أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 2 Februari 2024

Khutbah Jumaat : Isra’ Mikraj DiHayati, Palestin diSantuni, Kekejaman Yahudi DiHenti

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulnya wajib menerima berita dan mengimani tentang kebenaran tanpa rasa ragu dan was-was walau sedikit pun. Peristiwa ini telah menapis dan menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat di mana ada yang terus membenarkan Nabi seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, dan ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam. Ini berlaku semata-mata kerana peristiwa ini begitu menongkah arus akal manusia. Inilah gambaran yang akan berlaku apabila umat keliru dalam meletakkan sumber ambilan dalam membuat satu-satu kesimpulan. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 50 surah al-Maidah: أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ ‎﴿٥٠﴾‏ Maksudnya :Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Umat Islam hari ini harus waspada dengan ledakan arus globalisasi untuk meletakkan akal mengatasi sumber al-Quran dan Sunnah. Islam tidak sama sekali menolak peranan yang dilakukan oleh akal tetapi harus ditundukkan dengan bimbingan yang bersumberkan wahyu dan sunnah. Perkara seperti inilah juga yang terpaksa dihadapi oleh kita pada hari ini apabila usaha dalam melaksanakan semula semua sistem Islam, maka di sana timbulnya beberapa golongan iaitu golongan pertama yang seratus peratus yakin dengan kemampuan Islam serta berusaha dengan kemampuan yang ada untuk melaksanakannya. Golongan yang kedua terdiri daripada mereka yang tahu tentang kemampuan sistem Islam tetapi sentiasa mencari jalan agar ia tidak dapat dilaksanakan dengan mencari pelbagai alasan dan atas alasan kebebasan berfikir, cuba mempengaruhi orang lain agar sama-sama ragu seperti mereka juga. Golongan ketiga iaitu golongan pelampau terdiri daripada mereka yang menolak terus sistem Islam. Jika umat dahulu berasa pelik apabila Nabi menceritakan tentang Israk dan Mikraj, maka umat zaman kini merasa pelik apabila disebut tentang sistem hidup Islam yang menyeluruh sedangkan sistem ini pernah dilaksanakan di negara ini pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu sebelum datangnya penjajah. Kita wajib mengambil berat tentang isu status agama dan tindakan yang perlu dilakukan penganut Islam dalam mendepani isu berkaitan kanak-kanak bukan Muslim yang telah diislamkan, namun dimurtadkan kembali oleh Mahkamah Sivil beberapa minggu lepas. Kita menyokong penuh kenyataan Mufti Pahang bahawa tindakan mengeluarkan seseorang daripada Islam atau memurtadkan mesti melalui Mahkamah Syariah bukan melalui Mahkamah Sivil supaya tidak berlaku percanggahan dengan syarak. Ini belum dikira lagi dengan isu orang Islam yang mencabar enakmen Syariah Negeri kelantan yang akan diputuskan pada 9 Februari ini. Moga Allah selamatkan umat Islam daripada fitnah yang dahsyat ini dan Islam kembali berdaulat sesuai dengan kedudukannya sebagai agama negara. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 276 surah al-Baqarah: يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ ‎﴿٢٧٦﴾ Maksudnya : Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. Ketika dalam perjalanan Israk dan Mikraj ini maka nabi Muhammad s.a.w dipanggil oleh Yahudi dan Nasrani tetapi baginda tidak menyahutnya. Inilah suatu gambaran bahawa musuh Islam sentiasa berusaha dalam menyesat serta merosakkan umat Islam dengan senjata mereka termasuk hiburan yang melalaika. Yahudi melalui PROTOKOL KETIGA BELAS (13) menyatakan bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bangsa Bukan-Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek-projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan Bukan-Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang Bukan-Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi. Oleh itu pemimpin dan masyarakat sewajarnya mematuhi nasihat Mufti yang meminta supaya dibatalkan acara hiburan melalaikan terutama yang melibatkan artis luar negara yang terpalit dengan LGBT seperti yang telah lalu beberapa bulan lepas dan yang terbaharu pada hujung bulan Februari nanti Begitu juga nasihat Mufti agar pekerja yang masih bekerja dengan bank yang terlibat dengan riba supaya berusaha mencari pekerjaan halal yang lain demi mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat. Yahudi melalui PROTOKOL KEDUA PULUH (20) menyatakan Bank Antarabangsa Yahudi akan memberikan pinjaman kepada bangsa Bukan-Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang Bukan-Yahudi akan lumpuh secara automatik kesan pertambahan hutang tersebut. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, :لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ. “Masih ada satu golongan daripada kalangan umatku yang nyata berjuang menegakkan agamanya, dalam keadaan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Tidak bolah dimudaratkan oleh kalangan yang mengecewakan mereka atau menentang mereka, melainkan mereka menghadapi kesusahan, namun mereka terus berjuang atas dasarnya sehingga datangnya ketentuan Allah (memenangkan mereka).” قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?” قَالَ: ‌بِبَيْتِ ‌الْمَقْدِسِ، وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ. Jawab Rasulullah SAW, “Mereka itu (penduduk) di Bait al-Maqdis dan di sekitat Bait al-Maqdis.” [Ahmad, Musnad Ahmad] Tidak lengkap dalam membicarakan berkaitan Isra’ dan Mikraj tanpa menyentuh tentang kewajipan kita bersama dalam membebaskan Masjid Aqsa dan Palestin daripada kekejaman zinonis Yahudi dan sekutu pengganasnya di mana sehingga kini telah membunuh lebih 26 000 rakyat awam yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita. Umat Islam yang dianugerahkan dengan bumi yang subur dengan hasil yang banyak namun malangnya kekayaan hanya dibolot oleh segolongan tertentu sedangkan sebilangan yang lain terus menderita. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan akidah yang ditanam dalam diri. Islam juga bukan tersebar atas paksaan tetapi ia mampu menawan hati manusia dengan keadilan dan keindahan seluruh sistemnya sehingga tawaran kesenangan dunia dengan sendiri akan ditolak apabila semangat Islam telah menguasai diri seseorang. Kekuatan akidah inilah yang menjadi musuh kepada mereka yang melawan Islam daripada golongan ‘kuffar’ dan munafik. Kita perlu ingat bahawa tiada istilah menang mudah dalam memperjuangkan Islam kerana ia menuntut kepada kesabaran dan istiqamah sebelum datangnya janji kemenangan daripada Allah s.w.t. Umat Islam yang ingin mengulangi kejayaan dan kegemilangan umat Islam silam wajib membuang penyakit al-Wahnu dari hati kita iaitu virus penyakit terlalu cinta kepada dunia dan takut kepada kematian. Penuhilah syarat kemenangan dan jauhi penyebab yang menempah kekalahan. JIka umat Islam di Palestin terus cekal mempertahankan bumi Aqsa sehingga sanggup mengorbankan nyawa mereka maka betapa malunya kita jika sudah berputus asas dan lupa untuk membantu saudara seagama kita yang sedang dibunuh tiap hari. Teruskan bantuan dengan harta dan cara boikot barangan musuh Islam serta tingkatkan lagi doa kemenangan daripada Allah. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 104 surah an-Nisaa’: وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ‎﴿١٠٤﴾ Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: