أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Isnin, 18 Mei 2020

Khutbah Aidil Fitri 1441H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 124 surah an-Nisaa’ : وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَـٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا ﴿١٢٤﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Kalimah takbir dan tahmid membesar dan memuji Allah bergema menyerikan kehadiran Aidil Fitri yang merupakan hari ibadat bukan hari melepas nafsu hingga mengenepikan syariat. Hari raya puasa ini adalah anugerah berharga selepas kita sama-sama dididik selama sebulan Ramadhan yang merupakan Bulan Ibadah, Bulan Al-Quran, Bulan Penuh Rahmat, Bulan Keberkatan, Bulan Pengampunan dosa, Bulan Jihad dan Kemenangan, Bulan Kesabaran, Bulan Kemurahan dan Bulan Penggadaan pahala. Marilah kita berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang berjaya iaitu diterima amalan dan diampuni dosa hasil proses Ramadhan dan seterusnya dapat istiqamah dengan amalan soleh pada bulan-bulan seterusnya Betapa besarnya pahala orang yang sentiasa istiqamah dengan amalan soleh bersama niat yang baik seperti seseorang yang sentiasa melazimi solat berjemaah di masjid atau surau, lalu ia ditinggalkan disebabkan adanya keuzuran tertentu, dan dia mendirikan solat berjemaah di rumah, maka dia akan mendapat pahala sama seperti yang dilakukannya semasa ketiadaan keuzuran tersebut. إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا– رواه البخارى Maksudnya : Apabila seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, akan ditulis buat dirinya ganjaran sama seperti yang diamalkannya semasa bermukim atau sihat. Ahli keluargaku yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 28 surah an-Nisaa’ : يُرِيدُ اللَّـهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْإِنسَانُ ضَعِيفًا ﴿٢٨﴾ Maksudnya : Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. Kita menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ini dalam suasana yang agak berbeza di mana kita terpaksa menghadapi norma baharu untuk tidak melakukan sebarang pergerakan di luar rumah sebagaimana kebiasaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan ketika ini bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. Oleh itu patuhilah setiap arahan dalam memutuskan jangkitan termasuk tidak berhimpun, menjaga jarak sosial termasuk ketika sambutan hari raya kerana ia bukan perkara sia-sia malah dijanjikan pahala besar seumpama mati syahid bila kita mampu bersabar kekal di rumah bertujuan untuk memutus jangkitan. Sabarlah kita dalam berdepan dengan musibah wabak serta berusaha dalam mengubatinya. Begitu juga keyakinan bahawa setiap apa yang berlaku adalah di bawah aturan qadha dan qadar Allah. Kasihanilah barisan depan termasuk petugas kesihatan, anggota keselamatan yang bermatian berusaha menghentikan jangkitan اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Umat Islam sentiasa diajar supaya tidak berputus atas musibah yang berlalu. Jangan sama sekali musibah dijadikan alasan untuk kita malas bekerja, malas belajar dan malas buat amalan soleh. Ketika inilah sepatutnya kita lebih menyuburkan rumah kita dengan solat Jemaah, bacaan al-Quran dan amalan soleh yang lain agar rumah kita diberkati Allah bukannya hanya berfungsi seperti hotel untuk tidur, restoren untuk makan, pawagam untuk menonton, ciber café untuk layari internet sehingga rumah kita menjadi seperti kubur yang tidak bermanfaat untuk menambah bekalan akhirat اجْعَلُوا مِنْ صَلَاتِكُمْ فِي بُيُوتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا- متفق عليه Maksudnya : Kerjakanlah sebahagian solatmu di dalam rumah-rumah kalian. Jangan menjadikan rumah seperti kuburan لا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقابِرَ، إنَّ الشَّيْطانَ يَنْفِرُ مِنَ البَيْتِ الذي تُقْرَأُ فيه سُورَةُ البَقَرَةِ - رواه مسلم Maksudnya : Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya Masa PKP inilah kita sebagai ibubapa memainkan peranan penting sebagai pendidik sehingga rumah mampu menjadi madrasah ke arah melahirkan anak soleh. Anak-anak pula jangan memberi alasan cuti sekolah untuk berehat daripada belajar Semoga sambutan hari raya kali ini walau pun dengan pergerakan yang terbatas namun tidak menyekat untuk kita menzahirkan kegembiraan dengan cara yang sesuai dengan syariat Islam. Semoga apa yang berlaku akan menambahkan lagi rasa taqwa kita kepada Allah dan bersyukur atas segala nikmatNya antaranya nikmat sihat, nikmat masa lapang, nikmat kebebasan, nikmat berkeluarga, nikmat berkawan dan pelbagai nikmat lagi. Jadilah kita sebagai hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang beri dan tidak mengeluh bila diuji dengan musibah. Yakinlah bahawa selagi kita hidup di alam dunia maka selagi itulah kita akan berdepan dengan pelbagai ujian Allah. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemampuan untuk kita hadapi ujian dalam melahirkan kita sebagai hamba yang taqwa dan bersyukur Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun : مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 78-80 Surah as-Syu’ara’ : الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠﴾ Maksudnya : Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; "Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; Ahli keluargaku yang diberkati Allah, Islam adalah agama fitrah yang sentiasa menjaga maslahat dan kebaikan umat. Oleh itu bila ditimpa dengan sesuatu musibah maka kita wajib semakin mendekati Allah bukan keluh kesah dan menyalahkan takdir. Antara Amalan yang yang terbaik untuk memohon rahmat Allah dan diangkat bala musibah ialah : [1] Memperbanyak doa kepada Allah, khususnya doa menolak bala. [2] Bertakwa kepada Allah dengan bersungguh melakukan segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. [3] Memperbanyak sedekah dalam apa bentuk yang termampu. [4] Perbanyak beristighfar memohon keampunan Allah. [5] Selalu memohon restu dan berbakti kepada ibubapa. [6] Memperbanyak dan merapatkan lagi hubungan silaturahim dengan pelbagai cara termasuk melalui kemudahan teknologi maklumat اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada ahli keluarga tercinta. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira terutama yang terkesan teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit berjangkit covid 19, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami, kedua ibu bapa kami,adik beradik kami, anak-anak kami dan seluruh keluarga kami . Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa, Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini, Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami, Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMu. Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan: