أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 1 Mei 2026

Khutbah Jumaat : Pesta Maksiat DiSanggah, Jatidiri Umat DiTambah

Khutbah Jumaat : Pesta Maksiat DiSanggah, Jatidiri Umat DiTambah السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Qosas : وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ حَتَّىٰ يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۚ وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَىٰ إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ﴿٥٩﴾ Maksudnya : Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim. Keadaan cuaca yang tidak menentu di mana ada negeri dilanda kemarau, banjir kilat, ribut, kebakaran dan sebagainya di mana ia merupakan teguran Allah agar kita sebagai umat beriman yakin tentang kekuasaan Allah dalam mengatur alam ciptaannya. Al-Quran dan hadis nabi banyak membicarakan tentang punca atau sebab datangnya bala bencana daripada Allah ke atas umat manusia antaranya : [1] akibat kekufuran dan keengkaran mereka kepada Allah dan rasulNya. [2] Turunnya bala Allah akibat manusia melakukan kezaliman dengan melakukan maksiat termasuk hanyut dengan hiburan yang melampau dan sebagainya. [3] Turunnya bala Allah akibat kezaliman yang dilakukan oleh golongan yang berkuasa terutama pemimpin yang menipu rakyat, rasuah, pecah amanah. Golongan kaya yang menipu dalam perniagaan demi mengejar keuntungan tanpa mengira halal haram. Golongan kaya yang tidak mahu mengeluarkan zakat yang dianggap membebankan. Tidak terlepas golongan Ulama yang bisu dalam menegur perkara yang hak akibat mengejar habuan dunia. Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal : وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾ Maksudnya : Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Qosas : وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ حَتَّىٰ يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۚ وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَىٰ إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ﴿٥٩﴾ Maksudnya : Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim. 4] Turunnya bala Allah akibat kerosakan akibat maksiat dan juga pengkhianatan terhadap alam termasuk memusnahkan hutan simpan, tempat tadahan hujan, pembangunan di lereng bukit yang membahayakan, pencemaran sungai dan laut serta banyak lagi kerosakan terhadap alam yang dilakukan oleh umat manusia yang menyebabkan berlakunya bencana alam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, قال الرسول: فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي Maksudnya: Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Seorang laki-laki dari kaum muslimin bertanya :” Wahai Rasulullah ! bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak. Kita menyokong penuh kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan yang membantah Rain Rave Water Music Festival 2026 dianjurkan di Kuala Lumpur sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang boleh mencetuskan persoalan dari sudut nilai, adab, dan hukum syarak. Islam tidak menolak hiburan secara mutlak, bahkan mengiktiraf keperluan manusia kepada hiburan sebagai satu bentuk kerehatan jiwa. Namun begitu, hiburan tersebut hendaklah tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak agar tidak membawa kepada kemudaratan akhlak dan keruntuhan nilai. Selain aspek akhlak dan pergaulan, penganjuran festival ini juga boleh dinilai dari sudut pembaziran, khususnya penggunaan sumber air, kewangan dan tenaga secara berlebihan tanpa manfaat yang jelas. Perbelanjaan besar digunakan untuk menganjurkan program hiburan yang melalaikan, sedangkan terdapat keperluan masyarakat yang lebih utama seperti kebajikan, pendidikan dan bantuan kepada golongan memerlukan, maka hal ini bertentangan dengan keutamaan dalam Islam (fiqh al-awlawiyyat). Dari sudut norma adat pula, masyarakat Malaysia yang majoritinya berpegang kepada nilai Islam dan budaya ketimuran amat menitikberatkan aspek kesopanan, kesusilaan dan penjagaan maruah diri. Penganjuran festival berkonsepkan rave dilihat tidak selari dengan nilai-nilai adat dan budaya di negara ini. Keadaan ini boleh menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat serta memberi kesan negatif terhadap pembentukan sahsiah generasi muda. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 16 surah al-Isra’ : وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾ Maksudnya : Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. Kitab sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada agama wajib tahu dan berwaspada dengan agenda Yahudi antaranya menggunakan formula 5F dalam menghancurkan umat Islam iaitu : [1] Filem dimana bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam dan akhlak umat Islam. Radio Televisyen Malaysia (RTM) disaran memperkukuh proses tapisan kandungan susulan penamatan tayangan siri animasi Cleopatra in Space yang meraih bantahan kerana mengandungi elemen berunsur LGBT. RTM sebagai penyiar nasional yang dibiayai oleh dana awam memikul tanggungjawab moral dan sosial yang besar dalam memastikan setiap kandungan yang disiarkan mematuhi garis panduan serta sensitiviti tempatan. [2]Famili (keluarga) dengan menanamkan budaya hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendedah aurat dan bergaul bebas tanpa batasan [3]Fesyen pakaian dengan memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri: قال الرسول e : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟ Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Senjata yahudi ke-[4] ialah Fun (hiburan) di mana hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam juga perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi [5] Food (makanan) di mana umat Islam kini lebih berselera untuk menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita begitu bimbang apabila baru-baru ini pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memadam hantaran senarai syarikat yang ditarik sijil halal dan mempertahankan tindakan itu . Ini menimbulkan masalah besar berkaitan hak pengguna untuk mendapatkan maklumat mengenai status halal sesuatu produk, selain menimbulkan persoalan mengenai tahap ketelusan pihak berkuasa dalam menguruskan pensijilan halal negara Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Ketika kita di sini diserang dengan serangan pemikiran dan budaya yahudi yang merosakkan Aqidah dan ahkhlak, penduduk Gaza diserang serangan fizikal yang menghancurkan tubuh dan bangunan. Ketika anak-anak kita di sini leka bermain dengan telefon, anak-anak Gaza di“dendang”kan dengan bedilan peluru dan bom. Ketika kita di sini buntu memilih aneka juadah yang banyak, mereka di sana terpaksa mencatu makanan bagi bekalan untuk hari mendatang. Ketika kita masih boleh bergelak ketawa bersama keluarga tercinta, mereka di sana hilang semuanya sekelip mata. Mereka juga saudara kita yang wajib kita kasihi dan dibantu apatah lagi dalam keadaan mereka yang ditindas dan dizalimi. Mereka sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada negara-negara luar terutamanya saudara-saudara seiman مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ Maksud: "Sesiapa yang tidak mengambil berat/peduli hal ehwal orang Islam, maka dia tidak termasuk dari golongan mereka (muslimin) بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: