara kebajikan bukannya negara yang membenarkan pemerintah dan kroninya mengaut segala hasil mahsul negara untuk mereka sahaja dengan membiarkan rakyat menderita. Kita tidak mahu menjadi penonton dan pemerhati setia kepada pemimpin yang hanya tahu melaungkan tabung kebajikan untuk jemaah haji, tabung kebajikan untuk fakir miskin, tabung kebajikan untuk pekerja sedangkan itu semua adalah penipuan demi memenuhi poket golongan tertentu sahaja dengan mengabaikan kebajikan pemimpin terhadap rakyat. Sedangkan khalifah Islam sebelum ini hanya banyak menggunakan wang zakat dan baitulmal sahaja dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan dan kita dapati bagaimana mereka berjaya melaksanakannya dengan baik kerana di kawal dengan sistem Islam dan sifat amanah dalam diri pelaksananya.
Bila merenung pula kepada bantuan dan pertolongan umat Islam kepada saudara agama yang berlainan bangsa dan negara maka kita sekali lagi melihat bagaimana penderitaan umat Islam terutama di Palestin bagaikan tiada pembelaan. Negara Islam saling bermusuh dalam membantu umat Islam sedangkan mereka saling membantu apabila yahudi meminta agar diperangi pejuang Islam. Kita mula melihat bagaimana seorang demi seorang pemimpin negara umat Islam dijemput untuk menerima nasihat daripada pengganas Amerika bagi menambahkan penderitaan umat Islam Palestin. Bilakah lagi umat Islam akan dapat melihat pemimpin mereka mampu membebaskan Masjidil Aqsa sebagaimana yang dilakukan oleh tentera Islam pada masa Khalifah Sayyidina Umar al-Khottab ketika mengalahkan tentera Rom. Bilakah masanya umat Islam kembali dapat menawan Baitul Maqdis sebagaimana yang pernah dicapai oleh tentera Islam di bawah kepimpinan Solehudin al-Ayyubi ketika mengalahkan tentera salib.
Sesungguhnya kemenangan dan janji gembira daripada Allah dan rasulNya sudah dekat iaitu akan datangnya suatu hari di mana golongan yahudi akan dibunuh dan dibersihkan daripada bumi palestin oleh pejuang Islam yang benar-benar berjuang di jalan Allah. Sudah cukup tanahair dan tubuh umat Islam dibakar, digilis dan diratakan oleh jentolak milik yahudi. Sudah cukup golongan wanita, orang tua dan anak-anak kecil daripada umat Islam dibom dan ditembak sesuka hati tanpa belas kasihan oleh pengganas yahudi laknatullah. Kita umat Islam akan bangkit bukan atas dasar membalas dendam tetapi atas dasar tanggungjawab dalam mempertahankan tahanair milik umat Islam dan kebenaran Islam. Oleh itu korbankanlah seluruh kemampuan kita yang ada demi Islam dalam mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :
وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين
Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyuka mereka yang sabar.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Sabtu, 27 September 2008

Khutbah Eidil Fitri 1429H

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 15 dan 16 surah Huud :
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (tanpa mengira halal dan haram), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Eidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena berada pada hari mulia ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri bagaimana hasil tarbiah Ramadhan yang baru lalu samada berjaya melahirkan kita sebagai umat bertaqwa atau sebaliknya. Jangan biarkan tarbiah Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa berjaya mengubah keadaan diri kita untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa bertambah dan berkualiti amal ibadatnya. Jadikan takbir yang kita laungkan sebagai takbir ibadat bukti kejayaan mendidik diri bukan hanya setakat takbir adat yang tiada makna dan pahala. Isikan hari raya kita dengan amal ibadat tanpa dicemari dengan maksiat. Lahirkan diri kita sebagai hamba bertaqwa bukan golongan yang derhaka kepada Allah. Sambutlah hari raya penuh kegembiraan kerana makin rapat kepada Allah bukannya terus berseronok bertuhankan hawa nafsu. Jadikanlah diri kita sebagai orang yang sememangnya layak untuk menyambut hari raya bukan setakat menumpang tuah orang lain yang lebih berjaya dan benar-benar menunaikan ibadat puasa sebagaimana yang dikehendaki oleh agama. Hayatilah hakikat hari raya yang sepatutnya kita sambut sebagaimana yang dipetik daripada suatu pepatah arab iaitu:
لَيْسَ العِيْد لِمَنْ لَبِسَ الجَدِيْدَوَلَكِنَّ العِيْد ِلمَنْ تَقْوَاهُ يَزِيْدُ
Maksudnya : Bukanlah hari raya itu bagi mereka yang sekadar memakai pakaian baru sebaliknya hari raya yang sebenarnya ialah bagi mereka yang taqwanya bertambah

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari sehingga ianya bukan setakat diucap dimulut malah dilaksana oleh seluruh anggota barulah ia menjadi laungan kemenangan. Jadikanlah kalimah berharga ini sebagai ikrar dalam mendirikan daulah Islamiah dalam diri kita kemudiannya keluarga, masyarakat sekampung, negeri seterusnya negara dan dunia keseluruhannya. Takbir kemenangan yang diucapkan selepas melalui proses tarbiah Ramadhan mestilah dilaungkan dengan penuh penghayatan sebagai tanda kejayaan kita yang bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu dan mendidik hati untuk lahir sebagai umat bertaqwa. Tanyalah diri kita samada kita telah mampu memiliki 3 ciri utama umat bertaqwa sebagaimana yang pernah diterangkan oleh nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Ibnu Abbas iaitu [1] mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya, [2] sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya, [3] bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya.
Taqwa mudah dikata tapi susah untuk dikota, senang diucap tapi berat untuk dimartabatkan. Setiap kejayaan perlu kepada perjuangan, setiap kemenangan menuntut kepada pengorbanan, setiap kesenangan melalui bermacam-macam kesusahan. Begitulah taqwa di mana jalan untuk memilikinya bukan mudah kerana ia perlu kepada kefahaman dan kesedaran melalui ilmu, kesungguhan dan kecekalan melalui amalan berterusan dan keikhlasan hati. Jangan biarkan diri kita dihidapi penyakit golongan munafik yang mudah memuji diri sendiri dan gembira atas kejayaan orang lain sedangkan dia sendiri tidak pernah berjuang malah terus memusuhi Allah dan rasulNya sebagaimana tersebut dalam ayat 188 surah Ali ‘Imran :
لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوْا وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوْا فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِِّنَ الْعَذَابِ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksudnya : Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan. Janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas daripada siksa dan bagi mereka siksaan yang pedih

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Didikan Ramadhan juga mengasuh diri kita untuk rapat dengan al-Quran serta menyemarakkan lagi jihad dalam melaksanakan seluruh sistem al-Quran. Ketika ada pihak yang bergerak secara terancang untuk menguburkan Mahkamah Syariah , ada usaha dalam memurtadkan kakitangan terutama pramugari MAS disamping penjelasan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berpendapat bahawa proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum dibuat lafaz sumpah laknat (muhabalah) seperti yang berlaku baru-baru ini dalam tuduhan liwat turut menambah keyakinan kepada kita semua bahawa sudah tiba masanya untuk kita kembali melaksanakan perundangan Islam agar maruah Islam dan umatnya terjaga. Hari ini semua pihak termasuk orang bukan Islam mengakui bahawa sekiranya seseorang itu kuat beribadat dan menjalankan kewajipan agama serta bergerak suburnya amar makruf dan nahi mungkar dalam masyarakat maka kes jenayah dapat disekat dan suasana kembali aman tidak sebagaimana hari ini di mana pelbagai jenayah seperti pembunuhan, rompakan, culik, rogol, dadah, rasuah, pecah amanah terus meningkat. Rasuah misalnya menyebabkan negara kita mengalami kerugian sebanyak RM 100 billion sejak tahun 80-an disamping menggugat keamanan negara. Malangnya ketika rakyat perlu kepada agama tiba-tiba pemimpin terus bertindak jahat dalam memerangi pengajian agama termasuk membatalkan kerjasama antara kolej dalam negara dengan Universiti Al-Azhar yang berjalan baik sebelum ini sehingga mengorbankan nasib ribuan pelajar Islam. Mengapa takut kepada pelajar agama sedangkan pemimpin sentiasa melaungkan modal insan. Mahu hasil tetapi tidak mahu benihnya disemai, hendak buah tetapi melarang pokoknya daripada tumbuh subur.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 26 surah Ali ‘Imran :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ ……
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki........
Perubahan kerajaan, pertukaran pemimpin bukanlah suatu yang pelik terutama bila berlakunya kezaliman, penindasan yang melampau. Sejak dulu hingga kini perubahan kerajaan terus berlaku di mana tiada kerajaan yang kekal berkuasa. Adalah suatu yang amat malang dan merugikan bila seseorang pemimpin yang jatuh itu akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan kezaliman yang dilakukan oleh tangannya sendiri. Oleh itu, Islam daripada awal lagi sentiasa menitikberatkan berkenaan pemilihan pemimpin, tugas dan amanah besar yang mesti dipikul oleh pemimpin agar sentiasa berlaku adil. Amanah ini bakal ditanya di mahkamah Allah di akhirat nanti. Kita sentiasa berdoa kepada Allah agar negara kita dipimpin oleh orang yang bertaqwa yang sentiasa bersungguh dalam meruntuhkan sistem jahiliah dan mendirikan sistem Islam atas keruntuhan itu, berusaha menegakkan keadilan dengan Islam, menjaga maruah Islam dan umatnya tanpa menafikan hak orang bukan Islam. Sempena berada pada hari yang mulia ini juga kita buat sekian kalinya mengutuk tindakan kejam menahan rakyat di bawah ISA dengan apa jua alasan sekali pun. Takutlah pada amaran Allah melalui ayat 58 surah Al-Ahzab :
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (menyeksa) mukiminin atau mukminat dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan perbuatan atau kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu menanggung pembohongan dan dosa besar yang nyata,"

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Mutakhir ini laungan perkauman kuat dimainkan di mana ia dijadikan senjata terakhir bagi setengah pihak dalam meraih semula sokongan rakyat. Isu perkauman ini dimainkan bagi menutup kelemahan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan rakyat jelata menderita. Ibnu Khaldun di dalam Al-Muqaddimah menyatakan bahawa semangat kebangsaan akan menghancurkan sesuatu bangsa apabila pemimpin merasakan kekuatannya adalah hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi atas nama mereka sebangsa walau apa pun yang dilakukan. Akhirnya pemimpin tersebut mula terpesong dan mementingkan diri sendiri sehingga segala kemewahan negara pada mulanya dinikmati oleh seluruh bangsanya mula diperkecilkan kepada mereka yang menyokongnya sahaja seterusnya untuk keluarga terdekat dan kroni sahaja. Apabila pemimpin itu mula melihat adanya penentangan terhadapnya maka dia mula menggunakan kekerasan dengan membina kekuatan tentera bagi melindungi kuasanya serta sanggup mengambil tindakan yang keras termasuk membunuh bagi mengurangkan jumlah penentangnya. Inilah antara contoh bahayanya fahaman Asobiyah. Jauhilah diri kita daripada menjadi pejuang Asobiyah. Jangan terperangkap dengan jerat Asobiyah. Asobiyah membawa derita dunia akhirat. Ingatlah sebuah hadis daripada Jabir bin Mut’im
قال الرسول  : لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ ولَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ على عَصَبِيَّةٍ و لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ على عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya : Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada asobiyah, bukan daripada golongan kami sesiapa yang berjuang atas dasar asobiyah dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang mati atas dasar asobiyah
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Ankabut :
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Maksudnya : Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka mengetahui.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Laungan kalimah وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Sempena menyambut hari raya sepatutnya digunakan sebaik mungkin oleh umat Islam untuk kembali bersatu atas dasar Islam dalam masalah politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Selain usaha membantu saudara seagama yang terlibat dengan peperangan seperti di Iraq, Afghanistan, Palestin, Mindanao Filiphina, Selatan Thailand dan sebagainya maka tidak lupa untuk kita kembali membina kekuatan umat Islam termasuk dalam ekonomi. Kita melihat ekonomi dunia semakin hancur dan negara Islam turut menerima tempiasnya kerana kita menerima pakai sistem yahudi. Kita pernah menyaksikan bagaimana pertukaran penggunaan wang dinar emas kepada wang kertas antara penyebab kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki 1924. Sudah tiba masa dan saatnya, sudah sampai detik dan waktunya untuk seluruh negara umat Islam bersatu dalam setiap aspek termasuk ekonomi berlandaskan sistem Islam. Jangan biarkan kita terus menjadi hamba kepada sistem yahudi yang menyebabkan kita terus mundur dan terjajah di negara sendiri. Sistem riba tidak akan memajukan kita malah terus meranap dan menghancurkan kita dunia akhirat. Cukuplah seluruh negara Islam dan pelabur Islam bersatu membina kekuatan berasaskan sistem Islam maka yahudi dan para kapitalis penghisap darah akan jatuh tersungkur menyembah bumi. Kita mampu mengubahnya bila kita benar-benar takut kepada Allah lebih daripada takut kepada musuh. Yakin dan berusahalah dalam memartabatkan sistem Islam untuk kebaikan dunia akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Eidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 26 September 2008

Islam DiMartabat Umat Selamat

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar :
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan tahukah engkau apakah itu Lailatul-Qadar?. Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Kita hari ini berada pada hari Jumaat yang terakhir bagi bulan Ramadhan 1429H sebelum kita sama-sama menyambut ketibaan hari lebaran dengan datangnya bulan Syawal beberapa hari lagi. Biasanya bila berada dipenghujung Ramadhan maka ramai umat Islam tidak lagi menghiraukan tentang kelebihan Ramadhan sebaliknya lebih berseronok untuk membicarakan berkenaan persiapan hari raya. Budaya ini perlu diperbetulkan agar anugerah lailatul Qadar yang dijanjikan dengan pelbagai kelebihan tidak dijadikan suatu yang tiada harga dan suatu peluang yang tiada nilai. Jadikanlah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa menghargai tawaran Allah dan berebut untuk meraih kelebihan yang dijanjikan Allah tanpa rasa jemu dan putus asa. Jadikanlah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berasa gembira bila dapat menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan yang dijanjikan adanya lailatul Qadar padanya dengan amal ibadat serta berasa bersalah dan teramat rugi jika terlepas peluang untuk menghayati malam-malam itu. Jangan biarkan keseronokan untuk membeli keperluan hari raya menyebabkan masjid menjadi kosong sedangkan super market penuh pengunjung. Jangan biarkan tawaran Allah dipandang sepi sedangkan jualan murah sentiasa dicari. Sahutlah galakan nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah
قال الرسول  : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ ِإْيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: Sesiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Ketika menyoroti sebab turunnya surah al-Qadar maka ada 2 riwayat yang masyhur. Pertamanya riwayat Abu Hatim, al-Wahidi daripada Mujahid menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang lelaki bani Israel yang membawa senjata dan berjuang pada jalan Allah selama seribu bulan lalu kaum muslimin terpegun dengan amalan lelaki itu dan merasa bahawa umat nabi Muhammad tidak mampu melakukan amalan sebagaimana lelaki itu lalu turunlah surah al-Qadar yang secara jelas menunjukkan bagaimana umat nabi Muhammad pun mampu melakukan lebih daripada amalan lelaki itu dengan cara menghidupkan lailatul Qadar. Keduanya riwayat Ibnu Jarir daripada Mujahid yang menyatakan bagaimana ada seorang lelaki bani Israel yang bangun beribadat pada malam hari hingga fajar kemudian pergi berjihad menentang musuh pada siang hari hingga petang di mana dia telah melakukan amalan ini selama seribu bulan lalu turunnya surah al-Qadar yang mampu menyuntik semangat umat nabi Muhammad yang ingin mendapat pahala sama atau lebih daripada lelaki itu mestilah menghidupkan lailatul Qadar yang kelebihannya sama seperti beribadat seribu bulan.
Inilah juga antara kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah khusus kepada umat nabi Muhammad walau pun umur kita pendek dan tenaga kita tidak segagah umat dahulu tetapi anugerah penggandaan pahala ini membolehkan kita bukan sahaja mampu menandingi malah lebih daripada umat dahulu. Itu pun jika kita mampu menggunakan peluang dan tawaran daripada Allah. Jangan biarkan kita hanya menjadi penonton sahaja kepada orang lain yang bersungguh-sungguh menghidupkan lailatul Qadar. Jangan jadi Mat Jenin dalam amal ibadat yang hanya mahu pahala berganda sedangkan malas berusaha. Biar kita yang mengawal nafsu bukan sebaliknya. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :
قال االرسول  :ا لكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ وَالعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ الأمَانِى
Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ketika umat Islam sedang menumpukan perhatian kepada tarbiah Ramadhan termasuk menjaga hubungan manusia sesama manusia dengan cara berbuat baik dan memperbanyakkan sedekah dalam meringankan bebanan mereka yang susah maka negara digegarkan dengan beberapa tangkapan di bawah akta ISA atas alasan menggugat kemanan negara. ISA merupakan undang-undang tinggalan penjajah British yang digunakan untuk menangkap pengganas seperti komunis pada masa penjajahan dulu di mana ISA terus digunakan hingga sekarang walau pun mendapat bantahan oleh majoriti rakyat jelata. ISA bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam yang berpaksikan keadilan yang memberi ruang kepada siapa sahaja untuk berhujah malah turut bercanggah dengan amalan demokrasi. Kita pernah membaca penderitaan mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka sehingga ada yang menjadi gila kerana mendapat tekanan. Kadang-kadang mangsa tahanan ISA dilayan lebih teruk daripada binatang akibat kurang tidur, makanan yang teruk, tempat terlalu sempit, putus hubungan dengan orang tersayang tanpa mendapat hak sepatutnya dalam membela diri. Kita pernah dengar bagaimana seorang mangsa ISA telah berjaya dalam samannya terhadap kerajaan Malaysia atas dakwaan pernah diberi makan najis petugas semasa dalam tahanan ISA. Tahun ini kita menyaksikan bagaimana seorang mangsa ISA hanya mampu melihat jenazah anaknya yang telah pun terbujur kaku apabila permohonan untuk melihat anaknya yang sedang sakit tidak diluluskan. Penggunaan undang-undang rimba ini jelas menunjukkan bagaimana perundangan yang sedia ada belum cukup untuk mendakwa orang yang bersalah dan anggota keselamatan dengan senjata mereka yang didakwa canggih belum cukup untuk menjaga keselamatan negara. Sempena berada di bulan Ramadhan dan hampir pula dengan hari raya maka buat sekian kalinya kita mendesak agar pemimpin membebaskan tahanan ISA atau dibicarakan mereka dimahkamah. Gunakanlah saluran yang betul dalam menjatuhkan hukuman. Ingatlah bahawa setiap kezaliman yang dilakukan didunia akan dibalas dengan azab pedih di akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Bila bercakap berkenaan layanan terhadap banduan maka kita teringat tentang tawanan Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2H di mana para sahabat nabi melayan mereka dengan baik sehingga roti diberi kepada tawanan walau pun kafir sedangkan orang Islam makan tamar sahaja. Ketika ingin memutuskan hukuman yang mahu diambil terhadap tawanan perang itu lalu Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar mereka membayar tebusan mengikut kemampuan dan sekiranya tiada harta maka diminta mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai dan sekiranya tidak mampu juga maka dibebaskan tanpa apa-apa tebusan. Manakala Sayyidina Umar pula mencadangkan agar tawanan perang itu dibunuh oleh keluarga terdekat kerana kebanyakan tawanan merupakan pemimpin kafir Quraisy sesuai dengan perintah Allah agar jangan ada perasaan simpati kepada orang musyrik yang menentang Islam. Rasulullah s.a.w memilih cadangan Sayyidina Abu Bakar sehingga ditegur oleh Allah dalam ayat 67-68 surah al-Anfal :
مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَىٰ حَتَّىٰ يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ ۚ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ لَوْلَا كِتَابٌ مِنَ اللَّهِ سَبَقَ لَمَسَّكُمْ فِيمَا أَخَذْتُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu
Bila mendengar ayat ini lalu Rasulullah s.a.w dan Sayyidina Abu Bakar menangis dan bila ditanya oleh Sayyidina Umar tentang sebab tangisan tersebut lalu dinyatakan oleh Rasulullah bahawa tindakan mengambil tebusan bukannya hukum bunuh terhadap tawanan perang Badar mendekatkan mereka berdua kepada murka Allah lebih dekat daripada pokok kayu yang berhampiran. Namun tebusan itu terus dilaksanakan juga kerana mengambil daripada kebenaran Allah dalam ayat yang turun terlebih dahulu iaitu ayat 4 surah Muhammad. Teguran melalui ayat 67-68 surah al-Anfal itu dijadikan peringatan agar Rasulullah s.a.w dan umat Islam tidak terpengaruh dengan tebusan tanpa mengambil perhitungan yang lebih bijaksana.
Firman Allah dalam ayat 4 surah Muhammad:
فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّىٰ إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّىٰ تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ۚ......
Maksudnya : Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan itu….
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 21 September 2008

خطبة عيدالفطري 1429 هـ

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 2 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
فرمان الله دالم اية 15 دان 16 سوره هود :
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
مقصودڽ : سسياڤ يڠ كادأن اوسهاڽ سمات- مات بركهندقكن كهيدوڤن دنيا دان ڤرهياسنڽ ﴿تنڤا مڠيرا حلال دان حرام﴾، مك كامي اكن سمڤورناكن حاصيل اوسها مريك د دنيا دان مريك تيدق دكورڠكن سديكيتڤون ڤدڽ. مريكاله اورڠ-اورڠ يڠ تيدق اد باڬيڽ ڤد هاري اخيرة كلق سلاين درڤد عذاب نراك دان ڤد هاري ايت ڬوڬورله اڤ يڠ مريك لاكوكن د دنيا دان باطلله اڤ يڠ مريك تله كرجكن

مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله،
سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. سمڤنا برادا ڤد هاري مليا اين، ماريله كيت سام- سام برمحاسبة مڠهيتوڠ ديري باڬايمانا حاصيل تربية رمضان يڠ بارو لالو سمأدا برجاي ملاهيركن كيت سباڬاي اومة برتقوى اتاو سباليقڽ. جاڠن بياركن تربية رمضان برلالو بڬيتو سهاج تنڤا برجاي مڠوبه كادأن ديري كيت اونتوق منجادي همب الله يڠ سنتياس برتمبه دان بركواليتي عمل عبادتڽ. جاديكن تكبير يڠ كيت لأوڠكن سباڬاي تكبير عبادة بوقتي كجايأن منديديق ديري بوكن هاڽ ستاكت تكبير عادة يڠ تياد معنى دان ڤهلا. ايسيكن هاري راي كيت دڠن عمل عبادة تنڤا دچماري دڠن معصية. لاهيركن ديري كيت سباڬاي همبا برتقوى بوكن ڬولوڠن يڠ درهاك كڤد الله. سمبوتله هاري راي ڤنوه كڬمبيرأن كران ماكين راڤت كڤد الله بوكنڽ تروس برسرونوق برتوهنكن هوى نفسو. جاديكنله ديري كيت سباڬاي اورڠ يڠ سميمڠڽ لايق اونتوق مڽمبوت هاري راي بوكن ستاكت منومڤڠ تواه اورڠ لأين يڠ لبيه برجاي دان بنر- بنر منونايكن عبادة ڤواس سباڬايمان يڠ دكهندقي اوليه اڬام. حياتيله حقيقة هاري راي يڠ سڤاتوتڽ كيت سمبوت سباڬايمان يڠ دڤتيق درڤد سوات ڤڤته عرب إيأيت:
لَيْسَ العِيْد لِمَنْ لَبِسَ الجَدِيْدَ وَلَكِنَّ العِيْد ِلمَنْ تَقْوَاهُ يَزِيْدُ
مقصودڽ : بوكنله هاري راي ايت باڬي مريك يڠ سقدر مماكاي ڤاكاين بارو سباليقڽ هاري راي يڠ سبنرڽ اياله باڬي مريك يڠ تقواڽ برتمبه

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
لأوڠن تكبير ممبسركن الله دان تحميد مموجي الله يڠ بركومنداڠ ستياڤ كالي تيباڽ هاري راي مستيله مرسڤ كدالم هاتي سانوباري سهيڠڬ إياڽ بوكن ستاكت داوچڤ دمولوت ماله دلقسان اوليه سلوروه اڠڬوتا باروله إي منجادي لأوڠن كمناڠن. جاديكنله كلمة برهرڬ اين سباڬاي إقرار دالم منديريكن دولة اسلامية دالم ديري كيت كمودينڽ كلوارڬ، مشاركة سكمڤوڠ، نڬري ستروسڽ نڬارا دان دنيا كسلوروهنڽ. تكبير كمناڠن يڠ دأوچڤكن سلڤس ملالوي ڤروسيس تربية رمضان مستيله دلأوڠكن دڠن ڤنوه ڤڠحياتن سباڬاي تندا كجايأن كيت يڠ برسوڠڬوه- سوڠڬوه ملاون هوى نفسو دان منديديق هاتي اونتوق لاهير سباڬاي اومة برتقوى. تاڽله ديري كيت سمأدا كيت تله ممڤو مميليقكي 3 چيري اوتام اومة برتقوى سباڬايمان يڠ ڤرنه دتراڠكن اوليه نبي دالم سبواه حديث يڠ دروايتكن اوليه إمام بخاري درڤد ابن عباس إيأيت [1] منطاعة الله دان تيدق مڠيڠكاري ڤرينتهڽ، [2] سنتياس مڠيڠاتي الله دان تيدق ملوڤأيڽ، [3] برشكور كڤد الله دان تيدق مڠكوفوري نعمتڽ.
تقوى موده دكات تتاڤي سوسه أونتوق دكوتا، سنڠ داوچڤ تتاڤي برات أونتوق دمرتبتكن. ستياڤ كجايأن ڤرلو كڤد ڤرجواڠن، ستياڤ كمناڠن منونتوت كڤد ڤڠوربانن، ستياڤ كسناڠن ملالوي برماچم- ماچم كسوسهن. بڬيتوله تقوى د مان جالن اونتوق مميليقكيڽ بوكن موده كران إي ڤرلو كڤد كفهمن دان كسدارن ملالوءي علمو، كسوڠڬوهن دان كچكالن ملالوي عمالن برتروسن دان كإخلاصن هاتي. جاڠن بياركن ديري كيت دهيداڤي ڤڽاكيت ڬولوڠن منافق يڠ موده مموجي ديري سنديري دان ڬمبيرا اتس كجايأن اورڠ لأين سداڠكن دي سنديري تيدق ڤرنه برجواڠ ماله تروس مموسوهي الله دان رسولڽ سباڬايمان ترسبوت دالم اية 188 سورة آل عمران :
لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوْا وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوْا فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِِّنَ الْعَذَابِ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
مقصودڽ : جاڠنله سكالي- كالي كامو مڽڠك بهوا أورڠ-أورڠ يڠ ڬمبيرا دڠن اڤ يڠ تله مريك كرجاكن دان مريك سوك سوڤاي دڤوجي ترهادڤ ڤربواتن يڠ بلوم مريك كرجكن. جاڠنله كامو مڽڠك بهوا مريك ترلڤس درڤد سيقسا دان باڬي مريك سيقسأن يڠ ڤديه

مسلمين/ مسلمات يڠ دحرماتي سكالين،
فرمان الله دالم اية 96 سوره الأعراف :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
مقصودڽ : دان ﴿توهن برفرمان لاڬي﴾: سكيراڽ ڤندودوق نڬري ايت، برايمان سرت برتقوى، تنتوله كامي اكن ممبوك كڤد مريك ﴿ڤينتو ڤڠورنيأن﴾ يڠ مليمڤه-ليمڤه بركتڽ، دري لاڠيت دان بومي. تتاڤي مريك مندوستاكن ﴿رسول كامي﴾، لالو كامي تيمڤاكن مريك دڠن عذاب سيقسا دسببكن اڤ يڠ مريك تله أوسهاكن.
ديديقكن رمضان جوڬ مڠاسوه ديري كيت أونتوق راڤت دڠن القرءان سرت مڽمارقكن لاڬي جهاد دالم ملقساناكن سلوروه سيستم القرءان. كتيك أدا ڤيهق يڠ برڬراق سچارا ترانچڠ أونتوق مڠوبوركن محكمة شرعية ، أدا أوسها دالم ممرتدكن كاكيتاڠن تراوتما ڤراموڬاري MAS دسمڤيڠ ڤنجلسن مجليس فتوى كبڠسأن يڠ برڤنداڤت بهاوا ڤروسيس ڤرونداڠن ڤرلو برجالن ترلبيه داهولو سبلوم دبوات لفظ سومڤه لعنة ﴿مُبَاهَلَة﴾ سڤرتي يڠ برلاكو بارو-بارو إين دالم تودوهن لواط توروت منمبه كيقينن كڤد كيت سموا بهوا سوده تيبا ماسڽ اونتوق كيت كمبالي ملقساناكن ڤرونداڠن إسلام اڬر مروة اسلام دان اومتڽ ترجاڬ. هاري اين سموا ڤيهق ترماسوق اورڠ بوكن اسلام مڠاكوي بهوا سكيراڽ سسأورڠ ايت قوة برعبادة دان منجالنكن كواجيڤن أڬام سرت برڬرق سوبورڽ امر معروف دان نهي موڠكر دالم مشاركة مك كيس جناية داڤت دسكت دان سواسان كمبالي امان تيدق سباڬايمان هاري اين د مان ڤلباڬاي جناية سڤرتي ڤمبونوهن، رومڤقكن، چوليق، روڬول، داده، رشوة، ڤچه أمانة تروس منيڠكت. رسواه ميثلڽ مڽببكن نڬارا كيت مڠالمي كروڬين سباڽق RM 100 billion سجق تاهون 80-an دسمڤيڠ مڠڬوڬت كأمانن نڬارا. مالڠڽ كتيك رعية ڤرلو كڤد أڬام تيبا-تيبا ڤميمڤين تروس برتيندق جاهت دالم ممراڠي ڤڠاجين أڬام ترماسوق ممباطلكن كرجاسام انتارا كوليج دالم نڬارا دڠن يۏنيبرسيتي الأزهر يڠ برجالن باءيك سبلوم اين سهيڠڬ مڠوربنكن نصيب ريبوان ڤلاجر إسلام. مڠاڤ تاكوت كڤد ڤلاجر أڬام سداڠكن ڤميمڤين سنتياس ملأوڠكن مودال إنسان. ماهو حاصيل تتاڤي تيدق ماهو بنيهڽ دسماي، هندق بواه تتاڤي ملارڠ ڤوكوقڽ درڤد تومبوه سوبور.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم اية 26 سورة آل عمران :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ ……
مقصودڽ : كاتاكنله ﴿واهاي محمد﴾: واهاي توهن يڠ ممڤوڽأي كواس ڤمرينتاهن! اڠكاوله يڠ ممبري كواس ڤمرينتاهن كڤد سسياڤ يڠ اڠكاو كهندقكي، دان اڠكاوله يڠ منچابوت كواس ڤمرينتاهن درڤد سسياڤ يڠ اڠكاو كهندقكي........
ڤروبهن كراجأن، ڤرتوكرن ڤميمڤين بوكنله سوات يڠ ڤليق تراوتما بيلا برلاكوڽ كظاليمن، ڤنينداسن يڠ ملمڤاو. سجق دولو هيڠڬ كيني ڤروبهن كراجأن تروس برلاكو د مان تياد كراجأن يڠ ككال بركواس. أداله سوات يڠ أمت مالڠ دان مروڬيكن بيلا سسأورڠ ڤميمڤين يڠ جاتوه ايت عقيبة درڤد ڤڽالهڬونأن كواس دان كظاليمن يڠ دلاكوكن اوليه تاڠنڽ سنديري. اوليه ايت، اسلام درڤد اول لاڬي سنتياس منيتيق براتكن بركنأن ڤميليهن ڤميمڤين، توڬس دان أمانه بسر يڠ مستي دڤيكول اوليه ڤميمڤين اڬر سنتياس برلاكو عاديل. أمانة إين باكل دتاڽ دمحكمه الله د اخيرة ننتي. كيت سنتياس بردعا كڤد الله اڬر نڬارا كيت دڤيمڤين اوليه اورڠ يڠ برتقوى يڠ سنتياس برسوڠڬوه دالم مرونتوهكن سيستم جاهلية دان منديريكن سيستم اسلام اتس كرونتوهن ايت، بروسها منڬقكن كعاديلن دڠن اسلام، منجاڬ مروة اسلام دان اومتڽ تنڤا منافيكن حق اورڠ بوكن اسلام. سمڤنا برادا ڤد هاري يڠ مليا اين جوڬ كيت بوات سكين كاليڽ مڠوتوق تيندقن كجم مناهن رعية د باوه ISA دڠن اڤ جوا ألسن سكالي ڤون. تاكوتله ڤد اماران الله ملالوي اية 58 سورة الأحزب :
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ اورڠ-اورڠ يڠ مڽاكيتي ﴿مڽيقسا﴾ مؤمنين اتاو مؤمنات دڠن ڤركاتأن اتاو ڤربواتن يڠ تيدق تڤت دڠن ڤربواتن اتاو كسالهن يڠ دلاكوكن، مك سسوڠڬوهڽ مريك ايت منڠڬوڠ ڤمبوهوڠن دان دوسا بسر يڠ ڽات،"


مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله،
متأخير اين لأوڠن ڤرقَوْمَن قوة دمأينكن د مان إي دجاديكن سنجات تراخير باڬي ستڠه ڤيهق دالم مندافتكن سمولا سوكوڠن رعية. ايسو ڤرقَوْمَن اين دماءينكن باڬي منوتوڤ كلمهن، كظاليمن دان ڤڽالهڬوناان كواس يڠ مڽببكن رعيت جلتا مندريتا. ابن خَلْدُون د دالم المُقَدِّمَة مڽاتاكن بهوا سماڠت كبڠسأن اكن مڠهنچوركن سسوات بڠسا اڤبيلا ڤميمڤين مراساكن كقواتنڽ اداله حاصيل سوكوڠن يڠ تيدق بربله بهاڬي اتس نام مريك سبڠسا والاو اڤ ڤون يڠ دلاكوكن. اخيرڽ ڤميمڤين ترسبوت مولا ترڤيسوڠ دان ممنتيڠكن ديري سنديري سهيڠڬ سڬالا كميواهن نڬارا ڤد مولاڽ دنعمتي اوليه سلوروه بڠساڽ مولا دڤركچيلكن كڤد مريك يڠ مڽوكوڠڽ سهاج ستروسڽ اونتوق كلوارڬ تردكت دان kroni سهاج. اڤبيلا ڤميمڤين ايت مولا مليهت اداڽ ڤننتاڠن ترهادڤڽ مك دي مولا مڠڬوناكن ككراسن دڠن ممبينا كقواتن تنترا باڬي مليندوڠي كواساڽ سرت سڠڬوڤ مڠمبيل تيندق;ن يڠ كراس ترماسوق ممبونوه باڬي مڠورڠكن جملة ڤننتڠڽ. اينله انتارا چونتوه بهايڽ فهمن عَصَبِيَّة. جأوهيله ديري كيت درڤد منجادي ڤجواڠ َصَبِيَّة. جاڠن ترڤراڠكڤ دڠن جرات عَصَبِيَّة. عَصَبِيَّة ممباوا دريتا دنيا اخيرة. ايڠتله سبواه حديث درڤد جابر بن مُتْعِم
: لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَىقال الرسول عَصَبِيَّةٍ ولَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ على عَصَبِيَّةٍ و لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ على عَصَبِيَّةٍ
مقصودڽ : بوكن درڤد ڬولوڠن كامي سسياڤ يڠ مڽرو كڤد عَصَبِيَّة ، بوكن درڤد ڬولوڠن كامي سسياڤ يڠ برجواڠ اتس داسر عَصَبِيَّة دان بوكن درڤد ڬولوڠن كامي سسياڤ يڠ ماتي اتس داسر عَصَبِيَّة
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ






KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
فرمان الله دالم اية 41 سورة العنكبوت :
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
مقصودڽ : ڤرومڤمأن اورڠ-اورڠ يڠ مڠمبيل ڤليندوڠ سلأين درڤد الله سڤرتي لابه-لابه يڠ ممبوات رومه. دان سسوڠڬوهڽ رومه يڠ ڤاليڠ لمه اياله رومه لابه-لابه جيك مريك مڠتهوي.

مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله
لأوڠن كلمة ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ ﴾ يڠ برمقصود : دان دياله ﴿الله﴾ يڠ تله ممنڠكن تنتراڽ سرت مڠالهكن تنترا أحزب د مان كلمة اين مڽمارقكن سماڠت جهاد دان كيقينن بهاوا اسلام ڤستي منڠ والاو ڤون دسراڠ دان دموسوهي. سمڤنا مڽمبوت هاري راي سڤاتوتڽ دڬوناكن سبايك موڠكين اوليه اومت اسلام اونتوق كمبالي برساتو اتس داسر اسلام دالم مسئلة ڤوليتيق، سوسيال، ايكونومي دان سباڬايڽ. سلاين اوسها ممبنتو سودارا ساڬام يڠ ترليبت دڠن ڤڤراڠن سڤرتي د عراق، أفغانستان، فلسطين، Mindanao فيليفينا، سلاتن تايلاند دان سباڬايڽ مك تيدق لوڤ اونتوق كيت كمبالي ممبينا كقواتن اومت اسلام ترماسوق دالم ايكونومي. كيت مليهت ايكونومي دنيا سماكين هنچور دان نڬارا اسلام توروت منريما كسنڽ كران كيت منريما ڤاكاي سيستم يهودي. كيت ڤرنه مڽقسيكن باڬايمانا ڤرتوكرن ڤڠڬونأن واڠ دينار امس كڤد واڠ كرتس انتارا ڤڽبب كڤد كجاتوهن خلافه عثمانيه توركي 1924. سوده تيبا ماس دان ساعتڽ، سوده سمڤأي دتيق دان وقتوڽ اونتوق سلوروه نڬارا اومت اسلام برساتو دالم ستياڤ اسڤيق ترماسوق ايكونومي برلندسكن سيستم اسلام. جاڠن بياركن كيت تروس منجادي همبا كڤد سيستم يهودي يڠ مڽببكن كيت تروس موندور دان ترجاجه د نڬارا سنديري. سيستم ربا تيدق اكن مماجوكن كيت ماله تروس مرانڤ دان مڠهنچوركن كيت دنيا اخيرة. چوكوڤله سلوروه نڬارا اسلام دان ڤلابور اسلام برساتو ممبينا كقواتن براساسكن سيستم اسلام مك يهودي دان ڤارا كاڤيتاليس ڤڠهيسڤ داره اكن جاتوه ترسوڠكور مڽمبه بومي. كيت ممڤو مڠوبهڽ بيلا كيت بنر-بنر تاكوت كڤد الله لبيه درڤد تاكوت كڤد موسوه. يقين دان بروسهاله دالم ممرتبتكن سيستم اسلام اونتوق كبأيقكن دنيا دان اخيرة.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
سلامت هاري راي عيد الفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقكن برصدقه اڬر مريك يڠ ممرلوكن بنتوان توروت برڬمبيرا دان زيارهيله سانق سودارا ڤد هاري يڠ مليا اين باڬي مراڤتكن لاڬي تالي ڤرسودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهكن ساهم اخيرة دڠن برڤواس انم هاري دبولن شوال باڬي مڽاهوت سبدا نبي صلى الله عليه وسلم :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ﴿ رواه مسلم ﴾
مقصودڽ : سسياڤ يڠ تله برڤواس فرض رمضان كمودين دايكوتي ڤولا دڠن برڤواس انم هاري د بولن شوال مك اداله ڤهلاڽ سڤرتي دي برڤواس سڤنجڠ تاهون.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ